Pengkhianatan keatas Orang Melayu (1)
Orang
Melayu kena faham perkara ini. UMNO telah menipu sebahagian besar orang Melayu
dengan mendakwa mereka berjuang untuk bangsa, agama dan negara. Sementara
sebahagian besar orang Melayu dan rakyat lain hidup dalam keadaan yang kian
menyusahkan, harta benda dan kekayaan negara disamun dan dirompak oleh
gerombolan UMNO. Hutang negara semakin menggunung , menggadai masa depan
jenerasi yang akan datang.
Apa
yang melekakan orang Melayu? Yang meleka dan melalaikan mereka ialah keselesaan
hidup dikampung2 dalam keadaan seadanya dan kejahilan akibat setiap hari
ditanam minda mereka dengan propaganda UMNO.
Tapi
keadaan yang sebegini tidak ubah seperti zaman dulu kala semasa tanah Melayu
dibawah pemerintahan golongan feudal. Orang Melayu tetap selesa secara
keseluruhan dalam keadaan yang seadanya dan kejahilan. Zaman dulu, propaganda
dalam bentuk penceritaan yang bersifat dongeng dan tahyul mengenai kebesaran
dan kehebatan golongan feudal.
Hari
ini keadaan orang Melayu masih tetap serupa. Penceritaan mengenai kehebatan dan
keagungan puak UMNO dilakukan oleh media yang di miliki oleh UMNO. Najib ada 2
jam di Gaza di sifatkan sebagai wira. Mereka yang bermukim di Gaza berminggu
minggu dan berbulan itu tidak se wira Najib yang bergegas mahu keluar dari
Gaza. Minda orang Melayu dihamba abdikan mengesahkan apa yang Pendita Zaaba
nyatakan- yakni golongan yang paling menindas bangsa Melayu terdiri dari bangsa
mereka sendiri. Penindasan yang paling dasyat ialah mengekang pembangunan minda
orang Melayu. UMNO telah menjadi apa yang Zaaba ramalkan dalam tulisan nya.
Tanpa disedari, UMNO khianat kepada bangsa nya sendiri.
Jika
kita ada tanah, ada rumah, anak2 berkerja dan berdikari- ini semua bukan
disebabkan oleh UMNO. Semua kerajaan yang memerintah mesti mengujudkan
persekitaran yang minima untuk rakyat mereka membangunkan diri. Kita sendirilah
yang membangunkan diri diatas tapak yang disediakan. Semua kerajaan yang
bertanggung jawab melakukan perkara yang asas.
Jika
UMNO boleh memerintah Malaysia, mana2 parti lain pun boleh. Apa yang UMNO boleh
lakukan, semua parti yang memerintah boleh lakukan dengan lebih baik. Dengan
rekod yang ditunjukkan oleh UMNO selama 55 tahun, tidak ada kerajaan bukan UMNO
boleh melakukan nya dengan lebih teruk. Nobody can do worse than UMNO. Rekod
kerajaan Pakatan di Kelantan, Penang, Selangor dan Kedah menunjukkan mereka
boleh. Bukti dah ada depan mata.
Pemilikan
perkara2 yang mensejahterakan hidup pada kedudukan seadanya- bukan alasan untuk
terus menyokong UMNO membabi buta. Kita bukan mewarisi dunia ini dari ibu bapa,
tapi meminjam dunia untuk anak dan cucu kita.
Tanggung jawab kita ialah meyediakan persekitaran yang lebih baik dan
cerah untuk mereka. Kita mesti tinggal dunia yang lebih baik dengan kerajaan
dan pemerintah yang lebih baik untuk mereka.
Jangan
kita selesa jika kita ada itu semua. Dalam sejarah Islam, kita mengubah
kerajaan kalau kerajaan itu meneruskan kemungkaran. Kemungkaran dalam bentuk
jinayah ekonomi, pemusnahan institusi penjaga hak rakyat seperti inistitusi
demokrasi, kehakiman dan lain lain lagi. Kerajaan yang melakukan ini semua
disifatkan sebagai zalim dan kezaliman menjustifikasikan pertukaran kerajaan.
Kita tukar kerajaan UMNO kerana ianya zalim.
Apa
tanda dia zalim? Jinayah ekonomi- pencurian wang melalui projek2 penyamunan
wang dan harta rakyat berluasa dibawah UMNO. Rasuah menjadi jadi dan tidak
dapat dikekang lagi. Presiden UMNO dan keluarga dituduh secara terang2
mengambil wang dan berkomplot menyapu wang, pemimpin UMNO korap lelaki dan
perempuan, insttusi kehakiman hilang kredibiliti, ejensi yang menjaga kegiatan
rasuah dilihat tidak berkesan, rakyat dipukau dengan tutur kata dan janji manis
pemimpin UMNO.
UMNO
menjamin masa depan yang gemilang dan mewah untuk golongan Melayu yang
terpilih. Kepada sang majority, masa depan yang UMNO hasilkan ialah masa depan
dibebani hutang yang menggunung, kos kehidupan yang kian meningkat, pendapatan per
kapita yang mengekori kos penyaraan hidup. Untuk sang majoiti, masa depan
dimana institusi demokrasi musnah, system penghakiman memihak kepada yang kaya
dan berada, perasuah besar lepas dari hukuman dan sebagainya.
Jika
lah benar UMNO menjuarai kepentingan bangsa Melayu, kenapa setelah 55 tahun
UMNO memerintah, 8.7juta orang Melayu hidup dengan pendapatan bulanan RM1500
kebawah? Mengapa 90% penerima BR1M adalah bangsa Melayu yang mengesahkan
setelah UMNO perintah 55 tahun, yang susah tetap orang melayu?
Bolehkah
UMNO mengaku bahawa mereka mewakili suara orang Melayu? Dalam 2008, calun2 UMNO
hanya memperolehi 2.38juta undi. Apa jadi kepada jumlah ahli UMNO yang 3.2juta?
jika kita andaikan daripada 2.38juta undi tersebut, 380 ribu adalah undi dari
bukan-Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Ini akan bermakna,
1.2juta ahli UMNO sendiri sudahpun menolak UMNO kerana mereka menyedari
hipokrasi perjuangan UMNO.
UMNO
mengujudkan 2 jenis masa depan. Satu masa depan
gemilang dan mewah untuk sekelompok Melayu yang terpilih. Suatu lagi
masa depan gelap dan muram untuk sebahagian besar bangsa Melayu sendiri. Kenapa
ini terjadi? Jawapan nya ialah kerana dasar yang dijalankan UMNO itu salah.
Apa
dasar pokok UMNO? UMNO mahukan kesamaan dalam hasil atau equality in outcome.
Jadi? Jadi untuk mencapai kesamaan hasil, UMNO mencampuri urusan ekonomi dengan
membesarkan penglibatan kerajaan. Peningkatan penglibatan kerajaan lah yang
menyebakan banyak ketidak adilan berlaku. Ianya membenarkan pemain2 ekonomi dipilih
dari kalangan kroni2. Dan pemilih kroni dan tukang pilih kasih yang nombor
wahid ialah Dr Mahathir. Pada masa yang sama, peningkatan penglibatan kerajaan
menyebabkan pelbagai halangan buatan manusia dikenakan keatas kita tapi
menyenang dan memudahkan golongan yang terpilih.
Apa
yang UMNO lakukan ialah berselindung disebalik kuasa kerajaan untuk mengayakan
sekelompok Melayu yang terpiilih. Maka tidaklah mengherankan bahawa perbezaan
pendapatan dikalangan bangsa Melayu adalah yang terbesar diMalaysia. Gini
coefficient dikalangan Melayu lebih besar dibandingkan dengan ukuran yang sama
dikalangan bangsa2 lain di Malaysia. Apa ertinya itu? Itu ertinya, mereka yang
berkuasa dalam UMNO tidak membantu sebahagian besar orang Melayu.
Kepentingan
yang mereka juangkan ialah kepentingan kelompok orang Melayu terpilih.
Sebahagian besar orang Melayu sebenarnya tidak memerlukan UMNO untuk hidup.
Dibawah pemerintahan kerajaan bukan UMNO, orang Melayu tetap boleh mendapatkan
tanah, tetap mendapat bantuan kebajikan masyarakat jika mereka memerlukan.
Orang Melayu mesti membuang tanggapan hanya UMNO sahaja yang boleh membangunkan
bangsa.
Perubahan
hanya boleh dilakukan jika kita mengubah kerajaan yang ada. Bagaimana kita
mendapat perubahan , jika kerajaan itu tetap sama? Kerajaan yang mempromosi
pembesaran penglibatan kerajaan akan terus melakukan demikian kerana disana dan
dengan cara yang demikian, kepentingan bisnes mereka terus terjamin.
Maka jika orang Melayu mahu berubah, maka
ubahlah kerajaan yang ada.
Apa
transformasi yang dilaungkan oleh Najib? Ada kita tengok struktur feudal dalam
masyarakat Melayu diubah? Masyarakat Melayu masih terus distrukturkan mengikut
system feudal. Rakyat terbanyak dilembukan dan dididik supaya memuliakan suatu
kumpulan yang terpilih. Dan mereka terpilih bukan kerana kepandaian dan bakat
mereka- bahkan mereka jadi golongan terpilih kerana baka mereka. Kuasa dan
kemuliaan semestinya ada dalam tangan golongan ini. Kita mesti singkirkan
pemikiran bahawa pimpinan negara ini mesti berada dalam tangan mereka yang
berbinkan Mahathir, Tun Razak, Hussein Onn, atau Najib.
Masa
depan Melayu kononnya bergantung kepada segelintir pemimpin Melayu yang
semestinya datang dari UMNO. Selagi orang Melayu disekat dari mempratikkan
pilihan, maka selama itu, laungan transformasi hanya omongan kosong. Apatah
lagi jika laungan itu dibuat oleh Najib yang tebal dengan fikiran fiudalisme
nya.
27 comments:
Kalau ikut Islam orang yang zalim dan melakukan dosa besar wajib ditolak sebagai pemimpin. Begitu juga dengan orang yang terus menerus melakukan dosa2 kecil. Peliknya Melayu Islam UMNO orang yang terus menerus zalim dan melakukan dosa besar yang diangkat menjadi pemimpin.
Wa setuju dgn komentar you SAKMONGKOL AK47. Wa setuju dgn idea ini sejak hero wa DSAI di nyah dari lubang taik tu tahun dulu. Lawan tetap lawan. Tapi orang kampung ???
Rakyat bayar cukai tetapi duit cukai semua dilesap of kroni syaitan BN atas angin
Dato,
BR1M dan BR1M 2 adalah lambang kegagalan UMNO memartabatkan orang melayu setelah 56 tahun memerintah dan mendabik dada bahawa mereka sahaja yang boleh membela dan memartabatkan bangsa melayu terutamanya UMNO Baru.
Selama 56 tahun ini, 6 orang PM adalah orang melayu, majoriti mentri-menteri kabinet adalah orang melayu. mereka ini adalah dari UMNO dan UMNO Baru yang menjadi tunggak kerajaan selama ini? Apa yang mereka buat selama 56 tahun ini untuk orang melayu? 56 tahunnnnnnn.....bukan 56 hariiii .....
data-data yang ditunjukkan oleh Dato adalah bukti. saya percaya data tersebut adalah data rasmi.
Penyokong-penyokong tegar begitu bangga dengan pemerintahan Mahathir selama 22 tahun. Zaman ini dimomokan sebagai zaman pembangunan yang hebat...termasuklah seorang rakan berbahas saya.
Kalau hebat mengapa data-data rasmi yang disebutkan oleh Dato begitu rupa. Cuba lihat berapa % kah pencapaian ekonomi orang melayu dibawah PM terhebat itu? Kalau hebat, hasil pencapaian itu tidak berada di GLC-GLC kerajaan tetapi ditangan-tangan individu melayu dan kita dapat tengok dalam taraf kehidupan orang melayu keseluruhannya.
Berbalik kepada isu Br1M dan BR1M 2.0 diatas, selain ia melambangkan kegagalan UMNO, ia adalah satu penghinaan kepada orang melayu sendiri oleh kelompok yang selama 56 tahun melaungkan bahawa perjuangan mereka adalah untuk memartabatkan orang melayu. Perbuatan ini ibarat menaruh garam diluka yang sedang keluar darah......sudah la kita luka kerana perbuatan mereka, mereka taruh garam pulak kat luka kita....begitulah analoginya!
Over to u uncle kampongman ( jawab kat blog WZWH pun takpe )
Zack
Dato' Sak, What you have just said is absolutely correct.To the well informed we have already make up our mind to vote for change.But how do we get the message to the kampung,the estate,the new villagers,the 1st time voters. I think all of us owe our duty to our future generations to carry out UBAH.But how to carry the message when PRU 13 is just round the corner.It is the duty of all of us to get the message thru,if each of us take the trouble to explain to our immediate friends,acquaintances,relatives,colleagues,junior staff etc.If each of us can influence 10 fence sitters,and convince them to influence another 10,then surely the Tsunami of PRU 12 will gather momentum and change we WILL.Get your butt out off the armchair and it is the duty of each and every one of us to carry the message UBAH through to the undecided.This PRU13 will be won when each and eveyone of us who cares and loves our country Carry the message through.This is it,Remember the Power of 10.10 will influence 100,1000,10k,100k,1M.Change we can and change we will.May BN be buried in the Mother of all Tsunami.I think God give the man who can walk on water a long life to witness the destruction of his own creation.What goes round comes around,You reap what you sow.UBAH
Dasar Ekonomi Baru untuk kerajaan memperkayakan diri mereka sendiri dengan kroni kroni terpilih
Karang ramai komplain, dapatlah duit kesian RM500 yang berpendapatan rendah
Brim tu najib kata cukup utk 12 bln,.kehkeh. Jatuh singgit sari. Mcm lembu shahizat dia buat kita.
Tak logik betul. RM500 blh belanja setahun. Berapa ramai org miskin dlm negara ni ye. Kalu ramai org miskin ape umno buat selama mi...baru sekarang
nak ber bantuan nih
Orn BN makan daging rakyat makan sisa kuah....
Br1M Rm500:
Bagaikan baruah-baruah yang membelanjakan wang daripada hasil susah-payah dan titik-peluh orang lain. Cuma orang lain kali ini bukan pelacur-pelacur. Pemimpin yang melacurkan rakyat patut ditendang masuk ke dalam gaung penuh dengan najis.
Datuk, as a past activist for Perikatan/Umno/Bn from 1960 to 1990 I have seen a lot of water flow under the bridge. Sad to say, the water now has turned turbid and stinks to high heaven.
The gung-ho spirit of ALL Malayans at that time to nurture this fledgling nation to be a new rising force on the world scene has now been shanghaied and substituted with a new ardour to rob and plunder the wealth of the rakyat. All our struggles and sacrifices have been in vain.
The goreng pisang makciks who set aside 10 cents a day to contribute to the umno fund (to help build the nation apparently); the malay school cikgus who sacrificed their time and effort to give free tuition to their pupils (to give them that edge over other pupils; and countless others (Chinese, Indians Eurasians, Sikhs, etc), who without expecting any rewards, in their own way, spontaneously give whatever help they can. All for the sake of nation building.
What do we get in return? NOTHING! But don't give up hope, there is one thing we can still do - resist their work at raping the nation. Resist and make our voices be heard at any fora available.
We should have no qualms about rejecting their heinous intentions.
The road to freedom is to dump the dishonest govt first and then go thru the usual mechanism of appointing a capable and democratic govt. So don't be afraid to reject UmnoBn. They are confirmed corrupt and cannot be depended on to steer the nation. Having given them 50 years to build this land of ours and they have failed, we should, by right be given ample years to select a new PM who can serve us better. Cheer up people, the future is not that bleak.
"When the people fear the government it's called tyranny, when the government fear the people it's called liberty"
- Thomas Jefferson
Two days ago, I managed to convinced two senior citizens to vote for ABU. I hope they will not change their mind when the time comes. I hope readers will do the same, that is, play your part in convincing your relatives to give PR a chance at Federal Level. Don't take things for granted.
Lebai Malang said,
Apa punya cerita la blog ni? ASyik kutok kutok UMNO je. Saya rasa elok lah penulis blog ni jaga rumah tangga sendiri dulu sebelum cakap banyak. Famili sendiri berantakan nak komen orang. Dasar melayu lupa diri dan pandai cakap je. Pakai kereta pun DAP sponsor. Setakat Camry cabuk pun jadik. Arif Arif.
Since you have been not stop harping on Najib and UMNO, why dont you get Tokong to put you as candidate to fight him in Pekan? See if DAP really think much of you or they take you in so that you can continue to spew garbage in your so called intellectual blog. See if you have to balls to campaign against Najib in Pekan. If not just shut the fuck up!!
Pru tangguh krn flora ong
Bala dah balik, hip hip hurray. Hantu altantuya mari lagi. Hantu mana mati? Yg akan mati bn.
lebai malang
saya ingat awak dan geng awak lah shut the fuck up. saya tidak pakai camry. DAP tak bayar orang macam UMNO. family saya ok. sekurang kurang nya, tidak seperti Najib saya tak kebas isteri orang. rosmah mansor masih isteri orang, Najib sudah balun. ini pemimpin Islam yang mengetuai parti Melayu yang terbesar.
anak sulung saya peguam yang belajar luar negeri. anak ke2 saya engineer computer dari lar negeri. anak ke3 saya belajar di USA. anak ke4 akan pergi USA hujung tahun. saya ada anak belajar jurutera 2 orang. anak bongsu saya belajar undang2 diUIA. jodoh dengan isteri tidak berpanjanga. rumah tangga saya berantakan, adakah ia menyusahkan kamu?
jangan susah, saya boleh tanding dengan Najib bila2 sahaja.
Syabas Dato' Sak.
Tidak lama lagi barua barua umno ni akan mati beragan.
In sha Allah!
Datuk patut cakap sama lebai malang, kalau kebas isteri biarlah kita jadi 2nd hand bukan 3rd atau 4th hand.
Hebat betul pemimpin Islam dah jadi kawan rapat sama lebai malang, salah hidu kena jadi nombor ke 4.
Semua lebai mesti pakai lesen 'L' selama 10 tahun sebelum jadi kawan sama ahli politik nanti isteri orang lain habis dikebas mereka.
DATUK
PEDULIKAN LEBAI YANG MALANG ITU. MALANG KERANA BUTA HATI MASEH PERCAYAKAN GEROMBOLAN PENYAMUM UMNO BARU YANG DITUBUHKAN OLEH KELING KERALA SATELAH MEMUSNAHKAN UMNO TULIN.KELING KERALA DAN UMNO BARUNYA BANYAK MELAKUKAN JENAYAH DAN PENGKHIANATAN TERHADAP BANGSA MELAYU DAN NEGARA. MELAYU MASEH DILENAKAN DENGAN GANJA DAN DADAH YANG DIHIDANGKAN OLEH NAJIB PEWARIS UMNO BARU YANG MEMPERTAHANKAN KAN TAKHTA YANG DIRAMPAS DARI IMAM HADHARI DIBANTU OLEH ANAK LEBAI DARI MUAR.UMNO BARU PUN MEMMEGANG KUAS DENGAN CARA HARAM - HASIL KEMENAGAN DARI PELBAGAI PENIPUAN.
UMNO BARULAH YANG MEGHANCURKAN BANGSA MELAYU MUSLIM.
uMNoTulin
Way to go Lebai Malang!! This Sak moron has been shooting his mouth as if he has Anuwar's dick down his ass. About time somebody shut his mouth up. You think Tokong thinks much of him? He is just a two bit petition writer spewing nonsense in his blogs.
Anon 16:16: still fascinated by dicks and assholes? Read some other blogs, my friend.
But, remember that none other than Tun Musa could finally say that mamak Kutty was quite capable of accusing him, Musa, of having sex with animals, you, Lebai Malang and fellow lap-dogs who are unable to write something more substantial like the others in this Blog, need to spend time praying real hard for a better Malaysia free from corruption, corrupted leaders and their pea-brained followers.
My father in law is a living proof that Malays don't need umno.he was from a poor Malay family.he received his education from a Malay medium school.he knew that neither the monarchs nor umno can get him or his family out of the crutches of poverty.with a watch and few hundreds, he left Malaysia on his own and travelled halfway round the world to improve his education and finally ended up in a neighbbouring country where he worked hard to raise his 4 kids and feed his foreigner wife.Alhamdulillah, today my father in law has just come home to Malaysia after almost 40 years overseas.my husband is a surgeon, and his 3 other siblings are all doing well in their respected fields.my father in law was able by himself a house to retire with a few houses to rent , to ensure a modest but comfortable retirement. He succeeded not because of umno but because he worked hard and dared to get out of his comfort zone.we Malays must stop believing the trash that umno has been brainwashing us.our destiny is in our hands.we decide our future.god says in the Quran.."tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu sendiri mengubah nasib mereka"..there is no UMNO mentioned in the Quran.start thinking for ourselves and be rid of a subsidy dependent mentality
Had my father in law stayed in Malaysia, earning his living as a mere guru agama, Im sure that his children would not be as successful as they are now.As umno and the monarchs are not sincerely interested in improving the lot of majority of the Malays.
Alhamdulillah and thank you papa, your insight and hardwork, with Allah's blessing has enabled us, your children, not to be part of the statistics of Malays living just slightly above the poverty line.
Aurora F.
SYABAS DATUK...
termasuklah dengan Umno Sabah sekali http://arimisidek.blogspot.com/2013/01/musa-aman-rm40-juta-sekali-renang.html
Salam dato', link exchange jika dirasakan sesuai. tq
the country has 2 high tech submarines based in sabah
If the submarines cant prevent some lunatics entering the state using ordinary boats, then what is the purpose of the submarines?
are the submarines purchased for displays? or to earn commission?
U ni anak didik UMNO la... Hehe komen u hampeh.. Baca dulu baru komen
Post a Comment