Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 9 October 2009

Lapuran dari ground zero- PRK Bagan Pinang-1


military voters
 


 kem tentera di Port Dickson









 Command Center BN



BOBURAK DONGAN SOJA. ( BERBORAK DENGAN SOLDIER).

Puak pembangkang memang pakar dalam perang saikoloji. Beberapa minit yang lalu, saya mendapat sms yang menyatakan bahawa 70% pihak tentera memihak kepada parti PAS. Semua nya bermula dengan SMS yang merebak dengan cepat sekali. Demikian juga malam kelmarin, telah tersibar SMS bahawa puak pemuda UMNO telah menyerang perkerja PAS dan mencedera nya dengan parang. Sekali lagi- bohong. Perbalahan mulut dan pergaduhan fisikal berlaku tapi tidaklah sampai kepada tahap bunuh membunuh atau mencederakan orang lain dengan senjata.

Kedua dua perkara bermula dengan SMS. Dan merebak seperti api. Tapi mangsa atau mereka yang terlibat dalam pergaduhan serang menyerang, tidak melapurkan nya kepada polis. Mustahil polis tidak bertindak dalam hal yang melibatkan kecederaan atau pergaduhan yang akan mencetuskan huru hara. Perkara ini tidak menjadi buah mulut orang awam pun. Perkara begini mana boleh di diamkan.

Kedua peristiwa ini sebetulnya tidak berlaku. Ianya sau cara saikoloji mencemaskan pengundi. Ini menunjukkan bahawa puak PAS juga tidak terkecuali daripada melakukan pembohongan dan tipu muslihat. PAS is not beneath menjalankan cara cara muslihat. Bukan menipu, tapi tak cakap betul. Namun begitu saya enggan percaya pembohongan seperti ini di galakkan oleh pimpinan PAS. Saya melihat dan berpeluang berinteraksi rakan rakan dalam PAS dan juga mempunyai kawan2 dalam PAS- mereka adalah individu yang bersopan dan berhemah dalam pergaulan dengan orang ramai.

Ertinya, dalam mana mana parti politik pun, ada elemen buruk dan ada elemen baik. Maka tidaklah betul untuk menyatakan UMNO semua buruk dan PAS semua baik.

Sebelum saya pergi ke PD/Bagan Pinang, saya memang merancang mendedahkan pembohongan pihak pembangkang mengenai undi pos. 30 tahun lalu, perbuatan undi yang di lakukan oleh pegawai atasan mungkin berlaku. Sesiapa yang melalui zaman dulu dulu tentu lah beranggapan perkara yang demikian tetap berlaku. Hari ini, seperti juga perubahan fisikal yang banyak berlaku di PD, cara askar mengundi pun sudah berubah. Tentera mengundi seperti orang awam kecuali mereka melakukan nya dalam premis tentera dan protokol ketenteraan. Kertas undi, bersiri atau tidak, sang askar bebas memilh siapa yang mereka suka. Parti yang bertanding di benarkan meletakkan permerhati ketika proses mengundi berlaku.

Maka tidak benar sekali, undi pos adalah undi tipu atau pengundian yang berlaku dalam keadaan distress. Semasa saya berada di luar muzium RAMD , PD yang merupakan satu daripada pusat mengundi untuk anggota tentera, saya tidak nampak tekakan atau paksaan terpancar dari wajah anggota tentera. Malah wajah mereka adalah inscrutable dan mustahil, kita dapat membaca siapa yang mereka undi.

Kali ini saya ke PD membawa seorang rakan yang merupakan bekas pegawai warrant dengan tentera Malaysia. Sudah hampir 20 tahun saya tidak ke Port Dickson. Semasa saya berkhidmat dengan Shell Malaysia dahulu, selama 2 tahun, setiap minggu saya ke Port Dikson untuk mesyuarat. Banglo2 pegawai Shell masih ujud lagi di Shell Drive PD. Kali ini banglo2 tersebut kelihatan seperti rumah rumah biasa kerana di kelilingi oleh bangunan bangunan canggih yang lain. Ketika itu Port Dickson di kenali kerana dua perkara: loji penapis minyak Shell dan Esso serta Bandar tentera darat.

Banyak yang berubah. Sekitar tahun 1989-1990, kerja kerja tambakan laut baru sedang bermula. Restoren dan hotel yang dahulu nya hampir dengan laut, menjadi jauh dari tebing laut. Ketika makan tengah hari pada waktu tersebut, suhu panas dari permukaan pasir akan meraut wajah kita.

Sesiapa yang datang ke PD hari ini untuk berkempen untuk PRK Bagan Pinang tidak akan mengalami kesusahan mencari tempat penginapan. Hotel hotel dan rumah tumpangan, condominium cukup banyak dan boleh menampung kedatangan tukang kempen. Secara am nya, suasana kempen pilihanraya di bagan Pinang tidak lah segetir dan intense seperti yang berlaku dalam PRK Bukit Gantang sebagai contoh. Ia nya lebih bersifat satu acara yang bersifat santai.

Seperti biasa, saya mengelak dari bersidai di lobby hotel atau di restoren besar. Saya lebih menyukai untuk duduk incognito di celah orang ramai di tempat awam. Dari sini kita akan dapat mendengar luahan hati rakyat yang 'raw' berbanding dengan feedback oleh mereka yang bersidai di lobby hotel. Disana pelapur akan cenderung untuk menyatakan perkara yang menyukakan pihak yang mendengar.

Berhampiran dengan pusat penerangan DAP di batu 9 Jalan Pantai ada beberepa deretan kedai. Kami telah berjumpa dengan seorang korporal yang bertugas di unit JLJ- Jurutera Letrik dan Jentera. Rakan saya berbual bual dengan korporal ini mengenai hal2 politik.

Siapakah yang akan di undi oleh tentera? Korporal ini menjawab, tanpa teragak agak bahawa dia akan mengundi kerajaan yang memerintah. Di tanya sama ada, sentimen seperti ini di kongsi oleh anggota lain, korporal ini menjawab, biasalah. Ada yang akan mengundi pembangkang tapi ramai yang akan undi parti kerajaan.

Di tanya sama ada dia di paksa untuk mengundi kerajaan, dia menjawab tidak. Adakah encik mengundi sendiri atau orang lain mengundi bagi pihak encik? Dia menjawab sudah 2 pilihanraya di mengundi, tidak ada paksaan atau perasaan takut menjalankan hak mengundi.

Kenapa encik mengundi phak kerajaan? Sebab semasa bertugas dalam tentera, kebajikan kami terjaga. Kem komandan ada kempen atau tidak? Ya, kami menghadiri taklimat dan dan sesi penerangan, kem komandan akan menyatakan pilih lah yang terbaik. Siapa yang terbaik, kami yang tentukan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada korporal JLJ ini.

Suatu pusat berkumpul untuk makan makan dan bertemu kawan kawan ialah suatu deretan kedai di mana terdapat sebuah kopi tiam yang di kenali dengan nama Bangi Kopi Tiam. Di kawasan ini terdapat juga kedai yang menjual satay kajang Haji Samuri. ramai orang PD berkumpul dan ia juga tempat persinggahan orang dari luar PD. Pelanggan dan pengunjung bertukar tukar cerita yang terkini, menceritakan gosip yang mutakhir, dan tentu sekali, topik yang tersemasa sekali ialah PRK Bagan Pinang.

Satu kumpulan PEMUDA UMNO bersemangat sekali mengenakan finsihing touches mereka keatas pacuan 4 roda yang di gunakan dalam kempen pilihanraya. Kelihatan 'a sense of purpose' pada wajah wajah mereka. Dan mereka kelihatan sober people, menghormati pelanggan yang berkunjung disini, tanpa menyampahkan perasaan orang lain dengan gelagat sombong. Kita semua tahu, bahawa ahli UMNO di katakan sebagai sombong. Kali ini sifat yang demikian tidak ketara.

Mungkin yang sombong ialah ahli UMNO yang datang dari bahagian bahagian lain yang bergentayangan dengan kereta2 mewah. Satu kumpulan dari UMNO suatu bahagian di Johor memenuhi sebuah meja panjang. Saya mengira sekurang kurang nya ada 12 orang dalam kumpulan ini. Mereka telah datang dengan beberapa buah kereta mewah dan memesan satay Hj Samuri. Kita tahu orang UMNO yang tipikal- lelaki dengan baju linen mereka, wanita pula dengan baju kurung atau kebaya dan barang kemas yang sampai ke ketiak. Mungkin orang orang seperti ini lah yang memberi nama buruk kepada UMNO. They throw their weight around, acting indifferent kepada sensitiviti masyarakat sekeliling.

Namun, tidak dapat untuk kita menyatakan kesombongan yang berpunca dari kegagahan kekayaan material di monopoli oleh orang UMNO. Cuba kita lihat gelagat pimpinan PAS yang datang dari luar PD. Mereka pun datang dengan kereta mewah sementara majority ahli PAS berada dalam kategori peniaga pasar malam. Pimpinan steady, pengikut melepek. Pengikut kadang kadang memberi sumbangan supaya pimpinan tidak perlu berkorban untuk mensejahterakan parti. Itu tugas kaum proletar PAS.



KPABK- Kor Perkhidmatan Am Bahagian Kerani adalah suatu bahagian didalam organisasi ketentaraan. Mereka menjalankan pelbagai jenis perkhidmatan pentabiran dalam organisasi tentera. Saya memilih untu berbual dengan 2 orang dari bahagian ini. Seorang berpangkat corporal yang berasal dari Kelantan. Nama nya corporal Malik( nama samaran). Pegawai nya yang ada bersama, bernama Encik Mahat, pegawai waran berasal dari Perak. Dalam sebutan khidmat awam, dia bertaraf Ketua Kerani. Mereka berdua kepada saya mewakili pemikiran tentera yang terbaik kerana mereka mewakili 2 dunia sebenarnya- pandangan civilian melalui sudut perkhidmatan awam mereka dan pandangan military kerana mereka berada di bawah struktur ketenteraan.

Saya sudah terlibat dalam undi pos sebanyak 2 kali. Pertama kali di Kuching sebagai pengundi dan dalam tahun 2008 saya bertugas sebagai pegawai yang menyelia di pusat mengnudi. Tidak benar, untuk mengatakan saya di paksa atau di tekan untuk mengndui pihak kerajaan. Dan ketika saya bertugas pegawai pilihanraya pusat mengnudi tentera, kita menjalankan tugas memanggil penundi, memastikan nama mereka berada dalam senarai dan menyerahkan ballot paper. Siapa yang anggota pilih, kita tak tentukan. Anggoata bebas untuk memilih.

Anggota tentera amat mudah di kenali dalam bandar tentera darat ini. Mereka tetap berada dalam uniform dan melalui cara itu, mudah mengenali mereka.

Ada politicians datang berkempen dalam kem? Tidak ada, kerana civilians tidak di benar masuk. Memang ada taklimat, tapi pegawai pemerintah hanya beritahu pilih yang terbaik. Itu sahaja.

Boleh beritahu saya siapa yang akan encik mahat undi dan kenapa?

Ini saya cakap terus terang. Saya rasa, selagi kami ada dalam uniform, kami akan sokong BN. Tapi kalau sudah bukan dalam uniform, kami akan menolak BN.

Jawapan ini jawapan yang ambivalent kerana bagi saya, ia menandakan kemenangan untuk BN bukanlah forgone conclusion.

8 comments:

Anonymous,  9 October 2009 at 10:38  

ORG PR

DEMA TENGOK SENDIRI SIAPA YNG GANAS UNMO KE PAS, JENG2....

SILA TENGOK GAMBAR DAN CERITA KAT BLOG KedahLanie alamtanya :

http://kedahlanie.blogspot.com/2009/10/depa-dah-start-main-samseng-parang.html

dan juga tengok kecedraan yg Datuk Azeez yg cedera tempoh hari. siapa yg lebih teruk.

Kes ni rakyat dah boleh beza siapa yg lebih samseng dan kurang ajar UMNO/BN atau PAS/PR

Anonymous,  9 October 2009 at 11:02  

Dato Sak,
Sharing with you this info.
http://magickriver.blogspot.com/2009/10/report-from-battlefront-bagan-pinang.html

Anonymous,  9 October 2009 at 11:29  

Dato sak, A lot of people are confuse now.There is even a graphic photo .It was saiid police reports were made .How do we filter truth and lies ?

http://dinmerican.wordpress.com/

nxforget 9 October 2009 at 12:20  

Dear Dato,

I was there too yesterday. Like you, I was at the various stalls enjoying the food and drinks while observing the serenity. Casual chat with the stall owners and folks that stop by, reveal the same though many said "kita tunggu dan lihat je lah."

This time, I vouch for this trun and fair posting.

Keep it up.

Greenbottle 9 October 2009 at 12:44  

saudara sakmongkol...

masaalah undi pos tentera ini bukan pasal di paksa mengundi BN ..tapi dengan undi pos ini askar2 ini akan secara sedar atau tidak sedar akan mempunyai 'element of fear' dan melakukan 'self censorship'...

mereka akan merasa takut untuk menggundi pembangkang kerana mereka fikir kalau majoriti memihak kpd pembangkang mereka akan di selidiki dan mungkin sesetengah mereka akan di tukar atau sebagai nya. oleh itu mereka akan 'play safe' dan 'don't rock the boat' dan akan mengundi BN walaupun hati mereka berpihak kepada pembangkang.

contoh yang saudara berikan tentang en Mahat yang akan mengundi BN selagi dalam uniform dan akan menolak BN selepas bersara dari askar itu amat jelas sekali menunjukkan mereka melakukan self censorship.

UMNO/BN memang tahu hal ini dan undi POS memberikan unfair advantage terhadap mereka.

saya fikir kalau undi POS sekurang2 nya di masukkan bersama kedalam peti POS yang lain dan di bilang bersama mungkin ini akan mengurangkan ketakutan mereka kerana kita tidak akan dapat bezakan undi askar dari undi awam.

Dalam keadaan orang malaysia yang masih primitif dan takut pada bayang2 saya fikir undi pos akan sentiasa memihak kepada parti pemerintah kerana faktor self censorship di atas.

rungutan pasal undi pos bukan perkara baru dan saya fikir tiada masaalah askar di beri peluang menggundi di luar . tapi bn dan umno sampai kiamat pun tak akan benarkan SPR melakukan perubahan begini.

Saiful,  9 October 2009 at 14:28  

"Ertinya, dalam mana mana parti politik pun, ada elemen buruk dan ada elemen baik. Maka tidaklah betul untuk menyatakan UMNO semua buruk dan PAS semua baik."

Saya sangat setujuu dengan kenyataan ini.

Memang di kalangan penyokong, kalaupun bukan ahli, (kerana ahli-ahli PAS perlu melalui proses tarbiah dalam usrah-usrah mereka), tak kurang yang kaki gedebe, kaki judi, kaki botol, kaki rasuah dan mungkin juga kaki betina. Tetapi mereka semua hormat kepada tok-tok guru, pada ustaz-ustaz dan orang-lain yang berakhlak baik.

Cuma dalam UMNO keadaannya terbalik. Tok-tok Imam, Tok-tok Bilal, Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru, malah Tok-tok Mufti sangat hormat dan sangat menyanjung kaki gedebe, kaki judi, kaki botol, kaki rasuah dan kaki betina. Tengok sajalah kelaku gelagat mereka bila berdepan dengan Najib, Muhyiddin, Isa, Ali Rustam dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain!

Bangsa Cina Malaysia 9 October 2009 at 19:48  

InsyaAllah kemenangan akan berpihak kepada PAS...

Anonymous,  9 October 2009 at 23:55  

Pada pandangan pengundi baru dan yang bersifat atas atas pagar, kedua-dua pihak iaitu BN dan PR dilihat memiliki ciri-ciri yang universal iaitu ada kekuatan dan juga kelemahan masing-msing.

Dari segi sejarah, di satu pihak, oleh kerana BN telah lama duduk di kerusi kuasa makanya banyaklah persepsi negatif yang mewarnai parti berkenaan. Tidak ada yang terkecuali.

Sementara di satu pihak yang lain, PR hanya baru setahun jagung menikmati kuasa, makanya belumlah ada corak dan warna yang akan terlakar di tubuh mereka. Tetapi, itu bukan bermakna corak dan warna PR akan kekal seperti sekarang ini. Malah calitan-calitan hitam terlakar di sana sini.

Kalau diperhatikan keadaan semasa, secara perbandinganya, BN telah memasuki usia matang sementara PR baru memasuki gerbang kedewasaan (darah muda).

Kematangan usia membuatkan BN lebih cekal dan bersahaja dalam menghadapi tekanan dan dugaan. Namun apa yang lebih menyerlah ialah BN tidaklah beku dan statik sebagaimana dipersepsikan. Ini berbeza dengan LDP di Jepun yang kurang responsif dengan ruang masa dan keadaan dan akhirnya menyebabkan parti berkenaan ditolak ke tepi.

Di pihak PR, fasa kedewasaan di bayangi oleh tuntutan idealisme tetapi dalam masa sama mereka perlu bertarung dengan naluri dalaman yang meronta-ronta yang mana kalau diikutkan darah muda akan menyebabkan idealisme tercicir di pertengahan jalan.

Untuk meneruskan penguasaan, BN hanya perlu 'mengurangkan apa yang berlebihan dan menambah apa yang terkurang'. Sementara PR perlu melakukan lebih dari itu.

Melihat kepada perkembangan yang ada, amatlah sukar bagi PR yang berdepan dengan krisis kepercayaan dan tuntutan menguruskan kejayaan dalam suasana sekarang yakni di mana semua mata galak memerhati gerak geri dan tindak tanduk PR, sedangkan dalam masa sama terpaksa berdepan dengan reaksi balas ofensif pihak lawan.

Hakikatnya struktur dan komposisi kerakyatan Jepun adalah berbeza dengan negara ini. Dan kalau sekiranya BN terus mengamalkan pendekatan pembelajaran sepanjang hayat, makanya niat PR untuk memecahkan tembok dominasi BN sukar direalisasikan.

PR perlu bekerja beberapa kali lebih kuat kalau mahukan impian menjadi kenyataan.

APOLITIKAL

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP