Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 4 August 2010

UMNO eksyen ke tidak?


Alif Ba Ta atau ABC perjuangan UMNO ialah Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya rasa tidak ada parti politik yang merumuskan cita cita dan kehendak orang Melayu lebih baik daripada yang telah di lakukan oleh UMNO. Kerana itulah, sokongan orang Melayu kepada UMNO semenjak 1946 sentiasa lebih kurang kekal. Pada saya ini bermakna UMNO tidak akan fana dan hilang daripada fikiran orang Melayu.
Hanya, sejak kebelakangan ini, sokongan tersebut tidak lagi mutlak dan di beri tanpa persoalan. UMNO sepatutnya di sedarkan mengenai perkara ini terutama setelah mala petaka politik PRU 2008. Masaalah nya, UMNO tidak banyak sedar.
Pimpinan dan ahli nya berterusan memikirkan bahawa sokongan Melayu kepada UMNO adalah mutlak dan di beri tanpa syarat. Ini lah kesilapan asas UMNO yang menyebabkan parti UMNO eksyen. Pemimpin atasan eksyen, ketua bahagian eksyen, AJK bahagian angkuh, ketua cawangan sombong, ahli bongkak. Hanya kerana kita UMNO, kita nak buli orang lain. Lama sangat kena buli dan kena tekan, orang sudah ajar kita dalam PRU 2008. Nasib baik tidak kalah semua. Kalah teruk pun, seperti sudah kalah semua.
Masaalah kedua, ialah orang UMNO masih tidak sedar. UMNO semacam ada fikiran bahawa- tak mengapa, Melayu ni akan kembali kepada kita semua. Tengok lah.
Dua masaalah inilah yang menyebabkan UMNO eksyen. Eksyen sebab mereka berfikiran tidak perlu buat apa apa selain mengistiharkan mereka UMNO dan memikirkan sokongan Melayu datang secara otomotik. Maaf, TPM Muhyidin, jika dua kesilapan ini masih ada, UMNO itu di pandang orang ramai sebagai eksyen. Muhyidin macam pekak dari mendengar bahawa, sekarang ialah musim orang tidak sukakan UMNO lagi. Cakap pemimpin UMNO tidak di percayai, parti UMNO di perlekehkan, ahli UMNO di lihat tidak lebih daripada mamat penagih kontrak dan penerima imbuhan dan habuan. Kamu ingat kamu UMNO, maka kita ini semua berhutangkan kehidupan ini dengan kamu?
Tapi inilah sikap yang di pamirkan oleh UMNO keseluruhan nya yang menyebabkan orang kata parti UMNO eksyen. Mereka ingat kita ini berhutangkan hidup ini kepada mereka. Pada PRU 2008, majoriti orang Melayu telah berkata- pegi dah!.
Maka saya berharap apabila TPM Muhyidin berkata parti UMNO kita tidak esyen lagi, ianya bererti bahawa pimpinan dan ahli UMNO jangan take for granted yang orang Melayu akan sokong mereka secara otomatik.
Ianya tidak lagi otomotik. Sokongan tidak lagi datang bergolek dan secara mutlak dan tanpa syarat lagi. Tidak esyen, saya harap bererti pimpinan UMNO dan ahli UMNO sedar bahawa lebih banyak mesti di buat daripada hanya melaungkan Agama, Bangsa dan Tanah Air, atau Melayu itu dan Melayu ini. Bagaimana kita mengurus dan menterjemahkan ABC perjuangan UMNO itulah sekarang ini yang menjadi pertimbangan dan di adili oleh orang Melayu.
UMNO eksyen jika ingat orang Melayu ini bapak mereka punya dan orang Melayu akan mesti dan wajib sokong UMNO kerana jenama UMNO itu sendiri. Realitinya, hari ini, orang akan sokong UMNO bila mereka mengadili perbuatan dan kemampuan UMNO berbakti kepada masyarakat.
Dulu, keadaan nya lain. Prinsip perjuangan Alif Ba Ta mampu meyakinkan bahawa UMNO adalah wadah yang terbaik untuk mencapai matlamat matlamat tersebut. Semenjak UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, saya tidak fikir ABC ini bertukar. Jadi saya tidak fikir pula, sokongan orang Melayu yang berkurangan kepada UMNO disebabkan orang Melayu sudah kurang atau tidak percaya kepada prinsip perjuangan asal UMNO. Prinsip2 terebut bersifat kekal.
Bahkan boleh pula kita katakan ABC tersebut ada bersifat sejagat yang di fikirkan oleh setiap orang Melayu dalam negara ini. Jika ia bersifat universal atau sejagat, ini bermakna, tidak ada mana mana parti politik pun yang bolehmendapat hak milik kekal keatas nya. Apa yang mereka ada, pada mana mana ketika dan masa, ialah hak milik sementara keatas prinsip tersebut. Tempoh pemilikan keatas nya bergantung keatas kecekapan dan kehandalan mana mana parti mengurus prinsip prinsip tersebut.
Kesilapan terbesar UMNO ialah berfikiran bahawa meraka ada hak milik kekal keatas prinsip perjuangan ini.
Jadi, di mana kita cari punca atau sumber penyebab penurunan sokongan Melayu kepada UMNO? Saya harap tidak ada orang UMNO bodoh sombong menidakkan atau enggan mengaku bahawa UMNO tidak lagi menjadi pilihan pertama orang Melayu sebagai wadah perjungan. Cuba kaji angka2 undian Melayu kepada UMNO dalam PRU ke 12 tahun 2008.
Setelah PRU 2008, UMNO nak kata mereka mewakili orang Melayu pun susah. Izinkan saya beri sedikit fakta.
Calun2 UMNO dalam PRU 08 telah mendapat 2.38 juta undi dari pengundi. Calun UMNO semesti nya semua Melayu. Namun undi kepada mereka bukan semua datang dari pengundi Melayu. Dari jumlah tersebut, kita tolak lebih kurang 380 ribu penggundi bukan Melayu sebab. Ini bermakna, calun2 UMNO yang semesti nya Melayu itu hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. Ahli kita sahaja sudah lebih dari 3 juta. Bererti calum UMNO pun di tolak oleh ahli UMNO dengan cara sama ada mereka tidak mengundi atau tidak keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi Melayu dalam PRU 2008 pula ialah 5.7 juta. Ini bererti 3.7 juta orang Melayu menolak calun UMNO dan menolak UMNO.
Bagaimana UMNO tanpa malu muka nak mengaku, mereka pejuang orang Melayu nombor satu? UMNO tidak berjaya meyakinkan ahli mereka pun.
Punca yang kita kena cari ialah bukan label orang itu liberal atau tidak liberal, tapi cari kenapa keyakinan orang Melayu termasuk ahli UMNO merosot?

27 comments:

Anonymous,  4 August 2010 at 09:42  

Salam Dato',

Saya diberitahu trend baru dalam UMNO sekarang, pemimpinnya mahu dilihat lebih Islamic. Dalam artikel Hishamuddin Rais pun ada sebut tentang doa pembukaan yang berjela-jela. Anak-anak saya dulu pernah ambil bahagian dalam pidato. Kata mereka salutation yang berjela-jela itu perlu untuk menghabiskan masa dan mereka tak payah beri isi terlalu banyak. Adakah ini taktik yang sama digunakan oleh pemidato-pemidato dalam siri kempen Selamatkan Selangor? Anyway, I was told hal ini juga dipraktikkan oleh UMNO sponsored NGO. Sebelum makan, doa. Habis makan, doa. One thing yang belum berubah: Makan tak nak bayar sendiri. In short, budaya 'semua tanggung beres' itu masih dipupuk dan dibaja. I am concerned bcos this happens among the so-called 'youth' and these people bukannya Mat Kilang or Mat Rempit.

The other thing yang membuatkan orang muak is the wives. Lebih sudu dari kuah. One Wanita UMNO friend once remarked: Isteri orang PAS dress so simply. Low maintenance. Secara zahir tak ada sebab kenapa suami nak rasuah. In politics, perception is everything. Dalam program penutup rancangan Imam Muda, saya tengok Menteri yang baru tu pun dah pandai pakai songket harga beribu. Saya beli juga songket harga beribu for my hubby but it has all colours of the rainbow. Pakailah baju warna apa, guarantee boleh match. And he has been earning a 5 figure salary dari zaman Tok Kadok lagi. Songket Pak Menteri tu hanya 2-tone and almost all his functions require him to wear baju Melayu. Itu menteri jaga agama!

-MAKORANG-

Anonymous,  4 August 2010 at 09:52  

Salam
Dato,saya tak menjadi ahli mana mana parti politik. Tapi apabila melihat BN makin eksyen dibawah pemerintahan DR MAHATHIR, saya mula beralih kepada parti pembangkang, tak kira sama ada calun nya Melayu atau tak. Baca aja statement DR MAHATHIR atas isu terkini,beliau boleh memberitahu pemberita, tak semua hal PM tahu. Adakah DATO fikir statement seperti tersebut akan dikeluarkan oleh seorang peminpin seperti beliau. Nampak gaya nya PRU 13 ramailah yg akan mengundi pembangkang. Apa pendapat DATO

schenker78 4 August 2010 at 10:14  

dato sak,

pendapat mengenai pengundi tu betul, tapi ada juga melayu UMNO yang mengundi calon2 BN yang bukan UMNO masa GE12 di kawasan2 tertentu....kena ambil kira itu jugak...

saya rasa kalau ambil kira umno melayu yang mengundi BN akan menjadikan pendapat kamu lebih tepat .....

PH Chin 4 August 2010 at 10:57  

Dato'

Selamat pagi.

Dalam pandangan kebanyakan kawan-kawan saya, UMNO memang di anggap eksyen.

Sebab-sebab yang diberi adalah ucapan-ucapan pemimpin UMNO terutamanya DPM.

Jebat 4 August 2010 at 11:17  

Assalammualaikum,

Saya amat bersetuju dengan Dato' Sak dalam perkara ini.

UMNO masih belum sedar bahawa majoriti rakyat Malaysia dan Melayu khasnya tidak lagi mempercayai UMNO.

Terhakisnya kepercayaan rakyat ini adalah kerana UMNO telah kehilangan arah prinsip perjuangan dan identiti nya.

Penentangan dan kebencian rakyat terhadap salah guna kuasa dan korupsi adalah satu sikap bernilai global. Ianya bukan lah sikap yang berdasarkan perkauman atau pun keagamaan.

Jawaban kepada persoalan Dato Sak' ialah, Ya! UMNO masih eksyen!

Yang ikhlas,
Man Jebat

Anonymous,  4 August 2010 at 11:33  

Ok, talking about the alif-ba-ta ABC of Umno, lets debate on the moot point, is Umno still relevant in defending such principles as the defenders or bulwarks for only the Malays at large?

It was in the past, during the colonial era and in WWII, Malay as a single ethnic group were trying to defend their property, land, religious and cultural relics against the exploitation of the invaders, hence they needed the protection of a very strong political power bloc which is then UNMO came into serving the purpose.

Whereas the Chinese they were doing business in the urban area would have counted on some aggregated powers amongst their own clans thus to survive from the looting and raping of the most cunning British and the demonic Japs invasion!

Since independence, there is no more of such threats and no more alien invaders. The peoples of Malaysia have consolidated to a solid and almost unshakable Nation in terms of its solidarity, socio-econo strength fully propped up by all the nationals intransigent to any outside interference and foreign infringement!

The whole country was in peace mode and prosperity at one time free from any invasion. We have no worry about the lost of land title to any colonial powers. We have no worry about any militia would come and rob our estates any more. Everybody in the world knows that we are a pluralistic society and only Malaysian is the race. No one in the world did not disagree to the fact that Islam is our national religious emblem solid casted in the book without it derogating other communal interests and religious belief, though. Hence preserving an image of a secular State!

Only Umno is till in the mode of hibernating and retrospective!

When they cannot find any outside intruders or invaders, they are still in the hallucination of finding a phantom enemy and fight an illusionary war in the 'virtual reality' within an already peaceful Country which they supposedly to call for a unity of efforts and strengths to develop and advance the resource rich Country.

A distinguished Status of the Nation in the world village is supposedly their main task to excel it and to be responsible for it as the predominantly caretaker of the Country under their charge!

Did they do it?! Or they are merely good at pointing their guns at the scapegoat minority ethnic group creating a cold war since they have no better work to do?!

All the rakyat would have asked the same question.

After so many decades had past and should Umno is still unable to answer the only question in all the hearts of the decent rakyat, do you think that it's still a relevant Party which shouldn't give chance to another more capable Party for a trial? With anticipated better governance as have been witnessed in the several so-called the PR ruling States?!

After all, the Nation is not owned by Umno. It's all the Rakyat's property.

Better bear in mind that!

Anonymous,  4 August 2010 at 11:55  

Mana UMNO tidak eksyen bila pemangku presiden cakap eksyen begini? Tak ada bukti, tak adak contoh, cakap cakap itu eksyen lah..

Anonymous,  4 August 2010 at 12:26  

Tengok, mana ada nak komen ttg ini Bro. Jikalau nak tau sebab nya, simple sahaja. Non Melayu eksyen. Eksyen peringkat amat tinggi hidung. You dok kata umno eksyen, bukan eksyen, orang besar besar umno Seperti Bro ini, sudah kena tipu oleh non malay semenjak merdeka lagi. Buat business asyek kena tipu, ini lah dia menjaga negara bukan 100 peratus business, tetapi bila memerintah nak share perintah tidak boleh.M

Quiet Despair,  4 August 2010 at 12:30  

Salam Sak

Kita Melayu memang eksyen sikit. Kita endi sikit, kalau ikut loghat Pahang. Tak heranlah UMNOpun eksyen.

Ada bisnes sikit, mesti kereta besar, pejabat besar. Pandai sikit macam jalan atas angin. Itulah penyakit kita - suka tayang.

Tapi tak tahulah pulak tentang sombong, bongkak atau angkuh. Tentu saudara semasa menjadi ADUN dulu tidak mempunyai ciri- ciri itu.

Cuma kita ada kuasa. Jadi adalah sikit daulat. Nampak macam stand-offish, jadi rakyat takut hampiri.

Blame it on our feudal system, a carry-over of colonial days.

Tapi UMNO dah tak nak eksyen lagi dah. Najibpun bak kata orang Pahang tersongkok-songkok nak mengambil hati kaum lain.

Jadi kita kenalah bersama-sama UMNO yang cuma memperbaiki imejnya.

Memang gah UMNO ni kerana memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair.

Kecantikan UMNO yang tiada pada parti lain ialah membahagikan sama rata spoils of the nation. Malah ramai tauke India dan Cina yang jadi billionaires berbanding dengan anak watan.

Pada hemat saya agama dan tanahair, tidk terhingga sumbangan UMNO.

Tapi yang kena dititik-beratkan bangsa. UMNO perlu kembali kepada basics iaitu mempertahankan bangsa Melayu dan menjaga kepentingannya.

Kita sekarang tak tahu apa itu slogan 1Malaysia? Bukankah kita memang Malaysia sejak 1963?

Adakah IMalaysia bermakna haram disebut kita ni Melayu seperti yang sering dicanangkan oleh bangsa lain.

Aisayman, bro, ini nak kena tukar perlembagaan UMNO nampaknya jadi United Malaysian National Organsisation.

Nampaknya Najib dan RTM sahaja yang salam IMalaysia. Kita semakin menebal perkauman kia.

So Najib must organise Obama town-hall like meetings with the people to make us understand what is 1Malaysia all about.

Jika tidak ia menjadi omokan dan akan menyebabkan orang Melayu tak berselera lagi dengan UMNO.

Do it fast before Najib go to the polls.

Anonymous,  4 August 2010 at 12:40  

umno memang eksyen...suka guna bangsa dan agama untuk mengelirukan rakyat malaysia. umno tak suka jika semua rakyat malaysia bersatu. jika ini berlaku, tiada kuasa lagi kat mereka yang suka buat hal...dan juga mencuri....sungguh menjijikan.

schenker78 4 August 2010 at 12:43  

dengan label 1malaysia boleh buat batik, ketupat, nasi lemak besar...

Kalau sebelum 2009, malaysia ini ada berapa??10Malaysia ker sampai hari ini kena buat 1 malaysia.

Saya masih ingat semasa kempen di sibu, ada seorang perempuan Iban kat RTM menjerit 1 malaysia semasa PM Najib melawat rumah panjang (tanpa isterinya Rosma) sambil menunjukkan jari telunjuk umpama 1malaysia ditangan dan di hatinya terhadap PM kesayangan mereka, Najib TR. Najib tersenyum dan mungkin dalam hatinya berfikir, aku dapat memperbodohkan orang2 hulu kat sarawak ini lagi.....walaupun mereka x suka sgt Taib Mahmud ni

Anonymous,  4 August 2010 at 14:52  

salam Dato,
UMNO adalah UMNO,satu pertubuhan yang di warna warni oleh warga dan pemimpinnya.Saya telah hampir 2 dekad dalam parti ini,sebagai ahli,ketua cawangan dan AJK bahagian.Jelasnya,tiada perubahan ketara dalam apa jua situasi.members are took for granted.Sokongan di cawangan amat sedikit.Kalau tidak kerana kehadiran wanita/kaum ibu,banyak cawangan tidak dapat bermesyurat.Ahli lelaki yang datang beberapa kerat saja.lni berlaku dimana mana.Tapi pimpinan bahagian seolah olah tak mau tau.Arahan pada pemerhati bahagian dan ketua cawangan,pandai pandai sendiri untuk cukupkan korum.
sombong,bongkak atau eksyen ? memang bagitu ketera.Dari ketua cawangan,bahagian,YB hinggalah ke MB dan Menteri kabinet.Masa belum dapat jawatan,macam adik abang.DAh dapat salam hujung jari saja.Yang jadi MB dan menteri,kita tak ada harga langsung.Ada yang pura pura tak kenal.lni evolusi biasa dalam UMNO.Satu trend yang amat payah untuk diubah.
Saya dah mulai bosan dan sakit hati dengan senario bagini.cara terbaik ialah letak semua jawatan dan jadi ahli biasa saja.Munkin ini saya lakukan pada tahun pemilihan yang akan datang.Bukan kita tak sayang UMNO,cuma UMNO yang tak sayang kita.Pada mereka hilang satu suara di Bahagian tak ada impak.Tapi mereka lupa pada pengaruh satu suara itu.Saya 11 orang adik beradik + 11 orang ipar dan 20 anak anak saudara yang mengundi,jumlah 42 orang.lni belum lagi saudara terdekat dan rakan rakan di kampung,serta pekerja di syarikat saya.Secara rambang ada 400 orang pengundi yang dapat saya pengaruhi.Kita jangan menang sorak dalam UMNO tapi kecundang dalam PRU 13 nanti.
Pemimpin atasan terpaksa belajar menhargai dan mengambil kira jasa dan sumbangan semua ahli.Jangan pilih bulu dan mementingkan kroni sendiri.Kenyataan nya,masih ramai yang sayangkan UMNO,tapi terlalu kecewa dengan sikap dan perangai pemimpin pemimpin,baik di cawangan,bahagian,negeri dan Pusat.

bongbolabong,  4 August 2010 at 15:30  

kalau buat survey (merdeka center patut buat survey2 begini) kaki betina, kaki arak kaki judi kaki bedal kiri kanan tak kira halal haram dari kalangan orang melayu agak2 nya majoriti nya penyokong parti PAS ke UMNO?....

CDR,  4 August 2010 at 16:12  

Dato'

Perangai tak mengaku diri salah dan tak pakai nasihat orang ni selalunya bebudak kecik yang terlalu manja, selalunya jadi kera sumbang, tak ada orang nak berkawan. Kalau pemimpin UMNO menggunakan sikit akal yang dikurniakan Allah, rasanya masih sempat berubah, lainle kalau diaorang ni berfikir pakai kepala lutut ke kepala bawah ke ... macam yang saya selalu war-warkan, politikus yang tidak peka akan akhirnya jadi tikus je .... rakyat bukan bodoh, terimalah nasihat ikhlas dari kami, sebab kamilah yang melantik politikus, tanpa kami, maka jadi tikuslah mereka.

Anonymous,  4 August 2010 at 16:40  

Kesian pak najib.
Eksyen ni semua orang adala.Bukan UMNO je. Mana2 manusiapun lepas dapat jawatan egonya pasti bertambah.
Kat kampung2 tu totok PAS lepas UMNO kalah kat Selangor,
Kemain riak dan megah puak2 ni dapat conquer masjid. Habis pak2 imam lama di kesampingkan.

So its all about EGO brader.

takde kena mengena ngan UMNO @ PAS
naik lah PAS memerintahpun
selagi Akhlak buruk pengikut2nya tidak berjaya ditarbiah.


2x5 je la

regards
Amir BBS

Anonymous,  4 August 2010 at 17:34  

Salam Dato',

Sebenarnya apa yang patut pemimpin dan ahli-ahli nya buat adalah amat senang.

Kembalilah ke jalan Allah. Semestinya ABC yang di dahului dengan Agama iaitu majoritinya orang Islam atau muslimin juga muslimah mengikuti ajaran Islam.

Muhasabahlah berapa lama mereka yang berkuasa dan bertaubatlah pada yang terlibat dengan perbuatan salah seperti gila dan salahguna kuasa, rasuah, malas, tidak amanah, penyelewengan wang rakyat, opresi hak asasi rakyat dan banyak lagi.

Ingat!!! kita semua akan mati dan tidak akan menongkat langit.

Esok Allah s.w.t akan hisab dan seksa mereka yang tidak sedar, hentikan dan memperbaiki salahlaku mereka.

Saya penyokomng UMNO semenjak sekolah lagi tapi saya lihat UMNO sebenarnya tidak bersalah tetapi ahli-ahlinya yang lupa diri dan lupa mengenai perjuangan dan sumbangan yang sepatutnya mereka buat - bukan setakat hidup seperti lintah darat je nak jadi cepat kaya dan enjoy saja!!!

Sesungguhnya Allh memerhatikan apa yang semua hambanya buat, benda halal dan haram, wajib dan sunnah, serta fardhu ain dan kifayah.

Saya bukan ustaz atau nak berleter pasal ugama tetapi buatlah benda baik sebab Allah akan mengubah, menghancurkan dan menggantikan sesuatu bangsa dengan yang lain secara fizikal ataupun melalui kepimpinan yang lebih baik.

Nabi dan Rasul pun tak terlepas dari pemerhatian Allah s.w.t.

Sedarlah akan hal ini. Dunia ini fana! Yang kekal adalah Akhirat!!!

Buat baik masuk syurga, buat jahat neraka balasannya!!!

Kalau tak takut mati dan dah lupa agama - itu saya tidak dapat nak komen apa pun kecuali jawablah pada hari mati dan perhitungan kelak.

Wallahu 'alam bissawaab.

Muslim Melayu.

Anonymous,  4 August 2010 at 17:36  

"...Ini lah kesilapan asas UMNO yang menyebabkan parti UMNO eksyen. Pemimpin atasan eksyen, ketua bahagian eksyen, AJK bahagian angkuh, ketua cawangan sombong, ahli bongkak. Hanya kerana kita UMNO, kita nak buli orang lain. Lama sangat kena buli dan kena tekan, orang sudah ajar kita dalam PRU 2008. Nasib baik tidak kalah semua. Kalah teruk pun, seperti sudah kalah semua. ..."

Dato Sak

ABSOLUTELY ACCURATE.

There is one word in Bahasa to summarise above:

UMNO BODOH SOMBONG

Anonymous,  4 August 2010 at 18:21  

Sekarang Umno tak perlu keluar rumah lagi,tak perlu tunjuk pandai,tak perlu nak mengajar rakyat atau mengubah rakyat.Yang perlu Umno memperbaiki diri sendiri.Umno perlu beranggapan rakyat sentiasa betul yg salah adalah Umno itu sendiri,jadi berubahlah sebelum Umno di campak keluar.

Anonymous,  4 August 2010 at 19:01  

ABC UMNO sudah lama bertukar iaitu sejak mamak dari Kerala istihar dirinya sebagai Melayu tulen dan perintah Malaysia sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.Selama 22 tahun Malaysia di rogol oleh pemimpin UMNO. Segala sistem yang ada telah di hancur dan di rosakkan oleh mamk ini dan sehingga ke hari ini ia tidak mahu lepaskan genggaman keatas negara ini sehinggakan melemaskan Perdana Menteri hari ini. Ia terlalu tersesat dalam dunia nya demi untuk mempastikan anaknya menjadi PM selepas Najib. Itu lah impian nya sehinggakan ia gunakan katak Perkasa untuk pastikan Khairy di tekan dan dilemaskan.
Mana perginya biasiswa untuk pelajar Melayu/Bumiputra. Apa yang 'special' untuk anak Melayu hari ini.Tiada apa. So UMNO go to hell. Kita ada parti Melayu lain iaitu PAS dan PKR pun bukannya orang lain, Melayu juga.

Anonymous,  4 August 2010 at 20:49  

Dato Sak,

Alangkah indah dan sejagatnya ABC UMNO yang ditubukan tahun 1946 dulu.
ABC tersebut hilang apabila UMNO lama dibiarkan mati oleh TDM.

2. UMNO(BAru) sejak dari penubuhannya tahun 1988 dulu, tidak lagi mengamalkan ABC UMNO lama. Mereka telah mengamalkan CBA pulak.

3. CBA ni adalah lawan kepada ABC sebelum ini. CBA = Cepat Balun Ambik semua, pedulikan nasib bangsa melayu lain. Mereka hanya kita guna untuk alasan atau sebagai legitimasi untuk kita balun harta rakyat semahu kita.


bat8

Anonymous,  4 August 2010 at 21:56  

Macam mana tak eksyen tatkala kita berkuasa?Macamana tak eksyen bila kita ada pangkat,harta dan hak istimewa?
Macamana tak eksyen kalau kita hidup terus dalam penafian antara sedar dengan tidak?
Macamana tak eksyen kalau ada mentaliti "why change a winning formula?"
Formula yang sudah kasi serasi 53 tahun penuh seri .
Apa perlu nak tanya pada orang eksyen atau tidak bila jawapan sudah tahu
Yang bertanya tu pun mungkin dalam penafian kot.

anti JP,  4 August 2010 at 22:57  

Dato',

Minta jasa baik dato' untuk buka sub section untuk warga Maran berforum jugak. Maran ni nampak je kecil, tapi banyak jugak isu-isu setempat yang perlu perhatian MB dan seangkatan dengannya. Jangan sampai anak-anak muda yang baru jadi ahli umno ni berpaling tadah.

terima kasih.

Anonymous,  5 August 2010 at 02:06  

Salam Dato' Pemblog,

Pembangunan, pendidikan dan ekonmi adalah satu aspek yang apabila disampaikan dengan cemerlang akan mampu menarik perhatian umum dan diberikan penilaian yang positif.

Namun ada faktor lain seperti sosial, budaya, agama dsbnya yang apabila di amalkan dengan betul dan kena pada tempat dan masanya mampu menambah daya tarikan.

Dalam konteks sosial misalannya, meskipun baru berusia setahun jagung tetapi Pembangkang berjaya membentuk persepsi seolah-olah mereka adalah seumpama 'abang dan adik'. Begitulah akrabnya mereka pada persepsi umum.

Dari segi budaya, meskipun dalam sebuah parti itu rata-rata mereka memakai kopiah tetapi dalam kalangan mereka juga ada yang memakai songkok. Makanya dalam apa jua program politik, baik yang memakai kopiah atau yang memakai songkok, kesemua golongan terasa dialu-alukan.

Dari sudut pandang agama, sebagai contoh, hanya dengan berkata: "kami mahu meningkatkan hubungan dengan negara mukmin", presiden AS berjaya menambat hati mukmin serata dunia.

Begitu juga minat yang ditunjukkan oleh pemimpin muda pembangkang di atas pentas politik sudah cukup untuk seseorang yang berlainan agama diberikan penilaian yang positif.

Meskipun ketiga-tiga faktor tadi -- sosial, budaya dan agama -- nampak kerdil tetapi pada era pasca 2008, ia mungkin berubah menjadi faktor mega dan dengan itu tidak boleh dipinggirkan begitu saja.

ALPASIKU

AntiMunafik,  5 August 2010 at 04:05  

peh bila sebut je umno,pelagi traffic jam la,go to hell umno la,rakyat property la:)sebenarnya semua parti politik sama sahaja,rakyat ni sebagai bidak saja utk mereka mendapatkan undi dan kerusi..DAP,PKR,PAS lagi eksyen,tengok sikap dan perangai mereka,itu baru 5 negeri:)macam monyet dapat pisang,dasar pengencing rakyat:)

Anonymous,  5 August 2010 at 11:52  

Salam Dato,

Kalaulah UMNO menang dlm PRU13 nanti bayangla apa yg akan jadi kpd Melayu.
dlm keadaan sekarang pun UMNO cukup eksyen.Hancur kita......

Tinta Hitam 6 August 2010 at 12:02  

Salam Dato'

Saya dah lama melihat perangai eksyen UMNO ni.Semenjak 40 tahun dulu lagi.Skongan saya pada PR adalah dari pemerhatian ini.Sebenarnya UMNO tidak pernah berubah.Cuma skg makin teruk.kalu dulu rasuah juga tapi ambil RM1000,tapi skg RM1 billion.

UMNO bernasib baik sebab melayu ni agak lembab pemikirannya.Tidak kritis dan sentiasa beri sokongan walaupun merek sebenarnya tahu kekorupan pimpinan UMNO.

Cuma skg generasi yang menyokong membuta tuli tu dah makin pupus.Ini yg UMNO kelam kabut skg.Mereka tak mau improve sebab itu sifat semulajadi dia.Yg UMNO nak buat skg ialah bagaimana nak menghalang rakyat menyokong PR bukannyanya melihat kelemahan diri sendiri dan cuba memperbaikinya.

Saya berbangga kerana tidak menyokong UMNO

Anonymous,  4 January 2011 at 14:32  

salam dato
jangan terlalu banyak menyalah kan org lain kalau umno dah nak tumbang sebabnya dah lama melayu menyokong umno.. dgn penuh taat tapi ape yg org melayu dpt dari sokongan mereka selama ini melain kan pemimpin umno jugak yg semakin lama semakin kaya kemajuan yg di laung kan atau pendidikan yg di beri kan pada org melayu smpai sekarang org melayu tak kemana penuh dgn sendiwara tentang kejayaan org melayu hakikat nya tak mcm tu banyak yg pincang hingga kan pembelajaran dlm persekolahan pun masih haru biru dibuatnya oleh pemimpin umno sendiri.. dari tangga ke dua dlm kaum org melayu duduk di tangga ketiga jadi cuba la fikir fikir kan ape yg dah dilaku kan pemimpin melayu pada org melayu selama hari ini

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP