Hikayat 1MDB- Ceritera ke2: 1MDB bukan SWF dan bukan guna duit rakyat.
Bila 1MDB
menerbitkan bond pertama nya RM5 billion, pegawai 1MDB semua menyatakan ini
sebagai suatu breakthrough. Mana pernah ada bond diterbitkan selama 30 tahun
pada kadar kupon rate 5.9%? ini pencapaian yang unik.
Perbandingan dengan
bon yang diterbitkan oleh PETRONAS selama 3 tahun pada kadar 3% tidak tepat. Peminjam
yang beri tempoh 30 tahun mesti dapat pulangan yang lebih tinggi. Rakyat harus
berbangga dengan pencapaian ini.
Tapi kalau
pulangan nya hampir 6% mengapa tidak bentuk Trust Fund didalam negara sendiri? Semua
rakyat Malaysia yang banyak duit dan patriotic akan membeli bond tersebut. Siapa
nak beri pulangan 6%?
EPF pun tak beri
kadar tersebut apatah lagi bank2 biasa.
Ok kita jangan
banding dengan PETRONAS. Dengan Indonesia boleh? Bank Pusat Indonesia telah
jual bond 10 dan 30 tahun pada kadar pulangan 3.5%. Jadi kenapa 1MDB jual bond pada kadar 5.9% dan ada
kadar diskaun 20%?
Maka kalau dalam
suatu pertemuan ada yang kata somebody
is going to jail, mungkin ianya akan benar terjadi.
Rupa nya ramai
tak faham. Saya tak faham. Dr Mahathir tak faham.
1MDB bukan Sovereign
Wealth Fund. Bodoh kita semua. Saya bodoh takpelah. Tapi Dr Mahathir?
Ia sebuah firma
biasa yang melabur dalam industry2 strategic. Sovereign Wealth Fund melabur wang durian runtuh atau windfall gains
DILUAR negara.
1MDB labur SANA
SINI dalam industry strategic- dia gabung dengan strategic partners dan menarik
pelaburan asing lansung.
Ini perbezaan
yang besar. Ramai orang tidak faham. Saya tidak faham. Dr Mahathir rupa2 nya
tak faham. Bukan saya kata. Tan Sri Wok Lodin Kamarudin yang kata.
Tapi Dr Mahathir
, saya dan ribuan rakyat tahu satu perkara sahaja. Bila ada skim nak gasak duit
rakyat. Why drag the country and our economy into the business adventures of a
company performing as a private limited company?
Kita faham bila
ada bahaya yang dihalakan kepada Malaysia akibat tamak haloba dan Malaysia akan
tanggung kerakusan tersebut.
Jangan insult
our intelligence dengan mengatakan 1MDB ialah seperti private limited company.
Ianya syarikat milik kerajaan dan secara ekstensi, milik rakyat. Sebab itu ada
penasihat nya PM, pemantauan operasi nya dilakukan oleh 3 lapisan pengurusan .
apa yang dlakukan oleh 1MDB melibatkan kerajaan dan rakyat.
Kita hendak membelah
rambut/we want to split hairs dalam kes
ini, tidak mengapa. Kerajaan boleh guna
istilah apa pun mereka suka. Tapi ianya tidak memberi alasan langsung untuk sesiapa
pecah amanah rakyat. Dalam kes seperti 1MDB ini apa amanah nya?
Rakyat semua
beri amanah kepada kerajaan yang menjaga dan mengurus kesihatan ekonomi kita supaya jangan cuai dan
salah kelola MENDEDAHKAN seluruh negara kepada musibah ekonomi dan bencana
ekonomi.
Mempunyai modal
berbayar RM1 juta tapi boleh isiu bon dan pinjam beribu billion Ringgit (
sekarang 42,000 juta ) samalah seperti syarikat 2 Ringgit paid up capital
diberi pinjaman dan monopoli bisness. Business model yang sama digunakan.
Dalam
parlimen-ada kita dengar pandangan discredited dari ahli BN yang mengatakan
mengapa pembangkang hendak sibuk, kerana in bukan duit rakyat?
1MDB pinjam duit
dari bank dan menerbitkan bon2- sukuk lah dan lain2 kertas pemiutang. Dan
dengan pinjaman serta penjanaan wang itulah, 1MDB berniaga.
Hooray- lega
kita mendengar pandangan tersebut dan bolehlah kita tidur lena.
Bolehkah sebuah
firma persendirian dengan modal berbayar hanya RM1 million mempunyai wibawa dan
kapasiti untuk menerbitkan bon dan membuat pinjaman berbillion Ringgit dan
ribuan ganda dari modal berbayar?
Ia hanya boleh
melakkukan demikian jika: Ia mempunyai asset yang menjana pendapatan berulang
untuk membayar pinjaman- pokok serta faedah. Asset yang paling mahal ialah
backing dan jaminan kerajaan Malaysia.soalan: kenapa kerajaan mempertaruhkan
kesihatan ekonomi kita kepada syarikat beroperasi sebagai private company ini?
Kedua, oleh
kerana mahu beri kredibiliti kapasiti membayar- 1MDB kena ambil alih sumber
penjanaan pendapatan berulang. Bisness yang sedia ada seperti stesyen jana kuasa
dari Ananda, dari Genting dari keluarga diraja negeri Sembilan dan entah apa
lagi.
Kerajaan terpaksa
berhempas pulas( don’t kid us lah) menganugerahkan asset seperti tanah pada
harga yang murah untuk mentransformasi tanah2 tersebut kepada hartanah yang
lebih bernilai.
Jika begitu baiklah
kita benarkan 1MDB jual Malaysia.
Nyatalah itu
pandangan yang membohong rakyat. Semua usrusniaga yang dilakukan oleh 1MDB ada
bersangkutan dengan rakyat kerana
(1) 1MDB ialah
milik 100% Kementerian Kewangan (2) semua urusniaga pinjaman dan penerbitan bon
diJAMIN oleh kerajaan. Modal berbayar RM1 juta pun kerajaan yang beri. Tanpa
sandaran kerajaan yang memegang amanah dan kepecayaan rakyat, 1MDB tidak
mungkin dapat meminjam dan tanpa anugerah asset2 oleh kerajaan, 1MDB mestilah
kekal hanya sebagai sebuah firma biasa.
Jadi, segala apa
yang dilakukan oleh sibudak nakal 1MDB ini melibatkan kerajaan dan melibatkan
kesan buruk kepada kita.
Jangan kita
berbangga dengan bantuan selamatkan oleh
loceng Ananda Krishnan. Dimana duit berbillion Ringgit yang disebut oleh
Arul Kanda sebagai sudah di redeemed sepenuh nya? Kenapa tidak digunakan wang tersebut.
Sahlah duit itu
tidak ada dan ini membayangkan bahawa 1MDB mempunyai liquidity problem sehinga terpaksa
diselamatkan oleh seorang pendatang
yang mempunyai beberapa monopoli bisnes diMalaysia. Ini kes Alimuthu menambahkan
amalan Alibaba. Tidak pula kita dengar Perkasa atau Isma membantah perkara ini.
Tolak tepi
perkara itu, apa ramifikasi nya kepada ekonomi kita?
Pelabur asing
khususnya pengurus dana yang memegang 40% pinjaman dan memgang bon2 Malaysia
akan merasa gementar dan hilang kepercayaan kepada syarikat Malaysia yang
dijamin kerajaan dalam urusan berniaga. Meraka akan lihat bahawa jika hutang
RM2 billion ini yang ditangguh tangguh kerana tidak ada liquidity rupa nya,
mengisyaratkan bahawa hutang yang lebih besar tentu tidak dapat dibayar.
2 perkara akan
berlaku paling minima. Pertama, ianya akan menyebabkan panic dikalangan pelabur
dana dan mereka akan bawak lari modal keluar. Ke2- pinjaman akan dikenakan
faedah dan kupon rate yang lebh tinggi menyebabkan kos memperolehi wang
menerukkan Malaysia.
Jangan2 main
main ekonomi negara. Ini bukan kesan yang didatangkan oleh firma biasa. Kesan
akibat dari kerakusan dan lemah tata-kelola akan menyebabkan bencana dan
musibah ekonomi.
Setakat ini kita
belum lihat penglibatan pelabur asing. Syarikat pak Arab yang minat dalam
pemajuan hartanah di TRX dan Bandar Malaysia nampak nya sudah menarik diri. Firma
dari China dilapurkan minat hendak labur di SCORE Sarawak; walaupun saya
tertanya tanya kenapa pelaburan seperti ini tidak boleh diusahakan oleh MITI? FDI
bukan tidak biasa dilakukan oleh MITI dan lawatan perniagaan yang selalu
dilakukan oleh PM.
Sekali lagi
kepada semua orang yang tak faham- termasuk Dr Mahathir, ingat pesanan Wok
Lodin- 1MDB bukan SWF. Ia syarikat biasa dengan RM1 juta modal berbayar yang
menumpu kepada projek strategic yang dibangunkan dalam bidang jana juasa,
pemajuan hartanah, pelancungan dan perniagaan asas tani.
Read more...