Sudahkah FGV bayar FELDA dan sudahkah FELDA bayar EPF?
Peneroka mesti ada rasa kasih keatas
institusi FELDA itu sendiri. Mereka mesti jaga ia daripada digasak dan dilanyak
oleh pemimpin politik. Sejak megambil alih tanggungjawab keatas FELDA bermula
dalam tahun 1997 ketika menjadi menteri pertahanan lagi, Najib telah melihat FELDA
sebagai suatu objek untuk digunakan menjana duit.
FELDA pinjam RM6 bilion atau lebih
dari KWSP atau EPF. Apa dia buat dengan duit itu? FELDA , melalui FGVH ketika
itu, syarikat 100% milik nya pun, membeli beberapa kilang di Amerika yang
dikenali sebagai Twin Rivers Technologies. Kilang2 ini menghasilkan antara nya
lelemak protin. Pembelian ini pun amat
mencurigakan. Hasilnya, FELDA kerugian beratus juta dollar Amerika.
Najib mesti bertanggung jawab keatas
ini seperti juga pihak pengurusan pelaburan ini.
Peneroka mungkin lupa mengenai hal
ini. Bila FELDA meminjam wang, peneroka pun turut terbabit, sebab mereka adalah
pemilik 51% share dalam FELDA Hodings. Dan FELDA induk, dapat aliran tunai dari
FH. Bila dia pinjam, maka FELDA mendedahkan kedudukan kewangan FH kepada pemberi
pinjaman dan kreditor2 yang lain.Tanpa disedari, peneroka felda subsidise kebodohan, kecuaian dan mungkin salah laku pihak pengurusan pelaburan. Najib pun tidur seperti Pak Lah. Atau dia tidur as long as duit masuk besusyun susyun.
Jangan lupa, bukan sahaja FGV sebagai
pemegang 49% yang menanggung risiko, tapi juga peneroka yang tidak ada kaitan
dengan FGV pun menanggung risiko apabila FELDA induk terpaksa hantar duit setiap
bulan kepada pelaburan bodoh yang dilakukan oleh FGV.Lebih banyak wang Felda hantar, maka berkurang wang untuk dibelanjakan keatas tanggungjawab sosial Felda keatas peneroka.
Ertinya, penganiayaan terhadap amanah
yang diberi oleh peneroka kepada FELDA sudah dicabul oleh pemimpin politik
terutama Najib razak yang bertanggungjawab meluluskan setiap keputusan
pelaburan.
Berbalik kepada cerita asal. Bagaimana
FELDA melalui FGV berada dalam keadaan ini? Untuk beberapa tahun 3 orang broker
mat salih beroperasi diMalaysia untuk menjual beberapa kilang milik Procter and
Gamble. Mereka telah pergi membuat presentation kepada beberapa syarikat
seperti tabung haji, sime darby dan lain2 lagi untuk menjual kilang industry hiliran
minyak sawit.
Tidak ada seorang pun hendak beli.
Sehinggalah tiba kepada FELDA. Pada mulaya,
FELDA sendiri pun tidak hendak beli. Tapi bila PM kita, orang yang tidak berapa
smart ini pergi ke America dan dipengaruhi oleh penceritaan baik2 mengenai industry
bioteknoloji, maka dia announce FELDA akan beli kilang 2 ini.
Tapi apa yang peneroka tidak tahu,
kilang2 oleh Procter and gamble ini sudah di mothballed lama. Mothballed ertinya
lama sudah tutup dan tidak beroperasi.
Broker 3 orang yang kita sebut diatas,
melata diseluruh dunia hendak jual kilang2 ini dan saya diberitahu, ada jentera
dalam kilang2 ini dibungkus dengan plastik dan tidak lagi beroperasi, tapi FELDA
malalui FGV hendak beli jugak.
Kenapa? Sebab Najib razak bos kepada
bos FELDA mahukan ia terjadi. Sebab boleh dia istihar bahawa Malaysia sekarang
memasuki sector bioteknoloji, sector hiliran minyak sawit dan memasukui bidang biodiesel.
Sudahlah broker ini dapat komisyen
dari penjualan tersebut, mereka telah membeli setiap sorang 5% share dalam
kilang yang hendak dijual itu. Dan kemudian nya, bila FELDA hendak menyempurnakan
pembelian ini, mereka terpaksa membeli 15% milik broker tadi.
Broker2 tadi buat duit 2 pusingan. Pusingan
pertama ketika berjaya menjual kilang2 itu kepada FELDA yang bodoh dan pusingan
kedua, dapat duit bila FELDA yang kali kedua bodoh, membeli saham milik mereka
yang ada didalam.
Lebih memeranjatkan dengan penjualan
satu daripada 3 kilang itu, FELDA masuk perangkap bohong oleh broker tersebut. Apabila
transaksi pembelian tamat, broker2 tadi memberitahu bahawa, satu daripada
kilang tersebut telah mengambil grant sebanyak USD7 million dari kerajaan Canada.
Pemberian grant in datang dengan beberapa syarat.
Syarat nya ialah kena membina satu
kilang pengeluaran biodisel di negara Canada. Masaalah pokok ialah, jika
melihat lokasi kilang, tidak ada orang yang ada bisnes sense yang paling minima
sekali pun, akan mahu membina kilang tersebut. Ia nya terletak jauh dari sumber
bekalan feedstock yakni bahan yang deperlukan untuk menghasilkan produk. Feedstock
terpaksa dihantar kepada kilang dengan kapal, atau keretapai atau lori. Oleh kerana
kilang terletak dibahagian barat Great Lakes sedangkan sumber bekalan feedstock
terletak di sebelah timur, FELDA memutuskan menghantar dengan kapal. Masaalah nya,
ialah Great Lakes beku selama 8 bulan dalam setahun dan ada ruang menghantar
dalam masa 4 bulan sahaja.
Bayangkan, berapa buah hantaran kapal
yang mesti dilongokkan dalam masa 4 bulan dan berapa bayak ruang stor atau
simpanan yang mesti disediakan.
Tapi kerana perjanjian pengambilan
grant itu ketat, maka FELDA terpaksa mencekau wang untuk membina kilang
tesrebut. Kilang di bina dengan harga USD135 juta.
Tapi bila siap tidak boleh beroperasi
sehingga beberapa pembangunan tambahan dibuat. Kos tambahan ialah USD205 juta. Jumlah
kos ialah USD340 juta atau pada ketika itu, Dolar Amerika ialah RM3.50 kepada
USD1, menjadkan kos pembinaan kilang dan infrastrukturnya, menjadi RM1.19
billion. Atau jika pertukaran ketika itu ialah RM3.8 pada USD1, maka kos kilang di Canada menjadi RM1.29
bilion.
Saya kena tulis hal ini, sebab ketika
sesudah terpaksa membina kilang tersebut, bos kepada bos FELDA, Najib Tun razak
kata, biar diam dahulu-kita jual kemudian. Terpaksa jual kerana kilang itu
tidak feasible . akhirnya kilang di Kanada dijual pada RM650 juta. Antara tidak
feasible ialah kerana lessen pengeluaran tidak ada.
maka gegak gempita PM najib kata kita
sudah jual dan buat untung. Sampai kehari ini, kerugian tersebut
disembunyikan. Atas deal in sahaja
sudah rugi RM500 juta.
Jadi pelaburan yang dilakukan oleh FELDA
melalui FELDA Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technoligies USA, TRT-ETGO Canada, FGV
Middle East dan FGV Arabia semua mengalami kerugian. Kerugian nya bukan setakat
RM500 juta yang dinyatakan.
Kerugian2 ini yang terjadi kerana
keputusan pelaburan yang bodoh telah disembunyikan oleh keuntungan dari hasil
penjualan minyak sawit CPO. Iaitu melalui hasil 49% share dalam FELDA Holdings.
Bererti hasil minyak sawit CPO lah yang memsabsidi kerugian yang dilakukan oleh
FGV.
Dan bagaimana FELDA mahu membayar
hutang yang diambil dari KWSP? Sehingga hari ini FELDA membayar ratusan juta faedah
keatas hutang2 yang diambil nya.
Kilang2 nya dibawah Twin Rivers Technolgies
yang memproses lelamak protein adalah pelaburan yang paling teruk dilakukan
oleh FELDA, seperti yang kita sebut diatas, kilang tersebut sudah ditutup lama
oleh Procter and Gamble. Kilang2 ini sendiri menyedut wang dari Procter and
gamble sebab walaupun tidak beroperasi, kena tanggung bayar gaji kepada perkerja.
Bila FELDA ambil alih, mereka terpaksa ambil alih mennaggung perkerja. Setiap bulan
FELDA kena hantar wang kepada kilang2 ini untuk bayar gaji buta.
Dan yang paling teruk ialah, FELDA hanya
beli kilang sedangkan lesen pengeluaran sudah ditamatkan. Ada suatu produk
lelemak protein yang konon nya berjaya mengurangkan kegemukan atau obesity merupakan
satu produk hasil kilang tersebut. Apabila kemudiannya, produk ini mendatangkan
kesan sampingan negative kesihatan kepada pengguna, Procter and gamble segera
memberhentikan pengeluaran, menyelesaikan compensation dan pertelingkahan2
mahkamah and package penjualan kilang ini untuk FELDA. Bila FELDA beli, lesen pengeluaran
produk ini telah ditarik balik. FELDA beli kilang hantu yang tidak boleh
beroperasi.
Siapakah yang bertanggung jawab
keatas pelaburan lintang pukang FGV ini? Dibawah akta FELDA, kesemua pelaburan
kumpulan FELDA mesti mendapat kelulusan menteri yang bertanggung jawab keatas
kumpulan FELDA. Semenjak 1997, menteri nya ialah Najib razak.
Najib razak dan pengurusan yang
bertanggung jawab keatas pelaburan di Amerika dan Canada mesti diambil tindakan
kerana sama ada mereka cuai, mereka tidak competent atau sengaja berbelanja
sakan duit FELDA- mereka mesti bertanggung jawab keatas pengurusan kewangan
keatas pelaburan2 tersebut. Kenapa? Sebab wang itu dipinjam dari EPF yag merupakan
wang tabungan rakyat.
Pihak EPF pun mesti bertanggungjawab
atas pinjaman ini. Kita beri warning kepada EPF, walauun tidak pernah gagal memberi
dividen kepada pencarum, ianya tidak mengecualikan EPF dari berhemah
menggunakan wang simpanan perkerja.
5 comments:
Terima kasih Dato' di atas pencerahan ini. Saya yakin dan percaya bahawa kebanyakan para penorka FELDA tidak tahu akan perkara ini, yang percaya dan tahu akan pembohongan Najib ada lah mereka yang telah "DI HARAM JADAH KAN". Kini baru lah mereka yang tidak "DI HARAM JADAH KAN" tahu bahawa mereka merupakan yang di "HARAM JADAH KAN". Kini boleh lah mereka yang "DI HARAM JADAH" dahulu boleh menarik nafas lega kerana tidak tergolong dari anak anak luar nikah.
Esok mati, makan api lah puak2 ni semua. Satu sen pun aku tak halalkan duit anak cucu aku yg diorang kebas. Burn and rot in hell!!
Terima kasih Dato SAK...
Saya tak boleh nak bayangkan cemana DSN dan sekutunya nak jawab depan Rabbul Jalil nanti tentang amanah yg dipikulnya..
https://www.youtube.com/watch?v=_VOq6MDFQ1s
Datuk.
Apa hal pula dengan kilang telor ikan orang puteh di tengah hutan tropika? Bileh cerita sikit.
Post a Comment