Mari kita ajarkan UMNO erti Perpaduan.
Najib tak faham konsep perpaduan
Melayu.
Macam mana nak faham? Kunci perpaduan
dan permuafakatan yang Najib tahu ialah lu tolong gua tolong lu. Maknanya rakyat
dibantu jika menyokong Najib. Ini bukan keikhlas. Kita ada pemimpin negara yang tidak ikhlas. Prinsip yang betul ialah kalau kita nak tolong
rakyat, kita tolong atas nama memberi bantuan secara jujur- bukan membangkit
bangkit atau menuntut pembalasan.
Najib dan UMNO tak faham faham. Kalau betul2
hendak mengunggulkan orang Melayu- maka perintahkan semua ahli UMNO sokong
calun Melayu tidak kira dari parti mana. Jika calun Melayu dari PAS lebih baik
dari calun Melayu UMNO, maka pilih calun PAS. Bukankah dia Melayu? Jika calun
Melayu DAP lawan calun Cina MCA, sokong calun Melayu. Akhirnya yang menang
orang Melayu kan?
Jangan kita sokong Melayu secara babi
buta. Kalau Melayu itu rasuah, tidak berkelayakan, apa asas untuk kita sokong
dia? Kerana dia Melayu maka kita memaafkan segala kekurangan dan kejahatan? Kalau
Melayu itu menyapu RM 250 juta, kita maafkan kerana dia Melayu? Kalau dia sapu
komisyen RM 500 juta dan agihkan agihkan pula sesama Melayu lain- maka itu
tidak mengapa sebab yang senang orang Melayu? Begitu? Jika begitu, jika orang
masuk rumah kita, tidur dengan isteri kita, atau meniduri anak perempuan kita-
kita kata tak apa- sebab dia Melayu? Atau
yang lebih dasyat- tak apa sebab dia Melayu dan UMNO!
Yang jadi masaalah pokok ialah, yang
merah itu saga, yang Melayu itu UMNO. Bila UMNO dan pemimpin nya angkuh dan
sombong, maka timbullah sangkaan bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.
Cuba kita bayangkan keadaan begini. Katalah
semua penduduk dalam negara ini Melayu. Ketika itu puak UMNO tidak boleh melaga
lagakan Melayu dengan bukan Melayu. Ketika itu, segala kemungkaran dan angkara
durjana yang berlaku tentulah dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Adakah kita
ingat ketika itu, orang Melayu akan duduk berdiam diri dan memekakkan teliga,
membutakan mata dan membisu seribu bahasa menerima kezaliman yang dilakukan?
Kecuali bangsa Melayu itu sedemikian insensitive,
tentunya orang Melayu tetap akan bangkit menentang kezaliman yang dilakukan
oleh puak feudal dan puak neo-feudal. Ertinya, jika berlaku pertentangan dalam
negara kita, punca penentangan tersebut ialah pertembungan kepentingan puak
penindas dan puak yang ditindas. Bukan pertembungan kaum.
Demikian juga keadaan nya hari ini.
jika ada pertembungan, maka pertembungan nya berlaku disebabkan rakyat bangkit menentang golongan jahat. Hari ini, rakyat melihat yang jahat ialah
UMNO. UMNO lebih suka berkawan dengan orang jahat. Sebab itu puak UMNO menerima
nasihat lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat.
Maka bila orang enggan bersatu dibawah
UMNO, mereka bukan nya tidak suka akan perpaduan- mereka hanya menolak kejahatan
dan kemungkaran.
Hari ini UMNO itu lambang persuah,
pemimpin yang bodoh dan tidak cekap dan wadah suatu kumpulan Melayu melakukan
kemungkaran. Itu sebab nya kita menolak UMNO.
Bila UMNO melambangkan segala macam
yang jahat- maka majority orang Melayu menolak nya. Dan ianya sudah terbukti
dalam tahun 2008. Ketika itu, UMNO yang ahli nya berjumlah 3.2 juta, hanya
mendapat 2 juta undi orang Melayu. Apa erti nya kalau orang UMNO reti bahasa? Itu
ertinya, majority orang Melayu tolak UMNO. Maka kalau UMNO mahukan perpaduan,
ahli UMNO serapkan diri mereka dalam
kehendak majority. Kalau tak tahu, biar saya sebutkan disini. Yang majority
tidak mahukan UMNO.
Apa yang boleh Najib kata selain
daripada menyebut bahawa perpaduan Melayu adalah segala gala nya? UMNO Najib bukan UMNO yang membela orang Melayu dan yang
di pimpin oleh orang Melayu yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Kita
sudah pun memberi peluang kepada UMNO memimpin negara ini selama 55 tahun dan
apa yang kita dapat ialah majority orang Melayu masih mengemis dalam negara
kita. Siapa yang menjadikan mereka demikian? UMNO lah sebab UMNO yang
memerintah. Keadaan orang Melayu mulai jatuh setelah Mahathir ambil alih UMNO.
Apalah yang hendak dipertikai siapa
jadi PM? Najib jadi PM boleh maka sesiapa sahaja boleh jadi PM. Hadi atau
Karpal Singh boleh jadi PM kalau rakyat mahukan demikian. apa yang Mahathir boleh buat?
22 tahun kita diPMkan oleh mamak
tongkang, mengapa orang lain tak boleh jadi PM? Isyarat dari muktamar PAS atau
maksud Mahathir ialah seperti yang saya selalu sebut- jika orang macam Najib
boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja jika disokong oleh rakyat boleh jadi PM. Ibrahim
Ali pun boleh jadi PM. Zul Nordin pun. Hasan Ali pun. Sesiapa sahaja.
8.5 juta orang Melayu hidup dengan
pendapatan RM1500 kebawah. Itu 70% daripada 40% penduduk Malaysia yang
berpendapatan RM1500 sebulan. Peduli apa dengan unjuran USD15000 per kapita
jika rakyat nak makan susah? Jika USD15000 itu adalah angka yang dipuratakan
dari pendapatan perompak dan lanun2 UMNO?
30 tahun dahulu gaji saya RM3000,
sekarang gaji yang keluar university tidak sampai tahap demikian. 30 tahun
kemudian gaji masih tidak bergerak sedangkan kos kehidupan semakin hari semakin
meroket. Apa yang UMNO telah buat? Sebuah rumah yang berharga RM250,000 di kawasan
bandar baru Sungai besi mampukah dimiliki oleh orang Melayu?
Jadi tidak perlulah Najib bercakap
mengenai perpaduan orang Melayu- orang Melayu mahu bersatu dibawah kerajaan
yang baik yang di pimpin oleh ketua yang baik. Bukan syaitan yang kita kenali.
Itu nasihat datang dari orang yang
kacau fikiran. Menyuruh anak bangsa berbaik dengan orang jahat!.
Perpaduan Melayu bukan ancaman kepada
orang lain. Yang Najib dan pemimpin UMNO enggan faham ialah orang Melayu tidak
mahu perpaduan dibawah pimpinan UMNO.
Sehingga hari ini, Najib dan pemimpin
UMNO tidak faham2 rahsia dan kunci orang bermuafakat dan berkerjasama. Perpaduan
yang UMNO cadang adalah perpaduan yang berasas kepada ketidak jujuran. Kamu tolong
saya, saya tolong kamu. Lu tolong gua, gua tolong lu. Beri saya kamu punya
nambikei.
Perpaduan Najib ialah perpaduan
berjual beli dan berasas kepada quid pro quo. Kamu beri saya sesuatu dahulu
baru saya balas dan beri kamu.
Bukankah ini menunjukkan UMNO dan
Najib tidak jujur? Beri kami kamu punya kesetiaan dan jiwa raga barulah kami
bantu kamu. Orang yang diberi amanah dan tanggung jawab, dia tidak bertanya
berikan kami sesuatu baharulah kamu dapat apa yang kamu mahu.
Asas perpaduan yang Najib dan UMNO faham adalah salah. Ini hubungan raja dengan hamba, tuan
dengan hamba, penindas dengan yang ditindas. Ia mencadangkan kedudukan yang
tidak sama. Pemberi( najib dan UMNO) adalah semua nya, punca rezeki, punca
hidup, penentu hidup dan mati, jawapan kepada masaalah orang Melayu. Ia juga
menunjukkan UMNO itu pelindung dan orang Melayu adalah yang dilindung tidak
terdaya dan sebagai kanak2. Semua nilai ini bertentangan dengan piagam manusia
yang merdeka dan orang Islam.
