Kes penyenaraian Felda GV- kajian semula
Ada seorang sahabat hantar text kepada saya. Dia menyatakan dia tidak faham mengapa saya menentang penyenaraian felda fgv. Adakah saya tidak suka peneroka felda dapat durian runtuh?
Saya memilih untuk tidak menjawab beliau.
Sebab utama, saya memikirkan ini suatu silap mata beberapa orang untuk mendapat wang runtuh. Berapa ramai peneroka felda boleh beli blok blok saham itu nanti? Kenapa jika ada jalan yang direct untuk buat duit, kita memandai mandai nak buat duit cara indirect? Cara direct yang saya maksudkan ialah peneroka tanam sawit dan jual sawit kepada Felda Holdings pada harga yang baik. Dan mereka akan lebih untung jika buat macam Air Asia mahukan- harga input semua murah. Jika AA mahukan cukai airport di turunkan supaya kos input rendah- peneroka yang rata rata nya Melayu mahukan kos input seperti baja, perkakas, jentera, barangan dan perkhidmatan semua murah. Bukan kah cara yang demikian menguntungkan para peneroka directly? Tidak perlu trick sana dan trick sini.
Kita dah bosan dengan IPO ni. Yang mendapat laba ialah mereka yang mengetahui terlebih dahulu, Felda mahu di senaraikan. Taruh dan bubuh lah apa sahaja syarat- moratorium kah, atau apa apa- tipu muslihat oleh pegawai tinggi felda akan tetap berlaku. Jadi, apa makna nya penyenaraian tersebut? Ianya suatu alasan untuk suatu kumpulan orang membuat wang yang banyak. Itu objection kita yang pertama.
Apa akan jadi apabila penyenaraian berlaku? Yang terjadi ialah konsentrasi kuasa pada satu orang iaitu Isa Samad. Ini kita kena tentang. Isa Samad pengerusi Felda. Dia pengerusi Felda Holdings. Dia jadi pulak pengerusi KPFB. Dan tentu dia nak jadi pengerusi FGV. Berapa banyak daa….
Yang di kehendaki ialah agihan kuasa supaya sesuatu unit perniagaan boleh berfungsi secara merdeka dan bebas dari keputusan satu orang. Konsentrasi kuasa atau monopoli is bad economics.
Apabila kuasa di konsentrasi pada satu orang sahaja, ia mendedahkan Felda kepada salah guna kuasa dan pertimbangan yang kurang bijak. Dan isa samad tidak ada rekod pengurusan perniagaan yang baik. Tanah di negeri Sembilan yang leasehold di agihkan kepada peniaga bukan melayu bertukar menjadi tanah freehold. Bolehkah kita menganggap Isa SAmad pembela kepentingan orang Melayu? Jerit dan memekik sambil menghayun tangan macam kartun, itu Isa Samad boleh buat. Dan kita tahu attitude Isa Samad- den MB, dia punya hal lah sekarang akan bertukar, den pengerusi felda, ikut suka den lah.
Boleh jadi saya telah lihat banyak sangat kebejatan yang di lakukan oleh puak2 UMNO, maka saya ada in built cynicism bila kerajaan comes up with a business plan. What to do- I am an incorrigible cynic. That is my more endearing personality trait.
Mungkin pada peringkat IPO dapat 300 juta kemudian syer felda melekat pada tahap RM1.20 untuk 10 tahun yang akan datang. Lebih bala, jika syer tersebut turun rendah dari RM1. Apa kita nak jawab kepada 220,000 peneroka felda?
Ketika itu, apa nak jawab? Sebab keadaan dunia meleset dan sebab kita menerokai bidang baru? Dalam brochure dan tulisan FGV yang di salurkan melalui penulis upahan, bukan main glossy nya cerita FGV. Semua orang boleh tulis baik2. Kita boleh buat janji yang muluk2. We have this, we have that, we have what it takes to scale FGV to new heights and orgasms. Beri upah kepada garaduan Finance, mereka akan tulis mengenai syurga loka. Apa mereka peduli asal duit masuk bukan?
Jika Felda Holdings membuat RM 700 juta tahun lalu, tidakkah lebih lojik jika Felda Holdings yang di senaraikan? Kenapa pemilik minority dalam FH yang beria ria mahu menyenaraikan FGV seolah olah untuk menyelamatkan diri nya sendiri kerana telah mencatat kerugian lebih 500 juta? It does not make sense. Kenapa tidak berikan peluang kepada KPFB yang ambil alih 100% Felda Holdings? Biarkan FGV yang di miliki 100% oleh Felda menjalankan perniagaan yang mereka buat sekarang. It is better for Felda to float FGV alone and sells its share in Felda Holdings to KPFB. Sekurang kurang nya, KFFB di miliki sepenuhnya oleh peneroka!
24 comments:
Dat0'
Memang betul mereka ada ulterior motive dalam listing ini. Dengar cerita loan RM6 billion dari EPF sudah habis dan inilah peluang terakhir untuk buat wang melalui Felda.
Somebody who knows about the real situation wrote this comment on Another Brick In The Wall's post on the same subject. I think this is the truth.
Anonymous Anonymous said...
The reality actualy ia that the peneroka will not benefit from this listing. The listed entity will take away about 1 billion in Felda profits and gain a one of payment to Felda of about 6 billion. The profit taken away will impact social and economic programs for the Felda settlers and if you do simple maths, the listing money will only last 6 years. Then where will Felda get money to pay dor these programs? The harsh reality is that the peneroka land is not as proftable and when you take the "cash cow" land out of Felda that doea not belong to the peneroka but from Felda proper and transfer to FGVH, you have a serious long term hole you need to cover. This is the actual truth and thats why the DG wants a thorough a study to be done first. He is a true Felda man and is a good man. The second generation Felda folk do not understand this and only see the short term again. The opposition is saying to the peneroka not to support listing as they will GIVE the land to them. This complicates things as other people now think that the DG supports the opposition. This is sooo not true. He is a loyal civil servant and the reasoning behind his questioning is purely for the good of the peneroka and NOT BECAUSE OF SUPPORT FOR THE OPPOSITION. People need to be clear on this.
12:11 AM
Pak Tua
Your explanation makes sense to me.If you could go to the ground and explain this to the settlers, you'd be be doing them a great service
Puak2 malaon IPO & UMNO memang pandai cari lubuk duit & tak abis2 dengan sifat tamak haloba, rakus dan sampai kesaat kematian asik dok fikir bagaimana nak timbun harta. Mencari kesenangan diatas keringat orang lain... mau senang tanpa bekerja keras (Ungkapan Mathma Gandi) mereka akan mencari apa jua alasan untuk menindas sesama manusia.
Dan apabila Felda jatuh bangkrupt, Mahyuddin akan berkata Felda rugi disebabkan harga sawit merudum dan Isa Samat sama sekali tidak bersalah...tidak perlu baginya untuk berundur.
Pada saat itu Isa Samat kelihatan menjerit melalak kesana sini ... "saya tidak bersalah.. saya tak bersalah...! " sambil bawa keris, menyingsing lengan baju dan selak sarong. Hik3...
Ini sudah jadi macam kes Ani Arope yang tentang IPP dulu. Sekarang DG Wahab yang menentang. 10 years down the road, sebab apa yang dia tentang akan menjadi kenyataan. Beberapa kerat kroni akan kaya macam kes IPP.
Yang dapat untung besar bukan peneroka. Kroni2 akan diagih saham berjuta2 unit dan selepas listing akan menjualnya untuk dapat untung segera berjuta ringgit. Duit untung ini akan dihantar keluar negara untuk beli hartanah dan joli2. Selepas itu harga saham tak naik-naik malah turun menjunam. Ingat KUB?
Dato;
Benar, kebanyakan tanah di Negri Sembilan diberikan kepada Tan Sri Gan dan Dato Chua.....Semua orang NS tahu karenah si PENDEK tu....Orang PENDEK yg tak pernah INSAF...
Dato,the listing of FGV should not be allowed to go through.This will only fatten the already bloated stomachs of the corrupted Umnoputras.The Felda official who was against the appointment of Isa Samad and the listing of FGV should be reasigned to his original position from his forced leave of absence.
Then the person who should be the one on the forced leave list,the stooge Isa Samad should be permanently laid off.Najib is such a useless leader that a man of Isa Samads character could be appointed to such an important postition.All men of low standards with no dignity,moral and corrupted,all out to rob the settlers of their years of hard toiled lands and hard earned money.
There's no such thing as a "durian runtuh" nowadays and those "durian" farmers and sellers understand that well. It's the law of the world that when you gain something, you'll lose something else and the real question for FELDA and it's settlers is "are you gaining something small while losing the thing that's most important to them or are they really gaining something huge at the cost of peanuts?" Common sense dictates that something that sounds too good to be true is usually even worse especially if it is promoted by people from UMNO and it's crony.
The FELDA GV episode or tragedy, will be the true manifestation of the proverb "dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan". The problem is that so many Malays do not understand nor learned the lesson being expounded in the proverb. All of us having been fed and cocooned on the mentality of crutches and Ketuanan Melayu for 3 decades have lost all common sense and intuitive thinking. All of us are bred and reared as livestock waiting to be used, sold or worse, slaughtered for profit. Cows do not know that the feed they are fed with are of inferior quality and maybe not suitable for consumption as well but being cows, comprehension doesn't exist in their brain or lives. Life goes on and for cows that is plenty good (and probably that type of existence is applicable and plenty good for many Malays as well).
Experience and history has so many example of catastrophic failures and disastrous ending of many successful and of course "profitable" institution, corporation and businesses whenever UMNO and its legion of "privateer" took over in the name of "Global and Glokal" expansion. Synergy Drive was one, BERNAS and LLM, Utilities companies such as LLN and telekom, various state owned water boards and POS are all example of "benefits reap by the few while debt and losses are shoved down the throat of the people". Do we really think that FELDA is going to be an exception to the rule? Going by the way and the amount of wealth (trillions RM) this nation and it's people are losing daily, NO SUCH LUCK! At the end of the day, at best, FELDA GV will be a walking corpse and at worse, FELDA will lose everything and at the same time burdened with colossal debt not of it's own making. With Isa Samad at the helm of FELDA, the settlers and Malaysian should have smelt something fishy from the very beginning. Come on! Who puts a corrupt and immoral not to mention unprincipled person at the helm of a Billions RM cooperative? Someone with an ulterior motive, THAT's WHO! The end is nigh for FELDA and that is NOT a mere speculation but more of a statement of fact!
Nick.
SAK
Justifikasi pemimpin2 elit UMNO seperti Isa mereka mahu segala usaha mereka memjukan orang Melayu khasnya dan negara amnya dibayar kepada mereka dengan apa jua cara sebelum PRU 13, kerana merasakan pemerintahan negera akan bertukar kepada pembangkang.
Salam Dato'
Penyenaraian FGV akan diteruskan sepertimana yang telah laju dirancangkan semata-mata untuk paralanun terpilih selagi UMNO berkuasa.
Seperti juga rancangan-rancangan perompakan cukup licik yang akan dan sedang dilakukan baik secara proxy juga secara direct sepertimana yang telah lama dan sememangnya terdahulu terancang melalui projek-projek yang kini sedang digiat dimana mereka melangsungkan secara antara berterang-terang dan hanya sedikit saja berselindung: MRT, pembelian military assets, pembangunan projek tanah sungei buluh & besi, menara wawasan dan apa entah lagi projek-projek gila yang ahli perompak sajalah yang lebeh mengetahui betapa banyak memfaedahkan mereka dan sedikit saja akan manfaatkan negara.
Kalau dibiarkan UMNO terus berkuasa selepas PRU 13 akan boleh berlaku pertirisan sebanyak RM 1 Trillion kali ini dalam jangkamasa setengah dari tahun-tahun yang telah berlaku pertirisan sebanyak itu.
Dato,
"It is not the business of the government to be in business, neither is it the business of the government to be the government of business". - Margaret Thatcher
But in Malaysia, every politician wants to put his/her hand into the cookie jar of business. Hence, we have monopolies and consumers are paying through their noses.
The settlers should be protected from such vultures!
Salam .
Memang benar analisa Tuan.Felda tidak perlu pergi listing.Kita membuat listing syarikat kita kerana kita memerlukan modal tambahan dari Public untok 1-membayar hutang syarikat 2- untok mendapatkan modal tambahan untok memperkembangkan perniagaan.
Oleh kerana FELDA di laporkan membunyai deposit hambir 4 billion juta ringgit,kenapa kita perlu buat listing.Kenapa kita perlu shares keuntongan kita dengan Public dan Foreign Fund.
Trend Sekarang ia lah banyak syarikat public mahu di jadikan private co.Ini di lakukan oleh Ananda Krisnian.Tida ada feadah nya going public kerana Minority shareholder akan jadi raja dan kita sabagai majority shareholder terpaksa mengikut kehendak mereka.
Bagi Peneroka Felda yang di beri saham salepas disinaraikan di Pasaran saham,tidak ada orang dapat menghalang mereka dari menjualm saham2 meraka.Kita boleh beriakan kapada mereka morotirum shares tapi salepas tarikh morotarioum mareka boleh menjual saham mereka.
Jika kita hendakkan professional people menguruskan Ladang Felda,sekarang pun kita bolehh buat.Tak payah lah hendak tunggu sampai listing saham felda.
Saya amat berharap Pemimpin Melayu dan Kerajaan dapat melihat samula cadangan ini sama ada ia benar menguntongkan Melayu Felda atau ianya akan menguntongkan sagelintir Pengurusan Felda.
isa samad ni didapati bersalah oleh lemabaga displin umno kerana mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan dalam umno tetapi najib memilih dia menerajui felda.tak ada ke orang lain untuk tempat itu bukan apa takut amalan salah laku tu terbawa dalam felda dan akibatnya penoroka yang kebanyakan nya orang melayu aka mengalami kerugian
Dato,
Inilah masaalahnya apabila pemimpin tertinggi dikeliling oleh penasihat dari Ox-Bridge yang berkepentingan.Setahu saya mereka ini hebat "on paper" sahaja.Tengoklah apa sudah jadi pada MAS "bundling"& "unbundling".
Saya setuju dengan Dato- buat duit dengan tanam dan jual sawit-kata Mat Salleh" stick to basic".Itulah keahlian FELDA.
Lupakan durian runtuh silat mata budak2 "corporate finance" itu. Saya khuatir sabenarnya ini muslihat untuk mencari penebus hutang FGV yang katanya kerugian disana sini hasil global venturenya.Itulah.Kalau kita belum cukup kekuatan untuk bertarung diperingkat global- jadi jaguh kampong - lebeh selamat! Maseh banyak usaha yang boleh dibuat oleh FELDA didalam negara.
Salam Dato,
Pertamanya terima kasih Dato kerana ada keberanian untuk membongkar segala kebobrokan pembesar2 umno. Sebelum PRU13 ini mereka akan cuba sedaya upaya merompak harta peneroka felda, harta rakyat dan negara diatas jenama dan slogan 1Malaysia, ketuanan Melayu dan sebagainya.
Peneroka Felda orang kampung seperti biasa akan ternganga-ngaga mulut seluas-luasnya mendengar janji-janji 'durian runtuh' yang bakal tiba.
Bagi mereka durian runtuh ini rezeki spontan padahal jika direnung-renung jika ada pokok yang buahnya runtuh semua maka alamatnya pokok itu bakal mati rebah kebumi.
Kesian betul dengan para peneroka, orang kampung, dari Dulu, kini dan selama-lamanya akan ditipu sepanjang hayat mereka. Mereka telah berpuas hati dengan apa yang mereka ada, tanpa mereka sedari sebenarnya mereka boleh dapat jauh lebih dari apa yang mereka perolehi sekarang dan hidup dengan lebih senang.
Drp; zuki ahmad
Dato'
Why else put a Confirm Penyamun as the New Head of the Organization?
Only a Confirmed Penyamun knows best how to do the incision and surgery on the organization...Remove all the valuables and then sew it back again, leaving it..
EMPTY!!
BonJourno
Bruno,
Ini kes lu tolong gua, gua tolong lu lah. Ingat masa kes Najib dekat PD dulu, Isa tolong dia. Sekarang dia obligated to help Isa and at the same time help himself jugaklah.
Kadang2 saya tak fahamlah Melayu ni. Senang sangat diperbodohkan oleh UMNO.
Seolah-olah kalau UMNO tak ada Melayu mati kelaparan, Melayu tertindas, tak boleh jadi "Tuan", agama tergadai, berduyung2 Melayu masuk Kristian dan segala macam propaganda untuk menakut orang Melayu.
Yang bodoh akan terus menyokong mereka sekali gus memberi lesen untuk mereka terus merompak dan menyamun.
A known "thief" telling its victims to trust him.
Dato',
I hope the PM will live to see the destruction he is bringing upon Felda with this stupid listing that will not benefit Felda and the settlers in the long run.
salam dato',
-antara pm yg terbangang dan paling berani ialah najib. sebabnya dia sanggup beri jawatan kepada perasuah yg confirm perasuah seluruh hidupnya. jawatan diberi tanpa malu dan hormat kepada rakyat malaysia dan felda terutamanya. bila perasuah dan penyamun diberi kuasa mentadbir felda, awal2 lagi umat malaysia dah tahu akan terjadi rompakan terang terangan oleh gerombolan penyamun.
-cuma duharap majority orang felda sedar dan tolak kerja najib, isa samad dan gerombolannya merompak.
-apabila pr berkuasa sangat diharap gerombolan ini didakwa semuanya dan ditidurkan dalam penjara dengan hukum sebat seorang 10 kali.
-alangkah malang nasib orang melayu yang majoritynya mengharapkan pembelaan dari pemimpin2 tapi hampas semuanya apabila semuanya adalah perompak dan perasuah dan penjarah. harapkan pagartapi pagarlah yang cekik padi sampai habis.
Dato Sak,
Seperti kawan Dato Aspan Alias pernah menulis, UMNO dan rasuah itu ibarat aur dengan tebing, saling menyandar diantara satu dengan lain.
Benarlah apa yg beliau katakan itu dalam isu FGV listing ini.
dato,
Saya anak felda, yang ketika ini bekerja di syarikat multinasional dan telah merantau rata melihat dunia. Saya lihat ladang2 yang luas di luar negara.., yang di tadbirkan secara berkelompok dan pelbagai cara niaga. Tapi ladang2 di luar sana.. yang untung 2-3 kerat saja.. biasanya keluarga mat salleh pemilik tanah tu. Pekerjanya adalah hamba2 afrika yg di gajikan mereka. Beza masa ni.. pekerja2 ni dah takde.. dah jadi generasi baru warga amerika, malah telah jadi presiden pun.
Felda pula.. adalah satu kelompok besar ladang2 yang di kerjakan oleh peneroka.. atau peserta rancangan felda. Hasrat asal felda ni yang di cadangkan oleh arwah bapa najib ni - Allayarham Tun Razak, sangat murni.. dia nak orang melayu ni bukan hanya jadi pekerja ladang generasi ke generasi seterusnya.. dia nak orang melayu ni.. mula2 merasa susah jadi peneroka.. dan pekerja ladang., tapi pada akhirnya.. (mungkin ketika tua), melihat hasil usaha jerih payah mereka tu.. menjadi milik mereka dalam bentuk geran tanah..! dalam bentuk ladang yg di tadbir dgn professional.. dan berdaya maju..
namun.. apa yang berlaku.. hanya separuh jalan saja.. mana2 golongan peneroka yg masuk masa zaman tun razak.. bleh katakan jadi kaya juga lah sebab dapat hak milik tanah..dan harga komoditi juga meningkat.
Namun pada zaman bapa saya masuk felda.. tahun 80-an., felda dah tidak lagi seperti itu.. masa tu harga komoditi merudum., kami hidup susah.. hingga kesusahan kami ni.. tak di percaya oleh orang luar.. bila nak di ceritakan. boleh kata semua warga felda pernah merasa.. hidup terpaksa meminjam beras.. gula.. tepung dari orang sebelah.. hidup nak kene cari ubi.. utk anak2 makan.. dan pucuk ubi kayu serta apa saja sayur yg di sekeliling rumah itulah sayur wajib kami.
selepas tu wujudlah koperasi felda.. dan koperasi ni adalah tempat semua peneroka bertumpu utk mengambil barang makanan secara ambil dulu (hutang)dan potong kemudian..
memanglah koperasi felda ni.. untung bergnda2... dan memberi dividen yg terbaik berbanding simpanan2 lain.. seperti ASB dan simpanan bank biasa.
4 tahun dulu. kami (warga peneroka) dah dengar dah ura2 penyenaraian ni.. masa tu pakai nama felda global.., syukur cadangan tersebut tidak jadi kenyataan.
Kali ni.. nampaknya usaha2 untuk penyenaraiann ni makin bersungguh-sungguh. Jadi saya terpanggil utk bersama2 share maklumat dgn semua warga felda yang membaca ini.., serta rakyat malaysia amnya.. supaya kita dapat gambaran sebenar isu ni.!
terima kasih kepada dato kerana memberi perhatian akan isu ini. Penyenaraian ini tiada untung nya secara jangka panjang kepada peneroka! atau generasi kedua.. atau ketiga..(kalau lah ada.)
-Janji nak bagi durian runtuh kepada peneroka.. , mana datang duit tu? patutnya penyenaraian adalah untuk guna duit dari penyenaraian tu untuk membiayai segala pelan pengembangan perniagaan felda yg boleh mendatangkan hasil lebih baik untuk peneroka dan kerajaan. Apa yang merisaukan adlah - duit utk durian runtuh itu - datang dari duit tabungan felda holding dan juga Koperasi felda! ini tak patut berlaku!
- setelah senarai - what's next? harga felda akan turun naik., pelabur luar dah lama mengidamkan felda.,. utk secure supply side mereka.., apa jadi bila felda nanti tiba2 di take over secara paksa di sebabkan satu entiti baru muncul setelah mengumpul sejumlah besar saham felda di pasaran terbuka..? - kita dah lihat ini berlaku.! kita tgk Pantai holding.. tiba2 di miliki oleh temasek holding! dan banyak lagi syarikat2 strategik utk orang melayu dan kerajaan kita kini di miliki sebahagian besarnya oleh pelabur2 asing.. malah boleh di katakan proksi kepada kerajaan asing!
anak peneroka Part 1
- apa jadi pada nasib peneroka bila felda di miliki oleh bangsa asing..atau syarikat asing? mereka hanya pentingkan untung saja.. ringgit/dollar adalah matlamat hidup mereka! berbeza dgn felda masakini walaupun ada pelbagai isu mengenai hasil peneroka.. dan cara urus tadbir., tapi sekurang2nya.. tanggungjawab sosial masih lagi satu agenda penting felda!
- jadi peneroka yg nak menyokong sangat penyenaraian ni .. tolonglah fikirkan jangka panjang! 25ribu ringgit durian runtuh yang di janjikan.. tak sebanyak mana..pakcik-pakcik.. makcik2.. abang2.. adik kakak..!
Jangka panjang.. bukan hanya ladang anda yg tergadai.. silap-silap tanah tapak rumah yang anda duduk juga mereka nak ambik utk memaksima kan keuntungan mereka! SEkarang pun dah jelas - segala tanah rezab dan tanah kosong dalam rancangan felda juga termasuk dalam pelan untuk penyenaraian ini! apa yang tinggal untuk peneroka nanti?
- ingatlah susah senang kita dulu..! anak2 juga menanggung kesusahan ini.. jgn cepat sangat lupa segala kesusahan sepanjang hayat utk kesenangan yang tak seberapa dan sekejap sangat ni. Kita tgk lah apa jadi pada peneroka jutawan yg tanah mereka di ambil utk projek2 Putrajaya.. Sepang., Sg. Buaya.. dan sebagainya..! kebanyakan mereka kini hidup merempat! menyesal jual dulu..! kini tak ada apa yang tinggal selain sesalan.. Jadi jangan lah jadi seperti mereka..
kesianlah kami anak2 peneroka ni.. nanti nak balik kampung takde kampung dah.. mak ayah tamak nak dapat kan durian runtuh.. anak cucu terkebil-kebil gigit jari tak ada yang tinggal.
anak peneroka part 2
Kenapa nak kacau FELDA yang telah sedia ada. Kalau bagus sangat, cuba lah ciptakan pula projek-projek canggih yg baru yg tidak mudah dilupakan olih generasi masa depan, saperti yang PM-PM dahulu telah buat, saperti FELDA ini. Itu baru boleh dikatakan innovation!
zaman mahthir dia rompak duit epf untuk selamatkan syarikat anaknya.epf rugi teruk manakala anknya jadi salah jutawan.zaman najib dia rompak duit peneroka.
Post a Comment