DEB dan keterunggulan orang Melayu
Apa yang sebenarnya, orang Melayu faham bila mereka bercakap mengenai DEB? Saya rasa faham mereka tidak lagi tertumpu sama ada orang Melayu menguasai 30% pegangan dalam syarikat yang di senarai, atau jenis jenis perniagaan tertentu ada 30% penyertaan Melayu. Saya rasa isiu nya lebih besar dari petanda petanda penyertaan dan penguasaan Melayu itu.
Yang utama lagi utama yang mereka faham ialah 'idea' yang di wakili oleh DEB. DEB bukan lagi di lihat hanya sebagai instrument kepada penguasaan dan penglibatan Melayu dalam ekonomi. DEB sudah merupakan lambang kepada kuasa orang Melayu. DEB sudah jadi lambang kepada keterunggulan bangsa Melayu itu sendiri. Betul, semua bangsa equal dalam Negara kita, tapi Melayu itu first among equals. Yang ini lama kelamaan kian terhakis.
Dan ia terhakis bukan lah sebab ianya terjadi dalam sehari dua. Ia mulai terhakis apabila pimpinan Melayu itu sendiri muncul dengan dasar yang bodoh dan dasar yang berkompromi secara berlebihan. Ia terjadi kerana pimpinan UMNO sendiri lemah dalam memantau pancaran kepada KETERUNGGULAN bangsa mereka sendiri.
Kita sudah bisu misalnya dalam penyertaan Melayu dalam syarikat swasta. Kita bisu dalam melihat pejajahan pemilikan bukan Melayu keatas tanah reseb Melayu misalnya. Kita bisu dan bersikap tidak ada apabila pemajuan sesuatu kawasan kurang penyertaan bangsa Melayu dan kita terlalu mudah percaya, bahawa unit unit Bumiputera dalam sesuatu kawasan yang di majukan, tidak ada 'takers'. Apa yang pelu di lakukan oleh cukong cukong ialah membiarkan tempoh bumiputera takers tamat, kemudian pergi ke jabatan kerajaan yang berwajib dan declare, tuan dan kawan( lebih kawan dari tuan) - tidak ada bumi buyers. Yang celaka nya, apa yang di lakukan oleh GLC Melayu- kalau orang Melayu secara sendirian belum mampu beli mengapa awak tidak beli dan pegang untuk orang Melayu.
Bila orang Melayu lihat kalimah Alllah sudah boleh di kompromi, bila orang Melayu lihat pelbagai konsesi di beri kepada bukan Melayu, bila orang Melayu melihat pimpinan politik Melayu sudah meminta sedekah ehsan dari bukan Melayu- kesemua nya ini menandakan KETERUNGGULAN bangsa Melayu sudah kian luntur. Ia terjadi demikian, pada sebahagian besar punca nya ialah kerana pimpinan Melayu sudah lemah.
DEB bukan lagi lambing kegagalan suatu model ekonomi- bahkan ianya sudah jadi lambnag kepada kehakisan Keterunggulan bangsa Melayu. Maka nya, penyuaraan organisasi seperti Perkasa misalnya ada desakan supaya Keterunggulan orang Melayu jangan di perjudikan. Kerajaan yang ada, mestilah sebuah keajaan yang menjaga kepentingan bangsa Melayu. Ertinya, yang di inginkan oleh orang Melayu sebenarnya ialah jaminan yang di istiharkan bahawa orang Melayu tidak di pinggirkan. Dan saya rasa selagi orang Melayu merupakan majority penduduk dan parti yang memerintah di kuasai oleh orang Melayu, ketuanan orag Melayu akan tetap mantap.
Maka tentu ada sebab mengapa Perkasa sangat lantang menyuarakan kepentingan orang Melayu. Saya rasa, keinginan Ibrahim Ali, ketua Perkasa mencari sautu wadah untuk kekal releven secara politik, sudah menjadi alasan yang terlalu lemah untuk di majukan sebagai penyebab mengapa perkasa menjadi popular.
Dan saya rasa, Perkasa, semakin hari menjadi indictment kepada 'resolve' pimpinan Najib sendiri. Perkasa sudah menajdi suatu wadah untuk sebahagian orang Melayu yang tidak yakin kepada kepimpinan Dato Najib memimpin bangsa Melayu bersuara dan bergerak. Berulang kali orang Melayu melihat terlalu banyak sangat kompromi yang di lakukan oleh Dato Najib. Seolah olah gambaran yang di baca oleh orang Melayu , ialah Najib memberi muka kepada bangsa bukan Melayu untuk mendapat pelbagai kelonggaran dan konsesi. Dan orang ramai melihat konsesi kepada bangsa lain di beri tanpa imbangan dalam bentuk konsesi kepada orang Melayu. Soal pemberian biasiswa contoh nya. Soal konsesi ekonomi misalnya.
Dan yang paling menjengkilkan orang Melayu ialah konsep 1 Maalysia yang di majukan oleh Najib. Apa benda nya ini? Bagaimana konsep ini mahu di realisasikan dalam iklim orang Melayu masih ketingalan dalam pebagai cabang kehidupan? Yang miskin lebih ramai orang melayu, yang susah lebih ramai orang Melayu, yang kurang berpelajaran lebih ramai bangsa Melayu. Yang orang Melayu ada , kurang dari bangsa lain- perumahan, perniagaan, premis perniagaan.
Apa yang orang Melayu mahu, bukan suatu konsep yang 'nebulous' tapi suatu program bagaimana mereka boleh memperolehi kemajuan material. Orang Melayu miskin, susah, belum berjaya dalam perniagaan, belum memiliki premis perniagaan dan belum mepunyai sumber penjanaan kekayaan- mereka tidak peduli sama ada Najib, Rosmah atau Rais Yatim mahu melalak sana sini, nyanyi sana sini mengenai satu Malaysia. Yang orang lihat ada 2 Malaysia- satu Malaysia untuk orang kaya dan pemimpin politik dengan kroni mereka dan satu lagi Malaysia untuk golongan yang kepingin. Yang ingin apa yang sudah di capai oleh golongan yang pertama tadi.
13 comments:
Sak,
Kamu kata najib kompromi...betul tu...
tapi, melayu lemah sebab diri sendiri. Terlalu lalai dengan hiburan dan konsert. Tak serius dengan pelajaran. Kamu tengok cara ibu bapa bukan melayu membesarkan anak2 dengan mementingkan pelajaran. Hanya minoriti orang melayu melalukan begini. Majoriti keluarga melayu melalaikan anak2 dengan memuja Siti Nurhaliza, Mawi, Konsert, Jom Heboh bla bla bla.... berapa ramai betul2 jaga pelajaran anak2 ????
Biarkan sahaja anak2 membesar dengan kawan2, tak jaga betul2....Minoriti bukan melayu pun buat begitu bukan majoriti. Itulah beza nya.
Berlambak sangat akademi fantasia la...Gangstarz la, malaysia Idol, kononnya berjuta2 melayu boleh jadi penyanyi....
Kenapa program2 TV dibuat baik2 untuk mengembangkan minda daripada program2 Bodoh dari TV3 dan Media Prima....???
berapa ramai ibubapa melayu betul2 mengawal anak remaja dari berpeleseran di shopping Mall ???
Dan mengenai isu Allah oleh Kristian, hanya orang2 Bumiputera Sabah dan Sarawak yang menggunakannya. Orang Kristian India dan Cina guna ayat God. Kalau nak marah pi marah mereka pasal dah pakai lebih 200 tahun.... nanti mungkin mereka akan tanya balik kenapa orang Semenanjung menyibuk? Kena hormati Perkara 20 yang dipersetujui apabila Sabah, Sarawak dan tanah Melayu bergabung menjadi Malaysia....Sabah dan Sarawak bukannya negeri 2 yang meyertai Malaysia tetapi gabungan 3 ini membentuk malaysia. jangan sampai mereka meminta berpisah satu hari nanti. Orang Semenanjung dan Putrajaya xde hak mengacau pentadbiran 2 negeri ini.
Dato Sak,
I like this, now is more direct and kalau depa tak faham, memang terkulai leh golongan yg kepingin tu. Golongan macam Nor Yakcop, Sharizat, Hamzah Zainudin, Mukhriz tu dah maju ke depan sbb dapat berjuta projek utk anak2 depa. Saya mmg kenal sgt depa ni..kwn2 gak,
'Yang orang Melayu ada , kurang dari bangsa lain- perumahan, perniagaan, premis perniagaan.'
Mengapa? Orang Melayu telah ditipu UMNO untuk mempercayai bahawa 30% DEBlah yang paling penting walaupun 30% inilah yang paling tidak penting untuk orang Melayu.
Yang penting sekali ialah daya saingan orang Melayu. Adalah lebih baik untuk menghasilkan dua orang Melayu yang betul-betul boleh saing tanpa bantuan kerajaan daripada berpuluh-puluh UMNOputra yang hanya pandai 'share shuffling' dan jual saham 30% mereka bolosi dibawah peruntukan DEB untuk orang Melayu.
What is DEB?
It means the poor should be proud that the policy has made many millionaires?
That the children of the rich have been given scholarships to become doctors, economists and lawyers.
Never mind if you kampong folks remain poor and your children are not doctors. Be proud that rich Malays can stand tall with non-Malays.
Just trust your UMNO leaders.
Everyday, we are getting sick. PM is so weak and UMNO is not doing anything about it. May be they are waiting for TDM to start the ball kicking.
Macam ini Dato. the best option for Malays now are to rally behind Brahim PERKASA.
Just do it bangsa ku!!!
Is Soros better or mahathir ???
http://malaysiadigest.blogspot.com/2010/01/corruption-of-mahathir-by-george-soros.html
Salam dato'
Semua ini kerana mereka ( pemimpim ) tak faham erti perjuangan termasuk anak Tun Razak.
Najib mungkin terlupa kata kata bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, "Negara ini akan aman jika orang Melayu gembira. Jika orang Melayu tidak gembira, orang lain pun sudah tentu tidak akan gembira."
Anak Pemimpin UMNO 46
Menitis air mata saya membaca tulisan saudara kali ini.
Lidah kelu tak dapat berkata apa-apa.
Ya. Apa yang kita ada kecuali Keretapi Tanah Melayu.
Goreng pisang, apam balik dan nasi lemak tidak berasa Melayu asli lagi tetapi dipinda menjadi other flavors.
Kita masih tertanya-tanya apa itu 1Malaysia.
if you want 30% or 67% go ahead work for it.
Basically that is a simple as it gets.
If you expect another working hard for his keeps to provide that 30% or 67% from his PRIVATE initiative , then forget it.
Force on it, the private sectors goes else where to do business.
Force that on the work place, then the talented goes else to cari makan.
The economic forces finds its level. No one can force another.
Government is different. It is paid for by the whole rakyat.
Yes, extra help should be encourged to enable Malays to be better and be more competitive as provided in the constitution under"special" rights.
The problem is that these guys have taken "special" to mean everything belongs to them and can impose 100% this and that until the other sectors just starved and practically died. This happens from Finance to the motor Industry.
Now you find that these Industries are not strong sectors because the non Malays are denied local markets. They are at best produce sub standards motor parts for local industries and only a handful able to go International.
This is just one example that killed the golden Goose.
The result is we are becoming "has been" country and lost our abilities to compete. We see no end to this so long as everyone squabbles day in day out.
Stupid Malaysians. A chance to be a developed nation, you guys just threw it away. Now no matter how you try it will never happen thanks for TDM/ now Perkasa.
The goose is already half limping and the other new young potential geese are waiting to grow their wings to fly away.
Only the Malays can decide and change the distiny of this nation. The others are no threats to you. You are threats to your own self.
Today their (young geese) worlds are not Malaysia. Today their worlds are the world.
Decide wisely before we really go the Zimbabwe way.
Only the Malays can silence the destructive forces of Ibrahmi Ali and gangs( TDM included).
DAto Sak,
1. Penilaian orang melayu mengenai DEB ini bergantung kepada era mana yang kita bincang. Kalau di era Tun Razak, ia adalah sesuatu yang baik, satu dasar yang digubal untuk membawa orang melayu marhaen ke hadapan.
2. kalau kita sebut DEB zaman TDM terutamanya pasca PRU 1990, lain pulak pentafsirannya bagi orang melayu marhaen.
Di zaman TDM, DEB diguna sebagai helah untuk merompak kekayaan negara ATAS NAMA BANGSA MELAYU untuk memperkayakan UMNOPUTRA dan kroni-kroni mereka.
Geng ini yang makin kaya dan senang. majoriti orang melayu masih susah.
bat8
Dato
15 tahun yang lalu seorang rakan sekerja yang berasal dari New Zealand bertanya pada saya" How come they are many poor malays here?"
Saya pun terfikir, dengan sebuah kerjaan yang di terajui oleh melayu,dengan segala macam bantuan dan sebagainya , kenapa ramai kena duduk di PPRT?
Bantuan tak sampai ker? Nasihat tak di beri ker? "how to fish tak sampai ker informasinya?
Tapi banyak grup strategist dan setiap tahun ada manifesto demi agama ,bangsa dan negara.tertanya-tanya lagi.
Adakah kita sudah begitu selesa dan consolidated dengan kuasa yang ada akan tidak hilang dan tidak boleh tergugat?
Adakah kita yang begitu baik hati membuka ruang dan mengajar mereka yang lain sedangkan brotherhood kita sendiri belum terurus lagi.
Ekonomi sudah lama terlepas pergi dan tidak mungkin kembali lagi kerana kita begitu comfortable dengan arrangement kini.Its a win-win arrangement.Kamu pun dapat, aku pun dapat.Pasal brortherhood kamu jangan risau, kalau dia bising atau perlu bantuan aku kasi hulur sikit.nanti diam lah dia sekejap.
We are all out to improve ourselves and all of us wish the Malays can do so too.
But obviously we have all failed.
Have we examined ourselves why we failed?
Have you all started to examine really why it failed and will fail if we continue with the present path?
One cannot suddenly be high income earners by wishing it. One has to work towards it on sustainable basis.
Have the Malays look into why this has not been achieved?
We know the answers. But if we say it out in detail, you would be angry and we achieve nothing.
Find out where is the money coming from and who is earning it mostly. You wish to have more money, so what do you do? Do you suppress the ones that earn that income or promote/help them to earn even more so you can have even more to further your own program to uplift yourselves or your community on sustainable basis rather than just giving the fish?
You wish to be global International players, you suppress the best talents and promote the less (meritocracy ???)
Do you destroy the academic excellence just to ensure graduates by the lorry loads get those paper qualification called Bacher of this and that- no body wants and still need training?
Many argued, giving equal scholarships etc is meritocracy and solves all problems. Hey , friends, giving scholarships to students is only a minor part of the whole picture.
The main picture is to build an environment where ALL Malaysians will put in their best (just like the Koreans, Chinese in HK, China, Singapoe, Japanese do ) for the country.
What do we have here? Everyday you hear Perkasa's venum DELIBERATELY say things JUST TO HURT the feelings of non Muslim/Malays. Yet not racial and government does nothing. But Nawawee's video to make fun of that ... wow action super fast.
Yes, it hurts a lot and what we do? At first we smiled. Now we don't. We tell guys like Ibrahim, "to hell with you". Who cares.
We know what to do come election day. WE know where to put our money to earn best profits be it here or anywhere in the world. IF it helps others to be high income so be it.
We shall survive come what may. .. and survive pretty well too if we make global incomes and send some of it to our parents.
Going back to China? Not a bad idea at all. We can still be based here or there and do business there. After all China is just a bus fare away though Air Asia LOL.
Your racial and religious quarrels? Please leave us out and we wish all non Muslims/Malays to keep out because there are so many things we do not understand about them. Yet when we talk about Interfaith to understand them... they refused? Why? We dont know.
So keep out fellows Non Muslims.
Keep the peace.
dato SAK,
tak yah gi jauh..... tengok east coast mall tu jer pun jadi pilu hati orang melayu....
mzr
Post a Comment