Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 21 April 2010

Hulu Selangor- Ingatan dan Perhitungan(1)


Hari ini saya baca Menteri Pertanian , Noh Omar berkata bahawa DS Najib adalah wind beneath Kamalanathan's wings. Ini adalah kenyataan yang paling sensible setakat ini. Pengundi Hulu Selangor mesti menghalakan fikiran dan ingatan mereka kepada kepimpinan Dato Sri Najib. Ini sebetulnya isiu asas. Kepimpinan politik DS Najib yang menjanjikan masa depan yang baik kepada rakyat negara ini- orang Melayu, India, Cina dan semua bangsa Melaysia.
Kita mesti sedia menerima hakikat bahawa UMNO yang berusia 64 tahun hari ini,dipimpin oleh jenerasi ke2 dan ketiga orang UMNO. Seperti rakyat, pimpinan ini juga mempunyai nilai yang berbeza, tangkas dan bersedia mengobah diri mereka untuk menyesuaikan dengan kehendak zaman. Tidak masuk akal sekali untuk mengistiharkan bahawa UMNO tidak boleh berubah. Mengapa jika pada diri kita sendiri, kita menganugerahkan kemampuan untuk berubah tapi untuk UMNO kita menutup pintu perubahan?
UMNO telah diajar pada PRU ke 12 dan pengajaran tersebut diinsafi dan DS Najib telah pun memulakan langkah langkah untuk berubah. Kesediaan dan kerelaan mendengar pengajaran dari rakyat dan kemudian nya melakukan sesuatu, sudah boleh dijadikan sebagai bayangan bahawa UMNO ini parti politik yang sensible dan bukan seteruk yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim dan parti lawan. UMNO jadi parti yang degil jika sudah melakukan kesilapan, mengulangi kesilapan tersebut.
Cuba pengundi fikirkan- UMNO mengisafi kesilapan dan bersdia untuk berubah dengan Anwar Ibrahim yang mengulangi keadaan yang membolehkan dia dituduh dengan perkara yang serupa? Siapa yang boleh berubah dan siapa yang degil?
Saya tidak menaruh premium yang tinggi kepada kenyataan2 yang bersifat peribadi yang mengatakan UMNO tidak boleh berubah- UMNO sudah tidak boleh diselamatkan. Perubahan dan jalan selamat untuk UMNO hanya memerlukan sekumpulan kecil penggerak yang jujur. Dan UMNO masih ada ramai ahli jenis ini di cawangan, bahagian dan peringkat pusat. Yang menjahanamkan UMNO itu memang benar ujud, tapi mustahil lah mereka ini terus dikekalkan jika badan tubuh UMNO berkehendakkan perubahan.
Tahun lalu, PM Najib sebagai presiden UMNO telah pun memulakan agenda merobah UMNO. Paling utama- dari membiarkan pimpinan UMNO di pilih oleh perwakilan di Perhimpunan Agung- DS Najib dan UMNO menyetujui supaya pimpinan UMNO di pilih dari akar umbi. Apa makna tindakan tersebut?
Itu erti nya, pimpinan UMNO hari ini, bermula dari DS Najib bersedia untuk mendemokrasikan UMNO. Ketika itu barulah, ciri ciri kepimpinan pemimpin UMNO seperti yang diinginkan oleh rakyat dan seperti yang disuarakan oleh Dato Ishak Negeri Sembilan dapat diperlakukan. Profail pimpinan UMNO tidak lagi gambaran kehendak peribadi presiden atau ketua2 bahagian- tapi akan menjadi gambaran profail kepimpinan yang diinginkan oleh jutaan ahli UMNO.
Apa ada kaitan nya apa yang dilakukan oleh ahli UMNO dengan rakyat? Kaitan nya ialah , tidak dapat tidak, pilihan yang dibuat oleh ahli UMNO yang ramai itu mencerminkan juga kehendak dan citarsaa rakyat. Dalam segi itu, apa yang dikehendaki oleh rakyat disalurkan melalui tindakan dan perbuatan jutaan ahli UMNO.
Orang Melayu di Hulu Selangor mesti melihat kepada perkara ini. UMNO itu bukan lah sebuah parti yang jumud. Pertelingkahan idea dan pendapat yang ada dalam UMNO hari ini menunjukkan ialah ianya sebuah parti yang mengikut zaman dan cita rasa rakyat. Idea dan fikiran mengenai keadilan, demokrasi, keadilan ekonomi di perjuangkan juga oleh UMNO dan ianya bukan monopoli parti lawan seperti yang diakui mereka. Beza nya, kita boleh buat, sementara orang lain hanya mampu bercakap!
UMNO yang berubah mengikut agenda presiden dan PM adalah parti yang akan menyempurnakan citarasa rakyat dan mencapai kehendak rakyat.
Dia telah yang mengemudi negara ini. Saya memikirkan bahawa perkara yang sebenar yang perlu diambil kira ialah agenda politik PM, agenda ekonomi dia dan agenda social PM. Yang lain adalah perkara sampingan seperti pilihan calun PRK Hlu Selangor. Kalau kamal ini menang dalam PRK ianya hanya untuk tempoh 2 tahun sahaja sebelum PRU13. Rakyat boleh mengadili dia sama seperti mereka mengadili Palanivel.
Apabila saya menulis mengenai perkara perkara yang boleh membawa kepada kekalahan UMNO dan BN, saya hanya memberikan beberapa pandangan tanpa menjadikan ianya perdebatan personal. Kita ini boleh mempromosi dan memperjuangkan agenda kita dengan hujjah yang siuman tanpa maki wa hamun. Juga kita boleh menjuarai agenda perjuangan tanpa menimbulkan rasa cemas dalam masyarakat.
Saya sudah menyatakan bahawa saya tidak ada masaalah dan tidak akan menghentikan cara sesetangah blogger dan penulis UMNO mendekati PRK HUlu Selangor ini. Hanya, saya juga telah menyatakan bahawa secara peribadi, saya tidak melanggani cara yang demikian. Jika ada pihak yang merasakan cara mereka baik, silakan melakukan nya sehingga lembu pulang petang dan ayam berkokok subuh. Saya tak ada masaalah dengan hal yang demikian.
Saya mahu UMNO/BN menang dalam PRK HUlu Selangor ini. Cara yang saya anggap lebih baik ialah dengan mendepankan hujjah yang siuman dan munasabah. Kepada orang Melayu misalnya, mereka perlu melihat komitmen PM terhadap menyusun semula UMNO.
Tidak dapat dinafikan bahawa UMNO serasi dengan jiwa orang Melayu. Paling asas sekali, ujudnya UMNO melahirkan rasa tenteram dan terlindung. Bahawa ada sebuah parti yang jiwa nya Melayu yang secara potensi nya menjaga kepentingan bangsa Melayu. Saya sebut secara potensi kerana selagi ianya ujud dalam fikiran, agenda Melayu UMNO itu mesti di zahirkan dalam bentuk perbuatan dan perlaksanaan.
Dalam bab ini lah, kita akui ada kelemahan. Pengakuan yang diinsafi adalah bukti bahawa secara asas nya UMNO itu adalah sebuah parti siasah Melayu yang jujur. Jika Zaid IBarhim misalnya menganggap PENGAKUAN nya melakukan perkara perkara yang dilemparkan kepada nya, suatu masa dahulu sebagai sesuatu yang terhormat, maka kesediaan UMNO MENGAKUI bahawa terdapat kepincangan dalam perbutan dan perlaksanaan, bertambah tambah lah ia mesti di anggap suatu tindakan yang bermaruah dan terhormat.
Saya mahu pengundi Melayu di Hulu Selangor memikirkan perkara ini.

12 comments:

Bonzi99,  21 April 2010 at 09:09  

Dato, your sentence below meant you refer UMNO as the four legged creature. I believe this is a typo error and may be understood by certain quartet as something else.

"Dalam babi ni lah, kita akui ada kelemahan. Pengakuan yang di insafi adalah bukti bahawa secara asas nya UMNO itu adalah sebuah parti siasah Melayu yang jujur"

I wonder when will DS Najib will make his appearance at Hulu Selangor. I am sure the folks there needs some assurance that DS Najib is the invisible wind under Kamalanathan's wings, afterall "seeing is believing".

Aspan Alias 21 April 2010 at 09:24  

Dato'
Just a bit of correction; UMNO is just 23 years old...only formed in 1998.

It is not 64 years old party. The real on was disbanded by Dr Mahathir in 1988.

Ariff Sabri 21 April 2010 at 09:26  

bonsi99

indeed it was a typo error- wanted to write dalam bab ini, ..thank you

Quiet Despair,  21 April 2010 at 10:15  

Saya amat tertarik dengan ungkapan saudara bahawa Umno serasi dengan jiwa orang Melayu. Kita terasa tenteram dan terlindung.
Tepat sekali. Pada saya hubungan saya dengan Umno seperti dengan keluarga sendiri.
Kadang-kadang kelahi, kadang-kadang baik. Juga seperti perkahwinan lama. You feel comfortable though the blanket is frayed and no longer provides the warmth.
Boleh di-ibaratkan seperti air dicincang, takkan putus.
Carik-carik bulu ayam tercantum juga akhirnya.
Saya teringat seorang bekas menteri pernah memberitahu saya Umno ni macam-macam ada (macam Astro pulak). Ada kaki judi, ada kaki botol, ada kaki betina, ada kaki masjid. That makes it interesting.
Itulah keistimewaan orang Umno.
Saya sentiasa berpegang kepada kata-kata; better the devil you know than the angel you don't know.
Saya tidak berani memperjudikan nasib anak-anak dan keturunan saya untuk beralih kepada parti lain.
Saya tidak mahu mengecewakan datuk nenek saya yang sejak turun-temurun menyokong Umno.
I had a good life and I want my descendants to have a more better life. Who can provide it if not Umno?
I am a fixed deposit of Umno. Proud to be one.
I will take Umno anytime, warts and all.
Betul saudara mengatakan kita sepatut melihat pilihanaraya kecil ini sebagai mengesahkan kepimpinan DS Najib.
Pengundi Melayu HS mesti mengundi BN untuk mejayakan transformasi negara yang Najib ingin bawa.
Memang Umno is not perfect. But with radical changes within, Umno will forever be the party of choice for Malays.
Hidup Umno. Hidup Melayu.

Anonymous,  21 April 2010 at 12:05  

Jika ditakdirkan PR dapat kuasai Putrajaya, maka berbondong-bondonglah pemimpin dan ahli UMNO, MCA dan MIC hantar borang untuk jadi ahli PKR, DAP, PAS dan SNAP. Bila budaya cari makan hanya dengan cara patronage dan rent-seeking, inilah yang akan terjadi. Jangan terkejut Ibrahim Ali pun isi borang. Ini hakikat.

Anonymous,  21 April 2010 at 12:35  

"Saya mahu UMNO/BN menang dalam PRK HUlu Selangor ini. Cara yang saya anggap lebih baik ialah dengan mendepankan hujjah yang siuman dan munasabah."...Sakmongkol AK47

Nampaknya keinginan Dato' tak mungkin jadi kenyataan kerana Pemuda UMNO hanya tahu menyerang peribadi orang lain tetapi lupa akan kesalahan sendirri.

Kasihan sekali BN akan kalah dan kali ini Datuk Zaid akan menang kerana dia seorang pemimpin pemurah hati dan adil saksama.

Orang dekat 21 April 2010 at 12:40  

Datuk. Nak komen sikit ada kesilapan Bahasa Melayu yang saya perasan. Perkataan "di" dirapatkan apabila ia diikuti dengan kata kerja. Benda kecil ni kalau silap buat artikel yang patutnya sedap dibaca jadi tak sedap.

bat8 21 April 2010 at 12:47  

dato

I agree dengan bro aspan. Selagi masih ada denial syndrome bahawa UMNO dan UMNO(Baru) adalah 2 identiti berbeza, keduanya tidak ada kesinambungan dari segi akta pertubuhan, sejarah bagaimana UMNO dimatikan, bagaimana UMNO(Baru) ditubuhkan dan perjalanannya selama 23 tahun terutama semasa TDM menjadi presiden - tidak mungkin ubat mujarab untuk memulihkan masaalah yang melanda UMNO(baru) dapat ditemui.

2. The sooner we can accept the fact tat Old UMNO dah mati, the faster we can move on untuk memperkasakan UMNO(baru) yang ada hari ini. Inilah kuncinya. yang boleh dibuat sekarang adalah cuba kembali seasli mungkin kepada semangat dan jatidiri UMNO lama yang sudah berkubur - ini yang tak ada sekarang pada UMNO(Baru).

2. Btw, for the benefit of younger UMNO member yang tidak ingat peristiwa yang berlaku pada tahun 1988 - Dibawah akta pertubuhan, pihak pendaftar pertubuhan telah memutuskan bahawa nama pertubuhan baru yang didaftarkan oleh TDM tahun 1988 ialah "UMNO(BARU)".

3. Perkataan "(BARU)" adalah sebahagian dari pertubuhan itu dn mesti digunakan, tak boleh dihilangkan. Ini kerana, dalam rekod pendaftaran pertubuhan dibawah akta tersebut, telah wujud pada satu masa dulu sebuah pertubuhan lain yang bernama "UMNO".

Tujuan dimasukkan perkataan "(Baru)" itu adalah untuk membeza antara kedua pertubuhan yang berdaftar itu. Ini kerana dari segi akta, kedua-dua pertubuhan itu adalah 2 identiti berbeza dan tidak ada apa-apa perkaitan dari segi undang-undang.

3. dato, saya bersetuju dengan pandangan dato tentang kaedah untuk memperkasakan UMNO(Baru). Just accept the reality and move on. Insya Allah UMNO(Baru) boleh pulih dan menjadi wadah orang melayu semula, bukan lagi wadah untuk segelintir menipu melayu.

bat8

ps: I was 18 and just joined UMNO youth when it was declared illegal in 1988. Peristiwa tersebut begitu menghiris hati saya...hope u can understand, dato'.

Quantum Metal Consultant 21 April 2010 at 12:56  

Dato': kesimpulannya cara kempen UMNO yang memburukkan peribadi Zaid di PRK Hulu Selangor ini akan 'mati kutu dan buntu' jika PKR meletakkan calonnya yang lebih bersih selain dari Zaid.

Jelas UMNO belum ada 'senjata dan strategi ampuh' untuk berdepan dalam PRU13.

Anonymous,  21 April 2010 at 13:15  

Ya betul apa yang Aspan cakap. UMNO sekarang ialah UMNO Baru. UMNO jelmaan mamak Mahathir. UMNO skrg tak sama dengan UMNO asal. JAUH BERBEZA. UMNO skrg bertuhankan kebendaan. Ramai bergerak dalam UMNO untuk kepentingan peribadi. Untuk dapat kontrak, pangkat,jawatan, AP,project, commission, saham, kereta mewah, nombor plate single digit dan lain2 faedah peribadi. Ya, memang boleh kalau nak berubah, tapi i honestly don't see it happening yet. Not with the current bunch of warlords and rent-seekers.

Greenbottle 21 April 2010 at 14:08  

a very interesting freudian slip there. "...dalam babi ini..." i like it!!!

no, i don't wish umno to win in HS or even any where else... i wish for a new politic...i'm tired of umno...i wish everone is brave enough to change. umno has failed the malays. umno only make malays fearful, unsure of themselves and worse, the few that are successful are mostly self centered and forget about the other less fortunate malays.

Ariff Sabri 21 April 2010 at 14:43  

orang dekat.

terima kasih kerana menunjukkan kesilapan tersebut. saya belajar semula apa yang sudah di lupakan. salam.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP