Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 18 January 2013

Masa Depan Agama Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu.



Masa depan Melayu, agama Islam dan Raja2 Melayu.
Artikel ini asal nya dalam bahasa Inggeris. Tapi saya terbitkan nya dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu. Supaya menghindarkan rasa takut orang Melayu kita yang berjumlah 18 juta dari 28 juta rakyat Malaysia. Supaya 64% orang yang beragama Islam jangan takut kepada 9% orang yang menganut agama Nasrani. Maklum sajalah, UMNO menakutkan orang Melayu supaya berfikiran mereka lemah, mundur, koro dan memerlukan UMNO. 
Takut kita orang Melayu dibuatnya UMNO. Kalau UMNO kalah, orang Melayu yang 18 juta, mati bergelimpangan. 18 juta Melayu lari kucar dan kacir, mundar dan mandir takde panduan. kalau UMNO kalah, maka 64% penganut Islam akan dikristiankan oleh 9% orang Nasrani. takut kita dibuatnya, Raja Melayu memilih pemimpin UMNO untuk menjadi jurucakap kepentingan mereka. takut lagi kita, bila Raja2 Melayu memilih Ibrahim Ali menjuarai kepentingan Raja2 Melayu. 
Bila kerajaan Pakatan ambil alih pemerintahan, bahasa Melayu tetap kekal bahasa rasmi. Kita tak ganti dengan bahasa Cina atau Bahasa India.
Orang Melayu tidak perlu takut. Dah lama mereka ditakutkan. 55 tahun orang Melayu ditakutkan oleh UMNO SUPAYA berfikiran bahawa tanpa UMNO, Melayu akan mati. Inilah sekatan keatas minda orang Melayu yang menyekat mereka dari merdeka fikiran dan minda.
Ingat tak kita ketika Najib sebut, zaman kerajaan tahu serba serbi sudah berakhir? Bohong! Orang UMNO kalau tidak mengkonsentrasikan kuasa, mereka tak boleh urus Negara. UMNO boleh kekal kuasa kalau ramai lagi yang miskin, susah dan jahil. kalau dah ramai senang, dan pandai, UMNO akan hancur. 
Bagaimana mengkonsentrasi kuasa? Guna kekerasan. Guna dakyah dan propaganda. Sebab itu Mahathir kata, kalau nak terus berkuasa, pemimpin jangan takut dan lembik. Mesti kuat( baca zalim) . Lumpuhkan minda rakyat. Lumpuhkan judiciary. Control dan kawal penjawat awam, polis, tentera. Letakkan ketua yang simpati dengan perjaungan UMNO disana- baru kita kuat. Pastikan ketua jabatan yang ada rekod buruk. Supaya mereka tunduk kepada kita.
Demikian cara UMNO mengurus negara.
Apa tindakan yang terbaik mengatasi kelumpuhan berkerajaan ini? Judiciary, civil service, the armed forces and pihak penjaga keselamatan awam( polis)? Mudah sahaja- buangkan semua elemen korap dan sudah habis tempoh. Amalan memberi kontrak kepada pemegang jabatan yang sudah pencen mesti ditamatkan serta merta.
General2 yang lebih suka keluarkan muka diTV dan bercakap mengenai pasukan bola ATM, dibersarakan. Buang semua general2 lapuk dan gantikan dengan professional general yang mahu mengukuhkan pertahanan negar ini.  Peralatan dan persenjataan angkatan tentera, darat, udara dan laut dilengkapkan mengikut kehendak benar pertahanan Negara.
Demikian nya, pimpinan polis yang korap dan rasuah, dibersarakan dan diganti dengan mereka yang professional.
Pastikan kesemua cabang2 kerajaan ini distrukturkan mengikut taburan bangsa diMalaysia. Beri peluang Malaysia ditadbir oleh semua bangsa warga Negara ini. Tarik balik kewarganegaraan mereka yang jadi warga Negara tidak mengikut undang2. Yang dikatakan mengikut undang2 mesti memenuhi syarat2 yang dikenakan.
Boleh atau tidak perlembagaan Negara sekarang ditukar oleh sesiapa? Tidak boleh kerana perubahan dalam perlembagaan memerlukan kekuatan 2/3 dalam parlimen. Kalau pakatan menang 2/3 boleh tukar? Sudah tentu boleh tukar jika perlu. Dan peruntukan perlembagaan keatas bangsa Melayu boleh ditukar atau tidak? Boleh jika dibenarkan oleh perlembagaan baru.
Bagaimana kita pastikan jika ada perlembagaan baru maka kepentingan orang Melayu dijaga? Jawapan mudah ialah memastikan ramai ahli parlimen dalam parlimen adalah Melayu. Dan bukan sahaja UMNO yang Melayu. Melayu yang tidak baik diganti dengan Melayu yang baik.
Dan mesti kita ingat, orang Melayu dalam PAS, dalam PKR dan dalam DAP dan mana mana parti, keMelayuan mereka TIDAK kurang dari Melayu nya UMNO? Perlembagaan boleh kita tukar tapi mesti tengok taburan bangsa, raja2 Melayu dan sebagainya. Ertinya, kalau Pakatan ambil alih kerajaan, kepentingan orang Melayu tetap terjaga dan terlindung. We Malays in DAP, PAS dan PKR are no less Malay than Malays in UMNO.
Siapa kata Melayu kurang cekap dan pandai? UMNO. Siapa kata orang Melayu tidak pandai berniaga? UMNO. Siapa kata Melayu belum sedia itu dan ini? UMNO kata. Jika demikian, mengapa bila UMNO menggantikan Melayu dan melakukan pemajuan dan pemerkasaan atas nama agama, bangsa dan tanah air, masih juga gagal dalam bidang yang UMNO pilih? GLC pun gagal. Syarkat yang UMNO taja pun gagal. Pendek kata apa sahaja yang Melayu UMNO pegang dan sentuh, besar kemungkinan akan gagal.
Penjara atau lokap minda ini membenarkan pemimpin UMNO melakukan durjana keatas bangsa sendiri. Perjuangan yang kononnya dibangunkan diatas agenda agama, bangsa dan tanah air, semenjak 1981 menjadi agenda megayakan segelintir masyarakat yang terpilih. Pada 1981 ma’nikam yang dikenali oleh jauhari Melayu memimpin bangsa kearah kebinasaan. Dalam tahun 1988, kehancuran orang Melayu sampai kekemuncak bila UMNO diharamkan dan diganti oleh UMNO Dr Mahathir. Sebab itu bukan lah satu rahsia mengapa Dr Mahathir tidak senang duduk sekarang, sebab legasi nya yang terbesar iaitu, UMNO88 akan berkubur tidak berapa lama lagi.
Dasar Ekonomi Melayu diganti dengan Dasar Mengayakan Melayu terpilih.
Orang Melayu ada masaalah banyak sekarang sebab membenarkan UMNO menentukan bagaimana kita hidup. Ambil contoh bidang ekonomi. UMNO beritahu kita, orang Melayu kurang pandai, kurang modal dan ada pelbagai kekurangan lain. Jika demikian, mengapa perniagaan yang sepatutnya dijalankan oleh individu Melayu apabila dijalankan oleh GLC tetap gagal? Yang mengendali nya banyak modal dan Melayu yang ada dalam GLC semua terpelajar. Megapa gagal?
Mungkin kalau dibenarkan dijalankan oleh Melayu yang kurang modal dan kurang expertise tadi, pada peringkat awal ada kegagalan. Failure rate dan casualty rate mesti ada sebab mereka berada pada leraning curve. Tapi mungkin juga pada masa sekarang, orang Melayu tersebut sudah diganti oleh Melayu yang sudah berjaya. Mereka berjaya melalui kumpulan pengalaman, ilmu dan kecekapan dan pengumpulan modal.
Tapi sebab UMNO rasa mereka tahu lebih, maka mereka yang menentukan. Bila mereka jalankan, pun gagal. Jadi kita nak tanya Najib, bila dia sebut slogan bahawa zaman kerajaan tahu segala nya, sudah berakhir dia faham atau tidak bagaimana hendak capai matlamat tersebut?  Jika zaman kerajaan tahu serba serbi sudah berakhir, mengapakan kemajuan Melayu sehingga hari ini mesti diarah dari centre? Why must the progress of Malays for instance, must be centrally commanded by the UMNO plutocrats? Yang menentukan masa hadapan orang Melayu yang miskin, lembut diri, berbudi bahasa ialah golongan Melayu yang istimewa yang “limousine-riding, jet-flying, stylin', profilin', whiskey drinking, wheelin' dealin' kiss-stealin' son of a gun!
Besar kemungkinan dia tidak tahu.  Sebab Najib dan sebahagian besar pimpinan UMNO adalah mereka “ jenis manusia yang berkereta mewah, terbang sana sini dengan jet peribadi, ada gaya, ada stail, minum wiskey, pau sana sini, tidur sana sini. Mereka tidak tahu agenda Melayu yang sebenarnya!
Ketahuilah, UMNO itu hidup diatas system yang menyekat potensi. UMNO jadi penghadang terbesar menyekat kemajuan orang Melayu. Siapa yang kata orang Melayu tak boleh bersaing? UMNO. Siapa yang kata Melayu kurang cekap? UMNO. Siapa yang kata orang Melayu mundur sebab agama Islam penghalang itu dan ini? Ibrahim Ali- kontraktor politik UMNO. Oleh sebab2 maka UMNO kata- bergantunglah kepada nya dan percayakan nya- orang Melayu akan selamat.
Siapa yang menyebabkan orang Melayu sehingga sekarang hidup sebagai pengemis? UMNO. Siapa yang menjalankan dasar penjualan saham kepada Melayu berdarjat ? UMNO. Siapa pula yang membenarkan golongan atasan ini menjual RM52 billion saham tersebut? UMNO. Siapa yang menyebabkan pegangan saham tersebut tinggal RM2 billion? UMNO. Siapa yang menyebabkan Bank Bumiputera hancur? UMNO.
UMNO melakukan ini semua- orang Melayu masih mahu sokong UMNO?
Seoarang sahabat- ahli politik dari Sabah beritahu saya bagaimna nak menerangkan sistem UMNO. Saudara mempunyai anak. Dia lulus SPM 10A. anak seorang pemimpin UMNO lulus SPM dengan 5A, 5B. kedua2 memohon biasiswa. Mana satu yang dapat? Yang dapat ialah anak pemimpin UMNO. Itu sistem UMNO.
Apabila UMNO ujudkan dan pertahankan sistem reward yang rosak dari segi prinsip asal, maka perjalanan pentabiran negara dan ekonomi jadi rosak. Kenapa? Kerana kita ada sistem dimana yang berkerja kuat dan berusaha akan melihat buat apa berusaha keras jika mereka yang kurang pencapaian mempunyai jalan singkat mengatasi mereka. Mereka yang jujur dan amanah dan on the staright, tidak akan dapat meningkatkan diri.  
Ini system UMNO.
Sistem UMNO lah yang menyebabkan mengapa judiciary kita kucar dan kacir. Para hakim yang tegas dan menjalankan pengadilan mengikut hukum, tersekat dari naik keatas. Yang memihak kepada kepentingan politik naik keatas. Yang kekal on the straight path sukar untuk dinaikkan pangkat. Kenaikan pangkat mereka ditentukan oleh ketua eksekutif Negara. Dan ketua eksekutif Negara menaikkan pangkat mereka yang dirasai menjaga kepentingan golongan elit.
Sebagai contoh- how do we improve the judiciary and place it again as the final and trustworthy arbiter of conflicts in society? Di Malaysia, peyelesaian nya amat mudah. Pencenkan SEMUA hakim2 mahkamah tinggi, mahkamah rayuan dan ketua hakim sekali. Gantikan mereka dengan hakim2 yang disokong oleh suatu system pemilihan yang bebas dari campur tangan ketua eksekutif.
Bagaimana nak pencenkan mereka? Dengan membayar mereka. Belanjakan beberapa juta, pencenkan hakim2 yang merosakkan judiciary kita. Dengan sekali tindakan, overnight, kita akan membaiki judiciary kita.

18 comments:

kampong lad 18 January 2013 at 09:17  

allah sendiri yg menjaga agama dia. parti2 politik & ketua2 agama tak payah sebok2 pertahankan islam. bila depa dapat mandat?

Anonymous,  18 January 2013 at 10:15  

There are many strong and good Malay leaders but not given the opportunity to lead and contribute.

The country has been waiting for REAL, capable, strong and good Malay leader/s to lead with fairness, integrity and accountability.

Paradigmshift,  18 January 2013 at 10:30  

Dear SAK,
Celupar mulut Mahathir yang terkini sangat jelas menunjukkan bagaimana Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa membuka hijab apa yang telah dilakukannya selama ini satu demi satu.Maka kita tidak patut heran kenapa dia menggunakan (menyalahguna?) segala kuasa yang ada padanya demi mengekalkan kedudukannya dan juga partinya, tanpa pedulikan sentimen rakyat, tanpa pedulikan cara dan kaedah dan tanpa pedulikan mengikut undang-undang ataupun tidak. Everything was okay, so long as the objective was achieved. Matlamat menghalalkan cara. Michaevallian 100%. Inikah cara yang Islamic? Dan paling teruk dia menuding jari tanpa sedikit pun merasa bersalah kepada Allahyarham Tunku Abdul Rahman padahal saya rasa Mahathir tahu sangat isu pemberian kerakyatan kepada penduduk bukan Melayu oleh Tunku dahulu adalah terlalu jauh bezanya dengan pemberian kerakyatan kepada pendatang-pendatang Filipino dan Indonesia di Sabah dalam tahun 1993/1994, macam langit dengan bumi bukan sahaja dari segi latarbelakang tetapi juga dari segi tujuan dan kaedah.Mahathir buat muka selamba seolah-olah tidak tahu pemberian kerakyatan en bloc kepada penduduk-penduduk China dan India itu adalah salah satu daripada syarat-syarat mendapatkan Kemerdekaan yang telah dipersetujui oleh semua pehak ketika itu, termasuklah UMNO sendiri,Parti PERIKATAN dan Majlis Raja-Raja Melayu.Dan ianya dihebahkan kepada semua rakyat.( Hai, dulu sebok-sebok fasal 'social contract'). Projek IC di Sabah , tiada siapa yang tahu kecuali Mahathir dan orang-orang tertentu dalam UMNO dan Kerajaan. Tujuannya pun tidak ada kena mengena dengan kedudukan negara, tetapi hanya untuk mendapatkan kuasa oleh sebuah parti.Tanpa Projek IC, Malaysia tetap ujud, kedaulatannya tetap kukuh. Sabah pun tetap ujud. Yang tak ujud mungkin UMNO!.Malangnya orang seperti Mahathir ini memanglah lidah bercabang dan munafik besar sehingga sanggup hendak menukar sejarah dan memperkecilkan peranan Tunku Abdul Rahman. Saya berharap orang-orang lama dan veteran yang masih hidup dan pernah sama-sama berjuang dengan Tunku dahulu patut bersuara sekiranya mereka ada telor, contoh, Aisyah Ghani, Aziz Tapa (Melaka), siapa lagi eh?. ramai yang telah menjadi Allahyarham/mah. Wallahu Waalam.

Anonymous,  18 January 2013 at 11:14  

Yang hancurkan dasar Ekonomi Melayu adalah UMNO, yang jual tanah rsezab melayu adalah UMNO, contoh Tanah DiSentul Raya, dan Lot 10,Starhill,Merriot Hotel, tanah itu dulu dipunyai oleh org Melayu yg Bernama Dato Sulaiman Manan, bila ekonomi jatuh tahun 1997, Mamak Kutty bincang sroh Leman jual pada YTL, leman dijadikan parpet dan nama saja, Mamak Kutty letak kawan anaknya Syed Dollah diYTL jaga kepentingan Anak dia.Ibrahim katak tidak bole jadi penyelemat kerna dia pernah menderhaka kpd Al Sultan Kelantan dan hendak diganti dgn Tengku Iskandar Pasir Mas, inikah manusia yg berjuang atas tiket selamatkan istana. Dari tahun 2004 sehingga sekarang banyak kontrektor yang gulung tikar kerana tindak tanduk UMNO, yang kaya adalah Kroninya saja. buat business atas angin.

Anonymous,  18 January 2013 at 11:35  

Menuggu Parlimen bubar dan kerajaan baru dibentuk kemudian kita isi dengan sistem baru..itu kalau menang... kalau sebaliknya kita akan menderita lagi...atau ada cara lain untuk membuang kanser yang kronik ini...

Anonymous,  18 January 2013 at 12:01  

Do you know what is an idea-virus? Its a concept, so deep and rooted in the truth, that when understood by people it self-propagates unconsciously, effortlessly.

This article, Dato, is an idea-virus. If Malaysians start to read this article with an open mind and open heart, the Malaysian mind will be liberated.

Lokap Minda. Brilliant.

Anonymous,  18 January 2013 at 13:19  

Islam has survived for the last 1500 years without UMNO. Islam, like all great religions, has a life of its own and does not need a prop to support itself.

Cahaya Qalbu,  18 January 2013 at 14:33  

Aset Tokoh2 Umno dalam Syarikat2 Judi

Masih mendabik dada memperjuangkan Islam ??? Hipokrit !!!

Magnum Corporation Sdn Bhd:

>Bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Mohamed Al-Amin Al-Haj.
- Jumlah saham 1,900,000 unit.
> Bekas Menteri Pelajaran dan bekas pengarah Magnum Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Khir Johari
- Jumlah saham 40,843 unit dlm Magnum CO Sdn Bhd
- Jumlah saham 6,666 unit dlm Magnum 4Digit (ekor).
> Bekas Peguam Negara dan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Abu Talib Othman.
- Jumlah saham 1,666,666 unit.
>Nor Anita Abu Talib, anak perempuan Tan Sri Abu Talib
- Jumlah saham 680,334 unit.

Genting Berhad

>Arwah Tan Sri Noah Omar, bekas spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd, iaitu datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein.
- Jumlah saham 602,318,000 unit (Resort World Berhad)
>Yayasan Noah yang diwarisi oleh DS Najib dan DS Hishammuddin.
- Jumlah saham 3,334,600 unit.
>. Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara - Pengarah.
> Tan Sri Amin Othman, bekas Timbalan Ketua Polis Negara - Pengarah.
>. Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof, bekas pegawai bank, - Pengarah.
Resort World Berhad
>Tan Sri Wan Sidek Wan Abdul Rahman, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri - Pengarah.
> Tan Sri Alwi Jantan - Pengarah dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam - Pengarah.

Sports Toto

(Diasaskan dan dimileki Tan Sri Vincent Tan pada tahun 1969, kroni Dr M).
> Datuk Seri Tengku Adnan Mansor, Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.
- Jumlah saham - 3,500,000 unit (melalui syarikat nominee iaitu Simsec Nominees)
> Datuk Adnan Shuib dan Arsam Damis - Pengarah (Berjaya Land Berhad)
- Jumlah saham 284,644,046 unit.
>Datuk Anuar Zaini dan Datuk Sulaiman Mohd Noor - Pengarah (Berjaya Land Berhad).
- Jumlah saham 292,336,584 unit.
>Tan Sri Jaafar Abdul, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.
> Mohamad Salleh Gomu, bekas pegawai kanan polis - Pengarah.

JUARA ISLAM LA SANGAT !!!

Source> buku 'Malaysia Darul Kasino' oleh Datuk Husam Musa, EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

###

bumi-non-malay 18 January 2013 at 14:44  

Melayu hanya perlu renungkan....Macam mana boleh pecat Singapura yang tak ada sumber Asli....Jumlah pengeluaran GDP lebih tinggi dari Malaysia yang begitu kaya dengan sumber asli dan human resources.

Macam mana $1 ringgit = $0.90 sen Singapura dulu boleh jadi $1 ringgit = 0.40 sen... 2013

UMNO racis lah yang pecat Singapura dengan kesetujuaan Raja2 melayu agar melayu hebat ramai berkuasa, angkuh...

Jangan ingat Allah tak ada mata lihat ajenda sulit UMNO dulu dan sekarang ...inilah Balasan Allah kepada Malaysia.. .bankrupt...hutang $1000 Billion ringgit.... kalau "OFF Balance Sheet" accounting dikira...(siapa kata kaum dan agama lain tak boleh guna perkataan Allah ini??)... Siapa tahu berapa banyak "OFF Balance Sheet" accounting UMNO guna selama 55 tahun...... Akhirnya Malaysia akan mampus juga kalau tak cepatkan KUBUKAN UMNO.....kalau tidak lebih baik Sabah/sarawak pecat sendiri dari Malaysia dan bagi orang Malaysia harapan lain untuk Hijrah/migrate. Akhirnya...Rakyat Malaysia pun kena ada backup Plan macam tokoh UMNO-BN yang akan lari kalau Pakatan ambil kuasa....

ingat ABCD = Asalkan bukan cap dacing!!

Suci Dalam Debu 18 January 2013 at 15:12  

Let's pray he lives long enough so that we can charge him for high treason. I feel angrier with each passing day knowing that my tax dollars has gone into giving those illegals instant bumi status with all the benefits denied to other Malaysians.

Anonymous,  18 January 2013 at 16:14  

There is no God but God.

monsterball 18 January 2013 at 16:30  

Sak is a fine writer...like a good author for a book.
Throughout history...telling the truths need no art not special skills...but must be truthfully smart...to put out the message...as he/she wants it to be.
I do not think Sak practices ..so call.."idea-virus"....whatever it is.
Right or wrong...it's plain truth and nothing but the truths from his heart.

Anonymous,  18 January 2013 at 18:54  

Salam Dato,

Ahli-ahli Umno kini mulai sedar. Siapa pemimpin mereka yang sebenar. Sambil mereka menjerit ketuanan melayu, Hidup melayu, sambil itu juga mereka merompak khazanah negara untuk diri mereka.

Pada 19hb jan (Esok-sabtu) Mat Sabu, Dato Ariff (sakmongkolAK47), Dr. Dzulkefly Ahmad, Farid Musa akan berceramah di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Bongkar segala scandal pemimpin umno.. Datanglah beramai..ramai..

Mohd Zuki

Wan Shamsudin 18 January 2013 at 21:00  

Salam Pak Sabri;

Kita semua sebenarnya terlalu lama sudah di candu dan di khayalkan olih janji janji palsu UMNO, yang berlagak seperti HERO memperjuangkan hak hak orang melayu.Mereka itu sebenarnya adalah PENIPU BESAR yang pada zahirnya saja nampak baik, tapi sebenarnya orang UMNO semuanya tamak dan gila kuasa.Mereka telah memngambil hak rakyat demi memusakan nasfsu gila mereka dan keluarga mereka dan barua barua mereka semuanya.Setan bertopengkan manusia.

Kita hanya bangga dengan pemberian RM 500, RM 250 dan RM 100 kepada anak anak kita...ada lagi ia itu beras yang di berikan baru baru ini olih Najib pada gulungan India..amat memalukan. Najib membuat orang orang India seperti Rakyat hina lagi sengkek....Beginilah sikap pemimpin yang kita nak banggakan ....hanya orang orang yang tak siuman saja akan menyokongnya.Saya benarnya kesal punyai pemimpin seperti beliau....
Semoga kita semuanya tak bodoh lagi. Rakyat dah matang dan waras..yang tidak waras adalah orang orang UMNO saja....

Anonymous,  18 January 2013 at 23:13  

askm tok
baru betol aktikal nii...
orang melayu x mati tanpa umno...
tqqq... rajin dtg ke P92 n P93
moga2 org2 sg panjang bleh terbuka hati utk berubah... xde la kena tipu d dr gigi anak toyol...
ABCD...
ASAL
BUKAN
CAP
DACING

Cahaya Qalbu,  19 January 2013 at 00:46  

The past and present UMNO leaders’ public rhetoric clearly showed massive confusion within UMNO itself. In fact, the UMNO controlled mainstream media is also helping to create and spread the perplexity more within the UMNO ranks.

The rakyat, especially the Malays should by now realize that are better off with PR leaders looking after their wellbeing as proven by the 4 states they govern. Knowing that they are susceptible, they will surely do their best if given the chance to manage Msia, keeping the rakyat contented in case they get booted out.

BN has becomes too arrogant, too greedy and lost it morality to lord over anyone. They treat the Malays as nothing more than just their fixed deposit for them to hang on to power.

The Malays have nothing to lose by siding with PR since they have already lost many of their interests under UMNO.

###

monsterball 19 January 2013 at 07:32  

It seems that Umno b's religion politic is working in favor of their party..
The race has gone. Vast majority Muslims prefer to be proudly know as Malaysians and like all other races...keep their rich and wonderful culture...traditions alive.
It seems that Umno b ..with their claim of having 3 million Muslim members are telling all the Muslims in the world...they are the champion of protecting the Islamic faith.
To me....a band of rouges and thieves....some 20 top Umno B leaders...are the masterminds to fan fan fan hatred...using religion issues.
It cannot be changed overnight....as Mahathir's Umno b has been fanning for 35 years ...and come to religions...all faithful believers will lay down their lives...ONE WORD..insulting them.
If Malaysia is to move forward .developing to be at par with developed countries...it is dream that this can be achieved by year 2020....and be keep up to the present
Muslims must be more open minded and accepts opinions of others....without branding labels...and discuss all issues...with smiles....intelligently.
One must always remember...combine all the minorities....Malaysia is the only country in the world...with the largest minorities.
The majority...of any country never fear the minorities....except in Malaysia.....with Umno b twisted lies and deceits...diverting attentions...to steal billions...with no Muslims watch dogs...to expose them.
That is how Mahathir can steal 100 billions...with no fear....for while everyone is focusing on other issues.....especially race and religion...educations...Mahathir with his majority....keep amending the Constitution...making Police and Laws...involve in politics...protecting Umno b...and not the country and people..per se.
Like I said before....850 years ago...Buddhism controls Asia...and it needs their so call hypocritical Buddhists to kill off the dominating force.
Umno b hypocrites are so plain to see...that these so call Muslims are contributing to the downfall of Islam faith...dominating the world today.
It's like a wheel....spinning round and round....and Mahathir's dirty race and religion politics...will not help one bit to make Muslims stronger.

mohd nasir,  19 January 2013 at 10:24  

As salam Tn Sak,
Wah cukup kuat hujah tuan.Alangkah baiknya kalau dapat di sebarkan kpd semua pengundi PRU13.InsyaAllah kita akan dapat perubahan Kerajaan yg lebih baik nanti.

Nasir

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP