Menangguk di Air Keruh; Menahan Lukah di Pergentingan
Kenapa kita
tidak bercakap mengenai perpaduan nasional? Apa yang besar dan keramat sangat
kita mahu bercakap mengenai perpaduan Melayu antara PAS dan UMNO? Idea kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO
sedikit sangat melibatkan agama, bangsa dan raja Melayu. Perkara sebenarnya
ialah UMNO sedang terdesak untuk kekalkan kuasa dan sekarang benar2 menangguk
di air keruh dan menahan lukah di pergentingan.
Ini hanya cakap
politik yang beragendakan pengekalan kuasa memerintah dan hak menguasai
perbendaharaan negara. Bayangkan apa jadi kepada UMNO jika mereka tidak ada
kuasa keatas perbendaharaan dan keatas sumber kewangan dari GLC2 yang jadi ATM
UMNO? Parti itu akan gulung tikar.
UMNO itu Melayu
bukan? Mengapa mereka sekat bayar royalty minyak atau bantuan lain kepada
Kelantan yang bukan sahaja kerajaan nya kerajaan Melayu lagi Islam, bahkan majority
rakyat nya pun Melayu.
Define win-win
yang UMNO pakai; konsep menang-menang yang UMNO pakai ialah kita menang, kamu
kalah.
Perpaduan antara
rakyat berbilang kaum, agama dan budaya kenapa UMNO tidak mahu cakap? Ini suatu
cabaran yang lagi besar yang mencukai kapasiti berfikir kita. Cakap mengenai
perpaduan Melayu sebetulnya adalah cakap politik dan agenda nya ialah
mengekalkan kuasa. Golongan yang mempunyai kepentingan terbesar dalam mengekalkan
kuasa ialah UMNO.
Seperti yang
kita tahu, dan puak UMNO enggan terima ialah fakta UMNO tewas dalam undi
popular PRU13 yang bererti mereka tidak ada legitimasi moral.
Jadi apa yang
mereka lakukan? Tidak berhenti menakutkan orang Melayu menggunakan bangsa,
agama dan Raja Melayu. Cuba pembaca renungkan isiu yang paling akhir sekali;
adakah kepentingan raja Melayu tergugat?
Siapa pun yang
jadi kerajaan, kedudukan raja Melayu tetap terjamin oleh perlembagaan dan oleh
kekuatan demografi orang Melayu. Jangan kita biar diri kita dibodohkan oleh
UMNO. UMNO itu parti feudal yang ertinya, kedudukan seseorang ditentukan oleh
eksiden keturunan. Kalau kita keturunan baik, maka kedudukan kita tejamin.
Orang Melayu itu
majoriti bukan? Selagi mereka majority dan berkehendakkan raja2 mereka, maka
raja Melayu tetap ujud. Maka Raja yang patut ambil hati rakyat. Kecintaan dan
perasaan mahabbah terhadap raja bukan boleh dipaksa paksa. Tak perlulah UMNO
menakutkan orang Melayu. UMNO sudah menakutkan orang Melayu sejak 1946 lagi.
Kemudian tanya
lagi- adakah kepentingan bisnes raja Melayu yang buat bisness tergugat bila
kerajaan selain dari UMNO memerintah? Kepentingan bisness keluarga diraja
Kelantan- tidak terjejas sedikit pun walaupun PAS yang memerintah. Di Selangor,
kepentingan bisnes Raja yang berbisnes sedikit pun tidak terjejas walaupun
dulunya Khalid Ibrahim jadi MB dan sekarang Azmin Ali jadi MB. Raja2 Selangor
masih dapat buat bisness juga. Kita tiak pernah dengar kerajaan bukan UMNO
rampas atau sekat raja Melayu melakukan bisness.
Kemudian, Raja
Melayu sebenarnya tidak memerlukan pembelaan dari mana2 pihak pun. Takkanlah Raja
Melayu mahukan pembelaan dari Perkasa misalnya yang anggota nya terdiri dari
watak2 kartun? Jatuhlah martabat Raja Melayu kalau ada terlintas fikiran mahukan
pembelaaan dari kumpulan2 seperti ini.
Cuba kita ambil lagi
satu isu orang Melayu. Ekonomi mereka. Dari semua sudut kedudukan orang Melayu
semua orang tahu. Setakat ini strateji membaiki keadaan tersebut ialah
melancarkan dasar affirmative dalam bentk DEB atau dasar2 yang mengandungi roh
DEB. Apa sudah jadi? Memang secara umum keadaan orang Melayu bertambah baik
tapi ia juga mengujudkan segelintir Melayu terpilih yang menguasai habuan dasar
ekonomi tersebut.
stateji menyusun
ekonomi orang Melayu mengikut bandingan dan perlumbaan bangsa gagal menyelesaikan
masaalah kemunduran ekonomi orang Melayu kerana perjuangan itu bersifat isolasi
dan menyendiri. Kenapa tidak menjadikan perjuangan membangunkan orang Melayu
sebahagian dari pejuangan yang lebih besar yakni perjuangan mengukuhkan rakyat
miskin? Jika perjuangan demikian jadi perjuangan yang dikongsi bersama, keadaan
orang Melayu tetap terbela sebab majority yang mundur ekonomi ialah Melayu.
6 comments:
Apa ALASAN kali ini yang akan di beri olih Menteri, selepas ini mengenai, ROUND THE WORLD IN 20 DAYS olih Rosmah memakai KAPAL TERBANG RESMI MALAYSIA, PERDANA1?
KECOH
kerajaan benarkan rosmah wakili negara
guna pesawat rasmi kerajaan
selamat menonton
https://www.facebook.com/video.php?v=1570799423132073
Usaha lagi dato.luskan pengruh kita
bila tuan guru offer k'jaan perpaduan dahulu tu, ide asalnya ialah perpaduan nasional...
bukan sekadar perpaduan umno-pas spt digembar-gemburkan pasma dan blogger-bloger yang sewaktu dengannya hari ini...
malangnya tawaran ide terbaik bagi Malaysia pada ketika itu tidak segera disambut oleh rakan2 sepakatannya hingga 'masuk angin' lalu dibuang oleh partinya sendiri...
kenapa ide tersebut tidak segera disambut?
ide tersebut tidak segera disambut kerana masing-masing 'over confident' bn tumbang pru13!
kenapa nak berkongsi kuasa sedangkan mereka yakin buleh menang dan memerintah sendiri, ye dak?
akhirnya bn tak tumbang pakatan pulak dah mula retak...
pakatan buleh saja menyalah bn main tipu...
namun bak kata p ramlee...
korang dah tau dia penipu...
muka dia pun muka penipu...
macam mana korang yang bijak pandai ni buleh kena tipu dengan penipu?
Datuk Sak, biarlah Pas bergabung dgn UMNO sekali lagi, dia belum serik. PM Najib statusnya x menentu skg, mungkin perpaduan UG mudah dirunding.
Lg pun Pas di bwh Hj Hadi x boleh dipercayai. Dia jadi mcm Mossad yg motonya "By way of deception,thou shalt do war" kerana Pas juga mcm kumpulan Jesuit yg motonya "Ad Majorem Dei Gloriam" (All for the Greater Glory of God), matlamat menghalal cara.
Tipu helah, curang dan mungkir janji x apa kerana "x mahu bawa ahli Pas masuk neraka" menurut Hadi. Lepas tu hina presiden PKR lg, walhal dia sendiri pun x de lah menyerlah di parlimen. Boleh buat kawan ke?
Lebai Mad Yaakob MB Kelantan dan Lebai Nik Amar TMB dia yg bangga dgn guilotin import tu, nak urus banjir negeri sendiri pun x berapa tahu. Diam-diam bukit habis gondol, x tahu siapa punya angkara. All for the Greater Glory of God.
Bangang sungguh umnogok ni.. patutnya masa ni lah digunakan sepenuhnya utk menambat hati penduduk Kelantan dgn membangunkan semula keadaan negeri yg teruk terjejas dgn banjir kala ini...
Dato',
UMNO sentiasa menghulur tangan mereka apabila mereka hampir mati di bawa arus, tetapi apabila mereka kuat dan menguasai 90 % MP seperti tahun 2004, bersuara seolah-olah tiada siapa yang mampu mengatasi mereka dan rakyat yang mengundi mereka pun kena ludah.. Begitulah UMNO, dan PAS yang pernah di gigit UMNO selepas melepaskan UMNO dari tersepit tak pernah serik dengan sandiwara murahan UMNO.
Tak habis habis terpikat dengan godaan UMNO yang kita tahu "syaitan yang dikenali"-meminjam kata-kata TUN M. Golongan kopiah putih dalam PAS pula tak habis-habis suka mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan "kecerdikkan" mereka yang kita sebelum ini tak tahu. Cepat melatah dengan provakasi media ataupun memang suka buat statement dulu dari orang lain supaya nampak macam aktif dlm arus perdana menambahkan kenampakkan "kecerdikan" golongan tersebut..
UMNO memang nampak lembik buat masa ini dari kepala sampai ekor akibat kepala yang dikawal oleh remote, serangan dari mantan presiden dan blogger mereka sendiri dan di cap oleh presiden mereka sebagai "bangang" kerana friendly fire. Umno terus membuka pekung yang telah lama mereka simpan satu persatu. Dalam UMNO tiada lagi orang yang bijak kata TUN M kerana UMNO menyekat golongan tersebut dari menyertai nya. Tinggallah yang dungu, bangang , bodoh, tamak dan segala jenis kebodohanyang tak dapat di istilahkan dengan kata-kata yang duduk dalam UMNO. Kaki bodek...2/3 ahli nya adalah golongan jenis ini dan 1/3 lagi dah kena penyakit "koro"-reput telor.Tak berani bersuara dengan kebenaran..hilang periuk nasi.. Dalam Perhimpunan Agong...semua membodek. Dari Puteri, Wanita ,Pemuda semua perwakilannya ..semput.. Walaupun didepan mereka merupakan Presiden yang lembik..mereka tetap mengatakan dia gagah dan perkasa..
Baguslah begitu kerana kita mengharapkan PM yang ada akan kekal sehingga PRU 14 supaya senang kita humbankan mereka. DUDUK BANTAH BUANG.
MANGSA BANJIR.
Post a Comment