Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 28 January 2009

Demokrasi UMNO=$RM

Seorang rakan memberi tahu saya, kalau ikut kajian hari kiamat. apa yang sedang berlaku keatas UMNO hari ini, adalah tanda tanda kecil, kiamat keatas UMNO. Peranan kita sekarang ialah menanti saat untuk membaca talqin untuk UMNO.

Musa Hitam kata, UMNO mengalami sakit tua dan ubat nya ialah orang muda. Kita semua tahu Musa Hitam bukan lah cerdik sangat orang nya. Kehebatan nya ialah bermain politik. Kerana itu dia di gelar political animal. Dia suka berpolitik, 24/7. Erti nya, 24 jam, 7 hari seminggu, selama 52 minggu setahun.

Sakit tua mana ubat nya, Tun? Nabi pun kata, setiap penyakit ada ubat nya kecuali tua dan mati. Apabila tua, penyudahan nya ialah mati. Yang boleh di lakukan ialah melewatkan mati tersebut dengan usaha usaha yang pelbagai. Usaha yang pelbagai ini tidak semestinya di lakukan oleh orang muda.

Masaalah nya UMNO sudah tidak boleh di selamatkan lagi, kecuali ia musnah. Bila musnah, barulah ia boleh di bangunkan kembali. Dalam bahasa Inggerris fenomena ini di panggil, phoenix rises from the ashes.

Keadaan dalam UMNO sekarang ialah retak menanti belah. Dalam sejarah mana mana negara atau organisasi, keruntuhan berlaku dari dalam. Atau factor factor dalaman lah yang menjadi penyebab utama, mengapa keruntuhan berlaku.

Retak retak dalam UMNO bermula hampir 30 tahun dahulu. Antara penyebab utama ialah politik dengan cara menggunakan kuasa wang. Politik wang menggantikan prinsip demokrasi dalam UMNO. Apabila orang UMNO bercakap mengenai demokrasi, dan saya mohon maaf kerana menyebut nya secara begini, yang mereka maksudkan ialah banyak mana wang kamu boleh beri saya untuk memilih kamu? Itu demokrasi UMNO.

Walhal, kalau kita betul betul faham, pemilihan demokrasi yang sebenar nya, adalah proses penapisan semula jadi. Kalau kita suka, kita boleh menganggap nya sebagai proses natural selection dalam politik. Dalam proses tersebut, kita menyaring yang kurang cekap dan berupaya dengan memilih mereka yang lebih cekap dan lebih berupaya. Dengan cara ini, kita menterjemahkan kepercayaan kita bahawa, apa yang masyarakat kita mahukan, ialah pimpinan yang terbaik.

Apa system berpolitik main dengan wang lakukan, ialah merosak dan mengacau natural selection process ini. Ianya mengakibatkan, yang kurang cekap dan yang kurang upaya dalam pelbagai serbi mengatasi dan menenggelamkan yang terbaik dalam masyarakat kita.

Maka tidaklah menghairankan, jika masyarakat Melayu mendapati diri mereka, di bekal secara berlebihan dengan pimpinan yang kurang bermutu. Jika pimpinan kita kurang bermutu, bagaimana kita mengharapkan kepentingan kepentingan kita di perjuangkan dengan berkesan dan dengan cara yang hormat?

Jangan lah kita bercakap banyak mengenai nilai itu dan ini semasa membuat pilihan pimpinan. Orang Melayu dalam UMNO hari ini hanya tahu satu sahaja cara untuk memilih pemimpin. Mereka akan memilih dengan mengikut dari mana datang nya duit. Dimana duit mengalir dengan laju dan mudah, disitulah undi orang Melayu bertumpu.

15 comments:

satD 28 January 2009 at 10:08  
This comment has been removed by the author.
satD 28 January 2009 at 10:52  

Sori silap ketik tadi..

Salam Dato' mohon ijin ingin memberi beberapa pendapat...

UMNO adalah seperti seekor katak di dalam balang air sejuk yang tidak sedar yang balang itu berada di atas api kecil....katak ini hanya akan duduk senyap sampailah air mendidih dan menemui kematiannya.

Tetapi sekiranya kita percepatkan process pendidihan air itu, katak ini akan sedar yang nyawanya sudah terancam..

Yang penting adalah ketelusan dan penerimaan terhadap kondisi ini di UMNO, mereka harus sedar dan mempunyai semangat yg jitu untuk berhadapan dg musuh utama mereka iaitu diri mereka sendiri. UMNO tidak lagi boleh untuk memperkecilkan isu strategis yg bisa memusnahkan masa depan masyarakat melayu.

Saya melihat kelemahan utama adalah "Kepercayaan" and "Adat Resam"....dua tunjang utama masyarakat melayu, dimanakah UMNO dari sisi tersebut, apakah yg laungkan oleh pemimpin UMNO itu mencerminkan dasar pemikiran masyarakat melayu.

Sekiranya sesuatu masyarakat tidak kira dizaman apapun menerapkan budaya rasuah sebagai sesuatu yang biasa di dalam kehidupan seharian, maka mereka harus bersedia untuk menghadapi kemusnahan. Saya tidak perlu mengungkapkan fakta sejarah untuk membuktikan kenyataan ini.

Sedar atau tidak, pemimpin dayus UMNO tidak boleh lagi turut akan kata istri pertama mereka iaitu Pn.Ringgit, mereka harus menuntuk cerai talak 3 secepat mungkin dan sekiranya mereka masih mau menjadi katak di dalam balang, pemerintah harus bertindak dengan segera dengan menggunakan semua institusi di bawah kawalan mereka (Pajak, SC, BNM, MOF dan sebagainya) untuk mengetatkan padang permainan politik uang UMNO…….

Anak2 kita harus di ajar tengtang bahayanya budaya rasuah, dan ini harus dillakukan sejak dini kepada budak usia sekolah agar kita dapat memutus belenggu kejahatan dari awal. Pendidikan anti rasuah harus ada elemen praktik langsung agar anak2 dapat dilatih untuk bertanggung jawab dan taat aturan sehingga mereka dapat melatih diri untuk mengetahui mana yang bukan menjadi haknya dan mana yang menjadi kewajibannya.

UMNO can no longer be associated with the complete failure of Malay Value System, the Malays on the other hand will eventually adjust their moral compass towards leaders of integrity..to lead them in their most difficult time ever.

Come March, every idiot in the current cabinet should resign together with the lame duck Badawi, allow redlips Najib to then build his cabinet. Get rid of these negative elements...

Whats your dream cabinet Dato'?

Care to share with us in your next post?

spu-blogger 28 January 2009 at 10:53  

rakyat telah dan akan terus menolak UMNO. pemimpin masih menyangka dapat mengawal keadaan. yang patut turun dan melepaskan jawatan kepada tenaga baru masih melengahkan masa sehingga mac nanti sedangkan kemusnahan dalam UMNO berlaku setiap detik. saya brpendapat bahawa sebenarnya pemimpin UMNU pun tidak sayangkan UMNO atau pun tidak peduli kepada kemusnahan UMNO. Saya menulis mengenainya dalam blog saya - http://spu-bloggers.blogspot.com

Anonymous,  28 January 2009 at 11:38  

Salam Dato',

Dalam banyak artikel yang Dato' ilhamkan, artikel ini paling menjadi kesukaan saya.
Benar, amat berani dan tepat kesasaran.
Adakah pula sudah tiada lagi jalan keluar untuk UMNO dari kemelut tegar dan jijik politik wang ini?
Saya ingin berfikir di luar kotak.
Pertamanya untuk banteras poltik RM dengan segera, kerajaan pelu tukar matawang RM ini kepada matawang baru. Contoh namakan ia $!@M. Buat sebelum Pemilihan UMNO march ini.
Semua perwakilan yang sudah pegang duit RM mesti bingung dan tak tahu undi siapakan. Maka mereka terpaksa lah undi calon-calon yang betul2 ada wibawa. Ringkasnya masalah asal iaitu wang diselesaikan dengan cara polisi tukar wang.

M.SEPIAL 28 January 2009 at 12:46  

Salam DASAA @ SAKMONGKOL AK47,


WOW....WOW...WOW DASAA, Aku amat bergembira pada pagi rabu ini kerana DASAA memposting pandangan dunia DASAA dalam BM.

Sementelahan pula posting nya mengenai UMNO @ ONMU, sudah tentu AJK Bahagian, Ketua Penerangan, AJK Cawangan, Sebahagian Wakil Rakyat di senu, Ahli UMNO, pengundi dan Khalayak ramai dapat memahami dengan baik , mengunyah dan cerna dengan baik, timbang dan fikir dengan mendalam serta jadi kan peringatan dan iktibar, jangan hendak nya memikir hanya pasal tembolok, perut, harta dan tahta @ kepentingan diri sendiri. Deme - deme itu baca lah dengan sebaik-baik nya tulisan SAKMONGKOL ini.


3. DASAA, untuk mengulas artikel DASAA itu aku ingin mengambil kajian sejarah tentang kejatuhan Kerajaan BANI UMMAYAH dan kerajaan BANI ABBASSIAH:

SEBAB MUSABAB KEJATUHAN.

1. fAKTOR CUACA : Banjir besar, kemarau panjang, gempa bumi, ribut pasir. Faktor yang berada diluar kemampuan manusia.

2. FAKTOR MANUSIA ; Silap merancang strategi, KEGAWATAN POLITIK, kegawatn ekonomi dan budaya.

3. FAKTOR KESILAPAN : Pengabaian aspek keadilan, penghakisan hak asasi manusia, penyalahgunaan kuasa dan rasuah, timbul rasa tidak puas hati rakyat dan pentadbir/jentera pemerintah yang terainaya @ dizalimi, dan krisis keyakinan.

4.Pemimpin yang tak berwibawa dan mementing diri sendiri, mengamalkan korupsi, kroni dan kolusi.

5. Pemimpin tidak menerima sokongn padu dari rakyat

6. Pemimpin tidak mempunyai visi dan wawasan yang jelas.

5. Dasar - dasar negara yang membebankan rakyat.


Sejarah tetap akan berulang dan berpusing. Kerana sifat manusia tamak haloba. wang....wang.... wang dan kuasa....kuasa....kuasa. Telah diakui bahawa WANG ITU AKAR ATAU PUNCA SEGALA KEJAHATAN. fIKIRKAN 70-80 peratus banduan dipenjara adalah kerana puncanya wang. Baik orang kaya atau miskin sama aje.


TK dan maaf andai aku tersasar.

Anonymous,  28 January 2009 at 14:08  

Salam Dato, saya suka umpamakan UMNO ni seperti bolasepak Malaysia la. Lepas kes rasuah tahun 90an dulu, Liga FAM terus merundum. Penyokong2 semua lari. Stadium slowly kosong. Sekarang final Malaysia cup pun orang tak heran. Siapa lawan siapa pun malas nak ambik tahu. Saya tak boleh lupa pada Robert Alberts, jurulatih Kedah yg lari ke Singapore lepas berasa "ditipu" walau Kedah menjuarai Piala Malaysia sebanyak 4kali sebelum itu.
Terbaru pasukan Kebangsaan kena 5 telur dengan UAE. Heboh kekalahan ini hanya didada akhbar. Tapi hakikatnya, orang awam tak heran pun. Semua buat dekkk aje. So what if Malaysia lost 10-0 to UAE?. Pada saya FAM is undergoing slow and very painful death. FAM terus menukar leadership utk mengubah nasib. Tapi tukar la pemimpin sepuluh kali pun masih tak nampak perubahannya. Makin teruk nampak resultnya. Pada saya, sekali orang dah hilang kepercayaan, susah nak dapat balik. Generasi sekarang ni (i.e. yg below 20an) mana ambik kisah sangat pasal bolasepak Malaysia ni (seperti sepatutnya). Beginilah pengangan rasuah. Sampai bergenerasi baunya tak hilang2.

Saya nampak UMNO ni pun is going towards the same path. Orang dah pelan2 keluar dari stadium. Dah makin kurang orang nak sokong. Ramai makin menyampah. Cakapla apa nak cakap. Nak berubah? Nak tukar pemimpin? Hebohla dalam suratkhabar, tapi orang dah slowly tak heran. Orang (seperti saya) susah nak percaya wujudnya keikhlasan dari cakap2 tersebut.

Conclusion Dato tentang UMNO akan mati? Saya rasa memang semakin jelas tentang kesudahan itu.

To rise like phoenix from the ashes? Saya harap begitu kerana UMNO ni banyak jasanya pada orang Melayu.

But when? Saya rasa seperti bolasepak Malaysia..mungkin lepas 3~4 generasi pengundi (20 tahun) lagi pun tak tentu orang akan sokong balik UMNO. Selepas batch KT,MM dan KJ hilang dari pandangan dan ingatan pengundi pun tak tentu. Tambahan lagi kalau pengganti UMNO (PAS or PKR or apa2 pun) menunjukkan kebolehan memimpin yg baik dan telus dan tidak memperbodoh2kan orang Melayu dan bangsa2 lain.

RunnerfromKuantan

Anti khir Toyo,  28 January 2009 at 14:09  

Betul tu dato, tgk lah kerja Khir Toyo:


Suruh bersumpah, jika tak beri duit ~ KHIR TOYO

http://senapang-patah.blogspot.com/

ADA cerita di luar sekarang, selepas menabur duit kepada perwakilan Pemuda di Kuala Terengganu, buat perjumpaan di Kuala Ibai, kini, ada seorang calon Ketua Pergerakan Pemuda, sibuk membeli jentera-jentera kempen lawannya, supaya menyokong dirinya.

Lebih dahsyat, duit yang ditawarkan bukan sedikit. Sampai RM10,000 seorang, jika sanggup meninggalkan pilihan masing-masing. Jika masih tidak teruja dengan RM10,000, calon ini akan menawarkan RM30,000 tetapi mesti sanggup 'buka baju' atau dalam istilah Pemuda, sumpah 'bai'ah' mesti mengundi si pemberi duit.

Ketika tiada siapa mempersoalkan dari mana dia dapat begitu banyak wang untuk dilaburkan bagi tujuan mengejar jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, yang peliknya, calon yang seorang ini kononnya sering mendakwa dirinya 'orang kampung' yang faham erti kesusahan dan kemikinan tetapi dalam masa yang sama, jam tangan yang dipakainya berharga RM300,000.

Maklumlah, calon yang seorang ini, pernah dikaitkan dengan cerita pembedahan muka dan botox tetapi dinafikannya kerana menurutnya, jika dia tidak berbohonglah (baca: tidak memperbodohkan orang ramai), dia berubah wajah kerana makan banyak tempe. Kerana zat kacang soya dalamtempe itulah yang menjadikan hidung dan kulit mukanya berubah. Ramai yang tahu, calon yang seorang ini, sedang merayau ke seluruh pelusuk tanahair kerana berkempen dan membeli jentera yang menyokong dua calon lain, sibuk mengutip 'aku janji' dan sumpah baiah dengan tujuan, sesiapa yang sudah mengambil wang darinya, mestilah menyokong dan mengundinya.

Perwakilan Pemuda tentunya faham, ketika mahu membuat pilihan siapa yang layak mereka pilih. Adakah mereka mahu memilih orang yang hipokrit, bercakap soal agama, sejarah kebangkitan Islam tetapi tidak pernah bersyukur dengan anugerah Allah, malah sanggup merubah wajahnya, wajah isterinya kerana mungkin apa yang Allah bagi, tidak sesuai dan tidak cukup cantik di mata mereka berdua.

Pemuda Umno mahu berketuakan seorang yang pendirian dan kekukuhan akidahnya boleh dipersoalkan? Pemuda Umno mahu memilih mereka yang 'menjual sumpah baiah' dengan nilai RM10,000 atau RM30,000 kononnya mahu menaikkan seorang 'budak kampung' yang tidak sedar diri, sanggup berjoli ketika memegang jawatan tinggi, apabila diberi peluang suatu ketika dahulu?

