UMNO lwn.PERKASA- 2
Bahagian ke-2.
Saya bercakap begini kerana sayang saya kepada UMNO tidak kurang daripada sayang setiap tahap pimpinan UMNO kepada parti ini. UMNO bukan Dato Najib atau Muhyidin yang punya. UMNO milik orang Melayu yang sokong perjuangan UMNO. Kalau tidak betul, lebih elok kita sebut dengan jelas supaya tidak timbul dakwa dan dakwi di belakang hari.
Saya rasa ramai yang sedar, hari ini, UMNO suatu jenama yang menjijikkan ramai orang. Kerana kebelakangan ini UMNO sudah sinonim dengan pencabulan kuasa, dengan korapsi, dengan kesombongan dan keangkuhan. UMNO sinonim juga dengan mengayakan segelintir orang Melayu dan sebagainya. UMNO parti politik yang kaya dengan intrigue-. Pemimpin naik keatas bukan melalui menawarkan idea yang bernas, tapi melalui tikam menikam, tipu menipu. Itu menjadikan UMNO sebuah parti yang ramai kaki tipu.
Akan tetapi, ramai juga yang masih setia dengan UMNO kerana yakin bahawa UMNO mampu memberi kepimpinan Melayu kepada bangsa Melayu berbanding dengan menawarkan ketuanan Melayu. Because there are many of us who believe that UMNO can provide Malay leadership as opposed to Malay supremacy. Presiden UMNO sepatutnya cultÃvate dan mengembelingkan unsur unsur ini bukan melayan karenah haprak UMNO.
Kita tahu Presiden UMNO banyak personal issues nya- tapi ini semua boleh di atasi jika dia berjaya menawarkan Leadership. Disinilah dimana Dato Najib menggagalkan kita. MEB, NKRA, Transformasi Kerajaan dan sebagainya tidak syak lagi adalah elemen elemen Malay Leadership. Hanya nya, sesudah di istiharkan, ianya tidak disusuli dengan tekad politik.
Lihat sahaja pada contoh bagaimana cara kepimpinan UMNO menangani isiu PERKASA. Presiden UMNO memberi isyarat yang bercanggah. Saya sudah menghuraikan perkara ini dalam artikel yang terdahulu. Lihat juga contoh kepada isiu sabsidi. Juga Model Eknomi Baru. Setiap kali menghadapi tekanan Presiden UMNO berundur dan lentur. Nyata sekali, ia mendedahkan kekurangan tekad politik.
Dalam satu artikel bila saya sebut, kita memerlukan kepimpinan dalam acuan Dr Mahathir, ramai orang marah. Tapi mereka tidak faham apa yang saya maksudkan ialah ada nya ciri ciri tegas, berkuat azam dan tidak goyah. Betul atau tidak, kita tahu, sebaik sahaja Dr Mahathir memilih satu course of action, dia tidak akan belok sana dan belok sini. Kita tidak nampak ciri ini ada pada Presiden UMNO sekarang.
Stick to your guns Dato Sri Presiden UMNO. Jika DEB sudah berkubur, maka tak perlu cakap mengenai DEB lagi. Ianya secara rasmi sudah tamat pada tahun 1990. Nyatakan dengan terang elemen dan unsur MEB yang boleh membantu orang Melayu. Tunjukkan bagaimana ianya lebih baik dari pendekatan DEB. Pilih para penyuara dan para penjuara yang akan menerangkan dasar pentadbiran Dato Sri.
Orang Melayu dan rakyat Malaysia hari ini bukan lagi hidup dalam iklim sosial zaman dahulu. Mereka tidak lagi menerima sesuatu secara buta tuli. Mereka mahu di yakinkan dengan penghujjahan dan penalaran( reasoning). Jika kita kata DEB tidak baik, tunjukkan dan yakinkan mereka, aspek mana dasar ala DEB tidak bagus untuk orang Melayu?
Jika Presiden UMNO belok sana dan belok sini, ini menunjukkan dia sendiri tidak ada keyakinan keatas agenda dan program nya. Mana mungkin keyakinan tercetus dalam majoriti ahli UMNO dan mana mungkin kita mengharapkan keyakinan pada pimpinan UMNO yang lain?
Walhal, Ibrahim Ali dan PERKASA tidak menawarkan apa apa program dan agenda selain dari teriakan Ketuanan Melayu atau Malay Supremacy. Namun, UMNO tidak terlawan slogan tersebut. Kerana pertama, presiden UMNO goyah dan goyang. Gagal lagi mengkomunikasi program nya. Tidak mempunyai jurubicara yang menjuarai idea idea nya. Keadaan bertambah payah dan sukar, kerana kepimpinan UMNO kurang cerdik dan tangkas.
Kenapa saya berkata demikian? Sebab kalau kita kaji – pada kebenaran nya, apa yang Ibrahim Ali tawarkan ialah appeal kepada emosi. Oleh kerana hujjah Ibrahim bersifat emosi, ianya lansung/direct mencengkam kalbu orang Melayu dan menawan hati mereka. Penghujjahan yang emosional mudah di sampaikan, tidak memerlukan sophistication. Tambahan pula, oleh kerana bahagian emosi dalam otak manusia lebih matang dari bahagian rasional, Ibrahim Ali sudah pun berjumpa dengan lubuk emas.( mother lode).
Berbanding dengan elemen yang mahu di tawarkan oleh Dato Sri Presiden. Ia memerlukan penghujjahan yang rasional, indirect dan debating sophistication. Ia lebih sukar dan pimpinan UMNO yang menebal dengan mentaliti DEB mereka tidak ada ciri ciri ini. Jadi bagaimana mampu mereka menyampaikan mesej Dato Sri Presiden?
Masaalah nya UMNO tidak mampu dan berani melakukan nya. Sebab utama ialah survival UMNO dan pimpinan nya bergantung pada dasarnya, diatas memperjuangkan dasar seperti DEB ini lah. Najib telah underestimate betapa dalamya mentaliti DEB telah berakar dalam jiwa orang Melayu. Kerana sangkaan demikian, Dato Najib menganggap mudah sangat untuk memperkenalkan orang Melayu kepada agenda dan program nya yang radikal. Inilah satu kesilapan yang paling besar. Underestimate the depth of the NEP mentality.
Bukanlah suatu yang mudah untuk membenam mentality mendapatkan sesuatu secara percuma. Bukan mudah membenamkan mentality mendapat sesuatu dengan jalan pintas. Bukan mudah untuk membenamkan mentality bahawa hak adalah sesuatu yang di perjuangkan, di usahakan.
Adakah perkara perkara seperti ini di fikirkan oleh Dato Najib atau oleh punahsihat presiden UMNO? Ataupun dasar dasar nya di fikirkan oleh firma juru runding tanpa mengambil kira lanskap politik Malaysia?
Dan tidak ada cubaan lansung dari pimpinan UMNO untuk menunjukkan di mana letaknya kelemahan DEB. Kenapa? Kerana majoriti pemimpin UMNO yang kaya raya hari ini adalah penikmat penikmat dasar tersebut. Sebab mereka tahu DEB sebenarnya telah menguntungkan sebahagian kecil sahaja orang Melayu. Kerana itu, mereka tidak ada mandat moral untuk bercakap menentang DEB. Secara diam diam, pemimpin UMNO mahukan program ke-eDEBian di teruskan.
Apa yang sudah berjaya di lakukan oleh PERKASA ialah mendedahkan keting UMNO yang boleh di cantas. Ibrahim Ali has found UMNO's Achilles Heel.
Siapa nak jadi jurubicara wawasan Najib? MEB? 1 Malaysia? Program Transformasi, NKRA, KPI dan sebagainya? Jika tidak ada juru bicara, semua idea yang di lahirkan oleh pakar runding hanya akan di bahaskan dalam makmal yang di kelolakan oleh suatu sekolah pemandu khas( Pemandu).
Masaalah nya, Dato Sri hanya ada makmal makmal yang belum memuktamadkan idea Dato Sri. Jurubicara Dato Seri pula ialah bukan tokoh politik. Team Najib mana? Itulah sebab nya, bila ada tekanan Dato Sri Presiden hanya boleh berkata- belum muktamad. Sebab itu juga, nama jolokan yang orang ramai beri kepada Dato Sri PM ialah Najib TPM- tak pernah muktamad. Saya percaya, hal sebegini tidak ada sorang pun sampaikan kepada Dato Sri.
Pergi ke mana pemimpin UMNO yang lain?
UMNO 'forfeit' peranan nya sebagai penyambung lidah orang Melayu kerana presiden UMNO tidak menampakkan ketegasan. Pimpinan UMNO yang lain tidak faham dan/atau tidak berani bertentangan dengan akar umbi Melayu. Pemimpin UMNO sedar bahawa jika mereka meng-alienasi akar umbi Melayu, mereka akan berkubur. Ini menyebabkan mereka takut.
Jika tidak mengapa pemimpin seperti Hishamudin yang di besarkan dalam persekitaran yang hampir serupa dengan Najib tidak banyak bercakap mengenai idea Najib? Kerana dia tahu idea Najib meng-alienasi orang Melayu sedangkan kalau ada peluang dia pun mahu jadi PM, mahu terus jadi naib presiden. Dalam persekitaran realiti politik hari ini, Hishamudin dan pemimpin UMNO yang lain memikirkan lebih bijak untuk kekal dalam jalan yang konvensional.
Setakat ini UMNO telah gagal meyakinkan orang Melayu bahawa ia mempunyai jawapan yang lebih baik untuk orang Melayu. Oleh yang demikian kebimbangan orang Melayu terus menjadi modal perjuangan PERKASA. Selagi kebimbangan orang Melayu tidak di selesaikan dan selagi keyakinan orang Melayu keatas komitment dan tekad UMNO kepada orang Melayu tidak jelas, maka PERKASA akan terus menjadi suatu pilihan untuk suara orang Melayu.
Siapakah yang patut di persalahkan untuk keadaan demikian?
Kepada saya yang pertama sekali patut di salahkan ialah presiden UMNO sendiri. Presiden UMNO gagal memberi isyarat yang jelas dan tegas yakni bagaimana harus orang UMNO menangani PERKASA? Kalau tidak ada isyarat yang tegas, maka lebih baik jangan kita bercakap pasal PERKASA.
Sejak saya menyentuh perkara PERKASA ini saya telah menyatakan bahawa UMNO akan membunuh diri kalau ia menepikan dan meremehkan sokongan suara di belakang PERKASA. Saya bukan maksudkan sokongan Dr Mahathir, tapi suara orang Melayu biasa, yakni orang umum yang datang dengan baju Melayu, bersongkok dan bersampin ke Kongress Ekonomi PERKASA. Suara yang meluahkan bimbang nya orang Melayu sudah tidak ada apa apa lagi yang hendak di korbankan. Juga suara orang Melayu yang dengan berani melaungkan jika UMNO dan Najib tidak mampu lagi menjaga kepentingan Melayu, elok saja berundur.
Inilah dia suara suara yang menyebabkan Presiden UMNO mengenepikan text ucapan yang disediakan. Inlah suara suara yang memaksa Najib menegaskan sebagai anak Tun Abdul Razak, dia tidak akan mebelakangkan DEB. Kepada saya, bila Dato Najib menggunakan fakta bahawa dia anak Tun Razak sebagai jalan keluar, ianya bermakna Dato Najib tidak terjawab isiu isiu yang di bangkitkan di Kongress Ekonomi PERKASA.
UMNO kata kita berjuang untuk agama orang Melayu, Bangsa Melayu, Negara orang Melayu. PERKASA kata mereka pun berjuang untuk perkara yang serupa. Bagaimana kita membezakan program kita dengan program Ibrahim Ali ?
29 comments:
Senang saja, tidak perlu berlawan selagi Perkasa tak jadi parti. Dalam PRU akan datang, penyokong Perkasa hanya ada dua pilihan: pangkah BN atau PR. Mengapa nak kecoh2 dengan Perkasa. I think we bark at the wrong tree la dato
sri trbuana
betul tu. sebab itu saya lebih focus kepada apa UMNO perlu buat.
mengenai Perkasa, mereka ada ramai panglima. mereka tidak perlu di juarai sebab ada ramai hero.
yang ketandusan ialah UMNO.
Salam Dato' Sak,
Terus terang saya hanya pengundi yang tetap mengundi sejak layak jadi pengundi dan mendaftar. Saya mengundi sejak PM Tun Razak, insyaAllah kalau di panjang kan Umur oleh Allah SAW saya mengundi pula di era anak nya, PM DS Najib. Sebagai orang Melayu dari pendalaman merasai cahaya dari pelita minyak tanah, memasak guna kayu api, mandi minummembasuh dari air telaga, jalan denai dan batas sawah, rumah beratap daun atap, lantai pinang dan dinding kulit kepong, tapi itu semua tinggal kenangan belaka, kerana perubahan dek DEB.
Saya produk DEB, yang mengeluarkan saya dari kitaran kemiskinan dan dapat melihat dunia luar dan tinggal di kota. Prinsip saya " orang berbudi kita berbahasa", " perdu tebu jangan di kencing apa lagi di berak", Pada fahaman saya DEB adalah dari UMNO untuk bangsa saya dan Dato' Sak. Jadi bagaimana mahu menderhaka?. Mengikuti posting Dato' apalagi dari pemimpin UMNO dan Mantan Wakil Rakyat UMNO, telah membuka matahati saya dan Mungkin mengubah panangan dan persepsi saya di perkuatkan mencalonkan kaki tipu , kaki kelentong dan macam isu di paparkan dalam blog. Apa kah ini akan mengubah persepsi dan dunia pandangan saya?, makna nya apa dato'? dan apa pilihan yang kita ada?.
Di telan mati emak ,di luah mati bapak, di belakang jurang di depan bukit batu serta berlumut, dipersimpangan ya Dato'!, pencarian tetap berterusan.
Akhir saya kagum atas pemberanian Dato' itu.
Perkasa ini buat apa ???
Asyik hulur 2 tangan macam nak minta sedekah, mahu makan free.
Berusahalah, kalau nak capai kejayaan.
Jangan minta tongkat dan duit Free....memang x kekal lama, sebab bukan harta yang dia usahakan, habis joli kat kelab dangdut dan bini muda.
Bagi contoh, Sosilawati, jutawan kosmetik....dia mula perniagaan dengan kecil2, buat jualan dari rumah ker rumah, lepas tu networking, bukan 1 kedai, expand it.... Itu adalah contoh yang sama macam kebanyakan orang Cina buat. X susah pun kalau ada disiplin.
Ini kau orang mintak saham 30% free...mana kekal...mahathir kata dah jual habis 50billion, tapi dia x sebut anak dia pun jual sekali saham2 tu....sekarang Mirzan Mahathir beli Syarikat arak di Filipina, San Miguel, halal ler tu untuk dia.
Susah sangat ker Berdikari - berdiri Di Atas Kaki Sendiri....Seluruh dunia buat begini, malulah ...jangan minta Sedekah.... Dah dapat tempat kat Mara, Universiti awam dan Belajar luar negara....belajar lah rajin2....jangan asyik berkepit kat kampus....beli motor baru pakai duit PTPTN, joli abis kat kelab2 malam....mana nak maju...
Kalau Ibu bapa tegas macam orang Bukan Melayu dalam pendidikan, melayu dah maju pun....kalau sikap x berubah, 100tahun lagi pun kat takuk yang sama. Cermin diri sendiri sebelum tuduh orang lain, parti politik dan orang cina.
Kenapa skill yang ada pada orang Indonesia pun xde pada orang Melayu walaupun katanya bangsa serumpun.
Schenker78
saham 30% tu cara singkat nak kaya. oleh kerana duit tu pinjam kena bayar le kat bank dan jual untuk dapat untung.
sebab lepas jual boleh mohon dan dapat lagi.
cara berniaga yang biasa tu lambat kaya..rugi pun senang jugak. kena susah payah buka kedai and jaja.sebab tu org melayu boleh niaga dalam bulan ramadhan je. sebab senang nak jual, barang semalam pun boleh jual sebab pembeli tak boleh rasa.
Dalam UMNO lwn PERKASA 2 - saya setuju dengan Dato Sak, pemimpin UMNO ni takut atau buta hati. Takut nanti jawatan mereka terlepas.
R – sabotaged by Mamak Mahathir
A – mati awal
H – sabotaged by Mamak Mahathir
M – Mamak adalah supreme king of Malaysia.
A – sabotaged by Mamak Mahathir
N – sabotaged by Mamak Mahathir
Pemimpin Melayu semua hancur sama sekalian. Kehandalan orang Melayu dimana?
Dear Sakmongkol
Patience. Part 2 of the NEM will soon be unveiled. It should embody some changes to deal with the NEP objectives. (This is to acknowledge the depth of the NEP mentality). This should give a clear indication as to how Najib wants to take this country forward. Whilst the NEP spirit will also be in the NEM, the way we are going to achieve our objectives will be significantly different.
One main difference is that under the NEM, there will be much less goodies for the cronies a.k.a. UMNOputras and their friends. In other words these people will have to get off the gravy train. That is where it would hurt, and that explains the resistance. You yourself have said that UMNO is seen as a corrupt party. Some of that gravy has helped keep the warlords in power (also personally enriching themselves) in the name of defending and furthering Malay interests.
Here is the dilemma. If Najib is to do the right thing that is make this country better for all (middle to high income), and at the same time uplift all the Malays (not just enriching a few), he faces resistance from those corrupt few who would be “disenfranchised”. But these are important people because of their warlord status and their ability to undermine Najib and cause his downfall within the party. If, on the other hand, Najib succumbs to PERKASA’s pressure and also that of the warlords’ and abandon the NEM thus retaining the present economic management of this country, he is sure we would go the way of the Philippines and Myanmar.
He is clearly attempting the first approach, but is facing tremendous headwinds. The only way he can succeed is to announce NEM Part 2, campaign on it, and then call an UMNO extraordinary general meeting and let the Malays decide on his leadership. It would not make sense to take the issue directly to the people before going to UMNO because he would still be left with the same old crew that do not support him. Better he first go before UMNO to seek a fresh mandate and try get his supporters elected. This will give him the generals he needs, and also the support of the Malays. If he succeeds PEKASA will be defeated once and for all. But it will be a high-stakes gamble.
Would anyone believe UMNO have no control over Utusan and Perkasa? The pertinent issue with UMNO now is to portray themselves as a weak party that have to give in to others, even to the hopeless MCA and MIC, and hope by doing so, they could restore the support of the swing voters that use to support UMNO in the past. And at the same time, UMNO is trying to impress the non-Malay that they are now turning into a moderate party and despise racist NGO like Perkasa. The million dollar question is, like some commentators put it, will Perkasa turn to become a political party? If no, the rightist will have no other option but to settle with UMNO. Is that not sandiwara?
Another million dollar question is if Malays don’t feel threaten anymore of losing their political hegemony, knowing the fact that Chinese population has reduce to less than 25% and the slide continue with a huge number in coming years, don’t we think rational would eventually thrash emotional? Is that not the best thing that happens to Malaysian?
As an aside, Mahathir know well if UMNO/BN has the rakyat support, he is then nobody, like what happen in 2004. He maneuver the fall of Badawi, to let everyone knows he is somebody, he didn’t anticipate the breezing wind blow could turn into a tsunami but anyway, he achieved what he wants, and Malaysia / Badawi miss the best opportunity to reform Malaysia. I hope Khairy would not give up easily, he is anytime more talented, intelligence and “wiser” than the rest in UMNO.
Democracy was never a perfect system that work magic, it merely allow us to evaluate the result and effort of our government from time to time, and make the necessary changes if we are not happy with it. I don’t understand why we (and Singaporean) treat ourselves like communist, to continue endorse the dogmatic one-party system.
HuaYong
saya copy paste dari saudara Asim...
R – sabotaged by Mamak Mahathir
A – mati awal
H – sabotaged by Mamak Mahathir
M – Mamak adalah supreme king of Malaysia.
A – sabotaged by Mamak Mahathir
N – sabotaged by Mamak Mahathir
Pemimpin Melayu semua hancur sama sekalian. Kehandalan orang Melayu dimana?
Good lah Dato..
Its time to dismantle more of the "BUMI" special rights >Malay Reserve land,MARA etc etc.,lets all be the new Bumi liberals >dynamic,not afraid of shadows,competitive..
Right now..I am too confused as every time some one talks about trying to improve the Malays..straightaway jadi racist.But,I am still figuring out how to fund my children's education.
If I got a few hundred million in the bank,big houses & cars everywhere..its so much easier to be a Bumi liberal.
Wish I had some pickings from the bastardized NEP.
Anyway the oppressed seems to be better off then me in many respects.
Dato' You have said it and many Malays and non-malays have said it that the current PM is too weak to lead the nation.
Many people knew the PM even before he was elevated to be the PM of Malaysia and the UMNO people knew it but they just brush aside because of self interest and the self destructive mode in UMNO is ready to explode unless someone come to the rescue.
And the ordinary Malays are so fed up with the current leadership. Bet you if nothing is done, the curtain is definitely coming down and just say good bye-sayonara Mr Jibby!!! you are unfit to lead the nation.
Walaupun ramai yang sedih dan bersetuju dengan pandangan Dato' tetapi kita tak berupaya kerana pemimpin UMNO masih di buai mimpi.
The mimpi ngeri is yet to come.
Good luck to you sir.
Dato,
Finally, what AlifBaTa means to a umno die-hard.
'UMNO kata kita berjuang untuk agama orang Melayu, Bangsa Melayu, Negara orang Melayu.'
No wonder, the Others M'sian r always been sidelined!
Everything Melayu! Never thought of the fact that without the Others M'sian, what M'sia is there to talk about? umno? ketuanan? tempurung? siege mentality?
Tsk...tsk... 1Malaysia is indeed a slogan in NAME only to many of u!
Dato nak berbahasa macam mana lagi? selama ni pun pelbagai isu telah di kupas dengan baik tapi macam biasa NO FUTHER ACTION ATAU TOTALLY NO ACTION dari mereka.
Kalau dari dulu tak mau dengar suarahati melayu sensible then apa jaminan mereka akan dengar sekarang?
Sliding downhill fast lah dato.
Tahun ini saya berhari raya di temasek.Kata bapa saudara isteri saya, " bukan tidak ada sistem atau orang cerdik pandai di malaysia, cuma mahu atau tidak kita menjana tenaga orang cerdik pandai itu utuk enforce sistem itu dan pastikan ianya berjalan dengan lancar dan berjaya"
You are a living proof of what was mentioned earlier.Dato , orang bijak pandai, tapi what the hell are u doing at the bottom rung of the ladder?who pushed u down?Siapa yang nak dengar suara dari the bottom rung?
Apa-apa hal, all is not lost.Manusia ni boleh berubah dalam sekelip mata.Harap begitu juga ler dengan mereka -mereka yang belum berubah dan tak mahu berubah.
The entire episode of all these are two fighting for nothing.
What have changed as far as NEP is concerned. Nothing.
What has change in the ground level where little Napoleans are still calling the shots ? Nothing
What has changed to allow other races have better chances to enter say.. the motor trade etc. nothing.
So why the wayang Kulit fights between UMNO and Perkasa? Stupid.
Meanwhile what is happening? We are still much less competitive than our neighbours and losing out fasts. Our industrial community is not sitting by while two fools fight each other for nothing.
The thing is ...
The non Malays today do feel the hopelessness of the entire situation while the Malays are falsely brainwashed they have "lost" everything.
Why is that in Malaysia such stupid remarks from Ibrahim Alis can find its place prominently in main and online media? It shows how low our mentalities are.
We are a typical sure failure management of anything from companies to running a country. Yet when the other community rings the alarm bells of the impending doom to help the Malays .. they got whacked.
In the end , guys like us says, let them rot and let them have all the NEP. We can find our own bread and butter elsewhere and my , we do find it much much richer.
We just hope more would join us to find abd put our time to earn good income in anyway we can , and tell these guys to f__k off.
There is just not going to be any change as far as this cancerous situation , we call terminal, is concerned.
Let it be known that there is no such thing as free "lunch". All have to work to pay and place food on the table.
The sooner Malaysia's oil disappears the sooner Malaysia will realise her follies.
No one race can run the country alone. . ...period.
Stupid really... missed the ONLY opportunity to join the rest of the Tigers of Asia to be developed. Now Zimbabwe is more like it.
Dear Sakmongkol
The old UMNO battle cry “ Untok Agama Melayu, Bangsa Melayu, dan Negara Orang Melayu” has very little meaning these days, except to racial supremacists such as PERKASA. The survival of Islam and the Malays is not at risk. What concerns us all in this series of debates is how to advance our economy in these globalised times so that all Malaysians – Malays included – are better off.
Any economic plan that does not take into account the interest and aspirations of the Malays will simply not be accepted or will fail. It is as simple as that. But the old NEP type policies and implementation methods will not do. This should be plain to all by now.
The sentiment expressed by Anon 9.53 - that he is better off now compared to his impoverished past is because of the NEP - is quite typical of many who are not critical of government policies. The fact that you are better off now might hides the possibility that you could have been much more better off. You have gone from A to B, but could have gone on to C (better outcome). That’s the crux of the issue. We are stuck in the so-called middle-income trap because of implementation issues. We want to maximize our resources and opportunities for a much better outcome. In other words, we want to be “maximizing” rather than merely be happy just to be “satisfising” (easily satisfied and not seeking the maximum outcome). That is why we hold competitions, such as the Olympics, to continually push the limits. It is in the intrinsic nature of man. We have come a long way from the cave-man days because of this inbuilt attribute. Of course some people have progressed further than the others simply because they have tried harder. What should be our choice- “maximizing” or “satisfising”?
If we live on a desert island away from all other mankind, and are not aware of the progress that others are making, “satisfising” might well be an acceptable philosophy – why do more when we have “enough”? Relax, lah. But we do not live on such an island or in the deep jungle. We are exposed to globalised competition (we are a very open trading nation), and we have tasted the fruits of modernity (computers, cars, iphones, foreign travel, modern medicine) and we cannot go back. We cannot put the genie back in the bottle. We have to compete with all we have got and forge forward. Put another way, we must paddle very hard upstream or risk being pushed downstream by the current. Not everyone wants to be in this rat race, or can, but most will and must. Najib and his team must explain this to the people, most of all the Malays, that the NEM will benefit all, that it will not leave the Malays behind, and that we do not have an alternative if we are to become a developed nation.Leadership and communications are sorely needed.
The views given by OneMalaysian is valid and I do believe that the NEM as proposed by Dato Sri Najib should be the right path. In the case of PERKASA, there are too many players with their own agenda trying to manpulate the political stage at this moment. I have also written about my perception on the trouble between UMNO and PERKASA in my blogspot.
Saya nak ulangi apa yang saya katakan dulu.
Pernahkah kita dengar Uncle Lim, Uncle CSL atau Uncle Koh Tsu Koon menghentam Siuqu atau Dong Xiao yang ultra tu?
Ada dengar Samy Vellu gila kuasa marahkan Hindraf pelampau yang berarak ke Istana Negara dan Istana Perak untuk membuat tuntutan?
Tentu tidak. Tapi kita bila kawan kita Ah Chong dan Muthu marah dengan Tok Him, kita lagi berapi-api sama hot.
Apa ada dengan Braim tu? Setakat menghabiskan air liur dia sahaja.
Takkan kecut perut kok sampai UMNO menceraikannya. Soalnya sejak bila pula kahwin dengan Perkasa nak gugurkan talak.
Aisyaman beloved Najib. Takkanlah suruh khadam Ku Adnan cakap sebab CSL dan Tsu Koon takut dengan Brahim.
Takkan tak sedar kalau Tok Him sekalipun, Cina tak hendak mengundi MCA atau Gerakan.
Let sleeping dogs lie, Mr PM.
Saya suka dengan dua perkataan Pahang yang Saudara Sak gunakan; Dakwa-dakwi dan cantaih keting.
Cukuplah kita dakwa-dakwi Braim tu.
Kita cantaeh je keting dia kalau dia bertanding lagi.
Buat apa nak havoc kerana dia.
quiet despair USA, betul ker awak ni umo 40thn lebih??
cakap mcm budak belasan tahun jer...belum matang ker....lagi 9 tahun kau dah 50 thn ...
Samy vellu kalah kt sg siput pasal kempen Hindraf.
Aku x mo sebut pasal cina....punya suqiu dan dong2 sebab kadang2 mereka memang over tapi ada benda yang dia bangkit dan usulkan boleh pakai....
dunia bergerak dalam meritokrasi bukan Tongkat dan ketuanan.
Kalau kau hentam komunis China, aku sokong hujah kau, kau hentam chua aku sokong, kau hentam DAP aku tengok hujah kau dulu....
Kau jangan cakap ketuanan sangat....Kalau besok orang Borneo mintak balik separuh Malaysia, kau boleh buat ape?? Sabah dan Sarawak bukan kepunyaan Malaysia. Bahasa rasmi Sabah sepatutnya Bahasa Inggeris bukannya Bahasa melayu....baca balik Agreement malaysia.... Petronas curi 95% hasil minyak dari Sabah dan sarawak....x malu ker ????
Assalamualaikum Dato' Sak,
Soal UMNO dan Perkasa rasanya tak semudah yang Dato' huraikan.
Sebab utama ialah garis yang memisahkan UMNO dengan Perkasa sangat tipis. Sekurang kurangnya dari sisi persepsi. UMNO dan Perkasa sinonim. Salah satu ialah akal, dan satu lagi nafsu. Atau salah satu ialah jiwa dan satu lagi adalah raga.
Atau bahasa mudahnya - kembar siam. Oleh kerana itu, memang ramai yang (didalam dan diluar UMNO) berhujah UMNO dan Perkasa saling memerlukan. Suara penentang seperti Dato' boleh dibilang dengan jari.
Pemisahan UMNO dan Perkasa hanya boleh dizahirkan pada lisan, tetapi tidak dengan perbuatan. Pemimpin UMNO yang bersuara menentang Perkasa akan menerima padah pada PAU.
Mereka yang mahu mengekalkan Perkasa adalah mereka yang berkuasa untuk memilih ketua UMNO. Kumpulan manusia yang mempunyai banyak sebab untuk melihat Perkasa. Nah, apa pula keuntungan politik puak puak ini menentang Perkasa?
Kalau dilabel sahaja calon pimpinan anti Perkasa - tercalit anti Melayu, pro meritokrasi (cap DAP), musuh pada sistem feudal UMNO. Siapa yang nak melawan label sedemikian? Tambahan dengan kemahiran UMNO mencantas musuh politik masing masing.
Kalau yang bersuara anti Perkasa bermain rasuah politik wang ala budaya UMNO, orang orang ini cepat dikorbankan sebagai tanda UMNO berubah (padahal atas expediency).
Akal berfikiran yang benar, jiwa berkata yang hak - tapi bak kata pepatah Inggeris - the spirit is willing but the flesh is weak.
Tambahan dengan pimpinan yang telah dikembirikan dari zaman TDM - maka tindakan yang mengikut hala tiupan angin menjadi jalan selamat. Siapa yang berani bersuara lantang dan membuat tindakan ala TDM?
Ada - TDM sendiri. Pimpinan UMNO sekarang tidak ada yang layak.
Maka malanglah Malaysia - ekonomi yang merudum, pendapatan yang berkurangan, hasil yang dirompak, bantuan yang tiris, pemimpin yang khianat. Orang orang kecil Melayu, Cina dan India akan makin terdesak.
Untuk membetulkan jalan yang sesat, cara termudah kita beri pengajaran yang sangat pahit pada UMNO. Dengan tekad yang bulat, jiwa yang tenang dan langkah yang berani, kita buat pilihan yang lain dari UMNO.
UMNO mesti dihantar ke political wilderness baru nanti UMNO sedar tinggi rendah langit Tuhan! Dan mudah mudahan nanti pilihan yang tepat melahirkan Malaysia yang lebih baik untuk keturunan bangsa Malaysia.
Saya amat faham Dato' memilih untuk isiqamah dengan bahtera UMNO - teruskanlah, Dato. Suatu hari nanti salah seorang antara kita akan melihat salah satu pilihan menjadi kenyataan.
Saya percaya pilihan saya lebih mudah, tepat dan jitu.
Mengharapkan UMNO berubah dalam jangkamasa dekat atau sederhana umpama mahu melihat kuasa Amerika hancur lebur. Ianya mungkin berlaku - tetapi tidak secara tiba tiba.
Interesting artircle below, may be of interest
http://www.freemalaysiatoday.com/fmt-english/news/general/10242-malaysia-a-nation-shrouded-in-sensitivity
to quiet despair
Tahu kenapa pemimpin tulen seperti Dato Sak duduk kat the bottom of the table?
Jawapannya ialah sebab ada ramai manusia yang dalam absolute state of denial, secara terus bercakap hentam keromo aje tanpa apa-apa akauntabiliti dan justifikasi.Wake up and grow up as well.Times have changed.
Work on ones strength lah , bukan cari weakness and harp on it till kingdom comes.
Baca lah artikel betul-betul.Its about what UMNO HAS TO DO! buat apa nak buat perbandingan dengan the guy from mic, gerakan atau mca? kebaikan atau ilmu aper yang kita dapat dari mereka.Biaq pi lah mereka!Kasi lah idea yang bernas selari dengan aper yang dato sak perjuangkan.If we can get more people to support what dato sak is fighting for then it would be better.Lets rally.
UMNO, has to take the challenges and pick it up to show that the party is reforming, table ideas that would actually uplift the malays and alleviate them from their worries,
nazri did well to challenge ibrahim ali, someone else should challenge IA to put a higher stake such as retiring from his pasir mas seat to hold another by election, trust me thats a gamble but it would show that ibrhaim is nothing but hot air.
again those ideas and policies cannot just be sugar coated with slogans and empty rhetoric, it should give some semblance of change and empower the grass roots.
perkasa is there to champion a faction within umno itself, so whats the difference between 2008 and today? absolutely nothing, the powers that be are still jostling for power, but if you dont stand behind the president then whats the use? just be prepared to hand over the keys to PR.
the reason pro umno bloggers here in the internet seems to be unfied in their hate against the current president. makes u wonder who really holds the reigns of power, or issit still a struggle between the previous 2 presidents?
some one has to bite the dust b4 ge13 right so it would be pin the tail on the donkey.
it would be easier if someone were able to pass on, or the other loses his box of files b4 daddy stepped down.
umno leadership is scared minus those who voiced their support for the current president, the rest are just waiting for who gets the top seat so they can suck up to him next.
the ones sucking up now isnt really sucking up to a pair of balls but to a pair of very saggy tits....rotflmao
id like to give the current president a chance, cause heck, we all know what 1 malaysia means, it means all for one and one for all and u idiots can stop the nut jabbing cos we just like poking fun at our leaders seeing that theyve taken so much from us and given nothing back.
so if the president has a plan, let him plough through with it, kill who should be killed kos no one loves a kamikaze leader like malaysians do, especially the malays.
one malaysia or bust, set the record straight and cantas cantas cantas
then take on the opposition, DAP, simple just dilute them get 900000 malays to join the party and talk about their party elections and how undemocratic it is, PKR is imploding so no worries there, give their young leaders the limelight, give their issues the lime light and invite them to join some ngo with the highest regard of transparency, i suggest the green agenda the presiden has lined up and transparency is the key not another scandal to hoodwink the people, real money with real transparency, suggest to the populace something of a rakyat fund but again it has to be 10000% transparent because ppl are very doubtful
PAS is the hardest nut to crack, therefore table a unity plan and push for a religious council to be born with karpal singh as the chairman.
take methods to solve the allah issue as it is still fresh in peoples mind, have it televized for impact and show that the current president cum PM has LEADERSHIP and is not being led by a pair of..whooooooops!
dato im kinda hurt u didnt apprv my comment on having IA ISA'd
rotflmao
ps the malays and how government can push for anti monopoly laws. push for consolidation among glc's and kill the corporate thieves...sigh all these ideas cannot be carried out because it would be shooting himself in the foot...buang masa aku jer tulis berjela jela
Melayu Baru
Saya setuju dengan cadangan berani saudara. Kita pilih lain dari UMNO. Barulah UMNO sedar diri. Lepas tu bolehlah Sakmongkol perbaikki dan hidupkan semula UMNO diatas landasan perjuangan yang asal. Kut mana pun, yang akan jadi PM tetap Melayu juga.
Dr M may have engineered the downfall of Abdullah Badawi but during 5 yrs of Abdullah's reign as PM he works extra hard to destroy the legacy of Dr M.
Dato Sak,
Hari ini Ibrahim Ali kata PR dan BN sama saja di kuasai oleh parti Cina.Saya bersetuju 100% dengan pandangan beliau.Keadaan begini sudah lama terjadi kepada PR ,tapi sekarang BN(sebenarnya Umno)menghadapi suasana yg lebih parah nampaknya.Najib patut meletak jawatan kerana keadaan ini tidak pernah terjadi kepada Umno sebelum ini.
Walau pun saya bukan penyokong Umno dan bukan juga ahli Perkasa,tapi sekali ini saya akur bahawa Ibrahim Ali nampaknya lebih berwibawa berbanding dgn mana-mana pemimpin Umno yg lain.Sekurang-kurangnya suara Ibrahim mengingatkan kepada 'mereka' ,bahawa masih ada orang Melayu yg tidak 'tidur',jadi perlulah berpada-pada dalam tingkah laku .
Hey, What's your take on this? Perkasa or not?
By the way, in the previous articles you did mention that by keeping the "Ketuanan Melayu" and rights uphold by Perkasa will never improve the competency of Malays and competing with the global requirement to be surviving in the global competitiveness economy environments. Of course, if our economy system is big enough to sustain locally, why care? isn't it?
Hi Anonymous 15 September 2010 20:09,
Quietly Despair is not the same league of the perjuangan of Dato' Sak.
His is one of the denial state of current corrupted UMNO members
Dato',
Since 1969 the Powers that be managing Bolehland with its "Ketuanan System"...
The culture has been ingrained & still spreading...
We have HARDWORK, KNOWLEDGE, ATTITUDE, etc, etc, etc...
Just to share this...
Bolehland's Politics is a science, backed by mathematical formula...
A bit of Humour here...
When some claimed able to give more than 100%...
This is a strictly mathematical viewpoint....it goes like this:
What Makes 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
What makes up 100% in life?
Ever wondered about those people who say they are giving more than 100%?
We have all been to those meetings where someone wants you to give over 100%.
How about achieving 103%?
Here's a little mathematical formula that might help you answer these questions:
If: A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z is represented as:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Then:
H-A-R-D-W-O-R-K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
and
K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
But.... A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
And.... B-U-L-L-S-H-I-T
2+21+12+12+19+8+9+20 = 103%
AND, look how far ass kissing will take you....
A-S-S-K-I-S-S-I-N-G
1+19+19+11+9+19+19+9+14+7 = 118%"
"Bingo!"
So, one can conclude with mathematical certainty, that while Hard work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, it's the Bullshit and Ass Kissing that will put you over the top...
With the Political Leaders, Mini-Napoleons, Civil Service & their Minions...
They are the "Targeted & Brainwashed Sheeple" by the "System", that appointed them there in the first place, who are "Beholden" to the Standard Operating Procedures...
Ketuanan UMNO/BN's "Politically Correct" Procedure...
With promises of Promotions, Power, $$$, etc, etc, etc
Just how does one expect UMNO to identify & groom "Leaders of Honour, Calibre & Vision for the 21st Century?"
That is the core issue for ALL of Bolehland's Ills...
The Politically Bankrupt Ketuanan UMNOputra Leaders have been blaming every Party, race, religion, etc & now they are challenging their own Pro UMNO NGO Perkasa...
Do they have any Pride or feel Ashamed???
You be the judge.
Cheers.
Saya percaya nasib orang peribumi di Malaysia hari ini lebih kurang sama sahaja dengan nasib peribumi Jerman sebelum NAZI mengambil alih kuasa. Nampak luaran kuasa politik dipegang oleh peribumi Jerman, sebaliknya pemimpin2 politik mereka itu termasuk golongan bangsawan Di Raja telah dirasuah oleh orang2 Yahudi yg menguasai ekonomi jerman. Tindak tanduk pemimpin politik mereka ketika itu adalah mengikut telunjuk Yahudi demi memnuhi agenda Yahudi.
Perkara yang sama berlaku di Malaysia, Pemimpin2 UMNO yg diharapkan menjaga kepentingan peribumi semenjak 50 tahun lepas; sebenarnya telah dirasuah oleh kumpulan Cina yg menguasai ekonomi dan mengikut telunjuk mereka demi memenuhi agenda jangka panjang mereka untuk menghancurkan peribumi dan identiti mereka di tanahair mereka sendiri.
UMNO melalui pemimpin mereka yg rasuah seperti Tunku Abd Rahman adalan pengkhianat sebenar kepada agenda kebangsaan melayu.
Salute kepada Boestaman, SAKO, Burhanuddin Helmi, merekalah pejuang kebangsaan sejati yg sepatutnya menjadi idola PERKASA. Jauhkan UMNO.
Post a Comment