Lapuran Ketua Odit Negara- kenapa kita bising2
Saya mendapat komen yang panjang lebar dari sahabat blog saya, Encik Walla. Oleh kerana saya inginkan memanafaat fikiran bernas yang ada dalam komen tersebut untuk di kongsi oleh seramai mungkin pembaca, maka saya menterjemahkan komen tersebut kedalam bahasa Melayu. Mudah mudahan, selaras dengan saranan dan pegangan MP Pagoh, ianya memperkasakan bahasa Melayu.
Begini bunyi nya komen Walla.
Pendedahan yang memualkan oleh lapuran ketua odit negara( LKON) membatalkan semua rasa gembira dari bajet 2012. Malahan, pendedahan tersebut telah mengukuhkan lagi persepsi bahawa kerajaan yang di pimpin oleh UMNO secara sistematik membohong dan menipu rakyat setiap tahun hanya untuk memperkayakan imam2 perang UMNO dan Napoleon2 kecil.
Pengundi2 simpanan tetap- penjawat awam, guru, bekas tentera dan polis serta petani yang akan mendapat faedah dari bajet 2012, menikmati itu semua diatas penghukuman yang di kenakan keatas sektor swasta dan akan memudaratkan aliran tunai masa depan negara ini. Semua mereka ini yang akan menerima imbuhan jawab lah sendiri sama ada bolehkah mereka mendapat durian runtuh itu semua, tanpa rompakan dan samun yang berleluasa yang tidak di bendung?
Dimana mereka dapat menunjukkan muka ketika mereka menadah tangan menerima imbuhan yang disebut dalam bajet 2012? Bagaimana rupa wajah sang guru wanita ketika dia mendapat gaji baru sambil menyatakan bahawa harap harap gaji bertambah tidak bermakna kerja pun bertambah?
Sektor swasta yang menyumbang jumlah cukai untuk membiayai pembelian kerajaan sekarang akan berfikir dua kali sama ada mereka mahu tulus terus membayar cukai kepada kerjaan yang hanya pandai memutar belit, cuai, mencuri dan bercakap soal perkauman yang ekstrim.
Mat Salleh yang menjadi pakar runding pembentukan imej PM Najib akan mendapati tangan nya terlalu penuh. Bagaimana dia mahu menunjukkan bahawa Najib ok manakala sekeliling Najib kucar kacir? Pinjam tongkat sakti Hermione? ( Hermione ialah watak budak perempuan yang bersama dengan Harry Potter). Memakai minyak pati SK-11? Atau suntikkan botox keatas pentadbiran Najib?
Sejak awal lagi, rakyat di beritau dengan tegas bahawa kita akan menjadi sebuah negara kaya dunia pertama; sebutan yang menyukakan seperti transformasi, kerajaan yang mengambil berat dan perihatin, 1 Malaysia, dan sebutan2 rengkas Pemandu tumbuh seperti buih untuk menggambarkan aura kemajuan dan kejayaan. Tapi sebenarnya, di belakang tabir, mereka membohongi rakyat yang di janjipalsukan dengan masa depan yang bersyuragaloka di bawah pimpinan UMNO.
Dari proksi perniagaan dalam GLC GLC kepada pemalsuan harga yang menjahanamkan, UMNO telah menipu dan mencuri dari rakyat negara ini dan melemahkan semua sektor2 ekonomi kita.
Suatu ketika dahlu, kita mempunyai system kawalan dalaman. Kita ada undang undang serta peraturan dan protocol. Semua ini di laksanakan tanpa rasa takut, berat sebelah atau berbau perkauman. Hari ini, terutama sejak rejim talam dua muka Mahathir, semua ini telah di anakkampangkan.
Sejajar sangat dengan tradisi lanun bugis dari Sulawesi, semua nya di halalkan asal sahaja status quo yang menyokong penyandang kerajaan di pelihara; dan mereka yang mempunyai kuasa dan kedudukan berada di atas undang undang dan peraturan. Undang undang dan peraturan hanya untuk rakyat bawahan dan orang biasa yang akan di momokkan dengan pelbagai cerita seram supaya memastikan yang berkuasa terus berada di tampuk kuasa.
Jika tidak, bagaimana kita menerangkan Dr Mahathir di kebalkan dengan selimut Teflon yang kalis peluru manakala professor Aziz Bari hanya perlu di takutkan dengan sebutir peluru? Walhal, cacian keatas raja Melayu yang di lakukan oleh Dr Mahathir dahulu lebih dasyat dari yang termampu di buat melalui teguran seorang tokoh akademik. Pecacai UMNO yang mengencing para raja Melayu hari ini tampil kehadapan konon menjuarai kemaksuman raja raja Melayu. Podah lah!
Sila beri kita jawapan bagaimana Piawai Ilahi boleh di peliharai apabila prinsip prinsip keadilan semua nya di korbankan untuk tujuan muslihat politik, kerakusan peribadi yang akhirnya mendedahkan hipokrasi dan permunafiqan bangsa Melayu untuk di perlihatkan kepada seluruh dunia. Dimanakan harga diri orang melayu? Malu orang Melayu menggelarkan diri mereka Melayu jika berpegang kepada hipokrasi UMNO ini.
Untuk apa semua hipokrasi ini?
Untuk mendapat bayaran progress pertama dari pembinaan hospital yang mengenakan caj RM 1 juta per katil?
Atau untuk mendapat pandangan dari seoang jaguh longkang yang berani memukul seorang insan lain yang tidak boleh mempertahankan diri sehingga lebam seluruh anggota dan mengorbankan hak seorang manusia lemah mendapat perlindungan dari yang berkuasa dan gagah walaupun yang mengharapkan ehsan itu lain bangsa dan agama nya?
Sesungguhnya, bangsa Melayu kita sudah di beri makan dengan rerumput kebodohan oleh pimpinan zalim di negara kita.
Bayangkan-lapuran ketua odit negara utu hanya bahagian atas gunung salji sahaja. Ini yang termampu di kesan oleh pasukan odit negara dari maklumat yang ada dalam rekod dalam tempoh odit yang terhad ketika sentiasa dalam pemerhatian pegawai pegawai yang bermuka masam dan kemarahan.
Bagaimana pula hal hal yang mencurigakan yang hanya mampu di sahihkan dan di terangkan oleh kemahiran perakaunan dan rekod simpanan akaun yang belum sofistikated? Kita tidak boleh terangkan kecuali menyatakan, kita belum cukup ilmu untuk menerangkan nya. Jika sektor swasta boleh mempunyai perkara perkara seperti pasaran bayangan, tidak mungkinkah sektor awam juga mempunyai perbelanjaan bayangan?
Bagaimana kah rakyat yang siuman akan mempercayai kerajaan ini walaupun sesaat.
Maka disini lah letak nya jawapan mengapa kita semua mesti bising apabila lapuran odit negara di kemukakan- sebab amanah rakyat sudah di cabul. Apabila amanah, keyakinan dan kepercayaan sudah di cabul, tidak ada harapan lagi untuk kita mengharapkan kerajaan ini akan melakukan yang baik dan ikhlas. Setiap waktu dan saat adalah satu lagi lembaran muka perlakuan jinayah yang akan hanya di report dalam lapuran odit tahun hadapan.
Sebab itu lah sebagai contoh, walaupun berada sendiri dalam majlis tersebut, MP dari Bagan Datuk tidak boleh membezakan antara harga pasaran dan harga yang di bayar kepada kontraktor kroni UMNO. Perbezaan ini YB, bukan nya RM 6 tapi Enam Bilion Ringgit. Itu RM 6,000, 000,000. Enam Ribu Juta ringgit. Tentu YB fahamkan.
Bayangkan berapa banyak paket angpow hijau atau merah yang boleh terhitung oleh seribu jebat si anak tani yang membanting tulang dalam kerjaya masing2? Dan seorang bekas Komrad perjuangan rakyat menyifatkan inilah bajet yang terbaik kerana memuliakan para petani dan pesawah. Bersyukurlah kerana saudara komrad sudah terjumpa jalan pulang.
Adakah jumlah wang yang begitu besar akan mengalami nasib serupa seperti dalam projek2 kementeian pertahanan yang melibatkan antara nya, kapal selam yang tidak boleh tenggelam, kapal peronda yang terkinja kinja, tangki yang bocor, dan program latihan yang melibatkan alatan letrik di tempat yang tidak ada bekalan letrik yang hampir pula dengan ampangan yang dibina beratus juta Ringit yang tidak ada air! Hampir2 saya ingatkan yang jadi menteri Pertahanan ialah Samy Velu.
Pada masa yang sama, elok kita bertanyakan soalan, ketika lidah kita masih belum kelu, mengapa wang simpanan EPF rakyat di jadikan ah long dan ceti yang membiayai syarikat2 tenat?
Adakah dengan memberi pinjaman2 raksasa kepada syarikat syarikat tertentu, tanpa jaminan bayaran semula dan di luar penglihatan pemegang saham dana ini yang sebenarnya- iaitu lebai malang rakyat biasa- adakah kerajaan berkata bahawa mereka telah mejumpai zikir atau jampi yang akan menghindari pencarum2 EPF dari malapetakan kerugian yang mengerikan?
Kalau lah pinjaman itu semua gagal di bayar, adakah kerajaan akan mengambil langkah mencitak matawang dari kilang percitakan matawang mereka di Shah Alam untuk menampung kekurangan dana caruman , atau sebagai langkah untuk menyokong gerakan hijau mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas citak, kerajaan akan menggalakkan pencarum2 yang pencen supaya mati segera?
Atau adakah, dengan segala pembohongan ini, sebetulnya rakyat mampu menyimpulkan sikap sebenarnya kerajaan terhadap rakyat dengan satu sebutan? Iaitu:-
TiuuKauw
Rakyat sudah di liwat kau-kau, dan yang menyedihkan di screw oleh screwdriver yang harga nya juga harga bohong. Tiu Niamah Kahai!
Bila kita penat duduk di halaman rumah kerana di gigit nyamuk dan mengiang teliga dek cegkerik, kita pun menekan remote control telivisyen kita dan memasang TV. Kita lihat berita RTM1, saluran yang biasa nya kita cuba elak untuk menonton, kecuali kita mahu tonton bagaimana pembaca berita cuba sedaya upaya untuk senyum senyum palsu.
Di muka TV kita lihat budak Naza mengadakan siding akhbar untuk membina HUB kewangan KL. Kos pembinaan hub tersebut ialah 25 ribu juta Ringgit. Bagaimanakah syarikat yang medapat AP ini, dan dapatnya dengan cara yang menimbulkan banyak pula keraguan memperolehi hak untuk menguasai projek ini? Ini tiba tiba timbul. Tidak ada tender atau apa apa pun. Mengapa projek ini di beri kelonggaran membayar cukai selama 10 tahun, sama seperti penyewa dan ya habibi tenant dari timur tengah yang di beri keistimewaan yang serupa? Ini tenant dan penyewa yang jadi sahabat baik kepada budak cina yang bernama Jho Low yang mengangap Rosmah Mansur sebagai kakak nya yang baik hati?
Dan di manakah nanti kita dapat mencari para perkerja yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris yang di perlukan untuk mengendali industry dalam hub tersebut, mereka yang kita perlukan untuk berinteraksi dnegan orang lain dalam pasaran kewangan global, mereka yang kita perlukan untuk berhubungan dengan terminal Bloomberg dan yang akan membuat analisa power point macam budak2 Idris Jala?
Mungkin dari Pagoh, Bagan Latuk, Sembrong atau Jerlun agak nya?
Ini kah cara nya kita mencapai taraf ekonomi pendapatan tinggi? Dengan cara memalsukan harga tender kepada suatu jumlah yang menyusahkan kita untuk menyebutnya sementara 90% dari rakyat terasa cubitan bisa beban inflasi yang meninggi tapi pendapatan yang mendatar? Atau mungkin rasa perit itu datang dari gula istimewa yang di beli dari kedai yang di langgani oleh giatMARA?
Perlu di ingatkan- bila kerajaan mengumumkan projek MRT yang berkos RM 50 billion, mereka menyatakan bahawa 90% kos nya akan di biayai oleh sektor swasta degan belanja kerajaan hanya 10%. Sekarang ini hampaknya, 100 percent belanja nya akan di sabsidikan oleh kerajaan dengan wang rakyat dan melalui pegambilan semula tanah terpilih dengan cara sama yang di pakai bila kerajaan mahu membina bangunan Matrade, iaitu satu lagi projek kroni Barisan Nasional!
Inilah cara nya bagaimana projek2 besar dalam negara ini di mulakan. Semua projek ini tidak akan di bina secara sempurna atau mengikut standard yang telah di persetujui. Yang menepati piawai dan standard 100% ialah memastikan pelaburan dan perbelanjaan kerajaan itu di salurkan kepada akaun makhluk halus yang bersembunyi di belakang tabir yang menghantar anak2 mereka ke sekolah antarabangsa yang terlalu tinggi kos nya untuk anak anak kita semua.
Inilah keadaan nya yang sebenarnya. Sekurang kurang nya, dahulu, mereka bertanggungjawab keatas perlakuan mereka. Sekarang mereka melakukan nya tanpa segan silu dan meludahi muka kita dan terus melakukan nya.
Jadi saya tanya soalan cepu mas ini? Adakah UMNO sudah berubah? Tidak mengapa- jawablah bila anda senang2.
Itulah sebab nya, di antara alasan mengapa kebobrokan yang di lapurkan oleh ketua Odit berlaku ialah kerana penjawat awam tidak tahu cara melakukan kerja2 mereka dan itulah sebab nya, mengapa, megikut KSN yang berasal dari kampong Ceruk Paluh Pekan itu, pegawai2 tersebut, pada tahun hadapan akan meninjau harga pasaran sebelum mereka membeli apa yang patut di beli.
Kepala hotak kau!
Apa yang perlu kita lakukan? Kita semua mesti bangun dari lamuman khayal. Lapuran OSK yang bertajuk Election Factsheet 20 October 2011 mempunyai dua peta. Peta2 ini menujukkan taburan jografi kerusi parlimen dan dewan undangan negeri. Manfaatkan nya dengan terbaik, awang weh!
Ingatlah- dalam tahun 2004, kawasan2 berwarna biru sudah di separuhkan di kawasan2 yang jumlah penduduk nya rendah manakala warna parti pembangkang menguasai semua kawasan2 yang ramai penduduk dan kawasan2 bandar. Apa kah yang sudah terjadi? Itulah yang di katakan tsunami politik. Rakyat jelata sekarang harus mara dengan cara ala pasukan kereta kebal.
Lakukan pukulan maut!
Manfaatkan mesin2 pemotong daging yang mahal2 seperti yang di lapurkan oleh ketua Odit Negara. Gunakan dengan terbaik, satellite, computer mainframe, pasukan kuda yang di beli tapi tidak boleh bersukan kuda, gunakan juga PATI dari seberang yang berbondong2 di angkut dengan bas serta di eskot oleh polis untuk segera di beri latihan keusahawanan supaya dapatlah mereka bersaing dengan bumiputera asal dengara ini. Enak sekali dong! Mampir lagi!
Betul atau tidak?
23 comments:
Dato,is it safe to say that among the highest level of Department Heads in the public service,the AG's reputation is untainted.As year after year he has come out with an honest assesment of public servants accountability to the people's money.Untainted in a sense that he cannot be coaxed into changing his report in exchange for monetary gains.
Satu comment yang penuh bermakna ... Minta share
Thank you for such an enlighting article - we the rakyat now know without a shadow of doubt the goings on in the govt deptss. Wish more people exp the rural folks know about this too.
The rot in the civil service starts from the top. The KSN has not demonstrated any leadership in addressing the issues highlighted in the report.
sri hartamas
DATO,
EVIL TRIUMPH WHEN GOOD MEN DO NOTHING.
Bruno.
What the AG reveal is only 10% of the wrongdoing by the executive in power. It just a tip of iceberg. See how money spend on R&D, billion of them burnt with minimal results. High impact project like NFC, Fisheries and agriculture under the RM1billion managed by MY when he was the Minister of MOA.
impressive... but i wonder, why is that there is no action after report has been annouced, especially from people like you and walla?
I mean this is obvious rite. As an ex YB, i do believe you know what are you talk about and comment about, So why wait and watch and see attitude? why dont you make it out SO public especially to MACC or make a police report in the name of PUBLIC RIGHT.
I believe there will be a great support for this course from RAKYAT. PLEASE STOP THE LET'S WATCH AND SEE ATTITUDE AND BECOME MORE PRACTICAL, YOU HAVE THE POINT, YOU HAVE THE PROOF AUTOMATICALLY YOU WILL HAVE RAKYAT SUPPORT,SO WHY WAIT UNTIL THE NATION DESTROY ONLY YOU WILL CHAMPION THE ISSUE?
Dato'
I've tried explaining this to my relatives back in kg. some of whom are government servants.
You know what, they didn't care a rat ass. Some says they will continue voting BN and cite the DAP n chinese bogeyman they often hear in mainstream media and...BTN course.
We are doomed!
We really need the help of elder statesman like TRH to step up to the plate and make their voices heard louder across the nation quickly.
It's sad to see that a newspaper like Utusan that used to bring enlightenment to the Malays pre-independence time is now the one blinding them to global reality.
melayu muda
Dato,
Why the need to stick in references to Jho Lo or Samy Velu that were not in Walla's comment and to leave out his observation on DRB?
A little sample of a VO in a govt contract perhaps??
Oh guys, similar misuse by Pakatan-led states were also highlighted in the AG report.
It shows mismanagement of funds happen to all in power, and not only the BN.
Go back and read it again.
60% pengundi yang memenangkan bn pru12 dulu kebanyakannya melayu kampung/peneroka felda yang tak tahu apa itu "lapuran odit", sementelah lagi nak faham signifikasinya. Yang terbaik di kalangan mereka ialah pembaca utusan yang "dicerahkan" saban hari oleh berita2 mengutuk negeri2 pakatan rakyat. Selebihnya yang berdoa saban hari untuk dapat rezeki lebih menunggu nasib baik kalau2 najib/muhyidin datang melawat kawasan membawa rm100 untuk setiap ahli...
Kita kena bermula dengan penerangan, apa itu 'lapuran odit'. Usul yb indera mahkota untuk referendum rakyat patut disokong. Odit kali ni perlukan iklan dan penerangan besar2an, sekiranya kita mahukan kesannya kepada pru13...
salam. kesian dengan pegawai-pegawai yang membuat purchasing kerana mereka terpaksa akur dengan senarai-senarai pembekal yang telah disediakan - yang semestinya pembekal pembekal tersebut adalah chulai-chulai UMNO-BN. Penyu menangis siapalah tau. wassalam
Zahid telah pun menafikan perbelanjaan terlebih oleh kementerianya. Katanya ia adalah akibat daripada pertukaran wang asing yang naik berbanding ringgit Malaysia. Mungkin Dato boleh komen.
Quite Despair,
Hi,QD buddy,greed has always been in existence since mankind.So has the world's oldest profession,the most popular topic in Umno's gutter politics.With power always come greed,and it is always about money and sex.
To be greedy as leaders,in this world comes with the territory,and has been widely accepted.To be greedy,take some and leave the rest for others.Like take one cup of rice out of a sack,and leave the rest for the people.Don't take the whole sack and leave one cup for all the people to share.This is to be so very very greedy.
That is what has been the practice by the present ruling elite.A few hundred of them and their cronies take 99% and leave 1% for the rest of the population,over 28 million people to share.At the rate they are going soon Malaysians will be wearing clothes made out of grass and leaves and living on treetops.
The people would anytime preferred to have the opposition as the next GOM,if it can be 1% for the politicians and 99% for the people.It is time diehards in Umno, people like you to come to their senses sooner rather then later,the better off for all Malaysians.
Just imagine if 99% of the over 800 billion ringgit siphoned out of the country by the politicians and their cronies were to be divided equally by all Malaysians.Malaysians do not have to wait for 2020 for Malaysia to be a developed nation to be able to have a high income.
Isu nya; KUALITI perkhidmatan Awam kini berada di tahap yang paling rendah. Ia di mulai dari kepimpinan yang Tiada kualiti dan hanya tahu MENGAMPU. lihat sahaja KSU dan Ketua Pengarah yang ada sekarang. Yang mereka tahu ialah mengiyakan apa sahaja petunjuk dan kehendak menteri. Yang mereka tahu sebut ialah "kami menjunjung pandangan dan keputusan Y.B tu".
Yang lain mereka tak tahu dan tak mampu fikir. Lihat sahaja siapa mereka mereka itu. Tanya pegawai bawahan apa komen mereka terhadap boss boss mereka. Semuanya meloyakan. Hari ini any Dig, Tom and Harry boleh jadi KSU atau Ketua Pengarah asal sahaja pandai mengampu. Ksu/KP hari ini ialah mereka yang tidak dikenali sebelum jadi KSU/KP dari segi kemampuan, kebijaksanaan, personaliti dan lain lain kualiti seorang pemimpin. Dapatkah kita fikirkan bagaimana pegawai yang dua tiga kali masuk pool/jawatan kumpulan, JPA dan tidak diterima lagi oleh mana mana agensi kerajaan boleh jadi Ketua Pengarah?. Bayangkan mereka ini mendapat nyawa baru dengan umur bersara dilanjutkan ke 60 tahun. Makna nya; lama lah lagi kita semua akan menghadapi masalah kepimpinan dalam perkhidmatan awam ini.
Quiet Despair,
Thank you for letting us know that similar misuse by Pakatan-led states were also highlighted in the AG report. It shows that the AG dept is neutral in its investigation and report.
Be a spot, why don't you highlight to us the misuse by Pakatan-led states since you have read it. Then we can compare notes and see if Pakatan-led states did outdo the BN-led states in terms of abusing our money.
I'm sure many of you are already aware of the many abuses by BN-led states, so, bear with me for repeating. At my last count, there are 28# abuses : -
1)EPF loaned RM55bil without gov't guarantee backing The Employees Provident Fund (EPF) approved loans worth an astounding RM55.1 billion not backed by government guarantees.
2)Wastage of Economic Stimulus Package (ESP) The Auditor-General has criticised the abuse of the first economic stimulus package (ESP) funds, citing as example the upgrading of the VVIP room at the Langkawi Naval Headquarters Region 3 (Mawilla 3) with RM301,900 worth of chandeliers, home-theatre systems, fancy wall paper and other luxuries. Other abuses and wastages of the ESP found in the A-G's audit report include RM459,460 for decorative outdoor lighting for the Lumut Naval Base and RM144,118 to renovate an existing canteen that was in good condition with new White Horse tiles, plaster ceilings and cornices.
3)Tourism Malaysia booked RM194 million (72 per cent) of RM269.7 million of advertisements without tender, against treasury regulations
4)RM165.3mil for 'unused' baggage handling system A series of delays and cost revisions bumped the cost of a baggage handling system linking KL Sentral and the KL International Airport up by 78.9 percent of its original estimate
5)Senai-Desaru Highway fails road test If you have travelled along the 77km Senai-Desaru Highway in Johor and found it to be a bumpy ride, the fault can be traced to roadworks that ‘did not meet specifications’.
6)S'wak Bengoh Dam: RM58mil cost overflow Ill-conceived plans over the resettlement of natives living around the Bengoh Dam in Sarawak are causing massive delays to the RM310.65 million project.
7)Disaster relief in Pahang a 'monkey business' The Pahang Community Welfare Department has been ticked off in the Auditor-General's 2010 Report for having left food meant for disaster relief in a state of disarray.
...contd
....contd
8)RM214mil army camp incomplete, but falling apart The Muara Tuang army camp in Sarawak, which was to have been completed in February last year, remains unfinished and defects in construction are already showing.
9)Defence Ministry paid RM7.55 billion for some armoured vehicles that are actually worth one quarter of the price.
10)Customs Department under-utilized its RM290mil information technology system but was planning to spend another RM451.30mil to develop a new one.
11)RM80m ‘wasted’ on projects for the police force. The government had to bear the cost of more than RM80 million for development projects for the Royal Malaysian Police (PDRM), which were either stalled or cancelled outright. However, the Auditor-General’s Report 2010 found only one of the 13 debtors was qualified to obtain a loan without such a guarantee. That particular debtor was extended credit worth RM21.3 billion.
12)Police Air Wing purchased two helicopters worth RM117.75 million, which could not be used, as they did not meet specifications. Another RM15.4mil was spent to train pilots to fly these helicopters.
13)The Malaysian Marine Parks Department spent a whopping RM56,350 for a pair of night vision Marine binoculars, 29 times more than its market value of RM1,940; and paid the same amount for another pair of night vision Bushnell binoculars, or 1,893 per cent more than its actual price of RM2,827, the 2010 Auditor-General’s report reveals. The department had purchased a laptop colour printer for RM11,845 (246 per cent more than the market value of RM3,428), a LCD television with DVD player for RM16,100 (when the market value was only RM2,182) as well as colour marine radar for RM56,350 (when it could be bought for RM8,255).
14)The National Feedlot Centre (NFC), a RM73.64 million project described as "a mess" by the Auditor-General's 2010 report, declined to comment on its dismal performance.
15)National Sports Institute/Council acquired 23 horses totalling RM5.66 million without a Financial Ministry go-ahead. Eighteen out of 23 specially bred horses bought by the National Sports Council (NSC) for equestrian and endurance contests failed to meet criteria set by the Federation Equestre International
....contd
Idris Jala was spot on... Malaysia will be bankrupt in a decade, Wawasanmuflis2020!
I am all for Tan Sri Amrin, the AG...oop not the Attorney General but the Auditor General, he has the right gut and integrity. May we have more government officers like him.
Quiet Despair
Antara Kerajaan Pusat BN Dengan Kerajaan Negeri Yang Terlebih Berbelanja:
Satu hari polis tahan awak di lebih raya kerana memandu melebihi had laju yang ditetapkan yang awak tidak perasan kerana memandu kereta BMW. Awak cuba mengadu kat polis, "kenapa tidak tahan kereta PROTON didepan saya yang memandu melebihi 140 km/hr".
Sekarang buat saya sedar kata-kata Idris Jala bahawa Malaysia boleh jadi negara bankrap. Kalau cara ini Kerajaan uruskan Negara, Malaysia bukan jadi setakat bankrap bahkan lebih teruk dan hancur lagi.
Sir,
Thank you for speaking the truth. How I wish we can clone you and distribute one to each bahagian.
Remember the other A-G, Tan Sri Ahmad Nordin? Like Ibrahim Ali he too grew up in Pasir Mas, but there the similarity ends.
There's a litte-known book on him by Dr Doh Joon Chien. In one case Mindef was cited for approving payment of instant noodles in Sarawak at Rm3.90 a packet, and in Sabah at Rm4.90, while the market price was 0.14 sen. That was in 1981 and some explanations were given. Directives too were shot out to all Ministries to take steps to avoid repeating the mistakes.
Have things changed from 30 years ago? No wonder Mat Sabu and Apostasy have become the main issues in national politics, not corruption, not FDIs, not National debt, not the state of the economy, not the state of our Education system, not plagiarism in high places, etc, etc. We are, very crudely, being sodomised by the high and mighty in every possible way money-wise.
As a Kelantanese, PAS is the only answer!
Post a Comment