Kerajaan PR TIDAK akan sama dengan Kerajaan UMNO/BN.
Kalau
kita rakyat Malaysia hendak tahu:-
(1) Siapa yang
terlibat dalam pembunuhan Altantuya
(2) Bagaimana wang
RM500 juta komisyen diagihkan
(3) Siapa yang
terlibat dalam pemberian konsesi tol jalanraya
(4) Bagaimana projek2
kerajaan mengayakan Ananda, Syed Mokhtar, YTL, Bejaya, Gamuda dll
(5) Cerita disebalik pembelian segala alatan untuk
tentera Malaysia- bot peronda buatan Amin Shah, bot peronda jenerasi ke2,
pembelian Sukhoi, pembelian APC dll
(6) Kebenaran disebalik
pendedahan Deepak
(7) Sama ada Najib
dan isteri merompak negara
(8) Dan banyak lagi
Maka
langkah yang paling mudah, ialah bila PRU 13 tiba, mari kita berpakat dengan
suatu hati dan matlamat, humbankan UMNO dan BN. kemudian kita buat tribunal,
mahkamah khusus dan select ccommitees memanggil semua yang terlibat, untuk di
adili sebelum kita hantar mereka bermukim di Resort Sungai Buloh. Tidak mati orang
Melayu kalau UMNO tewas! Tok Cai Mahathir boleh cakap apa sahaja yang dia mahu,
tapi orang sudah tidak dengar apa dia kata lagi.
Hari
ini, kesan lansung dari apa sahaja yang Mahathir cakap, orang akan lakukan yang
bertentangan. Bila dia kata, Najib jangan jawab Deepak, Deepak mengutus surat
terbuka dan lebih banyak cerita terburai mengenai rasuah Najib dan isteri. Malu
orang Melayu, penjual permaidani boleh memperlakukan PM sedemikian rupa kecuali
apa yang perkatakan adalah kebenaran belaka. Kalau rakyat hendak tahu,
tempatkan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru. kita akan dedahkan semua.
Ah-
kalau kita pilih orang lain, mereka pun akan buat serupa diatas. Mengayakan kroni,
merompak dan melanun. Kalau aku pilih orang lain, aku pun begini juga. Kalau jadi
jaga, tetap jadi jaga, kalau kuli tetap jadi kuli. Lebih baik kekalkan kerajaan
yang sedia ada- walaupun syaitan, tapi sekurang kurangnya, aku kenal mereka. Yang
hendak ganti nampak macam malaikat, tapi mana tahu perangai pun syaitan.
Inilah
respons yang bersifat emosional yang sering diperdengarkan kepada kita. Bagaimana
kita menangkis nya? Yang tidak suka bahas dan debat, kita biarkan mereka kekal
demikian kerana berbahas dan berdebat bukan budaya mereka. Penggunaan otak
secara berlebihan mengurangkan harga otak dipasaran. Mereka mahu kekalkan tahap
penggunaan otak mereka pada peringkat minima, supaya jika otak mereka dijual
kelak, ianya dijual pada harga yang termahal. Budaya mereka ialah baling batu,
pukul orang, simbah cat, rosakkan kereta dan merampas mikrofon.
Maka
sebelum saya pergi berceramah ketempat lain, saya bercadang untuk membentang
satu artikel membahas kenyataan2 seperti ini.
Kenyataan2
selamba seperti ini nampak sukar mahu ditangkis. Kerana ianya kenyataan emosional
yang lansung dan direct dan mengerakkan perasaan serta merta. Tapi jika dikupas
secara rasional dan menggunakan penalaran/reasoning akan segera didapati lemah
dan salah.
Pun
begitu, kenyataan emosi seperti diatas sudah pun memperakui bahawa kerajaan
yang sedia ada benar2 melakukan segala angkara durjana dan jengkil yang kita
sebutkan tadi. Rasuah, agihan kekayaan sesama kawan2, salah guna kuasa dan
sebagainya.
Kata2
demikian membuat kita lupa, kita berada didunia ini berhutang kepada jenerasi
yang akan datang. Kita bukan hiudp untuk kepentingan kita sendiri sahaja bahkan
berhutang kepada jenerasi yang akan datang supaya bertanggungjawab mewariskan
sebuah negara dalam tangan pemerintahan yang baik.
Kenapakah,
respons dan tindak balas yang emosional ini mudah diterima bahkan dalam
kalangan mereka yang berjawatan tinggi dan berpelajaran? Mengapakan kita berfikiran-
semua pengkritik dan kaki bising diluar sana tidak mampu melakukan perubahan
apa2 dan keadaan tetap serupa jika mereka memerintah? Dibandingkan dengan kita(
yang menyokong kerajaan yang ada)- kita sahajalah yang boleh melakukan
perubahan dan melakukan pembaikan sebab kita berbeza dengan yang buat bising
diluar gelanggang kekuasaan. Kita golongan yang baik, yang diluar, golongan
yang hendak merosakkan negara.
Jawapan
yang mudah ialah- kita mempunyai perasaan yang demikian, dan menganggap diri
kita baik dari mereka yang diluar hanya memerlukan pujian keatas diri sendiri
dan manipulasi keatas emosi. Pujian dan belaian keatas emosi sifat nya direct
atau lansung dan mudah ditangkap oleh bahagian emosi otak kita.
Sebaliknya,
untuk berhujjah mengapa mereka yang sebelah sana boleh mengganti kita dan
melakukan lebih baik dari kita memerlukan penghujjahan yang tidak lansung/indirect
dan merujukkan pandangan2 tersebut kepada bahagian rasional otak kita.
Oleh
sebab dalam otak kita, bahagian yang mengurus perkara2 emosional lebih
developed dari bahagian yang mengurus soal2 rasional, maka jawapan yang
bersifat emosi, mudah diterima.
Kerajaan
yang menggantikan UMNO tidak sama dengan UMNO dan tidak akan mengulangi
kesalahan yang dilakukan oleh UMNO. Mereka tidak mudah melakukan penipuan,
rompakan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Mengapa?
Ada 3 faktor yang menjadikan hal yang demikian.
Pertama,
pengalaman terkumpul kita hidup dibawah kerajaan yang korap selama 55 tahun
meningkat kesedaran social kita. Kita membentuk nilai2 yang membenci kejahatan
masyarakat seperti rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan ekonomi, jinayah
ekonomi. Pengajaran dari pengalamam terkumpul kita membina tembok yang memagari
tindak tanduk kerajaan yang akan datang. Kerajaan baru akan mendapati sukar dan
mengundang celaka jika melanggar tembok2 yang terbina akibat kesedaran social yang
meningkat.
Kedua,
pengajaran dari pengalaman terkumpul tersebut membolehkan kita membentuk kayu
pengukur dan piawai keatas adab susila berkerajaan. Apakah kayu pengukur dan
piawai tersebut?
Kita
sudah membina piawai yang menyekat rasuah dan salah laku, dan sebagainya. Sebahagian
besar masyarakat sudah menjadi lebih bijak untuk menyedari jika kerajaan baru
mengambil langkah A, B, C dan D-ianya akan menghasilkan E yang tidak di ingini.
Oleh kerana kita sudah pun membentuk standards, maka sebelum sampai kepada E
yang tidak kita ingini, maka pihak yang mengambil langkah tersebut sudah di
hukum.
Ketiga,
kita memasuki zaman dimana good governance sudah diterima sebagai pedoman atau
norma berkerajaan. Kecenderungan masyarakat kita sendiri kepada urustadbir yang
baik diwakili oleh suara2 orang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Bawani yang
berani menyanggah fasilitator yang kata listen listen. Juga kecenderungan
masyarakat kita menyukai good governance di wakili oleh suara2 Adam Adli dan
lain2 individu dan pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Kesemua ini bertindak
sebagai conscience masyarakat kita. Oleh
kerana semua akan dipersoalkan dan diadili atas dasar good governance, kerajaan
yang baru tidak akan berani melanggar norma2 baru.
Maka
jawapan yang rasional ialah- TDAK –kerajaan yang baru akan berbeza dari UMNO
yang korap dan rasuah dan pemimpin meraka yang korap dan rasuah.
Dan
bila masyarakat menyerapkan nilai2 ini dalam dada, maka barulah institusi
formal seperti judiciary, parlimen, SPRM yang kuat boleh diujudkan. Nilai2 yang
dipegang masyarakat akan mengukuhkan dan memperkasakan institusi2 formal.
Jika
rakyat hendak tahu jawapan kepada soalan2 diawal artikel ini, mari kita sama2
nyahkan UMNO dan BN dari Putrajaya.
15 comments:
Warga 1 Malaysia,
Bangga dan megahkah anda bila PM anda..PM Malaysia rela menjadi seorang BACUL dan DAYUS semata mata kerana takut menjawab dan melawan dakwaan seorang penjual karpet bukan Melayu?
PM bangsa Melayu beginikah yang orang orang Melayu harapkan untuk membela kaum Melayu sedangkan beliau terbukti gagal untuk membela maruah diri sendiri berhadapan dengan tuduhan seorang rakyat biasa bukan Melayu?.
Yang dituduh bukan soal raba punggong pelayan macam orang kuat Najib lakukan sebelumnya! Yang dituduh bukan soal mengentot amah Indonesia! Yang dituduh bukan tentang Najib nak bagi biasiswa kepada seorang mahasiswa yang gagal. Tapi PM Malaysia ini didakwa terbabit dengan pembunuhan seorang warga Mongolia.
Sirul dan Hazilah mengaku mereka membunuh kerana upah. Tapi hakim jadi bahlul tak mahu tahu siapa yang mengupah. Hakim jadi bengap dibawah PM Najib dan UMNO sejak era Mahathir lagi. Agaknya esok lusa pemimpin UMNO BN merogol anak bini anda dan kes tergantung macam kes Altantuya....anda seronok dan bahagiakah?
Hakikatnya Deepak jadi terlalu berani kerana beliau ada " point". Dan Najib terpaksa membacul dan mendayuskan diri kerana beliau cuba menutup " bangkai " dari terus berbau atau terdedah. PM seperti Najib inikah yang Melayu mahu bergantung harapan ???.
Jangan jadi bodohlah wahai Melayu!. Jangan terus biarkan pemimpin Melayu UMNO terus perbodohkan diri anda. Maruah diri sendiri tak mampu dibela...mahu harapkan maruah Melayu keseluruhan dibela manusia BACUL dan DAYUS macam ini?.
Bukankah kes Deepak Najib ini membuktikan PM Malaysia ini benar benar DAYUS danb BACUL?. Siapa berani nafikan ini?. Mahyuddin mahu nafikan? Mahathir mahu nafikan? Sak Mongkol pun mahu nafikan?.
Terang lagi bersuluh..Najin PM Malaysia adalah sedayus dan sebacul baculnya PM dalam dunia ini. Ini realiti! Ini sudah terbukti! Sanggup biarkan diri menjadi DAYUS untuk sembunyikan " kurap " ditubuh. No Wonder...kaum Cina menolak UMNO BN dan Najib kerana kaum Cina tahu...Malaysia akan sial jika PM seorang yang terbabit dengan pembunuhan.
Adakah Melayu yang beragama Islam sanggup bersekongkol untuk menutup " kes pembunuhan " dan mengelakkan dari keadilan ditegakkan???. Kalau Anda Melayu dan mengaku beragama Islam......maka UMNO BN WAJIB ditumbangkan agar keadilan dan kehakiman yang saksama dapat ditegakkan.
Saya tidak akan membiarkan negara ini menjadi sarang perompak dan penyamun...parti dacing ini mesti dikalahkan dan ditewaskan bagi membolehkan perompak dan penyamun diadili dan dikenakan hukuman setimpal....ABU...ABU...ABU...
Inikalilah....kita undi Pakatan Rakyat..
Saya nak komen luar dari perbincangan. Ejaan bahasa melayu tuan banyak yang salah. Tuan patut berusaha utk memperbetulkan kesilapan bahasa tu.
Artkel yang baik dari tuan. Tapi banyak kali ejaan diperabaikan.
Kalau dalam bahasa inggeris boleh 'tip-top' mengapa tidak bahasa melayu?
LAGI SATU YANG SAYA NAK TAHU IALAH JENYAH MAMAK KUTTY KEPADA RAKYAT MALAYSIA. DAN BERAPA BANYAK MAMAK INI DENGAN KELUARGA MEROMPAK HARTA RAKYAT MALAYSIA.
Bukan sahaja itu, Kerajaan PR juga perlu mengenal pasti harta harta billionaire saperti Mahathir, Taib Mahmud, Daim dan Muhamad Muhamad dan lain lain.
Banyak harta harta ini telah disimpan diluar negara yang meneyebabkan negara kiysadalah kedua tertinggi di dunia dari segi Money Laundering.
Banyak harta harta ini jugak disimpan atas nama proxies proxies mereka
Harta harta ini perlu dikembalikan kepada kerajaan untuk pembangunan
Tidak adil komen mu.
Saya kagum dengan Datuk Sak...seorang Melayu yang excellent bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dia baik..
Mungkin you guru BM saja tapi bahasa English u macam mana?
Bikin malu saje komen2 yang bodoh.
Teruskan Datuk.
Lebihan artikel2 dalam bahasa demi rakyat..masa dah suntuk sebelum PR13.
Don't bother with this guy comments
Wahai rakyat Malaysia fikirkan kenapa bangunan airport Subang dirobohkan oleh mamak kutty, fikirkan lah,siapa dapat bina keretapi laju Klcc ke Klia?, kenapa company tu dapat, company mana rampas tanah kepunyaan org melayu diSentul dan jln Bukit Bintang?semua ini masa mamak kutty jd PM. Tanya juga kenapa Ketua Putera dapat tender bekalkan kereta bomba jumlahnya 200 unit sedangkan dia tidak ada kepakaran cuma dia gunakan syarikat yg pernah membekal kenderaan tersebut atas dasar tutup mata dan untung atas angin.
Aznan BH 16:01 said:
"dalam bahasa inggeris boleh 'tip-top' mengapa tidak bahasa melayu?"
Sebab tulisan Dato Sak ada sikit aneh, itu lah trademark nya. Hehehe!
Di sabah, PKR Dan DAP ni McM 2x5 UMNO bro..kita laungkan AUTONOMI, Anwar Dan Kits Siang pun Ikut sama. Rupa2nya, yg sama hanya bunyi laungkan tapi erti Autonomi Anwar ini Ikut sedap hati dia Saja!!
Autonomi suda DIJANJIKAN dalam PERJANJIAN MALAYSIA sama Sabah tapi yg Anwar pandai2 cakap Autonimi ni Federal yg bagi pulak. Kalau McM ni, sama lah PKR itu McM UMNO di Sabah!!
Anwar ini kita di Sabah tidak percaya. Tok Guru Hadi lagi baik Dan jujur! Kita di Sabah ini dia kan lah PAS Jadi PM, selamat SABAH!
Psy Sudah Cabut dengan $4.7 Million Ringgit Wang Rakyat......Appearance Fees Kononya...
UMNO-Bn Telan $3.3 Million Ringgit Wang Rakyat....
Jumlah Kos anjuran Wang anda/rakyat = $12 Million ringgit....
Siapa mahu Galaxy Note 10.1 atau $$12 Million Ringgit wang awak??
Are we ready for BN x 3 Kali
Listen listen listen x 33 Kali
ABU ABCD x 333,333,333 Kali
Aznan BH 16:01 said:
"dalam bahasa inggeris boleh 'tip-top' mengapa tidak bahasa melayu?"
Pertama, keyboard 'QWERTY' tidak user-friendly bagi mereka yang menulis baik dalam bahasa Inggeris maupun bahasa Melayu. Kedua, dalam proses menulis sekerap yang diusahakan Dato, memang ada kesilapan di sini-sana, tetapi isi kandungan tetap relevan, tepat dan tajam. Ketiga, dalam suasana sebegini genting di mana seribu-satu macam isu perlu didedahkan sebelum PRU, tidak dapatlah mencapai gaya bahasa "Agong's Malay". Keempat, sesiapa yang boleh memberi hujah-hujahnya tanpa menyebut sekalipun 'apa nama', saya bagi markah Pass; yang pakai 'apa nama'
- Fail.
Keep it up Dato'. Smash the gang that has been stealing big time.
You ni Sabahan.i guess.
Saya Cindia malaya berkahwin Dusun tulin Sabah, ada anak2.lebih 20 tahun d Sabah..
Kalau mau autonomi..undi formula PR (Sapp termasuk)you ingat Sa pp yang tamak semua kerusi boleh menang???
Sabah is too divided dengan 'overnite bumi' from projek M...takan menang...kalau bagi saja parti local saja
Ikut formula PR ..saya percaya akan betul daftar kerakyatan Sabah dan pulangkan autonomi pada Sabah.
Kalau bee an menang lagi...RCI no action...habis lagi penduduk Sabah..
Think it over brother.
I have done charity in interior of Sabah..very sad to see the natives suffering...
Apa you expect from sapp?
Jeffrey P, I respect but many dont like him..but he is yelling the truth...may b will be too late if PR13 this time you return the same ruling parties.
what a load of rubbish article!!
you are just a lousy peition writer. all talk no substance!!
Anon 16.32 is a lousy good for nothing..low class.. Arm Chair Critic.
If Sak puts out a load of rubbish article..then get lost .
But he stays and gives his shit comment...exposing he is on a stupid mission...to upset this blog.
samo samo to your monster no balls.....
stop giving your shit comments to rocky' s blog. clearly rocky has more brains than this mongkol guy plus rocky is cool wheras this mongkol guy is a moron just like you.
Post a Comment