Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 29 December 2020

Menangani Propaganda dan Maklumat Palsu.



1. Benarlah kata orang bahawa sesiapa menguasai media dan imej menguasai budaya. Tapi benar juga ianya nembenarkan yang licik membentuk pandangan umum yang palsu.

2. Benar juga untuk melakukan sesuatu perubahan kita mesti terlebih dahulu membentuk pandangan umum.

3. Menyedari hakikat ini, maklumat palsu menjadi fondasi propaganda oleh Joseph Goebells. Yakni kepalsuan mesti di ulang2 supaya di percayai orang.

4. Hari ini maklumat palsu dilakukan melalui membanjiri semua jenis media termasuk u tube. Tujuan nya sengaja mahu menyerabutkan fikiran.

5. Itu memberi peluang kepada penulis2 upahan crook2 umno mengaburi pemikiran bangsa melayu yang polos/naive.

6. Maka setiap hari kita membaca dan mendengar penceritaan2 yang mempertahankan penjenayah2 umno seperti Najib, Zahid, Tengku Adnan dll.

7. Akibatnya sebagian bangsa Melayu menganggap kaki2 busuk umno ini sebagai wira2 bangsa Melayu. Mereka membuat judgement diatas asas2 yang batil.

8. Propaganda2 penulis upahan mengena kerana am nya bangsa Melayu mempunyai satu kelemahan yang kronik dan kelemahan ini di ekaploitasi oleh lasykar2 siber ini.

9. Kelemahan yang dimaksudkan ialah malas berfikir secara rasional dan suka serta cepat membuat judgement. Berfikir itu susah lalu mereka ambil shortcut dan buat judgement yang biasanya salah.

10. Makanya apabila kita berfikir secara rasional propaganda picisan ini akan gagal. Berfikir secara rasional adalah musuh utama maklumat palsu. Kedua, apabila kesedaran politik kita meningkat. Kita segera melihat propaganda2 ini semua mahu mempromosi cita2 dan kepentingan2 politik mereka.

11. Senjata kita ialah berfikiran kritikal, meningkatkan kesedaran politik dan sentiasa bertanyakan motif politik sang penulis.

12. Misalnya, motif saya ialah supaya kita jangan mudah terpengaruh dengan bahan2 media yang datang bertubi tubi setiap hari. Mari kita pisahkan gandum dari batang nya.

13. Jika dalam proses tersebut saya didedahkan sebagai kaki klentong, itu tidak mengapa. Sekurang kurang nya saudara sudah mula berfikiran secara kritikal.

14. Kita mula dengan bertanya apa motif disebalik putar2 mengenai Najib?

15. Duit SRC tidak diketahui masuknya tapi digunakan untuk ibu tunggal dan anak yatim. Felda adalah pembohongan. Versi Najib mengenai Altantuya. 1MDB adalah fitnah Jho Low sedangkan Najib tak kenal Jho Low. Dan banyak lagi cerita2 dongeng.

16. Motif tukang putar tukang putar ini ialah mahu menimbulkan syak wasangka dalam pemikiran pembaca dan penonton.

17. Tapi syak wasangka tdak menang bila bertembung dengan bukti, fakta dan undang2.

18. Bolehkah penceritaan karut mengenai Najib bertahan bila bertembung dengan bukti? Pemikiran Melayu mesti membiasakan diri mengendali antara fakta dengan fiksi. Ini dia cara baru kita berfikir melawan propaganda murahan pengampu2 Najib.

19. Begitu juga cerita2 meromantiskan Najib- cerita Najib bela kucinglah, dikerumuni beli nasi lemaklah, bye bye Najib lah, ini kali terakhirlah dan banyak lagi. Motif semua ini ialah menunjukkan Najib manusia juga. Orang lain bukan manusia?

20. Kita jangan ada inferiority complex sangat. Percaya diri kita mesti tinggi. Jangan mengagungkan orang seperti Najib sangat. Kentut dia bukan wangi. Dia hanya pencuri yang cerdik sedikit. Itu saja.

21. Demikian juga berkenaan cerita Tengku palsu. Bukti telah mendapati dia bersalah. Itu lebih penting dari dia cari wang untuk umno.

22. Rasuah bukan perkara enteng. Hanya orang Melayu seakan2 menganggap ianya begitu. Ini, ada yang anggap hukuman keatas Teuku gendut itu keterlaluan. Sebetulnya hukumannya patut lagi berat. Kalau kita serius membasmi rasuah denda nya patut berlipat ganda dan jel nya lagi lama. Takkanlah hukuman si perasauh sama dengan pencuri susu bayi. Orang2 ternama kita tangkap dahulu dalam kes rasuah.

23. Makanya apabila kita berdepan dengan tulisan2 tukang putar ini, kita mestilah bersikap kritikal dan bertanyakan motif mereka. Tujuan nya ialah menghamba abdikan pemikiran kita.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP