Tuesday, 8 May 2012

Dibawah Lindungan Hipokrasi(1)


Ini artikel yang di tujukan khas kepada majoriti orang Melayu supaya kekal tidak menyokong parti fasis yang bernama UMNO. Ya- pembaca dengar tidak bersalahan- saya menggelarkan UMNO parti fasis yang menghamba-abdikan orang Melayu dan memperbudakkan dan membodohkan bangsa Melayu. Setelah 50 tahun ketika UMNO lemah, barulah pemimpin UMNO berkejaran memberi RM 500 seorang. Berapa ribu orang terpaksa beratur mendapatkan RM500 untuk menyamai harga cincin RM 74 juta? Berapa yang kena beratur mendapatkan RM 500 menyamai handbag Birkin Hermes?
Amat menakjubkan orang Melayu sanggup menerima RM 500 tapi melupakan kezaliman dan penganiayaan kerajaan UMNO keatas orang Melayu khususnya. Boleh kah kita ganti RM 500 seorang dengan penafian hak rakyat Kelantan yang majority nya orang Melayu mendapatkan royalty minyak? Minyak di jumpai di perairan Kelantan, tapi Kelantan di nafikan peluang membangunkan industri minyak dan gas di Tok Bali. Mahathir lebih rela menyalurkan minyak ke Songkhla Thailand dari Tok Bali. Jadi rakyat Kelantan , ambil RM 500 tersebut tapi jangan lupa kezaliman dan penganiayaan keatas kamu oleh UMNO dan BN.
Kenapa orang Melayu mahu lagi mendengar suara cemas seorang mamak padukang yang telah pun menyatakan UMNO busuk sampai ke usus? Mamak ini juga yang mengatakan bahawa pimpinan UMNO semua half past six dan pimpinan yang ada tongong dan bingung. Bolehkah negara kita di bangunkan oleh pimpinan yang tongong lagi bingung? Mana mungkin kita mahu percaya celoteh si mamak padukang ini? bolehkah kita percaya warga emas dan makcik serta pakcik yang menyertai gerakan Bersih 3.0 mahu menggulingkan kerajaan bukan secara demokratik? 

 Kita hanya mahu menggulingkan kerajaan secara demokratik iaitu melalui peti undi. Dan rakyat semua berazam, mahu kick out the fascists UMNO and its BN component parties. 
Bila kita ambil RM 500, kita jangan lupa jumlah RM 1.3 trillion duit panas yang telah di salurkan ke luar negara. Apa pasal kerajaan UMNO/BN berdiam diri dalam hal ini? adakah mereka bersekongkol dengan pihak yang menyeludup wang tersebut? ia haram kalau balun seorang, tapi halal kalau di kongsi bersama?
Ini bererti RM 130 billion setahun di seludup keluar negara. Bayangkan jika RM 130 billion di kembalikan kedalam ekonomi kita, di tambah kepada bajet negara sebanyak RM 250 billion itu, tentu kita dapat mengagihkan kepada perbelanjaan mengurus dan pembangunan. 
Bila kita terima RM 500 itu jangan lupa kepada ketirisan dan kebocoran yang di lakukan keatas ekonomi kita sebanyak RM 28 billion setahun. Kita semua tahu ketirisan itu sebetulnya rasuah. Ini kerajaan yang berdiri diatas rasuah. 
Dan Najib meneruskan program merasuah rakyat Malaysia. Orang Cina, India dan terbaru, orang Sikh di rasuah supaya menyokong UMNO dan BN. saya mahu golongan ini berfikir- jika UMNO dan BN boleh lakukan, sesiapa sahaja yang menguasai kerajaan mampu melakukan nya dengan lebih baik dari UMNO. Nobody can do any worse that how UMNO is doing currently.dan membayar untuk menyelesaikan masaalah adalah vintage Najib. 

Tapi syukur 3.7 juta pengundi Melayu sedar mengenai onar yang di lakukan oleh UMNO. Sejak 1988, UMNO telah gagalkan orang Melayu. Since 1988, UMNO has failed the Malays. Apa jenis orang Melayu yang UMNO telah lahirkan? Yang tertunduk tunduk, macam peon dan tamby menadah tangan memintak sedekah? 
UMNO telah memegang tampuk pemerintahan lebih dari 50 tahun. Cina sengkek yang datang ke Tanah Melayu sehelai sepinggang hari ini mendominasi ekonomi dan , suka tidak suka, mempengaruhi arah perjalanan negara. UMNO yang mendominasi kuasa politik tidak mampu membetulkan keadaan ini. namun, pemimpin UMNO tidak malu muka memohon di berikan mandat satu tempoh lagi untuk meneruskan agenda penipuan dan penglanunan mereka.
Kali ini sahaja UMNO mengubah taktik nya. Mohon di bantu dengan pengucapan lemah lembut. Najib pun sudah meminta maaf. Jika UMNO kuat, bahasa mereka bahasa sombong. Kali ini sahaja setelah 50 tahun UMNO memberi bantuan RM 500 dan 200 dan apa apa lagi imbuhan kewangan. Sebab apa? Sebab UMNO terdesak- jadi mereka bercakap lembut gigi dari lidah dan merasuah semua orang untuk mengekalkan kuasa. 
Setiap hari , kita bangun dan beritahu anak anak kita, mereka tidak mampu bersaing dengan bangsa lain, kerana di lahirkan sebagai Melayu. Apa penyelesaian yang di cadaangkan oleh UMNO? 
Cara untuk mengatasi kelemahan tersebut ialah mendaulatkan UMNO sebagai penolong dan pelindung. Dalam kata lain, beri UMNO mandate mutlak. Kuasa mutlak erti nya, fasis. 
Apa yang boleh di tunjukkan oleh UMNO kepada orang Melayu? Hari ini UMNO hanya mampu menyatakan bahawa kalau UMNO tidak ada, maka habis lah orang Melayu. Itu adalah bukti bahawa UMNO gagal membentuk Melayu yang tahan lasak. Jika dasar UMNO baik dan bagus, tentulah jika UMNO tiada pun, orang Melayu masih terus berjaya. 
UMNO menanamkan jiwa hamba kedalam benak orang Melayu supaya mengaitkan jatuh bangun, maju dan jaya nya mereka dengan UMNO. Ustaz UMNO pun ke sana sini melafazkan- taat lah kepada Allah, kepada Rasul dan wa-ulil-amri-UMNO. 
Realiti, orang Melayu tidak perlu bergantung kepada UMNO untuk pertolongan dan perlindungan. 
Saya malu mendengar pegawai kerajaan yang kiranya ada otak sedikit, berdiri depan perserta seminar mengalirkan air mata mengistiharkan habis lah orang Melayu jika UMNO kecundang. Orang tempat saya, Pekan Pahang akan hanya berkata- kepala bapok awak. Yang habis dan mampus ialah orang Melayu seperti kamu yang mengeksploitasi emosi dan amanah orang melayu. Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik. 
Kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa mereka boleh mentadbir ekonomi dan negeri lebih baik dari yang mampu di lakukan oleh pemimpin kerajaan UMNO. Masa depan orang Melayu lebih cerah di luar lingkungan UMNO. Kerana itu, pegawai yang korap dan yang tidak membuat kerja ikhlas dan jujur akan menangisi nasib mereka sebab kebenaran akan mengatasi kebatilan akhirnya. 
Dimana UMNO berdiri? UMNO berdiri di pihak bathil. Rakyat mesti menolak mereka. Terutama orang Melayu.

21 comments:

Anonymous,  8 May 2012 at 01:07  

Salam Sdr SAK Dan Pelayar Blog;

Orang yang zalim selalunya mendabik dada.
Perasuah selalunya bercakap berbelit2 mencari peluang tanpa sempadan.
Pemimpin yang kurang cerdik selalunya Tak Pernah Muktamad.
Orang yang dalam ketakutan lazimnya akan bercakap menjerit2.
Orang yang bangkrap selalunya merayu2 macam pengemis.
Orang yang papa pengaruh sanggup menjual maruah, mengadai bangsa dan negara.
Insaflah orang Melayu, Orang Melayu juga akan memerintah kamu selepas umno berkubur. Cuba kira sikit berapa ramai orang Melayu dalam negara ini, berapa ramai yg jadi ahli umno. Angka yang jadi ahli tu ada yang telah nyanyuk, yang tak tahu mereka ahli umno pun ada.

