Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 15 December 2020

Ganyang Felda! Bahagian 1.

1. Saya ketawa bila Najib kata dia dah bercakap, menulis dan menangis mengenai rakyat. Apa lagi dia boleh buat? Mengaku saja lagi. Mengaku awak balun duit SRC dan 1MDB. Itu yang aok tak buat lagi. Binawe!

2. Orang Pekan kabo kepala bapak aok! Poh pale, pandai aok peda-ah. Tangisan aok air mata buaya. Orang dah tak percaya aok weh!

3. Najib anak orang yang berkuasa dan fiudal. Dia seorang penipu yang pathological. Dia juga seorang yang sadistik. Dulu kalau orang pekan datang ke Sri Taman, dia akan membaling objek2 dari atas. Kena kepala dan badan. Nak marah tak boleh. Terkerinying lah macam kera sumbang.

4. Sukar untuk dipercayai dia simpati dengan susah rakyat. Dia out of touch with reality. Dulu balik ke Pekan dia tengok orang tinggal di gerobok2 usang dia akan kata, ada lagi orang duduk macam ni ye.

5. Mana mungkin orang macam Najib faham akan makna kesempitan? Dia seorang fiudal.
Rasmi orang fiudal ialah di rai oleh hamba sahaya . Kalau balik ke Pekan dia suka orang berkerumun menyambut nya. Maklumlah dia tak tahu jalan pulang ke Pekan.

6. Kalau dia makan mesti ada hidangan spesial. Kalau makan ikan patin mesti yang terbaik. Sehingga ada yang menggelarnya ikan patin Dato Najib. Saya teringat pada masa konress pertama DAP yang saya hadhir. Awak pengerusi ke, SU ke, ahli biasa awak beratur makan nasi bungkus.

7. Padan muka kita. Kita yang menjadikan dia begitu. Kita tatang dia. Kita manjakan dia. Kita memilih dia untuk merompak kita. Kerana itu dia rasa dia bolih buat sesuka hati.

8. Satu dari banyak rompakan yang matlaon lahir dengan sudu perak ini lakukan ialah menjahanamkan FELDA.

9. Bermakna legasi Tun Razak dan Taib Andak musnah ditangan Najib. Nasib hampir 113 ribu peneroka ke longkang.

10. Semasa apungan kira2 3.6bn saham dikeluarkan. Pada harga RM4.55 lebih RM16bn di perolehi. Peneroka menangis darah. 10bn masuk poket Najib.

11. Hari ini harga saham FGV ialah RM1.19. Makna hilang RM3.36 sesaham. Dengan jumlah saham 3.6 bn felda lesap RM12 billion. Kalau 10bn masuk ke poket Najib dan kerugian 12bn jumlah besar ialah 22 bn. Kos mimpi basah Najib ialah RM22bn.

12. Baca betul2 ye. RM22 bilion si haramjadah Najib perlakukan pada 113 ribu peneroka. Nak sokong Najib membabi buta lagi? Melayu bunuh Melayu.

13. 200 juta saham diperuntukkan kepada peneroka pada harga RM4.55. Sebagian besar diberi pinjaman.

14. Pada harga sekarang yakni RM1.19 sesaham, nilai saham peneroka ialah 238 juta. Semasa apungan nilai saham peneroka ialah  910 juta.  Bermakma dah ada 672 juta. Dengar lagi janji Najib. Kaki klentong..tak pasal2 hutang. Yang memapakedanakan awak me ialah si Najib!

15. Kita tak pernah odit 10 billion tu. Ia diberi pada Najib. Harus wang tersebut dibagi bagi ke bahagian2 umno. Bermakna bahagian2 yang menerima wang tersebut bersubahat menyonglap duit tersebut.

16. Tidak syak lagi wang tersebut digunakan untuk PRU 13. Selepas 60 tahun berkuasa umno tewas. Salah satu sebabnya ialah PRU umno dibiayai oleh wang haram.

17. Perkara ini diremehkan. Tapi ada ustaz2 umno tanya duit tu halal haramnya?
Ayam balik ke reban.

18. Ini membuktikan kita mesti serius berpolitik. Bukan jadi pak angguk je. Kemunculan kaki haprak macam Najib dan tokoh2 sealiran dengan nya membuktikan bahawa hukuman tidak berpolitik dengan mata terbuka ialah kita berakhir dengan di perintah oleh crook2. Najib Zahid, Tajuddin Bung dll.

19. Jangan tak tanya duit datang dari mana. Najib dah kata takde yang lebih disukai orang Melayu selain dapat sesuatu free. Sesiapa yang undi yang rasuah, penipu dan pencuri bukan lah mangsa tapi yang bersubahat.

 

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP