Bukan Usaha Terancang.....bah. 2
Bertempiaran
budak2 UMNO hendak jawab soalan2 keatas 1MDB. Apa fundamentals yang kuat ada
pada 1MDB? Kalau dia jual asset seperti IPP yang dibeli dari Tanjung Eergy dan
Genting, boleh dia dapat kembali RM10 billion? Tempoh kontrak dah habis,
kualiti asset pasti sudah menurun.Jual tanah TRX dan Sungai Besi?
Yang saya pelik,
1MDB syarikat milik kerajaan terpaksa bayar untuk goodwill yang ada pada 2
syarikat swasta. Goodwill ini ialah hubungan baik dengan kerajaan. 1MDB tidak
mampu mendapat goodwill untuk nya sendiri?
Letrik yang dua IPP jual, dijual
kepada TNB bukan dengan pihak lain. Jadi bagaimana goodwill itu dinilai? Adakah
nilai goodwill ini termasuk bakshish dan sokongan kepada broker2 yang facilitate
pembelian dan penjualan IPP Genting dan Tanjung?
1MDB rupa2 nya
tidak berupaya mendapat goodwill seperti yang diperolehi oleh Tanjung dan
Genting. Tanjung dan Genting milik bukan Melayu- mereka lagi senang nak dapat
goodwill dari syarikat yang dikuasai oleh kerajaan Melayu dan oleh pemimpin
Melayu.
GLC tak suka
deal dengan orang Melayu sebetulnya.
Reality nya-
kalau budak2 hingusan UMNO nak tahu- pemimpin UMNO suka buat bisness dengan
bukan Melayu. Kalau dengan Melayu tak dapat pelincir dan Melayu suka bercerita
sana sini. Sesama Melayu tak boleh buat nakal2. Dengan bangsa lain, boleh buat
apa sahaja.
Kita orang
Melayu kena ubah sikap. Kita jangan ikut sikap orang dan penyokong UMNO. Sikap
orang UMNO dan orang Melayu yang hendak mereka pengaruhi ialah biarkan musibah
itu berlaku, baru kita bertindak. Apabila sudah terjadi, tidaklah guna lagi.
Dalam hal in,
petanda musibah dan malapetaka banyak sangat.
Patutkah sebuah sarikat yang hanya ada modal berbayar RM1 juta, mempunyai
gearing 46,000 kali ganda? Ini gila punya kerja. Adakah syarikat ini mempunyai cash flow yang boleh
membayar coupon rate dan faedah
pinjaman lain? 1MDB tidak mempunyai cukup income dari operasi untuk bayar
hutang.
Adakah patut
syarikat ini dijamin oleh kerajaan dalam transaksi yang tidak telus?
Mengapa banyak
tranksaksi melibatkan Jho Low? Geliga sangat kah otak anak cina ini? Lihatlah-
pemimpin terbesar UMNO- dia buat bisnes dengan Cina. Sama seperti dia beri
kontrak membina MRT Ampang- juga kepada Cina.
Jadi kita orang
melayu yang tidak sokong UMNO mesti sedar hipokrasi puak2 UMNO- rakyat bawahan
disuruh gaduh sama sendiri dan mereka tanam syak wasangka dan curiga. Orang
atasan Melayu tidur bersama cukong2 Cina.
Jika matlamat
syarikat ini ialah membawa pelaburan kedalam negara, sila jawab soalan yang
paling asas- kenapa simpan wang didalam akaun bank persisir? Kecuali hendak launder money atau simpan wang haram dalam
akaun.
Dah ada petanda
yang mencurigakan, budak2 UMNO kata- kita mesti percaya pada judgment PM.
Reality nya:
semakin ramai orang tidak percaya kepada Najib. Fakta asas ini amat sukar
difahami mengapa?
Lagi soalan yang
mahu rakyat tanya. Adakah Jho Low menyalah gunakan taraf dan status 1MDB
sebagai Dana Berdaulat untuk membida pembelian keatas 3 buah hotel ternama di
London? Mengapakah 1MDB seperti dibuktikan oleh Sarawak Report melalui
dokumen mahkamah, memberi surat sokongan kepada syarikat milik Jho Low? Apakah
kaitan istimewa antara budak Cina ini dengan 1MDB, dengan PM Najib atau dengan
isteri Perdana Menteri?
Supaya orang
UMNO jangan lupa, Jho Low ini bangsa nya Cina- kumpulan yang UMNO suruh orang
Melayu gaduh. Orang atasan main dengan Cina, orang bawahan disuruh balun Cina.
Sekali lagi,
sementara rakya digalak berkelahi dengan orang Cina lain, pembesar negara
bersekongkol dengan orang Cina. Inilah yang orang kata- berlari bersama arnab
dan memburu bersama anjing buruan.
Benarkah Jho
Low/Paris Hilton menyalahguna wang 1MDB untuk membeli sebuah bank yang pernah
dimiliki oleh seoarang bekas Ketua Menteri Sarawak pada harga yang menakjubkan
padahal penjualan bank tersebut tidak mendapat sambutan dari pihak lain?
Dalam transaksi
itu, berapakah keuntungan yang diperolehi oleh Jho Low daripada urusniaga
tersembunyi seperti ini? Dan adakah Jho Low melakukan pecah amanah dan penipuan
dengan wang milik 1MDB?
Jika bank itu dibeli, adakah urusniaga tersebut hasil
dari financial frolic peribadi diluar pengetahuan 1MDB? Almaklum sahajalah di
Malaysia ini, anggota polis pun boleh on
a frolic of their own, rasa hari ini nak tembak dan bunuh orang. Jho Low
pun on a frolic of his own, rasa hari
ini aku nak beli bank lah.
7 comments:
The best way is to follow sakmongkol... Became a slave to Lim family.... No need to alibaba..
1MDB - dia ingat boleh dapat untung sebab ada surat sokongan kerajaan. Inilah Umnoputra ingat nak buat bisness macam facebook, google tapi dia tak paham semua bisness tu dah di scrutinize habis habis oleh investment fund.
Kualiti CEO di soal, kualiti management team di soal, historical performace di soal, baru dapat duit nak berniaga. CEO pun kena gadai rumah (hurt money) untuk buktikan komitment.
Jho Low tu siapa, apa rekod dia. Rekod dia ada pandai menyamun, pandai kunjungi kelab kelab malam dengan Paris Hilton.
Lihat kepada business yang berjaya, ada tuan tuan lihat Steve Job pergi kelab malam, ada tak lihat Jeff Bezos empunya Amazon pergi kelab kelab malam minum dengan Paris Hilton type ladies.
Ini, dari satu dunia, cari CEO pun tak erti, nak bisness bilion bilion. Podah!
Kalau Otak dah lembu, jangan ingat pandai sangat. Jangan ingat yang keuntungan akan ada sebab namanya Jho Low atau Najib.
Kita mesti berkerja keras, gunapakai konsep agriculture, kalau kita cakap saja, tak buat kerja tak ada hasil pertanian. Kita perlu bajak tanah, bubuh benih, beri air..jaga rumpput rumpai baru boleh lihat hasil yang boleh di tuai.
1 MDB kerja bodoh. Menteri menteri kita bahlul, takde ke yang scrutinize project ni. Takde ke yang tanya, wahai YB, mana assest yang menjana keuntungunan. Makan atas angin kah.
Menteri Bodoh, MACC penipu, Audit tak boleh pakai.
Lihat kepada Sejarah OLAM dari singapura, syarikat 10 billion dollar boleh ingkup sebab management tak scrutinize project kat Afrika. Dia nak buat project 1.5 Billion dollar kat Africa, hampa boleh fikir.
Lingkup linkup.
! MDB linkup, tak lama lagi FGV pun lingkup.
Inilah bila melayu nak berniaga, semua lingkup.
Tolong sesiapa pembaca tunjukkan business Melayu yang nilai nya 1 billion dolar yang berjaya. Kalau ada, mesti ada support kerajaan.
Yang bagi dia untung unfair pricing. Lihat proton.. sampai sekarang tak boleh untung sebab CEO dia Melayu, management dia Melayu. Nak melayukan sangat, inilah aikibat dia. Cuba pilih talent yang terbaik. Proton boleh berjaya. Mas boleh berjaya. TNB boleh berjaya harga eletrik boleh turun.
Liha harga gula, semenjak Albukahry ambil alih... harga naik, walhal harga pasaran gula adalah paling rendah historically. Dia boleh cakap dia untung... tapi harga tinggi itulah sebab untung.
Saya rasa begitu sedih tinggalkan Malaysia, teringat zaman 70'an 80'an bila tiada sangat konsep nak melayukan everything.
melayukan --- Me Layu --- layu lah tu.tak subur.
Bagunlan rakan rakan melayu - ingat Malaysia ini bukan melayu yang punya. Negara ini kepunyaan semua orang. Kita pilih kualiti jangan pilih bangsa, lingkup kita. Jangan sampai jadi filipina, anak bini kita pergi luar negeri jadi pembantu rumah.
Belajar dari apa yang dah berlaku di negara jiran. Politik kotor boleh di bersihkan. Rakyat Malaysia jangan bergaduh sesama sendiri, kita berkerjasama untuk amakan Malaysia dan buang Mentri menteri yang bahlul.
Tak payah nak percaya cakap yang Melayu dah tergugat. Melayu di gugat oleh UMNO bukan Bangsa lain. Bangun dari lena. Jangan terlambat. Jangan sampai bila bangun, lihat Malaysia dah jadi 3rd world country.
Bangun.. bangun.. celikan mata. Lihat masalah sebenar, jangan cepat makan fitnah. Berfikirlah untuk generasi akan datang, future mereka dalam tangan kamu.
1MDB ni sememangnya penuh misteri dan tandatanya yang sampai hari ini tak dijawab oleh PM Najib maupun kroni kroni nya NAMUN kes liwat Anwar sudah pun terjawab dengan secara terang namun sampai kesaat ini tiada sesiapa pun yang dapat memberikan jawapan bagaimana sperma Anwar boleh ditemui didalam dubur Saifol ?
Going be a whole lot of elephant shit hitting the fan if and when someone does a Julian Assange on the 1 MDB documents on a wiki-like website. If that Sarawak woman has it... who else has it?
Inilah akibatnya apabila perdana menteri menguasai jawatan menteri kewangan... segala kekayaan dalam negara menjadi harta laki bini tanpa mempedulikan teguran dari sesiapa.
Mahathir perlu bertanggongjawab juga dalam kerosakan yang dilakukan oleh Najib kerana dia adalah orang yang memperkenalkan jawatan perdana menteri merangkap menteri kewangan dan juga menjadi menteri dalam negeri.
Walaupun Mahathir sedang berusaha mengingkirkan Najib dari kerusi perdana menteri namun dia juga perlu dipersalahkan kerana mengajar sistem dan formula yang salah pada pewarisnya.
BODOH PUNYA MATAHIR....
"Bukan Usaha Terancang..- Bah. 2."
Dato'
"Patutkah sebuah sarikat yang hanya ada modal berbayar RM1 juta, mempunyai gearing 46,000 kali ganda? Ini gila punya kerja..."
Yes indeed...Ini gila punya kerja...
The “approach and language during the current 1MDB crisis is morally indefensible, is not in Malaysia’s national interest and will have a long term detrimental impact on our reputation internationally and domestically !
Just to share this...
Just see how they "Asset Strip" UBG with all their team players...
Google - Today is UBG's last trading day - Archives | The Star Online -
27/02/15 - Bloomberg - Malaysia Fund's Debts Make Defending Ringgit Tougher ...
http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-02-27/malaysia-fund-s-debts-make-defending-ringgit-tougher-currencies
Just look at the photos...
http://www.nytimes.com/2015/02/09/nyregion/jho-low-young-malaysian-has-an-appetite-for-new-york.html?_r=0#story-continues-5
http://www.sarawakreport.org/2015/03/jho-low-claimed-the-pm-fm-gave-authority-to-keep-bank-negara-in-the-dark-on-1mdb-loan/
https://dinmerican.wordpress.com/2015/03/08/the-imf-on-the-malaysian-economy/#comment-243738
You be the judge.
Cheers.
Post a Comment