Berubahlah orang2 Melayu, jika umno tak perintah ada lagi orang Melayu yang boleh memerintah....

bruno,  8 May 2012 at 05:04  

Dato,Umno is in a mess,coughing out dough like their grandfathers own the printing press.They are desperate,and in desperste times desperate measures are needed.Not are just dangling carrots,500 or 1000 ringgit money upfront but houses too.

Some of these measures seem to be working.Have you noticed a particular group of people missing from Bersih 3.0.I always say that this bloc of voters are the most unpredictable.They can change their minds at the turn of a coin.

From what I can see,the opposition is facing lots of problems too.First of all some of them are already thinking of what positions they and their sidekicks want when PR takes over Putrajaya or any more new state governments.

Some are already argueing and fighting.Napoleans are beginning to look like taikohs.If they want to fight,then the people should obliged them.Put them in a room and let them fight all they want.The winning side takes all,and all losers have to follow.

With the elections so near,yet Putrajaya seems so far away.Everytime when it seems PR has the upper hand,it is washing dirty linen in public for some.Why can't these people settle their marital problems in the bedroom behind locked doors.

Then in Sabah,it seems that this Jeffrey guy is going to get even with PKR for leaving him in the doldrums the last time,and will be a problem this coming GE.

In the peninsular if not careful,the Indians are going to be a headache.They are already falling for the carrots and are in wanting for more.They might end up being the deciding factor.The Hindraf thing might have an after effect after all.The opposition have already written them off as a has been.This might come back and haunt them.

Anonymous,  8 May 2012 at 08:34  

Datuk,

Hari ini Najib akan umumkan pemberian durian tuntuh sebagaimana dijanjikan kpd para2 peneroka. Jumlahnya mungkin RM10,000 mungkin RM20,000 dan ada yg menjangkakan RM30,000. Kata Najib, pemberian wang ini (yg berjumlah semuanya kira2 RM3.4 billion)tidak diambil dari sumber lain melainkan menggunakan sumber dalaman Felda sendiri. Sambung Najib lagi, pemberian ini sebagai tanda pengiktirafan kerajaan serta bagi mengenang jasa para2 peneroka atas pengorbanan mereka selama lebih 40 tahun bersama Felda.

Tipu! Tipu! Tipu! dan para2 peneroka yg kebanyakan orang Melayu habis kena tipu.

Datuk,
Peneroka kebanyakannya sudah berumur melebihi 60 tahun dan ramai yg telah meninggal dunia. Sepatutnya wang durian runtuh ini bukan diberi ketika ini iaitu dalam keadaan kebanyakkan peneroka sudah tidak lagi memerlukannya (usia sudah tua) dan hasil kebun mereka pula telah mencecah RM5,000 sebulan sekarang. Sepatutnya wang durian runtuh (sebenarnya memang wang mereka) diberi semasa mereka kesempitan terutama di era tanam semula dulu (penghujung 90an - 2006) iaitu ketika Felda memang memiliki reserve yg banyak. Tetapi para2 peneroak mudah ditipu dan dgn pemberian wang ini mereka telah lupa akan kesensaraan yg mereka tanggung semasa era tsb yg mana terpaksa mencari rezeki di luar kawasan rancangan. Mereka lupa yg mereka terpaksa meninggalkan anak bini untuk mencari sesuap nasi, bertugas sebagai buruh kasar dan ada yaang menjadi pegawai keselamatan di Port Klang dan di Tanjung Pelepas.

Hari ini mereka berkumpul beramai2 di Jengka 8, Jerantut di satu majlis yg boleh kita namakan 'PESTA MENIPU PENEROKA'. Saya tak dapat jangkakan berapa banyak wang Felda yg akan dibelanjakan untuk pesta ini...

Sebenarnya pemerian durian runtuh ini tidak lain melainkan untuk kepentingan Najib dan BN; Pertama, bagi mempastikan para2 peneroka menyokong BN dalam PRU13 setelah menyedari para2 peneroka melalui JKKP sudah berpatah arang dengan Najib berkaitan isu listing FGVH. Ke dua, bagi menjustifikasikan kerja2 jahat listing FGVH serta bagi menutup mata peneroka agar isu tanah ladang Felda seluas 360,000 hektar (yg sepatutnya menjadi milik generasi ke 2 peneroka) yg akan dipajak kpd FFGVH dan akan berpindah milik kpd pelabur2 asing tidak akan diungkit2.

Kepada para2 peneroka, anda terimalah wang durian runtuh tersebut kerana wang tersebut sememangnya milik anda tetapi semasa PRU13 yg dijangka pada 9 Jun nanti anda buatlah perhitungan yg sewajarnya...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE 8 May 2012 at 08:50  

Tolong dedah lagi.......rakyat semakin hari semakin bodoh.....

Anonymous,  8 May 2012 at 09:02  

UMNO will use all the tricks of the trade to cheat and win this elections.
That is my worry? What can we do about that?

Anonymous,  8 May 2012 at 09:39  

Ichiban says

Adakah kamu ingat, orang Melayu lain yang mengambil alih tepat dan kedudukan kamu tidak mampu membela orang Melayu? Kita boleh lakukan yang lebih baik....................................

Can you assure of this Sak or you and them are just going to be like those umno goons. You tahu le melayu punya mentality dengan kuasa kan There should be a rebranding of Melayu. This assurance we need before going to the polls. I think enough of umno bashing but i think you are not going to stop at this. I'm sure you haven't gone for the jugular vein yet Whatever it is you have to lay it on the table about the malays post downfall of umno...probably in your manifesto

Anonymous,  8 May 2012 at 09:48  

Dato'

Semalam semasa saya dalam perjalanan ke tempat kerja, saya nampak sekumpulan remaja Melayu Umno yang bermotosikal diiringi oleh pihak polis trafik. Mereka mengadakan perarakan di jalanraya dengan menjerit 'hidup Umno'. Pada masa yang sama, ada di antara mereka secara terus terang melanggar undang-undang trafik tanpa memaki topi keledar. Apakah jenis generasi ini yang dapat dihasilkan oleh Umno selepas 50 tahun? You tell me!

Kutu Kampung,  8 May 2012 at 10:13  

Bukan masanya nak celoteh cerita kompleks lain, tapi cukup sekadar semua kita orang Melayu menghidu kebenaran, dan jelaskan mana kepalsuan dan pembohongan.

Ketamaan, kerakusan boleh di atasi walaupun tak boleh dihapuskan secara mutlak. Bahkan di kalangan penggerak pemikiran utama di kalangan ahli korporat Timur sekarang, saperti rakan mereka di Barat, isyu ini masih mendorongi renungan mendalam dan perbincangan yang hangat.

Game theory Tua Kampung KL hanya kepalsuan orang yang kesempitan, terdesak dan tiada upaya untuk semutlaknya berfikir dan bertindak dalam suasana bebas dan adil mahupun mulia. Peristiwa DB KL kecil takatnya tapi pada hakikatnya adalah Malaysia dalam tauladan. Bila kekerasan dihempaskan ke atas peserta Bersih jelas itu adalah kekerasan Kerajaan Malaysia UMNO/BN. Sifat kuku besi atau facisme ini dah jelas. Kita mesti semua sedar dan harungi ini dan renung lagi masa depan.

Oleh kerana ciri-ciri itu jelas terdadak yang sentiasa masih ada kita mesti mendesak mana-mana kerajaan bertindak baik dan betul.

Ini soal sejagat dan semua rakyat terbabit tak kira bangsa. Bukan Melayu saja dihantui. Semua rakyat akan menderita dan terhina. Tapi oleh kerana Melayu majoriti, tauladan baik dan murni jatuh ke tangan mereka walaupun selama ini martabat Melayu dikotori Melayu sendiri.

Mungkin kita belajar dari suasana di negeri jiran untuk mengharungi sedalamnya nilai-nilai ini. Jika perlu secara NGO kita menyerap nilai-baik ini di tanah air, mahupun di seberang laut hingga kita dalami seluas mana pengalaman manusia. Barulah, kita boleh belajar makna bermegah sehalusnya maksud 'tak kan hilang Melayu (manusia) di dunia'.

Namun itu kesemua rakyat Malaysia ada tempat di bumi ini dan tempat itu mesti diasasi dengan nilai baik dan adil. Dalam lain perkataan - "Bersih" !

Anonymous,  8 May 2012 at 11:04  

Salam Dato,

Saya bukanlah pakar business atau ekonomi.

Apa yang saya harapkan ialah agar semua penyokong PR, tidak kira DAp, PAS, PKR membuat satu marketing strategy dalam perjuangan. Terpulanglah kepada kepakaran masing-masing.

Kalau orang MLM, bermatian-matian membina network untuk memperkenalkan produk, maka pejuang PR harus juga dengan hikmah bijaksana "marketkan" PR kepada seluruh RAKYAT.

Fokus utama kita ialah kepada penyokong totok UMNO@BN di seluruk ceruk kampung di setiap inci bumi Malaysia, agar sebahagian mereka mungkin "fikir dua kali".

Zaman ini kita ada semua kemudahan IT. Bawalah laptop sebagai bahan penerangan. Dalam laptop, tunjukkan video-video contoh Bersih 3.0 dan kekejaman polis dan juga artikel-artikel lain.

Tidak payah kepada orang ramai, boleh kumpul 2 atau 3 orang pakcik makcik satu meja dan tunjuk apa yang ada dalam laptop itu. Nanti mereka akan ceritakan kepada kawan lain.

Bukan hanya kepada Melayu, tetapi juga kepada bangsa lain dalam kalangan penyokong totok BN dan jangan lupa atas pagar.

Semua bukan sahaja pihak pimpinan, tapi juga akar umbi harus bergerak.

Marketing! Marketing!

Anonymous,  8 May 2012 at 11:25  

Dato dan pembaca,

Seorang manusia yang berhemah, matang dan cerdik tidak akan membuat pertimbangan yang melulu. Tanya diri sendiri agama apa yang kamu anuti?. Ajaran apa yang kamu ikuti?. Kalau kamu akui Islam itu Ad Din, maka berfikir dan bertindaklah secara acuan Islam atau istihar saja diri anda "bukan Isalam" kalau ajaran Islan dan kebesaran Allah benar2 kamu ragui!

Begitu juga dalam menilai situasi politik semasa, menilai kelayakan peribadi dan kebenaran pemimpin termasuklah pemimpin parti UMNO BN ini. Di kaca tv, di media massa utama kita disumbat khabar dan cerita yang indah2 belaka, kita disaran jauhi rasuah, sentiasa amalkan ajaran Islam, bertindak adil dalam semua perkara serta perlu menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat, pemimpin yang memperjuangkan rakyat serta menjauhi rasuah. Semua apa yang kita dengar dan kita lihat di media massa ini putih dan molek belaka. Tak ada yang tidak molek melainkan semua yang busuk dan tidak bermoral itu hanya amalan pembangkang PR dan penyokong mereka saja.

Kalau kita mengaku Islam dan kalau kita marah kalau dituduh orang diri tidak Islamik atau menggadai Islam, maka pastikan diri kita sendiri berbuat dan berfikir secara manusia yang Islamik sesuai dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

Sebab itu jangan cuma mendengar dan mempercayai apa yang disampaikan media massa utama saja. akseslah semua sumber maklumat yang ada dan buatlah perbandingan berdasarkan sudut pandangan sebagai seorang Islam ( jika anda mengaku Islam itu benar ).

Nak tahu apa sebenarnya binatang UMNO dan pimpinan parti ini, jangan dengar apa yang mereka cakap dan kempenkan saja tapi lihat apa yang mereka buat, lihat penampilan pemimpin mereka, bandingkan cara hidup mereka dengan gaya hidup pemimpin pembangkang yang dikatakan buruk dan hina sangat itu.

Adakah pemimpin pembangkang yang lesapkan duit negara berbilian RM tiap tahun?. Adakah pemimpin pembangkang yang terlibat dengan kes2 pembunuhan berprofil tinggi? Adakah pemimpin pembangkang dan isteri2 mereka bershopping luar negara dan bergaya dengan beg tangan berharga jutaan RM? Adakah pemimpin pembangkang yang menyeleweng duit rakyat ratusan juta dalam kes pembelian Scorpeon?. Adakah pemimpin pembangkang yang korbankan ratusan juta RM untuk sahabat handai dan kroni mereka? Shahrizat dan RM250 juta yang lesap itu pembangkangkah? Tajuddin Ramli yang kaya raya dengan bailout duit rakyat itu pembangkangkah? Anak PM yang memiliki kondo mewah di Kazashtan itu anak pemimpin pembangkangkah? Sisamseng dengan kereta mewah porche dan Alfhat serta memukul pengawal itu anak pemimpin pembangkahkah? Anak mamak yang jadi jutawan syarikat arak utama Filipina itu anak Mamak dari pembangkangkah? Si kaya yang kahwin artis dan pernah menjemput artis kesayangan nya itu dengan helikofter juga anak pembangkahkah? Menteri maha kaya berbillion RM harta dalam dan luar negara di Sarawak itu pemimpin pembangkang kah? Anak menteri Sarawak serta bapak meneteri Sarawak yang menikah perempuan muda luar negara dan hidup maha mewah itu pemimpin pembangkang kah? Yang dikatakan terlibat membunuh wanita monggolia di negara Malaysia ini itu pemimpin pembangkang dan pengawal2 peribadi mereka kah? Yang memiliki kondo istana harga jutaan RM di Selangor tu pemimpin pembangkang juga kah? Yang memerintah lebih 50 tahun Malaysia selama ini dan menjadikan Malaysia dan masyarakat melayu Islam terabai dibelakan berbanding kaum lain itu kerja2 pembangkah? Banyak lagi yang tak mampu disebut disini..

Ayuh tanyalah diri sendiri! Adakah mereka2 ini semua pemimpin serba sederhana yang disebut di tv?. Adakah mereka ini golongan yang berjimat cermat seperti kempen di massa media? Adakah mereka ini manusia Islam yang sederhana seperti yang dilaung2kan dalam TV3 dan RTM serta media elektronik itu ? Adakah mereka ini pemimpin bermoral dan lebih mulia dari lawan yang dituduh mereka tidak bermoral dan jahat itu?. Selanjutnya dibawah...

Anonymous,  8 May 2012 at 11:25  

Mereka2 ini hanya pandai bercakap, pandai berkempen dan pandai juga merasuah fikiran rakyat. Tidak cukup di tv, tidak cukup di media massa..tetapi juga sanggup merasuah RM500, RM100 dan segala bentuk RM untuk membeli jiwa rakyat. Kalau dengan RM500 ini anda sanggup gadaikan maruah dan negara anda..tak usahlah mengaku Islam itu ugama anda, tak usahlah memaksa diri Allah itu tuhan dan pencipta diri anda. Kerana hamba yang mengaku diri Islam dan mengagungkan kebesaran Allah..dia tidak akan tolak kebenaran yang tuhannya sarankan melainkan jiwanya tidak Islam lagi dan Allah itu bukan siapa lagi dalam dirinya.

Fikirkanlah siapa diri anda sebenarnya!. Islamkah anutan agama anda? Ini bukan soal UMNO BN! Ini bukan soal pembangkang atau PR! Ini bukan soal Najib dan pemimpin2 kayaraya itu! Tetapi ini soal kebenaran, soal keadilan soal hak dan soal masa depan Islam itu sendiri di Malaysia. Pemimpin yang sayangkan Islam, rakyat yang akui Islam itu benar...tidak mungkin akan sanggup membiarkan golongan munafik dan hipokrit yang kini menerajui negara terus berleluasa dan berbuat sesuka hati, melainkan kalau anda sendiri tidak lagi berpegang dan percaya kepada Allah serta ajaran Islam itu sendiri.

Berdentum dentam sana sini pemimpin ini bercakap tentang Islam tapi cara dan gaya hidup diri, isteri, anak anak dan sahabat handai mereka langsung tidak menggambar bahawa mereka ini Islam. Islam apakah ini? Pemimpin Islan beginikah yang layak dan mahu anda perjuang dan pertahankan???.

Waras dan rasionallah berfikir! Dan jika anda pasti anda Isalam itu tidak lagi untuk diri anda, maka pertahan dan belalah pemimpin2 jenis ini. Biar mati anda tidak bersama Islam lagi. Biar anda berpuas hati dan berpeluang mati dalam situasi hati, jiwa dan fikiran anda yang telah lama mati.

Maha Besar Allah. Tunjukkan sejelas2nya segala tembelang golongan munafik ini satu peratu dan buktikanlah kekuasaan Mu ya Allah sebagai ajaran dan teladan umat terkemudian!

nick 8 May 2012 at 11:52  

Yet again UMNO is hiding behind sex, sodomy and porn to avoid answering questions about their mismanagement, abuse, corruption, treachery and crime against the country, race and religion. And pathetically they even went behind the skirt or more aptly the robe of National Fatwa Council (NFC?) to validate their piety and convince the increasing skeptical malays of their Islamic credential or what little they have (seriously, corrupt people trying to convince us that they are pious Muslim, Christians and Buddhist? Najib, Rosmah, Muhyidin, Hisammudin, the cabinet ministers are all pious and religious men and women? what about CSL, then? Are they trying to make us LOL?). They even went over board to spout the false claim of righteousness and truth by proclaiming they are clean and pure as a virgin, in term of holding election when it was revealed that the top echelon of SPR are not only "not virgin but promiscuously" UMNO members albeit "undercover"!

How filthy and low can UMNO (and BN by default) crawl under and still proclaim that it is sinless and angelic? How many more BERSIH gathering needed to be organized before UMNO quit deluding itself of commanding the support of the silent majority? The silent majority has spoken and spoken loudly by supporting BERSIH and rejecting everything UMNO and anyone associated with UMNO such as the case of the fatwa spouting NFC (not the Gemas NFC, mind you)! UMNO has no majority support and never did have it. These past GE has shown that UMNO has even less support from its own members let alone commanding a majority support from non UMNO voters.

What UMNO have and have in abundance and plentiful are dirty tricks, illicit money and wealth, illegitimate foreign voters, phantom citizen, fornicating and filthy politician who would sell their own mothers for money and power (what else can we categorize these politician who sold our motherland (ibu pertiwi) just to stay in power other than filthy, dirty rotten traitors)! We, west Malaysian were silent when TDM initiated his nation destructive but advantageous for UMNO, IC project and we are now reaping the result of that collusion! We are now seeing mass auction of our soil, our nation to foreigners who are themselves unworthy and disloyal to their own country. We are being sold by UMNO to a bunch of opportunist and marauder who have no principle nor loyalties to anyone or to their birth place. We as a nation are being fed to the dogs in exchange for a few pot of gold.

The time has come to save Malaysia and our selves from UMNO and its evils. We can no longer contemplate procrastination. In fact, we can't afford to procrastinate! The coming GE is the time where we HAVE TO (not maybe, not probably, BUT MUST) kick UMNO out! It's now and not the next coming GE. UMNO need to become ABU in the 13th GE, not in the next one or the next successive one. It's now or never, do or die! It's us or UMNO. And trust me if UMNO prevails in the next GE, we are all DOOMED!

Nick.

Anonymous,  8 May 2012 at 12:13  

Najib on a vote buying spree again. This time paying RM1.69 billion to 112,000 felda settlers. Understand each household will get RM15,000 plus pink forms.

We can see the balloons painted with durians falling from the roof with the poor ignorant Malays jumping in jubilation! The fact remains that a total of close to 2 billion shares were being offered and at RM4.65/share, FGVH will be collecting some 9 billion ringgit. Only about 200 million shares were reserved for settlers and employees or an average of less than 2000 shares each.

How much will the non settlers (politicians, corporate figures, UMNO crony companies and rich bumi individuals) be making?. Out of the remainder 1.7 million shares, they are making billions and yet they are not even a "peneroka". Ini yang dikatakan merompak dan melanun hak rakyat as a result from the policy of keeping the Malays poor, ignorant and ill-informed. UMNO terus menipu Melayu.

Please Dato can you write something on this.

Anonymous,  8 May 2012 at 12:34  

Ichiban,

What's your problem?. Despite the unfair distribution of federal funds to the 4 Pakatan states, they are doing very well indeed. I am sure you have not read the Buku Jingga. Just gave Pakatan one chance and we shall see whether they can deliver or not. If they cannot deliver, we have the right to change to BN again. That way both parties will be kept on their toes for our benefit.

Anonymous,  8 May 2012 at 12:45  

Kemewahan hidup bukan terhad kapada Najib Rosmah dan Keluarga Tun Razak dan Kelaurga Mamak Kerala, Keluarga Dollah Bedui tetapi lihat lah - semua Menteri dan Timbalan Menteri, Menteri Besar UMNO Baru semua bermewah lebeh daripada Keluarga NFC.Dari mana datang semua sumber wang mereka. Tuan Guru Nik Aziz pun sudah menjadi Menteri Besar lebeh dari dua puloh tahun tetapi tidah semewah Zahid Hamidi, Rais Yatim, Hishamuddin, Shafie Afdal, Rafidah Aziz, Noh Omar, Khir Toyol,Ahmad Razali, Taib Mahmud, Musa Aman, dan semua penyamum yang sewaktu dengan nya. Tetapi Melayu tidak sedar....saban hari betungkus lumus sahinggakan kualaiti hidup seharian tejejas menjadi hamba abdi kepada penyagak UMNO Baru ini.

Anonymous,  8 May 2012 at 12:57  

Datuk,
I always love to read your articles but unfortunately, most Malays especially in the kampung and surprisingly in urban areas are so used to this 'beggar syndrome' which they are used to. Talking to them is like hitting your head against the wall. I wish you all the best in changing their mindset. They do not think much of the corruption. Once this country is bankrupt than then will know, and by then its too late!
Fed up.

Anonymous,  8 May 2012 at 13:53  

To majority of Malays, as long as their own benefited, they do not mind.

Decades ago, many left the country in search of better opportunity.

Anonymous,  8 May 2012 at 19:08  

Wah...baru baca Pirates of Putrajaya blog http://pirates-of-putrajaya.blogspot.com/2012/05/pirates-urges-pm-to-delay-elections.html and the elections might be 9th June 2012....

So folks - whether you are a Malay,Indian,Chinese or Others and even Non Malaysians who carry MyKads now - pls do the wise thing in GE13 and save this Country.

This is not the time to think about your personal welfares.

Otherwise, it is the end for all of us!

Anonymous,  8 May 2012 at 21:19  

bagi kerajaan BN, korupsi adalah halal dan sah antara mereka yang berkuasa

Anonymous,  11 May 2012 at 05:51  

Anon 8 May 2012 11:04

Satu cadangan baik yang patut dilaksanakan.

Quoted : Zaman ini kita ada semua kemudahan IT. Bawalah laptop sebagai bahan penerangan. Dalam laptop, tunjukkan video-video contoh Bersih 3.0 dan kekejaman polis dan juga artikel-artikel lain.Unquote.

In reaching a group of audience in the kampung2, it should be projected on big screen.Visual plus auditory technique work best for the visual audience. This was suggested to Sak some time back; perhaps, he could collaborate with Malaysiakini video crew.

Thanks & Salam, Sak & Anon.

Anonymous,  24 May 2012 at 15:58  

Dulu kami diberi biasiswa untuk belajar, BTN sempat gak brainwashing minda kami 2minggu sebagai syarat nak ke luar negara...kami berhutang pd tiap rakyat Malaysia yang bayar cukai, bukan kepada umno or BN atau mana2 parti yang memerintah...bila fikir rugi gak tak join kelab umno luar negara, kalau tak dak jadi bos glc atau sykt awam negara haha...cuma perlu bodek pemimpin je masa depa lawat, bercuti luar negara...dah la k rakyat Malaysia, menteri pastinya dan kami tahu masing2 bertaraf billionaire...itu impian tiap ahli umno...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP