kisah kaki lutu dan IPO Felda Global
Mengapakah ada tentangan kepada penyenaraian FGV global? Bukankah para peneroka yang berjumlah 220,000 itu akan mendapat durian runtuh? Isa Samad telah janji- peneroka mesti bergembira. Kerajaan UMNO sentiasa menjaga kebajikan para peneroka….dan kebajikan warga korporat. Soldadu perkasa pun kesana kemari menakutkan sesiapa yang menetang agenda kaki lutu Isa bin Samad.
Berapa nilai durian runtuh tersebut? Barang di ingat durian runtuh ini sekali sahaja. Dan peneroka akan menikmati nya jika mereka menjual saham free yang mereka terima. Free dari mana? Tentulah FGV yang akan beri. Jika tidak, maka tidak ada galakan atau insentif untuk peneroka menyerah jiwa dan raga mereka bukan?
Setelah di IPO kan, pegangan FGV ialah sekitar 28%. ( 39% dari 70% perniagaan). Pegangan KPF ialah 42%. FGV akan set aside sebahagian dari saham mereka untuk di agihkan kepada 220,000 peneroka. Berapa banyak yang akan di agihkan? Katalah 10%. 10% itu berapa nilai nya dalam sebutan mutlak? Saya tidak tahu macam mana mereka buat perhitungan, tapi target FGV ialah mencatat nilai 7 billion apabila di IPO. Jadi kalau mereka set aside 10%, maka nilai mutlak nya ialah 700 juta. Bahagikan 700 juta ini dengan 220,000, maka seoang peneroka akan mendapat lebih kurang RM3200 seorang.
Terpulanglah kepada peneroka untuk berfikir adakah premium 3200 seorang ini setimpal dengan penyerahan segala yang mereka miliki secara lansung melalui KPF dalam FH berbaloi. 3200 di bahagikan dengan 12 bulan, tidak sampai 300 Ringgit sebulan.
Tapi siapa mahu kasi 3000-4000 setahun kepada setiap peneroka? Anwar Ibrahim? Kit Siang? Nik Aziz? Semua tak boleh. Hanya Isa bin Samad sahaja yang boleh. Siapa tentang akan kena lutu. Sebab Isa Samad kata kalau dia jumpa orang itu, dia akan lutu. Hoho. Dalam dunia ini Isa bin Samad sahaja yang boleh lutu. Dan Isa Samad sudah pun lutu Zulkifli Wahab. Sehingga Isa Samad hantar gerombolan perkasa supaya menakutkan Zul Wahab.
PM telah beri tugas kepada Isa Samad, Isa- you jayakan IPO ini by any means necessary. Maka, tentangan terhadap penyenaraian akan di pandang serong dan di anggap suatu sikap yang anti peneroka. Sedangkan jika di kaji, bukankah penyenarian tersebut akan meninggikan harga saham koperasi permodalan FELDA?
Tapi kita serius sikit. Apakah yang merisaukan atau boleh merisaukan peneroka? Kepentingan peneroka terletak pada pegangan KPF dalam FELDA Holdings. Peneroka menguasai 51% daripada saham dalam FH. Ini bermakna mereka mempunyai penguasaan lansung atau direct control keatas tanah2 dan asset dalam FH. Bila penyenaraian berlaku, semua tanah dan asset di pajak kepada syarikat FGV yang disenaraikan. Sebagai balasan peneroka memiliki saham melalui KPF. Mereka tidak lagi menguasai secara lansung tanah dan asset.
Apabila penstrukturan berlaku, kepentingan peneroka akan meningkat kepada 61%. Kan itu lebih banyak? Tapi 61% daripada berapa? Jika 30% saham di resebkan untuk orang awam, maka baki perniagaan yang tinggal ialah 70%. 61% dari 70% hanya sekitar 42% sahaja. Jadi pegangan kepentingan peneroka mengecil dan bukan membesar. Tapi business nya besar kata pihak FELDA. Ianya besar setelah IPO. Betul, tapi nilai pegangan peneroka akan hanya bertambah jika modal yang di perolehi oleh FGV di laburkan semula kedalam bisnes FGV. Tapi kita tidak pasti ini akan berlaku. Rekod FGV tidak menyokong optimism seperti ini.
Soalan yang paling penting ialah- setelah penyenaraian itu, boleh kah FGV jamin pulangan keatas saham tinggi? Ianya bergantung kepada banyak angkubah dan pihak FELDA mampu memberi 1001 alasan jika pulangan tidak menentu. Tapi yang paling meresahkan ialah samaada FGV mempunyai kapasiti pengurusan untuk unlock value saham FELDA?
Kenapa FELDA merasakan perlu membuat IPO melalui penyenraian FGV? Bukankah IPO penrniagaan gula nya telah medatangkan modal kewangan yang ok kepada FELDA? Dan FELDA kata dia banyak reseb. Ahmad Maslan pun telah menyaman orang2 yang tidak bertanggung jawab yang menuduh FELDA bengkrap.
Jika FELDA merasakan FGV mesti disenaraikan, maka ini bukti secara tidak lansung bahaw FELDA dalam keadaan teruk. Reseb nya memang merudum. IPO bertujuan mendapatkan modal bagi mengembangkan pendapatan dan perniagaan. Untuk menjustifikasi tujuan mendapatkan modal kewangan, FGV boleh buat macam macam cerita. Termasuklah pengkisahan bahawa perniagaan buat masa ini tidak memaksimakan nilai. FGV merasakan mereka boleh melakukan yang lebih baik. Ini termasuklahL- (1) meleraikan sekatan supaya nilai saham FELDA lagi tinggi ( (2) menjalankan pengurusan yang lebih baik( 3) meningkatkan produktiviti FELDA dan lain. Ini janji2 FGV.
Itu bukan perkara yang luar biasa. Orang yang hendak memujuk orang awam berbelanja keatas saham mereka tentu melakukan cerita yang baik baik. Penceritaan yang mengasyikkan tidak lah sukar di buat. Jika kita mengupah penulis yang ada sedikit ilmu corporate finance dan accounting, mereka akan menghasilkan cerita ajaib yang menyeronokkan.
Namun demikian, kita tidak dapat menipu apabila berdepan dengan fakta dan hard numbers. Rekod perniagaan FGV tidak lah baik. Ia telah mengalami kerugian sebanyak RM 500 juta. Dan FGV tdia mempunyai sumber kawangan dan harta sendirian yang boleh menyokong penyenraraian nya. Mereka tidak ada fundamentals.
Jadi bagaimana mahu mengelak kesangsian yang menyelubungi cadangan membuat IPO ini?