FELDA- 1956-2012?
Siapa yang mahukan FELDA membeli Eagle High
Plantations? Jawapan nya ialah Najib. Ertinya, sama seperti penyenaraian FGV
dahulu, sekali lagi najib sudah screw FELDA.
Dan bersama dengan nya, peneroka yang
bernaung dibawah panji2 FELDA sejak 1956 sehingga lah 2012, peneroka juga
digerudi dan disula oleh Najib. Tahun 2012, FELDA seperti yang kita ketahui,
berhenti ujud.Tahun itu, FGV ambil alih Felda.
Nasib peneroka FELDA sama seperti katak
yang direbus perlahan lahan- tidak merasa bahaya air yang akan menggelegak
sehinggalah ianya direbus hidup2. Anak2 peneroka yang doctor, jurutera, lawyer,
akauntan, ekonomis dan lain2- tolong sedarkan peneroka mengenai hal ini.
Yang disebut sebagai lumpenproletariat-
yakni jenerasi ke2 dan ke3 yang tidak ada pelajaran tinggi sangat, mundar serta mandir tapi ada
kapasiti penalaran( reasoning capacity) berdasarkan common sense, tolong ubah
minda orang FELDA.
Tun Razak sebut tulong. Tulong.Tulong selamatkan FELDA.
Ini ada betul2 jembalang yang mahu
menghancurkan FELDA. Nama dia najib tun Razak. Dia disokong oleh perompak dan
penyamun.
FGV tidak mahu beli, sekarang FELDA yang
konon nya mempuyai puluhan tahun pengalaman
dalam perniagaan yang ia tahu lebih dari orang lain, mahu membeli Eagle High
pada harga RM2.3 bilion.Apa bezanya Felda atau FGV atau FIC? Semua nya milik kerajaan dan Najib merasakan kerajaan ini milik keluarga nya.Felda kata mereka guna kaedah enterprise value per hectare, suatu cara meletak harga secara rasa rasa.
Banyak pulak duit FELDA? Jika banyak, lebih
baik write off sebahagian hutang peneroka yang keseluruhan nya berjumlah RM5
billion. Atau restructure hutang peneroka- segala hutang dipotong maksima RM150
sebulan. Jangan potong semua, nanti peneroka FELDA ingat hutang tidak perlu
dibayar.
Orang Melayu ini, seperti yang pernah
dikatakan kepada saya oleh PM hari ini- tidak ada yang lebih menyukakan hati
mereka, selain mendapat sesuatu dengan percuma. Jika suatu saham felcra layak
diberi untuk suatu ketua keluarga, mereka mahukan setiap anggota keluarga- yang
duduk diluar kawasan pun, mesti diberikan saham. Sebab ianya free. Mak, ayah,
atuk, 7 anak mesti diberi setiap satu.Dan najib tahu hal ini. Dekat pilihanraya, dia akan menurunkan durian runtuh kepada peneroka. Beres semua.
Apa kah perkiraan yang najib lakukan untuk
membeli 37% ekwiti dari Peter Sondakh? Tidak ada economic sense kecuali Peter Sondakh kawan dia dan Rosmah. Atau , mohon dijauhkan Allah, Peter Sondakh hanya front untuk Najib untuk mencedok sebahagian wang untuk selesaikan 1MDB.
Apa yang istimewa tentang Eagle High sehingga kita hendak beli? Dari kawasan tanah 300,000 lebih hektar hanya 125,000 hektar ditanam. Dan kenapa kos membangunkan satu hektar mengikut pengalaman FELDA sendiri ialah RM7-8 ribu per hektar sehingga boleh dituai, tapi dalam tangan penganalis, kos nya sekitar RM15,000 sehektar? Ini pun mahu kebas?
Apa yang istimewa tentang Eagle High sehingga kita hendak beli? Dari kawasan tanah 300,000 lebih hektar hanya 125,000 hektar ditanam. Dan kenapa kos membangunkan satu hektar mengikut pengalaman FELDA sendiri ialah RM7-8 ribu per hektar sehingga boleh dituai, tapi dalam tangan penganalis, kos nya sekitar RM15,000 sehektar? Ini pun mahu kebas?
Bayangkan 175,000 boleh dibangunkan dengan
kos RM1.4 bilion menjadi RM2.62 billion atau lebih. Ertinya, yang membuat keputusan membangunkan
kawasan belum tanam, boleh membuat RM1.22 billion! Tamak nya mereka ini! Kos ini akan ditanggung bersama oleh FELDA
pada tahap 37%. Awak ada share 37%, maka tanggung juga kos2 nya sebanyak 37%.
Siapa yang otak siuman mereka mahu membayar
RM2.3 billion untuk 37% tanpa kuasa penentu?
Mengapa kita tidak ada dengar syarikat ladang
gergasi yang lain, berburu buru mahu membeli tawaran yang bak ini?
Ada berita yang tersibar bahawa lembaga
pengarah FELDA sendiri tidak bersetuju membeli eagle high tapi PM yang menjaga FELDA
mendesak supaya pembelian dilakukan. What Najib wants, he must get and we must give.
FELDA tidak ada wang tapi mengapa mahu
membeli 37% Eagle High? Jika dia terbitkan bon, ianya akan dijamin oleh kerajaan. Dan negara yang menanggung bayaran nya.
Ekwiti yang sama ditawar kepada sebuah gergasi Pelaburan Malaysia dengan harga RM960 juta, tidak mahu dibeli setelah syarikat melakukan due dilligence. Kemudian ekwiti tersebut ditawarkan juga kepada suatu syarikat ladang yang lain pada harga RM1.3 billion, juga ditolak setelah due diligence dibuat. Iaitu setelah penelitian dan kecermatan-perlu dilakukan.
Ekwiti yang sama ditawar kepada sebuah gergasi Pelaburan Malaysia dengan harga RM960 juta, tidak mahu dibeli setelah syarikat melakukan due dilligence. Kemudian ekwiti tersebut ditawarkan juga kepada suatu syarikat ladang yang lain pada harga RM1.3 billion, juga ditolak setelah due diligence dibuat. Iaitu setelah penelitian dan kecermatan-perlu dilakukan.
Ertinya, syarikat pelaburan dan
perladangan menolaknya, tapi FELDA membabi buta menerima membeli nya pada harga
yang tidak munasabah.
Dahulu USD680 juta ditawarkan kepada FGV.
Sekarang USD505juta ditawarkan kepada FELDA. Hurray kata Najib, kita jimat USD 175
juta. Tapi dalam RM bagaimana? Ketika ditawarkan kepada FGV, Ringggit kita pada
Dollar ialah RM3.5. sekarang ianya RM4.4. penjimatan dalam RM adalah suatu yang
tidak boleh dibanggakan.Sekarang Rinngit Malaysia sudah mencecah RM4.50 pada satu Dollar.
Sekali lagi, penipu dalam tubuh Najib itu
setiasa tampil kemuka.
Apa alasan untuk peneroka FELDA menolak
Najib? Walhal , seperti yang kita tulis sebelum ini, peneroka ada serba serbi.
Apa bencana yang menimpa FELDA? FELDA hari
ini bergantung kepada flagship nya FGV. Bisnes asas FELDA iaitu perladangan
sawit diambil alih sepenuhnya oleh FGV. FGV juga telah ambil alih kesemua asset
dan bisnes yang dahulu nya dlakukan oleh FELDA Holdings.Felda dapat RM10 billion. Bagaimana agihan nya kita tidak tahu. Hutang EPF sebanyak sekitar RM6 billion tidak juga berkurang. Berapa diberi kepada jabatan PM? Berapa diberi pada KPF setelah penyeneraian?
Ertinya, FELDA telah ditelanjangi dan orang
yang bertanggung jawab ialah Najib Razak. Dia lah yang mahukan FGV disenaraikan
dengan cadangan dari CIMB dan Pemandu. Sekarang FGV pun tidak pun mencipta
perniagaan baru kecuali mengembangkan bisnes perladangan- suatu bisness yang
dilakukan oleh FELDA salama ini. Sedangkan FGV ialah sebuah anak syarikat FELDA
yang mempunyai rekod perniagaan yang tidak baik yang selalu menanggung
kerugian.FELDA sekarang menjadi sebuah syarikat cacar merba dengan bisness yang
pelbagai- membeli hartanah, hotel dan apartment mewah, bisnes2 hiliran seperti oleo chemicals dan hasilan
dari minyak sawit.Jangan lupa bela ikan sturgeon yang memberi penganjur projek ini membalun kayu balak di kawasan Jerantut.
FELDA membuat suatu kesilapan yang besar
iaitu melepaskan bisness yang dia ada competitive advantage yakni perladangan
sawit. Ini suatu bisnes yang ia ada kelebihan dari saingan2 yang lain- sedangkan
FGV ketika itu, sudahlah merupakan pemegang ekwiti yang lebih kecil dari KPF
dalam FHB, tidak menunjukkan competitive advantage- kelebihan dari saingan nya.
Maka alasan pertama orang FELDA mesti tolak
Najib ialah kerana memusnahkan FELDA. Peneroka FELDA mesti ada rasa sayang
kepada institusi FELDA itu sendiri. Sekarang FELDA itu sendiri diganasi dan diperkosa.
FELDA lah yang membentuk kehidupan yang
peneroka rasai hari ini. Tapi hari ini, angsa yang menghasilkan telur emas mahu
disembelih oleh Najib Tun Razak.
Siapa yang mahu menyenaraikan FGV jika
tidak Najib sendiri? Perancangan kepada penyenaraian FELDA ini terbit dari
cadangan CIMB investment bank. Ianya disokong kuat oleh PEMANDU yang dipimpin
oleh Idris Jala. Kesemua mereka melihat bahawa FELDA dan fgv boleh dijadikan
mesin mencetak wang dan kekayaan. Najib yang tidak begitu pandai itu,
terpengaruh dengan cadangan business model yang difikirkan oleh mereka yang tidak
pernah ada pengalaman dalam bidang perladangan. Najib hanya berminat sama ada
dia boleh tumpang sakau wang bila penyenaraian FGV dilakukan.
Biar kita ulangi lagi. Yang bertegas mahu
menyenaraikan FGV dan menendang keluar KPF ialah Najib. Justifikasi intelektual
datang dari kertas candangan CIMB dan Idris Jala ketua Pemandu.
Najib bila diberi taklimat dengan flow
chart dengan powerpoint razzle dazzle( showy, noisy and exciting) terlopong
mulut dan mengistharkan- senaraikan FGV!
Ini sebab pertama mengapa peneroka yang
jika ada kasih dan sayang kepada instutusi FELDA itu, mesti ada rasa iri hati
jika FELDA diperkosa seperti yang dilakukan Najib.
Jika tidak ada Najib pun, kemudahan dan
kehidupan yang dinikmati oleh peneroka tetap disediakan. Najib pun hanya
mengambil alih FELDA kalau tidak silap saya dari Kasitah Gadam. Kasitah Gadam
mempunyai cerita yang menarik mengenai transaksi kewangan yang berlaku. Berapa
banyak wang yang diserahan kepada najib selaku menteri yang mengambil alih FELDA
ketika itu?
Apalagi ketika itu kita ada PM yang selalu
tidur yang tak tahu hujung pangkal menyerahkan FELDA kedalam tangan Najib.
Sedangkan Najib dianggap oleh umum sebagai menteri pertahanan yang paling korap
sekali dalam sejarah Malaysia. Sayugia dinginatkan, Najib made hay while the
Mahathir sun shone.
penyenaraian itu ditentang oleh majority
pegawai FELDA. Walaupun bukan semua baik, bahkan korapsi dikalangan kakitangan
fedla pun meluas, tapi mereka masih mempunyai perasaan dan conscience tidak
mahu menjahanamka FELDA.
5 comments:
The shares of FGV at initial offering was around RM 4.40.Companies with sound management,business and financial standings can only offer their shares at these high prices.This is a baby blue chip company.But,baby blue chip companies do not lose 60% of their values in a couple of years.WTF happened in this company?Corruption,corruption and more corruption?
Menang sorak felda tergadai...x caya tunggu dah lihat babak seterusnya apa yang akan pok jib akan lakukan.ustaz2 ada berkata semasa dalam kuliah..kalau ALLAH swt beri satu lembah..akan diminta lembah yang kedua pula seterusnya....Jahanam Malaysia ni..!
Saya kurang bersetuju dengan kata2..." Najib yang kurang pandai ..."
Sebenarnya dialah yang paling pandai. Tapi pandai merompak dan menyamun duit rakyat !. Setiap project utk rakyat... ada aje yang tak kena.
Saya agak setuju bila Dato kata mungkin sewaktu Peter Sondakh(PS)ingin ambil alih EHP ada sokongan dariMalaysia.Ini kerana PS hanya ambil alih EHP utk tempoh 5 bulan 15hari terus ditawarkan pada FGV-Felda-PIC.
bapak bina, anak musnahkan..
derhaka pada rakyat dan bapak sendiri
Post a Comment