Cerita sebenar Ikan Tamban naik kedarat Lahad Datu
Soalan2 yang
selalu saya tanyakan kepada setiap orang melayu yang layak mengndi adalah
"apakah keistimewaan yang diperolehi oleh orang melayu apabila Kerajaan
Malaysia dipimpin dan dikuasai oleh UMNO"? Adakah orang Melayu dibawah
kerajaan UMNO memperolehi kesenangan dan kemewahan yang melimpah ruah dan
Malaysia adalah sebuah negara berpendapatan tinggi sekarang ini? Adakah anak2
melayu, disebabkan hasil usaha pimpinan UMNO, berupaya memeperolehi pendidikan
sehingga ke peringkat tertinggi secara percuma dan menjadi rakyat berpendapatan
tinggi?
Atau pun
soalan2 berkaitan dengan Islam seperti "Adakah umat Islam Melayu berupaya
menjadi lebih alim and lebih arif mengenal islam disebabkan oleh UMNO? Adakah
umat islam Melayu berupaya membebaskan diri mereka dari belenggu amalan riba
dalam kehidupan mereka dibawah pemerintahan UMNO? Adakah orang melayu dihormati
dan disanjungi oleh kaum lain sebagai bangsa yang adil, tekun, berhemah,
amanah, rajin serta taat dalam ibadah mereka sebagai umat islam dibawah
pimpinan UMNO?
Jelas sekali
majoriti orang melayu yang ditanya akan menjawab "tidak dan bahkan
kenyataannya orang melayu amat jauh sekali ketinggalan dan apa yang boleh
dijuarai oleh orang melayu dibawah pemerintahan UMNO adalah kemiskinan dari
segi harta mahupun minda". In short there's nothing special or even
positive about UMNO led government that the Malay can brag about.
What's
obvious and most apparent about UMNO rule is the creation of super rich and
super elite class of people made up mostly by UMNO leaders, their families,
friends and of course the cronies that serve them as the donkeys or beast of
burden that carries their ill gotten loot. And the fate of the Malays in the
hands of UMNO? Not much has changed since 50 years ago!
The malays
are still struggling to enter the business world and what's worse, apart from
direct competition with the chinese and indians and with nonexistence and
miniscule capital, the Malays has to even fight gomen's GLC, state corporation
and UMNO cronies for crumbs and not even a piece of the pie. And what's
worse..wait, what can be worse than that? It's like having your hands tied and
also half dead from starvation, shoved into a boxing ring and told to win if
you want to eat! And still UMNO insist that they are doing wonders for the
Malays? Yes, a wonderful job of screwing the Malays and on top of that stealing
everything they can lay their hands on.
And with the
increase of tolls and electricity, UMNO is putting their hands inside the
Malay's pocket and grabbing whatever loose change they can get! It is obvious
that the malays are just tools and material that UMNO use to enrich themselves
and rule Malaysia. UMNO is not just incompetence at governing, they are down
right "a catastrophe"! Anyone that is both greedy and a moron at the
same time is a ticking time bomb but sadly the Malays and Malaysian are both
deaf and blind.
And that's
why, Najib is the current PM and UMNO still remains in the gomen! And the
Malays still remains poor and enslaved still with feudalistic idealism of
"biar kita papa kedana asalkan pemimpin melayu kaya raya dengan rasuah
sebab orang melayu taat setia membuta tuli kepada para bangsawan"!
Saya
siarkan suatu pandangan dari seorang commentator yang menggelarkan diri nya
sebagai encik Nick. saya rasa ianya mewakili apa yang difikirkan oleh ramai
orang Melayu termasuklah oleh orang2 UMNO yang lebih cerdik dari Zaiton Mat ,
Ketua wanita UMNO Kuantan.
Mengenai
Zaiton Mat, kita anggaplah Zaiton Mat sebagai pemimpin golongan tercorot dalam
bilik darjah. Orang Melayu yang cerdik, pegawai2 kerajaan yang ada kelulusan,
anak Melayu yang pergi kolej dan university- mahukah kamu berketuakan orang
yang tercorot dalam bilik darjah?
Jika
luahan fikiran Encik Nick adalah hasil pentadbiran kerajaan Putrajaya, maka
adakah penentangan terhadapnya suatu pendurhakaan? Kita kena bezakan kerajaan
yang difahami oleh puak UMNO dengan kerajaan yang difahami rakyat. Kepada orang
corot dalam bilik darjah seperti Zaiton Mat,kerajaan putrajaya sama seperti
kerajaan langit Ayah Pin- sebuah kerajaan yang sudah sempurna. Kerajaan Ayah
Pin sempurna sebab ianya ciptaan Tuhan Ayah Pin manakala kerajaan Putrakaya
sempurna sebab ianya dicipta oleh tuhan Zaiton Mat- Najib Tun Razak.
Inilah
masaalah pokok yang tidak akan difahami oleh golongan tercorot dalam darjah. Mana2
kerajaan pun, BN, Purtajaya, kerajaan PKR, PAS, Penang semua adalah suatu work
in progress- kerajaan dalam pembinaan. Sedikit demi sedikit, kita berusaha
membaiki kerajaan supaya jadi lebih baik. Dalam proses pembinaan, teguran,
tentangan adalah sebahagian dari proses mengujudkan kerajaan yang lebih baik. Sudah
tentu konsep ini tidak akan difahami oleh Zaiton Mat. Saya harap Dato Seri Adnan
MB Pahang tidak akan mencadangkan Zaiton Mat jadi senator pulak- punah bangsa
Melayu!
Bahan2
binaan nya ialah pemerintahan ikut undang2, kerajaan yang demokratik, yang
cekap, yang menolak sekeras keras nya rasuah, kerajaan yang bebas dari
pencurian dan samun harta benda rakyat, kerajaan yang tidak memecahbelahkan
rakyat, yang membangunkan negara dan lain2. Inlah yang dikatakan kerajaan. Bukannya
kerajaan yang disangkakan sempurna hanya kerana Zaiton Mat membirahi bibir
merah Dato Najib.
Alkisah,
tersebutlah cerita ribuan ikan tamban mendamparkan diri didarat Lahad Datu. Ikan
tamban ialah ikan2 kecil. Mengikut yang empunya cerita- terjadilah sengketa politik
dalam dunia bawah laut. Ikan2 tamban yang mengetuai ikan2 kecil membantah
kekejaman, rasuah, salah laku, penyamunan harta benda negara bawah laut. Ikan2
besar yang mengetuai kerajaan bawah laut mengeluarkan perintah, yang
disampaikan oleh ikan2 polis yang terdiri dari ikan jerung, baraccuda, memberi
kata dua kepada ikan2 kecil. Jika kamu tidak suka akan pemeritahan kami, maka
kamu pindahlah negara lain.
Demikianlah
terjadinya, ikan2 tamban beramai ramai memilh untuk pindah kengara atas laut
yang dinamakan pantai Lahad Datu. Mereka dengar ada seorang menteri kanan
kerajaan atas Laut yang tersangat apdal saban minggu menghulrkan duit belanja
kepada rakyat.
Maka,
fahamlah kita, otak Zaiton Mat ketua wanita UMNO Kuantan, seorang yang tercorot
dalam darjah rupa2 sama standard otak ikan.
Mahukah
orang Melayu menyokong sebuah kerajaan yang korap, mencuri harta benda rakyat,
yang bebal, yang salah gunakuasa, yang memerah, picit dan meramas bangsa
Melayu? Sebuah kerajaan seperti ini memang patut diguling oleh rakyat secara
demokratik.
Sebuah
kerajaan yang tidak dapat menjawab tuntutan rakyat- apa mereka akan buat? Mereka
akan berusaha mengembalilkan kuasa mutlak ala kepimpinan raja2 zaman dahulu
kala. Sedangkan pemerintahan kuku besi ala raja2 dahulu kalalah yang
menyebabkan bangsa Melayu itu mewarisi tabiat2 yang menyekat kemajuan mereka
dan membantut minda orang Melayu.
Perkara
yang demikian sudahpun dinyatakan oleh Pendita Zaaba( semoga Allah mencucuri
rahmat keatas rohnya). Keadaan kehidupan yang menjadi acuan menempa rupa
bentuknya bangsa Melayu yang menjadikan mereka mewarisi beberapa tabiat
perangai dan kebiasaan yang rendah, yang lemah. Tabiat2 rendah yang mereka pusakai
dari nenek moyang mereka lagi. Iaitu beratus
ratus tahun mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas
ditangan pemerintah2nya yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemrintah2 daripada
bangsa merka sendiri.
Bukankah
baik Zaiton Mat buat lapuran polis terhadap pemikiran durhaka pendita Zaaba
ini?
UMNO
terlebih menyukai jika mereka dapat ujudkan kerajaan kuasa mutlak ala zaman
raja2 zaman dahulu yang memerintah beraja dimata, bersultan dihati. Tidakkah kita
melihat bagaimana puak UMNO yang terdesak tiba2 mengagungkan pemerintahan
sultan2 zaman dahuku kala. Inilah bentuk kerajaan yang diinginkan oleh Melayu
golongan tercorot dalam darjah seperti Zaiton Mat iaitu sebuah kerajaan yang
ditaati secara membabi buta oleh orang Melayu.
Yang
demikian, bagaimana kita melayan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua wanita
UMNO Kuantan, Zaiton Mat yang menggesa mereka yang tidak bersetuju dengan
Putrajaya, meninggalkkan Malaysia? Jawapannya, jangan kita layan kenyataan yang
datang dari seorang yang tercorot dalam darjah.
Inilah
pancaran pemikiran kualiti kepimpinan UMNO yang didakwa boleh mengangkat
martabat bangsa Melayu. Tidak hairanlah mengapa setelah 60 tahun lebih memimpin
bangsa Melayu, bangsa kita masih tercorot dalam perlumbaaan hidup. Pemimpin tercorot
dalam darjah tentulah hanya mampu menghasilkan bangsa yang tercorot dalam bilik
darjah perlumbaan kehidupan.
Atau
untuk lebih tepat lagi, yang ketinggalan ialah anak2 bumi2 sedangkan anak2
putera berada dihadapan menikmati hasil perjuangan UMNO. UMNO berjuang untk
puak anak2 putera bukan anak2 bumi.
Mustahil
pemikiran dari orang yang tercorot dalam darjah seperti luahan Zaiton Mat dapat
memacu bangsa Melayu kehadapan. Tapi inilah kualiti kepimpinan yang UMNO
tawarkan kepada bangsa Melayu untuk memajukan diri mereka.
Nyatalah,
UMNO suka orang Melayu dipimpin oleh orang2 bodoh seperti ketua wanita UMNO
Bahagian Kuantan. Kerja mereka bukanlah meyakinkan rakyat dengan penghujjahan
dan perbuatan yang positif. Bahkan kerja mereka ialah buat lapuran polis dan
membuli rakyat dnegan menggunakan kuasa kepolisian. Saya harap pihak Polis bersikap
professional dan jangan membiarkan diri mereka diperkudakan oleh puak2 UMNO. Janganlah
polis menyebelahi pihak yang menindas dan menzalimi rakyat.
Read more...