Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 7 January 2015

Prinsip2 Perpaduan(Bah 1)



Zaman dahulu, ahli nujum, tok bomoh, dukun,  pawang, shaman dsb nya belah perut ayam dan biarkan isi perut ayam terburai keatas tanah. Si ahli nujum akan membaca dan mentafsir pattern yang terbentuk dari chicken entrails. Dia akan umumkan samada tahun depan baik atau tidak, bagus untuk ternakan dan tanaman dan mentafsir isyarat2 dari Tuhan atau tuhan2. Mereka lah yang mendefinisikan sama ada tuhan2 memberkati sesuatu. Di tempat2 lain, ahli nujum membaca bentuk uratan pada dedaun teh.

Di Malaysia bencana alam diterjemah dan ditafsir sebagai mengajar dan menunjuk sesuatu. Banjir dinegeri Kelantan misalnya di katakan sebagai petanda Tuhan marah sebab tidak cukup Islam dilaksanakan. Jika begitu, di negeri2 yang kurang banjir dan musibah, bererti lebih Islam telah dilakanakan walaupun diketuai oleh bukan Islam dan kurang Islam mereka.

Apatah lagi jika tafsiran itu dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz, walaupun dari sudut pengalaman serta ilmu, tidaklah begitu matang perkara2 ini pada dirinya. Banjir yang besar itu juga dilihat sebagai tanda dan petunjuk Tuhan membersihkan Kelantan sebelum hudud dilaksanakan. Orang2 UMNO pula berkata ini petanda orang Melayu dan Islam mesti bersatu demi Islam dan bangsa Melayu.

Tapi, kalau orang lain tafsir dengan cara lain bagaimana? Bagaimana jika ada orang tafsir bahawa banjir ini petunjuk bahawa Allah marah serta murka kerana pemimpin Kelantan pandai2 hendak memain peranan sebagai Tuhan didunia? Bagaimana jika ditafsir sebagai petunjuk dan pendedahan bahawa kerajaan Kelantan dibawah pimpinan ustaz2 sangat lemah dan hanya tahu berzikir dan berdoa? Tapi keadaan tidak juga menjadi baik?

Bagaimana jika orang mentafsir nya sebagai petunjuk supaya jangan percaya dan berkerjasama dengan UMNO kerana mereka telah menujukkan hipokrasi mereka? Bahawa mereka menghulurkan bantuan tapi ada udang disebalik batu atau bahawa pertolongan dan bantuan datang dengan harga yang tinggi yang perlu dibayar? Bagaimana jika banjir dan malapetaka tersebut adalah pengajaran bahawa kerajaan Kelantan mesti berbaik sangka dengan bukan Melayu dan bukan Islam yang datang secara sukarela menghantar bantuan dan menolong? Bagaimana jika malapetaka dan bencana banjir ini dibaca sebagai petanda bahawa yang kita mesti ujudkan bukan perpaduan antara Melayu sahaja tapi perpaduan semua bangsa Malaysia yang berbilang agama dan budaya?

Bagaimana jika orang mengatakan banjir besar kali ini diturunkan oleh Allah sebagai bala kerana orang Melayu yang beragama Islam tidak bangkit menentang kerajaan yang zalim dan bahawa gerakan kebangkitan ini diletak sebagai tanggungjawab pemimpin Kelantan yang beroperasi atas prinsip Islam? Kamu kata kamu lebih Islam dari yang lain- maka mulai sekarang, selepas diajar oleh petunjuk banjir besar- jadilah pemimpin untuk menukar kerajaan yang zalim. Yang telah sekat bayaran royalti, yang mendiskriminasi negeri Kelantan dan menzalimi Kelantan dalam pelbagai bentuk?

Dalam Al Quran Allah menceritakan bagaimana bani Israel telah diturunkan laknat dan musibah kerana mereka durhaka dan engkar bangkit dan bangun menentang kerajaan yang zalim dan kerana memilih untuk duduk diam tidak mahu bangkit apabila kerajaan dan pemerintah zalim, menindas rakyat, rasuah dan curi harta benda rakyat? Quran 5:78-80.

Bagaimana  jika musibah dan bencana banjir kerana kita semua terutama orang Muslim berkelakuan seperti ynag diceritakan dalam ayat2 tersebut?

Maka, jangan kita jadikan bencana dan musibah untuk syarat bersatu padu. Jika demikian, mari kita doakan supaya lebih banyak bencana dan musibah melanda negara ini supaya orang Melayu bersatu padu?

Jangan kita jadikan musibah dan bencana serta kesusahan sebagai syarat bersatu padu. Kalau tidak ada musibah dan bencana alam, kita tidak perlu bersatu , begitu?

Isu yang saya mahu cakap disini ialah mengenai perpaduan Melayu. Isiu ini timbul semula ketika Kelantan dilanda banjir besar. Seorang ahli perniagaan merasakan hanya sebuah kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS boleh membangunkan semula Kelantan. dalam lain perkataan, rakyat perlukan wang kerajaan federal dan perlaksanaan kerajaan negeri atau ejensi kerajaan federal. Kerajaan perpaduan antara pas dan umno sekali gus akan menyatu padukan bangsa Melayu.

Gesaan untuk dua parti ini bersatu disambung oleh beberapa tokoh lain. Pemimpin UMNO sudah tentulah menyukai cadangan ini. Kerana cadangan ini juga akan menyelamatkan UMNO secara politik. Hasrat dan impian mereka disampaikan melalui jurucakap2 yang bertaburan. Seorang bekas ketua hakim yang jadi ahli Perkasa sebuah persatuan untuk pensiunan dan windbag, berkata Melayu mesti bersatu untuk menyekat kekuatan orang Cina.
Rupa2 nya orang Melayu mesti bersatu atas alasan dan prinsip menyekat kekuatan bangsa lain.

Jadi asas orang Melayu bersatu padu ialah rasa cemas dan takut. Ada setengah pemimpin PAS melihat, asas untuk bersatu padu ialah kerana kita sebangsa dan seagama. Mungkin pemimpin2 PAS ini lupa bahawa kesamaan bangsa dan agama tidak pernah menyekat satu golongan menzalimi dan membunuh mereka yang seagama dan sebangsa. 90% pembunuhan yang dilakukan keatas orang Islam di negara2 Arab dilakukan oleh orang Arab sendiri yang juga beragama Islam. Yang menembak dan mengebom lebih dari 100 kanak2 di Pakistan ialah bangsa Pakistan juga yang menjustifikasikan pembunuhan tersebut kerana mengikut mereka, ini ikut ajaran Muhammad saw.

Mari kita lihat apa sebetulnya prinsip untuk bersatu padu bukan sahaja untuk orang Melayu yang beragama Islam tapi yang boleh menyatupadukan bangsa Malaysia.

4 comments:

Emer 7 January 2015 at 10:16  

Assalamualaykum Pak Sak

This is what I had at the back of my mind since the flood hit east coast but dare not to spill out (yet). Waiting for the right time to politely dedicate it to all those ustazs. Bila Allah turunkan sesuatu bencana ia datang dengan sebab-sebab, boleh jadi barakah (kesedaran) dan boleh jadi murka (balasan). Only if they can see both, they would have not make pre mature conclusion or judgment

Anonymous,  7 January 2015 at 13:14  

Menggunakan alasan agama dan balasan Yang Maha Kuasa untuk menghalalkan kelemahan diri adalah antara ciri pimpinan yang bermentaliti bengap lagi bangang. Sikit sikit balasan Allah, sikit sikit Allah derhaka dan sentimen agama ini dipermainkan untuk faedah diri dan parti yang didokongi.

Inilah masalahnya kalau memilih pimpinan cuma berpaksi kepada kopiah putih dan serban besar. Sedangkan hakikat dan realitinya ramai golongan ini hanya mendapat kredit dalam subjek berkaitan tapi "togel" dalam sukjek subjek yang lebih memerlukan kepintaran akal dalam menganalisa. Bukan satu kebohongan untuk menyatakan bahawa golongan pimpinan kopiah putih dan serban besar ini kebanyakan mereka "hancus" dalam subjek sukjek mathematik dan sains yang memang diperlukan dalam kehidupan moden yang mencabar hari ini. Hal ini tidak boleh dinafikan.

Kalau tak percaya...mintalah pimpinan pimpinan kopiah putih ini paparkan rekod pendidikan mereka secara terbuka dan biar rakyat Malaysia menjadi saksi. Sebab itu bila satu satu kegagalan dihadapi, alasan agama dan ketuhanan sering dipergunakan untuk menutup kelemahan diri sendiri. Sentimen agama dipergunakan untuk menyakinkan kebanyakan Melayu yang taksub membabi buta tanpa mahu mengguna akal anugerah Allah secara bijak.

Kita tidak menafikan takdir Allah serta kebesaran Nya. Namun mencampakkan semua kegagalan kerana takdir Allah itu bukan suatu yang betul dan tepat. Allah jadikan manusia sebagai makhluk paling mulia yang dilengkapi akal. Apakah akal yang diberi hanya mampu mengaitkan semua perkara disebabkan takdir?. Apakah tidak pimpinan ini mahu bertanya apakah mereka telah menggunakan akal secara maksimum dan betul untuk menguruskan alam ini dengan cara yang cukup bijak dan selaras dengan jalan Allah.

Hudud bukanlah segala galanya. Ada keutamaan dan prioriti yang perlu diselesaikan dulu. Betapa bengongnya mengaitkan kemurkaan Allah kerana hudud tidak dilaksanakan lalu musibah banjir diturunkan dengan lebih besar skalanya. Soalnya adakah Allah lebih memurkai orang orang di Kelantan, Terengganu atau Pahang kerana menolak hudud?. Bagaimana dengan Pulau Pinang, Kedah, Sarawak atau Singapura misalnya?. Allah lebih menyayangi Singapura dan Pulau Pinang melebehi KElantan dan Terengganu?

Inilah bahananya bila golongan yang bukan ahli diletakkan ditempat yang salah. Perlu ingat bahawa kopiah putih dan serban besar tidak mungkin mampu menjanjikan apa apa lebih lebih lagi kalau kemampuan dan ilmu dalam diri tidak cukup apa tah lagi ditambah dengan sikap diri yang hanya bijak memainkan sentimen dan kebaikan rakyat untuk kepentingan peribadi.

Anonymous,  7 January 2015 at 20:33  

the big flood happened just a few days before the state was about to meet to discuss about implementing hudud law in the state, resulting in the postponement of the meet. is this some kind of divine message?

bumi-non-malay 8 January 2015 at 04:22  

Melayu , rakyat Malaysia sekarang mula sedar bahawa UMNO - Najib bukan Allah lagi....Ingat dengan alat2 Media RTM, NSTP, TarBernama utusex, gambar2 Najib atas sampan, tunjuk sini-sana, macam Napoleon Commander in Chief ...bagi Hamper, beras, nasi.... Kawasan yang dilanda Banjir belum lagi Pulih.....selepas 3 minggu....TAK AKAN Pulih Selepas 6 bulan Pun.....macam Negara Malaysia tak akan pulih lepas 60 Tahun Kecuali UMNO-BN sekali gus diBUANG kedalam longkang Besar dan diKUBURKAN!!

Semasa Najib Buat Action sandiwara...Kapalterbang Resmi Rakyat Malaysia diguna oleh Empress Rosmah buat shopping ber JUTA-JUTA $$$$ Ringgit... Mana ada Bencana mengikut Keluarga Elit UMNO...semua gembira, riang ria.... BBB.... Bangkit Bantah ...BUANG>>>> UMNO-BN!!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP