Menilai Najib.
Tiada siapa
sekat sesiapa daripada menganggap Najib PM dan menteri kewangan terbaik. Saya hanya
syorkan kepala mereka di periksa doctor.
Najib gagal
sebagai PM. Paling ketara, Najib gagal memberi negara ini kepimpinan, hala
tuju, pengisian makna. Kemana Malaysia hendak tuju- negara koro atau berjaya? Apa
ertinya menajadi Malaysian?
Najib gagal
sebagai MK. Kita akan bahas perkara ini.
Hutang sector awam-
baca kerajaan yang rasmi dan tidak rasmi, tanggungan melalui surat sokongan, pendanaan
yang tidak bertulis- mungkin sudah sekitar 75% dari GDP. Kita tak tahu.
Hutang rasmi
tahun 2014 ialah RM 570 billion. Tanggungan kontinjen ialah RM170 billion. Tanggungan melalui surat sokongan, mungkin RM100-200
billion, ini menjadikan hutang dan tanggungan negara hampir RM800 billion.
Jika ekonomi
kita lebih sedikit dari RM1 trillion, (RM1000, 000,000,000) hutang kita sudah
menuju kepada tahap 80% GDP. Mungkin ada lojik sebab hutang dan tanggungan isi
rumah atau household debt Malaysia sudah pun mencecah 87% GDP.
Muflis negara
kita. Matawang kita tidak ada harga. Satu hari nanti, Najib akan citak duit
pokok pisang seperti zaman Jepun.
Semakin ramai
tidak yakin kepada Najib sebagai PM dan ramai lagi tidak yakin dengan cara dia
mengurus kewangan negara.
Kita patut biarkan kumpulan Dr Mahathir membalun Najib. Taktik
kumpulan Najib membongkar rahsia Daim dan kemudian Mahathir hanya red herring
untuk mengalih pandangan rakyat daripada incompetence Najib. Kita jangan jadi
sebahagian daripada pencak silat Najib.
UMNO sukar
musnah oleh ancaman luar, tapi lebih mudah jika ianya musnah dari dalam. Jika Najib mengatasi ancaman dalaman, dia akan
jadi kuat. Bila kuat, orang putih kata ada hubris- sebut hewbris; ini orang tersebut terpisah dari reality dan overestimate
kepentingan dan kehandalan dia. Saya rasa sukar deal dengan orang seperti ini. Macai2
dikeliling nya naik tocang.
Negara kita is
in a mess. Institusi politik sedang reput dan dysfunctional. Ini disebabkan
oleh aktor2 politik yang mengukuhkan posisi masing2. Contoh: menteri2
menyelitkan agenda politik peribadi atau kepentingan peribadi dalam keputusan
yang melibatkan kepentingan nasional.
Kenapa pentingnya, Zahid Hamidi misalnya,
memberi surat testimoni kepada seorang potential penjenayah? Lihat pula respons
bekas menteri dalam negeri Hishamudin yang kata dia tak pernah tulis surat.
Hishamudin melindungi kepentingan politik perbadi nya.
Kumpulan2
pendesak sebagai contoh terus menerus memainkan peranan yang berlebihan dalam
menentukan hala tuju negara. Najib membisu seribu bahasa, lidah nya kelu, tidak berkata kata.
Tugas ini sepatutnya dimainkan oleh eksekutif, legislature
dan institusi kehakiman. Eksekutif lemah, menyebabkan golongan pendesak
menentukan pengurusan negara. Golongan pendesak ialah golongan yang tidak
dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya-
perkasa, isma dan bahkan pendesak2 dalam institusi yang jaga agama.
Saya tidak ada
masaalah misalnya dengan para ostaz dalam jakim, jain, hendak melaksanakan hukum
Tuhan yang mereka tafsir- tapi bolekah tidak get yourself elected dahulu? Hukum
Tuhan satu bab- tapi sebelum itu, biarlah kamu semua dipilih.
Saya percaya
institusi kehakiman kita ramai pendakwa raya dan hakim2 yang conscientious ;
tapi reputasi institusi ini tercedara parah. Institusi ini juga tidak terkecuali dari
persepsi rasuah- bagaimana setengah kes boleh lepas, manakala setengah kes tidak
boleh. Beberapa tahun yang lalu, skendal pemilihan dan kenaikan pangkat hakim
terdedah menyebabkan masyarakat sangsi akan kredibilit hakim2.
Apa jadi, jika
proses yang sama masih diteruskan? Ini akan menyebabkan rakyat melihat insitusi
yang memberi keadilan sebetulnya berfungsi menjaga kepentingan golongan atasan dan penjenayah yang
kaya raya.
Kementerian dikepalai
oleh budak2 nakal dan pemimpin utama, nakhoda nya, biarkan. Masing2 dengan haluan
sendiri dan ikut suka hati. Jika kita percaya Hishamudin dan Hamid Albar,
inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, seorang menteri memberi surat
perakuan mengenai karakter seorang potensi penjenayah yang dicekup oleh Amerika.
Kenapa seorang menteri perlu jawab soalan ang ditanya oleh pihak polis? Peguam?
Kalau polis- IGP lah yang jawab. Kalau peguam, AG yang jawab.
Something is terribly wrong dengan menteri, dan
kementerian yang masing2 jaga.
11 comments:
YANG TERBAIK NAJIB LAKUKAN IALAH.1-SET UP BUNUH ALTANTUYA. 2-SURUL SIRUL LARI DARI MALAYSIA PAKAT DGN POLIS.3.SET UP HAKIM MOGA KES ALTANTUYA INI MACAM KES MAIN MAIN AJE.HAKIM YANG TAKUT TAK NAIK PANGKAT NI YANG BANGSAT SERTA BODOH PUN IKUT CERTA BODOH.4.RASUAH KAPAL SELAM.5.HANCURKAN RAKYAT DAN AMBIL DANA NEGARA DAN BELBAGAI LAGI
Masalah kewangan negara memang mengerunkan. Kesan akan lebih ketara di Q3. Harapan duit rm tak jadi cam rupiah
saya pernah membuat perbandingan dari segi mentadbir Negara d antara 3 pm kita saperti berikut:
tun m tak pernah berhenti berfikir; tun lah tak yakin bolih berfikir dan pm najib tak rajin mahu berfikir.saya serahkan tafsiran kpd umum.
mungkin yb dato masih lagi terguris hati atas peristiwa yg menimpa pd masa lampau.pm najib needs someone like u 2 tel him frankly n honestly what he needs 2 do 2 save himself n more importantly d country.after all I was told that u bersaudara[ bau2 bacang] dgn dia.i dare say again that u may b in d wrong camp n possibly d wrong side of history. work n put things right from inside.u r malay leadership material.maaf saya bercakap ni sebagai orang lama.
Kita tidak perlu menjadi menjadi saintis roket untuk memahami mengapa Najib dan Rosmah begitu gemar keluar negara terutama ke Amerika Syarikat.
Dengan begitu banyak deal2 yang dibuat oleh 1MDB, bayanglah berapa banyak komisen yang dikaut oleh J Low, penasihat kewangan 1MDB. Teka siapa yang perlu menuntut bahagian masing2 dengan cepat selepas keadaan bertambah panas dek pendedahan demi pendedahan dibuat Rafizi.
Dengan Ahli Lembaga 'wimpy' terutama Lodin/Altantuya yang kesemua dibawah kawalan Najib, urusan 1MDB tidak boleh dipantau olih Audit Negara, PAC atau Parlimen. Najib dan Rosmah mesti bergembira sakan di Amerika. Ingat Pak Lah dengan Patrick Lim.
Tidaklah menghairan tindakan Zahid dengan raja gangster Phua itu. Kita boleh bayang kaki gangster itu memperuntukkan banyak USD untuk membayar Circuit Judge US dan Deputy Director FBI untuk lepas diri. Apa yang diperlukan yalah mengupah Peguam Go-To diMalaysia, Shafie untuk mengeluarkan surat bela diri. Soalan yang perlu ditanya rakyat Malaysia berapa banyak Shafie diupah dan berapa banyak Zahid menerima gratis untuk surat itu dari peruntukan raja gangster itu.
Zahid boleh goreng rakyat Malaysia sekatan OSA untuk menjelaskan peranan Phua menasihati KDN dalam isu keselamatan negara tetapi tidakkah lucu apabila mahkamah US mendengar Raja Gangster yang melanggar undang2 judi US secara terang itu adalah penasihat keselamatan Malaysia.. kak,kah,kah.
Bapa borek anak rintik. Najib/Rosmah balun khazanah negara melalui 1MDB/J Low dan semua menteri bawah Najib macam Zahid pun cari peluang sama mengkayakan diri dengan kuasa Kementerian masing2 spt KDN. Mungkin bintang politiknya ditenggelami oleh kombo pilihan Najib, Hishamuddin dan KJ.
Inilah barah UMNO yang melanda negara kita.
Dato - soalan masih sama.... kenapa begitu ramai orang Melayu yang masih terkilau olih Najib dan masih memuji-muji dia dan cium tangan dia dan tidak pedulikan segala kesalahan dia?
Politik Malaysia sekarang:
Si Doktor lawan Najib-Rosmah
lawan Anwar Ibrahim.
Kalau Si Doktor atau Najib-Rosmah
menang, kejatuhan/rosotan Malaysia (macam Africa-style "failed state" atau "kleptocracy" iaitu pemerintahan pencuri) diteruskan.
Phua Kai Lit
Dato, these troubling doubts and questions need to be answered by our Govt. Article taken from Malaysia Chronicle said:
Queen Counsel Mark Trowell said it was unfair for people to blame Australia in handling the Sirul Azhar Umar matter, as the Malaysian prosecution should have imposed strict bail conditions that he should not depart the country, or be allowed to leave on a regular commercial flight.
Trowell - who practises in Western Australia, and is a keen observer in Malaysian affairs - questioned the conduct of Malaysia's prosecution, as they should be aware of the definite prospect of a Federal Court reversal in the Altantuya Shaariibuu murder.
“It should be aware that Sirul would be a flight risk, but it seems nothing was done to guard against that by imposing strict bail conditions that he should not depart Malaysia - or approach an international point of departure - and requiring him to surrender his passport.
“None of these things were done and Sirul was effectively just allowed to leave on a regular commercial flight. Of course, Australia does not want him and we would like to return him, but it’s a bit unfair to blame us for what has happened as we didn’t allow him to flee Malaysia,” he said in an email to Malaysiakini.
Trowell was asked as to what would be next in Sirul's proceeding in Australia following earlier reports by some local newspapers claiming that he had been released on strict conditions, and that the extradition process may take some time.
The senior Australian lawyer, however, said there are no reports there of Sirul being released. Australia's Immigration and Border Protection Department has also issued a statement denying it.
'Australia acted responsibly'
During the prosecution's appeal at the Federal Court last June, the team - led by Deputy solicitor-general II Tun Abdul Majid Tun Hamzah - did not impose conditions on Sirul and Azilah Hadri after the duo had been acquitted by the Court of Appeal on August 2013, and while awaiting decision by the apex court last week.
Trowell noted that Australia acted responsibly by promptly responding to the Interpol red notice to arrest Sirul.
He further pointed out that despite the notice indicating a view to extradite, that process does not automatically lead to extradition.
“It is just the warrant that authorises his arrest. The Malaysian government can complain all it wants, but it needs to make a formal application for his extradition. I am not sure that it has been done yet,” he said.
“The formal legal process should be well known by the Malaysian Attorney-General’s Chambers,” Trowell added.
The Queen's Counsel - who had previously explained to Malaysiakini the Australian extradition process - reiterated that their position is clear, as Australian law dictates that it will not allow a person to be surrendered to another country for an offence punishable by death unless there is an undertaking that such punishment would not be carried out.
Previously, Home Minister Ahmad Zahid Hamidi said that a formal request had been sent to Australia to extradite Sirul through Wisma Putra, and that his ministry is also overseeing the matter. - M'kini
Last modified on Saturday, 24 January 2015 15:31
Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=447521:altantuya-murder-conspiracy-why-was-sirul-allowed-to-flee-why-didnt-ag-apply-for-strict-bail-conditions?&Itemid=2#ixzz3PmskASDU
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Dato',
Orang-orang yang memuji Najib sebagai Menteri Kewangan terbaik bukan sahaja perlu di periksa otaknya oleh pakar, tetapi juga perlu di letupkan kepala dengan penukul 3 paun supaya tak sewel lagi.
Biarlah hidup dengan berprinsip, jangan jadi bodoh serta bangang disebabkan wang ringgit. Biar kita miskin harta tetapi kaya budi bahasa atau pun biar rupa buruk tetapi sifat kita terpuji dan cantik. Rupa cantik dan kacak tetapi tiada akhlak dan main sondol jer tanpa melihat disekeliling.
Angka angka yang di tunjukkan oleh Kementerian Kewangan semua positif tetapi hakikatnya hutang beratus billion. Tiap tahun defisit sejak 1998.Negative infiniti.
Pecacai, gurkha dan barua sekeliling hanya membawa rebah. Penasihat pula seperti penasihat Sidik Segaraga, 25 percent. Kalau membantah akan di jual seluruhnya.
Tan Sri P Ramlee dah melihat situasi ini lama dahulu, kita hanya ketawa apabila menonton sindiran filem-filem P Ramlee. Kelabu asap.
Sekiranya dengan teguran tak mampu berubah, Najib, ahli kabinet dan MP BN perlu di singkirkan melalui PRU 14.
Kita tunggu PRU 14.
Mangsa Banjir.
Semua program Najib Razak di Forum Ekonomi Sedunia di Davos di Switzerland dibatalkan karena dia terus pergi ke Arab Saudi untuk menghadiri pengkebumian Almarhum Almalik Abdullah Abdulaziz Al Saud... dan dari sana terus terbang ke London untuk bersama-sama penuntut2 Malaysia selama 6 hari...
Naib Presiden America Joe Biden juga ke Riyadh tetapi program dia di Davos tak berubah... begitu juga Raja Abdullah Jordan...
Kenapa perlu sampai 6 hari di London bersama penuntut2 kita? Kan lebih baik bersama2 penuntut2 kita di Trengganu atau Kelantan dan Johor yang baru2 ditimpa banjir yang paling teruk sekali dalam sejarah Malaysia?
Taku kena dijangkit penyakit e-coli lagi?
utk memberi respon kpd anon 7.51:
1)there is no such thing as a perfect crime. d 9/11 incident n d cia/mossad connection is slowly getting credence /traction.(man proposes GOD disposes)."mereka merancang dan ALLAHswt juga merancang tetapi akhir nya ALLAHswt lah perancang yg terulung".
2)I m not a legally trained person but d whole trial process seemed hollow n artificial.it demonstrated either d quality of our legal minds or they r not totally independent or impartial.d sufferings of d victim's family that pleaded/ craved 4 justice seemed irrelevant 2 them.if my suspicion is proven then b prepared 4 2 b exacted wth punishment n retribution here n d here after.
3)PGK (UTK/VAT69) adalah pasukan elite kita. mereka tlh d latih utk melaksanakan arahan2 yg d beri. Pengorbanan mereka utk membantu menjamin keamanan pentadbiran civil harus d sanjung n d ikhtiraf. namun nama baik mereka sudah tentu nya akan tercemar jika mereka d ketahui terpaksa menjadi 'private army' utk kepentingan individu atau kumpulan2 tertentu.
@rahman jpc
"... nama baik mereka sudah tentu nya akan tercemar jika mereka d ketahui terpaksa menjadi 'private army' utk kepentingan individu atau kumpulan2 tertentu."
Itu dia. Singkat dan bisa.
"Bolehkah matahari hendak dilindungi dengan nyiru?"
Post a Comment