Yang lebih penting Najib dan UMNO
tidak akan faham bahawa prinsip dan kunci serta rahsia yang membolehkan kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah
menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila
melakukan kesalahan.
UMNO menganjur melakukan kejahatan dan
kerosakan. Rekod pemimpin nya penuh dengan rasuah, ketidak cekapan( incompetence),
salah guna keududukan bersekongkol dengan lanun dan perompak menyedut kekayaan
negara.
Setelah 55 tahun kita diperintah UMNO,
takkanlah fungsi dan peranan orang Melayu berhimpun dalam dewan, dalam stadium,
di tengah padang dan bernyanyi, mendengar music k pop dan menunjukkan suatu
jari keatas. Hendak cucuk siapa atau apa?
Mustahil peranan dan fungsi rakyat
ialah mendewa dewakan dan memuja Najib.
Terutama orang yang beragama Islam. Setiap
kali sembahyang berikrar bahawa solat ku, ibadat ku, hidup dan matiku adalah
untuk Allah, keluar pintu, semu ikrar itu dihalakan kepada Najib dan UMNO?
dan ini pemimpin yang bercakap, pentadbiran nya menjalankan maqasid shar'iyah?
dan ini pemimpin yang bercakap, pentadbiran nya menjalankan maqasid shar'iyah?
13 comments:
macam mana nak ajar amnno re perpaduan dalam hal PENCURIAN,, ammno sudah best lah -- semua CURI dari lembu ke ---- $$$$$$$
Dato Sak dan pembaca budiman, Intipati budaya Melayu ialah "orang berbudi kita berbahasa" - tetapi perlulah dilihat kerana apa budinya itu - "kerana budi, badan binasa" - sebab tidak semua budi itu ikhlas untuk membantu - "telunjuk lurus kelinking berkait" - maknanya ada maksud lain yang tersirat.
Dimanis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Dimanis kata insan binasa
Kerana budi hamba terkorban
Jadi, janganlah anggap diamnya Melayu itu kerana tolol, walau disita harta dan tanah. Kelak mengamuk Melayu itu - istana raja menjadi kucar!
Keturunan saya semuanya melayu dari moyang, datuk sampai anak2 saya semua melayu.
Tapi untuk umno hanya satu ungkapan terbaik iaitu... PEGI MAMPOS
Saya tidak memandang umno kerana melayunya. Saya memandang umno sebagai persatuan para PENYAMUN. Tak kiralah samada mereka melayu atau sakai.
" Rahsia yang membolehkan kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila melakukan kesalahan."
Sememangnya itu yang seharusnya dijadikan amalan hidup seharian untuk diri serta sekeluarga di rumah, di pejabat serta dalam komuniti berbeza.
Secara jujur saya dah lama keliru kenapa mereka bukan main pandai lagi kalau cakap pasal agama, mengugut secara mafia, tapi buat yang bukan- bukan secara terang - terangan dan sembunyi ? Menjatuhkan maruah serta mencemarkan agama saja. Anak - anak muda dari sek rendah di bandar2 dah pandai mencarut, memaki hamun, merokok, melawan orang tua... berpeleseran, buat yang bukan - bukan di khalayak ramai dah menjadi kebiasaan mereka. Kenapa pulak ? Kenapa sukar pulak menjadi baik. Mungkinkah dengan sendirinya akan menjadi Melayu terakhir sebab ditelan dosa, keangkuhan, kemewahan hidup yang melangit, pencurian berdekad - dekad ? Diharap jangan, dengan berbalik kepada realiti " tough " amalan hidup :
" Rahsia yang membolehkan kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila melakukan kesalahan."
askm tok
tolong cerita terang2 org melayu blh hidup tanpa umno kat org sekinchan bila dtg cni...nanti
x puas2 org sekinchan kena tipu dek toyol samapi habis semua gigi kena cabut d toyol itu yg blh buat rumah besar pasal upah cabut gigi mahal....
slamt dtg ke sg besar jumpe lagi panjang umur
Bila la melayu nak sedar jadi alat penyamun umno. Negara kaya melayu miskin. Tukang kebas umno.
