Angkara durjana Najib- dari 1MDB ke FGV
Ada berita Najib sebut dia akan pulangkan
RM2.6 billion kalau dia menang PRU14.
??? ertinya, dia mengaku dia ambil RM2.6
billion. Dengan wang siapa dia akan pulangkan? Tentu bukan dengan duit sendiri.
Dengan memalsukan harga2 projek yang diberi kerajaan? Itu maknanya, curi duit
dol beri kepada samdol.
Rakyat yang cerdik sudah tahu cara Najib
dan menteri2 nya curi duit. Mana2 projek akan ditambah dengan komisyen yang
diidamkan. Contoh: jika kos ERL ialah RM46 billion, tapi dia mahukan RM9
billion- kos itu ditambah menjadi RM55 billion. RM9 billion boleh bayar RM2.6 billion dan ada lebih untuk membiayai pilihanraya.
Kemudian beri cerita bohong
kepada rakyat- RM46 bilion kos pembinaan sahaja- tidak termasuk kos pengambilan
tanah dan lain2.
Mustahil angka RM46 billion iti disebut
tanpa melakukan costing dan memasukkan perkara2 seperti kos tanah dan kos
pelbagai yang lain.
Benar, ianya jumlah yang dipinjamkan oleh
China, tapi keajaan akan bayar bagi pihak rakyat. Ini mungkin dicapai dengan
menjual asset negara- tanah, sumber2 asli. Adakah Najib peduli hal ini? Dia tidak
peduli kerana sekarang, dia terdesak membayar kembali wang yang dicuri melalui
1MDB, SRC dan entah mana lagi, termasuk Felda.
Najib rasuah. Najib mencuri duit 1MDB. Curi
duit SRC. Duit Felda duit GLC2 lain. Najib bohong berulang kali. Najib tidak boleh
di beri amanah.
Diberi kepercayaan, dia menipu kita. Diberi kuasa dia guna kuasa
untuk menindas diberi kekebasan, dia bebas mencuri dan melakukan apa sahaja.
Jika Najib mewakili bangsa Melayu- maka
bangsa Melayui itu kaki bohong, tidak boleh dipercayai, tidak amanah, suka berbohong
dan menekan orang lain.
Inikah bangsa Melayu yang lemah lembut dan
berbudi perkerti dan beragama Islam? Jika demikian, semua pujian kepada bangsa
kita ialah pujian pada diri sendiri dan fantasi.
Maka jangan kita biarkan Najib dan UMNO
mewakili bangsa Melayu. Bahkan tidak ada parti pun yang boleh mewaikili kita. Kita
mesti tegaskan kermerdekaan minda kita dan memandangkan kerajaan hanya sebagai
suatu wadah mencapai matlamat masyarakat yang tidak boleh dicapai secara
sendirian.
Ingat tak bila FGV dicadang disenaraikan-
PM kata, FGV akan mempunyai rakan kongsi pelabur asing yang mempunyai strong
global presence? Well, kata orang putih- itu semua bullshit. Hari ini, hampir 90%
saham FGV dimiliki oleh pelabur tempatan yang tidak ada nama lansung dalam
dunia. Jadi pelabur asing yang ada global presence hanya kelentongan Najib.
Akhir tahun,2016, dividen ialah 2 sen. Jika
peneroka masih simpan 800 unit saham FGV, dia dapat dividen RM16. Dia bayar
pinjaman ke Felda pada kadar RM50 sebulan iaitu RM600 setahun. Masuk RM16,
keluar RM 600. Inilah pelaburan yang baik yang dijanjikan oleh Najib.
Harga runcit saham ketika diapung ialah
RM4.55. pada kemuncak nya, saham melonjak naik hingga RM5.30. pemain2 yang
memegang jutaan saham sudah pun menjual saham mereka dan meraih jutaan Ringgit
untung dari bermain saham. Inilah pulangan atas pelaburan asal sebanyak RM3600.
Tapi mereka yang pegang saham tersebut ,
tersadai dengan saham yang berharga RM1.50—RM1.60. Felda sendiri ada 730 juta
saham. Jika dividen 2 sen, pulangan pelaburan kepada Felda ialah RM14.58 juta. Dicampur
dengan RM585 juta( yakni hasil kongsian bersama, felda ada 599 juta. campur dengan RM250 juta, Felda dapat 849
juta.
Katalah akhir tahun 2016, Felda dapat RM1
billion. Tapi ianya masih tidak cukup untuk mengurus tanggung jawab social nya
keatas peneroka. Ia masih memerlukan RM1.9 bilion untuk mengurus felda-
pengurusan, perbelanjaan keatas peneroka,
belanja tanam semula oleh peneroka.
Daripada mana felda akan dapat sumber
pembiayaan?
Dari tahun 2013 sehingga 2016, keuntungan
FGV menurun sehingga menjadi kerugian RM98 juta tahun 2016. Dan antara sebab
yang dikatakan penyumbang kerugian ialah land lease agreement antara FGV dan
Felda iaitu kena bayar sewa RM250 juta setahun.
Apakah FGV , seperti sebahagian besar
masyarakat, mahu berniaga dengan kosong kos? Hendak dapat tanah sawit free?
Ini bermakna Felda , institusi kerajaan
yang menjalankan tanggung jawab social akan tersekat menjalankan kewajipan nya.
70% pendapatan Felda dahulu datang dari sector perladangan. Jika ia kekurangan
RM800 juta setahun, bagaimana ia mahu menjalankan kewajipan sosial nya?
Membina
jalan kampong, menurap jalan, membaiki kemudahan sosial- balairaya, dewan orang
ramai , membaiki surau dan masjid dll. Bererti kawasan rancangan Felda akan
jadi tumpuan perbelanaan kebajikan yang besar. Ini akan menyedut belanja dari perbendaharaan.
Kedua, ingat tidak janji Najib bahawa investment
arm peneroka iaitu KPF akan menjadi pemegang share terbesar dalama FGV? Lagis ekali-
bohng dan tipu. KPF hari ini hanya ada 5.8% share dalam FGV.
Ertinya, peneroka kena tipu hidup2.
Ingat atau tidak bahawa FGV sebelum
disenaraikan ialah 100% milik Felda. Jadi apabila FGV ambil alih Felda
Holdings, sebetulnya, Felda sendiri ambil alih felda Holdings dan membuang KPF.
Ertinya, felda tidak mahu kehadiran KPF dalam FGV yang disenaraikan. Buat menyemak
sahaja dengan budaya koperasi yang memerlukan satu kampong untuk membuat suatu
keputusan. Cara ini tidak baik untuk bisnes bertaraf global presence.
Fakta ini peneroka tidak sedar. Sebab mereka
ingat, KPF akan dapat durian runtuh selepas penyenaraian dan untung akan
diagihkan kepada ahli KPF. Ia tidak terjadi.
Apa yang dimilik oleh KPF dalam Felda Holdings
Bhd- hilang dengan angkat tangan. 360,000 hektar sawit dalam FPsb hilang. Puluhan
syarikat yang mendapat untung terlepas dari KPF. Peluang untuk terus membeli sawit dari
peneroka sekarang ini jatuh dalam tangan FGV. Itupun ada economic value.
Melalui FGV- Felda nyahkan KPF, ambil alih
semua harta dan Felda Holidngs dan hak membeli saiwit peneroka.
Siapa yang menasihati Najib dan dibayar
lumayan pula , terbukti bukan pemikir stratejik. Daalm kes felda/fgv /kpf/felda
holdings misalnya- asset2 startejik sepatutnya diletak dalam tangan KPF. Hampir
semua ahli KPF itu Melayu dan meletakkan asset stratejik dalam tangan mereka
menjamin pendapatan yang tinggi. Sebaik sahaja asset stratejik terlepas, bukan
sahaja susah untuk diambil balik, kos nya tentu tinggi.
0 comments:
Post a Comment