Ada Perwakilan Pemuda yang sudah termakan denan janji mahu diberikan pakej percutian keluarga jika menyokong calon yang seorang ini. Malah, mungkin ada yang sudah terambil wang RM10,000 atau RM30,000 dari seorang calon ini tetapi masa masih belum terlambat untuk mereka memperbetulkan akidah masing-masing… sesungguhnya sumpah dan janji mestilah dibuat kerana Allah dan bukan kerana dibayar hanya dengan RM10,000 atau RM30,000.

Ingat, agama, akidah dan sumpah bukan sesuatu yang boleh dipermain-mainkan. Jangan memperdagangkan agama kita dengan janji-janji palsu yang akhirnya parti Umno yang kita kasihi jahanam kerana 'adegan' pembelian yang tidak bermaruah. Wang dan habuan memang perlu tetapi janganlah sampai kita sanggup memperdagangkan agama, sumpah dan akidah hanya kerana habuan yang tidak seberapa. Ada juga calon Ketua Pemuda, sanggup menaja (baca: membiayai) kos seseorang Ketua Pemuda Bahagian yang boleh memaki hamun calon lain, dengan tujuan, memburuk-burukkan citra seseorang yang bersaing dengannya.

Kenapa begitu teruk? Kenapa sanggup 'upah' calon Exco untuk pusing ke seluruh negara hanya kerana bertujuan memperkecil-kecilkan saingan. Tidak mampukan untuk bertanding secara 'gentleman'. Kenapa perlu menggunakan strategi kotor hanya kerana mahu menang jawatan itu. Ketika ada calon, berdebat dan berdepan dengan pembangkang, ada pula calon sibuk dengan menabur janji, menabur wang dan mengutip sumpah baiah dari perwakilan. Ada pula calon yang ternyata gagal menepis serangan 'bapanya sendiri' terhadap calon BN yang sepatutnya menang di pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dahulu.

Adalah lebih baik, sebelum tewas dan ditewaskan, kedua-dua calon ini menarik diri atau Perwakilan Pemuda Umno menolak mereka berdua kerana tentulah Perwakilan Pemuda faham siapa yang penulis maksudkan dalam tulisan ini. Lebih-lebih lagi, mereka yang sudah dijanjikan dengan habuan dan pakej percutian sekeluarga, cepat-cepatlah sedar diri sebelum kita menggadaikan maruah parti, bangsa dan agama kita kepada mereka yang berniat jahat.

Bagi calon yang menjanjikan 'hujan monsun' di saat-saat akhir tempoh berkempen, strategi menyerang hendap secara perlahan-lahan, kononnya dia seorang calon low-profile sudah diketahui orang. Cukuplah bapanya seorang sahaja yang sudah dapat nikmat dari Umno kemudiannya menyerang Umno kembali, supaya legasi tidak sihat ini tidak terus dikekalkan dalam Umno.

Umno sebagai sebuah parti yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara tidak patut dihukum dengan memberi tempat kepada orang-orang yang tidak pernah belajar dari kesilapan untuk mencari peluang memperbetulkan kesilapan tersebut.

Di tangan Pemudalah segala-galanya diharapkan. Jika Pemuda tersilap, maka masa depan Umno akan gelap, lebih gelap dari mendung yang memanjang di musim tengkujuh. Jika Pemuda silap perhitungan, menyokong mereka yang mewarisi kepimpinan derhaka, tidak tahu berterima kasih atas jasa Umno terhadap mereka dan keluarga mereka, maka Umno bukan sahaja akan kalah dalam PRU 13 akan datang, malahan Umno mungkin terus pupus dari lipatan sejarah.

Begitu juga jika Pemuda memilih mereka yang tidak tahu bersyukur dengan anugerah Allah, tidak pandai menjaganya, menghina orang dengan penyapu dan tidak boleh ditegur, maka Umno yang dilahirkan di istana ini akan dikhabarkan kononnya lahir di Kelab Sultan Sulaiman. Orang ini bukan sahaja bercita-cita mahu merubah sejarah seperti merubah wajahnya malahan, dia mahu merubah segala-galanya ikut selera dia dan selera isterinya.

Anonymous,  28 January 2009 at 15:21  

hidup Dato' Sak! Pilhan tepat. KJ bakal pemimpin yang baik. dia pun dah improve dan lebih matang. Insyaalah dia boleh menarik belia dan pemuda sokong kerajaan.

Jed Yoong 28 January 2009 at 16:38  

not just umno...money talks, legalised in USA, datuk!

Anonymous,  28 January 2009 at 17:03  

Dearest Dato..
No matter what bad things people say about KJ, somehow you see a lot of potential leadership in him..his father-in-law cannot help him anymore. Hes been struggling 'alone'. Unlike MM who still can lean on his father's laurels and fame, KJ is as almost as normal as any of us.

We are not from the elit group.Our fathers were plain government servants or just ordinary folks.

MM is from the super-elite family. KJ's dad was just a diplomat.KT? Well he is a has been (old broom!)

add 28 January 2009 at 18:54  

UMNO=$PRM
$=Duit
P=Pitih
RM=Wang

sokong satD,  30 January 2009 at 06:48  

Saya setuju dengan satD.

Rasuah, politik wang mesti di singkirkan. Ini duri dalam daging, daging akan jadi busuk, reput dan tanggal tinggal rangka.

But, is Najib the solution to the problem? Would he take meaningful and drastic action against money politics and corruption? I seriously doubt it.

Anonymous,  21 February 2012 at 17:24  

kj ? it is so uncool with his kind of coolness, arrogance, sheltered from hardship since childhood and through youth. It is a double-edged sword. Regardless of where he graduated, talk, talk, without measurable experience, execution of plans and serving the rakyat in ground zero and being empathetic ; old, mediocre and young leaders can talk, try to impress. Even with a " cosmetic training " whereabout? It is not serving long-term like William or Harry.

It doesn't work anymore though some rakyat maybe honk-winked. Without walks and consistent hard work, accountability, sincerity, the highest benchmark of management, self- resistant from putting the foot in one's mouth or with body gestures, taking full responsibilities when things go wrong, able to provide effective solutions, to Serve To Lead and not the norm, he, without being able to lead a lifestyle that reflects his responsibilities and income is just talk ... mere talk.

There are other young capable leaders with maturity that pass through the baptism of fire to serve. Must be in the other wing.

Anonymous,  21 February 2012 at 19:35  

Corruption leads to gangrene of the ruling governance mostly from the top hierarchy, down to the little napoleons in every dept at state level. Gangrene has to be amputated. It creates distrust and uncertainties in foreign investors, as well as local investors and citizens. However, the reverse works to the advantages of Malaysia and its citizens.

In the space of two days, i had the privilege of meeting two middle aged policemen at different LRT stations. They were very nice and most helpful when the scanner and the token machine were insanely inefficient. The two gentlemen certainly showed they had pride and happiness in their jobs. Their warm gestures certainly spurred me to help others more. It is akin to buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.

Hopefully their good deeds will catch on in the police force and the LRT staff in dealing with the public daily, just anyone, notwithstanding if they speak English or Bahasa or both or multilingual.

Thank you Sak. Have a great week.

Anonymous,  26 February 2012 at 05:38  

Salam & Good morning Sak,

would really like you and others who care - to read a profound comment which is visibly moving even for this writer with an analytical mind. The comments certainly sum up the true perception of Malays and what is missed by the Chinese and Indian Malaysians. Please google Dr M calls all Malaysians ‘racists’, search for Liew Seng of KL.

However, be forewarned, avoid the comments which contain profanity which hurts deeply, do no good to inspire camaraderie, innovative solutions and civility of discussions; as for this writer, yet needs to skim thru some of them to gauge why others respond likewise. Honestly, a respite or a double shot of espresso is much needed after that. Hence i like visiting your blogs and Saudara Aspan's.

Thank you, Sak. Wishing you and your guests a restful weekend.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP