Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 17 February 2013

Pasangan Bonnie and Clyde Malaysia



Ini pasangan Bonnie & Clyde yang ori

Tambahan: Bonnie dan Clyde adalah pasangan yang merompak bank2 di Amerika suatu ketika dahulu. Deepak telah menuduh Najib dan Rosmah menerima jutaan wang. JIka Deepak tidak dikenakan tindakan undang2, maka orang awam berhak berfikiran bahawa pasangan Dato Najib dan Kak Ros telah secara aktif mengutip wang melalui Deepak. Tapi tuduhan Deepak lebih berat- dengan membutirkan apa pasangan Maalysia ini buat, mereka digambarkan seolah2 seperti Bonnie dan Clyde. 


Dato Najib cakap berdegar degar sebagai pembela maruah bangsa Melayu. Tapi ramai kawan saya berkata, bagaimana dia hendak membela maruah bangsa, ketikamana, maruah dia sendiri tidak terjaga. Deepak menuduh dengan terang bahawa PM kita rasuah. dan ada juga kawan saya dari UMNO yang mengatakan, kalau kita bongkar semula prestasi Najib sebagai menteri pertahanan, mahu dia kena lokap 100 tahun. Jangan bimbang saya beritahu kawan saya- kita akan buat tribunal kaji semua termasuk Najib. 
Najib nampak tidak ada keberanian mempertahankan maruah dia sendiri. Yang akan mengamuk ialah soldadu2 jalanan nya yang akan memaki hamun semua orang. Tapi Najib sendiri seperti biasa, akan membisu seribu bahasa dan lidah nya kelu tidak terkata. Sikap bacul macam ini tidaklah mengherankan. Dia tidak ada budaya berbahas dan berdebat. Dia hanya ada budaya monolog dan memerintah seperti seorang feudal.Dan dia bukan warisan orang yang berani. Ketika tok nenek saya bertombak dan berlembing, berparang dan berkeris melawan penjajah Inggeris, tok nenek Dato Najib berpoya poya dalam istana mungkin dengan gundek3 dari Mongolia.
Bila Tokcai Mahathir nasihatkan Najib supaya jangan menjawab Deepak, kesan nya ialah lagi berat. Deepak tulis surat terbuka mengikut tradisi yang diamalkan oleh Mahathir sendiri. Mahathir memulakan tradisi menulis surat beracun dan surat layang.
Kedua, kerana ini nasihat dari seorang yang menasihat lebih baik berkawan dengan syaitan- mahukah sesiapa mengikut nya? Hanya mak bapak yang miring kepala menasihatkan anak2 supaya berkawan dengan budak jahat.
Mahathir adalah orang terakhir yang boleh nasihat rakyat mendapat keadilan dari system kehakiman negara ini. Fakta nya, system kehakiman kita hilang kredibiliti dan kepercayaan. Orang yang membunuh integrity institusi kehakiman ialah Mahathir sendiri. Maka untuk Mahathir menasihati Deepak untuk cari keadilan melalui system kehakiman, adalah hipokrasi pada pihak nya. 
kita ada cara mereformasikan institusi kehakiman. Cara yang paling mujarab mengobah instutusi kehakiman dalam negara kita ialah dengan memencenkan 10-15 hakim teratas di Malaysia.
Dua pembunuh upahan yang menembak dan mengebom Altantuya mengaku mereka di perintah, hakim jadi bisu tidak mahu tahu siapa yang mengeluarkan perintah. Ini keadilan yang setengah masak. Bila PR ambil alih kerajaan, kita mesti buat pengadilan semula. Dan mereka yang bersekongkol menutup kebenaran atau subvert justice must also be tried by a special court. This means bringing to book the presiding judges, the prosecution team and all others involved in the most farcical of proceedings. Tuan hakim tuan pendakwa raya- kamu tidak boleh lari.
Nasihat Tokcai Mahathir supaya Deepak menggunakan saluran mahkamah sama nilai nya bila Tun Musa Hitam dengar kenyataan Tokcai Mahathir bahawa semua pemimpin negara ini, rasuah!.  Tokcai Mahathir is the last person to pontificate about corruption. Tuduhan rasuah datang dari orang yang dikatakan mempunyai kekayaan persendirian bernilai USD44 billion tentulah sukar untuk diterima.
Oh ya- kita akan ujudkan tribunal untuk membuktikan tuduhan ini!. Mana  maruah bangsa Malaysia mahu membiarkan negarawan yang memerintah Malaysia selama 22 tahun dengan segala kegemilangan di perlakukan demikian? Ini sungguh memalukan tokcai saya yang boleh berjalan atas air. Cis berdebah mereka yang mengotori nama Tokcai saya.
Yang paling menarik ialah Deepak berharap surat nya kepada Tokcai Mahathir akan mendapat simpati dari negarawan tua tersebut memandangkan ‘baka’ mereka sama. Bukan saya kata- Deepak J yang kata. Kita mesti percaya kawan baik kak ros dan abang Jib ni. Banyak bakti yang dia lakukan untuk keluarga Najib rupa nya.
Secara terang Deepak menyatakan bahawa institusi kehakiman tunduk kepada perintah ketua eksekutif. Tentulah Najib sebagai pengikut musyidul am UMNO, Tokcai Mahathir,  melakukan apa yang Tokcai sendiri mulakan- yakni menundukkan institusi kehakiman. Deepak mendapat penghukuman yang menyebelahi nya, tapi kerajaan Najib engkar kepada perintah mahkamah. Dan engkar sudah pastilah suatu sifat laku perangai syaitan dan iblis yang Tokcai sendiri cadang supaya dijadikan kawan bukan?
Mana muka panglima UMNO yang membentengi pemimpin mereka apabila didedahkan bahawa transaksi matawang asing yang Deepak kendalikan pada tahun 2010 semua nya melibatkan kepentingan Najib, Rosmah dan anggota keluarga Najib? Deepak juga menuduh dia memberi wang daripada penjualan bangunan dan harta rakyat seperti bangunan Angkasa Raya, tanah di Bukit Raja dan Menara Glomac.
Bukankah ini membuktikan bahawa Najib dan Rosmah ini Bonnie and Clyde Malaysia yang merompak dan melanun negara?  Kalau Najib dan insteri tidak jawab tuduhan dari penjual karpet jutawan ini, maka sahlah Malaysia ada couple Bonnie and Clyde nya sendiri. 
Negara kita kena diselamatkan!

11 comments:

monsterball 17 February 2013 at 06:13  

Najib told Baginda..."Keep cool.Stay cool."....when Baginda was showing signs of breaking up..got arrested for Altantuya's cruel death.
Mahathir advise Najib...to ignore...comments from Deepak.
Both are inter link to murder and corruptions...of Atlantuya.
Mahathir love to apply....solid proof needed...knowing Najib is still holding on to straws... preventing him from drowning.
Mahathir is 87 years old....doing everything to prevent his Umno b being defeated...to save his sons.
Look...think and observe to two big crooks...advises.

monsterball 17 February 2013 at 06:17  

Bonnie & Clyde are real gangsters in old USA....stealing...robbing..killing...to be very very rich....and in the end...the laws caught up with them....gunned down.......both died like Romeo & Juliet.

tokio_rain,  17 February 2013 at 10:07  

monsterball...your comments...are...like...yesterday's...news.

hehehe

patrick,  17 February 2013 at 10:29  

Prestasi Bonnie and Clyde tinggi,tidak serupa pasangan pengecut Jib Dan Ros yang mengunakan orang lain macam Deepak untuk menjalankan urusan kotor mereka.Tetapi akhir kata,penjenayah tidak akan terlepas dari hukuman!By the way,Ros is Bonnie and Jib,definitely Clyde in our version!

Anonymous,  17 February 2013 at 11:11  

Sdr pembaca,

Perasan tak anda bahawa dalam kes pembunuhan Altantuya( yang sedang Deepak bangkitkan kembali sekarang melalui asakan terhadap Najib ), tidak sesiapa pun baik Najib mahu pun menteri menteri UMNO BN lain berani mengulas atau menjawab secara fakta setiap kali isu ini diperkatakan. Ini termasuklah Mahathir Mohamad sendiri.

Kenapa ini berlaku? Sedangkan dalam banyak kes kes lain..ada saja pahlawan yang jadi menteri pertahanan peribadi Najib. Anda tahu kenapa agaknya Najib dan termasuklah para pahlawan UMNO dalam pertubuhan PERKASA tidak mahu membuat laporan polis terhadap tuduhan Deepak?. Kenapa tiba tiba PERKASA jadi PERKASAM dan bisu tanpa kata kata dalam kes ini?.

Rakyat Malaysia yang panjang akal, cerdik dan tidak bersentimen melulu pasti akan tahu jawapannya. Hukum alam... " Orang bersalah pasti jadi takut, yang benar saja berani bersuara dengan fakta ".

Samada mahkamah jatuh hukum atau tidak, samada perbicaraan semula dilakukan atau tidak..tapi dalam kes kematian Altantuya......MAJORITI rakyat telah percaya...Najib anak Tun Razak serta keluarga beliau ikut terlibat dalam kes ini. Dan ini antara sebab kenapa majoriti rakyat menolak Najib khususnya kaum China..kerana adalah SIAL melantik seorang yang terbabit dalam pembunuhan menjadi pemimpin. Malah SIAL juga jika terus membenarkan sebuah pertubuhn dan parti yang cuba melindungi mereka yang terbabit dengan pembunuhan terus berkuasa di Malaysia ini.

Tak tahulah saya kalau orang Melayu beragama Islam merasakan manusia bermasalah seperti Najib ini sangat AFDAL malah sampai tahap " SUNAT " untuk dilantik jadi PM !.

Tahukah para pembaca...Siapa sebenarnya yang melantik PEGUAMBELA Sirul dan Hazilah?. Sila jumpa famili kedua dua tertuduh itu dan anda para pembaca akan tahu cerita sebenar...kisah PEGUAMBELA yang sebenarnya tidak pun membela ini.

Mereka yang terbabit dengan pembunuhan Altantuya ini cuma akan dapat didedah dan dijatuh hukum hanya setelah UMNO BN ditumbangkan dalam GE 13 nanti. Kalau anda para pembaca cintakan keadilan dan mahukan kebenaran ditegakkan...pastikan UMNO BN tumbang....kerana dengan tumbangnya parti tertua melayu ini...segala sopak dan noda di Malaysia akan dapat dibongkar malah barua barua dan kelompoh Enam Jahanam dalam UMNO akan terhumban keluar dengan sendirinya dan UMNO akan berupaya kembali keperjuangan asal dengan pimpinan2 baru yang lebih berdedikasi terhadap nasib bangsa Melayu dan masa depan negara amnya.

Sama sama kita lakukan perubahan ini wahai pembaca biar apa pun pegangan politik anda. Utamakan kebenaran dan keadilan dari sentimen politik atau kepentingan peribadi semata mata. Ini demi kelangsungan survival bangsa Melayu dan Malaysia sendiri.

- Akar UMBI UMNO Pendang -

Anonymous,  17 February 2013 at 12:47  

Salam,

Pak Jib, saya rasa engkau ni biasa hidup mewah dari kecik. Tak biasa bergaul dengan budak-budak kampung yang biasa-biasa saja pada pandangan kau. Tak biasa hidup dengan budak Melayu yang sangat beradab di kampung. Tak biasa cuci pinggan mangkuk, ketika majlis kenduri kahwin atau lain-lain aktivit masyarakat sekeliling. Saya tak salahkan ayah kamu, tapi ada juga orang lain anak kampung menjadi jutawan secara jujur, masih tak malu menyingsing lengan menolong dan gotong royong di kampung. Bukan macam kamu, hanya memegang cangkul depan wartawan pengampu, kerana hendak bergambar dalam foto.

Sampai sekolah elit, dan kemudian melanjut pelajaran ke England, tak payah bayar satu sen pun, tak payah interview, cuma bawa beg dan paspot ke London.

Kamu bukannya ada titik peluh perjuangan dalam parti di peringkat akar umbi. Oleh kerana anak PM masa tu, kamu dapat secara percuma sahaja.

Kamu bawa "perangai percuma" untuk diri kamu snediri sahaja. Sekarang kamu sebagai PM, bawa mesej politik kotor kamu juga secara percuma. Cuma kamu arah itu arah ini, keluar duit juta-juta untuk survival politik kamu yang longgar.

Yang buruk lagi, kamu memburukkan lagi adab budaya Melayu semenjak beratus-ratus tahun yang sepatutnya di pandang tinggi oleh masyarakat lain.... dengan menyuburkan budaya samseng di kalangan anak Melayu di kampung-kampung. Sepatutnya, kamu mengarah anak muda Melayu agar bersifat mulia, berfikiran waras dan bersopan santun, baru orang luar respect.

Apa yang sangat memalukan ialah bilamana Pak Jib, sebagai ketua negara, tidak ada sifat keberanian bila menghadapa apa saja isu. Ini tidak, kamu lemparkan saja semua ini kepada menteri bawahan kamu, yang semua mereka ini SiKitol pengampu, penjilat taik idung masin. Kalau boleh mereka sanggup menjilat air liur di bibir kamu. Kamu membisi seribu bahasa. Apa punya Ketua kamu ini??? Kamu hanya brseronok dengan kata "No komen, bukan budaya kita, tak ada isu ..."

Pak Jib sepatutnya meyuburkan budaya jati diri yang tinggi di kalangam mahasiswa negara, bukannya membuat "robot negara" yang tidak sanggup bila menghadapi cabaran pimipinan luar.

Pak Jib, kamu sebenarnya "tak layak" menjadi PM. Kamu jangan teruja sangat bila orang ramai pegang sticker "I Love PM". Istilah PM itu bukan maksudnya kamu Pak Jib saja. Kamu bukannya seribu tahun jadi PM. PM itu boleh di pegang oleh sesiapa sahaja, dan RAKYAT mahu PM yang betul-betul jujur pada rakyat dan juga diri sendiri.

Anonymous,  17 February 2013 at 13:17  

Deepak has openly without reservation, accused Najib and Rosmah that they are corrupt, and amassed massive wealth, and involved in a murder case, and much much more.
As a top leader of UMNO, Najib does not dare to utter a whimper to rebut, unmistakenly a clear indirect admission of the accusations.
What kind of pride and dignity can be attributed to any UMNO member having this particular leader who has no guts to face off an ordinary ethnic Indian, whilst turning his back, he howls Ketuanan Melayu? Is "shame" no more within the DNA makeup of UMNO members?

monsterball 17 February 2013 at 15:00  

Now we know why tokio rain does not know why the rain in Spain falls mainly on the plain.
Two "yesterday's" news pointed out the similarities...is reminding today's voters what to do.
That is too deep for a person like tokio rain to understand.

Anonymous,  17 February 2013 at 16:31  

Salam Dato,

Jika PR menang, mewujudkan Tribunal untuk salahlaku para hakim amtlah di perlukan untuk memulihkan institusi tersebut, begitu juga dengan PRDM, KDN, AG, SPR, ATM dan sebagainya.

Mohd Zuki

Anonymous,  19 February 2013 at 20:57  

Dato Sak, what are the feedbacks from grassroots at Paroi and Rembau

Anonymous,  20 February 2013 at 12:24  

Salam Dato,

Perkara yang sama saya katakan kepada rakan-rakan umno. Najib serta pemimpin2 umno tidak boleh bercakap tentang nilai moral kepada sesiapapun, kerana nilai moral tidak ada pada mereka. Pemimpin2 umno tidak layak bercakap tentang wasatiyah, berhemah, menjaga bangsa dan sebagainya.

Oh ya Dato, semalam rakan umno totok saya (beliau ini adalah Setiausaha Umno Cawangan dan ahli kanan Perkida - suami isteri anak peneroka-sebelum ini saya sampaikan kpd mereka mengenai isu FGVH) baru pulang dari Felda somewhere menghala ke jalan Gunung Tahan Pahang. Mereka suami isteri datang ke kedai saya terus berkata kpd saya dgn excited; ' Betullah abang kata, peneroka felda terpaksa bayar setiap bulan. Peneroka felda di sana ramai yang tidak menandatangani surat perjanjian FGVH tu. Mereka penipu betul, peneroka dah naik angin ! kata mereka' Riak muka mereka nampak merah, marah..

Mohd Zuki

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP