Yang Kamu Semai, Itulah Yang Kamu Tuai!
Saya ada
membaca suatu berita yang menyatakan bahawa orang Melayu Johor akan menyekat
kemaraan PR. Kenyataan itu boleh jadi ada kebenarannya. Tambahan pulaPR tidak
pernah menyasarkan kemenangan total di Johor. Kita pun tahu- mustahil lah UMNO
kalah semua. Mereka akan menang di Pekan. mereka menang di Pagoh. Kita hanya
menyatakan UMNO akan kalah secukupnya untuk membolehkan PR memerintah.
Kita tahu
UMNO cukup kuat di Johor dan orang Melayu Johor cukup tebal dengan semangat
keUMNOan mereka. Bacaan harian mereka selepas Subuh selain Yasiin, ialah Utusan
Malaysia dan tontonan mereka ialah TV3. Kita semua tahu jenis orang Melayu yang
membaca dan menonton dua jenis media ini. itulah yang menerangkan mengapa
Melayu Johor sokong UMNO.
Namun,
terdapat juga kelompok Melayu yang sedar bahawa sokongan membabi buta kepada
UMNO adalah merugikan. Sokongan kepada manusia adalah sokongan bersyarat- yakni
qualified support bukan nya absolute support. Kita menyokong
kerajaan dan pemerintah selagi mereka bersikap adil.
Atas dasar
itu, untuk negeri Johor cukup setakat 9-12 kerusi parlimen jatuh ketangan PR. Bila
PR pegang kerajaan persekutuan, kita akan tahu asal usul MP dan ADUN UMNO. Belum
sempat teh tarik segelas habis, mereka akan lompat masuk PR.
Biarlah mereka
berada dalam alam mimpi mereka. Mereka tidak terbayang bahawa UMNO akan tewas. Tapi
2008 membuktikan bahawa UMNO tidaklah sekuat yang mereka sangkakan. Calun UMNO
pun hanya memperolehi 2juta undi orang Melayu. Majority Melayu sudah menolah
UMNO. Ertinya, bumi diatas mana mereka berpijak sudah berganjak dan beralih. Profail
pengundi telah berubah. Rakyat memiliki kesedaran social yang kian meningkat.
Pemerintah dan
kerajaan tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang memaksa keatas mereka;
kerajaan dan pemerintah ada suatu wadah yang melalui nya, rakyat mencapai
matlamat dan objektif2 tertentu. Ertinya, rakyat mulai sedar, bahawa baik atau
jahat sebuah kerajaan bergantung kepada mereka yang membentuknya. Bila mereka
sedar meraka yang sebenarnya berkuasa, maka kuasa untuk membetulkan keadaan pun
ada dalam tangan mereka.
Maka hari
ini, kesedaran social yang paling bernilai ialah kesedaran bahawa pemerintah
yang adil adalah pemerintah yang disembah, pemerintah yang tidak adil adalah pemerintah
yang disanggah. Sementara pemimpin UMNO korap dan bongkak, orang Melayu sudah
bertambah yakin kepada diri mereka sendiri.
Tanda2 UMNO
kalah sudah menjadi nyata. Orang UMNO tidak pernah sasau melakukan kekasaran-
membuang poster lawan, menyimbah cat dan membaling batu, mengacau ceramah parti
lawan, membuat ugutan fisikal, menyekat pergerakan pihak lawan dan sebagainya. UMNO
Dato Onn sehingga UMNO Hussein Onn tidak pernah melakukan perkara ini.
Hari ini
semua perkara ini suatu kebiasaan kepada ahli UMNO seolah olah pemimpin UMNO
mengajar anak buah nya tidak disiplin. Ini
semua menandakan UMNO sudah berada dalam keadaan cemas. UMNO sanggup
mencetuskan kacau bilau apabila melihat zaman pemerintahan nya akan berakhir. Kalau
UMNO mempunyai rekod yang baik seperti yang dipekikkan oleh Dato Najib, apakah
yang hendak ditakutkan? Bukankah kita
hanya perlu menunjukkan satu jari, semua masaalah akan selesai?
Kerana rekod
UMNO adalah rekod yang memyembunyikan agenda peribadi pemimpin mereka. Yang kaya
ialah Melayu terpilih, Cina terpilih dan India terpilih. Parti Melayu terpilih
dan golongan istimewa ialah UMNO, MCA dan MIC. Kepentingan parti ini bukan sama
dengan kepentingan majority rakyat Melayu, Cina dan India.
Dasar UMNO
menyebabkan orang Melayu dipinggirkan. Sehingga Mahathir yang berkuasa selama
22 tahun menyatakan bahawa orang Melayu mengemis dinegara sendiri. Memang benar-
setelah 55 tahun berkuasa , UMNO menyebabkan 8.5 juta orang Melayu hidup dengan
pendapatan tidak melebihi RM1500 sebulan. Perbezaan pendapatan antara kaya dan
miskin paling besar dikalangan bangsa Melayu sendiri. Yang kaya dapat buat
bilik pamiran Ferari bergarga RM20juta, yang miskin hendak beli ikan Kembung
RM17 sekilo pun, sangat terdesak.
Siapa yang
mengakibatkan semua ini? UMNO.
Orang Melayu
ketinggalan dalam banyak bidang. Baru2 ini , baru orang UMNO sedar bahawa
graduan Melayu sukar mendapat kerja dan menyalahkan orang Cina. Mengapa UMNO
menyebabkan Cina menguasai ekonomi? Kamu yang kawal semua sumber ekonomi,
menguasai kuasa kerajaan, membuat undang2 dan peraturan, bagaimana keadaan ini
berlaku? Kamu yang menjual tanah kepada tauke Cina, kamu yang beri tanah kepada
kroni2 kamu, maka tentulah majority rakyat terpinggir. Kamu yang membuat dasar
hartanah yang menyebabkan rumah dalam abndar terlalu mahal untuk dimiliki orang
Melayu. Dan kamu tidak ada maruah dan perasaan malu untuk menyebut perihal
orang Melayu? Dr Mahathir yang memulakan budaya rauah, tidak ada perasaan malu
bila menyebut bahawa pemimpin negara ini korap dari yang paling atas hingga
yang ke bawah?
Mengapa UMNO
menhasilkan graduan yang tidak kompetitif dan graduan yang mengambil bidang yang
tidak sesuai? Maka kamu hari ini menuai apa yang kamu semai. Sampah masuk,
sampahlah keluar. Yang patut disalahkan ialah UMNO dan Mahathir. kamu
memerintah Malaysia selama 22 tahun dan kamu boleh cakap besar kita ada menara
kembar, jalanraya, pelabuhan, KLIA, Langkawi tapi orang Melayu ketinggalan!
Orang Melayu
telah terjadi demikian oleh kerana dasar2 yang dijalankan oleh UMNO sendiri
terutama oleh Mahathir. kesilapan Mahathir yang paling asas ialah menginginkan
kesaksamaan hasil. Kesaksamaan hasil mengkehendaki penglibatan kerajaan yang
besar dalam ekonomi dan menyebabkan orang Melayu bergantung kepada kerajaan. Maka
keadaan orang Melayu dalam keadaan apapun adalah disebabkan oleh tindakan
kerajaan.
Saya telah
membentangkan ramalan saya dalam suatu artikel sebelum ini. saya meramalkan
bahawa PR akan memenangi 109 kerusi parlimen di Semenanjung. Keadaan di
Malaysia Timur saya kurang tahu. Tapi dari maklumat yang saya terima, di Sabah
sahaja, BN akan kalah 12-15 kerusi parlimen. Di Sarawak, demikian juga, BN akan
kalah 13 kerusi atau lebih.
Di Perlis,
ada 3 kawasan parlimen. Ertinya ada 3 ketua bahagian. Walaupun ada 3 ketua
bahagian, yang hendak jadi MB ialah 4 orang. Mengikut Encik Zahidi, bahkan ada
5 atau 6 orang semua nya hendak jadi MB.
Saya telah
menyatakan bahawa PR boleh menang sekurang kurang nya 1 kerusi parlimen. Tapi kalau
kita serang Padang Besar dan tendang keluar Azmi Khalid, PR boleh dapat 2
kerusi parlimen. Arau sudah hampir tentu jatuh ketangan PR. Jika demikian, maka
2 kerusi parlimen Perlis berada dalam keadaan terancam.
parlimen
|
BN
|
majoriti
|
Penyandang
|
Melayu
|
Bukan Melayu
|
Arau
|
BN
|
300
|
Ismail Kassim
|
87%
|
13%
|
Padang Besar
|
BN
|
5300
|
Azmi khalid
|
81%
|
19%
|
Di Padang
Besar, dalam tahun 2004, Azmi Khalid dapat majority 9200. Majority nya turun ke
5300 dalam 2008. Itu membuktikan keyakinan kepada BN telah menurun dan Azmi
Khalid boleh ditewaskan.
Di Arau, majority
BN dalam 2004 ialah 3000 lebih. Majority nya menurun kepada 300 dalam tahun
2008. penyandang nya sekarang ialah Ismail Kassim, adik kepada ketua Mafia
Perlis, Shahidan Kassim. Sudah tiba masa nya, orang Perlis membersihkan negeri
Perlis dari tokoh BN yang mahu membina empayar dinegeri tersebut.
11 comments:
Dato,one thing I know.Perak will fall back to PR.And another state to follow Perak is Negri Sembilan.Trengannu,maybe.
Federal seats will depend on Sabah and Sarawak,whether PR will march into Putrajaya.Porno Chuah's party has already been written off,maybe a few token seats at most.Mic maybe one federal seat max.Unmo will get less seats than in 2008,so in the end all will depend on Sabah and Sarawak.
Dato,
Kesemua benda yang Soi Lek membela dan mempertahankannya adalah yang bersangkutan dengan aktiviti samseng, gangster, kongsi gelap, pembunuhan dan dadah.
Kesemuanya adalah punca berlaku keretakan rumah tangga, anak isteri kehilangan kasih sayang, bapa pemabuk, ibu bapa tahi judi, isteri mangsa sepak terajang suami, anak mangsa penampar suami.
Kenapa tiada paderi, sami Buddha dan sami Hindu yang sokong langkah Soi Lek ini?
Soi Lek bertindak mewakili golongan kapitalis dan gangster mafia yang siang malam mengaut keuntungan hasil penipuan terhadap rakyat marhaen. Penyokong Soi Lek hanyalah mafia, gangster, kapitalis, tahi judi, tahi arak dan golongan yang menyebabkan anak isteri dan keluarga merana kerana judi, arak dan pelacuran.
Sampai kini Umno dan Perkasa serta NGO Melayu pro Umno diam dan sunyi dengan aksi Chua Soi Lek. Apakah Umno dan Perkasa adalah penyokong tegah Soi Lek?
Dato,
Semua calon BN dan ahli UMNO dipaksa angkat sumpah untuk taat setia..dan mereka sedang baca tulisan ini..harap sedarlah..org tua-tua dulu berpesan jangan bermain sumpah..nanti di makan sumpah. Org UMNO disumpah menjadi org PAS, org MCA menjadi DAP dan MIC menjadi PKR.
Dato
Terlalu ramai orang Melayu yang diperbodohkan dan dilayukan oleh Mamak Kutty Kerala yang menghancurkan UMNO dan mengasas Parti UMNO Baru dibantu oleh saorang Acheh (aka Parti Setan Yang Kika Kenali) memang sudah menjadi bodoh dan layu. Mereka akan terus menjadi babi yang buta
Ahli UMNO ASAL
Discriminative, narrow and bad policies had sigificantly affect the small to medium size businesses which are the backbone of the economy....and in turn created monopoly by big businesses and uncompetitive and unfair business environment.
Hundreds of thousands, if not millions, of local talents and skills had been driven overseas in search of better and equal opportunity....some made it, others had their careers, business and lives ruined.
As usual, the govt. will find a scapegoat for their failed policies and gross incompetent.
Sorang QS, Ahmad Abd Jalil, kononnya telah laku derhaka, sedition, atas Sultan Johor di Facebook. Tapi Polis yg menangkap tiada identiti dan mungkar bagi identiti ! Manalah rakyat tahu ini semua kaki pukul UMNO Johor? Untuk menakut-nakutkan pengundi?!
Wahai, UMNO Johor! Mampuihlah kau! Paniklah kau! Bukan lawan yg buat. Kau sendiri yg buat !
Baca sini dan sini !
The prime and unmistakable example of GIGO (Garbage In, Garbage Out without the LO) is the RMN chief. Our Royal Malaysian Navy (sob) has an idiot for a chief! Not just dumb, more than dumber BUT the dumbest person alive in Malaysia and second only to his doorknob in his office! But at least the RMN chief knows what constitute "Najis mughalazah" unlike someone and his deputy. So all things considered, that idiotic and maybe imbecilic but smarter than a doorknob RMN chief may just be a bit smarter than Najib and Muhyiddin combined.
And that really tells us something about Najib and Muhyiddin and UMNO and the direction of this nation or should I say "we're doomed!" if UMNO gets another 5 year mandate. Well, the birds fly south for the winter but since we are already going south..way south, might as well grab those life preserver folks, if you are still planning to vote for najib, Muhyiddin and UMNO. Then again, if you are still planning to vote for UMNO and Najib, you wouldn't be here or for that matter understand what all of us are trying to broadcast. I doubt very much the followers of blogs such as merapukari or obesedog or whatever minda intelekbeku they call themselves, can really understand what's being frantically discussed here... unless there's dirty pics or some untruth gossiping splashed liberally..or some swear word commenting are tolerated!
Nick.
Kejatuhan Empayar Melayu Melaka oleh peranan si kitul.Si kitul ini terdiri dr geng mamak malberi.UMNO akan menerima nasib yg sama.
Apa yg mahadday buat ketika 22 tahun itu?Dialah yg pelingkup duit Rakyat dalam mainan forex 30 billion.Tak cukup dg itu, dia juga perhabis duit Perwaja berbillion.Dia juga mengambil duit subsidiari Petronas 2 billion utk anaknya Mirzan!Tidak sesen pun dia bayar alik.
Dia tidak membangunkan dan memajukan modal insan! inilah tuaian yg mahadday dapat dg kroni,proksi,pentingkan keluarga dan memperkayakan diri.
Jika PR mengambilalih kerajaan selepas PRU 13,Semua pemimpin BN kena dihadapkan ke Tribunal Rakyat.Mahathir adalah org yg pertama.Rakyat nak tahu berapa banyak kekayaan mereka! Selepas ini menjadi satu precedence di mana pemimpin kena isythiharkan harta masing-masing.
Sg Korok
Saya ragu-ragu dengan ramalan keputusan piliharaya Dato`. Tak banyak perubahan dalam kalangan masyarakat Felda dan juga kakitangan kerajaan. Kebanyakannya masih penyokong tegar BN. Kalau masyarakat Cina saya percaya mereka mahukan perubahan. Orang Melayu sebahagian besar masih takut untuk berubah. Perhatian perlu diberi terhadap 2 golongan tadi.
I like your 2nd para, Datuk and I agree with you.
....pemimpin UMNO korap dan bongkak..Yang kaya ialah Melayu terpilih, Cina terpilih dan India terpilih... Kerana rekod UMNO adalah rekod yang memyembunyikan agenda peribadi pemimpin mereka....
Tak menghairankan lah UMNO memperuntukkan Rm58 juta dalam Bajet 2013 kepada BTN khas untuk memperhebat menghasutkan orang dungu Melayu "membuang poster lawan, menyimbah cat dan membaling batu, mengacau ceramah parti lawan, membuat ugutan fisikal, menyekat pergerakan pihak lawan dan sebagainya", dengan lebih kerap agar orang jahat dalam UMNO terus mengaut jutaan ringgit dengan berbagai dalih sambil diterima sebagai patriot yang tulin. Apakah yang lebih berkesan dari dakyah di mana kaum Cina dimaki tanpa segan-silu oleh mereka yang bersuhabat dengan segelintir kapitalis Cina yang sama-sama korup, sama-sama tamak. Istilah 'win-win' tepat, jitu: Melayu terpilih, Cina terpilih dan India terpilih semua win.
Yang mengalah, Melayu tidak terpilih, Cina tidak terpilih, India tidak terpilih, dan satu suku bangsa yang dungu atau rela didungukan dengan sedikit habuan saja, lalu mengencingi apa saja tak kira jam, masa dan tempat.
Persoalannya, apakah orang Melayu akan tetap tongong selama-lamanya supaya Najib dan kroni hidup senang-lenang untuk selama-lamanya?
Kali ini, no way, not anymore, musim menuai dah tamat.
Post a Comment