Sungguh benar kata Najib, Rakyat Selangor jangan kena Tipu!
Beberapa
hari yang lalu, Najib menyampaikan pesanan kepada pendengar radio Selangor FM
ke apa? Ini steysen radio propaganda UMNO untuk melengkapkan lagi jentera dan
agenda menabur fitnah, pembohongan dan penipuan UMNO, khusus untuk rakyat
Selangor. Kerana sudah hilang negeri yang terkaya dalam Malaysia , Najib
sekarang amat terdesak untuk merampas kembali Selangor.
Rakyat
Selangor tahu siapa yang menipu. Saya berceramah banyak kali di Kuala
Selangor, Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sungai Besar dan Sekinchan, rakyat
Selangor disana tahu siapa penipu dan pendusta sebenar nya. Tidak lain dan
tidak bukan- UMNO. Khir Toyo tipu mereka. Ahli parlimen UMNO tipu mereka. Noh Omar tipu
mereka. Zain Badak tipu mereka.
it
does not matter. Najib ni cakap dalam dunia khayalan atau apa? Dia baru telan
pil kuda ke apa? PM Malaysia cakap macam seorang pengerusi JKKK yang dapat
elaun RM400-800 sebulan tapi yang baru pekena daun ketom.
Banding
dengan Pakatan, kita BN tak tipu punya, teriak Najib. Saya tak suka ditipu.
Tuan2 tak suka ditipu. Sambung Najib.
Bila
saya baca dalam akhbar Star, Najib cakap begitu, saya hampir jatuh dari kerusi.
Sebelum 2008, Selangor sentiasa berada dibawah pemerintahan UMNO dan BN. Apa
yang UMNO buat selama itu yang belum lagi dibuat? Beri satu undi kepada calun
UMNO dan BN, bererti rakyat Selangor beri lesen merompak dan melanun kekayaan
negeri ini kepada puak UMNO.
Semasa
zaman penjual tempe dan pencabut gigi nombor One memerintah Selangor, hasil
dari perniagaan pasir sekitar RM8juta setahun. Dibawah MB yang gagap, hasil nya
RM20 juta setahun. Mana yang bagus? Janji Najib atau perlaksanaan Khalid?kemana pergi nya perbezaan RM12 juta setahun? 10 tahun? RM120 juta hasil rakyat disonglap oleh pemimpin2 UMNO.
One
two three four. Lima, enam, tujuh, lapan. Najib razak cakap besor, nak tawan
Selangor no harapan!
Khir
Toyo tinggalkan Selangor dengan rezeb tunai RM 300 juta. Sekarang dibawah
Khalid Ibrahim, rezeb tunai 2500 juta. Mana yang bagus? UMNO parti perompak atau
PR?
Siapa
yang menipu? Najib atau pemimpin PR? Najib tak beritau kita apa isiu Puspahanas-
projek Bukit Raja dalam negeri Selangor. Projek nya tidak ada tapi duit dah
kasi pemimpin UMNO belasah. Kerajaan dah bayar RM27 juta pendahuluan. Untuk
apa? Mobilisasi? Mana dia bangunan puspahanas? Jawab yang ini dahulu, baru Najib ada asas moral untuk bercakap kepada kita soal kena tipu atau apa2.
Terangkan
kepada rakyat bagaimana hak milik keatas tanah itu diberikan kepada Raja Ropiah?
Land bond RM 72.5 juta itu untuk apa? Jangan tipu, kasi beritahu kita. Bayaran
premium? Jika bayaran premium pindah milik kepada siapa? Kepada Kementerian
atau kepada Raja Ropiah? Apa title yang Raja Ropiah ada yang dia boleh jual
kepada Deepak Jaikishan?
Beritahu
kita wahai Najib Razak- jika Deepak tidak boleh dipercayai, mengapa keluarga PM
ada banyak urusan dengan Deepak? Orang yang tidak boleh dipercayai dianggap
sebagi sangat baik ibarat adik kakak dengan Kak Ros. PM kita biarkan seorang
yang tidak boleh dipercayai hampir dengan isteri yang tersayang? Lebih baik
suruh Deepak jaga Kak Ros semasa PM tidak ada dirumah.
Apa
yang Raja Ropiah ada yang membenarkan dia menjual tanah 200 ekar kepada Deepak?
Rakyat Selangor mendesak PM yang tidak tipu ini, menerangkan mengapa Deepak
bayar RM13 juta tunai kepada Raja Ropiah, RM8juta tunai sumbangan politik
melalui Raja Ropiah.? Mak ai, RM 21 juta tunai dari orang yang tidak boleh
dipercayai tapi sahabat baik kepada Keluarga Najib. RM 27 juta dari kerajaan,
RM48 juta semua nya!
Dan
Najib mesti terangkan mengapa Boustead Holdings buys out Deepak dari Astacanggih
pada harga RM30juta? Apa penting nya Deepak orang yang tidak boleh dipercayai
ini? Kan lebih baik dijelkan? Dan pada masa yang sama beli tanah 200 ekar itu
dari Raja Ropiaah dengan harga RM 130 juta? Kenapa? Dan kita jangan lupa, mama-san
Raja Ropiah sudah jual sebahagian kepentingan dalam tanah tersebut kepada
syarikat pengilang berus gigi dengan harga RM2 juta tunai dan kemudahan OD
RM16juta? Bak kata orang Negeri Sembilan- Rayo Koling ekau jang!
Rakyat
Selangor yang dengar Najib berkhutbah jangan ditipu dan BN boleh buat lagi baik
dari Pakatan, berhak mendapat penjelasan dari Najib.
Rakyat
Selangor jangan kena tipu dengan PM yang mempunyai terbanyak bagasi dalam
sejarah Malaysia. Rakyat mahu tahu kebenaran disebalik komisyen kapal selam,
nak tahu mengenai PKFZ, nak tahu mengenai projek lembu, nak tahu pembelian
patrol bot sejak zaman Amin Shah, nak tahu pembelian OPV jenerasi ke2 yang sudah
sampai RM9billion. Boleh kah kita percaya kerajaan yang membeli rapid
intervention vehicle yang berharga RM150,000 dalam pasaran pada harga
RM650,000?
Rakyat
sudah tahu tiori XYZ dalam penghargaan projek kerajaan, RM untuk X( harga
sebutan kepada pengguna), RM untuk Y(atas nama jawatan) dan RM untuk Z( atas
nama persendirian). Kos XYZ untuk projek UMNO dan BN.
Rakyat
Selangor- waspada, jangan termakan kata2 UMNO yang penipu.
8 comments:
Dolu2 semasa Sel. bawah UMNO/BN, tak payah citer la,,Segala benda yg berbau duit UMNO/BN yg punya. Bukit(jual tanah merah), Pasir sungai, pasir lombong, balak, tanah rizab tepi jln(disewakan), pasar malam, lot tanah TOL, lombong2 tinggal(dah ada nama cukong2 UMNO), kutip sampah, peruntukan rmh/tanah utk setinggan dicelahkan kaum kerabat macam buah rambai dan gerai2 majlis daearah pun mereka yg berkuasa.Yg tinggal cuma kerak2 utk org lain, itu pun kena bagi komisyen baru dapat !!!
Kini dibawah pentadbiran PR hasil dari sumber kekayaan negeri dipulangkan kembali kepada rakyat Selangor melalui pemberian 20 meter padu air secara percuma, hadiah pelajar masuk universiti (rm1000.00), khairat kematian untuk warga emas (rm2500.00), tabung wawasan anak Selangor (tawas), skim pinjaman mikro kredit tanpa faedah, dsb, dimana perkara2 ini tidak ada ketika UMNO/BN mentadbir Selangor.
Jika Sel. masih lagi bawah UMNO/BN, rakyat Selangor pasti tidak akan merasa pemberian 20 meter padu secara percuma, sebaliknya tarif air pula akan dinaikan oleh SYABAS. Dahlah tak dapat air percuma, harga air pula dinaikkan, sedangkan kualiti air tetap sama.
Kenapa hal ini terjadi??? Kerana semasa Dr Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor pada Tahun 2004, dia telah menandatangani Perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Pihak Syabas dengan meletakkan persetujuan bersama untuk membenarkan syarikat air SYABAS menaikan tarif air setiap 3 tahun. Oleh itu pada tahun 2009 syabas sepatutnya menaikkan tarif air sebanyak 37% tetapi kerajaan negeri PR tidak meluluskan permohonan tersebut.
Maka SYABAS ingin menyaman Kerajaan Negeri PR SELANGOR kerana menghalang SYABAS dari menaikan harga air di Selangor. Bila hendak di bawa kes ke Mahkamah, pihak dari SYABAS tidak hadir untuk saman kerajaan SELANGOR. Kenapa??? Kerana sepanjang UMNO dan BN mentadbir negeri Selangor. SYABAS tidak pernah membayar sewa loji air kepada kerajaan negeri SELANGOR.
Oleh yang demikian, jika dibawa ke Mahkamah, kes ini akan terbongkar.
Kenapa SYABAS tidak membayar sewa kepada kerajaan negeri selangor??? Kerana SYABAS adalah syarikat kroni UMNO dan CEOnya adalah proksi cukong2 UMNO Selangor !!!
Kalau nak kelentong rakyat Selangor pun agak2 la Najib oii!!!
Warga Selangor Ori
###
Dato,
I baca orang asing diberi warga negara malaysia, ic dan passport tanpa perlu memohon memang dashyat. syaratnya mengundi BN
Jumlah pendatang asing diberi warga negara dikatakan berjumlah lebih 40,000 di sabah. tempat lahir luar negera mereka juga ditukar kepda tempatan!
Perbuatan sebegini, tidak boleh dimaafkan, ia satu PENGKHIANATAN, dan boleh dikategorikan saperti PEMBUNUH, LANUN, PEROGOL DAN PENJENAYAH
Kita berharap pengkianat pengkianat negara patut diHUKUM GANTUNG SAMPAI MATI ATAU PENJARA SEUMUR HIDUP bila PR perkuasa
Pengkianat yang telah mati, kesemua anugerah, pangkat, Dato, Tan Sri, Tun etc patut di ambil balik
Sekian
Rakyat Malaysia Tulen
Haha Sak marah betul kali ni sampai banyak spelling errors.
Anyway, Najib tak perlu makan pil kuda sebab dia tak pernah tahu dan tak pernah faham apa yang dia cakap. Semuanya dibaca daripada prepared text. Jangan terkejut kalau satu hari nanti dia cakap pasal bolasepak di majlis tilawah Al-Quran.. :)
Dato dan lain lain tolong jawab soalan yang mudah ini
Orang Melayu, pribumi, bumiputera dibawah DEB adalah rakyat kelas 1 dan dapat lebih banyak kelebihan, bangsa lain Cina, India dan lain adalah Kelas 2. OK
Soalan SPM saperti berikut:-
Pendatang asing berbangsa Islam daripada negara lain diberi warga negara malaysia dengan begitu mudah (pasal untuk dpt undi BN), dan seterusnya jadi rakyat Kelas 1
Kalau pendatang asing boleh melonjak terus ke kelas 1, apa macam dengan bangsa lain lain yg sebenarnya Rakyat Malaysia Tulen yang dilahirkan di sini, masih jadi rakyat Kelas 2. WTF
Soalan mudah saja.
Sekian
Rakyat Malaysia Tulen
Orang Melaysia Pertama, kaum Ke2
Jawapannya mudah, itu pasal kita kena tumbangkan UMNO/BN.
Sak tanya sama PM kenapa tender kereta bomba yg harganya mahal dan tak mengikut spec diberi kpd Azeez Putra dgn mengarahkan boss bomba luluskan.
Before the year 2008 when BN administered the Selangor state, land grabs is their main pick from the carte du jour.
This was revealed by Sekinchan assemblyman Ng Suee Lim and had challenged the BN component parties to return the plots of land to Selangorians if they really have the interests of the people.
It involves 24 plots of public land in seven out of nine districts in Selangor, which were acquired by branches and divisions of Umno, MCA, MIC and Gerakan between 2000 and 2008
Each plot of land= seven acres, are mostly in commercial areas that has a collective total area of around 33.5 acres,
The plots were acquired by them for only RM1 per square foot that amounts to around RM1.5 million in total, despite the market price being worth at least RM20 million collectively.
All the plots of land are of high value properties. After Umno, MCA, MIC and Gerakan obtained the land, they would immediately enter joint-ventures to develop them or sell off for tens of thousands or millions in profit.
Of the 24 plots, 15 are owned by Umno branches or divisions, with six of them going to Umno Sungai Besar division, which was led by former CM, Khir Toyo while MCA holds five plots, MIC three and Gerakan one.
Samy Vellu, S Subramaniam and the late Ubaidullah, who was one of MIC’s founders, are named as the trustees for a 2,832 square metre plot in Kuala Selangor.
The biggest plot in the list is a seven-acre piece of land in Klang, which is owned by the Umno Kota Raja division, followed by a 6.5-acre plot in Batu 14, Puchong, which is owned by the Umno Puchong division.
This is just one example of what BN did when Selangor was managed by them.
Yet Najib said, “….kita BN tak tipu punya…”
Well,,, do Selangorians still want to vote BN ???
###
Dato,
Najib pernah bersumpah dia tak pernah kenal Altantuya. Tapi kenapa Najib bermurah hati pula bekerjasama dengan Deepak agar Bala buat u turn SD II ?
Dalam isu liwat II Najib pernah berkata dia tidak pernah menemui Saiful Bukhairi. Tapi bila dah tersepit akhirnya beliau mengaku ada berjumpa Saiful AlJuburi ?
Najib juga sebelumnya berkata dia tidak takut jika disapina ke mahkamah dalam isu liwat II Anwar. Tapi bila tiba waktunya beliau mencari alasan untuk mengelak.
Itu belum lagi dihitung banyak kes flip flop sepanjang pentadbiran singkat beliau sebagai PM tanpa mandat rakyat.
Kalau rakyat Selangor atau Malaysia terus percaya jenis PM ' tin kosong " macam ini, alamat lingkup dan hancurlah negeri mahu pun negara.
Tin kosong memang kuat berbunyi bila diketuk tapi isinya tak ada. Kalau rakyat Selangor dan Malaysia boleh kenyang dengan hanya menelan " angin " dari tin kosong bernama Najib ini...maka menangkanlah Najib dalam GE 13 nanti.
Isi dalam tin Najib dan kroni seperti Raja Ropiaah, Kak Jat dan ramai lagi dah balun, rakyat cuma telan sisa dan minum angin.
Bab telanjangkan keris untuk mandikan darah Lee Kim Sai dan kaum cina suatu masa dulu..dialah nombor satu. Namun bla operasi lalang dilancarkan, dialah dulu cabut lari keluar negara.
Najib bukan setakat tin kosong tapi juga meriam buluh. Macam ayam jantan nyaring berkokok tapi ekur berselaput najis. Dengan Deepak pun menikus....nak harap dia pertahankan negara ?. Peeraahhh wahai raja temberang!!!!!
Maruah sendiri tak terbela..ada hati nak membela rakyat Selangor dan Malaysia?
Post a Comment