Bajet 2012- bajet pilihanraya. bahagian 1.
At least the TPM was blunt enough - it is an election budget. No two ways about it.
It is a sedative designed to lull the masses for short period of time the one time handout will sooth their immediate pain. Once they have the cash in hand, the goodwill stays and election will make them forget the pain that is coming. They dont understand bonds, economic forecast, govt borrowings, FDI and other economic terms. Once they see the money at hand, they get a warm fuzzy feeling from the people that gave it to them. Lepas tu election pulak - aiseh, sure pangkah gomen punyalah... So, here we go again - BN need the masses to stay stupid. If they know what the government is doing they will disagree. So, they keep them simple folks stupid. Next election sure menanglah... All the rational voices are the minorities. You, Dato', know that this is Sisyphean effort. Endlessly laborious and futile. Those reading your blogs would parrot your view - but what can they do to change the people ignorance? How do you convince the smiling folks who got to shake hand with the elites that they got the short end of the stick? How do you tell the makcik felda that the rich are creaming her children's future? We all agree to this reality - some spew vitriolic words to emphasize the point. Readers of this blog - your voice doesnt matter. You are outnumbered 10 to 1. Your hand is tied. Your leg is tied. Now you fight with this evil government. Sure kalah la, bang. Apa lagi kalau ada pengundi hantu. Korang nak lawan macamana hantu dan setan ni? Jangan syok sendiri tengok blog yang support your theories and hypotheses, the real work is 100 times harder out there. suggest that if you want to see change, dont just read the blogs. Go out there and reach the folks. Dont talk about this budget. Convincing them it is a bad budget is a futile exercise.
Make them see the injustice, corruption and swindling. Make them realize this government is stealing from them and their kids. Make them realize that this government is misusing their power to enrich the few.
Work is hard, journey is long. I dont think this evil will die in 13th GE. It will take few more - but the work must continue. Aim high, try hard. Then pray. The sooner this evil fall, we will have a more secure future for our kids.
Melayu Baru
Saya suka komen oleh seorang pembaca yang menggelar diri nya Melayu Baru. Kita tidak tahu dia sokong siapa, tapi pandangan nya amat di hargai. Saya amat besetuju bahawa isiu untuk meyakinkan pengundi mesti di kekalkan mudah dan senang di fahami. Untuk menang, mengikut pandangan Melayu Baru tunjukkan kepada rakyat:-
1. Kezaliman, penipuan dan rompakan yang berleluasa
2. Yang berkuasa dan kuat mencuri dari rakyat dan anak cucu mereka
3. Yang berkuasa salah guna kuasa mengayakan diri mereka dan konco2 mereka
Kalau mengikut pandangan sahabat saya The Oracle of Syed Putera, cara nya lebih mudah dan praktikal. Semasa kempen, kamu hanya perlu mempamirkan poster2 cincin, beg tangan, subang, gelang dan perkara2 seumpamanya. Rakyat lebih mudah faham cara tersebut. Pamirkan juga gambar rumah PPRT, pondok buruk, jalan pecah, kekotoran dalam kampong dan bandar, Samping Flats. Tu sahaja.
Sekali lagi , saya ucapkan terima kasih kepada Melayu Baru. Hanya, ingin lah saya memberitahu beliau, bahawa apa yang di sebut, pasti di canang oleh ramai orang bila tiba masa nya. Tapi buat masa ini, elok saya memberi komen saya tentang bajet 2012 dalam Bahasa Melayu. Tujuan nya , pada peringkat ini ialah meningkatkan kesedaran di kalangan cerdik pandai supaya mereka dapat menjadi jurubicara dan jurucakap menerangkan keadaan nya kepada audiens yang sesuai.
Saya harap, seperti orang lain, saya baca bajet 2012 banyak kali, untuk mencari dasar dasar yang akan menghasilkan trasformasi besar besaran. Tersangat kureng. Saya baca versi BM dan BI. Versi BI lebih direct. Versi BM biasalah- dengan istilah2 yang mengasyikkan. Sisir masa, luwes, dan lain lain lagi.
Adakah dengan bercakap sahaja dan melaungkan slogan dan akronim, sudah memadai untuk transform ekonomi kita?
Kita mulakan dengan slogan 1 Malaysia- hampir semua mamat UMNO menolaknya sebab mereka mahu prisip Melayu di dahulukan. Rakyat tidak faham apa tujuan 1 Malaysia. Muka Dato Najib naik sempar bila perwakilan UMNO pada perhimpunan Agung tahu lalu menempelak dan menolak gagasan 1 Malaysia. Sekurang kurang nya orang Islam tahu apa tujuan hudud yang mahu di laksanakan. Sekurang kurang nya, matlamat menghududkan masyarakat di jadikan faktor penyatu dan pengikat kesetiaan rakyat kepada kerajaan PAS. PAS lagi professional Nampak nya dari fofesyenal pemimpin UMNO.
Orang Melayu sendiri pun akan menolak UMNO bila mereka tahu UMNO mengamalkan prinsip Bumiputera di dahulukan- kelompok putera di depan- putera raja, bangsawan, anak menteri dan pembesar di depan, sapu semua. Siapa dapat AP? Anak raja. Kalau tak percaya kita tanya Mustapa Mohd apa pasal permohonan AP di bekukan? Raja kapoor, raja pakau, raja botol itu dan ini. Siapa dapat kontrak besar2? Golongan bangsawan dan berkuasa. Di mana anak2 Bumi yang mendokong kumpulan terpilih ? di belakang mengharapkan ehsan daripada pembolotan sang putera. Kebajikan putera di dahulukan. Kebajikan anak bumi di belakangkan.
Projek khas? mengGamudakan. MenSyedMOkhtarkan. Pemajuan hartanah? mengSPSetiakan. MengSunwaykan. MenYTLkan. MengBerjayakan. Industri Penerbangan? MengAirAsiakan. Kita lihat the same players yang mengaut segala peluang dan golongan baru yang baik dengan PM dan isteri.
Lagi segera Dato Najib faham dan sedar bahawa idea 1 Malaysia nya adalah suatu non-starter lagi baik. Baik kita cari other workable initiatives. Rakyat tahu 1 Malaysia adalah suatu ilusi untuk mengkhayalkan rakyat bahawa negara ini di bangunkan oleh perpaduan antara semua kelompok dalam Malaysia. Semua orang suka dengar bahawa tidak ada siapa yang akan tercicir dan tertinggal diatas gerabak lokomatif yang bergelar 1 Malaysia. Berikan candu dan madat kepada rakyat supaya mereka khayal untuk memberi laluan seluas mungkin kepada golongan yang benar2 memerintah dan menentukan perjalanan negara ini terus berkuasa. Siapa mereka? Yang berkuasa dan golongan perkasa ekonomi.
Jadi apa dia ETP atau Economic Transformation Plan? Adakah pegawai kerajaan mendetailkan apa yang di perlukan oleh Malaysia? Tidak ada yang jauh dari kebenaran selain dari konsep auta ETP ini. Ianya hanya koleksi perancangan bisnes syarikat syarkat besar. Komisyener yang menjaga ETP memanggil ketua2 syarikat besar memberitahu mereka- tolong kemukakan business plan kamu kerana kita hendak gabungkan jadi satu Economic Masterplan. Apabila sudah di kumpul, syarikat perunding seperti McKinsey di bayar untuk menyalin kulit dan mengemukakan cadangan yang baru.
Rakyat akan mengambil bahagian dalam ekonomi baru tersebut? ETP ada sasaran2 ekonomi terpenting( National Key Econmic Areas). Ini semua di bahagikan antara syarikat besar dan golongan kaya dan berkuasa. ETP dengan NKEA nya pada prinsip nya bagus. Yang kurang bagus ialah mengapa bisnes2 ini sudah di resebkan untuk mereka yang tertentu?
Erti nya, ETP secara keseluruhan nya, adalah business plan untuk kelompok elit dalam negara ini yang terdiri dari yang berkuasa dan golongan yang sudah pun kaya.
Kita mulakan dengan ETP dengan NKEA- national key economic areas nya. Ini pada dasar nya betul. Yang tak betul ialah kita telah menempah dan meresebkan tempat untuk syarikat terpilih mengemudi NKEA tersebut. Dalam dailog dengan Pemandu, adakah Tony Fernandez beri pendapat bagaimana industry penerbangan sepatutnya di perlakukan?
Saya mesti sebut sedikit mengenai gabungan antara MAS dengan Air Asia ini. Kepada saya, deal MAS-AA ini di rencanakan oleh Khazanah, CIMB dan Air Asia. CIMB jadi broker atau dalam sebutan CEO nya, sebagai mak andam sahaja. Saya ibaratkan peranan CIMB sebagai Haman moden. Pada zaman nabi Musa AS, Haman jadi broker kepada Firaun sahaja. Dalam zaman moden serta sains dan teknocoli ini, Haman jadi broker untuk kedua dua Musa dan Firaun. Dasyat Haman moden.
Perbandingan mudah yang boleh saya buat , saya ambil dari cerita Sepah menjual lemang. MAS( Sepah) menyuruh Amir( Air Asia) mengendalikan penjualan lemang sementara mereka ke surau. Si Amir ambil lemang yang baik dari dapur Sepah dan jual sebagai lemang nya sendiri. Bisnes Amir meningkat sementara bisnes Sepah merudum. Serupa lah hal nya bagaimana kita memperlakukan MAS.
Kita jemput Fernandes sebab ilmu mamat ini lebih terror dari semua yang graduate dari Cambridge dan Oxford dan dalam dunia ini, tidak ada orang lain yang faham mengenai industri penerbangan. Ala Wok! Air Asia banyak hutang . pandai mana lah mamat mamat di Air Asia tu. Akhirnya kerajaan Malaysia lah yang akan menanggung beban hutang apabila Fernandes pilih untuk cash out atau mengangkat bendera putih. Lagi pun kita sebenarnya tidak tahu berapa banyak pegangan ekwiti Fernandes.
Come on- mamat di Khazanah tidak bolehkah mencari CEO dalam industry ini untuk membetulkan MAS? Kenapa tidak MAS buat macam Sepah akhirnya, taruh lada dan apalagi bahan kedalam lemang Amir? We should be competing with Air Asia bukan menjemput AA mengurus MAS. Apa jadi kepada penstrukturan semula dan penjuruteraan semula oleh mamat Sarawak dahulu? Dia semai benih kehancuran atau kemajuan?
Hmm,mungkin lebih baik kita lantik kumpulan lawak Sepah mengurus Khazanah.
11 comments:
SAK
Sebelum ini kita banyak dengar UMNO/BN menyediakan cukup tabungan (duit) untuk setiap kempen pilihan raya umumnya yang, antaranya, untuk 'dihand-outkan'/diberikan kepada kumpulan sasaran dalam bentuk tunai, basikal, beg sekolah,kasut sekolah,sampan/ injin sampan, kain batik, beras dan lain2 yang disalurkan melalui ketua2 bahagian parti atau calun2 parti.
Soalan saya ialah;
Adakah "hand out" yang diberikan kepada kumpulan sasaran melalui belanjawan 2012 itu petanda tabungan UMNO/BN untuk kempen pilihan raya umum ke 13 tidak mencukupi atau mengelak dituduh melakukan rasuah pilihan raya jika UMNO/BN mengulangi apa yang lakukannya sebelum ini seperti di atas atau UMNO/BN ada masalah penyaluran duit tabungan tersebut untuk pilihan raya umum ke 13 nanti?
Even though I agree with Melayu Bari's observations that the ruling elite will help themselves to the spoils, my reasoning that this is the "prize" when winning in politics. That's the World Cup trophy you may say that all these political parties aspire too.
So even though the BN Govt is sowing the seeds for the Ringgits future implosion, that is a medium term effect over the next 5-7 yrs. They are the "short term" game champions, they know how to "snooker" the opposition time and time again on issues of race and religion. Part of this is because the DAP does not know how to use their supposed "business acumen" - they keep on falling for UMNO's trick. They are unable to form a more Malay friendly worldview, so they are relegated to stay in Opposition.
However, don't despair you poor citizens of Malaysia. Perhaps in 50 years time, when the country is bankrupt and the ringgit worth the same as the peso or the baht, I think then people may be able to look through the games politicians play and judge accordingly
Dear Dato,
Ada dua cara untuk mengelakkan rasuah atau salahguna kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Pertama bagi pemimpin Islam, iman dan ketaqwaan yang kuat. Kedua bagi yang bukan Islam, disiplin dan doktrinasi diri yang kental.
Saya lihat kepimpinan Lee Kuan Yew punyai kriteria kedua walau pun mungkin LKY tidak pernah bercakap pasal keimanan jauh sekali mengenai ketaqwaan. Jangan rasa malu untuk mengaku bahawa kepimpinan LKY jauh lebih berintergriti, telus dan terbuka.
Kepimpinan religious based pula, walau pun kepimpinan yang amat ideal, tetapi punyai segala macam dalil dan justifikasi yang memungkinkan mereka melakukan kesilapan dengan dalil dalil tersebut. Dan malangnya dalam banyak keadaan, dalil dalil tersebut amat sukar untuk dipertikai dan dibahaskan.
Ada pendapat yang mendakwa bahawa adalah lebih afdal untuk membantu keluarga, sahabat handai atau kenalan dari orang lain. Namun demikian tindakan ini adalah sama sekali bercanggah dengan doktrinasi dan disiplin kepimpinan yang berintergriti dan telus.
Kepimpinan Mahmoud Ahmadinejad walaupun amat ketara berteraskan Islam (religious based), namun demikian dirinya dan kepimpinan nya amat jelas tidak begitu ghairah menggunakan `dalil dalil' dan justifikasi tertentu untuk kepentingan diri dan keluarga nya. Kehidupan Ahmadinejad amat sederhana dan beliau amat telus dan terbuka.
Pada saya secara peribadi, kepimpinan mesti punyai intergriti yang tinggi, telus dan berdisiplin tinggi...highly knowledgable dan tegas dalam semua tindakan.
Sdr Rami Mohd Yunus
Berdasarkan hujah pembahagian ajaran Islam kepada 3 komponen utama iaitu, pertama, AKEDAH ( meliputi takwa dan iman), kedua, AKHLAK ( berdasarkan sifat2 Nabi-sedik, amanah, tabligh dan fatanah) dan SYARIAT ( kesemua peraturan hidup sesama manusia dan dengan makuluk lain yang ditetapkan dalam syariat Islam dalam bentuk undang2, sistem2 atau hukum2 syarak), saya lebih yakin jika sdr berkata, pemimpin Islam, berdasarkan pembahagian ajaran Islam di atas, menekankan komponen AKEDAH dan AKHLAK di atas sebagai caranya untuk menjelaskan bagaimana gejala rasuah atau salahguna kuasa dapat dielakan dalam pentadbiran kerajaan, manakala LKY menekankan komponen AKHLAK dan SYARIAT ajaran Islam di atas.
Salam Dato'
How much true and convincing you telling it, what power abuse and corruption as rampant, all that are being presented blithely without apologies as Bajet 2012.
Yet why is it everybody still only sees it no more but just an 'election budget'?
Shouldn't the reaction be public indignance if not outrage and calling for indictments of power abuse and corruption charges?
But how can that ever be!
What with the MSMs, pro-Gov/BN/UMNO bloggers, etc are making and repeating FM Najib is that darling of Santa Claus, isn't it? To which with most of us if ever indignant and outraged has only got to just saying let's vote out UMNO/BN at GE13?
But we are being realistic, aren't we? UMNO's just too way ahead out there!
UMNO has got the voting Malays already firmly committed that it is just too risky to vote out UMNO/BN whatever evil and unacceptable they had done, have incorrigibly become and whatever else true you/we have always been saying about them!
Tuan Sak, You had me at "konsep auta ETP'..... lagi best tgk Optimus Prime dari dengar Transformer Putrajaya yg perabih duit rakyat!
Datuk,
Cuma nak tahu tentang ura ura di khalyak bisnes bukan melayu bahawa rupa rupanya Tony AA sebenarnya memegang saham untuk Ananda Krishnan..
Padan lah Ticket Air Asia dan Flight nombor dikenali sebagai AK
Joe Black
"lebih baik kita lantik kumpulan lawak Sepah mengurus Khazanah".. Ha ha Dato' perlu update sedikit. Kumpulan Sepah pun dah pecah! Ambil saja lah Nabil CEO Khazanah, atau Apek pun boleh... mereka ni sukses punya orang Dato'.. lebih hebat dari Tony F sebab tak minta pelawak sebelum mereka bagi jalan.. bukan macam Air Asia yg bila nak bangun suruh Kerajaan pull brake on MAS.
saya bersetuju dengan apa yang Sakmongkol komen.bagi saya ia nya bernas dan jelas. tapi kalau kerajaan dan Khazanah tak faham juga saya rasa dia orang memang tak kompeyen untuk metadbir negara. Tapi dia orang rasa dia orang lah yang terpilih.
susah cakap dengan ornag tak paham bahasa apaun pon keci=ualai bahasa omputih impot dr amerika tuh...entah2 itu pun kantoi..bukan dtg nak ajor anak2 kita omputih tapi ajor mende lain...eh, ko kata Kita x tau Tony Fernandes tu banyak utang? dah tau lama...cuma sbb dia kan pande berlakon abg angkat pon rame banyak Puter2 beraja dimata bersultan dihati....dah lama dah Malaysia dijual ...dulu jual air 1000 tahun, pas tu jual beras...pastu jual tanah Iskandar, pastu jual pasir...apa lagi yg ada...daging2 yg boleh dijual dah dijual...yg tinggal kuku2 dan tulang2 ni pun dah direbutkan oleh geng transformer...usaiiii...1 Malaysia..
Salam Dato,
Abang jadi PM dan Menteri Kewangan. Si adik jadi CEO bank.
Jika zaman dulu Abang kepala lanun adik pun Timbalan kepala lanun. Anak-anak buah lanun sentiasa kelaparan. Gua emas dan intan berlian didepan mereka. Amacam..bole pecaya ka???
drp: suki ahmad (ahli umno)
Post a Comment