Najib lwn Mahathir: Silat lwn Kalari Payat
PM Najib boleh
jerit sana sini. Dia boleh upah MP
Kalabakan himpun orang ramai. Beri t shirt, topi, duit dan sediakan makanan. Karipap
mungkin RM3 satu. Orang pun ramai datang.
Najib pun suka
dan gembira. Rakyat masih sayangkan aku. Mungkin juga ada placards we love PM.
Tapi Najib dan
saya tahu bahawa jika Dr Mahathir
memulakan sesuatu dia akan usaha sampai
ke penghujung. Jika dia kata dia nak tumbangkan Najib , bersedialah kita -dia
akan usahakan langkah2 sehingga Najib jatuh.
Walaupun umur 90
tahun, bila ada perlawanan, Dr Mahathir ada anjakan adrenalin. Otak nya kembali
muda. Langkah nya akan jadi mantap. Silatnya akan jadi tangkas.
Najib bersilat,
dr Mahathir kalari payat. Bugis lawan
Malabar.
Jika Najib
sokong Dr Mahathir dan kerana sokongan itu, Dr Mahathir jadi PM selama 22
tahun, perkara serupa boleh diaplikasi keatas Najib. Kerana sokongan itu Najib
dapat tempat dalam UMNO sehingga jadi PM. Orang UMNO tahu berapa kali Najib hampir
digugurkan tapi selamat kerana Dr Mahathir berlembut.
Dan Dr Mahathir
tahu kenapa Najib ubah sokongan pada saat akhir kepada nya.
Sama ada Najib
Tun Razak kurang ajar atau dr Mahathir tak ada rasa malu, kita bebas menterjemahkan
nya. Di Tawau, PM Najib suruh Dr Mahathir jangan buat bising lah. Mereka,
termasuk Najib telah menyokong dia dari tahun 1987. Dr Mahathir kena sokong
pula. Kalau tak sokong diam sahaja ba.
Tapi kerana
sokongan itu jua, Najib terus jadi menteri semenjak 1987, dinaikkan pangkat
sebahagian besar nya bawah perlindungan Mahathir dan jadi TPM dan PM atas
desakan Mahatir juga.
Budi siapa
kepada siapa yang lebih besar?
Tidak kiralah
sama ada orang yang berhimpun itu disewa atau tidak atau di punggah dengan
segala kenderaan supaya memenuhkan ruang. Najib suka ada pesta dan orang ramai
kerana ianya memberi ilusi sokongan terhadapnya kuat. Orang bangsawan suka jika ada rongeng2 sikit,
nyanyi2 sikit, gedik2 sikit.
Dr Mahathir yang
sudah 90 tahun macam tak reti bahasa- PM suruh diam dan sokong, dia masih hentam.
Kita menunggu DR Mahathir keluarkan kenyataan megapa Najib menyokong nya disaat
akhir.
Umum tahu bahawa
Najib ketika itu, sampai ke saat akhir menyokong Tengku Razaleigh. Mesti ada
rahsia besar yang Dr Mahathir ada keatas Najib yag menyebabkan Najib menyokong
DR Mahathir. Kita tunggu juga jawapan Dr Mahathir.
Seperti orang
lain, saya baca tulisan Dr Mahathir yang mutakhir. Perenggan yang meminatkan
saya ialah:
Saya tidak dapat terima negara diperintah
oleh Pakatan. Dasar-dasar dalam parti-parti dalam pakatan bertentangan antara
satu dengan yang lain. DAP lebih utamakan kepentingan orang Cina. PAS mendakwa
ia bukan Melayu, hanya Islam. Keislaman PAS hanyalah untuk politik bukan
sebenarnya untuk Islam. Sebab itu PAS mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama
dengan orang kafir tetapi kemudian PAS memeluk orang kafir. Parti Keadilan
hanya untuk Anwar jadi Perdana Menteri.
Jika Pakatan menjadi Kerajaan, huru-hara
akan berlaku. Kemajuan negara akan terjejas dan rakyat semua kaum akan
menderita.
Sebahagian besar pimpinan DAP adalah cina. Penyokong nya , pada majoriti nya juga Cina. tidak masuk akan sebuah parti sebegini dituntut menyuarakan kepentingan bangsa Melayu. Melayu yang dalam UMNO dan lain2 parti buat apa?
PAS berjuang untuk Islam. Samaada orang terima perjuangan itu sebagai tulin atau tidak bergantung kepada penerimaan rakyat. Bagaimana PAS mengkaedahkan perjuangan nya bergantung kepada pemikiran stratejis pimpinannya. Saya tidak lah sampai kepada tahap mengecap Islam yang diperjuangkan oleh PAS itu telah diPASkan. Jika ia, maka rakyatlah yang menolaknya.
Memang benar, setiap parti kita- DAP, PKR dan PAS berbaris mengikut rentak gendang masing2- tapi kita semua mempunyai keinginan politik yang sama.
Dasar parti mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama.
PAS berjuang untuk Islam. Samaada orang terima perjuangan itu sebagai tulin atau tidak bergantung kepada penerimaan rakyat. Bagaimana PAS mengkaedahkan perjuangan nya bergantung kepada pemikiran stratejis pimpinannya. Saya tidak lah sampai kepada tahap mengecap Islam yang diperjuangkan oleh PAS itu telah diPASkan. Jika ia, maka rakyatlah yang menolaknya.
Memang benar, setiap parti kita- DAP, PKR dan PAS berbaris mengikut rentak gendang masing2- tapi kita semua mempunyai keinginan politik yang sama.
Dasar parti mungkin bertentangan satu sama lain- tapi keinginan untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, dipimpin oeh kerajaan yang jujur dan boleh dipercayai, berdiri atas prinsip perintah ikut undang adalah impian bersama.
Dibawah umno,
mereka perintah ikut selera PM. Seperti yang Dr Mahathir sendiri sebut- pengadu
yang melapurkan mengenai jho Low dirampas rumah dan diistihar muflis, pemberita ditangkap, ugutan sana
sini.
Kedaaan tidak
akan lebih huru hara seperti yang berlaku sekarang. Kita sudah sampai ke bontot
tong, tidak ada arah lain melainkan keatas.
Di negeri yang
diperintah oleh DAP, PKR dan PAS keadaan lebih teratur dari pemerintahan Malaysia
dibawah AhJib Gor.
Dr Mahathir
tidak sebut perkara yang terpenting. UMNO tumbang dan akan tewas kerana parti
itu gagal mengundang believability. It
is failing because it no longer enjoys believability.
7 comments:
Saya juga baca ulasan Tun Mahathir yang mengatakan kalau UMNO/BN kalah PRU maka ramailah dari kalangan mereka akan meringkuk dalam penjara.
Hehe..
Pok Li
Unless PAKATAN kick that Hadi out, they just dream on.
"PAS president Abdul Hadi Awang has broken ranks with the federal opposition, backing Najib Abdul Razak to stay on as prime minister.
"He should not succumb to pressure and he should be allowed to solve the problems he is facing.
"I agree with him that he should not step down and I must say that he should be given a chance to finish his term," he was quoted as saying in Kuala Terengganu by The Star Online.
Abdul Hadi’s endorsement comes amid urgings for Najib, who is also finance minister, to step down over cash-strapped 1Malaysia Development Berhad (1MDB) which is struggling to repay its RM42 billion debt.
Full article: http://www.malaysia-chronicle.com"
IS THIS FELLA HADI ULAMA OR ULAR DALAM SEMAK? IT IS TIME PK KICK THIS MORON WHO BEHAVE WORSE THAN A AL-YAHUD OUT.CANT STAND THE SIGHT OF HIM.
"Graduates who have completed their studies in six months are among the current 400,000 unemployed individuals in the country, said Minister in the Prime Minister’s Department Abdul Wahid Omar.
He said according to statistics, 161,000 graduates or 8.8 per cent of youths, aged between 20 and 24 years, had yet to find a job.
Despite the launching of several programmes by the government to increase jobs such as Jobs Malaysia and the 1Malaysia Training Scheme the employment rate remains low."
DID NOT THAT BUGIS CLAIMED THAT HE CREATED 1.6 MILLION JOBS. OH I FORGOT IT WAS FOR THE BANGLAS AND INDON, AN HIS APCO PR.
Persoalannya...mengapa tun ada persepsi bgitu hingga kini...sbb politikkah atau ada sbb2 lain....itu yg PR kena buktikan...berdiri di bawah payung yg sama walau berbeza dasar2 parti....tapi lihatlah...sesama PAS pun berebut kuasa....sanggup menghalau parasit katanya....ini apa smua ni....
dap ok...cuma cina shj yg berkuasa...
pkr ok....tp brp lama boleh bertahan dgn 3 kaum majoriti di dlmnya...itupun selagi AI ada....
I have said this before
The War Cry has been sounded, both sides getting ready, Gajah Sama Gajah gaduh, Pealnduk dapat Undi.
Biar Gajah dan Gajah gaduh, biar depa hentak sesama sendiri, kita lihat temasya.
47% rakyat yang undi BN faham sekarang, PKR boleh majukan Malaysia manakala BN boleh bangkrapkan malaysia.
Tak perlu banyak contoh, lihat Filipina, dari negeri yang maju, sudah jadi negeri ...? Graduan berlambak kerja sebagai Maid..
Hanya satu individu yang telah merosakkan Filipina... Marcos dan First Lady dia.
Takkan lah kita nak celik mata bila dah terlambat... Bangun, bangun dari lena, jangan biar BN rompak harta...
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia. Jasa2 mu tetap dikenang hingga akhir hayat.
Post a Comment