Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 8 March 2012

Listing FGV dan kebajikan serta masa depan FELDA


Biar semua orang terutama warga Felda memikirkan perkara ini.
Bila Isa Samad berkata bahawa Felda akan mengujudkan suatu SPV- Special Purpose Vehicle, untuk membawa FGV listing- ia membawa pelbagai makna. (1) penyenaraian ini sebermula lagi tidak meletakkan kepentingan peneroka di peringkat tertinggi. (2) peneroka is non significant- boleh lutu dan boleh keluar jika tidak setuju. (3) tujuan penyenaraian ialah hanya untuk membuat duit daripada penyenaraian tersebut (4) duit akan di buat oleh penggerak penyenaraian, penasihat dan pihak kerajaan.  Bahagian besar dari untung IPO ini akan di agihkan kepada PM manakala bahagian yang lebih kecik akan di berikan kepada Felda.
Isa Samad ada kuasa- maka boleh lah dia bercakap dengan angkuh. Apa jadi jika KPF- Koperasi Permodalan Felda (KPF) cadang untuk ujudkan suatu SPV untuk menyenaraikan diri nya? Kenapa tidak? Ia pemilik saham majority dalam Felda Holdings. Ia mewakili peneroka secara lansung. Ia mempunya standing untuk mewakili warga Felda dengan lebih mantap dari FGV.
Bagaimana ianya di lakukan? Ini di lakukan dengan membeli FGV( tentu murah kerana FGV tidak ada asset dan saham nya dalam F Holdings boleh di beli dengan murah. Ia nya mudah di lakukan- nilaikan asset pada book value tentu murah. Malah ini pun cara yang di lakukan oleh FGV. Value assets dalam F Holdings pada harga yang murah supaya kadar pajakan murah.
KPF buys out FGV dan pergi listing. Apa macam? Adakah cadangan nya akan dapat liputan dan perakuan dari kerajaan dan the corporate vultures?  Tapi KPF tidak ada jurucakap yang ada kuasa seperti Isa Samad. Jika ada, mungkin tidak cocky macam Isa Samad.
Selepas listing apa jadi? Felda dapat bahagian untung dari listing. Bahagian yang kecil kerana bahagian yang besar di janjikan oleh Dato Sabri kepada PM untuk kegunaan Pejabat PM.
Bila Felda dapat bahagian nya, apa dia kena buat? Dia kena( 1) bayar hutang dengan EPF sebanyak RM 3 bilion. ( 2) ambil sebahagian untuk membayar durian runtuh kepada peneroka dan warga Felda. (3) mengunakan yang selebihnya untuk mengurus Felda dan membiayai kerja kebajikan nya.
Selepas melangsaikan obligasi ini, berapa yang tinggal dalam tangan Felda? Tahun depan bila tak cukup duit, macam mana? Felda tak boleh ambil sesuka hati dari FGV sebab pnegurusan FGV beranggpan belanja yang Felda buat keatas peneroka dan warga felda sekarang sudah pun terlalu tinggi. Not good for business kata mereka. Felda jangan harap lah mendapat bajet yang besar dari FGV. Peneroka dan warga jangan harap kehidupan mereka seperti dalam zaman gembira seperti dulu.
Kenapa? Sebab, kemampuan Felda melakukan kerja2 sosial datang dari asset2 dalam Felda Holdings. Semua ini akan di pajak kepada FGV pada kadar pajakan yang kita tidak tahu (2) kadar pajakan hanya boleh di kaji semula setiap 20 tahun( bangang punya terma) dan (3) Felda  hilang direct control keatas asset nya. Felda tidak boleh lagi melakukan apa yang lazim mereka lakukan selama ini- yakni bersikap pemurah kepada peneroka.
Felda akan jadi suatu jabatan keraaan yang mempunyai bajet yang kecil dan tidak boleh melakukan kerja kebajikan pada tahap yang lazim. Jika kerajaan terpaksa menampung kerja2 lazim yang di lakukan oleh Felda, ternyata perbuatan itu adalah bodoh kerana ia nya berpunca dari kebodohan keraja menyetujui asset2 felda di serahkan kepada FGV yang di miliki oleh pemegang saham awam.
Najib telah memintaa maaf- dan saya telah menyifatkan permohonan maaf tersebut gimik politik Najib. Kalau Najib mahu mohon maaf, dia sudah membetulkan kemunkaran yang berlaku semenjak jadi PM. PM ialah jawatan yang boleh menentukan hidup dan mati insan di Malaysia ini.
Apabila semua nampak nya gagal, mohon maaf supaya menampakkan diri sebagai rendah diri. Memohon maaf adalah perbuatan yang terpuji tapi dalam konteks ini, Najib menjadi PM sejak 2009 tidak membetulkan keadaan malah kelihatan membiarkan pula kebejatan dan kemungkaran berlanjutan. Jadi apa signifikens nya mohon maaf jika maaf tersebut tidak di sokong oleh perbuatan? Jadi janganlah kita emosional dan meletakkan permohonan maaf Najib pada premium yang terlalu tinggi.
Saya menyelit kisah Najib mohon maaf disini, kerana perbuatan ini tidak lansung di sepakati dan di hayati oleh pimpinan UMNO yang lain. Isa Samad, seorang pemimpin UMNO yang menjadi MB Negeri Sembilan untuk suatu tempoh yang lama dan boleh di katakan penyebab banyak kelemahan dan keburukan terjadi dalam negeri tersebut, terbawa bawa sikap sombong nya dalam isiu FGV ini. sikap- ‘saya MB, kau siapa’ di bawa2 dalam kapasiti nya sebagai pengerusi Felda- menjadi aku pengerusi, ikut suka aku lah. Jika kamu tidak mahu listing, saya buat apa saya suka. Siapa gerenti? Najib boleh gerenti. Nanti aku lutu kepala kamu.
Boleh kah Najib memohon maaf diatas kebodohan dan keangkuhan orang lain?
Penyenraian FGV sebetulnya tidak ada kena mengena dengan kebajikan peneroka, sebalik nya, ianya suatu lagi langkah untuk meningkatkan kebajikan sekumpulan orang dengan membenarkan segelintir ini buat wang yang banyak.
Masa depan Felda tidak di fikirkan dengan mendalam. Apabila temph masa bulan madu pasca penyenaraian tamat, dan FGV beroperasi sebagai sebuah bisnes unit, dan Felda hilang 2 hingga 2.5 bilion dari bajet nya, bagaimana mereka menjaga kebajikan peneroka dan warga Felda?
Oh- bukankah kerajaan gerenti. Tentulah kerajaan akan mengimbangi pengurangan bajet tersebut dengan mengeluarkan belanja. Soalan saya- mengapa kerajaan kena keluar belanja setiap tahun bila penyebab pengeluaran belanja adalah kebodohan menyenarai dan meletakkan sumber bajet felda dalam tangan FGV? Jika FGV sebuah syarikat yang beroperasi dalam stock market nanti, kenapa mereka mesti memperdulikan tangung jawab social yang di lakukan oleh Felda sebelum nya? 
Ada penggerak penyenaraian dan pimpinan UMNO/BN memikir mengenai perkara ini?

