Polls Rating Ok, Pengundi Hantu ada, Duit Banyak- masih takut dengan pilihan Rakyat
Dalam
tahun 2008, UMNO dan BN tewas di Semanjung. Mereka hanya dapat 49% dari undi
popular di Semenanjung. Oleh yang demikian, UMNO tak boleh sombong. Kalau tidak
ada Sabah dan Sarawak, UMNO dah berkubur dalam PRU12.
Dan
untuk menyedapkan hati mereka dan kawan2 BN yang lain, maka UMNO dakwa orang kampong
semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Orang Kampung mana? Kampung Langgar di Pekan? Kampung Benta di Pekan? UMNO ingat Melayu kampong masih boleh kena
tipu dengan rasuah RM500. RM500 diberikan kepada rakyat, ratusan dan ribuan
juta disamun dan dirompak dari rakyat.
Dalam
PRU13, rakyat Sabah dan Sarawak tidak akan bersama BN lagi. Rakyat Malaysia
Timur tidak sebodoh yang disangka oleh UMNO. Mustahil mereka mahu jadi
pembangkang. Mereka mahu besama kerajaan persekutuan yang baru. mereka melihat masa depan yang lebih baik
tanpa UMNO. Undi UMNO dapat BR1M RM500. Undi Pakatan dapat royalty 20%, dapat
taraf semi autonomy, dapat pendidikan percuma dan paling penting, pribumi Sabah
jadi KM.
Menyokong
UMNO bererti berada dalam pembangkang. Tiada yang sanggup jadi pembangkang melainkan
DAP dan PAS. Parti lain masuk dalam gelanggang mahu jadi kerajaan. Dengan kiraan
lojik ini, rakyat Sabah dan Sarawak akan bersama PR kerana mereka melihat
gelombang menyokong PR tidak dapat dibendung lagi.
Tanda2
nya ada didepan mata. Seperti yang saya sebut- UMNO ada wang, ada pengundi
hantu dan polls rating Najib pun dikira ok. Tidak sebaik Pak Lah, tapi
pendukung UMNO kata sudah cukup hebat. Tapi dengan kombinasi 3 ramuan ini,
Najib tak berani buat PRU sebab dia dan pemimpin UMNO lain, tahu UMNO akan
tewas. Dan UMNO bukan berani jadi pembangkang. Najib pulak. Dia pemimpin yang
lemah. Bukan saya kata- Dr Mahathir, Mursidul am UMNO yang kata. Dia nasihatkan
UMNO berkawan dengan orang jahat lebih baik berkawan dengan orang baik2.
Dan
orang Melayu pun sudah sedar, jika UMNO tewas yang kalah itu UMNO bukan orang
Melayu. UMNO hanya 3 juta dari 18 juta Melayu. 15 juta Melayu boleh hidup tanpa
UMNO. Kalau mati semua ahli UMNO yang berjumlah 3 juta itu, ada 15 juta lagi
orang Melayu boleh terus hidup tanpa UMNO.
Calun2
UMNO diganti dengan orang Melayu juga. Maka orang Melayu tidak kehilangan apa2.
Bukanlah kepakaran dan kepandaian mengurus negara ini, hanya orang UMNO sahaja
yang ada. Melayu lain pun yang ada dalam PAS, PKR dan DAP boleh buat lebih baik
dari matlaon UMNO.
Pemimpin
tertinggi UMNO kata PR tidak ada pengalaman. Benar itu!- PR tidak ada
pengalaman merompak dan melanun harta benda rakyat. Dalam negeri2 PR- tidak ada kes NFC. Tidak ada
kes Puspahanas. Tidak ada beli paip air substandard dari syarikat sendiri.
Ertinya-
dalam negeri yang UMNO kalah, rakyat lebih mewah dan aman makmur. UMNO ada,
kacau bilau.
Rekod
pengurusan dan pentadbiran negeri yang diperintah PR jauh lebih baik dari rekod
pengurusan dan pentadbiran negeri2 yang dikuasai oleh UMNO/BN. Belasan tahun
UMNO memerintah Selangor, reseb tunai yang Khir Toyo boleh beri Khalid Ibrahim
ialah RM600juta. 4 tahun dibawah Khalid yang diejek sebagai gagap itu- reseb
tunai ialah RM2500juta. Malukan UMNO? Cakap besar tapi mengurus negeri tidak
pandai.
Sekali
lagi-
One two three four
Lima enam tujuh lapan
Najib wasathiyah cakap besor
Tawan Selangor tiada harapan.
Lajim
Hj Ukin istihar, PR akan menang 18 kerusi parlimen. Saya ingat kata2 nya
mungkin bertujuan menaikkan semangat sahaja. Dalam ceramah kita tidak perlu
berdisiplin sangat. Tujuan utama ceramah ialah menarik perhatian. Dan bila
Lajim Ukin sebut kita boleh dapat 18 kerusi parlimen, tentu sahaja, ianya akan
menarik perhatian pendengar.
Tetapi
setelah kita buat sedikit kajian dan bertanya kepada yang pandai2, dakwaan
Lajim nampak nya ada asas.
Seorang
wanita tua dalam kampong pendalaman Sabah. Bila ditanya siapa yang makcik akan
undi kali ini dia menjawab Anwar Ibrahim. Makcik ini tidak tahu apa parti
politik pun, tapi Anwar Ibrahim dia tahu.
Teriakan
ini
kalilah bergema dan berkumandang di
seluruh Sabah. Orang dewasa menyebut nya dan kanak2 kecil nyanyi dan bersiul
lagu ini kalilah. Dalam majlis perkahwinan, tetamu yang datang ketika
bersalaman dengan tuan rumah menghulur hadiah akan menyebut ini kalilah. Sehingga
tuan rumah terpaksa meminta jasa baik tetamu syupaya tidak berpolitik kerana
ini majlis kahwin anak mereka.
Beberapa
orang kawan duduk dikedai kopi menikmati minuman. Mereka menyatakan kebaikan
UMNO. Seorang rakan mencelah mengatakan bahawa UMNO sekarang bukan UMNO dahulu.
Perbualan berhenti kerana penyokong UMNO tdiak terdaya untuk mempertahakan
UMNO.
Lagi
pun mengikut ketua UMNO, perbahasan bukan budaya Melayu UMNO. Budaya Melayu
UMNO ialah mengkasari oang lain, menyimbah cat, membaling batu, memukul dan
menikam orang lain dan mutakhir- merampas mikrofon. Ini budaya yang Najib yang
tdak ada telor itu promosikan.
Kalau
kita lihat peratusan sokongan kepada pembangkang, dalam tahun 2008, tidak ada
satu pun kerusi yang menunjukkan mereka mencapai 40% sokongan popular. Jadi bagaimana
rakyat Sabah mahu menukar selera dalam PRU13 ini? Bagaimana mereka mahu
menterjemahkan teriakan ini kalilah kepada reality dan menendang UMNO yang
rasuah dan merompak itu?
Jawapan
nya ialah rakyat Sabah menjumpai semula maksud demokrasi. Maksud demokrasi ialah
memberikan hak kepada rakyat membuat pilihan peribadi. Pilihan peribadi tidak
boleh dipaksa atau dicabuli dan tidak pula boleh disamun. Selama ini UMNO
menyamun hak pilihan rakyat Sabah.
Pilihan
mereka setakat 2008, ialah antara UMNO/BN dengan parti pembangkang yang tidak
bersatu. Anwar Ibrahim pun belum muncul menyatukan parti dalam PR. Sekarang keadaan
nya berbeza,Rakyat
Sabah ada pilihan. Mereka boleh memilih alternative yang real kepada BN.
apabila mereka sedar bahawa hak memilih ada hak yang tidak dapat disamun, maka
dengan hak tersebut mereka akan menghukum UMNO/BN.
Seperti
yang saya sebut diatas- mengulangi sentiment rakyat Sabah- undi BN dapat BR1M
dan diperlakukan seperti objek. Undi dan sokong PR dapat royalty minyak, turun
harga minyak, turun harga kereta dan pendidikan percuma. Seluuuruh rakyat Sabah
boleh menjiwai perkara ini.
Kali
ini, mereka akan membuat keputusan dipacu oleh agenda yang sama- mengenyahkan
UMNO dari tampuk pemerintahan. Kedua, pilihan mereka akan dipengaruhi kuat oleh
sentiment perkauman. Kerana itu senjata yang digunakan oleh UMNO yang ternyata
sekarang memakan diri sendiri.
Selama
belasan tahun, kerajaan BN Sabah membawa masuk warga asing kedalam negeri
Sabah. Mereka ini rata2 nya pelarian yang beragama Islam. Tujuan dan matlamat
jahat UMNO ialah mencairkan majoriti Bumiputera Bukan Islam dan orang Cina
Sabah atau dikenali sebagai KDMC- Kadazan, Dusun, Murut dan Cina. Golongan ini
yang dulu nya 60% dari penduduk Sabah hari ini menjadi 53-55% sahaja.
Bila
kita tengok komposisi bangsa di Sabah, barulah kita sedar bahawa pengistiharan
Lajim mempunyai asas.
Sabah
ada 25 kerusi parlimen. Jika 60% kerusi jatuh ketangan PR disebabkan 60% KDMC sokng PR, maka PR dapat
15 kerusi. Tapi akibat projek IC yang dijalankan oleh Mahathir telah berjalan
sekian lama, peratusan KDMC tinggal 55% sahaja. Jika 55% ini menyokong PR, maka
PR masih boleh dapat 13 kerusi.
13
kerusi parlimen untuk PR akan datang dari sokongan KDMC. 5 lagi akan datang
dari kerusi yang sekarang ini dipegang oleh UMNO. Dan kerusi itu adalah seperti berikut:-
No
|
parlimen
|
penyandang
|
KDMC
%
|
Muslim
%
|
1
|
Beaufort
|
Lajim Ukin
|
38
|
62
|
2
|
Kimanis
|
Anifah Aman
|
32
|
68
|
3
|
Papar
|
Rosnah Shirlin
|
37
|
63
|
4
|
Kota Belud
|
Rahman Dahalan
|
41
|
59
|
5
|
Kudat
|
Rahim Bakri
|
46
|
54
|
24 comments:
Apa2 pun Rakyat Sabah mmg pandai berpolitik sejak dari dulu lagi dan saya amat meminati cara mereka menggulingkan sesebuah kerajaan yg difikirkan gagal. Walaupun kehidupan mereka tidak seberapa kaya tapi mereka lebih bijak berpolitik kalo nak dibandingkan dgn orang2 Felda dari Johor (majority pengikut2 totok UMNO)
Sejarah telah membuktikan dalam tempoh 50 tahun rakyat Sabah telah menukar beberapa kerajaan iaitu bermula dari USNO > Berjaya > PBS > UMNO. Pada kali ni tidak mustahil bagi rakyat Sabah "TUKAR" menu atau citarasa sekali lagi.
"Ini Kali Tukar Menu Lah Ba
Maaf, analisa Pak Sak tak cukup kuat untuk mengambarkan kekuatan PR. Utk makluman pada PRU yg lalu parti pembangkang sebenarnya menang kerana orang UMNO undi mereka hanya utk menyingkirkan Pak Lah bukan UMNO secara keseluruhan sebab peribahasa marahkan nyamuk kelambu dibakar masih digunapakai walaupun dalam abad ke 21 ini. Orang kampung pun dah meluat tengok perangai jahil Pok Nik, Hj Hadi & Mat Sabu bila berdepan dgn Cina DAP. Orang India pun ada mata, telinga & otak utk berfikir apa yg baik utk mereka. Cuma tinggal beberapa kerat melayu yg masih nak hadap Anuar Ibrahim utk talian hayat politik terakhir. Bang Nuar pun dah nak lari dari Permatang Pauh. Pak Sak masih belum terlambat utk pusingan U. Tq
Sir,
Di Sabah & Sarawak waktu dalam tempoh PRU, pembangkang tidak dapat sewa long boat untuk masuk ke pendalaman untuk berkempen kerana semua long boat telah dipau oleh BN.
Adalah elok bagi PR rancang awal-awal untuk mengatasi masalah ini.
Otherwise, ABU amat susah.
Apa yg ko mengarut ni bengong...
Telor tak ada..........
Bravo Pak Sak.. hantam lagi... ini kali lah..! Tulisan bapak akan jadi titipan sejarah kamatian umno ini tahun.
Satu dua tiga empat
Wunne rendek munne nale
Msia baru umno tak ada tempat
Jadilah pembangkang tak sewel gila.
Bukan taakut lah..sedang sibuk guna sisa masa yang ada sampai injury time atur kontrak kontrak rompakan sehingga whistle penamat..
Najib tau apa2 dia buat nak tamkap hati2 Malaysian sokong dia....tak boleh pakai lagi.
Pengundi hantu ada...tetapi ini jam...susah tipu.
Duit banyat...tetapi sekarang... pukan sinang ambil rakyat2 wang ...by the billions..to buy voters.
Orang2 sokong dia....ada turun...kurang..tak lebeh.
Najib tau...13th GE...dia habis wayang....tak boleh tidor selamat.
Tak lebeh 64 hari 13th GE mesti jalan....atau...tak jalan..kita tunku2 apa baru wayang Najib nak buat.
i'm about to be converted....go on dont stop
ya !!!!!!!
ini kali lah
- tapi , mampu kah najib/muhyidinn jadi pembangkang di parlimen nanti ??
- tak sanggup melihatt situasi ini
- tapi yg lebih pasti , najib , muhyidin , mahathir semua nya akan lari
Ah Gor bukan bodoh
Kalau I tahu aku akan kalah atau kalau tak kalah pun akan ditendang dari kerusi
Baik aku tunggu hingga akhir penggal 4 tahun. aku cari duit dari projek, commission, dapat banyak barang percuma beg birkin, beli permata
Itu tak bodohkan? Si gemuk pasangan saya jadi semakin gemukkan!
Salam Dato,
Yang Paling seronoknya Dato, kita kata ada undi hantu pemimpin umnobn nafikan dengan sekeras2nya. Kita kata ada berpuluh pengundi dalam satu rumah mereka nafi lagi. Lepas itu Pemimpin tertinggi umnobn yang tersohor kecerdikkannya dapat idea dari punahsihatnya nak pancing undi sempena perayaan. Dia pun Hantar kad ucap selamat pada pengundi. Nah tu dia! semua hantu-hantu pun dapat surat tersebut. Penuh surat di dalam satu peti surat. Dulu rakyat kurang percaya, tapi kali ini bila tuan-tuan rumah tengok sendiri betapa banyaknya surat bertaburan di halaman rumah mereka yang tidak dikenali tapi guna alamat mereka, barulah mereka sedar, pengundi-pengundi hantu memang wujud.
Tahniah kpd Apco
Mohd Zuki
Salam,
Saya harap pimpinan PR, DS AI, Hj Hadi, Lim KS, kena pantau betul-betul masalah dalaman PR.
DS AI, jangan hanya seronok melihat ramai menghadiri majlis Jelajah PR, tapi kena juga melihat usaha penyokong PR peringkat bawahan yang bertungkus lumus.
Apa sudah jadi Parlimen Titiwangsa mahu jadi wakil bebas? Apa sudah jadi Wanita PKR Sabah, mahu berehat?
Pekara ini, sudah tentu menjadi idaman pihak UMNO BN, untuk menghancurkan PR dalam saat PR selangkah lagi hendak ke Putrajaya.
Harap pimpinan DAP, juga jangan sekali-kali keluar statement di mass media macam TV3 macam hal majlis syura PAS, hal kalimah Allah yang hanya semua ini, betul-betul sedikit sebanyak menguntungkan lagi kerja kotor UMNO BN untuk mengubah fikiran 360 darjah pakcik makcik di kampung dari PR ke BN.
Pimpinan PR, kena faham, ada pejuang PR at supervisor level betul-betul berjuang untuk PR, tapi kalau pimpinan PR tidak begitu perihatin dengan masalah ini, hanya mahu didengar sebelah pihak atasan sahaja, maka akan tenggelamlah kapal PR ini.
Pimpinan PR kena juga berbincang TOP DOWN level, helicopter view, dan mesti faham aspirasi peringkat root level. Mereka ni manusia biasa juga ada kelemahan. Kalau asyik syok sendiri di atas, maka tunggulah retak menanti belah pad PR.
Pimpinan PR, kena ingat, BN masih berkuasa sekarang dan jangan perkara remeh temeh seperti kalimah Allah dibesar-besarkan, sehingga UMNO berjaya dengan projek BR1M, projek gula-gula.
Perkara yang paling bahaya ialah, jangan ada peringkat atas mahupun bawah PR, menimbulkan isu siapa jadi PM nanti.
Saya share quote di bawah :
1. I must follow the people. Am I not their leader?
2. The best executive is the one who has sense enough to pick good men to do what he wants done, and self-restraint to keep from meddling with them while they do it.
