Antara Dua Darjat-Satu Malaysia, Dua Masa Depan.
Saya berada
dinegeri Kedah buat pusingan ke2. Menyertai ceramah penerangan kepada penduduk
negeri Kedah. Malam kelmarin bersama dengan Tn Haji Mat Sabu di Pendang. Kehadhiran
amat baik memandangkan Mat Sabu tokoh yang popular. Pendengar datang membawa
tikar dan payung mencari mana2 tempat untuk duduk.
Tema yang
kita bawa , sama seperti dilain2 tempat. Saya memberitahu akan kebimbangan orang Melayu
adalah kebimbangan yang palsu. Adalah suatu pendustaan yang besar yang UMNO
lakukan untuk (a) menakutkan orang Melayu (b) membodohkan orangMelayu.
Orang Melayu
jumlah mereka seramai 18 juta dari penduduk yang 28 juta. Secara fisikal,
Melayu adalah majority. Tapi UMNO hampir berjaya membentuk fikiran Melayu yang
ramai, takut kepada jumlah yang kecil. 65% orang Islam diajar takut kepada 9%
orang Kristian. Mubaligh dan paderi Kristian berdakwah dikalangan masyarakat
orang Asli, yang susah hati orang melayu. Mengapa?
Kalau ada
orang melayu yang murtad, siapa patut disalahkan? Saban minggu kita ada forum
perdana, kita ada jabatan2 yang berkerja untuk agama Islam, kita ada jabatan
kebajikan masyarakat yang membantu mereka yang susah- tapi masih ada Melayu
yang murtad. Semua jabatan dan ejensi kerajaan dikuasai oleh penyokong UMNO
yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka masih ada orang Melayu yang
murtad? Maka jawab nya, mereka ada ditempat dan jawatan2 masing2- tidak mebantu
untuk mengukuhkan agama Islam.
Mengapa UMNO
mahu menyalahkan orang lain dala kes2
Melayu murtad? Yang mesti disalahkan ialah UMNO.
Hari ini,
saya mahu bercerita mengenai masa depan. Ini adalah kerana masa depan kita akan
dibentuk oleh pemerintah yang akan datang. Masa depan yang baik bergantung
kepada sebuah pemerintahan yang baik. Pemerintahan yang baik dibina oleh orang2
yang baik.
Semasa saya
berceramah di Pendang, saya menyedari suatu perkara. Rupa2 nya, masa depan
untuk orang Melayu tidak sama untuk semua. Ada dua jenis masa depan. Suatu masa
depan yang gemilang untuk bin Mahathir, bin Hussein Onn, bin Tun Razak, bin
pemimpin UMNO yang atasan. Suatu lagi ialah masa depan yang muram untuk
sebahagian besar orang Melayu. Yakni Melayu yang 90% merupakan penerima BR1M.
Pemberian BR1M yang bertambah bukan tanda kemegahan Dato najib oi. Ia mengesahkan bahawa
sebahagian besar orang Melayu terus dipinggirkan dan dimiskinkan oleh dasar
UMNO. Setelah 55 tahun UMNO perintah Malaysia, 8.7 juta orang Melayu hidup
dengan pendapatan RM1500 kebawah sebulan. RM1500 jauh rendah dari kelayakan
mendapatkan BR1M sebanyak RM3000 sebulan.
Masa depan
yang gemilang hanya untuk Melayu seperti Syed Mokhtar Bukhari penyumbang wang
tunai terbanyak kepada UMNO. Masa depan yang gemilang adalah untuk Mokhzani
Mahathir yang tersenarai diantara yang terkaya di Malaysia. atau Syed Mokhtar Bukhari. Kepada orang2 seperti ini, matahari sentiasa bersinar.
Masa depan
sebahagian besar orangMelayu pula macam mana? Marilah kita memikirkan perkara
ini dengan serius.
Masa depan
sebahagian besar orang Melayu macam ini. S Jibeng, penyanyi pop yeh2 tahun
60an, menyarai baki hidup nya dengan menyanyi dikaki 5 dan stesyen bas. Mati dalam
keadaan yang menyedihkan. Yahya Sulong yang baru meninggal, mati dikediaman nya
di flat bandaraya. Diakhir hayat untuk membayar sewa pun tidak mampu. Anak seniman
Agung P ramlee menyarai hidup nya dengan
menghantar tong gas masak. Saloma penyanyi kebanggaan kita ketika sakit
dihospital tidak mampu membayar kos perubatan.
Itu masa
depan yang menanti sebahagian besar orang Melayu kalau kita pilih UMNO. UMNO
menawarkan 2 masa depan- satu untuk mereka yang terpilih yang berbinkan nama
yang betul. Itu masa depan yang gemilang dan terbilang.
Satu lagi
ialah masa depan yang muram dan gelap yang digambarkan melalui kehidupan para
seniman yang kita sebutkan.
Kita ramai.
Puak UMNO sedikit. Kenapa kita yang ramai mahu menyokong UMNO dan membiayai
UMNO mengujudkan 2 jenis masa depan untuk kita semua? Mari kita sama2 jumlah
yang ramai ini, menjatuhkan UMNO yang sedikit secara demokratik.
Sekian dari
Alor Star Kedah.
15 comments:
Salam,
Dalam Quran, Tuhan kata tidak memandang rupa dan harta manusia itu, tapi keimanan yang tinggi dan sejauh mana sumbangan kebaikannya kepada umat manusia.
Apakah seseorang itu bila jadi kaya atau menjadi Ketua Negara/PM, sudah rasa dirinya sangat berkuasa ingin dirinya di letak seperti Tuhan?
Apakah bila seseorang itu bila hanya buruh kasar, tidak layak jumpa terus bersemuka di pejabat kepada Perdana Menteri untuk bertanya khabar? Kalau Pak Guar PM menengking tetamu buruh kasar ini, saya rasa sudah menyalahi Quran. Apakah PM hanya mahu towkay kaya jumpa dia dipejabat????
Apakah Perdana Menteri ini kentutnya tidak berbau? Tidak pernah sakit? Tidak pernah pening kepala?
Apakah orang yang diamanah untuk memimpin ini rasa dirinya perlu diikut tanpa banyak soal? Diberi Yang Berhormat sudah rasa tinggi diri? Tidakkah mereka ini sedar amanah ini diberi oleh RAKYAT? Kalau RAKYAT tidak pilih, sudah tentu mereka tidak digelar YB, mungkin tidak dipeduli orang.
Kita harap semua RAKYAT Malaysia harus tahu tahap (limit) sejauh mana mereka di kehendaki untuk menghormati atau dihormati. Kalau ianya tidak seimbang maka, ianya akan merosakkan struktur kepimpinan dalam masyarakat. Contoh ada kegiatan samseng gara-gara nak tunjuk hormat kepada setengah pemimpin, walau jelas dan terang-terang menyalahi undang-undang.
Saya tidak nampak Malaysia bawah UMNO BN ini akan menuju kearah World-Class Democrasy.
World-Class Democrasy ikut ala USA pun tidak tepat. Yang tepat ialah sistem kepimpinan dan kemasyarakatan menurut Al-Quran. Tidak salah pihak PR mengadakan program pemahaman kepimpnan AL-Quran kepada pihak PKR dan DAP. Saya setuju bila LGE, suka merujuk kepada kepimpinan Umar Abdul Aziz sebagai contoh. Ini bermakna beliau faham, bukan seperti Chua S Lek MCA yang tidak faham-faham tentang mesej Quran, bahkan menghina lagi macam meroyan. Ini MCA, fikir di USA tidak ada masjid, di UK tidak ada masjid dan mungkin tidak tahu yang berjuta-juta orang Cina Islam wujud di China. Mereka fikir hanya orang Arab dan Orang Melayu dahaja Islam. Salah siapa? Salah UMNO BN baru yang sanggup membelakangkan Quran.
Jadi apa peranan UMNO BN untuk menjelaskan ketinggian martbat Quran kepada masyarakat bukan Islam seperti MCA dan MIC.
Kita harap pihak bukan Islam lebih baik banyak membaca buku tentang Kepimpinan Muhammad (Muhammad Leadership) dan pihak PAS/DAP/PKR adakan seminar sebegini untuk kawan-kawan kita yang bukan Islam. Di USA, banyak forum mengenai Islam diadakan di bandaraya besar, di mana banyak bukan Islam walaupun tidak memeluk Islam, tetapi sekurang-kurangnya memahami apa itu Quran.
Kalau UMNO BN, hanya setakat adakah tilawah Quran, tidak akan memberi kefahaman kepada bukan Islam, sebab bukan Islam tidak dijemput ke acara itu. Adakah Quran itu hanya untuk orang Islam? Tidak! Orang bukan Islam di galak baca Quran. Ini yang kebanyakan orang Melayu tidak faham. Quran adalah kitab global dan mesej global.
Maka kita harap pihak pimpinan DAP akan menjadi rakan umat Islam yang betul-betul bertanggungjawab untuk sama-sama menguatkan lagi saf kepimpinan PR agar semua pihak lebih memahami dan menghormati selaras dengan undang-undang dan perlembagaan Malaysia.
Kalau Melayu tak bodoh mengapa mereka membernarkan seorang keling dari Kerala menjadi President UMNO and Perdana Menteri. Hingga sekarang mereka mendewa-dewakan keling Kerala ini.
Perdana Menteri Najib pun dakut kat keling kerala ini.
Melayu memang bodoh.
Bravo Pak Sak.
Hebat nya umno dulu kerana pandai kenyit mata kerenyeh kerenyeh kat paman sam. Maka umno di senangi dan di tolongi penjajah utk misi merdeka. Setelah lebih setengah abad rakyat tanah melayu dpt lihat buah tangan hasil ampubodek umno utk merdeka.
Bunyinya sedap 'merdeka tanpa tumpah darah'. Habih tu yang mati menentang inggeris dan jepang tu tumpah apa pulak. Tumpah kuah.!!
Panjangnya siri menentang penjajah sejak 1511 dari Potugis hingga 1957 dari inggeris. Tak ada ke pendekar2 melayu yg tulen melayu terkorban menghantam portugis menyerang belanda mensabotaj jepang dan membunuh inggeris. Siputum tu mati kerana lemas sg perak ke? Tok janggut tu terkorban kerani merempit ke?
Tolong lah wahai org umno, majoriti org melayu bukan nya ahli parti umno pun dan mrk yg majoriti ini tidaklah bodoh spt sangkaan org umno. Ingat: orang yg berfikiran menentang adalah org yg bijak.
Salam,
Merujuk kepada masalah "dua darjat".
Isu satu golongan ingin memartabatkan Bahasa Melayu dan satu golongan malu berbahasa Melayu.
Saya tidak percaya PPSMI akan membawa Malaysia ke arah negara maju. Ini hanya disokong oleh sebahagian masyarakat elit yang makan sudu dan garpu ala Barat. Ini kerja Che Det yang sudah nyanyuk.
Kita, rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa, sepatutnya menyanjung tinggi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan . Ketika orang luar berusaha menguasai Bahasa Melayu di Univeristi US, UK, Peranchis dan Russia, kita bukan Melayu di Malaysia masih tergagap-gagap menguasainya dan orang Melayu sendiripun malu untuk bercakap Bahasa Melayu. Mana jati diri kita mengaku rakyat Malaysia yang bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu.
Kalau orang bukan Melayu ini, bermastautin di Germany, adakah mereka juga akan bising-bising di negara itu untuk Bahasa Inggeris? Kalau di Peranchis? Kalau di Portugal? di Spain?
Adakah orang German yang memarahi bukan Melayu kerana bising-bising mahu Bahasa English di Germany akan di gelar rasis? Germany dan Japan maju bukan kerana semata-mata bahasa Inggeris. Ini orang bukan Melayu mesti faham.
Bukan kita bersifat rasis, tapi yang kita mahu ialah pengajaran bahasa English itu sendiri mesti dipertingkatkan setaraf dunia, barulah berjaya. Ini yang kita maksudkan. Bukannya sampai ilmu masak-memasak pun kena bahasa Inggeris. Orang Peranchis tukang masakpun mana ada bangga dengan bahasa Inggeris, bahkan istilah nama makanan pun bahasa Peranchis. Kita orang Malaysia pun terhegeh-hegeh sebut bahasa Peranchis dalam soal nama makanan.
Orang bukan Melayu kena ingat, bahawa ada orang US, orang UK, berbahasa English, tapi masih juga bodoh dalam Sains dan Teknologi. Orang Jepun yang tidak fasih berbahasa Inggeris, tetap juga menjadi jurutera yang berjaya mengalah orang Inggeris yang bahlul. Orang Russia yang satu patahpun tidak faham bahasa Inggeris,boleh buat roket keangkasa-lepas.
Ini bukan Melayu di Malaysia, kalau mahu bersama-sama meningkatkan negara Malaysia kearah negara maju, bukan menyanjung bahasa asing, tapi bahasa kebangsaan Malaysia, barulah tepat. Saya sokong belajar bahasa English, China, Latin dan alin-lain, tapi janganlah memutar-belit fakta dan terhegeh-hegeh hendak mencampak Bahasa Melayu ke dalam bakul sampah. Nampak benar orang bukan Melayu ini bersifat angkuh dan sombong.
Kita boleh lihat sekitar tahun 70an 80an, ada artis bukan Melayu fasih lagu Melayu berjaya mendapat tempat dalam industri muzik Malaysia. Contoh AlleyCats, Kenny Martin dan Andre Goh.
Bagi bukan Melayu di Malaysia, kalau anda semua bergiat dalam apa-apa aktiviti bahasa Melayu, maka anda akan disokong penuh. Ini kenyataan. Kalau anda sebagai orang luar hendak menjadi penyanyi terkenal di Jepun adakah anda hendak berbahasa Jepun atau Bahasa Inggeris? Orang di Jepun akan tepuk tangan kuat-kuat kalau anda menyanyi bahasa Jepun di tempat mereka. Ada faham?
Kalau anda hendak menjadi artis berbahasa English, silalah berjuang di USA, UK atau Kanada atau masuk American Idol atau UK Idol. Itu tempat yang tepat.
Saya sebagai rakyat Malaysia malu bila ada orang bukan Melayu bila ditemuramah di dalam TV ruangan bahasa Malaysia, bila sipenemuramah soal dalam bahasa Melayu, mereka ini jawap dalam bahasa English. Sudah lahir bertahun-tahun di Malaysia masih juga malu hendak berbahasa Melayu.
Saya harap pimpinan PR akan mengambil serius soal bahasa Melayu ini.
DATO
JAGAN LUPA UMNO BARU YANG DI TUBUH KELING KUTTY INI AKAN MENIPU HABISHABISAN DIDALAM PRU 13 NANTI- DI BANTU OLEH WAN AHMAD OMAR SPR ( YANG DIMEWAHKAN)
anon 18:52
kamu lagi bodoh sebab nak jual bangsa pada al juburi dan rasis cina.
Breaking News.Korruption.Corruption.Korruptsi.BreakingNews.
Stadium roof in Trengganu collasped for a second time.Umno/BN what a blurdy shame.
Dato, cerita la sikit strategi BeeEnd ni untuk PRU13. Tentu ada orang dalam boleh kongsi rahsia. Siapa tanding kat mana dsb. Siapa kena gugur macam bom nagasaki tu. Juga apa strategi PKR. Boleh?
Dato,you should write an article about the cowardly stand-off in Sabah.How can a sovereign country like Malaysia let a bunch of rebels or terrorists hold it to ransom.
The Umno controlled gomen,with its ball-less HM wanting to chit chat with armed rebels or terrorists invading our country.This pariah gomen is only good at bullying its law abiding citizens.
Now it is letting armed thugs from Phillipines come to our shores and bully it(Umno)like a school bully staring down at an infant.
While the Umno/BN gomen is covering like a pondan mongrel cornered,it is leaving the safety of Sabahans in peril at the hands of foreign armed rebels or terrorists.
Bodoh tidak mengenal bangsa. Melabelkan satu bangsa dgn sifat bodoh adalah kebiadaban yg melampau kerana bangsa bukan pilihan. Setiap manusia ada sifat kebodohan dlm dirinya tetapi bukan bermakna dia bodoh segalanya. Hakikatnya manusia tidak bijak dan tidak bodoh dlm semua hal. Masing masing ada kekurangan yg perlu memerlukan utk melengkapi kehidupan ini.
Sejak sekian lama minda orang Melayu telah dijajah oleh puak2 hypocrite UMNO. Tradisi PECAH & PERINTAH yg diamalkan oleh penjajah kini warisi oleh UMNO pula.
PRU13 adalah masa yang paling sesuai bagi umat Melayu untuk MEMERDEKAKAN DIRI dari pengaruh busuk UMNO.
Tukar,dah 55thn jadi mangsa tipu auta bn.
Anon 18:52...
Anda kenal rapat dengan President UMNO and Perdana Menteri,seorang keling dari Kerala...?
Saya tidak kenal rapat apatah lagi untuk berurusan dengannya. Namun orang yang terdahulu dari saya ada menceritakan tentang orang ini.
Sebenarnya orang melayu tidak bodoh tapi terpedaya dengan orang ini. Beliau pandai mengambil kesempatan diatas kebodohan dan kejujuran orang Melayu.
Selain dari itu beliau mempunyai fikiran yang kreatif walaupun ia masih satu khayalan namun beliau mampu terjemahkan khayalan itu menjadi harapan dan orang yang mendengar terus percaya.
Dalam pada itu beliau dilihat suka memberi jajan atau rasuah kecil kepada orang yang rapat dengannya dan senjata ini yang digunakan selama 22 tahun memerintah...
Orang berbudi Melayu berbahasa
Orang memberi Melayu merasa
Diberi rasuah, Melayu jadi barua...
Sesiapa yang tidak terpedaya dengan lakonan orang itu.... ia akan dianggap sebagai pengkhianat dan akan dikhianati seperti yang ditanggong oleh Anwar Ibrahim.
Anda bernasib baik kerana tidak berurusan dengannya.....
Ceramah Pakatan bukan macam munafiq Islam Cult UMNO Zul Nordin dan UMNO-BN......?? tak ada cabutan hadiah kepada para hadirian?? Tak payah gula2 manis untuk rakyat enjoy macam PSY?? Pergi Juga ke Ceramah UMNO untuk dapat $$$$$$. Dah dapat $$$$, Hadiah undi juga Pakatan......Bagi UMNO-BN satu ILLUSI mereka dah menang dengan para hadiran!!
85% rakyat Malaysia perlu keluar UNDi untuk Kuburkan Projek SPR/EC...macam Projek IC kat Sabah dulu....80% melayu perlu Undi Pakatan dan 90% bangsa Lain undi Pakatan untuk NEUTRALASIKAN Penipuan Besar UMNO-Suruhanjaya PENIPUAN Rakyat!!
Greetings Dato'
The greatest race in Malaysia has now just turned the corner. While the incumbent has continued to maintain the lead, their biggest rival is now breathing down his neck. With all the officials going their best to assist their master to win at all cost, the name of the game is SABOTAGE.
Will Pakatan pip BN at the post? Or will they trip and fall short (Almighty forbid!)?
Two more months to go. All stations now on RED alert. No more leave. No more long breaks. Its now or never.
The winner takes all. The loser faces time in the slammer.
Good luck Dato. Good luck Pakatan. Good luck Malaysia.
Post a Comment