12 comments:

manfrommachap 8 March 2012 at 10:21  

The father build but the sons destry. Tun Razak was a great leader in his time. He was innovative and was the people's man. He listens to the people and thus does not need top apologise for what he did as he did what the people had wanted him to do.Its very unfortunate that the sons are now destroying what the people, through the father. had built. Take Bank Bumiptra, for instance. It is already a foregone entity. A bank that was built by the Malays to train Malay bankers and to assist the Malays in business has been totally destroyed by UMNO, the very party that was supposed to upheld the Malay interest. Najib/Nazir has betrayed, not only the father but the Malays as a whole. Within the Klang valley, except in Shah Alam, all the branch managers are all replaced by non Bumiptra and most of the senior position, in the bank that used to be run by the Malays, are now taken over , all in the name of business survival as claimed. And now, FELDA will suffer the same fate as BANK BUMIPUTRA MALAYSIA BERHAD NOW KNOWN AS CIMB. SOB.

albert magic,  8 March 2012 at 11:24  

Jakim kenalah keluarkan fatwa sama ada haram atau halal seseorang yang didapati bersalah oleh j/kuasa displin parti melakukan perbuatan rasuah boleh menerajui sesebuah organisasi.kalau tak keluar kira tipu kaum la.

Suara Akarumbi 8 March 2012 at 12:01  

Sampai macam tu pun orang Melayu tak sedak2 lagi,tak tau la nak kata apa.

OneMalaysian,  8 March 2012 at 12:19  

Dear Sakmongkol

In view of the impact of the FGV listing on the wealth and lives of Felda settlers, it is amazing that the government has been so stingy with the facts of the IPO and how this listing is going to benefit settlers. All Najib and Isa Samad say is “trust us”, and all of you will get a “windfall”.

In the absence of facts, let’s ask a few questions to see if they throw any light on the issues:
1. Can the settlers get something for nothing? They say there is no such thing as a free lunch. It is true in this case as well. The settlers through their cooperative KPF own 51% of Felda Holding, the arm that actually makes money through some refining and manufacturing activities. If they participate in FGV, this 51% will be exchanged for shares in FGV, and that 51% will translate to about 38% in the enlarged FGV.
2. Will income from holding this 38% exceed the current 51% in Felda Holdings? This is unlikely because FGV is going to use money raised from the IPO and future retained earnings from plantations to go downstream into oleo chemicals like IOI Corporation, Wilmar International and KLK, the companies that FGV is trying to emulate. But if we look into the published accounts of these companies we can see that they all get far higher returns from plantations (upstream) than in downstream manufacturing. This means that Felda settlers will get less dividends in the future.
3. Will settlers lose control? Yes, they will lose control of Felda Holdings, the main cash cow, and their 38% in FGV won’t give them outright control. Besides, if they also throw in their land holdings by granting 99-year leases, that land is also gone for 4 generations, a very long time.
4. What about the “windfall”? We don’t know exactly what this is, how much it amounts to, and where it might come from. We can guess that it could be the usual quick profit that one makes by participating in IPOs that are priced below market price. So settlers might get “pink” forms or “blue” forms to subscribe for a few thousand FGV IPO shares. How this might be financed we don’t know. But they could sell them for say a 10% or 20% gain on listing. This is one type of windfall. Another kind is what I suspect the government might give, that is, pure cash that the government makes from the listing by selling some of the FGV shares that the government (through FELDA corporation, the statutory body under PM’s Dept.) will receive for pumping into FGV its 49% in Felda Holding and also the 360,000 hectares that FELDA Corporation ie government owns. This is pure bribery to get the settlers to agree to the IPO, and doubly devious in view of the GE.
5. Whatever has happened to the original Felda vision, to open land to help the landless poor? It is now going into big business that the settlers don’t understand, can’t control, and makes less money than planting oil palms and making CPO.

So, is this IPO good for the settlers? This is another test for the settlers, mostly Malays. Should they fall for the immediate temptation of the windfall, and sacrifice control and future higher returns? Should they stick with doing things they understand or go into businesses they know nothing about? The government has discarded the original Felda dream. But the settlers can, if they choose, keep it alive.

Suci Dalam Debu 8 March 2012 at 12:36  

Sir,

Malays got to understand that they cannot be 2nd best yet ranked no#1 just because of their race. Any institution with this system will collapse, not if but when?

We don't want to be treated by 2nd best doctors, for example. Neither would a business succeed if it cannot compete openly.

Tak tahulah saya. Majoriti Melayu macam tak boleh dipercayai. Bagi pelajaran tinggi, kedudukan bagus masih suka nak cari jalan pintas mengejar yang haram.

Di negara Afrika pun, ramai pemimpin mereka berpelajaran tinggi tetapi perangai macam syaitan. Kat Malaysia tak kurang juga mcm ramai title Dr mcm2...banggalah konon. Tengok NFC sudahlah.

Bagi sayalah, kalau nak bisnez berjaya, bagi Cina urus atau melayu Kelantan, mmg pandai mereka ini.

Anonymous,  8 March 2012 at 12:52  

Dato'

SPV yang Isa Samad Laung Laung kan ini adalah Kapal Pirate SPV...
Kapal Penyamun SPV ni sama dengan kapal dalam Pirates of the Carribean...

Tengok la Muka sipenyamun tu kan sama degan Kapten dalam Pirate Carribean?

Kontot Penyamun,  8 March 2012 at 12:56  

Satu sudut yang juga perlu difikirkan ialah risiko utama dan cara penyelesaiannya nanti.

Semua gerak ekonomi ada risiko. Jika ia tidak ditangani kiamat nanti.

Satu sinario yg berkemungkinan berlaku adalah jika dengan sedar atau tidak disedari negara kena ragut.

Jika proses gagal nilai hak ahli Felda akan nyau. Kemudian si Kontot akan menangis mengigil. Kemudian dia kata, Kerajaan akan ganti sepenuh kerugian. Siapa tak mahu? Realitinya si Kontot telah untung berganda-ganda walaupun FGV rugi. Kalau FGV tak rugi, mereka akan keuntungan dari kerugian. Mungkin dah dirancang?

Rompak negara, pura-pura tolong Melayu. Mana tak orang Cina dan lain-lain marah?

Ini kerja samun. Penyamun Kontot dan bos-bosnya akan untung, wang negara kehabisan. Dia orang nyaulah kalau UMNO kalah. Ke South Africa ke, ke Kazakhstan ke? Ostalia ke?

Ini bukan soal keMelayuan. Ini soal samun dan rompak. Semua rakyat Malaysia kena tak kira bangsa!

Semua Bangsa patut tolong-menolong. Si Kontot tu patut di rejam di Padang Selangor! Atau campak dia ke Selat Melaka, dengan kaki berikat batu.

Najib kita ada spesial untuk dia nanti!

Anonymous,  8 March 2012 at 13:26  

Sdr. Sakmongkol,

I see that you have understood the FGV listing issues reasonably well. You must have compared the proposal I emailed and others that you may have received.

But you have forgotten the land to be leased to FGV. Heard from the grapevine that was the very reason Datuk Dzul (ex-DG) was removed. He was very much against transferring the land to FGV. So much so he was removed.

There are legality issues related to the land transfer. Heard a number of States are against the move. Wonder what would happen if a Sultan in a particular state were to stop the transfer? My sources indicated that the objections is rather strong from certain "Fixed Deposits" state... Hmmm...

Tit for tat perhaps... Take the land, lose my vote...??? Interesting...?

Like you, I really do not see the rationale for listing FGV...! The loads of reasons given are just too crappy for a sane and able mind to comprehend.

Sekian.
Zorro Remasked

Anonymous,  8 March 2012 at 15:02  

Dato SAK,
Inilah amalan merompak dan melanun UMNO Baru- UMNO yang di tubuhkan oleh Mahathir, anak keling Kerala- satelah UNMO asal dimusnahkannya dengan bantuan kuncu2nya temasuklah pedatang dari Aceh yang memeras ugutnya dengan berbagai rahsia peribadi.Sekarang UNMO Baru dipimpin oleh saorang berketurunan lanun Bugis-disokong oleh mamak-mamak dan pensihat-penasihat yang dilatih oleh professor Yahudi di Oxbridge Selagi UMNO baru ini tidak dihapuskan maka amalan sabegini akan berterusan.

Amat malang sekali untuk terus berkuasa, Bangsa Melayu telah amat parah dirosakan dan dilalikan akibat diganjakan oleh UMNO Baru ini dengan berbagai jenis candu dan dadah.Ini termasuklah hidangan sepanjang masa dengan program Media yang melumpuhkan aklak,akal dan daya berfikir mereka.

Sekiranya minda Melayu tidak diubati dan di pulihkan juak- juak UMNO Baru ini akan terus bekuasa dan berluasa merompak satelah GE13.

Anonymous,  8 March 2012 at 23:02  

Dato'

Maaf dato', ini cerita dalam kain. Bagini; Sekarang ini Dato' Sobri Ahmad(GP)dipilih menerajui FGVHB menggantikan Dato' Bakee Saleh. Berpuluh2 eksekutif baru telah diangkut masuk oleh beliau ke FGVHB bagi menggantikan geng2 Dato' Bakee yg samada cabut lari tengah malam atau berhenti secara terhormat. Eksekutif2 baru ini diberikan gaji yg sangat lumayan sehingga menjangkau RM50,000seorang sebulan (tidak termasuk ealun). Selain itu, kerja2 mudah pentadbiran umpama penganjuran majlis pesaraan kakitangan (sebagai contoh)diserah kepada perunding luar...kononnya org Felda tak reti buat kerja...

Dato' tau tak dari mana gaji2 ini dibayar....tidak lain melainkan diambil dari kantung anak2 syarikat FHB iaitu secara mengenakan Management Fee yg maha tinggi....saya tak pasti KPF (pemilik majoriti FHB) perasan atau tidak akan hal ini...wallahu'alam.

bruno,  8 March 2012 at 23:25  

Dato,the only thing Umno/BN has on its mind is survival and survival only.Why worry about the Felda settlers.They can go fly kites or tend to the water kerbaus or NFC lembus for all they care.

The only thing on their minds is to get their hands on the billions of ringgits when FGV is listed.The financial windfall they were saying to the Felda settlers,were actually meant for themselves.

Some of this money will be siphoned offshore while the rest will be used for the coming GE.So if they lose the GE,they can always get the next flight out and enjoy the spoils.Better lock all the gates before the lembus stampeded to the exits.

Malaysian,  9 March 2012 at 00:54  

So, from what I understood, this Felda FGV listing has much risk in the long run. I find it mind-boggling that UMNO would so much as to touch the very heartland of the Malays, the very people they are supposed to protect! Surely UMNO would not betray the very people that have supported them for the last 54 years come each election? I pray to God that the Felda settlers would not be caught short-changed for this listing.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP