Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 16 October 2011

UMNO Negeri Sembilan mencerminkan UMNO keseluruhan nya


Kita tinggalkan perbincangan mengenai bajet 2012. Mengikut pendapat umum, majority rakyat tidak peduli apa jadah nya bajet 2012. Yang mereka tahu, nanti dapat imbuhan. Ada wang tunai dalam tangan. Itu sudah best. Kerajaan ini best punya. Mengenai pengurusan ekonomi untuk masa depan, itu kerja orang politik. Lantak lah mereka memikirkan.

Mengikut pendapat seorang pembaca, isiu yang mudah rakyat faham ialah kezaliman, rasuah, pencabulan kuasa dan sebagai nya. Mereka lebih memahami soal jurang antara kaya dengan miskin. Ya lah, mereka amat faham bila kata sebut sebentuk cincin bersamaan dengan ratusan rumah PPRT, kalau kita buat rumah PPRT.

Saya nak beritahu sikit para pengomen- bila bercakap mengenai kos melepas atau opportunity cost, kita hanya boleh menyamakan nya dengan satu sahaja barang- tidak beberapa barang pada satu masa. Misalnya, cincin RM 72 juta bersamaan X banyak nya rumah PPRT; tidak RM 72 juta sama dengan rumah pprt, atau rumah kos rendah, atau sekolah. Kos melepas ialah satu barangan yang terpaksa di korbankan pada satu masa.

Ok, kita tinggalkan perkara perkara dalam ilmu muram- dismal science atau economics. Kita cakap hal politik.

Saya harap pembaca Melayu lihat lah gelagat pimpinan UMNO Negeri Sembilan. Apa yang berlaku di negeri Sembilan sama lah yang berlaku dalam negeri lain. Masing2 pemimpin melihat dan menjaga kepentingan peribadi mereka sahaja. Sesuai sangat dengan bidalan orang Negeri Sembilan;

Kalau berjalan berduo, hendak kek tongah
Kalau dalam kurungan, hendak kek luar
Kalau terhimpit, hendak kek atas
Jangan mencuri, kecuali terpakso
Jangan berzina kecuali berselero.

Tabiat pemimpin UMNO inilah yang sebenarnya- masing masing macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing masing. Demikian juga pimpinan UMNO di Selangor. bukan soal memenangkan negeri Selangor  yang di sibukkan oleh mereka. Yang jadi igauan siang dan malam ialah siapa nak jadi MB.

Saya ingin mencadangkan kepada PM Najib, presiden UMNO kalau hendak menang NS, dia buang semua ahli politik yang sibuk betelagah nak jadi MB Negeri Sembilan. Tidak kira Isa Samad, Mat Hasan, Ismail Lasim, Hassan Malik atau siapa sahaja. Kita tidak hendak bercakap lansung berkenaan Rais Yatim. Kita hanya bercakap mengenai anak yatim ni bila Maznah Rais beri lesen si Rais bebas bersalaman dengan puteri UMNO.

Inilah musibah UMNO yang sudah lama sangat memerintah. Bukan soal strateji bagaimana mahu terus berkuasa di NS yang melalui kuasa tersebut dapat membantu orang Melayu dan rakyat NS yang di pentingkan. Yang mereka penting ialah siapa akan jadi MB. Alahai wok- kalau UMNO dan BN kalah di Negeri Sembilan, ekau semua nak jadi apo eh jang?

Kenapalah orang UMNO sibuk mahukan Isa Samad menjadi MB semula? Adakah dia mempunyai ilmu baru mengangkat martabat orang Melayu. Tidakkah di bawah keMBian nya, banyak tanah yang terlepas kepada tauke besar? Dari tanah pajakan kepada tanah pegangan bebas? Takkan orang Negeri Sembilan lupa akan sikap Isa Samad- den Menteri Bosar, den berkuaso. Orang lain apo ado? Ini tipikal sikap angkuh pimpinan UMNO yang buat rakyat meluat dengan UMNO. PM Najib patut pencenkan orang macam ini. Lebih elok kita biarkan Isa Samad membibik dengan BB nya.

Ye lah, kelebihan Isa Samad ialah dia antara beberapa orang di Malaysia, yang di segani oleh Najib. Sebab itu Isa boleh senyum selalu, macam unta yang kelihatan senyum selalu. Mengikut perpatah Arab, sebab mengapa unta kelihatan sentiasa terseyum, ialah kerana ianya satu satu makhluk Allah yang tahu rahsia nama Allah yang ke 100. Mahkluk lain hanya tahu 99 nama Allah. Demikian juga Isa Samad- dia sorang sahaja di dunia yang tahu rahsia Presiden UMNO. Di situlah kehebatan Isa Samad.

Masa nya tiba untuk memencenkan Mat Hasan. Orang Negeri Sembilan pun loya tekak bila dengar Mat Hasan cakap besar. Den ada harto ampet keturunan. Takkan habis nya. Dan jika bercakap mengenai orang lain, orang Negeri Sembilan tidak lupa cemuhan Mat Hassan- dia tu tak mendalamkan air pun. Orang Melayu sudah tidak berkehendakkan pemimpin seperti ini.

Ismail Lasim, ketua bahagian Pilah- semua orang tahu dia penghulu kontraktor klas F. sebab itu dia tidak banyak bunyi. Tidak banyak kualiti kepimpinan baik yang kita boleh cungkil dari Ismail Lasim.

Jika ketua bahagian Pilah tidak ada seri untuk jadi MB Negeri Sembilan masakan MP nya, Hassan Malik mau di tabalkan sebagai MB? Jika dia buat mesyuarat atau majlis, kesemua ADUN di dalam kawasan parlimen nya akan boycott dia. Mana dia ada chance nak jadi MB?

Bagaiman UMNO mahu mengembalikan keyakinan rakyat kepada nya. Obsesi pimpinan UMNO ialah mengejar kepentingan dan kemasyuran peribadi. Apa jadi kepada parti, soal kedua. Jika tanggung jawa[ keatas parti sentiasa di pindahkan kepada bahu orang lain, siapakah akhirnya akan memikul tanggung jawab nya.

Namun, elok juga jangan kita beri banyak sangat nasihat kepada UMNO. Biar ia tersungkur sekali dan kita akan lihat, adakah parti lain boleh membela dan membangunkan bangsa Melayu dengan lebih baik.

35 comments:

Anonymous,  16 October 2011 at 20:00  

apakah kelebihan Isa Samad...

Anonymous,  16 October 2011 at 20:37  

so engkau nak sapa naik jadi MB? shaziman atau khairi rasuah tu? elok la tu Arip, ko mesti nak si Kerry tu kan atau pun Shaziman kan? sorry la kedua dua nya lebih terok lagi dari Mat Hassan!!

Fooart 16 October 2011 at 20:38  

Tepat sekali. Den orang NS. Muak bukan sahaja tengok perangai kepimpinan UMNO di NS, malah ketua cawangan dan ketua pemuda berlagak macam NS ni dio punyo. Insyaallah, ramai yg berdoa agar UMNO@BN tersungkor di NS pada pilihan raya yang akan datang.Aaaminn.

Anonymous,  16 October 2011 at 21:32  

Telur Najib memang di dalam gengamam Isa.
Mungkin Isa akan buat satu video bertajuk
"I Know What You Did In Port Dickson That Night"kalau Najib tak ikut kata nya.

Anonymous,  16 October 2011 at 22:32  

Pandangan Datuk, walaupun kasar bunyinya,tetapi itulah hakikatnya di NS.

Ada kalanya kita perlu berbuat demikian untuk menyedarkan mereka dari terus mengelamun dan dibuai dengan pelbagai angan-angan termasuk nak menjadi MB, tanpa meneyedari pihak pembangkang sedang menyusun dan melakasanakan strategi merampas NS.

ZMS

Anonymous,  16 October 2011 at 22:51  

den org n9,dlm kwsn rantau,muak dgn ketua kg dan ketua cwng umno,byk bantuan krjaan semuanya pergi kat suku sakat dia.macam kg tu dia yang punyo.Byk ketua cwngn umno ni dah tuo2 tapi masih nak pegang jwatan,bak kata pepatah kubor kata mari,rumah kata mari.apa nak jadi nie...

Anonymous,  16 October 2011 at 23:02  

Kopalo B***H la UMNO Nogori, UMNO Solangor....dio orang ingek semuo orang molayu ni ado utang dengan mak bapak dia orang ko????? POIE la main jauh jauh....

Quiet Despair,  16 October 2011 at 23:05  

Hey Pak Sak, auk tak tengok ke muka Isa Samad rejuvenated ala botox sejak dapat Bibik.
Tapi bukanlah bibik Indon yang dituduh dengan Rais bakar jambatan. Wakaka.
Nampak semakin gagah dan ghairah Boy Scout kita tu dalam wawancara dengan TV 3 baru ini.
I think he feels comfortable as the Felda Chairman. Najib should take the cue from there.
Dia kata dia dah jadi Menteri, dah jadi MB, jadi tak ada apalah yang najk dicari daripada jawatan Pengerusi tu.
Jadi janganlah diambil dia jadi calon lagi be it as MP or Adun.
Let him go global with Felda.
Bangsat sangat ke Nogori masih mau muka dia dan Rais yang patut dah lama makan pencen.
Yang Mat Hassanpun eloklah balik menjual Mercedes semula.
Mengabihkan boreih ajo. Den tak nampak apo hebatnya dio.
Yes why not put KJ as MB. I am not sure his cousin Shaziman tu boleh.
Biarlah dia kekal sebagai MP dan menteri tentukan Parlimen tak bocor lagi.
Tentu you setuju dengan saya bab KJ ni.
Sekarang kita buka bicara untuk para pengomen menghentam saya bab KJ ni ramai sangat meluat dengan dia.
Bagilah can kat dia. Diapun dah humble sekarang.
Over to you guys.

P.S. Tak betullah you buat blanket predictions yang Nogori mencerminkan UMNO on the whole.
Cuma Selangor dan NS yang tak ada pemimpin menyerlah.
Pahang Tok Nan still okay apa. I like his gangster kampung like talk. At least he has no pretensions.
Perak MBpun doing well.

Anonymous,  17 October 2011 at 00:12  

Saya pon harapkn juga n9 tersungkor. Tp dgn pengundi hantu ni. Tarik nafas dlm2 je. Klu menang lagi. abis lah rakyat.

PR Juasseh/Jemapoh 17 October 2011 at 00:23  

Umno dah terdidik agak lamo memporbodohkan bangsa sodiri. Kok yang coghodik di canteh2. Kok yang monogur di pighek2.

Ghoma ngikut buto tuli. Ari ni ghamai Melayu dah sodar...Mano2 yg ghaso sebagai pomimpin tak jago amanah oghang ghamai, bakal tosungkur.

Politik ari ni tongah koarah komatangan.

Awas...Dah tak dapek layie do nak ngaka-ngakaan....

Anak Perak Cari Makan Kat Johor,  17 October 2011 at 00:36  

Den asa Peghak tapi buek maso ni den caghi makan kek Johor. Tak banyak den tau do tontang politik nogoghi sembilan ni tapi yang nyato den nampak UMNO NI NGABIHKAN BOGHEH JO KOJONYO!!!

Anonymous,  17 October 2011 at 00:57  

Saya setuju bab akhir.... biar parti lain yg memerentah. Kalau bagi kat Isa barulah Najib ada member... Sekaki katakan... Sekali ni jika sekaki sejoli boleh jual habislah sembilan negeri,

razikamil,  17 October 2011 at 01:08  

Dato',
Benar apa yang Dato katakan tu. Saya orang kg di Tampin, menetap di Kajang.

UMNO nogori tidak ada kepimpinan. Isa dah jahannamkan balak-balak dan tanah di NS.

Mat Hasan pulak tidak ada politiknya. Sombong nak mampos. mentang-mentang dia kayo.

Orang yang ada kepimpinan tidak ada lagi dalam UMNO. Semuanya sudah dihambat keluar.

Saya tidak kesal jika UMNO kalah kali ini di nogori.

Selagi tak kalah selagi itulah mereka tidak sedar.

Saya doa, janganlah Isa, Mat Hasan, Ismail Lasim atau Rais bertanding lagi. Menjemukan kami.

Salam Dato.

kg Larong, Jolobu.,  17 October 2011 at 01:23  

Rais Yatim, Isa Samad, Mat Hasan, Mail Lasim dah luput politik mereka.

Kalaulah di pilih di kalangan mereka ini jahannamlah UMNO yang memang sudah jahannam.

Tak buleh baik laie UMNO NS dan mano-mano UMNO pun.

Hilang UMNO hilanglah poning kopalo.

bukhari, kg pilin.,  17 October 2011 at 01:29  

Dato Sakmongkol,

Yang ponteng dek sayo MB itu orang Melayu. Biarlah dari PAS, PKR atau DAP sekali pun.

Asalkan Melayu dan Islam siapo pun boleh jadi MB asalkan jangan dari UMNO.

Undilah sesiapo pun. ABU (asalkan bukan UMNO).

Ikan Tongkol,  17 October 2011 at 06:20  

fu** off isa samad.

bloody wanker.

hypocrite.

duduk diam diam la. (goes to the rest of the supporter, Konon la)

memekak tak sudah sudah

natang berok.

Zaidi,  17 October 2011 at 08:11  

Dato Sak,
Blog ini tidak sempurna kalau kesemua pendapat bersetuju dgn Dato'. Izinkan saya mencari sedikit kebaikan UMNO itu. Sekurang2nya UMNO ini jujur, mereka bekerjasama dengan orang China dan India dan berkongsi hasil kekayaan negeri. Apa yang ada pada orang Melayu itu diagih2kan kepada orang-orang China dan India supaya berkongsi kekayaan. Sama ratalah katakan. Jadi tidak salah kalau pemimpin UMNO itu mengambil sedikit daripada kekayaan yang dijanakan itu sebagai komisyen hasil usaha mereka, bukan banyakpun 20-30% aje. Duit itu pun digunakan untuk membantu rakyat juga bila mereka jumpa YB utk selesaikan masalah. Bak kata Ustaz China yang selalu jadi pengerusi Forum Perdana, "Kalau simpanan Tabung Haji tak cukup lagi dan nak pergi haji..pergi jumpa YB". Jadi apa salahnya...tiadalah salahnya.

Anonymous,  17 October 2011 at 09:10  

KPD ZAIDI.

tak kesahlah apa yg bn umno yg baik tu, cuma nak betulkan skit yg merimaskan den, tak byak ke 20-30% tu, adoi!!! kito berniaga pun tak dapek margin tu, senang2 yb d halalkan dapat, satu lagi pasal mintk duit utk tampung g ke haji, G haji bukan kerjonya memain, mesti cukup syarat, molek ke nak p haji minya duit kat YB, halal ke diut tu, duit YB tu pulak semua halal ke?

saji 17 October 2011 at 10:05  

Sdr Zaidi

Salahnya pemberian projek kepada kroni UMNO bukan Melayu dan Melayu secara direct nego/rundingan terus bercanggah dengan hukum kontrak jual beli Lelong Islam berdasarkan Hadis sahih dan etika perniagaan sejagat.

Anonymous,  17 October 2011 at 10:25  

KJ for MB? ha ha ha thats hillarious. That guy political career is over ever since his FIL was kicked out. For all you KJ lovers out there including this Suak guy, eat your heart out man! Ask him to join us in PR. his future is better to replace our great leader Anuwar!!

Mohd Arshad Raji 17 October 2011 at 11:16  

Dato,

Saya telah mengikuti tulisan Dato sekian lama, dan inilah kali pertama saya membuat komen.

Benarlah kata-kata Dato itu dan suara yang sama amat kencang kedengaran diseluruh negeri. Tapi saya hairan mengapa pemerintah negeri berlaku tidak endah saja -seolah-olah akan mereka itu sudah pekak, bisu dan buta.

Teruskan perjuangan Dato bagi menyedarkan gulongan pemimpan UMNO yang dah pekak, bisu dan buta itu, semoga mereka sedar pada apa yang berlaku disekeliling mereka.

Ariff Sabri 17 October 2011 at 11:45  

orang2 bodoh ni , jika kita beri tali kepada mereka, mereka akan belit diri sendiri dan akhirnya mati tergantung.

2 orang mat laon sini tmbulkan isiu siapa jadi MB N9. artikel ini mempersoalkan apakah isiu sape jadi MB lebih penting dari isiu menangkan UMNO terlebih dahulu. saya harap 2 matlaon ini bukan ahli UMNO...ooops kalau ramai ahli UMNO macam dia orang lagi baik. lekas lah lingkup UMNO.

Anonymous,  17 October 2011 at 13:04  

aih.. tibo-tibo ghamai la pulok oghang nogori kek sini

Anonymous,  17 October 2011 at 16:13  

Mereka terlupa tragedi yang menimpa Gerakan di Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum 2008 dahulu. Kerana mereka asyik bertengkar siapa nak jadi KM, tup tup semuanya kalah. Pakatan Rakyat pimpinan DAP akhirnya membentuk kerajaan.

ZMS

Quiet Despair,  17 October 2011 at 17:00  

Anon 10.25

Hilarious? Who's laughing at KJ. We are laughing at you.
Lawaklah. Melalutpun ada. Reminds me of the song King Of Clowns by Neil Sedaka, during our fathers younger days. That's so you.
You sounded anti-KJ. Yet you roll in the red carpet for him to join PKR to replace your great dear leader, Anu-War.
Say whaaat? KJ wants to be PM by age 40. Of course he knows the only way is via UMNO.
To other KJ haters. Asal sebut nama KJ you all melenting. Tak layak ke dia?
Frankly he's better and smarter than Hishamuddin and Mukhriz or some other ministers put together.
Kalau UMNO nak buat jahat, boleh letak dia contest ADUN Kedah after all his mommy is from a well-known family in the state.
If he wins, he be MB. Parah Mukhriz. (I am a fan of his dad, but not him).
He's well-liked by the mak cik and pak chik Rembau voters. He is winnable in Najib's books.
Why must we contnue begrudging him for his background, his education and his FIL.
We have Felda settlers sons, fishermen and farmers son as our top corporate people and MPs and Aduns and ministers.
I like UMNO for that. But we must also reward privilege kids like KJ. Just an accident of birth.
Play fair, please. When it comes to KJ, you hear suara sumbang chorusing anyone but him. That's jealousy, that's envy. Just because he's young and vibrant, you penalise him.
You think you are his age group and you want him to not to shine like you.
Inilah mentaliti PHD Melayu yang perlu dikikis. Dengki sama Melayu.
Yes my racist non-bumi friends, how many times have I told you, Malays are so unracists.
We prefer you to be on top of us rather than our own kind. This happens in offices and not only in politics.

Anonymous,  17 October 2011 at 19:10  

Quiet Despair,

Agree with you tha KJ is better than most guys in UMNO. And yes, he can be PM by 40 or MB of NS or Kedah for all that matters. But only if UMNO/BN wins the GE lah. You better pray hard for that to happen!

PL

Anonymous,  17 October 2011 at 20:38  

Salam,

Benarkah Dato' Arif aka SAK akan bertanding atas tiket DAP pada PRU13 nanti?

-OO-

bruno,  17 October 2011 at 21:08  

Quite Despair,

I agree with you that KJ is much smarter then DPM,HM,M of Misinformation,Isa Samad and Toady all put together.But setting a target date for one's main goals,is like putting a big red bullseye on one's back.Not very very,so very smart.Cheers.

Wan Shamsudin 17 October 2011 at 22:07  

salam Datuk.

Amat benar pandangan Dato.Semuanya MB MB Negeri sembilan kaki sapu, bersih disapu mereka dan kuncu kuncu mereka.ISA dgn GANya, Mat Hasan dgn M Concept dan ASLAHnya....Semoga pengundi berani membuat keputusan di PRU 13 nanti.

Pesara,  17 October 2011 at 22:44  

Tidak ada siapa yang boleh jadi MBNS. Baik Isa yang punya rekod buruk, baik Mat Hasan yg tidak tahu perasaan orang lain dan juga korup, mahu pun Ismail Lasim yang tak tau apa-apa. Kalau nak jahanamkan NS berilah tugas itu kepada Ismail..gerenti jahanam NS.
Isa sudah bunuh semua pemimpin yang baik semasa dia jadi MB. Dia hanya ambil guru-guru sekolah untuk jadi w/rakyat dan jadikan exco.
Orang yang tahu bab UMNO dibuangnya. Ismail Kamat, Dr Ramli Ujang, Dr Nordin Selat, Aspan Alias, Mohd Noh Rajab, Mustapfa Kamal dan beberapa orang yang punyai fahaman politik yang baik tapi diketepikan atau tidak diberi nafas oleh Isa pendek ini.
Rasuahnya tidak terkira. kalaulah Isa nak dijaduikan MB lagi, ini memang satu keputusan yang harus ditentang habis-habisan.

Saya akan tulis tentang politik NS dalam blog Dato jika dato menulis tentang politik NS. Saya adalah bekas pegawai kanan kerajaan NS pada era lapan puluhan. Saya sanggup keluar secara terbuka kalaulah nama-nama seperti Isa Mail Lasim dan Mat Hasan masih ada dalam politik Negeri lagi, walau pun saya sudah berusia 66 tahun. Sebagai anak Negeri 9 kita patut buang BN jika nama-nama itu masih di turunkan bertanding. Ini semuanya penjaghjanam politik NS.

Pesara, Pert Dickson

imran,  18 October 2011 at 03:04  

Ngerilah saya kalau Isa, Mail dan Mat Hasan masih ada dalam politik NS.

Punah ranah NS. Bangunlah rakyat NS. Tentang mereka ini dan juga Ishak gila.

Kita tukarlah..tukar...tolonglah! Jgn nama-nama ini ada lagi dalam politik NS.

Anonymous,  18 October 2011 at 19:36  

Oh yes, why not KJ? After all in the entire UMNO, he is the only one with a degree from Oxford . He can take on anybody hands down particularly the opposition on any issue at any time and at any place. His knowledge and his oratorical skill easily surpass anybody and go unchallenged even by those in DSNTR's cabinet.

And he has repented and change for the better. He is no more that arrogant type and will certainly not resort to unscrupulous means again to win his party election. His FIL is no more the PM.

Forget his latest reaction to the LGE's son's alleged moral misconduct. Forget about what he has said 'turning Kg Buah Pala into Kg Buah Dada." After all, according to him the opposition has done much more worse than that.

Back to his Rembau parliamentary constituency, he is definitely the darling of the makchiks and pakchiks. Forget about their number which can be finger-counted as many have since demised.

So DSNTR, when you have finalised the list of your winnable candidates, my appeal to you is, ensure that KJ's name is not omitted. Take every precaution for there might be those , because of jealousy or the PHD syndrome, be able to manipulate the list even though it might be classified Top Secret and kept in your strong room.

He has to become the PM of Malaysia by the age of 40.

Orang NS

Anonymous,  19 October 2011 at 10:47  

Tok, kawan saya cakap harta mat asan punya banyak. Buang pun tak abis.

rocky,  20 October 2011 at 02:13  

yes you are right,they are fighting even before they are sure of victory but then they are always syok sendiri. Isa has left lots of shit in NS, ask Mat Hasan. Mat Hasan is a capable and has cleared lots of crap left behind by Isa. we should give him credit. Not sure if Mat hasan wants to remain as MB, skills wise he has it and has the capabilities but does he have the support to go on as MB? yes he is rich but can we blame him for that cos of his private sector roles before being the MB. who is richer, Mat Hasan or Isa?

as for KJ, yes he has the intellect and can vie for MB NS. but does he has the grass root support and will Najib pick him since the old man still around and likely to stop KJ wherever he can as he has done to KJ's minister post.

who else in NS from UMNO, not sure but like you said first they have to win the state but who will be the winnable candidates.

as for Mukhriz, he is targeting MB job in kedah and will go for it if he is asked to do so. but again can BN win in kedah. UMNO thinks so, syok sendiri?

Anonymous,  20 October 2011 at 15:39  

Dato',

Why are you silent on the Himpun rally planned for this Saturday or are you planning to attend the rally itself since a police permit has been granted for the "million muslims gathering"?

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP