Hulu Selangor- kempen orang UMNO
Apa gambaran yang kita boleh bentuk apabila sebuah parti orang Melayu yang gagah seperti UMNO memerlukan bantuan Ibrahim Ali untuk menang? Apa pula anggapan orang kepada UMNO kalau cara kita nak menang ialah dengan mengumpat Zaid sebagai kaki minum dan kaki betina?
Yang pertama menyatakan UMNO sudah berada dalam keadaan sangat genting. Kita ni dah begkrap pemimpin ke? Dan besek?
Yang kedua, mendedahkan UMNO sebagai parti yang yang klas bawahan, tak ada isiu yang hendak di jual kepada rakyat. Jika pihak PKR buat perkara ini, ia tidak menjustifikasikan tindakan kita.
Kedua dua cara bukan lah gaya sebuah parti yang hendak menang pilihanraya secara bermaruah.
Saya telah menulis beberapa artikel memberi pandangan saya mengenai PRK HS. Setakat ini ramalan saya mengenai pilihanraya kecil semua betul walaupun ada pihak special branch yang menyatakan sebaliknya.
Saya akan membuat ramalan saya dalam dua tiga hari lagi setelah saya meninjau sendiri dan secara lansung apa yang berlaku di barisan depan. Tapi saya tahu keadaan di KKB tidak memihak kepada BN. Keresahan peneroka Felda jika tidak di atasi, akan membawa padah kepada kita.
Saya telah menyenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekalahan UMNO dan BN. Saya juga telah menulis mengenai bagaimana kita mendekati PRK Hulu Selangor ini dengan kaedah yang salah.
Jika orang tidak keluar mengundi, itu pun satu lagi bencana kepada kita. Di kalangan orang Melayu, mereka mahukan calun yang boleh menyedekahkan fatihah bila mereka mati. UMNO sekarang berkerja keras untuk Kamalanathan supaya di terima oleh pengundi Melayu.
Antara kaedah yang salah ialah berkempen menyerang peribadi lawan. Rata rata nya pemidato UMNO mengatakan Zaid kaki minum dan kaki betina. Ini tuduhan yang melantun semula kepada orang UMNO. Hampir semua pemimpin UMNO minum. Ada menteri yang saban malam berkelana di kelab malam hotel Shangrila. Yang kaki judi, bukan kepalang ramai nya. Sebab duit yang mereka dapat duit yang amat mudah di perolehi.
Saya orang UMNO tapi yang tidak betul, kita mesti dedahkan. PM mahukan UMNO di susun semula- penyusunan semula bukan hanya melibatkan penstrukturan nya, tapi juga mesti melibatkan amalan, perbuatan dan nilai murni yang mesti di dukung oleh parti UMNO.
Kita mesti menuntut standard yang sama keatas parti kita seperti yang kita mahukan dari pihak lawan. Barulah rakyat akan yakin kepada kata dan ucap kita.
Saya amat gembira bila Dato Ishak dari Negeri Semilan kata- kita mesti tolak semua kaki minum. Tapi gesaan itu mesti lebih di perlakukan keatas UMNO sendiri agar dimasa hadapan, kita akan bersihkan UMNO dari kaki mimun, kaki judi dan kaki betina. Kalau boleh kita nak UMNO ini parti malaikat. Dato Ishak mesti menyatakan dengan lantang dan tegas mengenai syarat ini di dalam perhimpunan agung UMNO tahun ini.
Orang UMNO pun lupa bahawa walaupun ada sifat sifat ini, Zaid pernah di pilih sebagai calun UMNO untuk kawasan parlimen KB dan pernah di angkat jadi menteri. Bererti ketika itu, UMNO tidak memandangkan sifat Zaid ini sebagai amat penting untuk tidak di pilih. Zaid di lantik menteri pada zaman Pak lah, seorang PM yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan bukan setakat melafazkan selawat untuk mukadimah ucapan.
Kenapa boleh terjadi demikian?- yakni walaupun kita tahu Zaid kaki itu dan ini, dia masih di pilih sebagai calun dan jadi menteri pula? Sebab Zaid yang ada sifat sifat tersebut berada dalam kumpulan yang sama- kaki minum dan kaki betina dalam UMNO. Orang macam Zaid biasa dalam dunia orang UMNO- ia luar biasa jika Zaid berada dalam jemaaah PAS. Bukan sedikit pak menteri kaki minum dan kaik joli dalam UMNO. Amat mudah kita tengok perangai matlaon UMNO ini- iaitu ketika perhimpunan agung UMNO. Seminggu sebelum PAU , semua GRO di kelab kelab dangdut di sekitar PWTC- Jalan Raja Laut dan Sentul habis di tempah. Siapakah yang 'booking' mereka? Tidak lain dan tidak bukan perwakilan UMNO dan kadang kadang yang menjadi kepala dang booking GRO ini ialah ketua bahagian dan menteri.
Maka nya, jika kita mendedahkan aib orang yang bersifat peribadi kepada khalayak umum, orang lain pun boleh mendedahkan aib pimpinan UMNO untuk pengadilan rakyat. Dan kita akan lihat bahawa kaedah yang kita bawa ini lebih banyak mendatangkan kerugian daripada keuntungan.
Kedua, UMNO silap besar jika membenarkan Ibrahim Ali berkempen untuk UMNO. Dia bukan UMNO dan Melayunya Ibrahim mustahil lebih dari Melayunya Zaid Ibrahim atau Melayu nya kita. Perkara yang bersangkut paut dengan orang melayu, kepentingan bangsa Melayu- tidak memerlukan Ibrahim Ali sebagai juara dan jurubicara orang Melayu. Itu kerja2 UMNO. Jika pimpinan UMNO 'sub-contract' tugas mereka kepada Ibrahim Ali, ini bermakna, pimpinan yang melakukan demikian harus sama di singkirkan dari UMNO seperti kaki mabuk dan kaki betina.
Kenapa kita mesti jemput Ibrahim Ali yang memperjuangkan sesuatu yang bertentangan dengan fikiran dan wawasan PM Najib? Ibrahim Ali juara dan juricukap kelas penindas dan kumpulan Melayu yang terbilang sedangkan PM Najib mahu merungkai semua amalan pilitik dan ekonomi yang di wakili oleh Ibrahim Ali.
Agenda kepartian, ekonomi dan politik PM Najib yang mesti di terangkan kepada rakyat Hulu Selangor untuk meyakinkan mereka, mengapa UMNO adalah pilihan yang lebih baik dari parti Zaid Ibrahim.
29 comments:
Betul kata saudara,
Kalau kita betul kita tak patut cerita pasal kelemahan orang melainkan kita dilahirkan sebagai ketam politik jantan & betina atau yang terbaru katak. Kita tahu hampir semua BN minum tak kiralah MIC(Liquor Kings),MCA (Yam Seng) UMNO (Mat Salleh baru), PBS (Tuak Parti). Jadi amat kebudakan isu minum yang diungkitkan sedangkan isu-isu dinosaur diketepikan. Sekarang ini generasi berinformasi ,susah nak kelentung macam dulu.Sampai dia orang siarkan gambar original menteri BN enjoy beer - sekarang siapa malu. Fikir dulu. Kalau kita ada kelemahan 3M- money,minum& maiden(women) jgn pula ludah ke langit! Samalah dgn PR & PKR
Dato,you nailed it right to the wall.Saya ahli UMNO dan sejak 20 lebih berjuang dalam parti ni.Hari ni terasa betapa jauhnya kita lari dari perjuangan asal kita.Ada kala nya amat terasa betapa perjuangan yang bagitu lama hancur olih sikap pemimpin tak mau/dapat melihat jauh kehadapan.
Saya belajar dan tinggal diluar negara hampir 18 tahun,apa yang saya lakukan selama itu,baik atau buruk adalah satu pengelaman dalam kehidupan.lnsan berakal akan selalu
mencari apa yang terbaik.Jadi,apa yang saya lakukan dimasa lalu bukan mengambarkan peribadi saya hari ini.JAdilah orang yang bermaruah dan berhati jernih.
Dato,
Saya ni kadang kadang hairan cara tulisan Dato. Saya rasa apa yang diluahkan adalah betul yang ter amat sangat. Tapi, kenapa ya, kita masih bangga dengan orang yang macam ini.
Zaid kata, dia dah tak minum (arak) lagi dan dah minta maaf (ampun lebih baik kot) dari Allah. Kalau orang Islam, basicnya, jadi antara dia dengan Allah SWT.
Yang dok hentam dia kanan kiri tu, kalau tak minum atau tak pernah minum arak atau kaki betina, kira ok tapi kalau pernah dah taubat ke belum???
CSL ada kes pun dah mengaku, orang MCA pilih jadi Presiden mereka pula.
Jadi suka tak suka politik ini "funny" sangat. Bila bagi itu ini, apa orang buat bukan mereka kisah sangat.
Tapi saya nak keluar tajuk la Dato, kat Hulu Selangor tu ada Harimau tak?
Kerana sekarang ni ada tiger Blogfest 2010. Kami dapati tinggal lebih kurang 500 ekor harimau liar kat Malaysia ni.
Apa kata Dato' tukar topic dari politik ke Harimau, support Pak Belang kita.
Cinta Alam Malaysia
http://malaysiafirst.blogspot.com
Dato' ketika pilihanraya permatang pauh PAS menghentam peribadi calon BN berhubung isu kahwin dua. Pada masa itu tak pulak dikatakan isu peribadi . Tetapi bila di hulu selangor pulak bila diserang peribadi calon maka berkokoklah juak-juak kata janga sentuh isu peribadi..jadi pada saya demi nak menang pilihanraya spinlah isu tanpa kira betul atau tidak..bagi saya dua-dua puak sama aje..Undi Rosak
Assalamualikum,sdr. Ariff,
Umno sekarang dah teruk,dan bukan lagi parti gagah dan bermaruah macam dulu.Jadi apa pun caranya, siapa pun orang nya, Umno tak kira asalkan boleh bantu Umno yg sedang nazak.Yang jadi penyambung nyawa Umno sekarang hanya wang dan kuasa,tanpa itu semua orang dah tak pandang Umno.
Dengan wang dan kuasa lah sekarang Umno membeli itu dan ini,sampaikan mereka-mereka yg dulunya khianat pada Umno pun Umno sanggup beli semula.Satu demi satu bekas pengikut Umno yg telah meludah Umno dari tingkap PKR di beli dan beri dilanyan istimewa,sedangkan orang yg setia kepada Umno seperti saudara berkelana terbiar begitu saja. Zahrin dan Zul Kulim seronok bersama PM ke US,orang Umno kah,kah,terpaksa bertungkus lumus bersama Ibrahim Ali di HS.
Dato the way u write i find that u are a true party man which to me sadly is the wrong side,i hope u don't get annoyed as this i feel is the sad truth.
Dato dan pembahas,
1. Kempen PRK HS adalah untuk satu pilihanraya kecil sahaja. Tetapi kita nampak bagaimana nazaknya, teroknya, kucar-kacirnya kempen UMNO. In fact, cara UBN menghadapi pilihanraya kecil inipun nampak banyak masaalah.
2. Ini baru satu pilihanraya sahaja. Bagaimana jika PRU diadakan sekarang? Sedangkan UBN mempunyai jentera yang begitu besar ( mighty resources) yang boleh ditumpukan sepenuhnya di HS, tetapi malang kempen mereka begitu lemah. Lemah dari segi resources kah atau lemah dari segi akal?
3. Tektik membeli pemimpin lawan used to be a potent weapon for UBN.Tetapi kerana terlalu kerap sangat digunakan, saya rasa ianya tidak begitu efektif di HS.
Dulu, UBN membeli pemimpin-pemimpin yang penting samada ADUN atau MP, jerung-jerung besar pembangkang - tetapi sekarang anak bilis pun depa beli! Apa standard la.....
4. terbaru UBN telah beli sekumpulan Wanita PKR dari bahagian bagan serai yang diketuai oleh timbalan ketua wanita bahagian.
It turns out, timbalan ketua wanita itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa jawatan peringkat bahagian! Apa kelas...apa strategikah ini?
Its more of a moron punya kerjalah. Dah la beli ikan bilis, ikan bilis yang tak ade nilai komersial pulak!
5. Apa yang saya ingin sampaikan, keadaan UMNO yang menjadi tonggak BN telah terlalu lemah dan akan terus lemah. Kalau inilah caranya, dalam satu atau dua PRU nanti UMNO(Baru) akan kehilangan puncak kuasa.
Bolehkah UMNO(Baru) jadi pembangkang?.....tu kena tanya TokPa kat kelantan lah!
bat8
Saya tidaklah sekuat Dato mentela'ah dan mengkaji tetapi secara mudahnya, UMNO sudah gagal meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti, itu sudah kegagalan parti, satu dosa UMNO kepada bangsa dan ugamanya.
Untuk tidak memberi ruang ahli dan pengundi Melayu mempersoalkannya, mereka burukkan Zaid bertalu talu supaya Melayu iu nampak kotor dan berkatakalah mereka 'pilihlah orang ini (Kamalanathan) yang bersih walaupun dia bukan Melayu'.
Teorinya jika UMNO membenarkan Ibrahim Ali berceramah menyokong BN ia menampakkan 'desperate' dan ketandusan tokoh di dalam UMNO mungkin ada benarnya tetapi jika Ibrahim Ali berceramah di atas pentas pembangkang atas nama membela Melayu, apa pula implikasinya?
Bagi saya adalah lebih baik Ibrahim Ali 'diam' dalam PRK ini dan membiarkan Melayu (Zaid) mencuba nasib dan UMNO jadi layang layang yang talinya dipegang MIC.
Pengumuman Najib juga akan turut berkempen adalah satu petanda BN tidaklah sekuat mana dan seperti kata Hadi Awang, keputusan PRK kali ini adalah cerminan hampir kepada senario PRU13 nanti.
UMNO juga juga sudah tidak menaruh harapan kepada seluruh undi kaum cina dan separuh undi dari kaum India.
Kedatangan Nik Aziz berkempen sebelum pengundian akan menyemarakkan lagi undi Melayu kepada Zaid. UMNO ternganga..
Askum Dato..
1. Secara ideal, benar apaa yang Dato tulis mengenai cara BN berkempen (parti komponen yang lain tak berkempen cara yang Dato cakapkan)memang salah. Mendedahkan keaiban hamba Allay yang lain adalah bukan perkara yang di galakkan dalam agama Islam. Tapi saya kira Dato yang lebih berpengalaman dari saya dalam bidang politik, dapat memberi pandangan bagaimana sepatutnya UMNO berkempen. Berkempen mengenai pembangunan yang akan di bawa ke HS? Mengedarkan resolusi pilihanraya? Sebagai bekas ADUN yang pernah terlibat dalam untuk Pekan, pilihanraya yang lepas saya rasa Dato lebih berpengalaman untuk menceritakan taktik menang kerusi ADUN itu. Adakan kerana keberkesanan Dato berkempen, atau atas nama tiket BN (pasti bukannya kerana UMNO). Mengkritik mudah, cuma beri jalan penyelesain yang praktikal bukan nya ideal.
2. Sekiranya pada pendapat Dato, menceritakan keaiban Zaid satu keburukan, adakah cara Dato betul mengatakan pemimpin UMNO (bukan pemimpin parti komponen yang lain) kaki botol juga, merupakan perkara yang sama. Oh ya, saya lupa Dato terkecuali dari hal ini... atau pun Dato mengunakan taktik orang UMNO. Mengaibkan oarang untuk meraih sokongan.
3. Saya sokong Dato dari segi idealisma Dato. Melayu perlu kuat, berdikari, jatidiri dan pelbagai lagi adjektif yang positif. Sebagai orang Malysia yag mahu melihat Melayu, bangsa Dato, tidak tercicir dalam arus kemajuan, apakah cukup Dato rasa pengorbanan atau sumbangan dato selama ini untuk bangsa Melayu? Sekiranya cara Ibrahim Ali salah, apakah cara yang sepatutnye kita buat. Sekurang kurang walau pin salah (dlm pandangan Dato) cara Ibrahim Ali, tapi beliau secara tegas mengambil kedudukan dalam masyarakat dlm menyatakan pandangan beliau mengenai Melayu. Apa usaha Dato untuk menaik taraf bangsa Dato untuk mengimbangi usaha Perkasa. Mengkritik dalam blog? Itu pun usaha juga. Maaf saya pohon, sikap manusia selalu terlupa.
4. Sebelum saya menjadi seperti Dato, mengkritik tapi tak memberi cadangan, elok lah saya menerangkan apa yang praktikal tapi bukan ideal untuk berkempen.
a. Sekiranye berkempen cara demikian boleh buat menang, berkempen lah cara begitu. Itu merupakan pertaruhan politik. Anwar Ibrahim pernah menang dlm situasi seperti ini, dan tak mustahil Zaid boleh menang juga. Tapi org Permatang Pauh sayang kan pak Sheikh, org tempatan. Orang HS sayang ke kat Zaid? Nanti kita tunggu keputusan nye. Kalau BN menang (bukan UMNO), gunakan lah cara ini untuk akan datang utu PRU 13. Kat Pekan, UMNO kempen macamana DAto?
Terimakasih Dato kerana memberi saya ruang untuk memeberi pandangan. Lain kali saya tulis dalam English plak.
UMNO is indirectly admitting that it will lose the by election on a level playing field. It looks desperate to win. The end justifies the means.
I think this kaki botol thing will boomerang on UMNO.... Those who live in glass houses should not throw stones.
If I am a fence sitter, I will drive back all the way to HS just to vote against UMNO because I am disgusted with its antics.
Each time you point a finger at someone, remember three other closed fingers point at you.
The virtuous do not broadcast the sins of those he hates.
I am sure Pakatan can name names to shame UMNO leaders who drink but it didn't.
At least Pakatan has some ethics and principles. UMNO has none.
Bodoh punya UMNO. Duduk dalam rumah kaca main baling-baling batu. Skrg rumah sendiri dah pecah. Pas sudah mula bantai. Semua PM UMNO minum kecuali Pak Lah, kata Pas. Ahli UMNO nak nafi ke tidak? Lebih baik mengaku kalau betul, macam Zaid mengaku. Pengakuan kena siar dalam NST, Utusan, TV3 dan RTM. Ada berani?
Hipokrit.
Kita boleh tambah, dikalangan pemimpin UMNO, ramai yang rasuah, judi dan perempuan. Wahai UMNO, sudahlah guna cara macam ni. Cara ini cara desperate yang akan makan diri. Kalau tak reti cara nak kempen, lebih baik duduk diam.
Saya sokong di bawa usul di perhimpunan UMNO macam Dato cakap... bahawa semua menteri UMNO yang pernah dan masih minum tak boleh diangkat sebagai pemimpin macam kata Dato apanama dari N. Sembilan tu. Agaknya tinggal 2-3 ekor sahaja menteri UMNO yang tinggal. Tapi siapa diantara mereka nak mengaku? Semuanya talam dua muka. Hipokrit.
Apa yang Kamalanathan boleh cakap di Parliamen? Boleh dia tegur UMNO/BN? Sekurang-kurangnya Zaid boleh bawa issue rakyat/nasional ke Parlimen. Let there be check and balance and he can also put many of the half past six BN MP's to shame.
Think of the country and nation.
Dato;
Saya ni hanyalah pemerhati politik picisan yang bertandang keblog Dato' dan blog-blog lain kerana saya dahagakan cerita dan komen-komen politik yang bernas.
Bagi saya, tak ada salah para pengundi di beritahu mengenai keaiban sesorang tu, lebih-lebih lagi seseorang yang akan diangkat sebagai pemimpin yang akan dipertanggung-jawab untuk menggubal undang-undang.Pemimpin adalah model untuk rakyat dan apa-apa tindak-tanduk akn menjadi bualan dan ikutan orang-ramai.
Rakyat perlu set standard yang tinggi kepada pemimpin,Rakyat hendakkan seorang pemimpin yang berwawasan disamping mempunyai budi pekerti yang baik; bukan taik arak, bukan taik kuda,bukan taik betina,tidak rasuah, mempunyai prinsip dan sebagainya.
Bagi mereka-mereka yang ingin jadi pemimpin, perlulah beringat. Kalau awak tu taik arak, taik kuda ataupun taik betina tak perlulah berangan nak jadi pemimpin kerana cerita cerita sebegini akan menjadi mimpi ngeri. Macam mana bangkai gajah nak ditutup dengan nyiru, baunya akan semerbak menusuk hidung orang lain.
Yang tidak dibolehkan apabila pemimpin tersebut difitnah.Haram tu. Setakat ini, adakah Zaid Ibrahim telah difitnah.? Minum arak dan main kuda, fitnah ke? Kaya raya fitnah ke? Kaya raya sebab projek kerajaan fitnah ke?Masuk UITM kerana dia tu Melayu fitnah ke? Dapat faedah bumiputra, fitnah ke?Prinsip beliau berubah dulu dan sekarang, fitnah ke?
Tanya pada diri kita sendiri lah; Kalau kitani orang Islam, hendakke kita bergantung kepada Zaid untuk memperjuangan Islam di parlimen? sedangkan beliau berpandangan liberal dan pernah menyaman PAS kerana isu hudud.Kalau kita ini orang Melayu, hendakke kita mentaruhkan masadepan orang Melayu kepada beliau? Fikirlah sejenak?
Saya terkilan dengan pemimpin PAS bila mengambil enteng hal ni. Sebagai parti mewakili Islam (kononnya) perlulah set standard yang lebih tinggi. Ini tidak, sebab Zaid dah pergi Haji , dia dah bertobat dan dah lama berhenti minum arak.. Main kuda dah berhenti ke? Tak de pun dengar kata Zaid kata dia dah menyesal tapi dia kata tak menyesal, apa ni?
Alamak Dato,
Hanya Dato' yang boleh bersihkan dan susunbalik gerombolan UMNO. Hanya Dato' yang ada IQ, EQ dan strategi.
Gerombolan yang di kabinet putrajaya tu semuanya tak de otak..yang mereka ada tu otak lembu dan otak udang.
Apa yang keluar dari mulut mereka selalu bertentangan 1PM dan 1Malaysia. Memang sial betul Ibrahim Ali tu. Dia tu fanatik...muka dia orang takut...nyamuk aedes put takut..tak akan gigit dia!!!
Biarlah UMNO mampus. Dato jangan risau lagilah.
Dato orang UMNO yang ada IQ, EQ ...tak boleh dicampur sekumpul dengan gerombolong UMNO/BN yang otak lembu/udang. Memang tak boleh.
Jaga sendiri Dato...jangan bazir masa dan otak untuk gerombolon tu.
Idris
Salam Dato'
Seperti Dato', saya juga adalah ahli UMNO . Saya menjadi ahli sejak muda lagi dan pernah terlibat didalam zaman arwah Dato' Harun semasa rumah dia dikepong oleh polis yang ingin menangkap dia berkaitan kes rasuahnya . Arwah menyuruh kami pemuda supaya berjuang untuk bangsa kerana tidak mahu melihat anak-anak melayu terpinggir . Dengan izin ALLAH dan mengingati pesanan Dato' Harun Idris , Alhamdulillah saya menjadi seorang professional dan bukan mat rempit ataupun mat gian . Sekarang saya masih ahli UMNO biasa sahaja dan tidak pernah mengidam atau ingin memegang apa-apa jawatan waimma di peringkat cawangan kerana budaya politik dalam UMNO masakini nampakya sudah berubah dari UMNO yang saya kenali dulu dalam 70an. Saya masih percaya UMNO boleh menjadi contoh Melayu Glokal tetapi apa yang berlaku sekarang menunjukkan orang-orang UMNO yang menghancurkan UMNO sendiri . Terus terang saya katakan , adakah UMNO boleh survive pada PR 13 nanti . Allahu Alam . Saya sering baca blog Dato' tetapi ini kali pertama saya beranikan diri menulis dalam blog Dato' . Wassallam
Kepada Kluangman,
Kamu kata:
"Saya tidaklah sekuat Dato mentela'ah dan mengkaji tetapi secara mudahnya, UMNO sudah gagal meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti, itu sudah kegagalan parti, satu dosa UMNO kepada bangsa dan ugamanya"
UMNO/BN dah banyak dosa terhadap orang melayu. Tipu orang melayu, Dato dah siarkan banyak cerita di blog ini. Guna wang rakyat berbilion bilion bela APCO Israel manakala orang kampung masih miskin. Celaka betul!
Lagi guna wang beli kapal selam yang tak boleh selam buat ape tu?
Dah banyak dosa lah UMNO/BN.
Aniayai rakyat, orang dimasukkan di kamunting iSA tanpa bicara, di suruh minum kencing, dll.
biarlah UMNO mampus...aku dah meluat dengan parti ni. dah tak laku lah.
orang kampung
Anon 22:23
"Tanya pada diri kita sendiri lah; Kalau kitani orang Islam, hendakke kita bergantung kepada Zaid untuk memperjuangan Islam di parlimen? sedangkan beliau berpandangan liberal dan pernah menyaman PAS kerana isu hudud.Kalau kita ini orang Melayu, hendakke kita mentaruhkan masadepan orang Melayu kepada beliau? Fikirlah sejenak?"
Setelah sejenak berfikir saya setuju dengan saudara...saya sebagai pengundi di P 0.94 akan mengundi Kamal@Alan@Nathan untuk memperjuangkan ISlam di parlimen...terima kasih kerana menyedarkan saya..kerana saudara saya percaya ramai akan mengangkat saudara Kamal@Alan@Nathan untuk memperjuangkan agama Islam...kalau dia menang saudara boleh cadangkan ke PM lantik dia jadi timbalan menterti di JPM membantu Dato' Khir..
Dok cerita nasib orang Melayu sedangkan calon yang dipilih bukan melayu..kalau kata rasis marah la plak..oohh saya lupa "Zaid Ibrahim bukan melayu" kata Ibrahim ALI..-PENYOKONG UMNO-
Anon 22.23
Rasanya Anon 21.52 secara tak langsung telah jawab apa yang sdr tulis. Sila baca.
Kluangman,
baguslah UMNO ternganga!
Kamu kata UMNO tak ada harapan kepada undi kaum cina dan india.
siapa nak undi parti yang endorse pembunuh di penjara dan di macc.
Teoh beng hock dan kugan dah mati. Anak orang tau. biar anak najib mati tengok dia camna rasa. kita orang muslim jangan keterlaluan...patut pulang ke pangkuan Allah. bertaubatlah gerombolon umno tu.
dulu bila saya masih di sekolah, kita kawan dengan kaumn lain amat meriah dan takde kacau bilau. skrang ada ibrahim ali plak kacau2. apa ni? tak pernah dengar bila aku masih di sekolah. aku ni tak berpelajaran tinggi. hanya tau tulis sikit dan anak aku ajar aku internet.
orang kampung
Dato
anon 22.23 antara lain kata:-
".Saya terkilan dengan pemimpin PAS bila mengambil enteng hal ni. Sebagai parti mewakili Islam (kononnya) perlulah set standard yang lebih tinggi. Ini tidak, sebab Zaid dah pergi Haji , dia dah bertobat dan dah lama berhenti minum arak.. Main kuda dah berhenti ke? Tak de pun dengar kata Zaid kata dia dah menyesal tapi dia kata tak menyesal, apa ni?..."
ngeleng...ngeleng kepala! Biaq betoi mamat ni. Sejak bila Allah berikuasa kepada makhlok untuk menilai taubat sesama manusia?
Berapa standard penilaian Islam yang mamat ni pikiaq ada? Nak Nilai pembangkang kena pakai standard Islam yang lebih tinggi. Bila nilai UMNO pakai standard Islam yang rendah? Time bila pulak kena pakai "No standard"?...tulon habaq mai, anon 22.23!
hancoq...lebuq...Islam dengan-dengan melayu-melayu sekali kalau camni.
bat8
bat8
Salam,
bila dato' mengangkat isu ini,nampaknya yg memberi komen semuanya yg pro PAKATAN,maklumlah isu ini nampak sgt memenangkan puak mereka,maaf bila saya cakap,datuk kata prg melayu kalau nak memilih mestilah yg pandai baca fatihah,tapikan bila mereka2 yg mati sebelumnya adake adun atau mp yg turun baca,saya rasa pak imam kmpg je,lawakla datuk ni,dari segi serangan peribadi,pada saya tu mmg adat politik,dari segi fitnah pula,orang PAS mustafa ali kuor statement yg pak lah je tak minum arak,tapi blogger2 pas superimpose gambar yg tunjuk kononnya pak lah minum pd 2004,macamana tu?mereka berjuang atas dasar apa?islam?panggillah org2 kuat pas jawab atau keluarkan fatwa yg membolehkan ahli2 pas boleh buat superimpose,halal tu:)..kesimpulannya pada saya dato' ni tidaklah sebagus mana,muhasabah diri,dan jika rasa perjuangan didalam umno tidak kemana,berundurlah dan pilih mana2 parti yg dato' rasa sesuai dan menepati citarasa dan agendaa datuk,jgnlah jadi seperti si kitol..
-wassalam-
salam,
mmg cetek pemikiran anon 23:06,kugan mati,teoh beng hock mati sebab umno ke?bukti ada?...tentera mati,budak sekolah koma sebab PAKATAN ada bukti ,ko buat bodoh,buat buta,org islam tu yg kenal langgar tak plak ko bela..nizar sanggup pegang lilin ratap teoh beng hock,anwar sanggup tunduk 3 kali kasi hormat,tu pejuang islam tulenke?yg org islam kena langgo tu camane,mana diaorang...ohh aku lupa,yg budak islam tu takde kepentingan politik utk diaorg:)...nampak sgt yg bg komen dlm ni org2 pakatan dan org umno yg kecewa..tau tikam belakang,berdepan dayus
Salam tuan,
Recently when Najib was in USA, an important meeting was cancelled at the last minute.
General Electric Company has billion dollar project with MINDEF was called off; ask Daim and Zahid Hamidi.JJ knows more.
You are much annoyed about Ibrahim Ali. Has he any standing in society? He sold his ass and soul long ago.UMNO today courting him for expediency.Can he complain that almost every royalty drinks ? Can he disclose who owns Planet Holywood and Hardrock Cafe in KL ?
Don't they serve liquior there while Ning Baizura, Sheila Majid or Dayang Nor Faiza sings live on stage ? The crowd 100 % Melayu!
Zaid at least had princple to resign from cabinet which is a rare commodity in UMNO. It was him who brought V.K.Lingam's trial which UMNO blocked.
He is not the guy to recite Surah Yasin or Fateah for the dead.Democratic elections are not about the dead, it is for the living.
Dato’,
From first sittings it would appear that your viewpoint regarding this Zaid-drinking issue is full-stopped by your sanctimonious ramblings about UMNO echelons also falling into the same despicable habits, but If sliced crosswise things are not as simple as it seems. Consider the following:
Zaid Ibrahim pales in comparison with Ibrahim Ali as far as semangat melayu is concerned. Anybody could see that, else there would be no need for Zaid to reassert statements in the form of book titles that he, too, is a malay. Both gentlemen have had dubious and less-than-exemplary political manouvers done by them in the past, but no one in their right mind would say that Zaid Ibrahim stands on the same footing as Ibrahim Ali as far as menaikkan kewibawaan melayu is concerned. To be a full-blown, full spirited malay one must be HATED by the non-malays, much like the Zong Dongs are not loved by malays, and Zaid Ibrahim, you can very well see, is much loved by non-malays.
We must remember that the malays, making up a major portion of the population in general, have different voting criteria and standards than the rest of the people. Religious emotions and personal conduct play a major role in their choice, and it would be foolish to ask the voters to “cast a blind eye” on these issues and vote based only on the communal aspects of the candidates. Yes, the makciks who need their roofs repaired or the lebais who need their kampung roads tarred would definitely need someone who can promise them these, but of more prime importance to them is the perception that they have on the candidate’s personal life. The general malay kampung population would have no problem in sacrificing their dreams of clean water or extra tiang letrik in their kampung, if they know that the candidates doing also tonggang air setan at the same time.
Now since you are also a public figure in the blogosphere as much as the other UMNO public service figure that you so much regard as sitting ducks in almost all of your writings, let me ask you this. Do you have the same predicaments as the subject of your brunts? Do you drink and womanise? Perhaps if not you, then Datin can answer this for you? And if you do and are, is that the reason for you to so staunchly remind people not to consider these aspects at all during elections? And I don’t mean this as a rhetoric exercise, Dato’. Please clarify in these pages about your own … gallivants, especially regarding persons of the opposite sex who are not your spouse. Ignoring this request would not fare well for you, as it doesn’t look good for me to publish this request at a more public blog than yours. There is nothing vindictive in this challenge: just a demonstrational exercise to highlight that thing you mentioned about glass houses.
UMNO’s stories of drinkers, gamblers and womanizers are legion too. They are despicable, if not unfortunate. Yes, during elections they too have their share of being exposed, slandered, humiliated and punished. Some have come out of this unscathed, some defeated. But to come up at this point and say that for Zaid Ibrahim, it is not right to press on the morals issue, can only mean that either we worry that that same issue touch us, or that, like the irreligious chinese community who cast a blind eye to certain porno actors, “goodness” is defined by communal good, not so much spiritual and moral good.
R. Selamat
Dato',
Ibrahim Ali is doing a great service to PR. Thanks to UMNO's stupidity for allowing him to campaign for UMNO.
It will be nice to have a by election in Pasir Mas Parliamentary constituency, then we can say goodbye to Ibrahim Ali.
R. Selamat 21 April 2010 04:38
Fuyoh, you trying to pick a fight ah?
How can you say we date Ibrahim Ali? No, dude, we love him. Love him to death, we do.
solat 5 waktu sehari maka baca fatehha 17 kali... ayat fatehha terakhir menyebut yang di benchi dan di hina...
maka persoalan nye APCO worldwide ni musoh ke kawan kita??????
kalo ada mufti UMNO bolih menjawab lagi bagus...terlebeh lagi mufti perak tuuu...
[6.43] Yet why did they not, when Our punishment came to them (read PRU12), humble themselves? But their hearts hardened and the Shaitan made what they did fair-seeming to them.
Good post Datuk. See a logical UMNO person and too bad, the ones who get promoted are the ones who dares to be the extreme.
Anyway, I respect Zaid even more than he can be so direct about his transgressions.
I think the issue here is not only personal attacks, but seemingly that BN has no real issue against Zaid but that. I remember how Muh tries to defend the UNNO chap who was a disbared lawyer all the way. And this chap continue to blame his friend and don't want to even admit mistake.
There you go, different world
Dato'
Dato' adalah segilintir org Umno yang mendapat tabik hormat dari saya selain ayah dan datuk saya. Yang benar tetap benar yang salah tetap salah.
Post a Comment