Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 10 October 2009

Lapuran dari Ground Zero- PRK Bagan Pinang-2



 

 

 




BAGAN PINANG: BAHAGIAN 2

Berulang kali saya cakap, kalau kita mahu berbeza pendapat, elok kita lakukan nya dengan bersopan dan beradab. Jika kamu mengunjungi website saya dengan cemuhan yang angkuh, saya peduli apa dengan pendapat awak. Ianya akan hanya mengonfirmkan kepada saya, yang kamu bukan boleh jadi kawan kepada sesiapa. Sudahlah kamu sombong, kamu bodoh pula.

Ada seorang pembaca yang mencemuh, kalau tak tahu pasal tentera jangan cakap pasal tentera. Kerana saya tidak tahu pasal tentera lah, maka saya membawa seorang bekas warrant officer. Bukan tidak tahu apa, takut takut salah sebut istilah dan salah sebut unit unit tentera. Dan sebab nak tahu lagi lah, menyebabkan saya datang sendiri ke PD.

Tapi biasa, orang yang bodoh sombong, dia akan beranggapan bahawa dalam dunia ini, dia seorang sahaja yang betul. Terutama jika pengunjung blog benar benar merupakan bekas tentera, apatah lagi jika berpangkat besar. Bila ada Mat Laon seperti ini, apa kita buat dan kata pun, tidak berguna. Pada nya, hanya pendapat nya yang benar dan perdebatan serta perbincangan mengenai pandangan nya, tertutup! Pandangan dan fikiran orang lain akan di sambut dengan kecaman dan cemuhan memperbudakkan pandangan orang lain. Sebagai contoh: pandangan yang tidak bersetuju dengan nya, di kata sebagai pendapat kaki bodek.

Ini sikap tipikal seorang yang pernah berpangkat tinggi yang sudah biasa dengan penerimaan orang bawahan tanpa soal. Respons seperti ini selalunya juga datang dari orang yang tidak ada otak atau orang gila. Jadi elok kita tidak memperdulikan coretan orang gila tak ada nama ini. Saya juga berasa hairan menggenai ejekan nya terhadap saya yang di anggap mahu membodek PM (ketua bahagian saya) dengan harapan mendapat perlantikan. Untuk pengetahuan si gila ini, bila masa nya tiba, saya akan pilih apa yang mahu saya lakukan. Sebagai contoh, saya boleh bertanding sebagai calun bebas.

Sekarang saya nak sambung dengan cerita bahagian ke2.

Dalam bahagian pertama, saya mengungkap kembali rintihan oleh pegawai waran Mahat. Sila baca bahagian pertama.

Saya bertanya kenapa?

Cuba Dato bayangkan. Ramai anggota masuk tentera pada umur 18 tahun. Apa yang budak berumur 18 tahun tahu dari sudut pencapaian pelajaran dan pengalaman? Tiba tiba kita masuk kdealam dunia baru, dan dunia itu sahaja yang kita tahu semenjak masuk sehinggalah berhenti. Kita tak tahu urusan pentadbiran orang awam, kita tertutup dari dunia politik. Malah, kita tak tahu lansung apa yang berlaku dalam dunia politik. Pandangan dunia kita di bentuk oleh dunia ketenteraan.

Kita datang dari kampung dan desa. Kerajaan beri kita pelbagai kemudahan. Latihan ketenteraan hanya sebahagian. Kita membesar dan jadi dewasa dalam iklim dan suasana ketenteraan. Yang bujang duduk dalam berek bujang-free. Kita hanya bayar untuk makan itu pun di beri sabsidi oleh kerajaan. Selama 23 tahun atau lebih, keluarga kami dan ibu bapa kami ialah tentera. Kita jadi sekeluarga selagi kita berada dalam uniform ni.

Makna nya apa? Makna nya, selama kita berada dalam tentera, kita hidup di bawah penghidupan yang structured. Kita memerlukan adjustments atau tempoh ubah suai yang lebih panjang dari 6 bulan hingga 18 bulan. Dan orang yang hidup di bawah structured life akan menyenangi kehidupan yang teratur. Sebab itu saya kata, selagi kita berada dalam uniform, kita balas budi kepada yang menjaga kita. Jaga kebajikan kita. Uniform pada kami, melambangi structured life.

Tapi, kami juga memerlukan masa yang lebih panjang untuk memfasakan diri kita kedalam kehidupan orang awam. Contoh: Tapi setelah kami pencen, kerajaan tidak jaga kebajikan kita lagi. Tiba tiba structured life yang kita kenal selama ini, hilang. Tiba tiba kita rasa terbiar dan abandoned. Siapa yang kita lihat bertanggung jawab keatas kehilangan structured life ni? Pihak kerajaan. Jadi sebab itu saya nyatakan , kemungkinan besar, setelah pencen, kesetiaan kepada kerajaan akan luntur. Jika penjagaan kebajikan yang kami nikmati sekarang tidak beterusan, kenapa harus kita menyokong kerajaan. Selama 23 tahun atau lebih, dunia yang kita tahu ialah dunia di mana kebajikan kita terjaga.

Kecuali kerajaan meneruskan program menjaga kebajikan bekas tentera. Cuba Dato bayangkan- sedih atau tidak kita dengar ada bekas tentera takde rumah dan tinggal dalam kereta? Bayangkan anggota yang berhenti kerja tentera sebelum tempot perkhidmatan minima 23 tahun untuk layak dapat pencen- mereka takde apa apa kemudahan pun- maka punca pencarían hidup tak ada. Sebab itu, kita menyambut baik kerajaan nak buat akta tambahan mengenai kebajikan tentera yang diarahkan kepada penyelesaian masaalah khusus seperti ini. Iaitu mereka yang berhenti sebelum tamat tempoh kontrak lebih 21 tahun yang melayakkan kita dapat pencen akan di beri sumber pendapatan berupa pencen. Sebelum ini sesiapa yang berhenti kurang dari 21 tahun tempoh khidmat , tak dapat apa apa.

Tapi yang paling baik kalau boleh kita nak kerajaan meneruskan khidmat anggota tentera paling kurang sampai mereka berumur 50 tahun. Sekarang mana ada perang. Sifat perperangan pun berbeza- menggunakan otak lebih dari kekuatan fisikal. Kita masih boleh prodaktif. Mungkin kerajaan patut menimbang aspek ini.

Tidak kah, kerajaan menyediakan latihan peralihan, tanya saya.

Ada, sampai maksima 18 bulan pun ada. Ianya di kendalikan oleh PERHEBAT. Tapi cuba Dato tengok sendiri. Dari ribuan yang menerima latihan peralihan ini, berapa yang berjaya? Katalah kita berhenti pada umur 40 tahun. Kita berlatih sebagai eletrician. Dari segi teori kita tahulah- tapi bayangkan boleh kita melakukan kerja kerja seperti memanjat bangunan tinggi atau tangga? Kalau kita mahu membuka kedai motor, boleh kita compete dengan pekedai2 yang sudah established? Kita mula berniaga, nak dapatkan pinjaman susah.

Itu sebab, saya kata- jika kerajaan tidak focus kepada bagaimana menyelesaikan isu2 ini, saya yakin setelah bersara, bekas tentera tidak cenderung menyokong kerajaan. Kita telah dididik dalam iklim ketenteraan dimana kemudahan di sediakan, tiba tiba kita terdedah iklim di mana kemudahan yang kita kenali, di tiadakan. Kerajaan selesai masaalah pihak mereka sahaja, kami terus di bebani masaalah.

Seperti orang awam, kita pun mempunyai isu isiu. Kita turut memikirkan masa depan keluarga dan anak kita. Ambil contoh, isiu security Negara ini. Kalau dato ada ternampak, cuba lihat, kawalan keselamatan di kondominium, di hotel2, siapa yang jaga? Bahkan di kawasan perumahan. Ramai yang menjaga keselamatan rakyat kita sekarang terdiri dari warga Negara asing, Nepal, Bangladesh. Saya pernah nampak, di sebuah hotel terkemuka, yang mengendalikan alat pengesan bom di bawah kereta ialah mat Bangla. Bayangkan apa akan jadi kepada keselamatan Negara kita jika kita bergantung pada orang lain. Empayar Rome pun hancur kerana bergantung kepada orang lain untuk jaga keselamatan Negara.

Kami nak pimpinan kerajaan peka kepada luahan rakyat. Baca harian metro sikit. Yang kami lihat, jabatan kerajaan yang paling peka dan responsif ialah JKR. Mereka jawab luahan rakyat. Jabatan lain buat bisu. Tak bagus untuk kerajaan yang berikrar mendahulukan rakyat.

Saya harap, luahan yang Encik Mahat dan Corporal Malik cakap tadi, akan di ambil perhatian oleh kerajaan dan saya yakin, mereka mendengar.

Tapi, Cik Mahat, pada pandangan Cik Mahat, apa yang boleh buat tentera ni menyokong kerajaan? Cuba sebut dengan ikhlas tanpa rasa takut.

Encik Mahat termenung seketika- barangkali menyenaraikan didalam fikiran nya, faktor yang terpenting.

Saya rasa dan perasaan ni saya rasa di kongsi bersama oleh rakan rakan yang lian, benda nya ialah berikut. Kehidupan yang kita lalui sebagai tentera adalah suatu kehidupan yang agak baik. Kita dapat menyara hidup, jaga keluarga dan sebagai nya. Tinggal lagi, saya amat berharap pihak kerajaan beri pandangan serius terhadap hidup selepas tentera. InsyaAllah saya rasa, tentera tetap menyokong kerajaan.

Tapi, saya mesti sebut perkara ini, sambung Encik Mahat. Faktor yang terutama yang buat tentera terus sokong kerajaan ialah Dato Seri Najib. Pada kami Dato Najib amat banyak meningkatkan kebajikan tentera. Kita yakin pada dia. Jadi, kalau Dato tanya saya, faktor apa yang terbesar yang menyebabkan kami tetap sokong kerajaan dan menebus rintihan2 yang saya sebut tadi, saya kena sebut, ianya ialah Dato Seri Najib. Kita taruh harapan tinggi pada dia. Kita mahu dia lebih tegas dan jika dia boleh buat ini, saya rasa BN dan UMNO akan terus menang.

Bahagian 3- suara orang Kampung SiRusa.

3 comments:

Anonymous,  10 October 2009 at 08:56  

Apa lah awak punya Tuan? Pandai pandai suroh Anwar declare harta tapi sekarang Anwar minta dia declare harta sepencarian dia dengan anak bekas PM. So, declare lah? kalau tidak pondan lah KJ......ha ha ha

Penyokong DSAI abadi

Anonymous,  10 October 2009 at 11:06  

Terima Kasih, Dato' for this illuminating piece on the life of the men in uniform and what makes them tick.
I guess I'm one of the M'sians who take them for granted. Never have I once given a thought to their welfare.
Tulisan Dato' ini membuat saya insaf.

The point now is that we hope that the movers and shakers would heed what you have written (do they ever read, Dato?) not just to win elections but to appreciate the soldier's contributions and show it in kind.

Anak Adam

Anonymous,  10 October 2009 at 20:41  

Dato SAK,

Sure UMNO will win one! But is winning the battle good enough whereas they may lose the WAR?

I know your reasoning, ya da ya da ya da......they must win convincingly this time around if not their supporters will not be happy bla bla bla......

BUT who cares about UMNO supporters anyway! Isn't winning the next election more important anyway?

By the look of it at least the MCA delegates have make their feelings be known now. THEY DO NOT WANT OTK or CSL to be their President! Are the MCA delegates more intelligent than UMNO delegates? I shudder to think that but looks like at least they think without RM influencing them.

Tolong lah Tok pi lah nasihat pemimpin pemimpin UMNO yang syok sendiri, korup, sombong dan kaya raya sangat tu, PLEASE RESIGN! Kalau tak next election, they lose badly. Voters will elect the cartoons from PR to run the country. Might as well they try new Cartoons compared to arrogant and stupid cartoons that is governing now.

Apa kata Dato?

Ahli UMNO yang fed-up

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP