Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 25 August 2020

Memperlakukan seorang amirulmusyrik.



1. Najib seperti budak yang nakal na'uzubillah. Diatas pentas bukan main lagi bersumpah. Masih mengaku tidak bersalah. Sedangkan mahkamah sudah mendapati dia bersalah.

2. Kenakalan segini memerlukan pendisiplinan dengan sebatan rotan, yakni dengan sebatan yang menanggalkan kulit seperti yang diguna oleh sang algojo sang algojo Pakistan.

3. Najib bolih jadi alumni tokoh2 terkenal sekolah Henry Gurney. Itu sangat cocok buat dia.
Mereka yang dipenjarai sekarang usah rasa kerdil kerana tidak lama lagi mereka akan dapat seorang bekas pm sebagai rakan kamar.

4. Tapi se2orang rakan banduan kenalah nasihat akan dia, ketika mandi kalau sabun buku jatuh, jangan menonggeng! Itu bahaya dong.

5. Amirulmusyrik ini tidak segan silu bersumpah, laknat dan tidak laknat. Sumpah itu sebenarnya pengakuan bahawa tuduhan itu benar!

6. Makanya Najib siamirulmusyrik boleh bersumpah beribu kali, semua tidak berguna sesen pun!

7. Bukankah bekas mufti WP berfatwa bahwa sumpah laknat hanya releven untuk kes suami isteri?

8. Kalau gitu lebih baik Najib bersumpah kepada Rosmah bahawa dia tidak pernah meniduri perempuan lain.

9. Berbuih banyak manapun Najib bersumpah, Rosmah tetap meraguinya. Manakala Rosmah ragu, Tuhan tahu.

10. Mungkin lain yang tahu termasuklah Isa Samad, Razak baginda dan bolih jadi Rahim Tamby Chik. Tapi 3 matlaon2 ini tidaklah bersifat ketuhanan ya.

11. Yang patut dilakukan olih amirulmusyrik kita ialah bertaubat dan beristigfar.

12. Sebab ustaz-ustaz saya beritahu, bila kita merompak mencuri , menyamun dan merogol serta membunuh iman kita jatuh.

13. Jadi untuk mengembalikan keimanan kita, kenalah kita banyak2 beristigfar dan bertaubat.

14. Nabi kata dia beristigfar paling kurang 100 kali sehari. Itu orang maksum. Kalau amirulmusyrik berapa banyak?

15. Najib bersumpah minta simpati dan tolong. Tak ada rasa malu langsung. Sebab dikalangan audiens nya yang polos(naive and innocent) ada yang berkopiah segala.

16. Tentulah amirulmusyrik mempercayai bahawa faham agama dan keimanan orang2 ini tidak tebal. Orang2 bodoh bukan?

17. Mereka tahu prinsip tolong menolong yang dianjurkan Quran. Yakni tolong menolong kearah kebaikan dan meningkatkan ketaqwaan bukan tolong menolong untuk kejahatan dan mengurangkan ketaqwaan.

18. Mereka juga tahu, menolong kejahatan Najib akan mengundang azab yang sengsara dari Allah.

19. Selepas subuh mereka baca Quran dan membaca al Baqarah 138. Ayat sibghah Allah atau celupan Allah.

20. Setelah mewarnai kehidupan mereka dengan celupan Allah, mustahil mereka mahu mencemar kehidupan mereka dengan celupan amirulmusyrik.

21. Apa hukum menolong orang musyrik yang kufur dan durhaka?. Mereka membaca al Maidah 78 ke 80.

22. Mereka akan dilaknat oleh Allah. Jangan main2 ini janji Allah, bukan janji manusia.

23. Setengah yang kufur dikalangan bani Israel dikutuk oleh Allah melalui lisan nabi Daud dan Isa anak Maryam.

23. Hal demikian terjadi kerana mereka kufur dan durhaka. Bila melihat kawan2 mereka merasuah, merompak dan melanggar undang2, mereka diam dan berpeluk tubuh.

24. Kalau kita membiarkan Najib terus menipu dan mencuri atau hendak bantu Najib lepas dari undang2, kita kufur dan durhaka. Kita akan dilaknati Allah. Berani kita lawan Allah?

25. Kita akan dibinasakan. Bukankah nabi telah bersabda yang membinasakan kaum terdahulu dari kita ialah durhaka kita?

26. Yakni bila pembesar dan yang ternama melakukan kesalahan kita berdiam diri. Tapi bila rakyat marhaen melakukan kesalahan bukan main garangnya kita.

27. Binasalah bangsa kita kalau kita membelakangi prinsip dasar ini.

28. Saya memohon agar sesetengah orang yang merupakan hasil gelian kankang sesetengah bahlol, memerdekakan diri dari pengabdian Najib.

29. Sekian lama anda mati dalam setia, kali ini hiduplah dalam durhaka.






30. Janganlah jadi seperti wanita2 yang mengeliligi Najib dalam satu kempen. Tergedik gedik dihadapan amirulmusyrik.

31. Mungkin mereka diserang sawan birahi yang Memuncak membayangkan bibir Najib yang merah. Keseronokan sementara membuat mereka lupa bahawa sosok jantan dihadapan mereka itu seorang crook.

32. Orang macam Najib memanglah cocok sekali dengan sistem umno yang korap. Kerana Najib ada 2 kelayakan yang dihargai oleh umno.

33. Pertama ialah kebodohan. Ke2 ialah ketidakjujuan. Pasukan pembela Najib sedaya upaya cuba menggambarkan Najib seorang nincompoop. Ternyata kita telah mendapat seorang yang bahlul sebagai pm ke6.

 



34. Dalam mahkamah dia kata dia tidak tahu menahu dan tidak mengendali akaun nya. Diluar mahkamah dia kata dia beri kepada rumah yatim dan umno.
Maknanya dia tahu dan mengendali akaunnya. Yang mana satu?. Tahu ke tak tahu?

35. Memberi wang yang dicuri ialah mengobah wang kotor kepada wang bersih. Itu pendobian wang namanya.

36. Mencuri wang src dan 1mdb serta dari tempat2 lain, mengesahkan Najib seorang yang tidak jujur.

37. Apabila sekumpulan orang menjerit apa yang hendak dimalukan penyamunku, itu sama seperti menyatakan sila masuk rumah kani dan tiduri anak2 dan isteri kami. Di layui oleh amirulmusyrik adalah suatu penghormatan.

38. Adakah itu bermakna orang melayu meng agungkan perompakan? Kerana ia dilakukan oleh orang melayu yang beragama islam, maka jenayah itu menjadi suatu yang kudus?

39. Yang nyata juga ialah Najib mempunyai kulit tebal dari badak sumbu!



0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP