Cakap2 ecclesiastical dan temporal dictatorship. Sotoloyo series no 6
1. Minggu lalu saya dengar Dua kenyataan , yang kelantangan penyuaraan nya di gerhanai oleh kebebalannya dan ketidakrasionalanya
2. Atau 2 banal statements said ferociously and vociferously but were superseded only by their stupidity and irrationality.
3. Kenyataan pertama dibuat oleh seorang MP yang mewakili parti ecclesiastical dictators iaitu PAS atau PIS kalau alif itu sebetulnya 'i' bukan 'a'.
4. Dia berang. Sebab business rebranding tabung Haji yang bernilai 20m di beri pada syarikat bukan melayu/Islam .
5. Itu tidak cocok dengan TH- sebuah institutusi isle.
6. Juga, TH tidak appreciate dan faham aspirasi jutaan Muslim yang menabung dengan TH .
7. Inilah contoh satu kenyataan yang long in form, short in substance. Bangang
8. Atau dalam bahasa German, dummkopf (sebut doom-cough).
9. Jika kamu seorang yang rasional, antara syarikat yang caj 20m dengan yang caj 25m, yang mana kamu pilih?
10. Kos 25m mungkin termasuk kos yang di inflate, kos2 palsu dan artificial termasuk Wang sogokan kepada pegawai2 TH
11. Pegawai2 ini rata2 nya melayu dan isle.
12. Tak baik kata gitu. Nanti dosa kata Ahmad nisfu.
13. Takkanlah bangsa melayu dan isle khianat pada bangsa sendiri?.
14. Tahun 1927 atau 28, zaaba pesan kita. Yang terpaling menindas, memeras dan memicit bangsa melayu ialah orang2 Dari kalangan sendiri
15. Maka nya syarat yang buat bisnes dengan TH mesti melayu dan isle sangat2 overrated.
16. Syarat memestikan melayu dan Islam bukan gerenti bahawa TH mendapat yang terbaik.
17. 95% mereka yang korap adalah melayu dan Islam. The embezzler-in- chief, Najib Razak seorang melayu dan Islam. Walaupun kadang2 dia cakap Allah saw Dan Muhammad SWT.
18. Ditempatsaya membersar yaitu Kuantan,ada sebuah kampung yang berdekatan. Namanya Tanjung Lumpur.
19. Disitu ada sebuah masjid kayu yang indah.
20. Design nya di reka oleh arkitek Cina bukan melayu dan bukan Islam.
21. Jawatakuasa masjid terdiri Dari orang kampung, membuat keputusan yang rasional. Mereka mimilih bidaan termurah dan design yang terekstetik.
22. Mereka memilih tidak kira bidaan atau design dibuat oleh bukan melayu dan Islam.
23. Ternyata mereka lebih rasional Dari lebai pas yang semangat membara tapi otak kurang.
24. Ternyata mereka lebih faham kebijaksanaan kita tidak kira sikucing itu hitam atau putih asal ia pandai menangkap tikus.
25. Demikian juga TH harus appreciate wisdom tak kira kucing hitam atau putih, asal ia pandai menangkap tikus .
26. Kemudian, adakah MP pas tu saja yang tahu aspirasi penabung2 TH?
27. Aspirasi asas penabung ialah memastikan tabungan pokok mereka kekal dan dividen keatas tabungan maksima.
28. Kerugian yang terjadi kepada th, berpunca Dari incompetence pengurusan pegawai2 TH . Semuanya melayu dan Islam.
29. Sekali lagi saya katakan syarat supaya mereka yang berbisnes dengan TH mesti melayu dan Islam bahkan kepegagawaian nya melayu dan Islam bukan gerenti TH dapat best results .
30. Pengajaran nya: kalau kita ikut cakap ecclesiastical warlords ni, semangat kita membara tapi lojik dan kuasa nalar kita( reasoning) kurang.
31. Logical conclusion nya, kalau kita diperintah oleh pas kerana melayu dan Islam, jahanam kita .
32. Tanpa melihat competence mentadbir, visi mereka, jujur dan AMANAH mereka,sikap keatas korapsi dll.
33. Nah, sekarang kita akan bincang kenyataan yang dibuat oleh seorang politisyen dari kumpulan temporal dictatorship
34. Seorang dari kumpulan pelampau kanan, fascist dan yang menganggap mereka final arbiters apa yang baik untuk Malaysia.
35. Seorang herrenmenschen ahli Herrenrasse. Ahli2 bersatu pula adalah herrenvolk
36. Herrenmenschen adalah ahli penting dari Herrenrasse(master race). Mereka semua herrenvolk, yakni ahli ketuanan bangsa.
37. Kemuncak Herrenrasse adalah konsep Aryan race.
38. Pada zaman Nazi Germany, Aryan race percaya mereka ada hak semula jadi to expand territorially.
39. Pada zaman sekarang, zaman UMNO akmal dan bersatu, puak fascists ini yakin mereka ada hak berubat apa saja dan hak menentukan apa yang baik tak baik untuk negara kita .
40. Maka jurucakap utama Herrenrasse ini mengatakan bahawa lantikan seorang India sebaik pengarah JSJ bertentangan dengan falsafah ketuanan melayu. Ianya betul hanya jika seorang melayu dilantik.
41. Lihat bagaimana bahaya konsep Herrenrasse ini. Rakyat Malaysia semua mesti membuktikan genetically, mereka dari kumpulan herrenvolk. Melayu pun kena.
42. Itu pasal kita mesti menolak bersatu Dan UMNO akmal.
43. Lagi bizzare lojik jurucakap utama Herrenrasse ini, adalah perlantikan seorang India ini akan membawa kepada kemungkinan Malaysia akan ada PM bukan melayu.
44. Jangan terjebak dan terperangkap dengan hujjahan yang membodohkan kita
45. Yakni bangsa bukan melayu mahu kedepan dan berjaya hanya dengan merampas Dan mencuri hak dan peluang orang melayu.
46. Dalam Kes ini pagawai India jadi pengarah JSJ dengan merampas hak dan peluang pegawai2 melayu lain.
47. Betul ke? Yang betul terjadi, mungkin pegawai India itu naik kerana merits atau mungkin dia kena bypass banyak kali dah.
48. Hello, encik herrenmenschen bersatu, hak adalah sesuatu yang diperjuangkan.
49. Bukan sesuatu yang diberi, anugerah, dilindungi oleh undang2 atau di lindungi oleh affirmative actions yang lain
50. Benarlah, kepada orang yang sudah biasa dengan layanan istimewa, layanan sama rata adalah diskriminasi.
51. Hak diperjuangkan dengan kelayakan, kerja kuat, kejujuran dll merits. Bukan dengan jerit ditepi jalan.
52. Kalau kita rasa hak kita. Dirampas, jadi lah kita bangsa yang selalu irihati, dengki dan hasad. Yang lebih bahaya, kita guna hujjah rampas sebagai alasan untuk bermusuh dan bergaduh dengan bangsa bukan melayu.
53. Akhir sekali India naik pangkat dijadikan cerita menakut2kan orang melayu.
54. Mengikut cerita baghal dan dangkal itu, kalau India boleh naik pangkat, satu hari nanti Cina atau India boleh jadi PM.
55. Dari segi tiori memang.boleh. sebab tidak ada peruntokan dalam perlembaggan negara kata PM mesti melayu.
56. Dari segi realiti, macam kata AR tompel, impo- o-o ssible. Kecuali orang melayu mahukan begitu
57. Samdol ni pernah dengar ekspresi demography is destiny?
58. Dalam sikit masa lagi, melayu dah 80% Dari population Malaysia. Mustahil yang 80%ni mengundi Dari 15% atau 5% untuk jadi PM.
59. Inilah nikmatnya hudup dalam negara bernama Malaysia -boleh di tipu hidup2.
60. Demikian lah saudara2- kita jadi gila dan irrational jika dengar naratif Dari ecclesiastical warlords and temporal Herrenrasse.
0 comments:
Post a Comment