55 tahun orang melayu bersatu bawah umno. Semenjak mamak kutty jadi pm, kroni diutamakan, pemimpin umno sibuk memperkayakan diri dan penyokong. Kita bolih lihat mahligai yg mereka bena dan kenderaan yg pandu. Semua itu diambil dari hak rakyat dgn jalan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Di Selangor habis tanah dirembat pemimpin umno/bn - jembalang tanah yg pantang tengok tanah. Suku sakat setan yg dikenali. SAT1M - Sapu tanah 1 Malaysia.
Orang melayu biasa makin ketinggalan, ditipu atau dibiarkan pemimpin umno. 70% yg pendapatan bawah RM1500 adalah orang melayu. Pemimpin umno dan anak beranak makin kaya. DEB digunakan untuk mengkayakan diri dan anak beranak.
Melayu disuruh bersatu padu untuk menjaga kepentingan melayu. Pemimpin umno dapat saham juta2 dan tanah, jual kpd tauke bukan melayu meraih keuntungan.
Haram jaddah! Cukuplah kali ini.
Sudah cakap beribu2 kali..Najib pun tak faham.
Saya pun tak faham dia punia "People First"
Tak satu kali Najib kulua jumpar thousands of walkers in protest for so many matters.
Ini hari...tak kurang 20,000 people di Merdeka Square...keep calling Najib to meet them...dia pun tak berludi dan tengar.
Sudah lah....chakap Najib..wasting time...wasting breath.
Hari2 Najib nak bohong Malaysians..harapan..banyat2 bodoh2 perjaya dia.
Curi Negara wang...kita wang for any reasons is a criminal act.
Dia tua..kita tua.
Dia harap bodoh Malaysians tak tau.
Sumua muka2 terbal sama lumbu kulit.
Numbor satu tak tau malu...yia lah Najib godfather...Mahathir.
Satu dunia politicians tak horomat dia.
Dia nak ambil wang beli false respect.
Di Malaysia...tak rurang2 75% voters benchi Najib.
Dia boleh bohong 15% Muslims dan 10% lian2 bangsa.
Najib nak 3 millions hantu2 sokong dia...harap minang election.
People Power jaga2 ini hantu besar..siang dan malam...tak kasi Najib chance buat wayang kulit..bohong magic..minang election.
Dia hinting.. Decembor good moth for election.
Berapa2 kaii kita dia cakap...bulun dan hai Undi besar...sumua tak laku.
Najib takok kalar..ditak ada power ...kina lockup...for corrupsi dan Atlantuya...court cases.
Pandangan UMNO yang orang Melayu memandang rendah isu Rasuah itu salah kerana jika mereka memandang rendahnya, apa pasal PAS wujud dari asal lagi, di tekan tubi-tubi sekian lama, Semangat 46 mendapat sambutan seketita, dan sekarang PAS dengan PKR mendapat sambutan makin hari makin lebih.
Sebenarnya, orang Melayu tidak mengutamakan rasuah dulu kerana mereka dulu pendidikan lebih rendah dan ada sistem kerajaan yang lebih munasabah. Sekarang Orang Melayu mana yang tidak boleh baca? Orang Melayu, yang paling bodoh, dapat di tipu berapa kali? Dan pemimpin Melayu yang telus sekarang lebih banyak..
Jikapun boleh kata kesedaran belum cukup tinggi, itu bukan alasan untuk UMNO yang tidak berubah secara fundamental.Perubahan realiti hanya akan SELEPAS perubahan sistem. Kalau nak tunggu perubanan realiti baru sistem nak berubah, berkecoh-kecai lah..
Ini jam...itu Spin Doctor kuluar cakap banyat..harapan nya Malaysians bodoh sama dahulu...ayam bulum bertulor.
Dia cakap dia punya politicians tak tolong Najib tamkap undi2.
Najib saorang sabok..tiap2 hari campainging.
Habtu besar kesian Najib. Dia nak tolong campaigning.
Sumua Umno B Ministers tua...Mamak bukar mulut..lebeh undi2 lari.
Dia cakap..dia punya..Umno B....gurantee minang Selangor..Kedah.. Perak...Penang.
U tengah dia cakap...U boleh jadi gila....sebab itu Mamak sudak stingar tiang...sebab muka yang paling tebal ...tak perina malu..tak perina cakap dia salah besar...spinning and spinning to disunite Malaysians for 22 years and steal RM100 billion from ALL Malaysians....rich ..middle class...poor...ALL.
Anak2 jantan dia..instant billionaire....very smart man.
Dato' SAK,
Mari kita compare dgn Perdana Menteri Singapore Dan President Of Indoneia macam mereka compare sekiranya hendak manaikkan harga barang-barang.
President Indon, mungkin tak kenal sangat atau kurang ada masa untuk melawat pemain Badminton dan bola sepaknya dipadang atau tempat latihan, mungkin sebab rakyatnya ramai berjumlah kurang lebih 247 Juta.Begitu juga Perdana Menteri Singapura yang rakyatnya tak ramai akan tetapi dia tak ada masa untuk melawat para pemain boal atau olahragawanya ditempat latihan inilah bezanya dengan Malaysia Rakyat diDahulukan, cuba kita tenong duit tu siapa yang keluarkan?.
Tentang mamak kutty, dia suka privatise air dan power, siapa yang kaya? dan siapa yang dibebani? mana itu dasar ekonomi nak tulong MELAYU, AP pun melayu jual pada bangsa bukan melayu dan showroom dibuat oleh bukan melayu juga taukeh2 AP goyang telor saja tak percaya pergilah semak dishowroom mereka taukeh atau tuan punya AP hanya ada received bilik saja> MITI tutup mata pasal mungkin masuuuukkkk RM10,000 per AP.semua ahli Pekemal jual AP, saperti MOFAZ, EMASLINK,USAHA ENterPRISE, Zaman Motors, Lice Motor, Sri Changgung, Fadzil Aziz,Gapemal,Wana Motor, Zaidi Motor, Zaibar Motor,Maju Muhibah, TJN,IBM, NAZA Motor banyak lagi tak tertulis kesemua ini bukanya nak tulong org MELAYu tetapi hendak membuncitkan perut mereka saja. Ikut nak cerita 55 tahun pemerentahan BN hanya indah kabar saja, bila ditanya sikit-sikit kita dah buat ini dan itu mereka harus sedar yang wang itu adalah wang dari kita yang bayar INCOME TAX kalau tida ada rasuah dan boros mungkin bamyak lagi project yang boleh diabuat.
Dear Dato Sak,
Under 55 years BN memerentah ada satu bekas ketua pemuda diKelantan mempunya beberapa biji kereta mewah walaupun project jambatan yang diaugerah kepadanya tidak siap sehingga sekarang.Tak percaya cuba semak no kenderaan tersebut.
KDB1, KDB5,DAJ20,AY79,ACG3 saya difahamkan bekas ketua pemuda ini mempunyai kenderaan bermula dari KDB1-10 dan Ketua Pemuda Kelantan ada beberapa kenderaan mewah Range Rover Evouge,Velfire,X1, murano dan sebagainya ini adalah sebagai contoh sahaja diharap income selidik dari mana punca kewangannya yang naik begitu mendadak. Inilah dasar ekonomi kroni sekarang.
Ini hari saya mau pigi Pidoubleutici. mau shoping sebab nanti ada worang kasi duit sama saya...mau bili sampin ribu ribu, mau bili souviner kasi sama kawan di kerala.. itu kawan bilang ini malam mau angkat itu baiyah apa itu serupa sumpah macam..jadi saya pon mau join nanti bole dapat aisee biru bole bikin kedai 1malaysia di chowkit..nanti sudah dapat kerna kasi sokong sama bapa saudara ..sebab dia bilang mau pigi palestik..ayo silap palestin beli tanah buat itu rumah ..dia mau pindah tahun depan bikin bisnes petrol pump..ayo bos saya sudah 55 tahun bikin bisnes di malaysia ini jam baru bole aise..banyak seronok ini mcm bole kawin sama worang indonesia kasi settle down di kg.baru..nanti anak mau hantar masuk tadika permata. Bos ini macam kalu after election apa macam saya punya business kain di jalan tar jangan kacau ok..u help me i help u
Post a Comment