Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 10 January 2017

Peneroka dibawah sistem Perompakrasi.



Ini ialah artikel yang ke-10 mengenai isu Felda. Harap artikel2 ini dapat menyedarkan aktivis felda dan peneroka. Saya berharap tulisan ini dapat membuka minda orang Felda supaya memikir masa depan jenerasi ke2 anak peneroka. 
Setelah artikel ini, saya akan berhenti menulis seketika. Saya hanya akan memberi notis memohon bantuan dari pembaca. Pusat Khidmat saya memerlukan sumbangan dalam bentuk pampers dewasa bolehbuang/disposable adult pampers, pakaian2 lebihan, susu analene, beras dan seumpamanya. Barang2 ini akan diagihkan kepada masyarakat dalam daerah Raub tanpa mengira bangsa , kaum dan agama. Saya sedang mengatur senarai penyelaras yang akan menerima sumbangan2 para pembaca. saya berharap mendapat sokongan daripada pembaca untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita peduli akan kesusahan mereka. 
**************************************
Terima kasih.

Bayangkan- jika ‘peneroka’ yang memiliki 91.2 juta saham FGV menjual kesemua saham mereka bila harga mencecah RM5.30, secara kolektif, peneroka mendapat RM483 juta. Untung mereka setelah tolak kos belian ialah RM68 juta. Tentulah peneroka secara kolektif akan melompat keriangan. Bolehlah mereka melaung Najib pembuka jalan rezeki.
Kakitangan felda yang mendapat 109.4 juta saham, jika menjual pada RM5.30 memperolehi 579.82 millon. Untung setelah tolak kos belian ialah RM82 juta.
Tapi bumiputera yang diperakui oleh MITI dapat 11.5% saham atau 419.50 juta unit. jika mereka ini menjual pada RM5.30, pendapatan mereka ialah 2.223 billion. Untung mereka pada harga RM5.30 ialah 314.27 juta. Mereka ini golongan elit Melayu yang paling kurang ada RM3 juta dalam simpanan bank mereka. Najib tahu mereka boleh beli saham FGV dan bermain dalam pasaran saham. Apalah sangat RM3 juuta jika wang diperolehi dari jawatan KSU, TKSU atau pengarah itu dan ini, ada bermilion. Sehingga tidak tahu mahu simpan dimana. Pemain pasaran saham ini tentu sudah jual ketika harga share FGV mencecah RM5.30. Pemain pasaran saham yang menggunakan nama peneroka pun tentu sudah jual. 
peneroka yang lurus bendul, membeli saham dengan meminjam wang, tersadai telanjang menutup kemaluan dengan tangan.
Keuntungan warga felda kesemua nya( RM150juta) tidak dapat menyamai keuntungan kelompok bumiputera istimewa yang dipilih oleh MITI.
Jadi kelompok bumiputera mana yang diutamakan oleh Najib? Peneroka yang haramjadah atau kelompok istimewa yang tidak pernah pun menjenguk mana2 rancangan felda?
Sepatutnya sudah jelas dan terang kepada peneroka felda, siapa yang Najib utamakan.
Ternyata, dalam penyenaraian pun, warga felda- peneroka dan perkerja dipinggirkan. Itulah rasmi yang mewarnai urusan niaga  felda dan fgv seterusnya- yakni warga felda dipinggirkan dan dibelakangkan.
Itu juga dasar najib. Mengutamakan elit Melayu dan meminggirkan rakyat biasa. Dalam kes ini, warga felda.
Itupun orang Felda melompat kegembiraan bersorak berpasal, menyatakan Najib ialah pilihan Tuhan.
jika peneroka diutamakan, tentulah mereka mendapat bahagian terbesar dalam FGV. Warga felda- peneroka dan kakitangan , mendapat 5.5% dari jumlah saham yang ditawarkan.
Tapi, warga felda tidak belajar dan sedar- kesusahan peneroka pada peringkat individu janganlah dijadikan alasan untuk mendapat sokongan rakyat secara umum. Bukanlah hanya peneroka yang mengalami kesusahan. Orang diluar sana, tidak kira bangsa, semua mengalami kesusahan yang sama. Mereka juga berdepan dengan kos kehidupan yang meningkat dan sumber pendapatan yang terhad. Orang dibandar ada yang berpendapatan hanya RM500-600 dan mereka memakan, memakai, berlindung dibawah iklim ekonomi yang menekan; harga makanan naik, harga pakaian naik dan harga rumah sungguh menakutkan.
Sebetulnya, jika orang Felda hendak tahu- orang umum melihat masalah orang felda sebagai merengek sahaja. Bertelingkah mengenai kadar perahan- boleh diselesaikan di mahkamah, bersungut mengenai bayaran yang tidak dibuat dalam bulan semasa boleh diselesaikan dengan mendesak pengurusan, elaun sara hidup yang tidak mencukupi,  boleh lagi berbincang dengan pihak Felda.
Ini semua bahan2 merengek sahaja. Kecuali warga Felda menyertai usaha masyarakat dan rakyat yang lebih luas yakni menukar kerajaan yang ada sekarang, barulah, perjuangan orang felda sama dengan perjuangan orang luar felda.
Kalau kita hendak maju, mesti ada keseragaman antara kepentingan warga felda dengan kepentingan rakyat diluar felda.
Masaalah dan musibah yang menimpa warga Felda disebabkan pemimpin negara yang tamak, rasuah, zalim, tidak boleh dipercayai. Melanggar batas kebebasan mengurus negara dan seterusnya.
Keseragaman yang kita maskudkan, ialah warga felda juga mesti ada kebencian terhadap pemimpin yang rasuah, tidak boleh dipercayai, mencuri wang rakyat, menzalimi rakyat, mencabuli kuasa yang ada, dan melanggar batas kebebasan yang kita amanahkan kepada pemimpin. Kita samua mahu benamkan kerajaan yang tidak adil, yang tidak cekap, yang dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan membelakangkan rakyat.
Masalah peneroka ialah masaalah kecil yang merupakan sebahagian dari masaalah yang lebih besar- yakni berada dibawah kerajaan yang mengamalkan amalan perompakrasi. Merompak, melanun dan mencuri. Felda, tanah peneroka, harta benda peneroka, masa depan peneroka semua akan dirompak.
Negara yang maju ialah negara  yang membentuk peraturan2 samaada berpunca dari ajaran agama atau moral, supaya kita tidak melakukan kemungkaran- jangan buat itu dan ini- jangan rasuah, jangan ambil harta rakyat, jangan cabul undang2 , jangan membelakangkan kepercayaan yang diberi. Seruan2 bersifat negatif—jangan itu dan ini lebih mendorong manusia bertindak daripada seruan2 bersifat positif- buat itu dan ini.Secara semula jadi, manusia itu membenci kemungkaran dan lebih memahami bila ianya terjadi.
Usaha warga felda untuk membetulkan kerosakan, untuk membaiki kehidupan mereka pada peringkat individu, mesti beroperasi dibawah system melawan ketidakadilan yang lebih luas. Jka hanya selesai masaalah peringkat felda tanpa menyelesaikan system yang menyebabkan masaalah tersebut, keadaan masyarakat felda tidak akan berubah.
System yang sama juga akan terus meminggirkan warga felda. Felda memutuskan untuk beli eagle high plantations, kepentingan peneroka tidak masuk dalam perhitungan. Felda lebih terdorong oleh kepentingan bisnes peringkat korporat dari mahu membebankan diri memikir masaalah peneroka.
Orang felda mesti ada dalam hati mereka- kebencian terhadap perkara2 yang tidak adil. Kerana ragam dan resam manusia dimana2 serupa- meraka lebih terdorong dan bersemangat untuk memperjuangkan nilai2 yang bersifat anti kemungkaran.
Peneroka felda mesti melihat musibah yang melanda mereka sebagai akibat dari system perompakrasi yang Najib dan UMNO amalkan.

5 comments:

Anonymous,  10 January 2017 at 20:38  

Felda was first started to help poor Malays and veterans into farming settlers,owning their own small plots of land.Of course,everything started with good intentions.But along the way,all the for good intentions were hijacked by the politically connected and their master politicians.Instead of helping the settlers into master farmers,it resulted into turning political cronies and their master politicians into multi millionaires.Malaysia mesti boleh.

Anonymous,  10 January 2017 at 23:16  

Kalau kita hendak maju, mesti ada keseragaman antara kepentingan warga felda dengan kepentingan rakyat diluar felda.

This is the takeaway quote. I sincerely hope this article reaches everybody in Msia

carlos 11 January 2017 at 08:49  

Boleh ke mentaliti masyarakat Felda 'totok' yg 'bertuhankan' UMNO ni berubah? Saya tak fikir mereka akan berubah..otak dan perasaan mereka terlalu jumud.

zamani 11 January 2017 at 13:01  

peneroka hidup dialam yang berbeza.mereka telah dikhayalkan oleh barua2 hamno yang pandai mengambil kesempatan.mereka di beri sedikit habuan bila nak pru,anak nak sekolah dan nak menyambut hari raya.hati peneroka macam ubi kayu, mereka tak sedar juak2 hamno ini akan mengambil pucuk2 muda dan menunggu saatnya saja untuk membongkar segala isi nya.bukan mereka tak ada upaya mengubah segala namun berbagai2 ugutan dan tindakan akan di kenakan kepada yang cuba menentang hamno.dalam minda peneroka di tanamkan siapa yang lawan felda samalah macam lawan hamno.pegawai2 juga disaran agar mengawasi peneroka yang pintar2 ini.sebenarnya ramai daripada kalangan ayah2 mereka peneroka juga.tapi bila segala penipuan felda akan mereka bela seolah2 ayah2 bukan daripada peneroka.kalau setakat nasihat dan pencerahan mungkin belum bisa menerjahkan minda peneroka kepada yang yang lebih baik.mereka ingat hamno ibarat pemberi rezeki mereka sedangkan mereka menggeluarkan keringat sendiri untuk menyara keluarga.jadi apa yang akan peneroka lakukan tanpa hamno?kebobrokan hamno sekarang mungkin salah satu jalan untuk menyedarkan peneroka betapa kejinya pemimpim2 hamno.untuk menukar kepada sesuatu yang baru mungkin susah tapi kejatuhan hamno adalah ubat yang paling baik bagi peneroka.

Anonymous,  11 January 2017 at 21:04  

Felda had always been a political stronghold for Umno.Even PAS cannot penetrate the Felda settlements.Felda settlers have and always will support Umno.Unless,the depreciation of FGV share prices is a wake up call for them.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP