Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 29 January 2015

Hikayat 1MDB








Lagu diatas saya dedikasikan kepada Tun Dr Mahathir. Saaya mohon, demi Malaysia, Dr Mahathir jangan berhenti mendedahkan incompetence Najib sebagai PM dan menteri kewangan.
Negara akan jahanam jika dibiarkan. Please continue to ask Putrajaya to come clean with1MDB. Jjika dibiarkan, betul2 akan menjadikan 1 Malaysia Dalam Bahaya.

Sudah banyak ulasan teknikal yang di lakukan keatas isiu 1MDB. Kita boleh baca The Edge Malaysia, Tony Pua, Rafizi Ramli, Anil Netto, Ousyed The Box dan lain2. Blogger terakhir telah disenaraikan sebagai duri dalam daging oleh askar cyber UMNO.
We cannot say we are unhappy about this development.
Mari kita leraikan isiu nya dari sudut yang lain.
Mula dengan bertanya, kenapa 1MDB ditubuhkan? Perlu atau tidak 1MDB diujudkan sebermulanya?
Asset 1MDB secara pukul rata nya ialah jaminan kerajaan. Takde jaminan kerajaan dan tidak ada penjualan asset yang sengaja direndahkan harga, 1MDB is just a glorified State Owned Enterprise.
Surat sokongan kerajaan, tidak perlu dolak dalih, secara efektif nya ialah surat jaminan. Kalau tidak ada surat jaminan, adakah kita ingat mana2 bank nak beri pinjam?
Kita sudah ada khazanah Nasional  Berhad. Jadi kenapa kita hendak reinvent the wheel? Kita ada TNB yang ada kemahiran dalam penjanaan kuasa letrik dan tenaga.  Kita ada berpuluh syaikat pemaju hartanah yang ada rekod baik untuk membina kediaman golongan T20. T20 golonan 20% teratas- geng maha kay. Dan kita ada PETRONAS untuk bisness minyak dan gas dan pemasaran teknoloji cari gali.
Jadi kenapa? Untuk buat pelaburan supaya mendapat hasil lumayan? Hasil lumayan yang diimpikan itu apa? membentuk Malaysia menjadi pusat industry penjana kuasa , minyak dan gas serta eksplorasi minyak serta gas?
Dan menjadikan Malaysia pusat pemajuan hartanah? Tun Razak Exchange TRX. Tanah ini dijual dengan harga yang murah kepada 1MDB. Tanpa berbuat apa2, tanah hanya perlu dinilai semula, TRX sudah untung ratusan juta. Penilaian semula ini yang menyelamatkan akaun 1MDB. Demikian juga tanah sungai besi yang dibeli pada harga murah. Dinilai semula memberi 1MDB keuntungan. Sekali lagi selamatkan 1MDB.
Tapi ada siapa tanya, siapa yang memutuskan harga jualan? Siapa yang membuat penilaian? Siapa yang memutuskan menjual tanah TRX pada harga yang murah? Siapa yang memutuskan jual tanah Sungai Besi pada harga rendah? 
Orang yang ada dalam inudustri ini sudah lama tahu- ia telah menjadi modus operandi mereka yang berkuasa membuat keputusan dalam kes seperti ini untuk ambil komisyen dan tipu harga. Kalau berani adakan odit keatas penjualan tanah TRX dan Sungai Besi.
Akhir nya tanah2 ini apa jadi? untuk jadi taman permainaan/lplayground  bank, bankers dan pengurus dana, bandar Malaysia untuk perumahan orang kaya. 10 juta rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan dahulu sekarang dan selama tak mampu hendak memiliki asset dalam kawasan2 tersebut.
Tanah Air Hitam Pulau Pinang untuk 10,000 rumah mampu milik penduduk nya Melayu semua? Saya khuatir itu hanya omongan kosong. 1MDB is market driven- takde duit bina rumah kos rendah dan kos sederhana. 1MDB tidak mungkin melaksanakan nya. Kita kan ada PRIMA? Kita ada syarikat perumahan negara.
Orang yang terpekik terlolong bercakap mengenai membina rumah mampu mulik- mereka tahu tak tunggakan hutang pembeli kepada kerajaan untuk rumah kos rendah dan rumah kos sederhana?
Semua ini menunjukkan bahawa 1MDN hanya satu fasiliti untuk seengah kumpulan gasak duit.
Kenapa ianya di tubuhkan sebermula nya- in the first place? Kerana Najib merasakan perlu membuat suatu inovasi untuk menambah perasaan megalamoniac nya? Kita jangan tertipu dan deceived oleh kepoyo-an Najib- he is a megalomaniac.
Semua dengan awalan 1- 1 Malaysia itu dan ini. Klinik dan kedai 1 Malaysia. Semua ETP, GTP, CTP, PTP – semua pancaran idea besar2. Ironi nya- pengisian tidak ada, soldadu jalanan untuk menyampaikan pemikiran nya kebawah tidak ada. Tidak ada guru kaka untuk mengembangkan pencak nya. Bubble gum belum sempat besar sudah pecah.
Nasib yang sama menimpa idea besar Najib dalam 1MDB. 1MDB sedang segera menjadi suatu yang kita sedar sekarang tidak diperlukan. Pertama kita sudah ada dana berdaulat atau sovereign yakni khazanah nasional berhad. Kita tak perlu bangunkan kemudahan dan struktur baru dan tidak perlu tunggu untuk nikmati hasil. Jika kita hendak menjadikan Malaysia pusat atau hub industry penjanaan kuasa, minyak dan gas- kita sudah ada Petronas dan TNB. Baik kita suruh TNB ambil alih semua IPP dalam negara ini ata ujudkan TNB1 , 2 dan 3. .
Akhirnya kita tidak memerlukan 1MDB untuk memajukan hartanah sama ada di TRX, atau Sungai Besi atau Air Hitam atau for that matter dimana2 pun. Ecoworld membangunkan suatu kawasan baru di UK menyaingi SP Setia di Battersea Park UK. Apa yang luar biasa yang diperlukan untk membangun TRX, Bandar Malaysia atau kosmopolis Air Hitam atau bandar 1Malaysia Blackwater  atau 1Mamakville?
Jadi kita jawab kenapa 1MDB di ujudkan?
Kenapa akaun dan wang disimpan dalam Akaun di Cayman Islands dan diurus oleh pengurus dana yang kelabu latar belakang? Nama pengurus dana tersebut ialah Bridge Partners. Firma ini beroperasi di Hong Kong.
Cayman Islands terkenal dengan offshore banking. Orang meyimpan duit disana untuk disembunyikan. Duit hasil rasuah, komisiyen , duit yang asal usul nya mencurigakan disimpan dalam banyak offshore banks. Kerana offshore banks atau Cayman Islands itu sendiri mempunyai undang2 keras melindungi kerahsiaan transaksi.
Mengiikut lapuran kumpulan wang yang terbanyak yang pernah di capai oleh Bridge Partners ialah  ialah wang dari 1MDB. Kenapa tidak gunakan pengurus dana yang setara dengan Goldman Sachs?  Mustahil Bridge Partners sehebat Goldman Sachs International?
Berapa banyak 1MDB kena bayar kepada Bridge untuk redeem wang sepenuhnya? Kenapa park wang tersebut di Cayman Islands- ini macam hendak sorok dari pandangan orang dan membenarkan segala muslihat dan silap mata berlaku. Kenapa tidak kembalikan wang tersebut ke Malaysia untk diurus oleh pengurus dana ynag berreputasi tinggi? Taruh wang rakyat depan mata supaya pemantauan lebih mantap dan kukuh. Letak duit di Cayman Islands macam nak launder wang sahaja.
Dengan segala jawapan auta dan putar alam, rakyat ada asas untuk percaya bahawa 1MDB di ujudkan untuk menjadi conduit mencuci segala wang yang diperolehi secara haram di Malaysia. Disana kickbacks, tumbuk rusuk dan segala macam sogokan boleh di permudahcarakan?
Apa sebenarnya wawasan yang mahu Najib persembahkan?  Bahawa Malaysia yang di pm-kan oleh dia berjaya menubuhkan sovereign fund yang berpangkalan di luar  mampu membuat pelaburan diserata dunia dalam bidang penjanaan kuasa dan minyak serta gas dan eksplorasi dan memajukan sector hartanah?
Bukankah ini semua boleh dilakukan oleh syarikat dan firma yang sedia ada yang sudah pun mempunyai expertise? Dan apa 1MDB buat- pinjam wang, menerbitkan bon dan menyalur wang?
Bagaimana vision Najib ini hendak dicapai? Sekarang ini tanpa apa2 melainkan perniagaan atas angin- menerbitkan bon dan meminjam wang yang dijamin oleh kerajaan.
1MDB Nampak nya segera menjadi harimau yang Najib tunggang dan dia sekarang tidak tahu macam mana hendak turun.
Dr Mahathir dengan senapang gajah nya mahu tembak itu harimau atau Najib?

13 comments:

Anonymous,  29 January 2015 at 17:48  

Nice songs Pak Sak.. Hope Dr Mahathir enjoys these as much as i did... TQ..

1MDB was an interesting write up which should reach Rural Malaysia to create awareness of the populace.

Taru

29 Jan 2015

GotBackUp Malaysia 29 January 2015 at 18:02  

Dato,

துன் மகாதீà®°் ஆடினாà®°் என்à®±ு பாடல் புà®°ிந்து கொள்ள à®®ுடியுà®®் கொள்ளவுà®®்.

CEO 1MDB baru yang diharapkan lebih telus dan dapat membuat pencerahan, juga ikut membisu tentang 1MDB. Barangkali beliau juga dinasihatkan tutup mulut dan jangan banyak cakap, takut terlajak cakap, terburai pula apa yang patut ditutup. Harap BNM jangan selamanya ikut membisu sama.

Kes 1MDB menjadi bebanan Najib dan UMNO BN. Rasanya Najib pun tahu ini. Kengganan menjelaskan kedudukan 1MDB yang sebenar lebih meracuni Najib dan kesangsian rakyat terhadap 1MDB akan lebih memudaratkan beliau sendiri. Sopak dan kurap dibahagian dalam tubuh, jika tidak segera rawat, akhirnya akan merebak dan tetap diketahui orang juga. Kenapa didiamkan? Apa yang mahu disembunyikan?

Anonymous,  29 January 2015 at 19:15  

CEO 1MDB baru buat balik nasi kandar saje dari cayman island...

Anonymous,  29 January 2015 at 19:22  

If 1MDB cannot repay it debt, how much impact it will affect our nation. Ordinary people don't know much. Can Datuk show 1or2 example.

Anonymous,  29 January 2015 at 21:01  

As one commentator said in Malaysia Insider today, "if a Home Loan Installment Payer defers by 3 times the Bank will Claim the House, NOT say that they have confidence in the Home Buyer and extend the Loan. What UTTER RUBBISH ..."

Anonymous,  29 January 2015 at 22:20  

Dato, can we say the whole tragic saga 1MDB originated as the "brainchild" of that stupid swollen egghead Chink who ploted with his alter ego to come up with this brainless scheme?

Unknown 30 January 2015 at 00:34  

At this point in time, no one needs any convincing that Malaysia is going downhill and to end up falling into a big and deep hole. No Arul Kandas or Anandas or all of MIC are going to be able to save us: except for us to backtrack, reevaluate the situation, recognise our blunders and go for a Vote of No Confidence on the PM!
This is needed before it gets more dire and the unthinkable happens: we get deeper into the hole and need to be BAILED OUT by the IMF, the very body we boasts not too long ago that will never ever be our "Masters"!!!
If we do not want to be "dijajah", to quote Dr. Mahathir, our seemingly way out is to get rid of Najib and the Fat missus, of course assuming that UMNO/BN still have some semblance of sanity! GE14 is the solution and the earliest this is done the better would our chances of survival be! No glorified banker is going to keep us from going downhill.
Just my 2-cent take, but be forewarned.

bruno,  30 January 2015 at 01:15  

If 1MDB cannot service it's debts then the company is in deep trouble.Whether it is a sovereign fund or GLC,it does not matter.No money to fulfill it's obligation means that the company is broke.Being a gomen backed company means that the gomen is broke too.

Greenbug 30 January 2015 at 01:52  

It was reported in Indonesia 1MDB paid USD45 million for an old coalmine in Riau, Sumatera. The going market price for a GAR5000 grade thermal coal is around USD0.50 per metric ton so USD45 million should get them a coalmine with proven 90 million tons deposit to last 30 years coal supply.... but news also have it there isn't much coal left in the coalmine wakakaka...

Anonymous,  30 January 2015 at 07:59  



Dulu:

Mahathir lawan Najib-Rosmah lawan Anwar Ibrahim

Sekarang:

Mahathir-Daim lawan Najib-Rosmah lawan Anwar Ibrahim ?

Selama-nya:

Kabajikan masyarakat warganegara Malaysia (terutama nya Si Miskin) tidak di dahulukan.

Si Miskin: orang Melayu (penduduk kampung), orang Cina (penduduk New Villages atau Kampung Baru), Orang Asli, orang India (penduduk ladang getah dan ladang kelapa sawit), bumiputera
Sarawak dan Sabah (penduduk kampung)

Phua Kai Lit


dt rahman pekan 30 January 2015 at 12:28  

yb , pd pendapat saya
pengunduran pm najib secara paksa ; paksa/rela atau dengan rela pada masa terdekat bergantung kpd fakta2 d bawah :

1) beliau d kaitkan secara langsung dgn kematian altantuya.kenyataan2 sirul n azilah akan memberi gambaran jelas. razak baginda, rakan karib pm najib sudah pun mula bersedia meringankan beban ini dgn mengambil t/jawab sepenuh nya ke atas kematian/pembunuhan wanita tersebut. malang nya beliau bukan menjernih kan keadaan tetapi mengeruhkan nya lagi.

2)kemilut 1MDB dpt d atasi dan segala tindakan dpt d pertahankan serta memuaskan hati pengkritik yg sedang memerhati dgn teliti. terbaru kita mendengar ananda Krishnan bersedia membantu dgn memberi pinjaman sementara bagi membolihkan 1MDB membayar hutang yg sudah lama tertangguh kpd bank2 berkenaan. namun pm najib masih lagi memberi penjelasan mengenai banyak perkara2 berbangkit yg lain saperti aktiviti2 pelaburan ; kedudukan wang yg d simpan/d niaga kan cayman island ;status wakil2 1MDB yg membuat pelaburan dan pembelian asset yg jauh lebih tinggi drpd 'harga pasaran'.

3)kata pemutus drpd 'the special one' [tun m] agar pm najib mengundurkan diri.[which is most unlikely contrary 2 what many people believe ].tun m hanya menarik balik sokongan terhadap pentadbiran pm najib. saya percaya jika pm najib telah pun mengambil 'corrective action' saperti saranan beberapa 'elder statesmen ' maka tidak mustahil sokongan akan d kembalikan. tun m still has a soft spot 4 pm najib.

tahun ini adalah masa yg amat kritikal buat pm najib. saya percaya tekanan yg beliau alami sekarang amat berat sekali dan orang2 kanan serta penasihat beliau nampak nya gagal sama sekali memberi dokongan yg bermakna. jika semangat nya kurang kental sudah lama pm najib tumbang.

yb this is my honest opinion. Salam.

Anonymous,  30 January 2015 at 18:06  

Dato,
I think your lagu dedicated to Tun is the best.Need to get the translation though.

Quiet Despair,  2 February 2015 at 18:41  

Mr Anon 07.59.
A simplistic equation which made me nearly pee in my pants.
Let me be a simpleton too.
Rosmah lawan Anu-War, Rosmah tetap menang. Anu-War is no equal to Rosmah.
Rosmah lawan Najib, Rosmah mungkin menang.
Seriously our aunt has guts. Don't be surprised if she is our next PM.
I have more hope and trust in her than Anu-War!


  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP