Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 14 February 2013

Kerajaan PR TIDAK akan sama dengan Kerajaan UMNO/BN.



Kalau kita rakyat Malaysia hendak tahu:-
(1) Siapa yang terlibat dalam pembunuhan Altantuya
(2) Bagaimana wang RM500 juta komisyen diagihkan
(3) Siapa yang terlibat dalam pemberian konsesi tol jalanraya
(4) Bagaimana projek2 kerajaan mengayakan Ananda, Syed Mokhtar, YTL, Bejaya, Gamuda dll
(5)  Cerita disebalik pembelian segala alatan untuk tentera Malaysia- bot peronda buatan Amin Shah, bot peronda jenerasi ke2, pembelian Sukhoi, pembelian APC dll
(6) Kebenaran disebalik pendedahan Deepak
(7) Sama ada Najib dan isteri merompak negara
(8) Dan banyak lagi

Maka langkah yang paling mudah, ialah bila PRU 13 tiba, mari kita berpakat dengan suatu hati dan matlamat, humbankan UMNO dan BN. kemudian kita buat tribunal, mahkamah khusus dan select ccommitees memanggil semua yang terlibat, untuk di adili sebelum kita hantar mereka bermukim di Resort Sungai Buloh. Tidak mati orang Melayu kalau UMNO tewas! Tok Cai Mahathir boleh cakap apa sahaja yang dia mahu, tapi orang sudah tidak dengar apa dia kata lagi.
Hari ini, kesan lansung dari apa sahaja yang Mahathir cakap, orang akan lakukan yang bertentangan. Bila dia kata, Najib jangan jawab Deepak, Deepak mengutus surat terbuka dan lebih banyak cerita terburai mengenai rasuah Najib dan isteri. Malu orang Melayu, penjual permaidani boleh memperlakukan PM sedemikian rupa kecuali apa yang perkatakan adalah kebenaran belaka. Kalau rakyat hendak tahu, tempatkan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru. kita akan dedahkan semua.
Ah- kalau kita pilih orang lain, mereka pun akan buat serupa diatas. Mengayakan kroni, merompak dan melanun. Kalau aku pilih orang lain, aku pun begini juga. Kalau jadi jaga, tetap jadi jaga, kalau kuli tetap jadi kuli. Lebih baik kekalkan kerajaan yang sedia ada- walaupun syaitan, tapi sekurang kurangnya, aku kenal mereka. Yang hendak ganti nampak macam malaikat, tapi mana tahu perangai pun syaitan.
Inilah respons yang bersifat emosional yang sering diperdengarkan kepada kita. Bagaimana kita menangkis nya? Yang tidak suka bahas dan debat, kita biarkan mereka kekal demikian kerana berbahas dan berdebat bukan budaya mereka. Penggunaan otak secara berlebihan mengurangkan harga otak dipasaran. Mereka mahu kekalkan tahap penggunaan otak mereka pada peringkat minima, supaya jika otak mereka dijual kelak, ianya dijual pada harga yang termahal. Budaya mereka ialah baling batu, pukul orang, simbah cat, rosakkan kereta dan merampas mikrofon.
Maka sebelum saya pergi berceramah ketempat lain, saya bercadang untuk membentang satu artikel membahas kenyataan2 seperti ini.
Kenyataan2 selamba seperti ini nampak sukar mahu ditangkis. Kerana ianya kenyataan emosional yang lansung dan direct dan mengerakkan perasaan serta merta. Tapi jika dikupas secara rasional dan menggunakan penalaran/reasoning akan segera didapati lemah dan salah.
Pun begitu, kenyataan emosi seperti diatas sudah pun memperakui bahawa kerajaan yang sedia ada benar2 melakukan segala angkara durjana dan jengkil yang kita sebutkan tadi. Rasuah, agihan kekayaan sesama kawan2, salah guna kuasa dan sebagainya.
Kata2 demikian membuat kita lupa, kita berada didunia ini berhutang kepada jenerasi yang akan datang. Kita bukan hiudp untuk kepentingan kita sendiri sahaja bahkan berhutang kepada jenerasi yang akan datang supaya bertanggungjawab mewariskan sebuah negara dalam tangan pemerintahan yang baik.
Kenapakah, respons dan tindak balas yang emosional ini mudah diterima bahkan dalam kalangan mereka yang berjawatan tinggi dan berpelajaran? Mengapakan kita berfikiran- semua pengkritik dan kaki bising diluar sana tidak mampu melakukan perubahan apa2 dan keadaan tetap serupa jika mereka memerintah? Dibandingkan dengan kita( yang menyokong kerajaan yang ada)- kita sahajalah yang boleh melakukan perubahan dan melakukan pembaikan sebab kita berbeza dengan yang buat bising diluar gelanggang kekuasaan. Kita golongan yang baik, yang diluar, golongan yang hendak merosakkan negara.
Jawapan yang mudah ialah- kita mempunyai perasaan yang demikian, dan menganggap diri kita baik dari mereka yang diluar hanya memerlukan pujian keatas diri sendiri dan manipulasi keatas emosi. Pujian dan belaian keatas emosi sifat nya direct atau lansung dan mudah ditangkap oleh bahagian emosi otak kita.
Sebaliknya, untuk berhujjah mengapa mereka yang sebelah sana boleh mengganti kita dan melakukan lebih baik dari kita memerlukan penghujjahan yang tidak lansung/indirect dan merujukkan pandangan2 tersebut kepada bahagian rasional otak kita.
Oleh sebab dalam otak kita, bahagian yang mengurus perkara2 emosional lebih developed dari bahagian yang mengurus soal2 rasional, maka jawapan yang bersifat emosi, mudah diterima.
Kerajaan yang menggantikan UMNO tidak sama dengan UMNO dan tidak akan mengulangi kesalahan yang dilakukan oleh UMNO. Mereka tidak mudah melakukan penipuan, rompakan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.
Mengapa? Ada 3 faktor yang menjadikan hal yang demikian.
Pertama, pengalaman terkumpul kita hidup dibawah kerajaan yang korap selama 55 tahun meningkat kesedaran social kita. Kita membentuk nilai2 yang membenci kejahatan masyarakat seperti rasuah, salahguna kuasa, ketidakadilan ekonomi, jinayah ekonomi. Pengajaran dari pengalamam terkumpul kita membina tembok yang memagari tindak tanduk kerajaan yang akan datang. Kerajaan baru akan mendapati sukar dan mengundang celaka jika melanggar tembok2 yang terbina akibat kesedaran social yang meningkat.
Kedua, pengajaran dari pengalaman terkumpul tersebut membolehkan kita membentuk kayu pengukur dan piawai keatas adab susila berkerajaan. Apakah kayu pengukur dan piawai tersebut?
Kita sudah membina piawai yang menyekat rasuah dan salah laku, dan sebagainya. Sebahagian besar masyarakat sudah menjadi lebih bijak untuk menyedari jika kerajaan baru mengambil langkah A, B, C dan D-ianya akan menghasilkan E yang tidak di ingini. Oleh kerana kita sudah pun membentuk standards, maka sebelum sampai kepada E yang tidak kita ingini, maka pihak yang mengambil langkah tersebut sudah di hukum.
Ketiga, kita memasuki zaman dimana good governance sudah diterima sebagai pedoman atau norma berkerajaan. Kecenderungan masyarakat kita sendiri kepada urustadbir yang baik diwakili oleh suara2 orang seperti Rafizi Ramli, Tony Pua, Bawani yang berani menyanggah fasilitator yang kata listen listen. Juga kecenderungan masyarakat kita menyukai good governance di wakili oleh suara2 Adam Adli dan lain2 individu dan pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Kesemua ini bertindak sebagai conscience masyarakat kita.  Oleh kerana semua akan dipersoalkan dan diadili atas dasar good governance, kerajaan yang baru tidak akan berani melanggar norma2 baru.
Maka jawapan yang rasional ialah- TDAK –kerajaan yang baru akan berbeza dari UMNO yang korap dan rasuah dan pemimpin meraka yang korap dan rasuah.
Dan bila masyarakat menyerapkan nilai2 ini dalam dada, maka barulah institusi formal seperti judiciary, parlimen, SPRM yang kuat boleh diujudkan. Nilai2 yang dipegang masyarakat akan mengukuhkan dan memperkasakan institusi2 formal.
Jika rakyat hendak tahu jawapan kepada soalan2 diawal artikel ini, mari kita sama2 nyahkan UMNO dan BN dari Putrajaya.

15 comments:

Anonymous,  14 February 2013 at 13:47  

Warga 1 Malaysia,

Bangga dan megahkah anda bila PM anda..PM Malaysia rela menjadi seorang BACUL dan DAYUS semata mata kerana takut menjawab dan melawan dakwaan seorang penjual karpet bukan Melayu?

PM bangsa Melayu beginikah yang orang orang Melayu harapkan untuk membela kaum Melayu sedangkan beliau terbukti gagal untuk membela maruah diri sendiri berhadapan dengan tuduhan seorang rakyat biasa bukan Melayu?.

Yang dituduh bukan soal raba punggong pelayan macam orang kuat Najib lakukan sebelumnya! Yang dituduh bukan soal mengentot amah Indonesia! Yang dituduh bukan tentang Najib nak bagi biasiswa kepada seorang mahasiswa yang gagal. Tapi PM Malaysia ini didakwa terbabit dengan pembunuhan seorang warga Mongolia.

Sirul dan Hazilah mengaku mereka membunuh kerana upah. Tapi hakim jadi bahlul tak mahu tahu siapa yang mengupah. Hakim jadi bengap dibawah PM Najib dan UMNO sejak era Mahathir lagi. Agaknya esok lusa pemimpin UMNO BN merogol anak bini anda dan kes tergantung macam kes Altantuya....anda seronok dan bahagiakah?

Hakikatnya Deepak jadi terlalu berani kerana beliau ada " point". Dan Najib terpaksa membacul dan mendayuskan diri kerana beliau cuba menutup " bangkai " dari terus berbau atau terdedah. PM seperti Najib inikah yang Melayu mahu bergantung harapan ???.

Jangan jadi bodohlah wahai Melayu!. Jangan terus biarkan pemimpin Melayu UMNO terus perbodohkan diri anda. Maruah diri sendiri tak mampu dibela...mahu harapkan maruah Melayu keseluruhan dibela manusia BACUL dan DAYUS macam ini?.

Bukankah kes Deepak Najib ini membuktikan PM Malaysia ini benar benar DAYUS danb BACUL?. Siapa berani nafikan ini?. Mahyuddin mahu nafikan? Mahathir mahu nafikan? Sak Mongkol pun mahu nafikan?.

Terang lagi bersuluh..Najin PM Malaysia adalah sedayus dan sebacul baculnya PM dalam dunia ini. Ini realiti! Ini sudah terbukti! Sanggup biarkan diri menjadi DAYUS untuk sembunyikan " kurap " ditubuh. No Wonder...kaum Cina menolak UMNO BN dan Najib kerana kaum Cina tahu...Malaysia akan sial jika PM seorang yang terbabit dengan pembunuhan.

Adakah Melayu yang beragama Islam sanggup bersekongkol untuk menutup " kes pembunuhan " dan mengelakkan dari keadilan ditegakkan???. Kalau Anda Melayu dan mengaku beragama Islam......maka UMNO BN WAJIB ditumbangkan agar keadilan dan kehakiman yang saksama dapat ditegakkan.

Cicit Panglima Hitam..,  14 February 2013 at 15:05  

Saya tidak akan membiarkan negara ini menjadi sarang perompak dan penyamun...parti dacing ini mesti dikalahkan dan ditewaskan bagi membolehkan perompak dan penyamun diadili dan dikenakan hukuman setimpal....ABU...ABU...ABU...
Inikalilah....kita undi Pakatan Rakyat..

Unknown 14 February 2013 at 16:01  

Saya nak komen luar dari perbincangan. Ejaan bahasa melayu tuan banyak yang salah. Tuan patut berusaha utk memperbetulkan kesilapan bahasa tu.

Artkel yang baik dari tuan. Tapi banyak kali ejaan diperabaikan.

Kalau dalam bahasa inggeris boleh 'tip-top' mengapa tidak bahasa melayu?

Anonymous,  14 February 2013 at 16:17  

LAGI SATU YANG SAYA NAK TAHU IALAH JENYAH MAMAK KUTTY KEPADA RAKYAT MALAYSIA. DAN BERAPA BANYAK MAMAK INI DENGAN KELUARGA MEROMPAK HARTA RAKYAT MALAYSIA.

Anonymous,  14 February 2013 at 18:27  

Bukan sahaja itu, Kerajaan PR juga perlu mengenal pasti harta harta billionaire saperti Mahathir, Taib Mahmud, Daim dan Muhamad Muhamad dan lain lain.

Banyak harta harta ini telah disimpan diluar negara yang meneyebabkan negara kiysadalah kedua tertinggi di dunia dari segi Money Laundering.

Banyak harta harta ini jugak disimpan atas nama proxies proxies mereka

Harta harta ini perlu dikembalikan kepada kerajaan untuk pembangunan

Anonymous,  14 February 2013 at 20:41  

Tidak adil komen mu.

Saya kagum dengan Datuk Sak...seorang Melayu yang excellent bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia dia baik..
Mungkin you guru BM saja tapi bahasa English u macam mana?
Bikin malu saje komen2 yang bodoh.
Teruskan Datuk.
Lebihan artikel2 dalam bahasa demi rakyat..masa dah suntuk sebelum PR13.
Don't bother with this guy comments

Anonymous,  14 February 2013 at 20:41  

Wahai rakyat Malaysia fikirkan kenapa bangunan airport Subang dirobohkan oleh mamak kutty, fikirkan lah,siapa dapat bina keretapi laju Klcc ke Klia?, kenapa company tu dapat, company mana rampas tanah kepunyaan org melayu diSentul dan jln Bukit Bintang?semua ini masa mamak kutty jd PM. Tanya juga kenapa Ketua Putera dapat tender bekalkan kereta bomba jumlahnya 200 unit sedangkan dia tidak ada kepakaran cuma dia gunakan syarikat yg pernah membekal kenderaan tersebut atas dasar tutup mata dan untung atas angin.

KKB,  14 February 2013 at 22:01  

Aznan BH 16:01 said:
"dalam bahasa inggeris boleh 'tip-top' mengapa tidak bahasa melayu?"

Sebab tulisan Dato Sak ada sikit aneh, itu lah trademark nya. Hehehe!

Michael,  15 February 2013 at 00:52  

Di sabah, PKR Dan DAP ni McM 2x5 UMNO bro..kita laungkan AUTONOMI, Anwar Dan Kits Siang pun Ikut sama. Rupa2nya, yg sama hanya bunyi laungkan tapi erti Autonomi Anwar ini Ikut sedap hati dia Saja!!

Autonomi suda DIJANJIKAN dalam PERJANJIAN MALAYSIA sama Sabah tapi yg Anwar pandai2 cakap Autonimi ni Federal yg bagi pulak. Kalau McM ni, sama lah PKR itu McM UMNO di Sabah!!

Anwar ini kita di Sabah tidak percaya. Tok Guru Hadi lagi baik Dan jujur! Kita di Sabah ini dia kan lah PAS Jadi PM, selamat SABAH!

bumi-non-malay 15 February 2013 at 09:50  

Psy Sudah Cabut dengan $4.7 Million Ringgit Wang Rakyat......Appearance Fees Kononya...
UMNO-Bn Telan $3.3 Million Ringgit Wang Rakyat....

Jumlah Kos anjuran Wang anda/rakyat = $12 Million ringgit....

Siapa mahu Galaxy Note 10.1 atau $$12 Million Ringgit wang awak??

Are we ready for BN x 3 Kali

Listen listen listen x 33 Kali

ABU ABCD x 333,333,333 Kali

Anonymous,  15 February 2013 at 15:30  

Aznan BH 16:01 said:
"dalam bahasa inggeris boleh 'tip-top' mengapa tidak bahasa melayu?"

Pertama, keyboard 'QWERTY' tidak user-friendly bagi mereka yang menulis baik dalam bahasa Inggeris maupun bahasa Melayu. Kedua, dalam proses menulis sekerap yang diusahakan Dato, memang ada kesilapan di sini-sana, tetapi isi kandungan tetap relevan, tepat dan tajam. Ketiga, dalam suasana sebegini genting di mana seribu-satu macam isu perlu didedahkan sebelum PRU, tidak dapatlah mencapai gaya bahasa "Agong's Malay". Keempat, sesiapa yang boleh memberi hujah-hujahnya tanpa menyebut sekalipun 'apa nama', saya bagi markah Pass; yang pakai 'apa nama'
- Fail.

Keep it up Dato'. Smash the gang that has been stealing big time.

Anonymous,  15 February 2013 at 15:49  

You ni Sabahan.i guess.

Saya Cindia malaya berkahwin Dusun tulin Sabah, ada anak2.lebih 20 tahun d Sabah..

Kalau mau autonomi..undi formula PR (Sapp termasuk)you ingat Sa pp yang tamak semua kerusi boleh menang???

Sabah is too divided dengan 'overnite bumi' from projek M...takan menang...kalau bagi saja parti local saja

Ikut formula PR ..saya percaya akan betul daftar kerakyatan Sabah dan pulangkan autonomi pada Sabah.

Kalau bee an menang lagi...RCI no action...habis lagi penduduk Sabah..

Think it over brother.

I have done charity in interior of Sabah..very sad to see the natives suffering...
Apa you expect from sapp?

Jeffrey P, I respect but many dont like him..but he is yelling the truth...may b will be too late if PR13 this time you return the same ruling parties.

Anonymous,  16 February 2013 at 16:32  

what a load of rubbish article!!

you are just a lousy peition writer. all talk no substance!!

monsterball 16 February 2013 at 19:37  

Anon 16.32 is a lousy good for nothing..low class.. Arm Chair Critic.
If Sak puts out a load of rubbish article..then get lost .
But he stays and gives his shit comment...exposing he is on a stupid mission...to upset this blog.

Anonymous,  17 February 2013 at 19:53  

samo samo to your monster no balls.....

stop giving your shit comments to rocky' s blog. clearly rocky has more brains than this mongkol guy plus rocky is cool wheras this mongkol guy is a moron just like you.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP