Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 3 May 2015

Pengundi Luar Permatang Pauh: Pulanglah dan kalahkan pemerintah kleptocracy.



  1. Najib kata focus dia ialah tidak hiraukan kenyataan dan tuduhan tidak berasas. Ertinya dia telah membisu seribu bahasa, lidah nya kelu tidak berkata sejak lama sudah.
  2.   Menteri Pertanian kata, jika Wan Azizah menang, kelulusan dana akan diberhentikan. Ertinya Menteri ingat ini duit ayah dia.
  3.   Ahmad Maslan kata- dia yakin GST skim kutipan cukai terbaik. 160 negara dalam dunia telah pilih GST- mesti ianya baik walaupun ekonomi paling besar yakni USA tidak pakai GST. Ertinya semua menteri meleleh air liur bila ingatkan banyak wang dikutip.
  4.   Saleh Said Kruak kata kemenangan pembangkang dalam PRU13 satu ilusi. Ertinya UMNO tidak perlu risau dan pemberontakan dalam UMNO itu tidak benar.
  5.   Rakyat bantah GST maka 15,000 protes dijalan. Itu ertinya lambang kebangkitan rakyat.
  6.   Beberapa pemimpin UMNO telah lihat dokumen 1MDB dan yakin bahawa suatu skim songlap duit telah berlaku dengan pengetahuan PM Najib. Ertinya UMNO sudah tahu temberang Najib.
  7.   Tapi Najib tidak peduli lapuran tidak berasas. Ertinya UMNO dan Najib akan nahas.


Saya tidak mahu komen gerak kerja UMNO di Permatang Pauh. Sudah pasti mereka melakukan yang terbaik. Kepada lawan kita, kita ucapkan selamat maju jaya.

Kenapa saya yakin PR menang Permatang Pauh? Jentera PRK mantap dan kemas. Setiap bilik gerakan pusat penyampaian ceramah. Rakyat datang dengar dan sedar. Ada kesungguhan. Calun dilihat sebagai ganti Anwar Ibrahim yang tepat.

Apa yang UMNO tidak sebut ialah kawasan parlimen ini sekian lama dijaga oleh kerajaan Negeri pulau pinang. Ertinya, kepedulian keatas kawasan Permatang Pauh tidak terabai. Kemajuan dan pembangunan terus berlaku. Sebulan sebelum Anwar Ibrahim dipenjara- saya bertemu dengan beliau dan Anwar ucap terima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menjaga permatang pauh. Anwar lebih diperlukan pada peringkat nasional.

Apa yang kerajaan UMNO tawarkan kepada rakyat permatang Pauh pada masa ini, ialah apa yang sepatutnya diberi kepada rakyat tapi disekat oleh mereka. Ini sikap orang yang busuk hati dan suka menganiayai orang.

Ini adalah penafian hak rakyat. Apa yang rakyat permatang pauh lakukan yang menyebabkan mereka diperlakukan demikian rupa? Kerana memilih ahli parlimen dari parti pembangkang?

Rakyat sudah menyampah dengan jenis kerajaan seperti ini yang peras ugut rakyat.

Malam tadi, saya bersama kempen di Kampung Kubang Semang. Ia disertai oleh  rakan2 seperti saudara Ng Wei Aik, Sdri Kahsturi Patto. Turut sama ialah Nik Nazmi, Dr Afif, Suhaizan Kayyat, Ustaz Idris Ahmad dan Nurul Ilham.

Bila rakyat lihat PAS utuh bersama PR- ia beri semangat kepada mereka. BN rasa gentar dan pemimpin nya hampa PAS U Turn. PAS tidak pernah U Turn ketika melawan kemungkaran. Dengan penglibatan tokoh seperti ustaz Idris Ahmad dan Suhaizan Kayyat- cerita mengenai PAS boikot wan azizah ialah mimpi basah UMNO.

Saya yakin bahawa PAS menyokong penuh Datin Sri Wan Azizah. 
Rakyat Permatang Pauh datang mendengar dengan penuh minat ceramah Pakatan Rakyat. Ceramah diadakan serentak dibanyak tempat.

Saya ingin menyeru supaya pengundi Permatang Pauh yang tinggal diluar pulang beramai ramai menghukum Barisan Nasional. Beri keadilan kepada Wan Azizah dan keluarga. Tidak ada sang isteri dan anak yang digodam oleh pendakwaan politik lebih dasyat dari mereka semua.

Dr Mahathir kata, ini kerajaan yang dipimpin oleh penyamun untuk penyamun lain. Itulah yang sebenarnya apa yang Dr Mahathir kata. Setakat ini, mustahil wang berjalan sendiri.
 Nilai asset atas kertas 1MDB ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang ialah RM49 billion. Bayaran bunga atau faedah sahaja sekitar RM2 billion setahun. Kemana wang itu dilabur? Bagaimana USD1 billion lebih boleh disalurkan oleh Jho Low?

Kecuali wang ada kaki atau sayap. Jika  ia berlaku, ini pertama dalam dunia- Malaysia mencipta wang yang ada kaki dan mungkin sayap.

Najib bertanggung jawab keatas 1MDB sebab dia penasihat dan penyebut YES-NO pada peringkat akhirnya. Dia yang membawa Jho Low, sang musang untuk menjaga reban ayam. Pegawai2 1MDB kata, Jho Low lah yang mengarah operasi pelaburan untuk 1MDB.

Sukalah kita beritahu Adnan Masur, anak raja jadian itu, 1MDB yang dia sebut sebagai angsa yang menghasilkan telur emas itu dijaga oleh suatu musang yang ganas.

Ini kerajaan kleptocracy. Duit rakyat macam duit sendiri. Masuk dalam akaun sendiri.

Apa kita buat keatas kerajaan seperti ini? Kita jangan beri peluang untuk mereka bernafas walaupun sesaat lagi. Rakyat mesti tolak mereka.

Kita hukum kerajaan yang membinasakan ekonomi negara, mencuri wang rakyat, memporak-porandakan negara dengan menyuruh rakyat berkelahi sama sendiri,

Pengundi luar kembali untuk hukum menteri yang angkuh dan sombong. Kita hukum menteri yang ugut menyekat dana untuk rakyat sedangkan duit yang ada pada kerajaan ialah duit kutipan cukai keatas semua rakyat. 
Kita hukum menteri yang kata GST tidak membebankan rakyat sedang harga barang semua sudah naik. 
Kita hukum menteri yang bodoh yang mengatakan bahawa kad prabayar hanya digunakan oleh pendatang asing. Sedangan 65% dari talipon mudah alih menggunakan kad pra-bayar.

Kita hukum perdana menteri yang hipokrit suruh rakyat berjimat cermat, tapi dia beli pesawat yang ke 7 dengan harga RM600 juta. Belanja maintenance untuk 15 tahun yang akan datang berjumlah berbillion Ringgit.

BN hinggakan gentar menaikkan poster Najib Razak dan Rosmah Mansor di Permatang Pauh.  Najib sudah istihar akan membentangkan plan pembangunan baru untuk Pulau Pinang. Kenapa tidak dilakukan sejaak jadi PM dari tahun 2009?

Pengorbanan yang pengundi luar buat amat dihargai oleh rakyat semua. Rakyat yang bangkit menentang kezaliman dan penganiayaan dan pembulian keatas rakyat akan menghargai setiakawan pengundi luar. 
Buktikan kepada Najib Razak, kuasa rakyat kebih besar dari kuasa buli, kuasa ugut dan kuasa ancaman pemerintah. Selamat mengundi. Pilih calun nombor 3- Datin Sri Wan Azizah.

11 comments:

Labu8455 3 May 2015 at 18:54  

Setuju dengan komen komen tentang betapa korapnya Najib serta pembodek pembodeknya tapi yang tak sedapnya PKR dah tak ada lain calun yang berwibawa dan bertanggungjawab ke untuk diletak bertanding selain dari kroni ? Menang sudah tentu menang tapi jumlah peratusan dijangkakan akan merosot teruk kerana penduduk Permatang Pauh sebenarnya udah "jemu" dengan Wan Azizah dan family.

Anonymous,  3 May 2015 at 19:57  

NAJIB'S 'IRON HAND' WILL BACKFIRE: Taxpayers will not be cowed into silence - C4
Written by Cynthia Gabriel


The Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4), condemns the police high handedness in clamping down on rally goers and opposition politicians following the mammoth May Day rally, opposing the Goods and Services Taxes (GST).

The Bugis Lanun and his hulubalang
are driving some people to be millitant.

Anonymous,  3 May 2015 at 20:05  

It is really quite so simple for the rakyat to choose: are they together with tyranny or are they not at all with tyranny (bersama atau bersekongkol dengan kezaliman atau sebaliknya)? In case the answer is that they are with tyranny, for sure Allah's wrath is upon them - and His retribution is coming their way...

Anonymous,  3 May 2015 at 20:18  

"NAJIB'S 'IRON HAND' WILL BACKFIRE: Taxpayers will not be cowed into silence - C4
Written by Cynthia Gabriel


NAJIB'S 'IRON HAND' WILL BACKFIRE: Taxpayers will not be cowed into silence - C4

The Centre to Combat Corruption & Cronyism (C4), condemns the police high handedness in clamping down on rally goers and opposition politicians following the mammoth May Day rally, opposing the Goods and Services Taxes (GST).

More appalling however, were the reasons stated by the Police for the remand application for Dato Ambiga Sreenevasan (C4 legal advisor), S Arutchelvan & Anthony Loke. It was reported that “corruption, the lavish wedding of the Prime Minister’s daughter & the 1MDB “ brought up in speeches at the rally were deemed seditious, hence the need to detain them for investigations over a longer period."

The Bugis Lanun and his moronic dog has declare war on people. The are driving some citizen to be militants.

Anonymous,  3 May 2015 at 20:22  

Tindakan ganas Mata2 Khalid ala ISIL terhadap rakyat membantah GST secara aman ini mengundang bahaya kapada Negara.

bruno 3 May 2015 at 20:44  

Come Thursday,Wan Azizah has to win big.How the opposition pact,PR will fare in GE14,that is if it is still intact,will heavily depend on this Permatang Pauh by-election.

Anything under 10k and it can be considered that PR has lost it's popularity and credibility among the common folks.After this by-election it is time for PKR and PR to get it's house in order.Whether with or without Anwar,the PKR politicos are always running around like chickens without a mother hen.

We are always hearing of so and so getting chased,beaten and arrested by the police.Can these clowns do something useful and not getting chased,beaten or arrested by the police? Or is getting chased,beaten or arrested by the police the only cheap publicity these clowns are only interested.

The PKR and PR are clones of Anwar's younger days.Is this not what Anwar is always good at?Taking to the streets.
Demonstrations are the forte of Anwar.Is this not why Mahathir took him into Umno?So that he cannot be a pain to the doctor's ass.

What Malaysians have to accept are the two sets of laws.One for the favoured Umno/BN and its thugs,goons and monkeys.The other set,which is of selected persecution is for the opposition,activists and common folks.

That Malaysia is no Egypt,Libya or Somalia,where anybody can mount machine guns to anything that have wheels,go out and shoot or kill anything that moves.That Malaysia is no Middle East and the Arab spring is never going to come to our shores.Not in this,our now or present generation.Maybe three or thirty generations later?Maybe.

But one thing I do know,Malaysia.regardless of it's leaders is no pariah nation compare to the other lawless countries in the Middle East.

It is time for the opposition to realize that the only way to kick out the Umno/BN is through the ballot box.And that is to win big in the states of Sabah and Sarawak.Anwar and Azmin f*cked up big time there,causing the PR to lose heavily in East Malaysia.Thus not able to win Putrajaya.So for once,stop clamoring that Anwar is the only suitable guy to be the PR PM candidate.

And also these ego minded leaders let Najib beat them in the game of poker.They blinked and Najib got Whatharmoorthy to bed.And the prize,a handful of parliamentary seats.If not for the Indian votes,Liow,Parlanivel,Chua Junior Subra and one other,I think would have lost.

So,to the opposition leaders,use that useless fucking brains of yours and make it work.Or else get the f*ck out of the kitchen.

Anonymous,  3 May 2015 at 22:23  

Sangat setuju tulisan dato. Segalanya fakta. Permatang pauh buktikanlah kuasa Rakyat malaysia bukan kuasa menteri yg angkuh Dan bodoh untuk memperbodohkan Rakyat.

Anonymous,  3 May 2015 at 22:40  

The obsession with Anwar is unhealthy. Accept that Anwar is imprisoned and forgo all those stupid ideas of putting on rallies. Now's the time for PR and Pakatan to restrategise and get their priorities right, 2 yrs to GE14 is so near now. Don't waste your time and our time. If they don't understand this, then don't get into politics.
If you want to win, start winning big in PPauh, start strutting the right stuff.

Firestone 4 May 2015 at 00:13  

Dato _ I actually thought that Saifuddin Nasution, Dr Dzul, Mat Sabu, Salahuddin Ayub or Mejar Zaidi would have made a stronger candidate and a boost to PR cooperation.

Anonymous,  4 May 2015 at 05:18  

Temparan yang paling dashyat kepada UMNO-Barang Naik (Bangsat Negara) GST & Najib...ialah UMNO-BN kalah ROMPIN.....

Orang kat Rompin kononya Suka Sangat dengan Barang Naik GST... Padan Mukalah!! Apa boleh buat bila orang ramai suka Derita....Nak Perubahan...KENA UBAH FIKIRAN DULU, Ubah Agama, Ubah Ideologi sesak tak masuk akal!!

Nak Faham Barang Naik GST undi UMNO-BN....kata Muhiddin Ini yang dikata Hina, Sindir rakyat... Rompin.... Padan Muka kalau hidup awak suka terdesak, pahit, cari Allah kurangkan seksa hidup, teruskan undi UMNO-BN!!....Padan Muka....tak ada ubat lagi untuk manusia begini!

Mns 6 May 2015 at 19:33  

Orang Rompin kaya macam JJ sebab tuu mereka tidak ambil peduli macam apa yg Datuk cakap. Apa laa sangat GST. 1MDB kecil jee.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP