Saturday, 18 July 2020
Jaringan serabut yang Anwar tenuni
1. Yaa ampuun!. Anwar Ibrahim telah pergi ke Sabah. Tujuan asal ialah mau berbincang sama Shafie Apdal.
2. Keluar kenyataan dari Anwar dia akan melantik Mukhriz sebagai DPM 1 dan Daryl Leiking sebagai DPM 2. Apa jadi pada Shafie?
3. Ini hanya bolih bermakna apa2 perbincangan dengan Shafie telah berdarai, hancur. Atau tidak berbincang lansung dengan Shafie.
4. Alhasil, Anwar berbalik kepada penyakit lama nya. Bercakap lain-lain kepada orang yang berlainan.
5. Betul macam dr Mahathir kata-Anwar ini macam Tuhan Hindu yang berkepala banyak tu. Cakap lain lain. Darryl Leiking pun pernah cerita dengan saya fiil Anwar ini. Kepada dia cakap lain pada orang lain cerita lain, walhal mengenai perkara yang serupa.
6. Itu membuktikan Anwar adalah a poor negotiator.
7. Anwar hanya membuat suatu lawatan memancing. Tidak ada yang memakan umpan nya. Besar kemungkinan mukhriz dan Darryl tidak tahu menahu apa2 pun.
8. Anwar menyangka sasaran2 nya akan blink terlebih dahulu. Sayang nya Mahathir dan Shafie tidak react demikian. Jaring yang dibuat Anwar sungguh berbelit.
9. Ini patut mengingatkan Anwar bahawa mempengaruhi orang politik tidak sama dengan berkempen di mckk dikalangan pelajar2 yang polos untuk menjadi headboy.
10. Tapi Anwar mesti dapat menceritakan yang dia telah mencapai sesuatu yang substantial. Ingat, dia kena klentong macai2 nya dalam pkr dan menceritakan perkara yang mulus2 kepada rakan2 Lim dan Mat sabu. Barulah legenda pak Anwar terus hidup.
11. Jadi kita semua meribai metos bahawa Anwar seorang perencana yang legendaris, sedangkan realiti nya dia tidak mencapai apa2.
Lubang yang digali Anwar makin mendalam untuk dia jatuh sendiri kedalam nya.
12. Maka pak shekh menghidangkan menu yang baharu-Mukhriz dan Darryl akan dilantik DPM 1 dan 2. Halnya menjadi lebih rumit kan?
13. Pada ketika inilah Anwar akan sadar bahawa tanpa dokongan ppbm Mahathir, pkr dan dia tidak akan mencapai apa-apa.
14. Ia mengiakan apa yang DAP katakan selama ini. Yakni suka atau tidak, jalan terbaik Anwar menjadi pm ialah melalui Mahathir.
15. Apakah yang harus dilakukan olih Anwar? Ternyata ambisi nya hanya digerhanai olih kerakusan nya saja.
16. Inilah masanya punaisihat2 Anwar menasihatinya erti kesabaran. Jika dia bolih menanti berzaman hendak jadi pm, 6 bulan sap-sap suwei aja.
17. DAP yang sentiasa suckers pada Anwar bolihlah diutus berjumpa Mahathir untuk mendapat apa2 persetujuan.
18. Untuk memberi penutupan dan pengakhiran, Mahathir hendaknya bersetuju. Kerana rakyat sudah lesu dipinggirkan dan dijadikan buah catur diatas papan catur politik.
19. Dalam pada itu, Mahathir dengan ppbm nya bolih kekal berasingan. Bolih ia bebas dengan dasar2nya. Bebas daripada apa-apa perjanjian pilihanraya yang dimerterai olih PKR, DAP dan AMANAH
20. Ianya tidak memberi saya keseronokan menjadi kritikal terhadap Anwar. Walaupun ada kecacatan, Anwar adalah calon PMkita yang terbaik. Lagipun Kak Wan adalah sebaik baik wanita untuk kita semua.
No comments:
Post a Comment