Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 18 July 2020

Jaringan serabut yang Anwar tenuni



1. Yaa ampuun!. Anwar Ibrahim telah pergi ke Sabah. Tujuan asal ialah mau berbincang sama Shafie  Apdal.

2. Keluar kenyataan dari Anwar dia akan melantik Mukhriz sebagai DPM 1 dan Daryl  Leiking  sebagai DPM 2. Apa jadi pada Shafie?

3. Ini hanya bolih bermakna apa2 perbincangan dengan Shafie telah berdarai, hancur. Atau tidak berbincang lansung dengan Shafie.

4. Alhasil, Anwar berbalik kepada penyakit lama nya. Bercakap lain-lain kepada orang yang berlainan.

5. Betul macam dr Mahathir  kata-Anwar  ini macam Tuhan Hindu yang  berkepala banyak tu. Cakap lain lain. Darryl  Leiking  pun pernah cerita dengan saya fiil Anwar  ini. Kepada dia cakap lain pada orang lain cerita lain, walhal mengenai perkara yang serupa.

6. Itu membuktikan Anwar adalah a poor negotiator.

7. Anwar hanya membuat suatu lawatan memancing. Tidak ada yang memakan umpan nya. Besar kemungkinan mukhriz dan Darryl  tidak tahu menahu apa2 pun.

8. Anwar menyangka sasaran2 nya akan blink terlebih dahulu. Sayang nya Mahathir  dan Shafie tidak react demikian. Jaring yang dibuat Anwar  sungguh berbelit.

9. Ini patut mengingatkan Anwar  bahawa mempengaruhi orang politik tidak sama dengan berkempen di mckk dikalangan pelajar2 yang polos untuk menjadi headboy.

10. Tapi Anwar  mesti dapat menceritakan yang dia telah mencapai sesuatu yang substantial. Ingat, dia kena klentong macai2 nya dalam pkr dan menceritakan perkara yang mulus2 kepada rakan2 Lim  dan Mat  sabu. Barulah legenda pak Anwar  terus hidup.

11. Jadi kita semua meribai metos bahawa Anwar seorang perencana yang legendaris, sedangkan realiti nya dia tidak mencapai apa2.
Lubang yang digali Anwar  makin mendalam untuk dia jatuh sendiri kedalam nya.

12. Maka pak shekh menghidangkan menu yang baharu-Mukhriz dan Darryl akan dilantik DPM 1 dan 2. Halnya menjadi lebih rumit kan?

13. Pada ketika inilah Anwar  akan sadar bahawa tanpa dokongan ppbm Mahathir, pkr dan dia tidak akan mencapai apa-apa.

14. Ia mengiakan apa yang DAP katakan selama ini.  Yakni suka atau tidak, jalan terbaik Anwar  menjadi pm ialah melalui Mahathir.

15. Apakah yang harus dilakukan olih Anwar? Ternyata ambisi nya hanya digerhanai olih kerakusan nya saja.

16. Inilah masanya punaisihat2 Anwar menasihatinya erti kesabaran.  Jika dia bolih menanti berzaman hendak jadi pm, 6 bulan sap-sap suwei aja.

17. DAP yang sentiasa suckers pada Anwar  bolihlah diutus berjumpa Mahathir  untuk mendapat apa2 persetujuan.

18. Untuk memberi penutupan dan pengakhiran, Mahathir  hendaknya bersetuju.  Kerana rakyat sudah lesu dipinggirkan dan dijadikan buah catur diatas papan catur politik.

19. Dalam pada itu, Mahathir  dengan ppbm nya bolih kekal berasingan.  Bolih ia bebas dengan dasar2nya.  Bebas daripada apa-apa perjanjian pilihanraya yang dimerterai olih PKR, DAP  dan AMANAH

20. Ianya tidak memberi saya keseronokan menjadi kritikal terhadap Anwar.  Walaupun ada kecacatan, Anwar adalah calon PMkita yang terbaik.  Lagipun Kak Wan adalah sebaik baik wanita untuk kita semua.


0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP