98 Hari Lagi- kita laung Ini Kalilah!
Sedarlah bangsa Melayu, pemimpin UMNO terus merompak dan melanun. Dah hampir PRU pun mereka melakukan nya. Dalam keadaan pendedahan oleh Deepak, bongkar oleh Musa Hasan, UMNO teruskan agenda melanun negara. Seolah olah tidak takut bahawa keadilan rakyat akan menghukum mereka.
Hari ini
belum pun sempat debu mendap ke bumi, kerajaan UMNO sekali lagi melancarkan
projek rompakan besar. Hari ini kerajaan UMNO menanda tangani pembinaan lebuh
raya pantai barat Taping ke Banting. 233km pada harga RM7.7 bilion. Ini penswastaan
atau rompakan highway robbery? Projek ini diberi kepada Kumpulan EuroPLus Bhd-
sekutu IJM berhad milik satu2 nya Melayu dan Melayu terakhir di Malaysia- Syed
Mokhtar albukhari.
Antara ribuan
Melayu seluruh dunia, yang Melayu hanya Syed Mokhtar Bukhari. ( nyanyilah ikut
alunan lagu Gadis Melayu Jamal Abdillah) Alangkah hairan kita, kos sekilometer
ialah RM30.5 juta walhal kos biasa ialah RM10juta/kilometer. Apa sudah jadi?
Kerajaan sekarang
di pimpin oleh orang2 gila? Bukan kah kumpulan Europlus ini sebuah syarikat
yang sudah tidur? Dahulu dimiliki oleh Tan Sri Chan Ah Chye. Sharehoders fund
syarikat tinggal RM115juta- kerugian terkumpul sebanyak RM500 juta lebih;
syarikat ini menangung rugi lebih dari 5 tahun dan mempunyai hutang RM250 juta.
Baki tunai syarikat hanya ada RM3juta.
Syarikat hancai
dan cikai seperti ini boleh kerajaan beri suatu kontrak RM7.7 bilion? Berapa Raja
Ropiaah dibelakang projek Taiping-Banting ini? itulah sebabnya, Shahrizat kata,
menteri lain pun sapu duit juga.
Berilah kuasa
kepada Pakatan Rakyat- mengkaji semula skim cepat kaya para pemimpin UMNO. Demikian
angkuh nya kerajaan UMNO.
Dimana keadilan
untuk bekas tentera dan kepada tentera yang bakal jadi bekas? Kalau jeneral tak
mengapa- boleh jadi pengarah syarikat. Bekas tentera mesti bertanya- kerajaan
hendak bantu bekas tentera susah, tapi belanja untuk pemimpin UMNO yang tipu
rakyat dan balun harta rakyat, boleh. Ratusan ribu bekas tentera tidak
mempunyai pencen dan kerajaan tidak membantu mereka. Walhal ada keputusan cabinet
yang menjanjikan pemberian 20 ekar tanah seorang. Tapi setakat hari ini, hanya
felda lembah bilut sahaja yang melakukan keadilan kepada bekas tentera.
Ratusan ribu
kena cari sara hidup melakukan pelbagai kerja termasuklah jadi peniaga pasar
malam, jaga dan bodyguard. Itu pun banyak kerja keselamatan mereka kena
bersaing dengan orang Nepal dan Bangladesh.
Tidak ada
lansung dasar bersepadu yang dilakukan oleh kerajaan UMNO untuk membantu tentera.
Tentera kena fikir perkara ini. bekas dan bakal bekas. kamu mempunyai ibu dan
bapa, adik beradik dikampung yang berdepan dengan kos hidup yang kian
meningkat. Mereka hidup susah. Bersama samalah dengan mereka lakukan tindakan
yang wajar yakni menumbangkan kerajaan yang dipimpin oleh lanun dan perompak.
LTAT yang
kaya raya boleh belanja RM160 juta untuk menyelamatkan seorang pemimpin wanita
UMNO, tapi berdiam diri bila berdepan dengan isiu menolong bekas tentera. Apa yang
kamu, individu bekas tentera yang berbakti kepada negara telah dapat? Setelah 55
tahun kamu diberi bayaran one-off RM1000? Atau RM18 setahun atau 5 sen sehari?
Bandingkan nasib
kamu dengan nasib Raja Ropiah. Pengorbanan Raja Ropiaah berbanding dengan
pengorbadanan kamu bagaimana? Pusat Penyelikan RM 100 juta belum pun di buat,
dia telah dapat jutaan Ringgit. Deepak bayar RR RM13 juta, bayar RM72.5 juta
bond tanah, bayar RM8 juta sumbangan politik. Raja Ropiah sapu lagi 18 juta
dari Guppyunit dan nah sekarang, LTAT suruh Boustead bayar RM130 juta kepada
nya. Kamu mahu melihat dokumen pembelian shares oleh Boustead pun tak dapat!
Bekas tentera
dan tentera- tanya sama Zahid, dimana Puspahanas. 223 ekar tanah milik kerajaan
diberi kepada Raja Ropiah. Sekarang tanah yang diberi sebagai tukaran kepada
PUSAPahanas , dibeli oleh LTAT kamu dengan harga RM130 juta.
Apa yang
dibuat oleh Raja Ropiaah bukanlah perkara baru. Kita akan selidik perkara yang
serupa berlaku dimana mana sahaja. Ia sudah pasti melibatkan semua tanah2 milik
kerajaan, kementerian dan ejensi kerajaan. Pasti ada songlap dan samunan. Semua
ini kita bongkar satu persatu bila kerajaan PR ambil alih. Biar orang Melayu
tahu apa yang pemimpin UMNO buat. Dihadapan kita bermuka muka- dibelankang kita
bermukah.
Di Batu
Pahat, sebidang tanah dihadapan tapak hospital daerah lama( stor simpanan JKR
tak silap saya – saya tinggal di BP tahun 1985-86) di beri kepada seorang exco
dan bekas DO. Tujuan untuk pengswastaan. Belum sempat dan tidak perlu tukar
nama, tanah tersebut dijual. Sehingga sekarang tanah tersebut tidak
dibangunkan. Apabila dijual, maka pemajuan tanah tersebut akan lari dari tujuan
asal penswastaan tanah tersebut. Pemimpin UMNO yang menyapu tanah tersebut
kemudian nya pergi keseluruh Johor bercerita mengenai perjuangan Melayu.
Lihatlah betapa
hipokrit pemimpin UMNO masa sekarang?
16 comments:
Saya sekeluarga penyokong buta UMNO tetapi kini sah diharamkan pangkah UMNO/BN setelah 40 tahun membabi buta sokong umno.Saya sedar umno banyak menyeleweng tapi tak ada pilihan tetapi sekarang penyelewengan berluluasa dan memang tidak bolih dengar atau terima UMNO penyelamat bangsa,ugama dan negara ditambah pula telah sda pilihan yang tertbukti kemampuannya .Jadi haraplah dicepatkan pilihan raya kerana saya dah tak sanggup lagi dengar penyelewengan yang sungguh memalukan dan mengecewakan.Saya dah malu nak duduk berburak dengan ahli2 umno totok kerana mereka tetap yakin UMNO akan menang tetapi hakikatnya UMNO dah pun tumbang sebelum pilihan raya.Kalau semua rakyat buka mata ,dengar dari semua pihak ,baca surat kabar banyak2 dan baca internet dan dengar rungutan anak2 dan cucu yang bekerja kita saya yakin sebahagian besar calun UMNO akan hilang deposit...Wallah hu alaam.
Dalam UMNO terdapat ramai orang2 seperti RR, dari peringkat pusat hinggalah negeri, bahagian dan cawangan. Orang2 inilah yang akan mendabik dada kesana sini mengatakan merekalah usahawan berjaya, seolah-olah "kejayaan" itu adalah atas kecerdikan mereka berniaga.
Betullah UMNO adalah sebuah organisasi multi-level skim cepat kaya.
Dato' saya orang lama, keluar U tahun '72 hasil dasar ekonomi baru tun razak. Saya ahli tegar umno sehingga umno haram tahun '88. Di rumah saya ada 10 pengundi berdaftar di alamat saya, 5 anak, 3 menantu dan saya bersama isteri. InshaAllah seperti sebelum nya tak pangkah bn lagi.
Saya dinar itu kerchil budak yanyi..."ini kalim lah tukar"..saya nanis sikit2...with happiness.
Sabah sudah bungun!!
Sybas! Anwar Ibrahim!!!
Dato,
Setiap kali saya membaca berita berkaitan rasuah melalui media media alternatif, saya biasanya tak percaya semuanya. Kali ni berlainan kerana hal RR ni terpaksa dilaporkan secara sah kerana syarikat berkaitan adalah syraikat yang disenaraikan di Bursa saham Malaysia dan laporan perlu dibuat mengikut peraturan.
Kerajaan ni dah melampau dengan salah lakunya.
Kenapa kerajaan BN tidak memanggil tender terbuka kepada syarikat-syarikat tempatan bagi mendapatkan kontrek terbaik dengan harga yang munasabah bagi membina highway berkenaan? Adalah lebih baik jika kerajaan sendiri yang melaksanakan projek tersebut dengan mengambil pinjaman luar jika wang negara telah habis dibelanjakan untuk membeli undi, asalkan kos sebenar tidak di UMNOkan. Dalam bahasa mudah Menteri-Menteri Penyangak UMNO tidak menaikkan kos sebenar bagi memperkayakan keturunan mereka dengan wang pembayar cukai.
Jika kos pembinaan highway ini rendah, lebih murah tol dapat ditawarkan kepada rakyat dan lebih pendek jangkamasa yang diambil bagi memungut kembali kos pembinaan. Ini perlu dijelaskan walau pun ianya perkara mudah kerana saki baki yang tinggaldalam UMNO sekarang kureng sikit tahap keupayaan berfikir mereka.
Memandangkan Perdana Menteri , Menteri Kerjaraya serta anggota Jemaah Menteri tidak dapat berfikir dengan waras bahawa kaedah tersebut boleh mengurangkan bebanan maka eloklah mereka meletak jawatan atau dalam bahasa yang mudah difahami all those bloody Morons should "FUCK OFF!" Letak jawatan dan bagi orang yang berkebolehan serta tidak korup memerintah.
Aku tak halalkan cukai pendapatan yang aku bayar engkau selewengkan bagi mentedarah anak bini....aku akan tuntut di akhirat kelak.
Pagi-pagi buta dah kasi orang naik darah!!!
Semakin hari baca kes2 lanun dan rompak ini semakin geram tak sabar2 lagi nantikan PRU13 ni. Nak balik kampong..Puaslah hati sikit dapat pangkah apa2je...ABU.. Bila EC umum saja tarikh PRU...book tiket balik ke Malaysia nak tambah sikit laungan2 rakyat Malaysia INI KALILAH!!
Sak
Tolong cerita sikit tentang Melaka, banyak perkara di Melaka tak cerita pun, Ali ni pun hebat orangnya, kalau tak silap saya projek2 macam Sentral, mengambilan Tanah Bumi di Bt Baru, penempatan baru kerajaan negeri ke MITC....woi....sampai pilihanraya pun tak habis Sak...
Sekian Terimakasih
Geram yg teramat...dah 2 penggal sy votr for ABU..harap PRU13 lebih ramai dgn saya utk Anything But UMNO aka Asalkan Bukan UMNO...
Kalo letak tunggul kayu sbg calon parlimen utk PR pun akan ku pilih tunggul kayu...as long as kuasa di Putrajaya milik rakyat...
Saya pun x suka melihat sifat elitist pemimpin UMNO...saya mahukan pemimpin yg humble n dihormati tanpa ditakuti...
Salam Dato,
Saya rasa ada sebahagian pembaca yang masih sangsi dengan kemasukan Dato ke dalam DAP.
Bagi saya itu bukan masalahnya.
Saya sendiri masih sangsi + hairan + geleng kepala, kepada penyokong "si buta pegang Gajah" yang sanggup mencium bau busuk UMNO baru yang semakin merebak dan menjadi-jadi sekarang ini. Lagi bagus bau buah durian.
Saya rasa Pak Najib ini mintak puji sana sini. Sana sini gambar dia. Konon buat baik untuk rakyat. Rakyat tidak perlu iklan-iklam macam iklan diktator Korea Utara, sana sini, tapi Rakyat hendak lihat "hasil" kerja dia selaku PM di seluruh pelusuk negara.
Mana ada seorang ayah mendabik dada, ke sana sini menjerit beliau membiayai perbelanjaan sekolah anaknya? BUkankah itu tanggunjawab seorang ayah.
Ada fahamkah kamu wahai Pak Najib????
Mampos united malay no otak kali nie....kalu ada rezeki menang tolonglah seret semua penyamun2 ini ke mahkamah...amenolah yg menghancurkan negara ini....aku alhamdulillah tak pernah pangkah ameno for the past 3 election...family aku semua PR dulu kini dan selamanyer...family mertua saje blah sana...
Salam Sdr Sak;
Ringkas Saja;
Pengundi yang mengundi umno/bn adalah orang yang melakukan penginayaan ke atas diri sendiri, bangsa, agama dan negara.....
Sir,
Is there anyway I can delay paying income tax without getting fined? I don't mind paying tax + interest (but not penalty) hoping that PR will take Putrajaya.
ABU.
Wow, I thought the EDL was expensive and paved with gold at RM 111 million per kilometer. Now, the Taiping-Banting highway is costing RM 330 million per kilometer. It must now be paved with diamond since I hear a lot of diamonds were recently purchased from Hong Kongby one Deepak. See, Malaysia is so rich that the road are paved with gold and diamond. Eat your heart out, Dick Whittington.
Salah satu drp masalah utama ialah segala penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dll., tidak sampai ke pengetahuan umum sepenuhnya, terutamanya mereka luar bandar, dipendalaman, yg tidak celek IT, dsb. Maka cabaran besar pihak pembangkang ialah untuk memberi kesedaran kpd golongan yg 'ill-informed' ini.
Dato... Bule citer tentang Johor tak?.. Hehehe... Banyak projek kat Johor ni..terutama kat kawasan P.Gudang.. Felda Cahaya Baru dan jadi Kg Cahaya Baru.. Cian peneroka! Dulu janji jadi jutawan/ushawan tapi malang sekali jadi dermawan... (derma tanah percuma) tanah kemana duit kemana... Yg untung entah siapa... Walau ape pun slute buat kali kedua untuk dato...
Post a Comment