UMNO yang sebenarnya, sila bangun!
1. Kita tak tahu konstitusi seorang askar kecuali bertembakan. Ada askar nampak hebat dalam keadaan biasa tapi kaku bila bertembakan. Itulah cara kita tahu perwatakan sebenar seseorang.
2. Akhirnya kita tahu perwatakan UMNO yang sebenarnya apabila diuji dengan pengahukuman Najib anak Razak.
3. Watak sejati UMNO ditunjukkan dengan 2 cara
(a) gelagat penyokong Najib yang didatangkan dari seluruh negara
(b) gelagat Najib sepanjang perbicaraan.
4. Untungnya perwatakan tulen UMNO ini bukanlah perwatakan orang melayu.
5. Aduhai, ia memerlukan suatu bencana untuk mengeluarkan perwatakan tulen UMNO.
6. Sah dan nyata, bangsa melayu itu lebih mulia dari UMNO dan UMNO itu bukan bangsa melayu.
7. Dari peristiwa penghukuman Najib, maka terserlah lah perwatakan melayu yang sejati
8. (a). Melayu itu bukan penerima dan pemberi rasuah
(b). Melayu itu tak langgar undang-undang. Biar mati anak jangan mati adat
(c) melayu tak menolong kejahatan
(d). Melayu tidak suka mengaku dia yang buat bilamana perkara itu diusahakan bersama
(e) melayu tidak hipokrit berpura pura. Apa yang dilihat itulah seadanya.
(f). Melayu itu tidak menggunakan Tuhan untuk menguatkan kepalsuan.
9. Sifat-sifat jelek dan bobrok ini dicerna oleh UMNO saja. Merekalah yang membudidayakan sifat-sifat buruk ini. Dan kita tahu hanya najis saja yang dicernakan.
10. Solusinya tinggalkan UMNO. Faedahnya banyak. 1 dari 18 orang melayu adalah UMNO. Mati sorang orang UMNO, 17 orang melayu hidup tanpa UMNO!
11. Hanya orang UMNO yang sanggup menggadai harga diri untuk 30-50ringgit. Menjual harga diri menjadikan mereka hanya, angka-angka yang boleh dimanipulasi oleh Najib dan warlords UMNO yang lain.
12. Orang yang tiada harga diri sanggup melakukan apa, saja termasuk melalak tak tentu pasal depan mahkamah dan diperlakukan sejadi jadinya.
13. Menjadikan diri mereka sebagian dari kumpulan yang datang konon kerana menyokong bosku adalah satu cara diterima oleh orang yang tidak normal. Kesian orang UMNO.
14. Menjadi pengikut boleh saja tapi jangan jadi pengikut buta. Sadarlah dari membuat sesuatu yang sia-sia seperti menyokong seorang pesalah. Dia kata tak tahu menahu mengenai wang src tapi mendabik dada kata itu wang src yang dibelanjakan untuk UMNO dan anak yatim. Dia joli di Hawaii dan Rome. Dasar penipu bersiri!
15. Awak semua kuda tunggangan Najib mencapai sesuatu yang tidak bolih dicapai dimahkamah. Maka biarlah dia membuat rayuan sehingga lembu pulang kekandang.
Lembu tidak bolih menjadi manusia tapi manusia bolih dilembukan!
16. Bukankah berhimpun beramai ramai melanggar undang-undang? Apatah lagi semasa negara dilanda covid 19.
17. Tapi tidak mengapa. Kalau mati pun, mati syahid kata seorang matlaon. Mati mempertahankan amirul mukminin Najib Razak. Amirul mukminin yang suatu ketika sebut Muhammad subhanahu wataala dan Allah saw. Itu dia amirul mukminin kalian!
18. Tapi macang ahli parlimeng maghang kkabo dakpe awang, dia baru balajar.
19. Saya pung ramai kawang-kawang yang sebut waman, watang wapo, mana ssaw kali?
Kemaman kuantan, kuala lumpur mana besar sekali?
20. Agaknya semasa berhimpun tu orang UMNO naik sawan. Semua dilupakan. Kerana sedikit ole-ole. Tidak ada sighah atau warna Allah yang mewarnai kehidupan harian.
21. Apabila semua kehemahan/decency dan ketertiban/propriety dihumban laungan mempertahankan Islam itu tinggal laungan untuk menawan minda orang melayu aja.
22. Bila orang UMNO kata mereka membela islam itu klentong saja. Mana mungkin mereka membela Islam kalau mereka membela kejahatan?
23. Bukankah al maidah : 2 berkata kita tolong menolong orang lain untuk kebaikan dan menguatkan ketaqwaan dan jangan menolong kejahatan?
24. Menolong Najib nyata menolong kejahatan. Boleh kita percaya orang UMNO yang tiada harga diri ini?
25. Orang melayu tak tebal muka mengaku perkara yang dilakukan beramai dikakukan sendirian. Hanya orang berkulit tebal macam Najib boleh buat demikian.
26. Demikianlah Najib mengaku dia memesatkan kemajuan economi dan merancakkan pasaran saham sedangkan ini semua usaha ramai. Orang melayu tak bersikap lembu punya susu sapi dapat nama.
27. Hanya Najib yang tak malu saja mengaku ini semua. Tidak syak lagi ini cubaan melepaskan tengkuk sendiri.
28. Orang melayu tidak bersikap telunjuk lurus kelengking berkait. Tidak dakwa membasmi akta isa tapi menggantinya dengan undang-undang lain yang sezalim.
29. Orang melayu tak bemuka muka dua/duplicitous. Hanya Najib bersikap begitu sebab itu kesemulajadian nya.
30. Sikulit badak itu mengaku dia mahu memperkenalkam sistem sumbangan politik yang telus tapi ditentang oleh pembangkang. Bohong! Yang menentang ketelusan ialah UMNO.
31. Peristiwa himpunan umno mendedahkan perwatakan umno yang sebenarnya. Saya mengkritik umno bukan menyerang melayu ya. Melayu lebih besar dari umno!
0 comments:
Post a Comment