Nie Ching masuk surau- biarkan biarkan.
Seminggu yang lalu, kita orang Islam jadi gempar kerana isiu MP DAP, Teo Nie Ching masuk ke dalam surau. MP Serdang ini telah di jemput berbuka puasa dan di beri peluang menyampaikan sedikit ucapan kepada ahlil surau. Peluang ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada MP yang telah memberi peruntukan kepada surau untuk membaiki pagar nya. PAGAR!
Saya tidak mahu membahas kehadiran Teoh dalam surau dari sudut hukum syarak- kerana saya tidak mempunyai ilmu dalam bab ini. Ulamak PAS kata tidak mengapa. Bekas mufti Perlis pun kata tidak mengapa. Sebab zaman nabi pun , orang kafir di benar untuk masuk masjid.
Bagus lah demikian. Tapi setahu saya perlaksanaan dan perjalanan Ugama Islam dalam Negara kita di tadbir oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing2. Maka terdapatlah peraturan dan pantang larang dalam menjalankan syiar Islam. Mungkin dalam negeri Selangor ada peraturan pentadbiran yang melarang membenarkan wanita bukan Islam masuk kedalam surau dan masjid. Kalau tiada, maka sudah tiba masa nya, fatwa dan hukum di seragamkan dalam hal ini.
Yang patut di persalahkan dalam kes ini ialah matlaon jawatankuasa surau tersebut. Mereka patut memberitahu kepada MP ini bahawa kalau mahu masuk dan beri ucapan dalam surau, kena berpakaian sopan dan bertudung kepala. Kena juga beritau bahawa wanita yang datang haid tidak di benarkan berada dalam surau atau masjid. Saya tidak tahu sama ada 'presiden' surau ada menerangkan dan bertanya Teo.
Bagaimana cara kita pakai tudung itu perkara yang lain. Sama ada ia menutup aurat atau tidak- itu di kategorikan sebagai suatu dosa yang berthabit dengan menutup aurat. Ia tidak berthabit dengan masuk dalam surau atau masjid. Tapi dalam hal ini pun, kesalahan tidak memakai tudung dengan betul pun tidak ada hukuman dari segi perlaksanaan hukum syarak. Saya tidak pernah dengar orang perempuan yang tidak memakai tudung dengan cara yang betul di kerat hidung atau di butakan mata atau di lontar dengan batu. Kita tidak ada penghukuman untuk offence tidak memakai tudung dengan cara yang betul.
Kita tinggalkan masaalah membelah helaian rambut( hair splitting) ini dan bahas isiu yang lain.
Mengapakah khairiah masjid atau warga kampong yang menjadi ahlil surau sedemikian daif sehinga tidak berkemampuan mengutip derma dan sumbangan untuk membela pagar surau? Semasa pemerintahan wak khir dahulu, mengapa kerajaan Selangor tidak menjaga kebajikan umat Islam? Atau sudahkah sumbangan di beri tapi di sunglap oleh orang tengah?
Kalau kita sudah terpaksa meminta sedekah kepada kerajaan PKR dan jemput pula MP Serdang, ini adalah petanda sebesar sesarnya kemiskinan dan kepapaan umat Islam di Negara kita. Umat Islam surau dalam kawasan Serdang tidak mampu walaupun untuk membela pagar. Saya percaya surau ini telah di bina dengan bantuan kerajaan yang dahulu. Erti nya, kalau tak ada surau orang Melayu/Islam dahulu nya sembahyang di rumah atau diatas Padang.
Kepada saya, kebenaran yang di berikan kepada MP wanita yang bukan berugama Islam untuk berucap dalam surau adalah cerminan bangsat nya umat Islam dalam kawasan tersebut. Sedikit sebanyak ia juga mencerminakan kelemahan dan kedhaifan umat Islam se Malaysia. Saya mohon maaf kerana terpaksa menggunakan istilah demikian. Tapi itulah hakikat nya apabila umat Isalm yang tidak kuat dari segi ekonomi tertunduk tunduk meminta sedekah dari MP wanita yang bukan beragama Islam.
Saya tidak pernah dengar orang yang mahu membina kuil atau biara meminta wang dari MP kerajaan yang beragama Islam. Mereka akan berusaha sendiri untuk membina bukan sahaja pagar tapi kuil atau biara yang lengkap dengan kemudahan. Dan mereka akan meminta dari tokoh se agama mereka.
Jadi bagi saya, membenarkan MP wanita DAP ini berucap dalam surau sebetul betulnya adalah cerminan miskin dan papa nya umat Islam. Juga, ia menunjukkan bahawa umat Islam tidak tahu malu dan tidak menjaga maruah.
Wallahu-'alam bissawab.
53 comments:
Beberapa petanyaan Sak :
Tidakkah Majlis fatwa pada 1hb March membenarkan bukan Islam masuk masjid/surau?
Kalau wanita dalam haid tak boleh masuk, macam mana ramai pelancong asing masuk masjid negara/masjid putrajaya setiap hari? Adakah mereka ditanya samaada mereka dalam haid sebelum di benarkan masuk?
Yang memberi bantuan ialah kerajaan Selangor melalui wakil rakyatnya. Bukan duit DAP. Kalau DAP nak bantu pun apa salahnya?
This issue has been politicised. Nothing more nothing less. Not worth discussing and wasting time.
kalau tak salah saya, kebanyakan masjid dan surau adalah dibina dengan wang rakyat melalui kerajaan kecuali yang dibina oleh orang PAS. Jadi sudah menjadi kebiasaan untuk membeli peralatan pun kena minta bantuan wakil rakyat. Bukanlah kita tidak ada duit tetapi sudah menjadi tabiat orang kita, kalau boleh dapat percuma buat apa hendak keluarkan duit sendiri.
Saya setuju, maruah dan adat perlu dipelihara. Jangan tunjuk miskin.
Bagi Saya matlaoun yg dato' maksudkan itu bukan kebulog sangat duit yg didermakan, tetapi lebih kpd peluang berdakwah/mendekatkan org kpd islam. Itu kerja para dai' Islam. Kita amat hairan kenapa kebanyakan org umno tak nampak benda ini. Atau memang tiada dalam kamus konsep penyebaran Islam bagi puak mereka. Patutlah ramai org bukan Islam bahkan org Islam sendiri semakin jauh dari ajaran Islam apabila islam ini diperintah oleh juak-juak mereka. sepatutnya Islam boleh disebarkan melalui akhlak org Islam sendiri. tapi kita hairan akhlak yg macamanakah pemimpin Islam umno tunjukkan sehingga org tak berminat kpd Islam. Yg menjadi masalahnya org umno memang tak berminat utk mengembangkan Islam, kerana jika majoriti rakyat memahami Islam perjuangan umno mudah tidak relevant.
Sekarang-kurangnya matlaoun tu dah berusaha, Allah sahaja memberi petunjuk Dan hidayah.
Saudara Sakmongkol,
Dalam hal ini, kita umat Islam mesti lebih sensitif. Jawatanjuasa surau patut terangkan pada wakil rakyat tersebut akan keperluan memakai pakaian yang sesuai( terutama dari segi rambut) untuk memasuki ruang salat msjid.
Saya yakin beliau akan memakai tudung seketika untuk masuk masjid.
Masalahnya orang Islam yang memgurus surau itu pun buat tak peduli .
Miskin sangatkah sampai terpaksa minta bantuan bukan Islam untuk pagar surau? Saya yakin jika penduduk Islam setempat diberitahu, bantuan boleh diberi .
Masalah jadi bertambah besar bila jaankuasa surau bila ditegur ditafsir sebagai cubaan UMNO untuk manipulasi keadaan. Walhal ianya mesti ditegur supaya tidak jadi kebiasaan pula.
Semalam saya berterawih di Masjid Bandar Baru ampang. Penceramah( dari Sabak Bernam) berkata tak salah bukan Islam masuk masjid. Dia tafsirkan sebagai cubaan pihak tertentu untuh raih populariti.
Yang dia tak mahu sentuh ialah cara ahli parlimen itu berpakaian untuk masuk masjid.
Disebutnya Nabi pernah jemput pemimpin kafir masuk Masjid. Yang tak disebut cara pemimpin kafir itu berpakaian. Yang tak mahu disebut Nabi tak minta bantuan Pemimpin Kafir bila mereka melawat masjid.
Penceramah ( sedar atau tidak) mengelirukan orang. Akhirnya satu teguran untuk ingatkan semua akan kemuliaan masjid bertukar jadi perbalahan.
Bila ditegur, penceramah tersebut cakap kenapa kita tak bising pun bila Datin Rosmah ( dalam satu gambar) berada dalam masjid memakai selindang tetapi nampak sedikit rambut.
Maknya dia sendiri tahu yang cara ahli Parlimen itu berpakaian salah . Tetapi dia "halalkan".
Akhirnya satu teguran ikhlas sebagai satu peringatan bertukar jadi satu debat sesama Islam.
Jadi saya setuju bila En cakap isu ini melambangkan "kemiskinan" umat islam.
kan saya dah kata. saya tidak membahas isiu ini dari segi hukum syarak?
para dai mendekatkan orang ramai kepada Islam? helo kawan. mendekatkan orang kepada Islam ialah mengadakan majlis2 tazkirah, majlis kerohanian, program2 ihya al masajid. nie ching ini menyampaikan tazkirah ke? yang dia tidak boleh bercakap dalam perkarangan surau kenapa? itu tak cukup mendekatkan orang kepada agama Islam. jangan nak tegak beanng basah.
isiu meminta sedekah tidak mahu di sebut. malu lah sikit kita umat Islam
Saudara anonymous,
Ini bukan isu UMNO atau PAS. Ini teguran supaya wanita masuk masjid berpakaian selayaknya.
Cara saudara tafsir sesuatu perkara macam inilah yang buat satu teguran sebagai satu isu politik.
Saya tak boleh bayangkan jika seorang Ahli parlimen contohnya MCA berpakaian demikian beri sumbangan dalam surau. Tak cukup muka surat Harakah, UMNO akan dimaki hamun.
Saya tidak pernah dengar orang yang mahu membina kuil atau biara meminta wang dari MP kerajaan yang beragama Islam. Mereka akan berusaha sendiri untuk membina bukan sahaja pagar tapi kuil atau biara yang lengkap dengan kemudahan. Dan mereka akan meminta dari tokoh se agama mereka.
Dato, you're spot on. We don't expect the useless MCA asking for our behalf, what more the generosity of a Malay MP. But that change since 308. Remember, temples/churches in Hulu Selangor/Sibu with the famous "wa tolong lu, lu tolong wa" for the purpose of vote buying.
Memang umat Islam negara ini telah jatuh ke lembah paling hina..sapa yang lama memerintah hingga jatuh ke tahap ini? You have answered your own question.Memang kita dah tak tau malu..dari pucuk pimpinan paling atas sampai ke akar umbi.Carilah jalan nak kembalikan maruah itu.Jangan dok pandai komen benda dah terjadi.
So advertise it in the news paper for three days straight informing the non muslims not to enter the masjid/surau.
Maybe it's good for everyone.
banyak orang pas kata perkara ni bagus utk berdakwah, mendekatkan yg bukan islam kepada islam tapi semua pun tahu itu cuma alasan untuk menghalalkan politik bangsat di dalam masjid. jika tujuannya benar untuk berdakwah, bukan kah sepatutnya orang islam yang memberikan ucapan mengenai islam kepada yg bukan islam dan bukan sebaliknya. dan bukankah sepatutnya orang islam yang memberikan sumbangan dan bukan sebaliknya.
ini seolah olah orang islam pulak yang didakwah oleh yg bukan islam.
Artikel yang bagus Sak.
quote:
"..tertunduk tunduk meminta sedekah dari MP wanita yang bukan beragama Islam.."
jadi, mengikut logic Dato', kalau Nie Ching itu seorang beragama Islam, sedekah yang diterima itu tidak "mencerminkan kelemahan dan kedhaifan umat Islam"? Kenapa semua isu dipandang dalam kanta agama? Satu lagi - Dato' fikirlah betul2, apakah peratusan kejayaan kalau ada permintaan wang untuk "membina kuil atau biara dari MP kerajaan yang beragama Islam"? Race and religion, thats all Umno knows.
itu bukan duit DAP, itu duit peruntukan MP masing2 , suka dia lah si Nie nak belanja kat siapa pun.
Sak,
awak ni lupa ker?
Si Najib masuk Batu Caves tahun ni buat apa ??? Dia menyibuk cakap pasal duit UMNO tabur bikin renovation dalam kawasan Batu Caves tu aper plk. Jangan cakap umpama UMNO x buat. Kalau x percaya, awak pi tengok2 kawasan Batu Caves di luar kuil. Berjuta2 duit Najib belanja bikin Batu Mozek yang mahal...
Dah bertabur duit Najib ni kat Church di Sibu, di Selangor lepas Church kena bakar, di kuil Batu Caves (tanpa Samy Vellu di sisi)...
Jangan tipu lah. Kalau duit bagi free, semua orang pun nak jugak.
Awak pi komen jugak masa Obama masuk Masjid ??? masa Pope Benedict masuk masjid di Turki ??? Masa itu awak senyap jer. Siapa bersih siapa kotor ??
Orang Hindu pun kalau yang betul2 100% strict, x akan bagi orang2 yang makan lembu masuk dalam kuil mereka. Perempuan hindu yang datang haid pun x akan pergi sembahyang. Rosmah masa ikut Najib pi Batu Caves ada datang Bulan ker masa tu ????
Podah.
For heaven's sake, keep out of mosque, religion and race matters lah.
DAP policians are dumbells or what. So stupid.
Not until you guys understand more about their religion and their unique sensitivies, dont get involved.
All non Muslims, please keep out of anything religion or race.
This country is too immature to discuss these issues.
If not satisfied, just vote with your feet and "X" . Simple.
No debate or reasons would change anyone here. All are hardheaded here including those in this blog.
Keep the peace and not let Ibrahim Alis to hijack and make our country to be another Zimbabwe.
WE should know what to do with our time. To build our future rather than wasting time over these useless issues that no body gains but all gets more hard headed.
Btw, non Muslims... you guys need not be so apologetic and stop tell how the others should behave. They know what they are doing... and they want it that way. None of our business.
Do what we do best... ie. Look after ourselves before we look after others.
Saya setuju benar, Dato.
Ramai Ustaz "PAS" dah keliru dan mengelirukan dalam isu ini dalam dua perkara
1.Kononnya, Teo boleh dimaafkan sebab banyak Wanita dan Puteri Umno pun tak pakai tudung dalam Masjid. Bodo betul jawapannya, Umno dah salah tak semestinya DAP pun boleh buat salah.
2. Ugama dan politik tak boleh dipisahkan. Sah, PAS pun pemikiran sekular juga. Ugama dan politik tak boleh dicampur adukkan sebab politik dipagari lunas lunas ugama. Larangan DYMM Sultan supaya jangan mempolitikkan Ugama (termasuk surau/masjid) adalah di landasan yang betul. Umat Islam mestilah meletakkan keperluan Ugama di atas kepentingan politik.
JKK surau pahamke keperluan ugama ?
Ulamak Muktabar.
salam dato,
baru tau ke orang melayu islam dah merempat di bumi sendiri,rakyat selangor sudah tahu ,pasal itulah wak khir tumbang march 2008.
lihat sahaja di kelantan bagaimana rakyatnya yang majoriti melayu ditindas dengan dinafikan hak wang royalti
hampir semua tempat yang diwakili MP/ADUN melayu(umno) rakyatnya adalah golongan miskin
kesian islam(melayu)
Sir
Dap sengaja menyuruh Mp dan Adunnya menyampaikan duit sedekah sempena ramadhan kerana nak divert attention dari 2 isu utama :
1. Kes Ronnie Liu yang tengah hangat satu malaya
2. pertelagahan kes undang undang hudud. Dap nak tunjuk walaupun mereka menolaknya tetapi mereka masih boleh menjaga umat Islam, kununnya. macam kat spore.
maka, orang pas dengan cepat menyambut bantuan ini atas alasan nak mendakwahkan mereka walhal baru saja minggu lepas kapal sink dan LKS keluar statement menolak hudud.
sebelum Ramadhan 1431H, ada pernah ke DAP datang melawat masjid atau surau dlm bln puasa nak bagi bantuan RM1000 buat pagar atau PAS kata nak islamkan DAP.....
Tak pernah kan.
ps Pas lupa kes teresa kok nak ban azan guna pembesar suara di Puchong selepas menang 2008 ?
kekadang ada umat islam ni cerita bab agama tinggi sampai kelangit, sampai kita nak bertanya pun malu.
tapi bab basic ( berhadas masuk surau ) mereka terlupa
Macam cerita Si Lunchai turun dengan labu-labunya, biarkan, biarkan.Hahaha
Tambah pula dengan pagar telah memakan padi. Double hahaha.
Sshh, no laughing matter man this issue.
Malu bebenor jika saya khariah masjid tu. Takkanlah sesama kita tak boleh pass the hat around to get money for the fence.
Or the bilal, or khatib, or tok sidang has his own agenda to tell the congregation that only PKR people can help them get the fence.
Majlis Agama Islam selangor mesti siasat perkara ni.
MP tu volunteer datang atau diundang, that must be the crux of the investigation.
Granted she can come to the mosque but for goodness sake, be properly attired.
Dan pihak masjid sepatutnya menanyakan adakah dia bersih dari haid terlebih dahulu.
Tengok video macam depa seronok pula tengok perempuan itu bersyarah.
Persoalan pokok adakah politik menghalakan cara dalam hal ni??
Apala pemikiran umno, berdakwah hanya dgn tazkirah saje ke, sedangkan akhlak rasul wanita yahudi boleh peluk islam
Apa yang berlaku sebenarnya mengambarkan bahawa PAS dan UMNO adalah sama. PAS sanggup melacurkan kesucian agama Islam dengan pelbagai tindakan yang bertentangan dengan Islam tetapi tetapi `dihalalkan'. Yang tersepit ialah orang Islam yang bukan PAS maupun UMNO.
Kerajaan PAS Kelantan banyak memperkenalkan dasar-dasar yang bodoh. Ingat lagi mengenai kaunter bayaran berlainan bagi lelaki dan perempuan di Supermarket. Apa dah jadi? UMNO larang ke?
Buat hudud di peringkat negeri, kenapa tak bawa ke Parlimen?
Bagi mereka yang biasa dengan Kota Bharu Bandaraya Islam (konon), dapat lihat apa jadi dengan KBBRI. Kotor, tidak terurus, jalan asyik bertukar arah selepas dua tiga bulan, staf jabatan kerajaan negeri asyik dok dengar tazkirah (ceramah politik sebenar) waktu bekerja (itu rasuah namanya, makan gaji buta), produktiviti rendah, duduk di kedai kopi berjam-jam sehari, semuanya memberi gambaran dan imej buruk mengenai Islam. Tapi itulah imej sebuah kerajaan Islam a'la PAS.
Sekarang diperkenalkan pula Dinar dan Dirham. Satu lagi projek bodoh. Tunggulah kehancurannya, seperti Sabda Nabi Muhammad (S.A.W), "Apabila dilantik seseorang yang bukan ahlinya, tunggulah kehancurannya" Pemimpin PAS, seperti N.Ajis bukan ahli di dalam pentadbiran negeri. Dia mungkin layak dan ahli dalam pengajian pondok, sebab tu memang ramai orang yang suka mengunjungi ceramah beliau, tetapi lihatlah di dalam pentadbiran dan pengurusan negeri. Setiap kali dia keluarkan kenyataan, orang PAS pun malu nak dengar. Nampak sangat kebodohan beliau.
you see they try every means to take over the political power from the Malays
those Malays who can be bought over with money have falen into their trap
now some Malays are only sold on religion, so this is the way - give some peanuts err I mean small amount of money and then buy a ticket into their stronghold - the mosque and start their brainwashing
once the Malays are split along party lines - hey presto the fruit is ripe for the taking
Kalau ikut pengalaman org yg masuk Islam pada awalnya pelbagai niat mereka ada yg memang bersungguh mahu mempelajari Islam Dan ada yg berminat jahat dan ada juga tak ada niat apa-apa pun. Tetapi dgn usaha utk ingin tahu seperti mendampingi org islam sendiri sudah perlu digalakkan. Tak perlu ikut program yg berbentuk islamik pun pada peringkat awal tetapi dgn usaha awal tadi mudah-mudahan Allah memudahkan perkara yg seterusnya.
"Keep the peace and not let Ibrahim Alis to hijack and make our country to be another Zimbabwe."
hahahahaha
the same should go to porn star chua soi lek and eli wong, namewee, tony pua, hindraf, samy vellu
why ONLY Ibrahin Ali - there are many more out there, Mas Selamat for instance?
I was born and grew up in Malaysia. I am not a Muslim, nor am I a Malay.
It was not until the first time I ever set foot into a mosque, that I feel the serenity of its internal surrounding. Made me feel at ease and at peace just sitting there and quietly observing the Muslims go about their prayers.
That mosque was NOT in Malaysia.
I've visit many mosque since ... and at no time were I barred from entering, nor were I asked to leave. ALL these mosque were NOT in Malaysia. They were in other Muslim countries, some embraced Islam over a century before it was introduced onto the shores of Malaysia.
Reflecting on this incident in Malaysia and the adversarial reaction from some Malaysian Muslims ... makes me wonder ... is it really Islam the religion or is it some Malaysian Muslims ...
Anyway, I wouldn't bother setting foot on any mosque in Malaysia, have better things to do ...
This episode has been twisted by some to mean that we are not allowing non-Muslims to enter mosque/surau.
I see no problem with our non-Muslim friends visiting a mesjid. But observe the dress code ok. And do you have to make your speech near the mimbar?
That's what gets my goat.
I read that the Pas people are cool with this woman, attired as such, berdiri di saf hadapan.
So Pas-types, don't hiss if a Malay Muslim woman shd choose to do the same. Except that we won't, cos kita tau adab.
EveHawa
Mengenai soal haid, benda ini applicable utk org Islam sahaja kerana hanya org Islam yg percaya dosa Dan pahala. Kalau org islam datang haid dia tak masuk masjid kerana dia takut dosa, pada org yg bukan Islam Kalau kita tanya dia sedang dlm haid atau tidak, Kalau dia tipu kita pun takan kita nak pergi cek kemaluan dia
Sak, whether its contribution from the government ruled by BN or Pakatan, its still the rakyat's money. Its not money that belongs to UMNO or DAP. The government, be it Federal or State have an obligation to help every religious group. Once in a while, the UMNO mentality takes the better of you.
Dato Sak
You, as a politician, missed an important point .
That money for the surau is NOT DAP money, is NOT Pakatan money and is NOT MP Serdang's money.
It is TAX-PAYERS money... it is govt money.
So I think you suddenly became unnecessarily partisan.
We all remember the famous quote from PAS in Kelantan reminding the Kelantanese voters when UMNO and Mahathir came with sack loads of cash, bicycles, kain songket and subsidi baja, zinc roofs etc.
PAS basically told the Kelantanese rural Malay voters, "Ambil duit into diberi olih Menteri-menteri UMNO. It bukan duit UMNO atau duit Mahathir, Itu duit kerajaan. Itu menasabah rakyat terima duit dari kerajaann persekutuan. Itu tidak kena mengena dengan siapa nak bagi undi. Tak salah dalam agama kalau rakyat ambil duit kerajaan UMNO tapi undi PAS.
I don't think your perspective of the surau issue is helpful.
But I agree, the fault likes with the surau committee for not advising the Serdang MP adequately on the dress code when they invited her into the prayer area.
So the condemnation of MP Serdang, being a non Muslim is totally misplaced and it became obvious UMNO politicians including Hishamuddin Hussein made that into political capital.
However, it seems Ibrahim Ali and people like Khairy and Hishamuddin and the prejudiced editors of Utusan Malaysia were made to look like fools by Islamic scholars and commentators.
To condemn the Muslims as "tak ada maruah" in the surau for asking govt funds to repair/build the fence is certainly uncalled for, especially in this holy month of Ramadan.
Sorry, Dato Sak, you bark at the wrong tree on this issue.
Salam Ramadhan Saudara/i,
Kalau betullah duit untuk bina PAGAR adalah duit kerajaan negeri kenapa wajib diadakan upacara penyerahan secara lansung? Kenapa tidak saja diserahkan saja peruntukan berkenaan menerusi akuan surau?
Contohnya, masjid ditempat saya pernah mendapat peruntukan berpuluh ribu ringgit dari pihak kerajaan negeri (tak perlulah disebut kerajaan negeri mana), iaitu untuk membina ruang sembahyang tambahan. Wang berkenaan terus dimasukkan ke dalam akaun masjid. Tidak ada majlis tazkirah. Ini bermakna AJK masjid tidak perlu duduk terhingguk-hingguk untuk mendengar celoteh itu dan ini.
Sebaiknya derma atau sumbangan yang diberikan biarlah ikhlas iaitu tidak mengharapkan balasan dalam apa jua bentuk seperti publisiti murahan, sokongan politik dsbnya. Kalau pun mahu dihebah-hebahkan jangan pula dibuat lebih dari sepatutnya.
Dari sudut keagamaan, tangan yang diatas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah. Yakni, dari segi imej, imej tangan yang di atas ditanggapi sebagai lebih mulia dari tangan yang di bawah.
Justeru apakah kerajaan negeri berkenaan sedang berdepan dengan masalah imej? Kalau pun imej kerajaan negeri telah merudum susulan pembongkaran pelbagai salah laku moral dan penyelewengan dalam pentadbiran, usahlah gunakan pendekatan berbentuk 'matlamat menghalalkan cara' untuk memperbaikinya.
Apapun setiap rumah ibadat berhak menerima wang bantuan dari mana-mana individu, pihak swasta mahu pun kerajaan. Itu bukan isu. Isunya ialah peraturan yang perlu dipatuhi. Isunya ialah kesamarataan. Bayangkan kalau ada seribu orang yang memberikan bantuan dan kalau kesemua mereka (seribu orang tadi) menuntut kesamarataan (dilayan seperti Nie Ching), mampukah mereka (pengurusan surau/masjid) memenuhi tuntutan sedemikian?
Akhirulkalam, tidak salah menjadi 'liberal' dan terbuka demi untuk menyesuaikan diri dengan keliberalan dan keterbukaan rakan dan taulan tetapi simpanlah sedikit nilai yang dulu-dulu itu -- perasaan malu.
MUKMIN ATAS PAGAR
1) zaman Rasul SAW pernah mendoakan Saidina Umar ra yg ketika itu masih kuat menentang ajaran Islam
2) kalau kita nak tulis artikel pun, biarlah dgn ilmu. Kalau ilmu agama tak ada lepas tu mengulas,,,akibatnya tertongenglah...
3) yg ada kepentingan pulak mengulas, lagi huru hara...
4) jangan sesekali kita jerat diri kita dalam kelompok MUNAFIK... kalau kita mengaku Islam, mesti benar2 sokong Islam, jgn sokong separuh2 (kena kat batang hidung tolak, kena dgn anak tekak ambik)
5) Datuk dah bersara dari politik tu dah lah... usia makin tua, kubur kata mari... selamat ke rasanya azab kubur? selamat ke perhitungan hari akhirat? Pemimpin akan bertanggungjawab atas apa sahaja kepada orang bawahannya.
Melayu dewasa ini:
1. Politikawan bukan Melayu buat 'derk' kalau NGO mereka tuntut itu dan ini.
Anehnya.
Politikawan Melayu tanpa segan silu cabar NGO Melayu (yang perjuangkan isu Melayu) secara terbuka ke pentas debat.
2. Politikawan bukan Melayu tidak pejamkan mata kalau agama mereka tidak dihormati (isu kepala lembu, isu gereja rentung dsbnya).
Anehnya
Politikawan Melayu sanggup buat apa saja buat pihak bukan mukmin meskipun isunya melibatkan pencemaran agama sendiri.
Ini hanya secolek dari kekeliruan yang bersarang di minda Melayu. Banyak lagi yang boleh ditulis tetapi buat masa ini apa yang boleh disimpulkan ialah: biarkan, biarkan.
Kah...Kah...Kah
One word..."politic".
Anon, 1 September 2010 20:23
"This issue has been politicised. Nothing more nothing less. Not worth discussing and wasting time."
Komen saya:
Janganlah disebabkan ketaksuban seseorang terhadap parti politik membuatkannya lupa bahawa politik bukan semata-mata mengenai rasuah pasir atau penyelewengan kepala surat semata-mata.
Politik sepatutnya merangkumi semua aspek kehidupan. Kalau keperibadian, kehemahan, kesantunan dan kepatuhan kepada adat dan budaya mahu dipandang sepi semata-mata kerana mahu membela tokoh pujaan hati maka teruskanlah! Lagi pun apa yang manusia buat, itulah yang manusia dapat.
Akhir kata, apakah membuang masa dan tidak berbaloi membicarakan isu yang bersangkut paut dengan hal kehidupan (agama, moral dan etika) walhal kalau isu itu dibiarkan berterusan bakal menjejaskan hubungan baik sesama insan berlainan agama?
Menerima pemberian dari orang kafir adalah satu bentuk muamalat yang baik yang mana Allah telah disebut dalam ayat berikut:
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ"[الممتحنة:8]
“ Allah swt tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.” -AlMumtahanah ayat 8.
Menerima pemberian dari orang kafir adalah dapat mengurangkan kejahatan mereka di muka bumi.
KESIMPULAN: HARUS MENERIMA SUMBANGAN DARI ORANG KAFIR UNTUK PEMBINAAN MASJID, inikan pula untuk pagar surau....
Sir,
Yet again your argument is weak and your reasoning flawed. It's as if a different person writing these post. Not the usual AK47 that I'm used to.
But I won't begrudge you for reverting back to your former UMNO self since that's who you are. All the best to you Sir and I wish you luck if you are picked as a candidate in the next GE in whichever constituency UMNO deemed opportune to have you stand for.
Salam.
Nick.
saudara2 pengomen,
lihat lah bagaimana isiu ini di bahas dari sudut aspek yang insignifiken iaitu berkisar di keliling peribadi ah moi ini.
isiu pokok yang saya bawa disini iaitu kemunduran dan kemiskinan umat Islam yang di lambangkan melalui meminta sedekah dari pihak yang lain, tidak di bahaskan.
kedhaifan umat Islam secara umum tidak juga di kupas oleh para pengomen.
semua orang mempertahankan pegangan kepartian mereka dan oleh kerana itu anggap semak itu suatu belantara yang besar.
harap maaf- most of you are talking bull. i am more interested to open debate on the causes of th erelative backwardness of the Muslims/Malays here. we could have open up debate on the Maaly leadership, Malay/MUslim culture of development etc. instead you have chosen to confine yrselves to ideologically driven arguments.
Saudara-saudari sekalian,
Inilah cabaran Islam menghadapi hidup bermasyarakat majmuk, sekarang lebih kompleks sifatnya dari zaman Nabi di Madinah dulu. Sepatutnya kita menghadapi permasalahan ini dengan daya intelek yang tinggi tetapi kita lebih memperlihatkan pertelagahan dan percakaran sesama Islam. Orang bukan Islam pun ketawa. Lihatlah bagaimana politik dah mengatasi segalanya.
Pada pendapat saya, dalam isu ini, kalau elemen dakwah dan penyebaran Islam mengatasi aspek yang dikatakan pencemaran surau/masjid, kita beruntung sebenarnya, jgn sampai org bukan Islam menjauhi diri dari elemen-elemen Islam. Tak payahlah nak cakap pasal nak jaga martabat dan maruah kalau pemimpin2Islam sendiri tak dpt bersatu dalam isu yang mudah sebegini...kan politik dah mengatasi segalanya!
salam ramadhan
isunya di sini adalah seorang MP menyalurkan bantuan kepada penduduk di dalam kawasan parlimennya.
MP tersebut mendapat dana dari kerajaan samada negeri atau pusat.
sebelum ini pun dah banyak MP bukan Islam dari BN menyalurkan bantuan kepada penduduk di sekitar kawasan parlimen mereka.
tak perlu dihebohkan tentang kedayusan dan kebangsatan kerana bantuan tersebut datang DANANYA dari kerajaan.
saya orang muda mungkin tak dapat nak memahami sangat kekecewaan dato pasal dato orang yang lebih lama hidup dari saya
oldzschoolz.blogspot.com
Sak,
Saya pun tak berapa faham sangat isu ni. Non-muslim tak boleh masuk masjid nak beri sumbangan, ucapan, etc, tapi pelancong boleh pulak masuk masjid negara ambik gambar, jln-jln... yg pakai skirt @ seluar kena pakai jubah takde pulak kena pakai tudung. Ni semuanya nak cari isu politik murahan.
Sudah-sudahlah..
Paya Besar
Dato Sak, you said, "...most of you are talking bull. i am more interested to open debate on the causes of th erelative backwardness of the Muslims/Malays here."
But you chose a wrong example and wrong situation to highlight your concern.
Surau authorities asking for taxpayers funds to help repair a fence? What's wrong with that? It has nothing to do with "Malay backwardness" or "minta sedekah dari orang lain". I would have thought the surau authorities were exercising their rights as citizens of this country.
It is indeed a very narrow political view, for any decent minded Malaysians, to project the idea that differentiate the Serdang MP as "orang lain" simply because she is a woman and a non Muslim, and she came from a mostly Chinese party, DAP, and the selangor govt is from Pakatan Rakyat, and the recipients of the taxpayer money for the surau are MUslims.
Such thinking would come as no surprise from PERKASA and Ibrahim Ali. I least expect coming from you, Dato Sak... least of all.
I support the surau authorities in this, simply because they were asking for taxpayers money from the Serdand MP for a good cause, unlike those UMNO cronies siphoning taxpayers money to enrich themselves and their families.
brader, your entries are not even academic pieces, so don't expect too much from the comments!
Salaam Dato',
Ramai org berhujah mengenai isu MP bkn islam masuk surau ni. Tapi pendekatan dato nk bahas mengenai kemiskinan umat islam melalui isu ni agak tersasar. Sebabnya pengomen2 ni semua tak berminat dgn apa yg dato nk bahas. Diorang ni lebih berminat nak ckp psl hukum dan ada yg menyamakan dgn kebenaran pelancong bkn islam memasuki masjid di putrajaya. Padahal kat masjid putrajaya tu disediakan baju tutup aurat dan hanya lebih kurang 20 meter laluan berpagar yg siap dilapik dgn kain khas supaya bkn islam tak pijak karpet solat. Itulah cara yg betul dan tak menimbulkan kontroversi. Apalah spesel sgt MP tu sedangkan wanita muslim yg dlm haid pun dilarang masuk masjid. Tapi biasa la manusia kalau dh hati tertutup memang akan menegakkan benang yg basah. Saya rasa Dato adalah seorang blogger yg amat terbuka dan memberi pendapat yg adil tidak menunjukkan taksub. amat tandus org mcm dato kat malaysia ni.
Tak sangka pulak sak ni boleh emo hal-hal wanita bukan Islam masuk masjid.Saya suka komen-komen di sini.Ini menunjukkan orang Malaysia boleh berfikir lebih dari ahli-ahli politik yang ada.Masih relevant.
Mengapa samurai siam kita ni tak boleh berfikiran terbuka? Kurang sugar ke bulan puasa ni? Bagaimanapun syabas sebab sediakan ruang untuk perbahasan yang sihat di sini.Para pengomen, teruskan luahan rasa anda.What we go through here is a process of building or re-building a nation, an attempt to bridge an understanding of our differences.Don't feel bad.But jangan benci membenci.Itu Allah tak suka.
Ini bukan masalah besar pun,cuma saja di perbesar-besarkan dengan alasan maruahlah kononnya.Maruah umat Islam dan umat Melayu khusus nya sudah lebih jauh tercemar disebabkan oleh hal lain berbanding dgn soal ini.Orang bukan Islam masuk surau Islam jadi tercemar tapi umat Islam berbaris di kedai ekor dan jadi GRO, maruah Islam tidak tercemar ka?.Pemimpin pemimpin Islam ramai yg kaki pompuan dan kaki rasuah,maruah Islam tidak tercemar ke ?.Ramai orang Islam dan pemimpin Islam yg tak pernah jejak kaki ke surau,maruah Islam tidak tercemar ke?.
Bagi saya dalam soal ini maruah umat Islam seluruhnya tidak tercemar,tapi yg tercemar adalah maruah pemimpin Islam yg sepatutnya mendahulu YB DAP tersebut utk turun ke surau berkenaan,tapi tidak berbuat demikian.
To the non-Muslims here,
Don't get unduly alarmed by some of the opinions expressed here. In the main they do not really represent mainstream Islam.
Water always finds its own level.
Have faith that with the internet, with blogs such as this, thoughts are clarified, beliefs are challenged, etc and a time will come when truely islamic teachings free from tribal influences will surface.
I remember a time before the internet became commonplace, when my neighbour, a really alim lady refuses to allow her daughter a doll as the 'malaikat will not enter such a house'.
Today, 15 years on, her grandchildren plays with dolls openly.
Salam Dato,
Intipati artikel Dato adalah 'apa perlu kita mengemis pada bangsa asing'.
Orang Cina & India tidak pernah minta bantuan MP atau kerajaan bina tokong @ kuil.
Ini masalahnya orang Melayu. Semua barang di beli di kedai bangsa asing. Yang untung siapa?
Tahukah umat Melayu/Islam bahawa keuntungan itulah yang mereka guna bina kuil & tokong mereka.
Dato yang ada ijazah ekonomi patut ambil inisiatif lakukan kempen beli barangan Muslim/Melayu.
SALAM PEMBLOG,
MASJID DAN SURAU DIBINA MENGGUNAKAN DUIT ZAKAT. OLEH ITU PERSEPSI YANG MENGATAKAN PEMBINAANNYA MENGGUNAKAN DUIT CUKAI DARI ORANG BUKAN MUSLIM ADALAH TIDAK BETUL. INI KERANA WANG CUKAI YANG DIBAYAR OLEH BUKAN MUKMIN BELUM TENTU SAHIH STATUSNYA DARI SEGI AGAMA. SIAPA YANG BERSETUJU DENGAN PERSEPSI SEBEGITU HANYA MENAMPAKKAN BETAPA FANATIKNYA MEREKA DENGAN DAKYAH POLITIK KEPARTIAN HINGGA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN TUNTUTAN AGAMA, TUNTUTAN SAHABAT DAN TUNTUTAN POLITIK.
Anti-Munafik
kenapa UMNI bina Masjid Kristal sampai orang langsung x boleh sembahyang dalam tu ??
Bodoh sangat ker buat masjid orang x boleh solat Jumaat. Suruh orang yang luluskan benda2 macam ini pegi mampus.
Pi LAH BUNUH DIRI. Bodoh punya UMNO pariah.
"Tuanku Mizan bertitah, walaupun Masjid Kristal dibina bukan untuk tujuan solat Jumaat, tetapi pembinaannya adalah sebagai pelengkap kepada konsep dan tujuan pembinaan TTI itu sendiri. -Berita Harian Online.
Sudah ada bukti bahawa 'bangunan' ini tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat. Persoalannya: Mengapa masjid ini tidak boleh digunakan untuk solat Jumaat??
Jadi, untuk apa bangunan ini dinamakan Masjid? Bukankah masjid fungsinya untuk solat termasuk solat Jumaat. Mengapa tidak dinamakan saja bangunan ini 'Tugu Peringatan Tamadun Islam?'. Jika sekadar menjadi 'latar belakang' para pelancong untuk mengambil gambar, elok saja dinamakan bangunan ini sebagai tugu. Paling tidak pun, tukar nama kepada 'surau' saja. Surau Kristal.
Saya mendapat maklumat, masjid ini hanya diguna untuk solat fardu saja. Tiada solat jumaat. Kerana apa?? Kerana masjid ini terletak di pulau. Tiada orang yang mahu bersusah payah ke pulau semata-mata untuk solat Jumaat. Dan saya juga tak pasti sama ada ada penempatan atau komuniti penduduk di pulau itu.
Tiba-tiba saya teringat kisah Masjid kg Bujal satu tika dulu. Antara alasan masjid itu dirobohkan adalah kerana tidak ada solat jumaat. Dan mereka juga melabel bangunan itu sebagai surau saja. Bagaimana pula status Masjid Kristal? Bolehkah dirobohkan juga atas alasan tidak ada solat jumaat dan tidak akan ada orang yang akan bersolat di situ melainkan untuk mengambil gambar saja..
Hairan juga, projek yang belum siap sepenuhnya sudah dirasmikan dan dicanang di sana sini. Kenapa ya?
Di Tulis Oleh AlongSafa at 10:20 PM "
dato'
saya nak tanya satu je. dato' org kuantan, berapa banyak surau-masjid di daerah kuantan tu yang terima duit bantuan PERIBADI dato lim ah lek masa dia jadi ahli parlimen di situ?
tolonglah dato', isu yang takda apa-apa pun dato' nak jadikan polemik besar.
janganlah rendahkan dan sempitkan fikiran 'orang melayu' yang dato perjuangkan itu.
dan janganlah juga rendahkan mutu blog dato sendiri, yang secara peribadi saya, amat banyak mutiaranya yang boleh dimanfaatkan.
orang pahang cakap, toksohlah buat koman gitu.
salam dan selamat berpuasa.
Pemblog,
Saya kagum dengan orang Cina kerana berpegang teguh pada adat dan budaya waima di mana saja mereka berada. Mungkinkah ini salah satu sebab kenapa mereka dapat membentuk komuniti sendiri meskipun berada jauh di perantauan? Harap Datuk tolong ulas lebih lanjut.
welcome to the age of 'politically correct islam'
mana satu yang betul? a. salah b. pun salah
kesian lah semua
they're baiting you and u keep biting?
the enemy is 6 steps ahead why so stupid one?
Sebagai peminat blog ini....artikal kali ini paling teruk dan tak bernas langsung. Seolah2 tidak ditulis oleh Datuk SAK....
Celoteh Datuk amat melucukan dan kadang2 menjengkelkan..
"potong hidung" etc...maaf cakap-macam bengap jer
Post a Comment