3. Leadership is the art of getting someone else to do something you want done because he wants to do it.
Perbandingan mengelirukan. Siapa kah muslim?Muslim adalah orang yang beragama Islam yang di anuti oleh pelbagai kaum dibuat perbandingan dgn KDMC.Kaum cina , Dusun, kadazan murut pun ada yang beragama Islam.Sepatutnya perbandingan adalah antara kaum DGN KAUM bukan perbandingan kaum dgn anutan ugama.
Adakah pemimpin kita semakin confuse yg mana satu agama mana satu kaum.Di Malaya , ada orang melayu mempertahan Islam tapi berlandas atas dasar sentimen Melayu.Dalam Islam setahu saya, kita buat sesuatu hanya kerana Allah bukan kerana dia tu orang melayu ke atau apa apa.
Di Sabah Sarawak isu Kaum dan Agama tiada.Di sini kami aman damai.Keluarga kami mungkin agama berlainan tapi kami hormat anutan sesiapa.Isu kaum dan agama Itu di bawa oleh Malaya.Kalau diberi pilhan referedum, orang Sabah Sarawak akan pilih berpisah dari Malaya.
Dato
You overlook one very important factor In Sabah for most seats it's not just one on one fights There are many parties splitting the opposition votes This will definitely benefit BN because they have constant pool of supporters
Datuk Sak
Saya dan isteri saya terima
mel (kali ketiga!) dari Si Perdana Mentri 1Malaysia.
Kandungan?
Ang pow envelopes with the words "Year of the Snake" plus photo of Najib on it.
How appropriate ! :)
Ini adalah kes
"tembak kaki sendiri" !
Phua Kai Lit
Sekarang nampak ada dua projeksi
Satu kelompok pro BN mengatakan BN akan menang dengan majoriti yang kurang
Satu kelompok pro PR saperti Dato mengatakan PR akan menang dengan majoriti
saya fikir yang jadi penentu BN atau PR ialah orang orang kampung di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
sekiranya, pengundi pengundi tidak dapat membuat pilihan yang waras dan ubah kerajaan, maka negara ini lebih kebelakang berbanding dengan negara indonesia, filipina and negara arab,...
Dalam pilihanraya, i fikir, tiada kepastian, sehingga undi terakhir dikira
Salam Dato,
Sebenarnya bukan saja rakyat kebingungan dan marah disebabkan main teka teki menentukan pilihanraya oleh Najib malah ahli-ahli umno sendiri dah naik angin. Mereka jaik bosan dan meluat dengan telatah pemimpin mereka. Ahli-ahli umno marah-marah kerana banyak jadual harian dan untuk menentukan tarikh perkahwinan dan kenduri2 sukar nak diputuskan takut berlaga dengan waktu pilihanraya. Bimbang majlis mereka jadi kantoi..bilangan kehadiran berkurangan.
Mohd Zuki
Set things right for our nation in fifth gear !
1.
izinkan saya menulis dlm inggeris since we are all fluent ..
After having had a long watercooler conversation with a close lawyer friend about many pressing issues yesterday, including those in Sabah, its engineering procurement, construction and commissioning ( EPCC ) contract being awarded to samsung .... the conversation switched into quick reflection mode, and more questioning..
It is envisioned that bn leaders will be booted out in GE 13. Sabah's crude oil and natural gas being piped and exported to Bintulu ? Then where, whom , how much is involved, who receive the huge bulks, taxed ? how much, how easy flexi unlimited financing given to them by our banks and the government ? On what grounds did petronas and the govt award them the big projects, they monopolising every major development project of our nation ?
Don't we have our own experts from abroad and here ? Or the korean top management and investors discriminate the skills, talents of Malaysians, some from abroad with cutting-edge skills in specific fields ? And without doubt to create jobs from their shareholders, top executives, to hundred of private S & M businesses and immense wealth only for themselves ? And treat us multi - racial common Malaysians with disdain and arrogance as the perceived stereotypes, regardless of our level of professional qualifications : lazy and stupid for a community; dark and drunkard for another, and the industrious but loud and calculative; and our orangasli as another group. And paying them loose change for their products and labor, to be resold in korea to rake in huge profits ?
How about we visiting corea ( to spell it with a " C " the superiority complex to be placed before Japan ), only purchase services from our malaysians there ( if any is allowed to set up trades there )and pay dirt cheap to their people in the interior for their goods, but we have class, adat dan perikemanusiaan.
It is time our govt put a swift stop to this group of greedy loop- sided investors from bringing in their families and exploit us further since they have not committed to Malaysia to employ only Malaysians and not cheap labor of indonesian, filippino, to save their wons and US dollars and pay Malaysians wages insufficient to buy one decent korean meal in their restaurants mushrooming with foreign cheap labor in our nation.
2.
It is time they purchase our Malaysian and imported products from our local business centers, engage our services from law, accountancy, engineering, etc firms, travel, education, plumbing, and hospitality industry directly from us. And pay fair in tandem with their huge paychecks in US$ or won.
It is also time to limit them to purchasing properties above 1.5 million RM and make a quick kill by re - selling or re-renting their premises. The influx of indonesians could be contributed by a demand by the koreans providing them " cleaning jobs " and denying Malaysians decent jobs and above the market wages.
So called champions alligned to the government turn berserk when we mention Singapore, but they remain muted when our own Malaysians face discrimination and prejudice. Singapore will continue to only welcome workers committed to its nation's safety, developments and sharing similar aspirations and multiracial values." And pay taxes.
Does Singapore permit entry of foreign workers' or small time investors' families or employ their own people ??
It is hightime this group of influx questions themselves hard about their arrogance, prejudice and discrimination towards us, Malaysians and fellow Asians.
Heard the crude joke they are the uncouth, obnoxious, dormineering asians with slave mentality ? Perhaps there are some corteous and grateful ones amongst their huge gaps of its social setting.
To be fair, the earliest entry of koreans were courteous, humble and grateful to our Malaysians and our hospitality, and employ Malaysians of all races in their businesses - as the host country. They mingled, engaged meaningfully with the locals. Perhaps greed, power, overambition and money take precedent over their initial plans. To conquer the world with greed, superiority, arrogance, not to strip off local businesses and their jobs, not to outscourcing their jobs in Malaysia to elsewhere but to pour back 20 percent of their profits in US $ and its won ( pun intended ) into local developments ? Or just stay in their own overcrowded backyards.
And Air Asia Tony Fernandez or allow its new CEO to have too free reign; stop being stupid and gullible to be deceived into joining ventures with them. Ask the common working class - the brilliant intellectual Americans abroad.
No tansfer and sharing of core expertises or Air Asia kaput !!
We need to travel extensively for work globally and lesuires, for some, affordable medical treatment since our private hospitals are all controlled by umno cronies money gods.
It is time to replace the umno leadership, our own crony agents, with a new govt which share, and protect the aspirations of our nation and all Malaysians first. Masih ada harapan untuk negara kita ?
Najib in Penang;
Najib: Are you ready for Psy? 3x
Crowd: Yes 3x
Najib: Are you ready for BN? 3x
Crowd: Nooo 3x
Hahaha.. The best Chinese New Year joke.
AMANAT HAJI NAJIB - SEBARKAN
1. Menyebar bahan lucah untuk memfitnah lawan politik
2. Mempertajamkan politik perkauman untuk meraih undi kaum tertentu.
3. Mengguna isu agama untuk mempolemik dan menegangkan perhubungan antara penganut agama.
4. Mengguna wang dan janji peruntukan besar untuk ditabur kepada rakyat.
5. Menjemput artis luar dengan bayaran tinggi untuk menghimpun rakyat.
7. Membeli wakil rakyat untuk mengkhianati undi rakyat.
8. Mengerah jabatan awam untuk mengguna seluruh peruntukan bagi menabur wang kepada rakyat diluar bajet yang direncanakan.
9. Mengguna media awam untuk menyerang parti lawan tanpa memberi peluang parti lawan untuk menjawab serangan.
10. Mengguna pihak keselamatan untuk menekan parti lawan.
11. Mengguna kumpulan samseng untuk mengganggu dan menyerang majlis parti lawan
12. Membayar Bala dan Deepak supaya tutup mulut cerita skandal rasuah, salah guna kuasa, peras ugut dan sabitan jenayah bunoh Altantuya
Saya amat gembira, Najib & BN kena Gangbanged Style di konsert Psy.
satu undi untuk PR. sekiranya nnti dapat memerintah Kerajaan Malaysia lakukan yg terbaek untuk rakyat dan negara kerana rakyat akan menilai kembali dalam pilihanraya yg seterusnya.
Post a Comment