Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 7 November 2012

Pembela AlifBaTa- Agama, Bangsa dan Tanah Air!



Pembela agama Islam. Demi bangsa, agama dan tanah air! Hidup Melayu.

Kadang2 kita heran- melihat menteri kita bersangkaan bahawa rakyat masih bodoh dan duduk dibawah tempurung. Pemimpin UMNO- dari Najib , Muhyidin dan ramai lagi pemimpin klas 2 UMNO menceritakan bahagaimana negara akan sengsara jika PR memerintah. Cara mereka menceritakan itu, orang tidak bersalah jika menyangka mereka bodoh dan buta.
Tidakkah mereka sedar bahawa rakyat tidak lagi hanya membaca utusan malaysia atau menonton TV3. Sebab itu kita selalu beri peringatan- jangan bawa cerita bohong dan fitnah mengenai kami dan kami berjanji tidak akan mendedahkan siapa kamu sebenarnya. We have warned you not to tell lies about us, we promise not to tell the truth about you.
Tapi oleh kerana mereka berbohong, maka kenalah kami menceritakan siapa UMNO/BN sebenarnya. UMNO BN parti yang korap, bengap/incompetent, menindas dan memeras rakyat, membengkrapkan negara kita dan menyalahguna kekayaan negara. Itu pun sifat2 parti syaitan yang kita kenal.
Rakyat boleh melihat bagaimana PR memerintah Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor. PR ada rekod untuk menyokong janji mereka sedangkan Najib hanya cakap kosong dan menunjuk satu jari nya. Dia ingat dengan sebahagian rakyat melaungkan 1 ini dan 1 itu, masaalah akan selesai. Masaalah diselesaikan dengan pengurusan negara yang baik, kepimpinan yang ikhlas dan telus, disiplin dan dedikasi tanpa kepentingan peribadi. Faktor2 inilah yang membezakan pentadbiran PR dengan pentabiran BN.
Faktor2 ini yang menyebabkan mengapa kerajaan kedah boleh kutip hasil 70-80 juta setahun dari sector perhutanan sedangkan masa zaman BN memerintah Kedah, hasil dari perhutanan hanya 10-12 juta setahun. Faktor2 ini yang menyebabkan Selangor boleh kutip hasil yang berlipat ganda dari perlombongan pasir manakala pada zaman BN, hasil nya sangat minima. Faktor2 ini meneybabkan mengapa pelabur asing memilih Pulau Pinang, Selangor, Kedah daripada negeri2 yang ditadbir oleh BN. faktor2 ini menyebabkan Kelantan, Pulau Pinang melangsaikan hutang dengan kerajaan pusat. Negeri2 BN tidak boleh menandingi prestasi ini.
Inilah yang mengherankan kita- pemimpin BN dan UMNO membodohkan rakyat. Siapa yang tinggal dalam gua? Pemimpin UMNO/BN atau rakyat?
Untuk menutup kelemahan dan angkara durjana, apa BN buat? Bayar dan rasuah rakyat dengan wang rakyat sendiri.
MCA merancang mengadakan 8 jamuan mega untuk mengumpul dana perang. Jika apa yang berlaku di Johor baru2 ini adalah petanda, maka masa depan MCA sudah gelap. Ong Ka Ting meramalkan MCA akan menang antara 3-5 kerusi parlimen. Gerakan akan lenyap di muka bumi Melaysia. MIC akan bungkem.
Apa2 yang dinyatakan oleh Chua Soi Lek atau Leow tidak akan mengobah nasib malang MCA. Apa lagi yang boleh dikatakan oleh Leow? Jika jemputan meninggalkan majlis kamu bukan suatu masaalah mengapa Soi Lek memarahi akhbar China Press kerana melapurkan peristiwa yang memalukan itu?
Fakta nya, 80-85% orang Cina akan menyokong DAP. UMNO dan MCA tidak terdaya lagi untuk membuat apa2.
MCA cuba mencetuskan kontroversi mengenai hudud. Ini bukan isiu MCA dan orang Cina. Kita tidak perlu layan cabaran MCA supaya menjadikan hudud sebagai manifesto Pakatan Rakyat. Manifesto dan agenda kita ialah menamatkan riwayat BN yang korap, yang incompetent , membodohkan rakyat, yang menindas rakyat. Ini agenda besar kita.
Kini rakyat sedar bahawa ada penghidupan yang lebih baik dari kehidupan yang selama ini disediakan oleh UMNO. UMNO itu korap, membuli rakyat, membodohkan mereka, memerah dan menindas rakyat. Mahathir tak ada maruah bila menyatakan baahwa setelah 55 tahun merdeka, orang Melayu mengemis dinegara mereka. Mereka mengemis sebab dasar2 yang kamu jalankan. Sekarang PR bersedia melaksanakan dasar2 yang membangkitkan orang Melayu.
Nyatalah sekarang MCA telah menunjukkan belang nya yang sebenar. UMNO parti orang Cina yang anti Melayu dan anti Islam. Berdosa orang Melayu kalau menyokong MCA kecuali orang Melayu itu bukan Melayu tulin dan bukan beragama Islam.
Rakyat semua sedar, itu semua rencana jahat MCA yang anti Melayu dan anti Islam. Hina orang Melayu yang berugama Islam kerana Soi Lek membayangkan suatu keadaan orang Melayu beragama Islam merayau rayau mencari orang Cina untuk mengkhatankan mereka atau mencari wanita dan gadis cina untuk rogol mereka. Keadaan demikian hanya terbayang dalam benak Soi Lek dan pengikut nya yang anti Melayu dan anti Islam. Ya, MCA sebenarnya sebuah parti anti Melayu dan anti Islam.
UMNO bersekongkol dengan syaitan yang bertopengkan wajah malaikat yang memusnahkan orang Melayu ketika bersama UMNO. MCA has shown it is the dog that runs with the hare while hunting with the UMNO dogs. Dan UMNO kerana mahukan undi dari orang Cina sanggup melakukan apa sahaja termasuk menjual maruah dan agama.
Tidak apa perkara besar yang kita boleh harapkan dari presiden UMNO yang tidak tahu pun memberi satu lagi contoh najis mughallazah.
Chua Soi Lek menunjukkan sikap bongkak dan kurang ajar bila menghina dan mengejek2 Islam. Ini diikuti oleh pemimpin kelas 2 yang mengatakan hukum Islam akan memberi lesen kepada orang Islam merogol gadis cina. Semua orang Cina yang mempunyai akal tahu, ini adalah langkah2 terdesak MCA.
Apa yang UMNO plan hendak buat? UMNO merancang mengadakan perhimpunan ketuanan Melayu. Apa kah yang boleh kita lakukan untuk buat UMNO faham bahawa sememangnya orang Melayu mahu bersatu- hanya mereka enggan bersatu dibawah pimpinan UMNO. Apa yang boleh kita lakukan untuk beri Ibrahim Ali faham bahawa orang Melayu suka bersatu, tapi tidak mahu bersatu dibawah hegemony UMNO.
Tapi ketuanan Melayu UMNO ialah hanya untuk orang UMNO dan penegasan ketuanan Melayu itu respon kepada ancaman siapa, tidak di beritau. Orang Melayu yang mempunyai akal fikiran tidak akan melayan kegilaan pemimpin UMNO. Yang hendak ganti UMNO ialah orang Melayu juga. Apa yang hendak kita risaukan. Khir Toyo Melayu, diganti dengan Khalid Ibrahim, juga orang Melayu. Ustaz Azizan yang ganti jutawan MB dari UMNO ialah orang Melayu. Yang memimpin Kelantan ialah orang Melayu. Yang memimpin Pulau Pinang sama bangsa dengan pemimpin yang UMNO setuju sejak Wong Pow Nee lagi- Cina Malaysia. Jadi, apa yang orang Melayu hendak risaukan?
Setelah 55 tahun, apa yang UMNO telah buat jika 8.5 juta orang melayu mempunyai pendpaatan kurang dari RM1500 sebulan? Apa yang UMNO telah lakukan jika orang Melayu tidak mempunyai jati diri melainkan mempertaruhkan masa depan mereka dalam tangan UMNO? Adakah UMNO hanya mampu mencipta bangsa Melayu yang mengemis dan sentiasa bergantung kepada UMNO?

14 comments:

Anonymous,  7 November 2012 at 09:06  

Najib tak tahu? Najib....laaacauuu...

Anonymous,  7 November 2012 at 09:48  

Orang Melayu kena faham UMNO ini membodohkan melayu sampai tak boleh fikir.

Anonymous,  7 November 2012 at 10:19  

“RM207 billion poser over 'missing' compensation from Japan” - Harakahdaily, 22 October 2012

Alkisah sepuluh tahun dahulu ada yang berdosa dari tanah jauh di sebelah Timor Tanah Melayu dah bertaubat dan inginkan dosa-dosa dan najis mughallazahnya dibuang dengan ‘hadiah’ wang darah Rm207 bilion (Rm207,000,000,000), 57 tahun selepas 30,000 hamba-abdi dari Malaysia diheret ke Burma-Thailand untuk membina ‘Rel Maut’

Ramai antara mereka ini dah jalan senyap-senyap entah ke mana, harap saja kini mereka menikmati segala yang manis di taman adan selama-lamanya. Yang hidup di taman bunga yang ditinggalkan oleh yang dah pergi – memang taman ini tak seindah, tak sesempurna seperti yang ada jauh di sana – tak banyak bising, sama-sama senyap terpaksa teruskan hidup macam biasa. Ya, bergaduh sekali-sekala, curi sikit dari sini, curi sikit dari sana, jangan kisah, no problem. TETAPI jika terdapat bayaran ‘duit darah’ oleh kumpulan manusia yang benar-benar insaf akan ketidakperkemanusiaannya dahulu kala senyap-senyap dilenyapkan oleh anak-cucu orang-orang yang tak ada kaitan langsung dengan mereka yang korban di Burma-Thailand, maka dosa dan najis mughallazah mereka ini mungkin sepuluh kali ganda besar dan berat daripada apa yang pernah dipikul oleh yang menzalimi bangsa kita.

Tidak heran lah rakyat terhidu segerombolan-gerombolot kini semakin hari semakin berasa cemas. Apa sebabnya? Segala-gala akan curah-curah dimuntah keluar oleh satu kumpulan manusia yang lebih sayang kepada tanah air se saat mereka pijak kakinya di dalam istana-istana di Putrajaya.

Bayaran balikan pelaburan bagi RM207 bilion dengan 2% setahun adalah Rm 41.4 juta (Rm41,400,000).

Ke mana wang ini, Rm207 bilion, melayang? Dan ke mana jumlah balikan pelaburan Rm414 juta, bagi sepuluh tahun kebelakangan ini dah terbang?

Kepada Yang Berhormat Bukit Gantang Mohamad Nizar Jamaludin, terima kasih atas kisah yang dua kali sedih. Sedih kerana begitu ramai dikorbankan oleh Jepun dan tambah sedih kerana pohonan maafnya yang begitu jujur walaupun bukan sekadar menyuruh 30 000 rakyatnya melakukan hara-kiri di Padang Merdeka, diremeh dan rahsia-gelapkan seakan-akan bangsa Malaysia tak berupaya hidup dan nafas sebagai manusia biasa.

Apakah sudah terjadi kepada kita semua, atas AlifBaTa?

Hingga ke akhir zaman anak cucu cicit cuit dan seterusnya mereka yang mati di Burma-Thailand atau di bumi Malaysia akan menghambat anak cucu cicit cuit mereka yang lesapkan wang pampasan.

Anonymous,  7 November 2012 at 16:15  

Can we get Najib to agree to debate with Anwar on national TV like the one in this video....on the economy. If not, then there is no hope for Malaysia to move forward.

http://www.youtube.com/watch?v=aYKKsRxhcro&feature=related

Anonymous,  7 November 2012 at 20:31  

higher power at work?
najis rhymes with naji...

umar,  8 November 2012 at 03:57  

murid-murid itu tanya PM perkara yang paling asas dalam Fardu Ain .
PM & his deputy are dump-found !
Sekolah Agama rakyat di Johor sudaaah pun di serap dalam Kementerian Pelajaran Persekutuan. So, gaji, EPF dan pencen ditanggung Ministry.
what about the rest of the country KAFA School teachers?

Anonymous,  8 November 2012 at 07:00  

Anon 10:19 Correction!

2% p.a. of Rm207 billion is Rm4.14 billion. x10 yrs simple interest = Rm41.4 billion.

That's enough to build cheap functional houses for the lower income group. All the money missing by now and gone somewhere.

Thank you BN for financial integrity. Time to let others especially those for PAS to take charge of national income and expenditure.

Paradigmshift,  8 November 2012 at 09:45  

Dear SAK,
Alif Ba Ta stands for Aku, Bini Aku and Teman Aku.

Anonymous,  8 November 2012 at 17:15  

...Yang hendak ganti UMNO ialah orang Melayu juga....

Yang ganti Ketua Polis Negara orang Melayu juga, tapi tak sampai hati tumbuk mata orang dalam siasatan; yang ganti Ketua Hakim orang Melayu juga tapi....; yang ganti Laksamana Tentera Laut dan Ketua TUDM orang Melayu juga; yang ganti Ketua ATM orang Melayu juga; yang ganti PM orang Melayu juga, dll, dll.

UMNO jangan-jangan kuat bohong, tipu, curi lagi sekalipun tak kenyang. Rakyat yang selalu tak kenyang sebab harga barangan semua naik lekas gelegak bila nampak orang kaya UMNO bersyiok-syiok ketika sudah habis main politik pada hari tertentu.

Takut akan PR kerana empat buah negeri di bawah PR membuktikan bagaimana lanskap politik boleh membawa perubahan-perubahan yang signifikan dalam masa yang singkat.

Orang yang alim dan jujur terpaksa terus alim dan jujur di bawah PR - no two ways about it, steal and we put you in jail whether you wear a haji cap or not, whether a part of the fore-skin has been cut off or not.

Zaman curi habis-habisan bagi satu geng kecil mesti ditamatkan kali ini. Jangan dewa-dewakan UMNO dan BN.

Anonymous,  8 November 2012 at 21:31  

Lanjutan berita BURMA DEATH RAILWAY Anon10:19 in HARAKAH via Malaysian Chronicles 8 Nov 2012 :

'PAS has formed a special secretariat called Jejak to track down next-of-kins of those forced to work in the construction of the 'Death Railway' during Japanese occupation.

This followed the recent revelation by Bukit Gantang member of parliament Mohammed Nizar Jamaluddin that a whopping RM207 billion paid by the government of Japan to Malaysia as compensation had yet to be disbursed to victims and their families.

Nizar said Jejak had so far managed to identify 470 people in Perak and Pahang whose family members were part of the 'Death Railway' construction, an ambitious plan by the Japanese occupying army to link Burma and Thailand with 400-kilometres of railway tracks.'...........

Thank you PAS and especially YB Mohammed Nizar for this expose. Good luck to you all in Pakatan Rakyat.

monsterball 9 November 2012 at 02:27  

Curi curi pencuri besar.
Itu la..Umno b
Labeh curi...lebeh nak.
Suma pakai Merz.. BMW...terpan nama...Datuk...Tan Sri ..Tun.
Sabok nya!!...borak numbor satu.
Tak sama Indonesia..negara yang Muslim besar.
Umno b anak2 Shaitan...tak tau malu...curi wang tak perludi saipa punya....sama robbers and thieves..heartless and ruthless.

Anonymous,  9 November 2012 at 12:45  

dato Sak,
Yang tentang buroh Jepun tu saya nak ulas sikit, arwah bapa saya menunggu duit tersebut sehingga dia meninggal dunia tahun 2004, bila ada orang kata nak daftar dia pegi daftar bukan free kena bayar RM50.00 pun dia bayar.
Apa yang menyedihkan sehingga dia meninggal dunia apa pun taada, ini semua PM org Melayu.
tahniah buat YB Nizar saya pun dah sms nama arwah harap2 bolehlah buat belanja kenduri arwah.
Takbir.

monsterball 10 November 2012 at 05:52  

Yang tentung Jepun...to free Malaya..British ...Malayan military and army...with the co-operation of Chin Peng.
Yang tentung British..helping to free Malaysia...Chin Pang juga.
Chin Peng prevented hundreds of Muslim girls being raped by the Japanese...all not reported.
Umno is an ungrateful cunning party...from the start...but Mahathir brought it much much further...to disunite all races ..make all unhappy...and the Muslims depend on his Umno b.
All concentrating to feel insecured..not satisfied...Mahathir stole RM100 billions in 22 years....to buy up the whole country.

Anonymous,  11 November 2012 at 21:59  

TIDAK PERLU FIKIR PANJANG
KALAU SI DIA DAH MENGAKU "PARTI SETAN DGN AHLI SEMUA SEJENIS ITU"
APA LAGI KITA NAK TUNGUU
REJAM SAHAJA LAH!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP