Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 31 January 2015

Hikayat 1MDB- Ceritera ke2: 1MDB bukan SWF dan bukan guna duit rakyat.



Bila 1MDB menerbitkan bond pertama nya RM5 billion, pegawai 1MDB semua menyatakan ini sebagai suatu breakthrough. Mana pernah ada bond diterbitkan selama 30 tahun pada kadar kupon rate 5.9%? ini pencapaian yang unik.

Perbandingan dengan bon yang diterbitkan oleh PETRONAS selama 3 tahun pada kadar 3% tidak tepat. Peminjam yang beri tempoh 30 tahun mesti dapat pulangan yang lebih tinggi. Rakyat harus berbangga dengan pencapaian ini.

Tapi kalau pulangan nya hampir 6% mengapa tidak bentuk Trust Fund didalam negara sendiri? Semua rakyat Malaysia yang banyak duit dan patriotic akan membeli bond tersebut. Siapa nak beri pulangan 6%?

EPF pun tak beri kadar tersebut apatah lagi bank2 biasa.

Ok kita jangan banding dengan PETRONAS. Dengan Indonesia boleh? Bank Pusat Indonesia telah jual bond 10 dan 30 tahun pada kadar pulangan 3.5%.  Jadi kenapa 1MDB jual bond pada kadar 5.9% dan ada kadar diskaun 20%? 

Maka kalau dalam suatu  pertemuan ada yang kata somebody is going to jail, mungkin ianya akan benar terjadi. 


Rupa nya ramai tak faham. Saya tak faham. Dr Mahathir tak faham.

1MDB bukan Sovereign Wealth Fund. Bodoh kita semua. Saya bodoh takpelah. Tapi Dr Mahathir?

Ia sebuah firma biasa yang melabur dalam industry2 strategic. Sovereign Wealth Fund melabur wang durian runtuh atau windfall gains DILUAR negara.

1MDB labur SANA SINI dalam industry strategic- dia gabung dengan strategic partners dan menarik pelaburan asing lansung.

Ini perbezaan yang besar. Ramai orang tidak faham. Saya tidak faham. Dr Mahathir rupa2 nya tak faham. Bukan saya kata. Tan Sri Wok Lodin Kamarudin yang kata.

Tapi Dr Mahathir , saya dan ribuan rakyat tahu satu perkara sahaja. Bila ada skim nak gasak duit rakyat. Why drag the country and our economy into the business adventures of a company performing as a private limited company?

Kita faham bila ada bahaya yang dihalakan kepada Malaysia akibat tamak haloba dan Malaysia akan tanggung kerakusan tersebut.

Jangan insult our intelligence dengan mengatakan 1MDB ialah seperti private limited company. Ianya syarikat milik kerajaan dan secara ekstensi, milik rakyat. Sebab itu ada penasihat nya PM, pemantauan operasi nya dilakukan oleh 3 lapisan pengurusan . apa yang dlakukan oleh 1MDB melibatkan kerajaan dan rakyat.

Kita hendak membelah  rambut/we want to split hairs dalam kes ini,  tidak mengapa. Kerajaan boleh guna istilah apa pun mereka suka. Tapi ianya tidak memberi alasan langsung untuk sesiapa pecah amanah rakyat. Dalam kes seperti 1MDB ini apa amanah nya?

Rakyat semua beri amanah kepada kerajaan yang menjaga dan mengurus  kesihatan ekonomi kita supaya jangan cuai dan salah kelola MENDEDAHKAN seluruh negara kepada musibah ekonomi dan bencana ekonomi.  

Mempunyai modal berbayar RM1 juta tapi boleh isiu bon dan pinjam beribu billion Ringgit ( sekarang 42,000 juta ) samalah seperti syarikat 2 Ringgit paid up capital diberi pinjaman dan monopoli bisness. Business model yang sama digunakan.

Dalam parlimen-ada kita dengar pandangan discredited dari ahli BN yang mengatakan mengapa pembangkang hendak sibuk, kerana in bukan duit rakyat?

1MDB pinjam duit dari bank dan menerbitkan bon2- sukuk lah dan lain2 kertas pemiutang. Dan dengan pinjaman serta penjanaan wang itulah, 1MDB berniaga.

Hooray- lega kita mendengar pandangan tersebut dan bolehlah kita tidur lena.

Bolehkah sebuah firma persendirian dengan modal berbayar hanya RM1 million mempunyai wibawa dan kapasiti untuk menerbitkan bon dan membuat pinjaman berbillion Ringgit dan ribuan ganda dari modal berbayar?  

Ia hanya boleh melakkukan demikian jika: Ia mempunyai asset yang menjana pendapatan berulang untuk membayar pinjaman- pokok serta faedah. Asset yang paling mahal ialah backing dan jaminan kerajaan Malaysia.soalan: kenapa kerajaan mempertaruhkan kesihatan ekonomi kita kepada syarikat beroperasi sebagai private company ini?

Kedua, oleh kerana mahu beri kredibiliti kapasiti membayar- 1MDB kena ambil alih sumber penjanaan pendapatan berulang. Bisness yang sedia ada seperti stesyen jana kuasa dari Ananda, dari Genting dari keluarga diraja negeri Sembilan dan entah apa lagi.

Kerajaan terpaksa berhempas pulas( don’t kid us lah) menganugerahkan asset seperti tanah pada harga yang murah untuk mentransformasi tanah2 tersebut kepada hartanah yang lebih bernilai.

Jika begitu baiklah kita benarkan 1MDB jual Malaysia.

Nyatalah itu pandangan yang membohong rakyat. Semua usrusniaga yang dilakukan oleh 1MDB ada bersangkutan dengan rakyat kerana

(1) 1MDB ialah milik 100% Kementerian Kewangan (2) semua urusniaga pinjaman dan penerbitan bon diJAMIN oleh kerajaan. Modal berbayar RM1 juta pun kerajaan yang beri. Tanpa sandaran kerajaan yang memegang amanah dan kepecayaan rakyat, 1MDB tidak mungkin dapat meminjam dan tanpa anugerah asset2 oleh kerajaan, 1MDB mestilah kekal hanya sebagai sebuah firma biasa.

Jadi, segala apa yang dilakukan oleh sibudak nakal 1MDB ini melibatkan kerajaan dan melibatkan kesan buruk kepada kita.

Jangan kita berbangga dengan bantuan selamatkan oleh loceng Ananda Krishnan. Dimana duit berbillion Ringgit yang disebut oleh Arul Kanda sebagai sudah di redeemed sepenuh nya?  Kenapa tidak digunakan wang tersebut.

Sahlah duit itu tidak ada dan ini membayangkan bahawa 1MDB mempunyai liquidity problem sehinga terpaksa diselamatkan oleh seorang pendatang yang mempunyai beberapa monopoli bisnes diMalaysia. Ini kes Alimuthu menambahkan amalan Alibaba. Tidak pula kita dengar Perkasa atau Isma membantah perkara ini.

Tolak tepi perkara itu, apa ramifikasi nya kepada ekonomi kita?

Pelabur asing khususnya pengurus dana yang memegang 40% pinjaman dan memgang bon2 Malaysia akan merasa gementar dan hilang kepercayaan kepada syarikat Malaysia yang dijamin kerajaan dalam urusan berniaga. Meraka akan lihat bahawa jika hutang RM2 billion ini yang ditangguh tangguh kerana tidak ada liquidity rupa nya, mengisyaratkan bahawa hutang yang lebih besar tentu tidak dapat dibayar.

2 perkara akan berlaku paling minima. Pertama, ianya akan menyebabkan panic dikalangan pelabur dana dan mereka akan bawak lari modal keluar. Ke2- pinjaman akan dikenakan faedah dan kupon rate yang lebh tinggi menyebabkan kos memperolehi wang menerukkan Malaysia.

Jangan2 main main ekonomi negara. Ini bukan kesan yang didatangkan oleh firma biasa. Kesan akibat dari kerakusan dan lemah tata-kelola akan menyebabkan bencana dan musibah ekonomi.

Setakat ini kita belum lihat penglibatan pelabur asing. Syarikat pak Arab yang minat dalam pemajuan hartanah di TRX dan Bandar Malaysia nampak nya sudah menarik diri. Firma dari China dilapurkan minat hendak labur di SCORE Sarawak; walaupun saya tertanya tanya kenapa pelaburan seperti ini tidak boleh diusahakan oleh MITI? FDI bukan tidak biasa dilakukan oleh MITI dan lawatan perniagaan yang selalu dilakukan oleh PM.

Sekali lagi kepada semua orang yang tak faham- termasuk Dr Mahathir, ingat pesanan Wok Lodin- 1MDB bukan SWF. Ia syarikat biasa dengan RM1 juta modal berbayar yang menumpu kepada projek strategic yang dibangunkan dalam bidang jana juasa, pemajuan hartanah, pelancungan dan perniagaan asas tani.

10 comments:

Anonymous,  31 January 2015 at 10:36  

PENGKHIANAT PENGKHIANAT INI SUDAH BERLEBIHAN SANGAT DIATAS PERBUATAN MEREKA TERHADAP RAKYAT NEGARA INI.PENIPUAN TIDAK BOLEH TERHENTI.DAN DANA NEGARA BANYAK DISALAH GUNAKAN OLEH PUAK PUAK LAKHANATULLAH INI.MEREKA MEREKA INI DI LINDUNGI OLEH PIHAK PIHAK TERTINGGI PENGUASA YANG GILA BABI RASUAH SERTA ROSAK AKIDAHNYE.ADA KAKITANGAN SAPERTI MEJOR ZAIDI YANG TULUS IKLAS DALAM KERJA NYE DEMI UNTUK NEGARA PUN TIDAK SAMA SEKALI DIHIRAUKAN.BETUL DALAM SEMBANG SEMBANG KEDAI KOPI.APA NAJIB SERTA KERAJAAN NI NAK PEDULIKAN RAKYAT DAN NEGARA SEDANG AL TANTUYA YANG SARAT MENGANDONG PUN LAGI SANGUP DIBUNUH DGN BEGITU KEJAM.DAN SETERUS MENGUNAKAN MAMAT SAPERTI GHANI TIMBANG TAHIL DAN ARAHKAN KUNCU KUNCU YANG BERKUASA YANG LAIN INI UNTUK MEMPERTAHAN KAN SALAH LAKU KESALAHAN MEREKA.YA ALLAH YA TUHAN KU KAU LAKHANATKAN LAH KESEMUA MEREKA INI TERMASUK LAH ZURIAT ZURIAT DAN IBU BAPA MEREKA,ORANG YANG BERSENGTONGKOL DENGAN MEREKA SERTA KAKI TANGAN KERAJAAN YANG BERSAMA DENGAN MEREKA.HANCURKANLAH MEREKA YA ALLAH YA TUHAN KU.AZAP KAN LAH MEREKA MUSNAHKAN LAH MEREKA YA ALLAH YA TUHAN AMIN

Anonymous,  31 January 2015 at 12:00  

‘Ini kes Alimuthu menambahkan amalan Alibaba. Tidak pula kita dengar Perkasa atau Isma membantah perkara ini.’

Hal tu terlampau complicated bagi organasasi tu!

Mereka hanya tau ajaran Islam, Ketuanan Melayu tu sah’ja. Lagi pun kefahaman tu adalah interpretasi diri sendiri nya, bukan ada peer review yang sedalam.

Kesimpulannya, kefahaman yang dicipta orang troglodyte!

So, apa dato expect lagi!

kampong lad 31 January 2015 at 12:50  

modal/rugi dari rakyat (public), untung hak persendirian (private). teringat cerita ali baba & 40 penyamun - buat biz import saja.

Anonymous,  31 January 2015 at 20:47  

Bolihkh di beri sedikit cerahan...yang jadi Chairman 1MDB tu yang begelar Wok Lodin tu yang pernah jadi GM Fraser Hill Corporation kah?
Jika yang sama amat hairan saorang yang tak dapat kendalikan Bukit Frase dengann sempurna pula dimandatkan jaga !MDB pula?
Pandai cium tangan jauhpangkat diamanahkan ye?

dt rahman pekan 31 January 2015 at 22:01  

'bom jangka'. saya rasa beban yg perlu d pikul olih arul kanda amat berat.jika dia juga menyerah kalah maka sah lah 1MDB dlm keadaan kecamuk. kita lihat dan tunggu.

Anonymous,  1 February 2015 at 10:00  

MACC mana???????????????

Anonymous,  1 February 2015 at 14:00  

Haha Dato'.. You're must be joking if you expect Perkasa and ISMA to make noise. Mereka tak faham pun isu 1MDB ni.

Pok Li

GBU 1 February 2015 at 15:45  

From BMF To PERWAJA TO PKFZ TO NFC and TO 1MDB WITH LOVE. What else after this? This is an evidence of how much and deep UMNO BN really love Malaysia and the rakyat.

Our Police and Malaysia Anti-Corruption Commission is said to be among the best in the world. Unfortunately, none of the pirates involved were arrested so far. Are 1MDB will repeat the same thing ?. Very scary...

Anonymous,  1 February 2015 at 21:44  

Rafizi just told us that a billione USD loan (RM3.6 billione) is due for repayment come Sept. I think sure cannot repay. I bet that thamby Arul is having a hard time looking for mullah to service ALL the loan interest.

If this Sept there's a default...then a cross default onto other loans of the "SWF"...then pray to God also won't help! Sei Lor!

The Ah Ma of Ah Ma of Ah Ma of financial scandals is already on us.

Anonymous,  3 February 2015 at 11:38  

Dato,

Recent events r pointing to a very stretched M'sian economic outlooks.

The debacle in 1MDB does help in worsening the gloomy forecast.

In fact, it looks more likely to be the possible last straw that breaks the camel's back.

However, the 1MDB story is been manipulated recently to play 2nd fiddler to other popular issues related to race & religion.

The current one standing out glaring in the face is the issue of short selling RM by a local Chinese tycoon.

Many, including brainless politikuses, have jumped onto the bandwagon to earn political brownie by stirring this issue to the boil.

There were two VERY clear-headed articles in the MalaysianInsider;

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/currency-manipulation-and-economic-sabotage-hisham-h

&

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/datuk-tongs-sms-chat-was-icc-photoshoped-sir-wenger

Both r using economic & web publication technicalities to dispute the alleged short-selling of RM.

Unfortunately, these articles were been displaced quickly by those hot-selling race/religion stir-flies. Many readers, especially the Joe M’sians, also don’t understand the principles involved due to the technicalities used.

Perhaps, Dato could produce a simplified & easily understood Bahasa Melayu version to educate yr readers about this short-selling.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP