1MDB, TH, EPF, KWAP, PNB- Transaksi Bisnes dan Regulatory Capture.
Ada kawan2 berkata
kepada saya- mustahil salah laku berlaku dalam transaksi TH dengan 1MDB. Kenapa
tanya saya?
Sebab tokoh2 dalam transaksi itu mereka kenal sebagai warak dan
alim dan kuat beragama.
Saya jawab-
tidak ada misteri pun. Sebab duit, jika ia boleh berkata kata- akan kata, ia
tidak tahu dalam tangan siapa ia berada- dalam tangan orang alim atau tangan
pelesit masyarakat.
Duit tak kenal
pak haji atau matlaon. Keinginan memiliki duit tambahan dan mudah tidak mengenal
dan membeza kadhi, mufti dengan pencuri biasa.
Sebagai bandingan
seterusnya saya kata- lihat ustaz yang gatal yang mencabul wanita. Barang yang
ada pada nya tidak pun tahu ianya melekat dan tergantung pada badan tok guru,
ustaz atau setan masyarakat. Dia tahu bila lihat target, dia hendak. Budak botak
tu tak ada mata dan telinga- dia bahan sondol je.
Jadi, saya kata,
kita jangan ambil orang at face value.
Setan dan crook semua berwajah decent.
Izinkan saya
mebincang transaksi TH dan 1MDB dan transaksi2 1MDB dengan badan2 berkanun lain
seperti KWAP atau PNB atau mana2 lah.
Kerajaan Najib
sudah desperate sekarang – dia akan lakukan apa sahaja untuk meyelamatkan
tengkuk nya. Desperation itu membuka peluang kepada individu2 yang ada
kedudukan mengambil kesempatan membalun wang. Apatah lagi mereka sedar, rasuah sudah
tidak terkawal lagi apabila money has gone to number 1. Mungkin.
Sebagai nota
sampingan- dalam isiu 1MDB ini, kita tidak boleh berharap pada Muhyidin Yassin.
Mana mungkin Malaysia akan selamat dengan tokoh berpalit lumpur ini? Di Milan bukan
main berdegar degar- habis MKT semua sekali menyokong Najib.
Mahukah Dr
Mahathir sokong orang macam Muhyidin sebagai PM Malaysia yang akan datang? Fakta
nya, Muhyidin dan semua menteri lain sama sama berada atas bridge kapal yang
langgar batu karang. They were all on the bridge that caused our ship of state
to run aground. Kesemua mereka tidak layak jadi PM.
Saya mahu
bincang isiu TH dan 1MDB melalui suatu konsep yang dinamakan regulatory
capture. Dengan konsep ini kita akan faham bahawa songlap duit, kebas
komisyen, berjanji akan garu belakang masing2, tumbuk rusuk semua sekali adalah
kemungkinan2
yang tinggi dan sebenarnya berlaku.
Saya rasa
teringin melihat isiu TH dari kosep ini bila membaca pompous humility timbalan CEO tabung Haji mengeluarkan jawapan yang
nampak nya suci.
Semua nya
syariah compliant dan bersesuaian dengan selera Tabung Haji menggalas risiko
yang tinggi. Wah….
Bila membaca
respons ini, entah mengapa saya teringat tokoh yang dicipta oleh Pak Sako dalam
novel nya- Encik Poh Kee Mak dan encik Tong Sam Pah.
Regulatory Capture.
Konsep ini
dimajukan oleh beberapa ahli ekonomi seperti George Stigler dan pada masa ini
oleh Joseph Stiglitz.
Apa dia regulatory
capture?
Ianya suatu
bentuk rasuah yang berlaku apabila suatu ejensi, suatu syarikat sokongan
kerajaan atau bisnes entity yang mempunyai dokongan politik- seperti
1MDB membuat terma2 dan peraturan serta
perta rules and regulation yang menjaga kepentingan komersial dan
kepentingan kewangan suatu kelompok berkepentingan.Dalam bahasa mudah mensahihkan rasuah, balun duit, komisyen, bakshish.
Malah amalan ini
diamalkan dalam syarikat2 besar dimana lembaga eksekutif , apabila melakukan
tarsaksi yang melibatkan wang yang besar- akan write in rules and regulation yang akan menawan faedah disuatu masa
hadapan atau ketika itu jua.
Regulatory
capture adalah suatu bentuk kegagalan tata-urus yang baik. Ia nya memberi
peluang kepada pencuri dan penyamun, perasuah- alim atau tidak, baik atau
matloan untuk menyapu wang sementara dilindungi oleh jawatan politik atau
jawatan ekskutif.
Ejensi2 ,
syarikat milik kerajaan atau syarikat dokongan politik, disebut sebagai "captured
agencies". Apatah lagi peluang membalun wang semakin besar jika yang
berurusan semua nya captured agencies.
Contoh: Tahung haji dan 1MDB. 1MDB dengan KWAP. 1MDB dengan TNB. 1MDB dengan
EPF, PNB, dan mana lagi si Najib Bugis berselera.
Walaupun saya
frust dengan sikap orang Melayu yang mengada ngada hanya apabila RM189 juta duit
Tabung Haji terlibat sedangkan 1MDB yang mempunyai RM49 billion hutang dan
tanggungan mereka diamkan dan tidak pedllikan, saya rasionalisasikan sikap
mereka itu dalam konsep regulatory capture
ini.
Saya yakin orang
melayu biasa pun, UMNO dan bukan UMNO membenci segala bentuk salah guna kuasa,
rasuah dan membalun duit rakyat.
Regulatory
capture berlaku bila mana sekelompok individu yang ada kuasa politik dan
eksekutif mempunyai kepentingan tinggi dalam outcome sesuatu transaksi. Jadi mereka
write in peraturan dan regulations dalam
transaksi yang dilakukan supaya imbuhan yang mereka mahukan akan dinikmati
setelah selesai transaksi.
Dan semua ini
sahih disisi undang2. Sebagai contoh dari segi technicalities, perjanjian yang
dilakukan oleh peguam2 jho low dan Tarik obeid semua nya legal. Ertinya,
undang2 boleh digunakan untuk mensahihkan pembalunan wang.
Serupa juga-
dari segi teknikaliti orang macam Dato Johan timbalan CEO tabung Haji tidak
melihat apa pun yang cacat- semua technicalities diikuti.
Regulatory captures ditulis dalam bahasa teknikaliti yang sahih , maka mengikut pandangan Dato Johan, regulatory captures itu tentulah sahih dan syariah compliant lagi.
Oleh yang
demikian mereka akan menghalakan sumber dan pemikiran bagaimana merealisasikan
dan menikmati kepentingan2 tersebut(
biasa nya wang berjuta2) .
Orang2 biasa ,
kerana setiap mereka mempunyai kepentingan yang kecil dalam hasil sesuatu dasar
atau transaksi tidak akan mempedulikan nya.
Contoh; 1MDB- kelompok individu
yang ada kedudukan politik seperti Najib dan lain2 serta mereka yang mempunyai
keududukan eksekutif mempunyai kepentingan besar dalam outcome apa2 yang dilakukan
oleh 1MDB. Oleh yang demikian, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menikmati
hasil dari rancangan ereka.
Mungkin kelompok
ini termasuk lembaga pengarah atau
individu tertentu dalam 1MDB serta para aktor lain seperti Jho Low, Patrick
Mahney, Tarik Obeid, Li Lin Sit, Tifanny Heah dan pak arab dan mamat Meayu yang
lain.
Orang biasa
mempunyai kepentingan yang kecil atau tidak ada lansung secara individu maka
tidak peduli apa yang dilakukan oleh 1MDB. Peduli apa dengan 1MDB asal aku
dapat BR1M, dapat bantuan JKM, dapat mohon tanah, dapat longkang dan jalan. Dia
orang nak samun atau rompak, tidak apa.
Lagi pun, kalau
kerajaan lain ambil alih, serupa juga. Lagi pun Najib Bugis berhak ambil apa2
sebab dia yang mengurus negara.
13 comments:
Berapa share Pengerusi, CEO,Dy CEO dan Pengarah2 Tabung Haji dapat dari RM30 juta transaksi IMDB/TBHJ? KWAP nak bayar RM2300 sahaja satu Kaki Persegi tetapi Tabung Haji telah bayar RM2780.Mereka tipu pendeposit. Katanya harga discount. Tetapi beza RM480 hampir RM30juta kalau dibanding dengan KWAP.
'But what does Najib expect, after so many scandals and stealing so much money, he refuses to go and tries to play emperor! Of course many people do not like Dr. Mahathir, but they hate Najib most! Even some opposition leaders are backing Dr. Mahathir now!
He is undisputedly going to be the most hated Prime Minister of Malaysia.
Indeed his legacies would be of blunders, scandals, stealing and good for nothing Prime Minister who only realized too late that he has been exposed naked but never once an emperor.'
Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/
I LIKE THIS PIECE.
TABUNG HAJI IS SLSO IN THE HANDS OF THIEVES.
Sekadar tulisan dan komen...As long as UMNO is on top of the world...Nothing can be done...PERIOD! Tulisan yang membakar semangat tapi carries no weight.
Regulatory Capture plus OSA menyajikan peluang terbaik untuk lanun dan perompak berjawatan tinggi menyapu bersih khazanah negara.
Pok Li
Salam Dato’,
1. I am just an anonymous commentator, but I had suggested you as ‘Consumer Minister’ in a ‘Unity Govt.’ headed by TRH, if there were ever going to be one! That being so because, as an economist, I am confident that you would be competent in assisting TRH in positioning our socio-economic agendas back on track. (Initially, I had named LGE, as the FM of the ‘Unity Govt.’, but decided to dispense off with that idea, as Malays mostly, could not accept him still. Hence, in the spirit of a workable and acceptable ‘unity govt.’ let us start with not-so-controversial personalities. Btw, he is already doing a good job over in Penang, thus, we need to allow him to build upon it so all Penangites (off all races, please!) would enjoy his fruits of labour, Insyallah).
2. I agreed with you fully that TSM would not be a good choice as DSN’s replacement, as ‘he is as tainted as DSN viz-a-viz 1MDB et all.’ We need to close ranks, and work towards the betterment of all Malaysians henceforth. Too much effort and resources had been employed already in chasing these so called ‘Robin Hoods’ out of their offices that now, we need to dispense off them of this planet, totally!
3. Now the hard part: I am certain TRH, AS, LKS, WA, MM, AA and MM2, yourself and other like-minded MPs are ready to move forward with the ‘Unity Govt.’, but you still need to get the majority support of the Parliament (sans PAS). If you people could garner enough supports from those other would-be-national-heroes MPs, you could cease control of the Govt. in the next parliament sittings!
Wassalam.
Kesedaran hanya akan berlaku sekiranya peratus pembayar cukai pendapatan melayu mencapai 70%. Selagi peratusan ini rendah dibantu pula dengan imbuhan BR1M, sekalipun duit zakat, duit Socso dibalun reaksi nya " ada aku kisah ". Pagi tadi sy membantu jiran saya yg patah tangan berurusan kat Tabung Haji. Dia keluarkan hampir semua simpanannya. Katanya ramai yg datang menabung dari membuat pengeluaran.
Regulatory Capture ni yg menariknya dari ilmu pemasaran ialah " captive market ". Tak perlu bijak dalam sales and marketing. Depan mata tak perlu susah susah cari NGAP saje.
Dato'
I must say that apart from Tengku Razaleigh Hamzah, you are indeed one of the shining stars of PM-material.
UMNO will definitely not survive in the next GE but what is worrying is how the new government - very likely Pakatan - can govern when the country is bankrupt by then.
Big oaks from small acorns grow. Knowledge is.never wasted. Simplistic? Idealistic? Time will tell. This is a historian's view. History is a palimpsest. Time will tell.
Big oaks from small acorns grow. Seemingly weightless, tiny piece of knowledge is never a waste. This is from the point of view of a historian. History is a palimpsest. There are layers of truth that when the time comes will make themselves known. Believe. Rise above your despondency.
We have an unpopular regime in place.All ripe and cooked,ready to be kick out three years ago.
But we have a leaderless opposition called PR,a coalition of three strange bedfellows.What this coalition of three strange bedfellows badly and sorely needed is a good Malay leader or leaders who can appeal to the Malay electorate,the biggest voting blog of this state called "Bolehland".
Instead of readying a or some formidable candidates to lead the coalition,the opposition pact is too preoccupied with 1MDB and TH.
First of all,I would like to pose just a simple question to the screaming hyenas.What can you guys do that Mahathir cannot do?The opposition is getting disrtacted from their main objectives by chasing after the invisible ghosts.Just keep on howling like crazy hyenas on heat,and you guys will be wailing like discarded has-beens on election night.
Pada bulan Februari 2012, sebuah syarikat buat roti komersil iaitu jenama High 5 dibawah SILVER BIRD GROUP BERHAD telah dilaporkan kepada Securities Commission dalam kesukaran dan laporan akaunnya tidak tepat dan tidak lengkap dan juru odit nya tidak mahu luluskan laporan tahunannya tersebut.
Dengan secara otomatis, harga saham kompeni tersebut menjunam jatuh dari RM0.60 sampai lah ke RM0.08 sesaham.
Tabung Haji pegang 30% saham syarikat tersebut iaitu 100 juta saham... sekali gus Tabung Haji rugi RM52 juta
Harga belian saham tersebut diketahui ramai ialah RM0.80 jadi Tabung Haji sebenranya kerugian total RM72 juta.
Pelaburannya ialah untuk menjadi Silver Bird "Halal Hub" gagal dan sekarang rugi pula RM72 juta.
Tabung Haji juga mempunyai seorang pegawai kanannya iaitu Ketua Pengarah Kewangan di Lembaga Pengarah Silver Bird.
Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku dan tiada akauntabiliti dan tanggungjawab sehingga hari ini? Kes Silver Bird ialah kes penipuan CBT dan telah berlangsung beberapa tahun... kenapa ahli pengarah dari Tabung Haji tidak pun tahu perkara ini sedangkan dia berada didalam Lembaga Pengarah syarikat?
Post a Comment